Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 19 Disember 2016

R 126 RAHSIA SUJUD DI DALAM SOLAT

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku, maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dan lain-lain.
Paling hebat lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa sujud?
Sebenarnya:-

1. sujud pertama tanda taat (perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA)

2. sujud kedua tanda syukur (hamba kepada ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM bersabda:

“Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankanlah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.”
“Hendaklah kamu bersujud kepada ALLAH kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya ALLAH mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu.”
(HR Muslim)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud:-

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”
(Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya ALLAH hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya padaMu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM iaitu Huzaifah ra berkata bahawa NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM telah bersabda:-

“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh ALLAH daripada Dia melihat hambaNya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada ALLAH).”
(Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud:-

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri.”
(Surah As-Sajadah ayat 15)

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya di tempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat ALLAH Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (solat), Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep give and take…


Yaa ALLAH! Ya Aziz! Ya Jabbar! Ya Mutakabbir! Ya Muntaqim! Ya Dzal Jalali Wal ikram! Yaa ALLAH! Tuhan yang memiliki kuasa kepimpinan dan kekuatan yang Maha Tinggi, Raja yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa,Yaa ALLAH! Selamatkanlah Saudara-Saudara Kami di serata dunia dan sekutunya yang zalim, Yaa ALLAH! Perkuatkan Kesatuan Jemaah Umat Islam di muka bumi ini, Yaa ALLAH! WAMA RAMAITA IZRAMATA WALA'KINNALLAHA RAMAA, Yaa ALLAH! Perbaiklah segala keburukan, dan kembalikanlah cahaya kekuatan iman dan nur kebesaran dan Keberanian dan keagunganMu ke dalam jiwa Kami dan Saudara-Saudara Kami di dunia yang sangat lemah ini. Dan Menangkanlah Saudara-Saudara Kami ke atas mereka.  Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Negara Manakah yang tidak dikawal Oleh Yahudi dan Nasrani sekarang ni????

Dari segi pemerintahan, ekonomi hinggalah kehidupan Umat Islam sendiri di muka bumi ini adalah di bawah telunjuk Kaum ini. Tak percaya, cubalah kaji satu persatu... Adakah hidup kita sekarang berpandukan al Quran dan As Sunnah?


Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Dzal Jalali Wal Ikram, Bimbinglah kami ke jalan yang lurus, jalan sebenar-benar jalan yang Engkau redhai. Bantulah kami, Bantulah kami, menuju jalan yang Engkau benar-benar redhai sebagai Umat Islam Ya ALLAH.

R 125 TIGA GAYA WANITA YANG TIDAK MENCIUM BAU SYURGA

Ada tiga gaya penampilan yang membuat wanita muslimah diancam tidak akan mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat dicium dari jarak sekian dan sekian.

Berikut keterangan dari Imam Nawawi dalam Al Minhaj Syarh kitab Shahih Muslim.

1. Wanita yang berpakaian tetapi telanjang.

Ada beberapa tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi.
- Wanita yang mendapat nikmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, namun enggan bersyukur kepadaNya.
- Wanita yang menutup sebahagian tubuhnya dan menyingkap sebahagian lainnya.
- Wanita yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan bentuk tubuhnya.

2. Wanita yang maa-ilaat wa mumiilaat.

Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini..
- Maa-ilaat yang dimaksud adalah tidak taat pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan tidak mahu menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat yang dimaksud adalah mengajarkan yang lain untuk berbuat sesuatu yang tercela.
- Maa-ilaat adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan mumilaat iaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua pundaknya atau bahunya.
- Maa-ilaat yang dimaksud adalah wanita yang biasa menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggang-lenggok bagai wanita nakal. Mumiilaat yang dimaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya bergaya seperti itu.

3. Wanita yang kepalanya seperti punuk unta yang miring, maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya seakan-akan memakai serban..

Keterangan lebih lanjut :

Lihat Syarh kitab Shahih Muslim, terbitan Dar Ibnul Jauzi, 14: 98-99).

Masya ALLAH
Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sentiasa membimbing kita agar kita sentiasa berada di jalan yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA redai, yang wanita marilah berjalan dengan tuntunan al Quran, dan yang lelaki hendaknya menasihati apabila ada yang jauh dari norma al Quran. Aamiin

Yaa ALLAH…

Muliakanlah orang yang membaca status ini
Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
Lapangkanlah hatinya
Bahagiakanlah keluarganya
Luaskan rezekinya seluas lautan
Mudahkan segala urusannya
Kabulkan cita-citanya
Jauhkan dari segala Musibah
Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.
Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yangmembaca dan membahagikan status ini.

Aamiin ya Rabbal’alamin

R 124 SEMBILAN BELAS GOLONGAN YANG AKAN MATI DALAM HUSNUL KHATIMAH

Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya ( Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari al Quran dan as Sunnah shahihah, beliau mendapatinya ada 19 tanda, berikut ini ringkasannya:
Sesungghnya Zat Yang Mensyariatkan telah menjadikan beberapa tanda yang jelas untuk menunjukkan husnul khatimah (ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menetapkannya dengan kurnia dan kenikmatanNya) maka siapa saja yang meninggal dengan memiliki salah satu tandanya maka itu merupakan berita gembira:

Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadits yang shahih diantaranya:

قوله: صلى الله عليه وسلم : ( من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة ) .( حسن )

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:

Barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga.
( Hadits Hasan)

Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh  berdasarkan hadits Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu:

عن بريدة بن الخصيب رضي الله عنه :  ( صحيح ) ( أنه كان بخراسان فعاد أخا له وهو مريض فوجده بالموت وإذا هو يعرق جبينه فقال : الله أكبر سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( موت المؤمن بعرق الجبين ) .

Daripada Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: Bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang melawat seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.”
hadits shahih

Ketiga: Mereka yang meninggal pada malam jumaat atau siangnya berdasarkan sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM ( hadits dengan seluruh jalurnya hasan atau shahih )

لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( ما من مسلم يموت الجمعة أو ليلة الجمعة إلا وقاه الله فتنة القبر ) .
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:

Tidaklah seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan ALLAH Melindunginya dari siksa kubur.

Keempat: meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :

قال الله تعالى : “وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [آل عمران : 169 - 171].

Ertinya:  dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh dijalan ALLAH mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka(169). Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan ALLAH kepada mereka, dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih(170). Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari ALLAH dan kurniaNya dan bahawa ALLAH tidak menyia-nyiakan balasan bagi orang-orang beriman.
(Surah 3, ALI IMRAN : ayat 169-171)

( صحيح ) وقال صلى الله عليه وسلم : ( للشهيد عند الله ست خصال :” يغفر له في أول دفعة من دمه، ويرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن الفزع الأكبر، ويحلى حلية الإيمان، ويزوج من الحور العين، ويشفع في سبعين إنسانا من أقاربه)

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda :

Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari siksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.
(hadits shahih)

Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang dijalan ALLAH (bukan terbunuh) berdasarkan sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM:

لقوله صلى الله عليه وسلم : ( ما تعدون الشهيد فيكم ؟ ) قالوا : يا رسول الله من قتل في سبيل الله فهو شهيد قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل ) . قالو : فمن هم يا رسول الله قال : ( من قتل في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في الطاعون فهو شهيد ومن مات في البطن ( 1 ) فهو شهيد والغريق شهيد ) .

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:

Apa yang kalian nilai sebagai syahid di antara kalian? Mereka berkata: Ya RASULULLAH siapa yang terbunuh dijalan ALLAH maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya para syuhada umatku sedikit. Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya RASULULLAH? Beliau berkata: Barangsiapa yang terbunuh dijalan ALLAH, syahid, barangsiapa yang mati dijalan ALLAH, syahid, barangsiapa yang mati kerana wabak taun syahid, barangsiapa yang  mati kerana penyakit perut  syahid, dan orang yang tenggelam syahid).

Keenam: mati kerana satu wabak penyakit taun, berdasarkan beberapa hadits diantaranya:

( صحيح )ا قوله صلى الله عليه وسلم : ( الطاعون شهادة لكل مسلم ) .

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:

Wabak taun merupakan kesyahidan bagi setiap muslim.
( hadits shahih)

Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadits di atas.

