Abu-Laits
berkata: “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi
empat dan meninggalkan empat iaitu:
§
Menjaga sembahyang lima waktu
§
Banyak bersedekah
§
Banyak membaca al-Quran
§
Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah
wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua
yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus
ditinggalkan ialah:
§
Berbohong
§
Khianat
§
Adu-domba
§
Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
“Bersihkanlah kamu daripada air kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca
daripada air kencing. (Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan
sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan