Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 13 Februari 2014

O 143 : PAHALA BUAT SEORANG ISTERI

✔ Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari pada berpuasa setahun.
✔ Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
✔ Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
✔ Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
✔ Pemeliharaan anak yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
✔ Tidak akan putus ganjaran dari ALLAH kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
✔ Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha nescaya ia masukan ke surga. (HR. Tarmidzi).
✔ Seseorang wanita apabila ia mengerjakan solat yang difardhukan di atas, berpuasa
pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.

Subhanallah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan