SUBUH
Sebagai contoh, pada
waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan
frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru
muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan
komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan
rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid
yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang
dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita
cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan
Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang
akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak
optimum lagi.
ZOHOR
Warna alam seterusnya
berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING
menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning
ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu
ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit
perut ceria tak?
ASAR
Kemudian warna alam
akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan
testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih
malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ
reproduktif kita.
MAGHRIB
MAGHRIB
Menjelang waktu
Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana
spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)
dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka
resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya
berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak
interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata
kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi
otot, saraf dan tulang.
ISYAK
Apabila masuk waktu
Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu
ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalm
kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah
secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Bismillah.
Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :
Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :
Pertama : Al Quran
akan menjadi syafaat di hari akhirat.
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar RASULULLAH SAW bersabda:
“Bacalah al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Kedua : Al Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya di hari akhirat.
Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar RASULULLAH SAW bersabda :
“Di hari akhirat kelak
akan didatangkan al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi
kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali Imraan, kedua-dua
surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al Quran..
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: RASULULLAH SAW bersabda :
“Sebaik manusia di antara
kamu orang yang mempelajari al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Keempat : Membaca al Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda RASULULLAH SAW :
“Orang yang membaca al Quran
dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelima : Mukmin yang membaca al Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : RASULULLAH SAW bersabda :
“Umpama orang mukmin yang
membaca al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan
rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al Quran seperti buah
tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al
Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan
umpama orang munafik yang tidak membaca al Quran seperti buah labu yang tiada
bau dan rasanya pahit.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keenam : ALLAH SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al Quran.
Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan
sebab al Quran.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada RASULULLAH SAW telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam, lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelapan : Membaca al Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)
Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata :
“Seorang lelaki membaca
Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka
awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula
menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah )
ketenangan yang turun disebabkan bacaan al Quran.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al Quran umpama rumah yang roboh.
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : RASULULLAH SAW bersabda :
“Sesungguhnya orang yang
tidak ada di dalam ingatannya sesuatupun daripada ayat al Quran seperti rumah
yang roboh.”
(Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan
sahih)
Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al Quran akan mendapat kebaikannya.
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.”
( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata :
Hadis ini hasan sahih )
Kesebelas : Membaca beberapa ayat al Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : RASULULLAH SAW keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda:
“Siapakah di antara kamu
yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan
dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak
melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim.” Kami menjawab : “Kami
suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid
belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat
lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta
demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih membaca al Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Orang yang paling layak
mengimami kaum di dalam solat ialah mereka yang terfasih membaca al Quran.”
(Hadis Riwayat Muslim )
Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.
Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda :
“Yang mana satukah antara
keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al Quran maka apabila aku
tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama
masuk ke liang lahad.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)
Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al Quran.
Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al Quran kemudian dia berdoa kepada ALLAH SWT kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar RASULULLAH SAW bersabda :
“Barangsiapa yang membaca
al Quran maka berdoalah kepada ALLAH dengan al Quran maka sesungguhnya akan
datang beberapa kaum yang membaca al Quran dan mereka berdoa dengannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)
Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca
satu huruf daripada al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai
dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif, Lam, Mim ialah satu huruf,
tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini
hasan sahih)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menjadikan al Quran sebagai pedoman hidup kita, apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada ALLAH SWT. Al Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.
Dalam sebuah hadis RASULULLAH SAW bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air." Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, "Dengan banyak mengingati mati dan membaca al Quran.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan