Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 30 Mei 2020

V 79 : JENIS-JENIS SYIRIK


Soalan: Apakah jenis-jenis syirik dan adakah semuanya dikira membawa kekufuran?

Jawapan:
Menurut al-Zabidi, syirik dari sudut bahasa bererti kufur. (Lihat Taj al-‘Arus, 7/148). Kata Ibn Faris (Mu’jam Maqayis al-Lughah, 3/265), “Huruf syin (ش), ra (ر), dan kaf (ك) adalah akar kata yang memiliki dua makna asal iaitu:
  1. Penyertaan/perbandingan dan lawan bagi bersendirian.
  2. Perpanjangan dan kelurusan
Dari makna yang pertama diambil kata syarikah iaitu sesuatu yang ada (dimiliki) oleh dua orang, tidak khusus bagi salah satunya. Dikatakan pula (شاركت فلانا في الشيء) apabila aku telah menjadi sekutu baginya. Dan dikatakan (أشركت فلانا) apabila aku menjadikannya sebagai sekutu bagimu.
Dari sudut istilah, Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di menyebut: Syirik adalah menjadikan bagi Allah SWT sekutu yang mana dia berdoa kepadanya sebagai dia berdoa kepada Allah SWT, atau takut kepadanya, atau mengharap kepadanya, atau dia mencintainya sebagaimana kecintaan kepada Allah SWT, atau dia melakukan kepadanya satu jenis daripada jenis-jenis ibadah. (Lihat al-Qaul al-Sadid fi Maqasid al-Tauhid, m. 24)

Dosa Syirik
Syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir. Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam.

Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”
(Surah al-Nisa’: 48)

Ibn Kathir berkata: “Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik iaitu ketika seorang hamba bertemu Allah SWT dalam keadaan berbuat syirik.” 
(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 3/129).

Menurut Ibn al-Jauzi, Allah SWT tidak akan mengampuni orang yang musyrik yang mati dalam kesyirikan.
(Lihat Zad al-Masir, 2/103).

Ini bermaksud, jika dia meninggal dunia dalam keadaan sempat bertaubat, maka dia akan selamat daripada azab neraka.

Rasulullah SAW bersabda,
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ

“Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)

Jenis-Jenis Syirik
Perbuatan syirik itu ada bermacam-macam jenis dan tidak semuanya mengeluarkan pelakunya dari agama Islam dan ada yang tidak. Walaupun kesemuanya dikira dosa besar, tahapnya tidak semuanya sama.
Imam al-Sanusi dalam al-Muqaddimat membahagikan syirik kepada enam jenis:
  1. Syirik istiqlal: Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Majusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu.
  2. Syirik tab’id: Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah Triniti agama Kristian.
  3. Syirik taqrib: Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah SWT dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  4. Syirik taqlid: Beribadah kepada Allah SWT kerana mengikut orang lain.
  5. Syirik asbab: Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan bukan Allah SWT yang mengenyangkannya.
  6. Syirik aghrad: Beramal kerana selain daripada Allah SWT.

Bagi no. 1 – 4, seseorang itu dikira kufur secara ijmak. Bagi no. 6, ianya dikira maksiat dan tidak kufur secara ijmak. Adapun bagi no. 5, ia memerlukan perincian. Jika ianya disandarkan kepada sebab tertentu semata-mata, maka dia dikira kufur secara ijmak. Jika dia meyakini bahawa ianya memberi kesan melalui daya yang dijadikan oleh Allah kepada makhluk, dia dikira fasik dan ahli bid’ah.
Semoga penjelasan ini memberikan kita kefahaman tentang syirik dan lebih berhati-hati dalam tingkah laku kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang mensyirikkan Allah SWT.




Isnin, 11 Mei 2020

V 78 : DOA HARI ISNIN

Doa 1 - Isnin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Bantulah kami sentiasa mengingatimu, mensyukuri nikmatmu dan memperbaiki ibadah kepadamu.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. Engkaulah Tuhan kami, tidak ada yang patut disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang telah menciptakan kami, dan kami adalah hambaMu dan di atas ikatan janjiMu yang kami jalankan semampu kami, kami berlindung kepadaMu dari segala keburukan perbuatan kami, kami mengakuiMu atas nikmatMu kepada kami dan kami mengakui dosa-dosa kami kepadaMu, maka Ampunilah kami, Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya beruntungan serta akhirnya kejayaan. 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, kami mengharap rahmatMu, maka janganlah engkau palingkan kami sekelip mata, dan perbaiki keadaan kami. Tidak ada Tuhan selain Engkau. 
(HR. Abu Daud) 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, tidak ada (urusan) yang mudah kecuali Engkau memudahkannya, dan Engkau yang merubah (urusan) yang kesusahan menjadi kemudahan bila Engkau berkehendak. 
(HR. Ibnu Sunnî) 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim. Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, elokkan agama kami kerana ia menjadi pegangan kami dalam semua urusan, elokkan dunia kami kerana di sanalah kami hidup, elokkan akhirat kami kerana di situlah tempat kami kembali. Jadikan hidup kami ini sebagai ladang amal kebaikan dan jadikan kematian kami (kelak) sebagai tempat istirehat dari semua keburukan.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, sesungguhnya kami meminta kepadaMu petunjuk, ketakwaan, kesucian, dan kecukupan.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, bakhil, dan kami berlindung kepadaMu dari azab kubur dan fitnah hidup dan mati. 
(HR. Muslim)
Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, kurniakanlah kami, anak-anak dan zuriat keturunan yang soleh dan solehah, anak-anak yang menghafaz al Quran dan mengamalkannya, anak-anak yang tidak meninggalkan solat walaupun apa keadaan sekalipun dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu Yaa Allah.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui. Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, bukakanlah, tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal; semangat hidup kami hari ini dan hari-hari selanjutnya...
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, jaminlah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketenteraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.. 
Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim,
Berikanlah pertolongan, kesabaran, keselamatan, kekuatan, kecukupan dan keampunan untuk saudara-saudara seiman kami khususnya di Palestin, Syria, Uighur, Mesir, Afghanistan, Yaman, Rohingya, Afrika, India dan di mana-mana jua mereka berada. Lindungilah keimanan mereka dalam menghadapi setiap ujian berat yang mereka hadapi. Hancurkan dan musnahkanlah terhadap sesiapapun  yang menzalimi saudara-saudara seiman kami ini Yaa ALLAH.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezekiMu untuk kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik saja bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian², berita² dan pengalaman² yang menggembirakan dan menyenangkan saja kepada kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun.. 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Cukupkan rezeki kepada kami, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yang hilang dengan yang lebih baik lagi. 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, sukakan diri kami pada IMAN dan hiasi hati kami dengan IMAN itu. Jauhkan kami keburukan KUFUR, FASIQ dan MAKSIAT. Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Jadikan semua pekerjaan & kehidupan kami untuk BAKTI & TAAT PADAMU. JANGAN JADIKAN HARTA & KELUARGA KAMI FITNAH. MUDAHKAN KAMI UNTUK SELALU BERZAKAT, SEDEQAH, INFAK dan AMAL JARIAH, AGAR MENGALIR PAHALANYA KETIKA KAMI DI ALAM KUBUR KELAK. 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, sembuhkan bila ada keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat dan rakan-rakan kami yang sakit, halalkanlah rezeki bila ada yang berhutang, mudahkanlah mendapat jodoh yang soleh/solehah bagi yang belum, mudahkan pekerjaan bila yang belum mendapatkannya, solehkanlah keluarga kami Yaa Allah. Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, mudahkan kami untuk selalu taat padaMU,
Yaa Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, serta matikanlah kami dengan nilai amal yang sama dengan orang-orang yang berbakti. 
(QS. Ali-Imran : 193)
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, ampunilah dosa kedua ibubapa kami, dosa kami, pasangan hidup dan anak-anak kami, zuriat dan keturunan kami, guru2 kami, sahabat2 kami, jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara2 seIslam kami di dunia mahupun yang telah meninggal dunia.
Sempurnakanlah kebaikanMu pada kami, pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umur kami yang telah lalu. Wahai Yang Terkasih dari segala yang mengasihi.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, bantulah kami untuk sentiasa gemar dan bersemangat Mencari Ilmu-Ilmu Agama Untuk meningkatkan Ibadah KepadaMu.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, lindungilah kami, keluarga kami dari fitnah akhir zaman, seksa kubur dan seksa api nerakaMu. 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam. kurniakanlah taufiq dan hidayahMu buat semua manusia dan jin agar mereka beriman kepadaMu.   Yaa Allah, sesungguhnya mereka tak tahu, mereka tidak faham, mereka lupa. Yaa Allah, beri taufiq dan hidayahMu kepada mereka semua. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang berkuasa memberi taufiq dan hidayah kepada mereka.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, rahmatilah kami dan redhakanlah kehidupan kami di dunia dan akhiratMu. Tiada tempat lain kami bermohon, hanya kepadaMu jua Yaa Allah.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, hanya kepada Engkau jua kami memohon pertolongan dan berserah diri.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ.



V 77 : DOA HARI SELASA

Doa 2 - Selasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن
ِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, pujian hakNya, milikNya pujian yang teramatnya.
Kami berlindung kepadaMu Yaa Allah daripada kejahatan diri kami, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhan kami.
Kami berlindung pada Allah daripada kejahatan syaitan yang menambah dosa-dosa kami.
Kami berlindung pada Allah daripada semua perbuatan yang derhaka, daripada semua musuh yang dominan, daripada semua penguasa yang kejam.

Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Berikanlah pertolongan, kesabaran, keselamatan, kekuatan, kecukupan dan keampunan untuk saudara-saudara seiman kami khususnya di Palestin, Syria, Uighur, Mesir, Afghanistan, Yaman, Rohingya, Afrika, India dan di mana-mana jua mereka berada. Lindungilah keimanan mereka dalam menghadapi setiap ujian berat yang mereka hadapi. Hancurkan dan musnahkanlah terhadap sesiapapun  yang menzalimi saudara-saudara seiman kami ini Yaa ALLAH.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, ampuni segala dosa kedua ibubapa kami, dosa kami yang terlalu banyak ini Yaa Allah, dosa pasangan kami, dosa keluarga dan zuriat kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, rakan-rakan kami, jiran tetangga kami, guru-guru kami dan juga dosa sekelian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kasih dan sayangilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi kami sejak kecil. Tempatkanlah mereka di syurga FirdausMu.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. Jadikan kami antara pasukanMu, kerana pasukanMu sahaja yang beroleh kemenangan. Jadikan kami antara kekasihMu, kerana kekasihMu sahaja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.
Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, baikan agama kami, kerana itulah sandaran urusan kami. Baikkan akhirat kami, kerana itulah kampung kembali kami, tempat lari menjauhi kejahatan kami. Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan, Jadikanlah kematian tempat istirehat daripada keburukan. 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, tetapkanlah keimanan kami kepadaMu dan matikan kami dalam husnul khotimah (kematian yang baik). 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, sembuhkan bila ada keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat dan rakan-rakan kami yang sakit, halalkanlah rezeki bila ada yang berhutang dan permudahkanlah mereka menyelesaikan segala hutang piutang mereka.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Sempurnakanlah kebaikanMu pada kami, pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umur kami yang telah lalu. Wahai Yang Terkasih dari segala yang mengasihi.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, bantulah kami untuk sentiasa gemar dan bersemangat Mencari Ilmu-Ilmu Agama Untuk meningkatkan Ibadah KepadaMu.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, lindungilah kami, keluarga kami dan kaum.kerabat kami dari fitnah akhir zaman, seksa kubur dan seksa api nerakaMu.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam. kurniakanlah taufiq dan hidayahMu buat semua manusia dan jin agar mereka beriman kepadaMu.   Yaa Allah, sesungguhnya mereka tak tahu, mereka tidak faham, mereka lupa. Yaa Allah, beri taufiq dan hidayahMu kepada mereka semua. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang berkuasa memberi taufiq dan hidayah kepada mereka.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, sampaikan selawat dan salam kepada junjungan kami, nabi Muhammad SAW, serta keluarganya dan para sahabatnya. Berilah kami pada hari ini,  tiga hal; Jangan biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau tolakkan. Dengan asma Allah, sebaik-baik asma. Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus langit dan bumi, kami mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya. 
Kami mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya redhaNya. Akhirilah hidup kami dengan keampunan...

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ




V 76 : DOA HARI RABU

Doa 3 - Rabu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, dosa kami, dosa keluarga dan zuriat kami, dosa kaum kerabat kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa rakan-rakan kami, dosa jiran tetangga kami, dosa guru-guru kami dan dosa sekelian muslimin muslimat, mukminin mukminat, yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kasih dan sayangilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi kami sejak kecil. Tempatkanlah mereka di syurga FirdausMu.
Yaa Allah, Yaa Rahman, Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam, terimalah taubat kami ini.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, bukakanlah, tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami  dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal; semangat hidup kami hari ini dan hari-hari selanjutnya...
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam, jaminlah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketenteraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezekiMu untuk kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik saja bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam, perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian², berita² dan pengalaman² yang menggembirakan dan menyenangkan saja kepada kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah daripada kami kesulitan apapun.
Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam.
Berikanlah pertolongan, kesabaran, keselamatan, kekuatan, kecukupan dan keampunan untuk saudara-saudara seiman kami khususnya di Palestin, Syria, Uighur, Mesir, Afghanistan, Yaman, Rohingya, Afrika, India dan di mana-mana jua mereka berada. Lindungilah keimanan mereka dalam menghadapi setiap ujian berat yang mereka hadapi. Hancurkan dan musnahkanlah terhadap sesiapapun  yang menzalimi saudara-saudara seiman kami ini Yaa ALLAH.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam, bantulah kami agar sentiasa mengingatiMU, bantulah kami agar sentiasa mensyukuri atas segala nikmat kurniaanMU, bantulah kami agar sentiasa memperbaiki amal ibadah kepadaMU,
Yaa Allah, bantulah kami agar sentiasa mencari dan mempelajari ilmuMu yang bermanfaat, agar dapat kami mendekati kepadaMU.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam. kurniakanlah taufiq dan hidayahMu buat semua manusia dan jin agar mereka beriman kepadaMu.   Yaa Allah, sesungguhnya mereka tak tahu, mereka tidak faham, mereka lupa. Yaa Allah, beri taufiq dan hidayahMu kepada mereka semua. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang berkuasa memberi taufiq dan hidayah kepada mereka.
Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, kurniakanlah kami, anak-anak dan zuriat keturunan yang soleh dan solehah, anak-anak yang menghafaz al Quran dan mengamalkannya, anak-anak yang tidak meninggalkan solat walaupun apa keadaan sekalipun dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu Yaa Allah.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, tetapkanlah keimanan kami kepadaMu dan matikan kami dalam husnul khotimah (kematian yang baik).
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, bantulah kami agar menjadi insan yang Engkau kasihi dan insan yang Engkau redai di dunia mahupun di akhirat.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن




V 75 : DOA HARI KHAMIS

Doa 4 - Khamis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

ِYaa Allah Tuhan Seru Sekalian Alam.
Tiada henti mengucap syukur kehadratMu, atas segala nikmat dan barakah yang telah Engkau berikan kepada kami.
Yaa Allah Yaa Jaliilu, Tidak ada yang dapat menghalangi daripada apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan yang Engkau halangi.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Engkaulah Yang Maha Sejahtera, kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. Masukkanlah kami ke dalam syurga sebagai tempat kesejahteraan yang telah Engkau berkati.
Yaa Allah Yaa Ghofur,  kasihanilah kami, luaskanlah dan angkatlah darjat kami. Berilah kami petunjuk ke jalan yang Engkau redhai.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. ampuni dosa kedua ibubapa kami, dosa kami, dosa keluarga kami, dosa anak dan anak menantu kami, dosa kaum kerabat kami di manapun mereka berada, dosa jiran-jiran kami, sahabat-sahabat kami, rakan-rakan kami, guru-guru kami dan sekelian muslimin muslimat, mukminin mukminat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Yaa ALLAH lapangkan kesulitan apa yang kami hadapi ini, Yaa ALLAH keluarkan kami dari kesulitan ini, Yaa ALLAH bantulah kami.
Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, kurniakanlah kami, anak-anak dan zuriat keturunan yang soleh dan solehah, anak-anak yang menghafaz al Quran dan mengamalkannya, anak-anak yang tidak meninggalkan solat walaupun apa keadaan sekalipun dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu Yaa Allah.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. semoga kami, kaum kerabat kami dan saudara-saudara seislam kami DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan lagi berkat.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadah kami lebih bertambah dan solat kami lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan pada kami Yaa ALLAH.
Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagi kami.
Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, kami bersyukur, umur kami masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hari kami sebagai ibadah kepadaMu. Dan redalah kami ini yaa ALLAH.
Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, sekiranya ada kaum kerabat kami,  sahabat-sahabat kami mahupun saudara-saudara seiman kami ini dalam kesulitan dan kesempitan Yaa ALLAH, bantulah dia Yaa ALLAH, lapangkan kesulitannya, permudahkan perjalanan hidupnya Yaa ALLAH. 
Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Berikanlah pertolongan, kesabaran, keselamatan, kekuatan, kecukupan dan keampunan untuk saudara-saudara seiman kami khususnya di Palestin, Syria, Uighur, Mesir, Afghanistan, Yaman, Rohingya, Afrika, India dan di mana-mana jua mereka berada. Lindungilah keimanan mereka dalam menghadapi setiap ujian berat yang mereka hadapi. Hancurkan dan musnahkanlah terhadap sesiapapun  yang menzalimi saudara-saudara seiman kami ini Yaa ALLAH.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam. kurniakanlah taufiq dan hidayahMu buat semua manusia dan jin agar mereka beriman kepadaMu.   Yaa Allah, sesungguhnya mereka tak tahu, mereka tidak faham, mereka lupa. Yaa Allah, beri taufiq dan hidayahMu kepada mereka semua. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang berkuasa memberi taufiq dan hidayah kepada mereka.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, tetapkanlah keimanan kami kepadaMu dan matikan kami dalam husnul khotimah (kematian yang baik). 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, sesungguhnya kepadaMu kami memohon pertolongan dan berserah diri.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن




V 74 : DOA HARI JUMAAT

Doa  5 - Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
        
  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ    
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Yaa الله,  janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepadaMu Yaa الله.
Yaa الله, berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.
Yaa الله, terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini. 
Yaa الله, jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam. kurniakanlah taufiq dan hidayahMu buat semua manusia dan jin agar mereka beriman kepadaMu.   Yaa Allah, sesungguhnya mereka tak tahu, mereka tidak faham, mereka lupa. Yaa Allah, beri taufiq dan hidayahMu kepada mereka semua. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang berkuasa memberi taufiq dan hidayah kepada mereka.
Yaa الله, ampunkanlah dosa-dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat denganMu Yaa Allah.
Yaa الله, kami memohon kepadaMu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.
Yaa الله, permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia. 
Yaa الله, tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan silaturrahim antara kami sentiasa teguh.
Yaa الله, kami berdoa Yaa Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami, kaum kerabat kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.
Yaa الله, kami bermohon, kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah.
Yaa الله, kami bermohon, terimalah amal ibadah kami yang tak seberapa ini dan mudah-mudahan ia dapat menerangi kubur kami.
Yaa الله, perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.
Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, kurniakanlah kami, anak-anak dan zuriat keturunan yang soleh dan solehah, anak-anak yang menghafaz al Quran dan mengamalkannya, anak-anak yang tidak meninggalkan solat walaupun apa keadaan sekalipun dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu Yaa Allah.
Yaa الله, tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut. 
Yaa الله, peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaranMu agar kami tidak disiksa di padang mashyar.
Yaa الله,  sesungguhnya Engkalulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Yaa Allah,  janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Yaa Allah Yaa Rahman, berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.
Yaa الله, Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, tunjukkan kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan rezekikan kepada kami untuk kami melakukannya dan Yaa الله, Yaa Azizz.. Tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezekikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya.

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا.

“Alloohummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa.”
Ertinya :  “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan Ibubapa kami, sayangilah mereka seperti mereka telah menyayangi kami di waktu kecil dahulu.”  
dan َYaa الله, kami memohon Yaa Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Yaa Allah. َ
Yaa الله,  Yaa Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yang masih ada hidup atau telah meninggal dunia.  
Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Berikanlah pertolongan, kesabaran, keselamatan, kekuatan, kecukupan dan keampunan untuk saudara-saudara seiman kami khususnya di Palestin, Syria, Uighur, Mesir, Afghanistan, Yaman, Rohingya, Afrika, India dan di mana-mana jua mereka berada. Lindungilah keimanan mereka dalam menghadapi setiap ujian berat yang mereka hadapi. Hancurkan dan musnahkanlah terhadap sesiapapun  yang menzalimi saudara-saudara seiman kami ini Yaa ALLAH.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, tetapkanlah keimanan kami kepadaMu dan matikan kami dalam husnul Khatimah (kematian yang baik). 
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 
Segala puji pujian hanya untukMu, 

Yaa الله, 
                                                  
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً و َقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.



V 73 : DOA HARI SABTU


Doa 6 - Sabtu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


A’udzubillah, kami berlindung kepada Allah daripada kekejaman manusia kejam, daripada reka perdaya manusia dengki, daripada kezaliman manusia zalim,
Kami memuji Dia atas pujian semua yang memuji.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. ampuni dosa ibubapa kami, dosa pasangan kami, dosa kami, dosa keluarga dan zuriat kami, dosa kaum kerabat kami, dosa sahabat-sahabat dan rakan-rakan kami, dosa jiran tetangga kami, guru-guru kami dan sekelian muslim muslimat, mukminin mukminat, yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kasih dan sayangilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi kami sejak kecil. Tempatkanlah mereka di syurga FirdausMu.
Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Berikanlah pertolongan, kesabaran, keselamatan, kekuatan, kecukupan dan keampunan untuk saudara-saudara seiman kami khususnya di Palestin, Syiria, Uighur, Mesir, Afghanistan, Yaman, Rohingya, Afrika, India dan di mana-mana jua mereka berada. Lindungilah keimanan mereka dalam menghadapi setiap ujian berat yang mereka hadapi. Hancurkan dan musnahkanlah terhadap sesiapapun  yang menzalimi saudara-saudara seiman kami ini Yaa ALLAH.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmatMu yang memungkinkan kami mencapai redaMu.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam. kurniakanlah taufiq dan hidayahMu buat semua manusia dan jin agar mereka beriman kepadaMu.   Yaa Allah, sesungguhnya mereka tak tahu, mereka tidak faham, mereka lupa. Yaa Allah, beri taufiq dan hidayahMu kepada mereka semua. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang berkuasa memberi taufiq dan hidayah kepada mereka.
Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, kurniakanlah kami, anak-anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang menghafaz al Quran dan mengamalkannya, anak-anak yang tidak meninggalkan solat walaupun apa keadaan sekalipun dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu Yaa Allah.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. bimbinglah kami ke jalan yang lurus, jalan yang Engkau redai.
Bantulah kami mentaatiMu dan melazimkan ibadah padaMu, memastikan ganjaranMu dengan kurnia pertolonganMu...
Kasihanilah kami, palingkanlah kami daripada segala maksiat kepadaMu, selama Engkau menghidupkan kami, tuntunlah kami kepada apa yang bermanfaat bagi kami selama Engkau menghidupkan kami
dengan kitabMu, legakan dada kami dengan bacaannya, ringankan beban kami.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, tetapkanlah keimanan kami kepadaMu dan matikan kami dalam Husnul Khatimah (kematian yang baik). 
Kurniakan kepada kami keselamatan agama dan diri kami,
Jangan terlantarkan kami daripada semua orang yang menjadi kerinduan kami,
Sempurnakanlah kebaikanMu kepada kami, pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umur kami yang telah lalu..

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن