Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 4 Jun 2013

Bab 176 Sunnahnya Datang Di Tempat Keluarganya Di Waktu Siang Dan Makruhnya Datang Di Waktu Malam, Jikalau Tidak Ada Keperluan Penting





982. Daripada Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di antara engkau semua itu telah lama tidak ada yakni lama dalam bepergian, maka janganlah datang di tempat keluarganya di waktu malam.” Dalam riwayat lain disebutkan: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w.itu melarang kalau seseorang lelaki itu datang di tempat keluarganya dari bepergian di waktu malam."
(Muttafaq 'alaih)

983. Daripada Anas r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah datang di tempat keluarganya di waktu malam. Beliau s.a.w. datang di tempat mereka di waktu pagi atau petang."
(Muttafaq 'alaih)

Aththuruq ialah datang di waktu malam.






Bab 175 Sunnahnya Mempercepatkannya Seorang Musafir Untuk Pulang Ke Tempat Keluarganya, jikalau Sudan Menyelesaikan Keperluannya




981. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :

Yang Bermaksud : "Bepergian itu sepotong yakni sebahagian dari siksa. Seseorang akan terhalang untuk makannya, minumnya serta tidurnya sebab tidak dapat tertib seperti di rumah. Maka dari itu, apabila seseorang di antara engkau semua telah menyelesaikan maksud tujuannya, hendaklah segera kembali ke tempat keluarganya."
(Muttafaq 'alaih)







Bab 174 Apa Yang Diucapkan Jikalau Seseorang Itu Menempati Suatu Pondokan yakni Penginapan




979. Daripada Khaulah binti Hakim radhiallahu 'anha, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang turun berdiam di suatu tempat penginapan lalu mengucapkan yang ertinya: "Saya mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatannya apa saja yang diciptakan olehNya," maka orang itu tidak akan terkena bahaya sesuatu apapun, sehingga ia pergi dari tempat penginapannya yang sedemikian itu."
(Riwayat Muslim)

980. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu apabila pergi lalu datang waktu malam, beliau s.a.w. mengucapkan yang ertinya: "Hai bumi. Tuhanku dan Tuhanmu itu adalah Allah, saya mohon perlindungan kepada Allah dari kejahatanmu dan kejahatannya apa saja yang ada di dalam dirimu, juga kejahatannya apa saja yang diciptakan dalam tubuhmu, bahkan kejahatannya segala sesuatu merayap di atasmu. Saya juga mohon perlindungan denganMu ya Allah dari kejahatannya singa dan manusia, ular dan kala serta dari penduduk negeri ini  yang dimaksudkan ialah jin serta dari yang melahirkan maksudnya iblis yang melahirkan semua syaitan dan pula dari apa yang diperanakkan olehnya, yakni syaitan-syaitan anak iblis.”
(Riwayat Abu Daud)

AI-Aswad ertinya orang. At-Khathabi berkata: wa sakinul balad iaitu jin yang mendiami bumi ini. la berkata: "Albalad yakni negeri dari bumi ialah yang digunakan sebagai tempat tinggalnya binatang dan sekalipun di situ tidak ada bangunan atau rumah-rumah". la berkata lagi: "Dapat diperkirakan bahawa maksudnya Alwalid yang melahirkan ialah iblis, sedang mawalad apa-apa yang dilahirkan olehnya" ialah syaitan-syaitan.



Ahad, 2 Jun 2013

Bab 173 Apa Yang Diucapkan Sebagai Doa apabila Seseorang Itu Takut Kepada Orang-orang Atau Lain-lainnya




978. Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu apabila takut kepada sesuatu kaum yakni golongan, maka beliau s.a.w. mengucapkan yang ertinya:

"Ya Allah, sesungguhnya kita menjadikan Engkau, yakni menjadikan perlindungan dan penjagaanMu dalam leher-leher mereka sehingga mereka tidak kuasa memperdayakan kita dan kita mohon perlindungan kepadaMu dari kejahatan-kejahatan mereka."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Nasa'i dengan isnad shahih.










Bab 172 Sunnahnya Berdoa Dalam Bepergian




977. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Ada tiga macam doa yang mustajabah yakni akan dikabulkan oleh Allah Taala, yang tiada disangsikan lagi akan terkabulnya, iaitu: doanya orang yang teraniaya, doanya orang yang dalam bepergian dan doanya orang tua terhadap anaknya."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Tetapi dalam riwayat Imam Abu Daud tidak terdapat kata-kata: 'ala waladihi yakni atas anaknya.






Bab 171 Takbirnya Seorang Musafir jikalau Menaiki Tempat Tinggi Gunung-gunung Dan Sebagainya Dan Bertasbih jikalau Turun Ke jurang Dan Sebagainya Serta Larangan Terlampau Sangat Dalam Mengeraskan Suara Takbir Dan Lain-lain




972. Daripada Jabir r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Kita semua di waktu bepergian apabila naik kita bertakbir dan apabila turun kita bertasbih."
(Riwayat Bukhari)

973. Daripada Ibnu Umar radhiallahu'anhuma, katanya:

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. dan seluruh tenteranya itu apabila mendaki ke gunung-gunung, mereka semuanya bertakbir dan apabila turun mereka bertasbih."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

974. Daripada Ibnu Umar r.a. pula, katanya:

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. itu apabila kembali dari haji atau umrah, setiap kali beliau naik di atas gunung atau tanah tinggi yang keras, beliau tentu bertakbir sebanyak tiga kali, kemudian beliau mengucapkan yang ertinya: "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, juga bagiNyalah segenap kerajaan dan puji-pujian. Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Kita semua kembali, kita semua bertaubat kepada Allah, menyembah, bersujud kepadaTuhan kita serta mengucapkan puji-pujian. Allah menepati janjiNya, menolong hambaNya dan mengalahkan pasukan-pasukan musuh dengan seorang diri saja."
(Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:
"jikalau beliau s.a.w. kembali dari memimpin pasukan atau tentera dalam peperangan atau dari haji atau umrah".

975. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, saya hendak bepergian, maka berikanlah wasiat pada saya!" Beliau s.a.w. bersabda: "Hendaklah engkau tetap bertakwa kepada Allah serta bertakbir pada setiap berada di tempat yang tinggi." Setelah orang itu menyingkir, beliau s.a.w. lalu mengucapkan doa  yang ertinya: "Ya Allah, lipatlah yakni dekatkanlah yang jauh untuknya dan permudahkanlah untuknya dalam perjalanannya itu."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

976. Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Kita semua bersama Nabi s.a.w. dalam bepergian, lalu apabila kita semua naik di atas suatu jurang, kita semua bertahlil serta bertakbir dan amat keraslah suara-suara kita itu. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia, kasihanilah pada dirimu sendiri yakni jikalau bersuara tidak perlu keras-keras, sebab sesungguhnya engkau semua itu bukannya berdoa kepada Tuhan yang bersifat tuli ataupun yang tidak ada Zatnya, sesungguhnya Tuhan itu adalah beserta engkau semua dan Dia Maha Mendengar lagi Dekat."
(Muttafaq’alaih)







Bab 170 Apa-Apa Yang diucapkan apabila seseorang itu menaiki kenderaannya untuk berpergian




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : “Allah menjadikan untukmu semua kapal dan binatang ternak itu sebagai kenderaan untukmu, agar supaya engkau semua dapat duduk di atas punggungnya, kemudian ingatlah akan kenikmatan Tuhanmu, ketika engkau semua telah tetap di atasnya dan supaya engkau mengucapkan yang ertinya: "Maha Suci Zat Allah yang telah menundukkan semua ini untuk kita dan kita semua tidak dapat mengendalikannya  kecuali dengan pertolongan Tuhan. Dan sesungguhnya kita semua akan kembali kepada Tuhan kita."
(az-Zukhruf: 12-14)

969. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. apabila berada di atas punggung untanya untuk keluar bepergian, maka beliau s.a.w. itu bertakbir dulu sebanyak tiga kali, kemudian mengucapkan yang ertinya: "Maha Suci Zat Allah yang menundukkan kenderaan ini pada kita dan kita tidak kuasa rnengendalikannya melainkan dengan pertolongan Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada Allah. Ya Allah, sesungguhnya kita memohonkan kepadaMu dalam bepergian kita ini akan kebajikan dan ketakwaan juga apa-apa yang Engkau redhai dari amal perbuatan. Ya Allah, mudahkanlah segala sesuatu untuk kita dalam bepergian kita ini dan lipatlah, dekatkanlah mana-mana yang jauh. Engkau adalah kawan dalam perjalanan, pengganti yang mengawas-awasi dalam keluarga. Ya Allah, sesungguhnya saya mohon perlindungan kepadaMu dari kesukaran perjalanan, kesedihan, pandangan dan buruknya keadaan ketika kembali, baik mengenai harta, keluarga ataupun anak."

Selanjutnya apabila beliau s.a.w. kembali lalu mengucapkan kalimat-kalimat di atas itu pula dan menambahkan dengan ucapan yang ertinya:

"Kita telah kembali, kita semua bertaubat kepada Allah, menyembah kepada Tuhan kita serta mengucapkan puji-pujian padaNya."
(Riwayat Muslim)

970. Daripada Abdullah bin Sarjis r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu apabila bepergian, beliau s.a.w. mohon perlindungan kepada Allah daripada kesukaran perjalanan, kesedihan keadaan waktu kembali, adanya kekurangan sesudah berlebihan, juga dari doa orang yang teraniaya, buruknya pandangan dalam keluarga dan harta."
(Riwayat Muslim)

Demikianlah yang terdapat dalam kitab Shahih Muslim, iaitu Alhaur ba'dal kaun dengan nun, demikian pula yang diriwayatkan Oleh Imam-imam Termidzi dan Nasa'i. ImamTermidzi mengatakan: "Ada yang meriwayatkan dengan lafaz alkaur dengan ra' dan keduanya itu mempunyai wajah masing-masing."
Para alim ulama berkata: "Maknanya dengan nun dan ra' semuanya ialah kembali dari ketetapan dan kelebihan menjadi kekurangan." Mereka mengatakan: "Riwayat ra' - kaur - itu diambil dari kata mentakwirkan sorban ertinya ialah melipat dan mengumpulkannya, sedang riwayat nun ialah dari kata kaun, sebagai mashdarnyakana yakunu kaunan, jikalau didapatkan dan menetap."

971. Daripada Ali bin Rabi'ah, katanya:

"Saya menyaksikan Ali bin Abu Thalib r.a. diberi seekor kenderaan untuk dinaiki olehnya. Ketika ia meletakkan kakinya pada sanggurdi, ia berkata yang ertinya: "Dengan nama Allah (Bismillah)." Setelah berada di punggungnya, lalu mengucapkan yang ertinya: "Segenap puji bagi Allah yang menundukkan kenderaan ini untuk kita dan kita tidak kuasa mengendalikannya tanpa pertolongan Allah. Sesungguhnya kita akan kembali kepadaNya." Selanjutnya ia mengucapkan yang ertinya: "Segenap puji bagi Allah (Alhamdulillah)," tiga kali. Seterusnya mengucapkan yang ertinya: "Allah adalah Maha Besar (Allahu Akbar)," tiga kali. Kemudian mengucapkan pula yang ertinya: "Maha Suci Engkau, sesungguhnya saya menganiaya diri saya sendiri, maka berikanlah pengampunan kepada saya, sesungguhnya saja tidak ada yang dapat memberikan pengampunan melainkan Engkau."
Setelah mengucapkan semua itu lalu Ali r.a. ketawa. Kepadanya ditanyakan: "Ya Amirul mukminin, mengapa anda ketawa?" la menjawab: "Saya pernah melihat Nabi s.a.w. mengerjakan sebagaimana yang saya kerjakan itu, lalu beliau s.a.w. ketawa. Saya bertanya: "Ya Rasulullah, kerana apakah Tuan ketawa?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci itu merasa hairan terhadap hambaNya apabila ia mengucapkan: "Ampunkanlah untukku dosa-dosaku," ia mengetahui bahawasanya memang tidak ada yang kuasa mengampuni dosa selain daripadaKu."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud serta Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan, sedang dalam sebahagian naskah dianggap hasan shahih. Hadis seperti di atas adalah lafaznya Imam Abu Daud.