Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 5 Januari 2018

S 144 : LAKUKAN 13 CARA INI AGAR OTAKMU FOKUS DAN TENANG KETIKA MENGHADAP ALLAH SWT

Khusyuk dalam solat itu rezeki. Bila khusyuk hati jadi tenang dan fokus. Selain memahami bacaan dalam solat, anda juga boleh praktikkan 13 cara yang Dr Rizal Abu Bakar, Brain Expert. Sebelum itu ketahui dahulu bagaimana khusyuk ini boleh mempengaruhi otak.

Bagaimana Khusyuk Pengaruhi Otak

Solat itu tuntutan. Suruhan daripada Allah SWT. Hadiah untuk insan. Solat bukan sekadar rutin. Bukan juga aktiviti berdiri, rukuk dan duduk. Ia aktiviti yang melibatkan otak.
Yang lebih menarik ada beza antara solat khusyuk dan tidak. Keduanya terpamer pada otak manusia. Apabila seorang insan bersolat tanpa khusyuk, otak bahagian prefrontal cortex (PFC) masih terus aktif. Semua aktiviti dunia berlari di minda seperti tayangan movie.

Tiada tenang. Tiada damai. Tiada perkataan baginda “Arihna Ya Bilal” (rehatkan kami Wahai Bilal) bertakhta di sanubari. Manusia kekal kalut. Kekal bergelut. Gambar imbasan otak sebelah kiri cerita segalanya. Warna kuning tanda otak masih aktif.

Apabila hadir solat dengan hati. Merunduk menatap bumi, bahagian PFC senyap sunyi. Bukti tuhan diingati dan dikasihi.

Menarik lagi, bahagian lain pula menjadi aktif. Basal Ganglia, pusat reward atau habuan menjadi aktif. Tanda lega dan tenang bersarang di hati.

Anterior Cingulate Gyrus juga tidak terkecuali. Kesedaran emosi dan sosial berpusat di sini. Kurangkan rasa marah dan anxiety.

Rasa ragu hilang. Rasa prestij tak lagi beraksi. Kajian ini dimuat dalam Journal of Physiology tahun 2015. Kajian ke atas orang yang solat. Solat sebagai rutin berbanding dengan memaknai makna ketuhanan.

Kajian ini berikan maksud berbeza. Antara khusyuk dan solat biasa. Solat dengan khusyuk beri kesan luarbiasa pada otak. Wujud tenang, damai, kuatkan rasa bertuhan.

Solat Dengan Khusyuk

Apabila kita solat dengan khusyuk, aktiviti otak bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif. Fokus hanya pada yang satu. Bukan lagi terkenang kunci yang hilang atau apa yang perlu dibuat selepas ini.

Apabila otak masih sibuk fikirkan hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif.
13 Cara Tenteramkan Parietal Lobe

Untuk tenteramkan bahagian ini perlu praktik. Setiap hari. Tanpa latihan ia tidak akan berhasil:

1. Cari tempat yang tiada gangguan. Boleh jadi bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai. Jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.

2. Duduk dalam keadaan selesa. Cara duduk terpulang. Asal selesa. Pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap selesa.

3. Bernafas melalui hidung. Rasakan udara yang masuk. Sejuk @ panas. Hembus nafas melalui mulut. Rasakan udara yang keluar.

4. Teruskan bernafas. Fokuskan pada bahagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.

5. Teruskan bernafas. Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.

6. Mungkin fikiran akan melayang. Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, gerakan di dada dan di perut.

7. Setelah dua minit, boleh mulakan zikir. Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya Allah. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.

8. Praktik 5 minit dulu. Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tenteramkan parietal lobe.

9. Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktiviti ini. Bernafas dan berzikir.

10. Harus tepat waktu, Beri waktu lebih untuk ruang bertenang.

11. Setelah zikir dan sebelum mulakan solat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.

12. Waktu solat nafas perlu dijaga. Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.

13. Fokus pada sebutan bacaan. Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali.

Selain itu berikut adalah 6 cara yang dapat mendorong khusyuk dalam solat:

1. Menjaga Waktu

Islam mengajarkan kepada setiap umatnya untuk memanfaatkan waktunya selama di dunia dengan sebaik-baiknya iaitu dengan melakukan perbuatan baik, beramal soleh, menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia, serta tidak berbuat maksiat.
Setiap muslim yang selalu menjaga waktunya ini pasti akan selalu mengingat Allah SWT dalam setiap langkahnya.

2. Niat Dengan Ikhlas

Solat merupakan kewajipan bagi setiap muslim sehingga niatkan solat dengan ikhlas tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain. Solat semata-mata hanya untuk Allah SWT dan untuk mendekatkan diri kepada sang pencipta maka in syaa Allah solat dapat lebih tenang.

3. Menjaga Kebersihan

Islam mengajarkan kepada setiap umatnya untuk selalu menjaga kebersihan kerana kebersihan merupakan sebahagian dari iman.
Sebelum melaksanakan solat, setiap muslim diwajibkan untuk bersuci terlebih dahulu dari hadas kecil dan besar iaitu dengan mandi dan berwuduk. Kebersihan badan dapat membangkitkan rasa semangat dan ketenangan saat melaksanakan solat.

4. Tepat Waktu

Rasulullah SAW mengajarkan kepada setiap umatnya untuk selalu tepat waktu dan tidak menunda-nunda waktu solat.
Lebih baik melaksanakan solat secara tepat waktu sesuai dengan jadualnya kerana selain dapat membuat hati lebih tenteram juga dapat membiasakan diri untuk hidup disiplin.

5. Tenang dan Tuma’ninah

Dalam solat dianjurkan untuk selalu tenang dan tuma’ninah atau tidak terburu-buru. Solat secara tuma’ninah dapat menciptakan kekhusyukan dalam solat.

6. Rendah Hati dan Tawadhuk

Salah satu sifat Rasulullah SAW yang dapat menjadi cerminan bagi setiap muslim adalah rendah hati dan tawadhuk.
Rasulullah SAW selalu rendah hati terhadap siapapun dan tidak merasa lebih tinggi darjatnya dibandingkan dengan orang lain meskipun beliau merupakan Rasul yang memiliki banyak keistimewaan dari Allah SWT.

Setiap muslim yang solatnya baik dan khusyuk maka akan tercermin dalam akhlaknya yang baik pula sehingga solat merupakan cerminan akhlak seorang muslim.


Perkara yang palinh penting adalah perlu praktik. Tenang tidak bertandang tanpa diundang. Khusyuk itu rezeki. Salah satu tanda betapa dekatnya kita dengan kiamat ialah Allah SWT tarik nikmat khusyuk ini. Dan kiamat kecil ialah kematian kita.



S 143 : SYURGA SEORANG ISTERI

Dugaan paling besar adalah bersabar. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah SWT yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah SAW sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. Betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Allah yaa Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat reda seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. In shaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Yaa Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka yaa Allah...Aamiin.
Share kan dengan sahabat-sahabat wanita yang lain yea...Jika dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, pahala berpanjangan buat kita semua in shaa Allah..

👤 Ustaz Nasiruddin Abdul aziz


S 142 : DARJAT DI SYURGA TERGANTUNG HAFALAN AL QURAN

Imam al-Khathabi rahimahullah dalam Ma’âlim as-Sunan (2/136) menjelaskan: Ada dalam atsar bahawa jumlah ayat al Quran menentukan ukuran tangga syurganya. Disampaikan kepada para penghafal al Quran, ‘Naiklah ke tangga sesuai dengan yang kamu baca dari al Qurân. Barangsiapa yang menyempurnakan bacaan seluruh al Qurân maka ia mendapatkan tangga syurga tertinggi dan siapa yang membaca satu juz darinya maka akan naik ke tangga sesuai ukuran tersebut. Sehingga hujungnya pahala berada pada hujungnya bacaan.”

Pernyataan imam al-Khatthabi ini disampaikan syaikh al-Albani rahimahullah dan dikomentari Syaikh al-Albani rahimahullah dengan pernyataan:

“Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan Shâhibul Qurân (orang yang membaca al Quran) di sini adalah orang yang menghafalkannya dari hati sanubari. Sebagaimana hal ini ditafsirkan berdasarkan sabda Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lain,

“Suatu kaum akan diimami oleh orang yang paling menghafal Kitabullah(al Quran).”

Kedudukan yang bertingkat-tingkat di syurga nanti tergantung dari banyaknya hafalan seseorang di dunia dan bukan tergantung pada banyak bacaannya saat ini, sebagaimana hal ini banyak disalahfahami oleh banyak orang. Inilah keutamaan yang nampak bagi seorang yang menghafalkan al Quran, namun dengan syarat hal ini dilakukan untuk mengharap wajah ALLÂH AZZA WA JALLA semata dan bukan untuk mengharapkan dunia, dirham dan dinar. Ingatlah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

ﺃَﻛْﺜَﺮَ ﻣُﻨَﺎﻓِﻘِﻲ ﺃُﻣَّﺘِﻲ ﻗُﺮَّﺍﺅُﻫَﺎ

“Kebanyakan orang munafik di tengah-tengah umatku adalah qurro’uha (yang menghafalkan al Quran dengan niat yang buruk).”
[HR. Ahmad, sanadnya hasan sebagaimana dikatakan oleh Syaikh al-Albani dalam 750]. [Lihat keterangan beliau dalam Silsilah Ahâdîts ash-Shahîhah pada hadits no. 2440]
Wallâhu a’lam

Sumber : almanhaj


S 141 : FADHILAH ZIKIR (sebahagian)

ALLAH AZZA WA JALLA berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا . وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.”

Di antara keutamaan zikir secara umum adalah sebagaimana dalam nash-nash berikut ini:

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk (dalam solat), lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(QS. al-Ahzab: 35)

Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:

“Mahukah kamu aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci di sisi Rajamu (Allah), dan paling mengangkat darjatmu; lebih baik bagimu dari infak emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuh­mu, lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?” Para Sahabat yang hadir berkata: “Mahu (wahai Rasulullah)!” Beliau bersabda: “Zikir kepada Allah Yang Maha Tinggi.”
(HR. At-Tirmidzi no. 3377, Ibnu Majah no. 3790. Lihat pula Shahih at-Tirmidzi III/139 dan Shahiih Ibni Majah 11/316)

مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لَا يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ

“Perumpamaan orang yang ingat akan Rabbnya dengan orang yang tidak ingat Rabbnya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati.”
(HR. Al-Bukhari dalam Fat-bul Baari XI/208 no. 6407)

Orang yang banyak berzikir kepada Allah hatinya akan menjadi tenang.

أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“…Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”
(QS. Ar-Ra’d: 28)




S 140 : SIAPA ORANG BESAR DAN AGUNG

Orang yang besar dan agung adalah mereka yang lebih rendah hati daripada orang lain. Orang yang besar bukanlah orang yang bangga dengan dirinya sendiri."
(Mawlana Syaikh Nazim Adil al-Haqqani qs)

Allaahumma sholli 'ala sayyidina muhammad nabiyil umiyi wa 'ala 'alihi wa shohbihi wa sallim.


S 139 : WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA ALI RA

"Wahai Ali!
"Tidak ada kemiskinan yang lebih miskin daripada kebodohan."
"Tidak ada kekayaan yang lebih berharga daripada akal."
"Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada mengagumi diri sendiri."
"Tidak ada kekuatan yang lebih kuat daripada musyawarah."
"Tidak ada iman yang lebih kukuh daripada keyakinan."
"Tidak ada warak yang lebih baik daripada menahan diri."
"Tidak ada keindahan seindah budi pekerti."
"Tidak ada ibadah yang melebihi tafakkur."

(Riwayat dan sanadnya….)


S 138 : REDA MANUSIA ITU ADALAH PUNCAK YANG TAK BOLEH DICAPAI

 Al Imam Asy Syafi’iy berkata kepada Yunus Bin Abdil A’la رحمهما الله:

“Reda manusia itu adalah puncak yang tak boleh dicapai dan tiada jalan untuk selamat dari mereka. Maka engkau harus memegang apa yang bermanfaat bagimu, lalu tekunilah dia.”

Ahmad Bin Harb Bin Fairuz An Naisaburiy رحمه الله berkata:


“Aku beribadah kepada Allah selama lima puluh tahun, maka aku tidak mendapatkan kemanisan ibadah hingga aku meninggalkan tiga perkara: Aku meninggalkan keredaan manusia hingga akupun sanggup untuk berbicara dengan kebenaran. Dan aku meninggalkan persahabatan dengan orang-orang fasik hingga akupun mendapatkan persahabatan dengan orang-orang soleh. Dan aku tinggalkan manisnya dunia hingga akupun mendapatkan manisnya akhirat.”


S 137 : SAAT MENUNGGU PAGI

Ada orang yang menunggu pagi, hanya untuk dicuci ginjalnya dan di ruang ICU.
Ada orang yang menunggu pagi, hanya untuk mengambil dan menebus ubatnya.
Ada juga orang pagi hari menggigil kerana semalaman hujan dan tidak punya tempat berteduh.
Dan ada juga orang yang pagi harinya tidak mendapatkan apapun untuk dimakan.
Ada juga orang yang pagi harinya dilanda musibah kebakaran, longsor, kematian dan kekurangan.
Ketika kamu merasakan penderitaan penderitaan ini, maka kamu akan faham makna dari hadits :

"Barangsiapa yang melewati pagi harinya dengan perasaan aman dalam rumahnya, sihat badannya, dan memiliki makanan untuk hari itu, maka seakan-akan ia telah memiliki dunia dan seisinya.”
(Riwayat dan sanadnya….)

Subhanallaah ....
Namun kenyataannya Allah SWT berfirman dalam surah Saba' (34) ayat 13.

"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur(kepada Allah )."

Hari-hari diisi dengan keluh kesah, sumpah serapah, hujatan dan cacian.
Begitu seringnya kita bangun dalam kenyamanan sehingga menganggap segala nikmatNya seolah hal biasa dan baru terasa berharga di saat Allah SWT mengambilnya dari kita.
Yaa Allah masukkan kami ke dalam golongan yang sedikit itu.
Semoga bermanfaat.
Baarakallahu fiikum.


S 136 : NASIHAT KEPADA SAHABAT

“Awak, saya sayang awak kerana Allah. Nanti bila dekat sana bila awak jumpa Allah. Saya mohon awak jangan tarik pahala saya, selepas saya bagi tahu awak semua ni.”

"Apa?"

"1- Tudung awak, dah sempurna pakai tudung. Cuma, labuhkan bahagian hadapan tu. Tutup dada." Tu yang Islam ajar.

2- Kaki awak, pakai stoking tak wajib, tapi yang wajib itu tutup kaki. Pakai stoking salah satu cara nak tutup. Kalau awak nak pakai kasut Pau Cu Kang, kotak dekat kaki, terpulanglah. Janji awak tutup.

3- Baju awak, pakai tudung cantik dah. Labuhkan dah. Awak labuhkan juga bahagian lengan tu. Kalau awak nak lebih selamat, awak pakai la sarung tangan. Besarkan baju awak. Biar nampak kolot di mata orang, tapi tidak di mata Allah.

4-Muka awak, Allah dah cantikkan. Jangan palsukan muka awak dengan 'cat warna-warni.'

5- Awak, saya sayangkan awak sebagai sahabat. Saya harap awak berubah penampilan. Awak sudah tahu kan? Mohon ubah ye awak. Saya tak sanggup nak tengok awak dijilat api. Awak, ambil lighter,mancis panaskan jari awak, awak mampu tahan ke? Tidakkan.
Masakan awak nak menentang kuasa Dia. Azab Dia. Maka Ubahlah."

-Maafkan saya, kawan –
Nasihat dari saya, jika semua orang yang berpeluang membaca nasihat ringkas ini, kemudian menghantar atau share kepada semua orang yang anda tahu, saya yakin dan percaya anda sangat 'penyayang' kepada rakan-rakan anda.

ѕeвaιĸ-вaιĸ ѕaнaвaт ιalaн ѕaнaвaт yang мengajaĸ raĸannya ĸe araн ĸeвaιĸan....


