Kesombongan atau takbur merupakan suatu perasaan
yang apabila ia timbul dan tidak dikendalikan dengan baik dan penuh keinsafan,
akan menjadikan pemiliknya amat kerugian.
1. Sikap ini mampu menjadi penghalang bagi seseorang
untuk ditempatkan di dalam syurga, disebabkan sifat ini menjadi pemisah antara
seseorang dengan akhlak dan budi pekerti kaum mukmin keseluruhannya.
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, takbur atau sombong adalah rasa
tinggi diri berbanding dengan orang lain. Seseorang yang memiliki sifat ini
sudah pasti tidak mempunyai perasaan menyayangi saudara mukminnya yang lain
sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri.
2. Orang yang sombong juga tidak akan dapat
meninggalkan perasaan dendam, memberi nasihat kepada saudara muslim yang lain
secara jujur atau ikhlas dan tidak dapat melaksanakan budi pekerti yang baik.
3. Sifat sombong atau takbur juga sebenarnya
menyebabkan seseorang itu awal-awal lagi akan disisihkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA di dunia sebagaimana firmanNya yang bermaksud;
“Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang yang sombong di
muka bumi tanpa kebenaran.”
(Al-A’raf: 146)
4. Selain itu natijah kesombongan juga, menyebabkan
pintu hati pengamalnya tertutup dari menerima hidayah dan kebaikan daripada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA sebagaimana firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang
bermaksud;
“Demikianlah ALLAH menutup tiap-tiap hati orang yang sombong lagi ganas
(memaksa rakyat).”
(Surah Al-Mukmin : 35)
5. Apa yang lebih malang, pemilik sifat takbur yang
menafikan hak-hak ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA akan ditempatkan ke dalam neraka seiring dengan
firman ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu,
mereka itu akan masuk neraka Jahanam dengan menderita kehinaan.”
(Surah Al-Mu’min: 60)
Dan ini diperkukuhkan lagi oleh dua buah hadis yang
bermaksud;
“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat
seberat biji sawi dari sifat kesombongan.”
Manakala Hadith kedua bermaksud;
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang bakhil dan berbuat
sewenang-wenang (kerana kesombongannya).”
ٌ
Rujukan :
http://referensiagama.blogspot.com/2011/02/takabur.html
(Sanad
dan riwayat hadis…)?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan