Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah
berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
Seorang ahli Sains
saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak
manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang
berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia.
Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya
dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk
mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan
bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika
seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam
dalam solat. Bila perkara ini berlaku, maka otak dapat bekalan darah dan
oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit
seperti stress, migraine, stroke, menyegarkan otak serta menajamkan akal
fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat
Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.
Paling HEBAT lagi
maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda
SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Dalam khutbah
Ramadhan NABI MUHAMMAD SAW bersabda:,
Punggung-punggung
kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankanlah beban kalian
dengan memperbanyakkan sujud.
“Hendaklah kamu
bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan
dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan)
darimu,”
(HR Muslim)
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:-
“Sesungguhnya solat itu
mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”
(Surah Al Ankabut : ayat 45)
Dari Sudut Tasauf
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling
hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah
menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di
dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa “Ya
Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya
padaMu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan.”
Seorang sahabat NABI MUHAMMAD SAW iaitu Huzaifah r.a berkata
bahawa NABI MUHAMMAD SAW telah bersabda:-
“Tiadalah
keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh ALLAH daripada Dia melihat
hambaNya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai
tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada ALLAH).”
(Hadis Riwayat Imam
Tabrani).
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:-
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila
diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta
memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri.”
(Surah As-Sajadah : ayat 15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan
wajahnya di tempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah
meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca
asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah.
Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang
hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap ALLAH SWT yang
menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu
sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah
bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan
dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak
akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang
memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun
dan merasai kebesaran ALLAH SWT dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam
hatinya untuk mensucikan Zat ALLAH Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak
bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih.”
P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan
dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak
ALLAH SWT (solat), Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan
kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…