Kelapan dan kesembilan: Mereka yang  mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda NABI SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM:

( صحيح ) لقوله صلى الله عليه وسلم : ( الشهداء خمسة : المطعون والمبطون والغرق وصاحب الهدم والشهيد في سبيل الله ) .

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:

Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid dijalan ALLAH.
( hadits shahih)

Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya:

( صحيح ) لحديث عبادة بن الصامت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم عاد عبد الله بن رواحة قال : فما تحوز له عن فراشه فقال : أتدري من شهداء أمتي ؟ قالوا : قتل المسلم شهادة قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل قتل المسلم شهادة والطاعون شهادة والمرأة يقتلها ولدها جمعاء شهادة [ يجرها ولدها بسرره  إلى الجنة ] ) .

Daripada Ubadah bin Shamit radhiallahu anhu bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM menjengok Abdullah bin Rawahah dan berkata: beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang muslim adalah syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid [ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga.
( hadits shahih )

Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada ditulang rusuk, ada beberapa hadits yang terkait yang paling masyhur:

عن جابر بن عتيك مرفوعا :  ( صحيح ) ( الشهداء سبعة سوى القتل في سبيل الله : المطعون شهيد والغرق شهيد وصاحب ذات الجنب شهيد والمبطون شهيد والحرق شهيد والذي يموت تحت الهدم شهيد والمرأة تموت بجمع شهيدة )

Daripada Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’ : Syuhada ada tujuh selain terbunuh dijalan ALLAH: yang mati kerana wabak taun syahid, yang tenggelam syahid, yang mati keraena sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena reruntuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.
(hadits shahih)

Ketiga belas: Mereka yang mati karena sakit  TB berdasarkan hadits:

( حسن ) لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( القتل في سبيل الله شهادة والنفساء شهادة ،والحرق شهادة والغرق شهادة، والسل شهادة ،والبطن شهادة ).

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda: Terbunuh dijalan ALLAH syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.
(hadits hasan)

Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadits diantaranya:

( صحيح ) ( من قتل دون ماله ( وفي رواية : من أريد ماله بغير حق فقاتل فقتل ) فهو شهيد ) .

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda: Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya ( dalam riwayat: Barangsiapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid.
(hadits shahih)

Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya:

( صحيح ) لقوله صلى الله عليه وسلم : ( من قتل دون ماله فهو شهيد ومن قتل دون أهله فهو شهيد ومن قتل دون دينه فهو شهيد ومن قتل دون دمه فهو شهيد ) .

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda: Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.
( hadits shahih)

Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga diperbatasan) dijalan ALLAH. Ada dua hadits dalam hal itu salah satunya:

( صحيح ) ( رباط يوم وليلة خير من صيام شهر وقيامه ،وإن مات جرى عليه عمله الذي كان يعمله وأجري عليه رزقه وأمن الفتان ) .

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda: Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati, maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan dihindarikan dari fitnah.
(hadits shahih)

Kelapan belas: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadits:

لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( صحيح ) ( من قال : لا إله إلا الله ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن صام يوما ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ) .

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda: Barangsiapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah ALLAH lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barangsiapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah ALLAH lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barangsiapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah ALLAH lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.
( hadits shahih)

Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya:

لقوله صلى الله عليه وسلم :( صحيح ) ( سيد الشهداء حمزة بن عبد المطلب ورجل قام إلى إمام جائر فأمره ونهاه فقتله ) أخرجه الحاكم وصححه والخطيب.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muththalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.
Hadits dikeluarkan oleh Al Hakim dan dishahihkannya dan Al Khatib.
Wallahu A’lam bishowab.


Ahad, 18 Disember 2016

R 123 AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat NABI MUHAMMAD SAW. Kalau umat NABI MUHAMMAD SAW, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi ALLAH Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati-hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta ALLAH SUBHANAHU WA TAALA syariatkan solat kepada NABI MUHAMMAD SAW melalui Israk Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat RASULULLAH SAW nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama. boleh share/copy antara kita...