S 135 : AMAL PEMBAHAGIAN

Tidaklah sempurna suatu pembahagian kecuali dengan tiga perkara: 

Dengan menyegerakannya (tidak menunda kebaikan), dan menganggap (kebaikan yang dilakukannya) sebagai sesuatu yang kecil dan dengan menutupinya (dari pandangan manusia).


سيدنا جعفر الصادق رضي الله عنه


S 134 : DUNIA TANPA RIBA

Islam tidak membenarkan berbagai pungutan yang tidak didasari oleh alasan yang dibenarkan, diantaranya ialah pajak. Pajak atau yang dalam Bahasa Arab disebut dengan al muksu adalah salah satu pungutan yang diharamkan, dan bahkan pelakunya diancam dengan siksa neraka.

إِنَّ صَاحِبَ المُكْسِ فِي النَّارِ. رواه أحمد والطبراني في الكبير من رواية رويفع بن ثابت رضي الله عنه ، وصححه الألباني

“Sesungguhnya pemungut upeti akan masuk neraka.”
(Riwayat Ahmad dan At Thobrany dalam kitab Al Mu’jam Al Kabir dari riwayat sahabat Ruwaifi’ bin Tsabit radhiallahu ‘anhu, dan hadits ini, oleh Al Albany dinyatakan sebagai hadits shahih)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الرِّبَا سَبْعُونَ حُوبًا أَيْسَرُهَا أَنْ يَنْكِحَ الرَّجُلُ أُمَّهُ

“Riba itu ada tujuh puluh dosa. Yang paling ringan adalah seperti seseorang menzinai ibu kandungnya sendiri.”
(HR. Ibnu Majah, no. 2274. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadits ini hasan)
.
Tersebarnya riba merupakan “pernyataan tidak langsung” dari suatu kaum bahawa mereka berhak dan layak untuk mendapatkan azab daripada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا ظَهَرَ الزِّناَ وَالرِّبَا فِي قَرْيَةٍ فَقَدْ أَحَلُّوْا بِأَنْفُسِهِمْ عَذَابَ اللهِ

“Apabila telah marak perzinaan dan praktik ribawi di suatu negeri, maka sungguh penduduk negeri tersebut telah menghalalkan diri mereka untuk diazab oleh Allah.”
(HR. Al-Hakim | Shahih)


Rabu, 3 Januari 2018

S 133 : HATI BERSIH MAKA HIDUP AKAN BAHAGIA

1. Jangan sibuk mencari kesalahan orang lain kerana salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.
2. Jangan hina orang lain, kalau sudah tahu rasa sakit dihinakan oleh orang lain.
3. Jangan buka aib orang, ALLAH SWT akan simpan aib kita sampai hari akhirat kelak.
4. Jangan perlekehkan orang lain, kerana ALLAH SWT sangat menghargai setiap usaha hambaNya.
5. Jangan mengata orang, Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.
6. Jangan sakitkan hati orang lain kerana doa orang yang teraniaya itu makbul.
7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya ALLAH yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.
8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada kerana ALLAH SWT boleh tarik bila-bila masa.
9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. ALLAH SWT bagi rezeki setiap orang itu berbeza.
10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. ALLAH SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri.


S 132 : MENUNTUT ILMU

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama ia masih menuntut, tetapi apabila pada suatu ketika ia berkata, "aku sudah pintar," maka sesungguhnya ia telah menjadi bodoh dengan sendirinya.”
(Luqman Hakim)


S 131 : PENYUCIAN

“Jasad disucikan dengan air, jiwa disucikan dengan air mata, akal disucikan dengan ilmu pengetahuan, dan ruh disucikan dengan cinta.”
(Saiyyidina 'Ali Abi Thalib)


S 130 : SUDAH SIAPKAH KITA

Kajian ilmiah seluruh Pakar Iptek di timur dan barat sudah 100% membenarkan peringatan Rasulullah SAW 14 abad yang lalu dan janji ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pasti benar dan tepat.

Badan Meteorologi dan Geofizik menyatakan bahawa akan terjadi kemarau panjang yang akan melanda dunia. Diperkirakan kemarau panjang tersebut akan dimulai tahun 2019 hingga 2022. Cadangan air dunia saat ini hanya tersisa 3% saja.

Lalu apa ertinya informasi ini bagi kita?
Ertinya adalah keluarnya Dajjal telah sangat dekat dan munculnya Imam Mahdi telah berada di tengah-tengah kita, tanpa kita sedari. Ini bererti apa yang disabdakan Rasulullah SAW telah terbukti.

Dalam hadits tentang kisah Tamim Ad-Dari, keluarnya Dajjal ditandai dengan keringnya danau Thabariyyah (Tiberias), keringnya mata air Zughar, dan pohon kurma Baisan tidak berbuah lagi. Dan jika kita mengikuti perkembangan informasi terakhir tentang tiga pertanda tersebut, sudah nyata terjadi.

Sudah dua tahun ini, pohon kurma di Baisan tidak berbuah lagi. Diikuti dengan semakin minusnya mata air Zughar. Dan yang paling mencengangkan adalah surutnya air di danau Tiberias di Israel sudah sangat mengkuatirkan. Sedemikian, sehingga pemerintah Israel sibuk mencari sumber air lain.

Salah satunya perencanaan penyulingan air laut. Dalam hadits lain dikatakan bahawa Dajjal akan keluar dari sarangnya ditandai setelah terjadi kemarau dan kekeringan selama kurun 3 tahun. Dan sebagaimana disebutkan di atas, bahawa Badan Meteorologi dan Geofizik telah memperkirakan kekeringan panjang akan dimulai tahun 2019 hingga 2022.

Jika di antara kita ada yang pernah berhaji dari tahun 2011, 2012, 2013, 2014, maka in syaa Allah pernah berjumpa dengan “calon Imam Mahdi” di dekat Kaabah. Dan hanya orang-orang khusus saja yang mengetahui tanda-tandanya. Dan kemunculan Imam Mahdi ini seperti yang pernah dinubuwahkan oleh Rasulullah SAW adalah ditandai wafatnya Raja yang namanya bermakna nama haiwan. Boleh jadi ia adalah Raja Fahd (Fahd: singa). Setelah itu terjadi perselisihan. Dan naik tahta raja yang banyak dosa, kemudian meninggal, kemudian muncul raja yang baik. (Boleh jadi ia adalah Raja Salman). Wallahu a’lam. Di masa atau setelah masa pemerintahan Raja Salman inilah terjadinya pembai’atan atas Imam Mahdi. Dari pertanda ayat-ayat qauniyah tersebut, kesimpulannya adalah akhir dari fananya dunia ini sudah demikian dekat. Marilah kita berbuat baik semaksima mungkin, dan ajaklah setiap berjumpa sesama muslim di manapun, untuk semakin bersungguh-sungguh memperbanyak amal akhirat. 
ALLAHU AKBAR.

Kiamat menurut Agama Islam ditandai dengan beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai beribu-ribu kali tapi baca ini hanya perlu 5 minit.
- Kemunculan Imam Mahdi.
- Kemunculan Dajjal.
- Turunnya Nabi Isa (AS).
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj.
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur.
- Pintu pengampunan akan ditutup.
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar-benarnya.
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya.
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan.
- Pemusnahan/runtuhnya Kaabah.
- Tulisan dalam Al Quran akan lenyap.
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan.
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yang ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali.

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:

"Barangsiapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak."
(Riwayat dan sanadnya…..)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman :

"Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu."
(Surah :      )

Itulah yang dimaksud dajjal yang bermata satu: Ertinya hanya memikirkan duniawi daripada akhirat.
Kerugian meninggalkan solat :
Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.
Ashar: Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isyak: Kedamaian dalam tidur sukar didapatkan.

Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan Tahajud.
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan bersilaturahim.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca Al-Quran.
4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal sedekah.
5). Aku yang menyempitmu hingga hancur bila mana tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan Solat.
6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan puasa.
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "Lailahailallah."

Semoga menjadi amal.
Aamiin...
Astaghfirullaahal'adzhiim
Astaghfirullaahal'adzhiim
Astaghfirullaahal'adzhiim
  
Beruntungnya seseorang apabila dapat istiqomah datang ke rumah Allah untuk solat berjamaah.