Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 25 September 2020

V 89 : CARA MENGHAFAL SURAH AL KAHFI

Jom kita tengok langkah demi langkah menghafal 10 ayat awal dan akhir Surah Al Kahfi dengan cara mudah.

1. Pecahkan 10 ayat tersebut kepada blok-blok kecil. Ikut kreativiti masing-masing nak guna highlighter ke, nak kotak-kotakkan ke atau tulis semula mengikut blok.
Otak kita lebih mudah mengingat, menyerap dan menyimpan dalam kumpulan kecil.
Blok 1: ayat 1-4
Blok 2: ayat 5-7
Blok 3: ayat 8-10
2. Baca ayat 1 sehingga lancar, sekurang-kurangnya 5 kali.
3. Tutup al Quran dan
cuba hafalkan. Jika terlupa, ulang semula.
4. Dah ingat ayat 1, pindah ke ayat 2. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.
5. Dah ingat ayat 2, ulang semula hafazan ayat 1&2 sehingga lancar dan ingat.
6. Dah ingat ayat 1&2, pindah pula ke ayat 3. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.
7. Dah ingat ayat 3, ulang semula hafazan ayat 1,2&3 sehingga lancar dan ingat.
8. Dah ingat ayat 1,2&3, pindah pula ke ayat 4. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.
9. Dah ingat ayat 4, ulang semula hafazan ayat 1,2,3&4 sehingga lancar dan ingat.
10. Alhamdulillah, selesai blok yang pertama. Teruskan hafazan sehingga ayat ke-10 menggunakan kaedah yang sama.
Andaikata kita mengambil masa 5 minit untuk hafazan 1 ayat, kita cuma perlukan 20 minit sahaja untuk hafazan blok pertama. Kalau bacaan dah lancar, kita akan lebih mudah mengingat, masa yang digunakan juga lebih cepat.
Baca 10 ayat alkahfi setiap hari pagi dan petang tanpa melihat al Quran. Buka akaun Quran jika lupa. Lebih mudah, pasangkan audio surah alkahfi sepanjang hari setiap hari supaya hafazan kita terakam kemas dalam memori.
Tak lengkap rasanya jika hanya 10 ayat awal sahaja. Teruskan pula hafazan untuk 10 ayat terakhir surah alkahfi menggunakan kaedah yang sama.
Kemudian, baca 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah alkahfi setiap hari pagi dan petang. Bila dah ingat, sambil basuh pinggan pun boleh baca, alhamdulillah. Baca keseluruhan surah pula pada hari jumaat.
Ustaz kata, orang yang membacanya sahaja yang akan dilindungi dari kedahsyatan fitnah dajjal. Jom kita ajak anak-anak dan ahli keluarga kita sama-sama membaca dan menghafal alkahfi. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala mempermudahkannya.
Allahu Musta'an