R 122 BERHATI HATI DI USIA 40TAHUN

Ramai tidak sedar dalam al Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
(Surah 46,  ALAHQAF: ayat 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Pada ayat yang lain, firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?
(Surah 35, AL FATHIR : ayat 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan bersungguh-sungguh.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM pada usia 40 tahun.”
(riwayat al-Bukhari)

NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu :

1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, ALLAH akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, ALLAH akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, ALLAH akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, ALLAH juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta ALLAH akan mencatatnya sebagai tawanan ALLAH di bumi.
(Riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sekaligus konsisten terhadap Islam, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahawa aku adalah musafir. Demi ALLAH, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syarak lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada ALLAH.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM,

"Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati."


Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.

R 121 SELAWAT KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW

"Alhhumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad, kama shallaita 'ala ali Ibrahim, innaka hamidum majid.
Allahumma barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad, kama barakta 'ala ali Ibrahim, innaka hamidum majid."

Ertinya:

YA ALLAH, berikanlah tambahan kerahmatan pada MUHAMMAD dan pada keluarga MUHAMMAD, sebagaimana Engkau telah memberikan tambahan kerahmatan pada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi Termulia.

Ya ALLAH, berikanlah tambahan keberkahan pada MUHAMMAD dan pada keluarga MUHAMMAD, sebagaimana Engkau telah menambahkan keberkahan pada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi Termulia. 

R 120 BERGURAU ADA BATASNYA, FIKIR DULU SEBELUM CAKAP

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar :

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sikit dari nabi. (jatuh kafir)
2- Tak payah la simpan-simpan janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak jer muka aku tengok. (jatuh kafir)
3- Zaman nabi mana ada Gillette, sebab tu la ada jambang. (jatuh kafir)
4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)
5- Senyum la sikit, muka masam je dah macam malaikat mungkar nakir dah aku tengok. (jatuh kafir)
6-Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)
7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)
8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)
9- Aku murtad dah, Eh gurau je gurau je... (jatuh kafir)
10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)        

 "Barangsiapa mempersenda, mempermain, menafikan sunnah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta." -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.         
p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yang kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.         
Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain
Bahaya Nie...  Masya ALLAH !
Syirik kecil boleh jadi macam ni. Situasi: Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata. "Nanti hujanlah." Haa, tu boleh jadi syirik kecil.
Situasi lain: Azlie bertanya kepada Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad menjawab, "Dah, semalam." Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. Kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan?

Ilmu untuk dikongsi bukan untuk dijualbeli. Sumber 'Usrah tv9'

R 119 ENAM WASIAT SAIDINA UMAR BIN KHATTAB

Berikut adalah 6 Wasiah Saidina Umar Bin Khattab kepada para sahabatnya, semoga wasiat tersebut boleh menjadi bahan renungan kita juga untuk menjadi orang yang lebih baik lagi.
                       
Pertama, bila kalian menemukan aib yang ada dalam diri seseorang, maka galilah aib yang ada dalam diri kalian sendiri, kerana aib kalian belum tentu sedikit.

Kedua, bila kalian ingin memusuhi seseorang atau sesuatu, maka musuhilah perut kalian, kerana tidak ada musuh yang lebih berbahaya bagi kalian selain perut kalian sendiri.

Ketiga, bila kalian ingin memuji, pujilah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kerana tidak ada sesuatu yang lebih banyak memberi kepada kalian dan lebih santun serta lembut kepada kalian selain Dia.

Keempat, bila ada yang ingin kalian tinggalkan, maka tinggalkanlah kesenangan dunia, sebab justeru bila kalian tinggalkan kalian akan menjadi terpuji.

Kelima, bila kalian ingin bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati, sebab bila kalian tidak menyiapkan bekal untuk mati kalian akan menderita, rugi dan penuh penyesalan.

Keenam, bila kalian ingin menuntut sesuatu maka tuntutlah akhirat kerana kalian tidak akan mendapatkannya kecuali dengan mencarinya."

Itulah enam wasiat dari Saidina Umar bin Khattab yang patut kita renungkan dan ikuti.

Ya Dzal jalali wal Ikram ertinya Wahai Zat yang memiliki keperkasaan dan kemuliaan."

Daripada Abu Zar ra, bahawasanya ia mendengar RASULULLAH bersabda:


Yang Bermaksud : "Tidakkah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain, melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat tersebut."