Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 13 Julai 2013

Bab 312 Makruhnya Duduk Ihtiba' Pada Hari Jumaat Di Waktu Imam Sedang Berkhutbah, Sebab Duduk Semacam Itu Dapat Menyebabkan Mengantuk Lalu Tidak Memperhatikan Lagi Untuk Mendengarkan Khutbah Dan Pula Ditakutkan Akan Batalnya Wuduk

1702. Daripada Mu'az bin Anas al-Juhani r.a. bahawasanya Rasulullah melarang dari duduk ihtiba' pada hari Jumaat, sedang Imam waktu itu berkhutbah."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Keterangan:

Ihtiba' ialah duduk berjongkok sambil membelitkan sesuatu dari pinggang ke lutut atau tangannya merangkul lutut.












Bab 311 Larangan Makan Bawang Putih, Bawang Merah, Petai Dan Lain-lain Yang Mengandung Bau Busuk Dari Masuk Masjid Sebelum Lenyapnya Bau Tersebut Dari Mulut Kecuali Kalau Darurat

1698. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang makan buah dari pohon ini yakni bawang putih maka janganlah sekali-kali mendekati masjid kita." 
(Muttafaq 'alaih) 

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: "Jangan mendekat ke masjid-masjid kita."

1699. Daripada Anas r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang makan buah dari pohon ini yakni bawang putih, maka janganlah mende.kti kita dan jangan sekali-kali bersolat bersama dengan kita." 
(Muttafaq 'alaih)

1700. Daripada Jabir r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang makan bawang putih atau bawang merah, maka hendaklah menjauhkan diri dari kita atau pula supaya ia menjauhkan diri dari masjid kita."
(Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang makan bawang merah, bawang putih dan petai, maka janganlah sekali-kali mendekati masjid kita, kerana sesungguhnya malaikat itu merasa disakiti  yakni tidak enak perasaannya sebagaimana merasa disakitinya  yakni tidak enaknya perasaan anak Adam daripada bau benda-benda itu."

1701. Daripada Umar bin al-Khaththab r.a. bahawasanya ia berkhutbah pada hari Jumaat, lalu ia berkata dalam khutbahnya; 

Yang Bermaksud : "Kemudian, sesungguhnya engkau sekalian itu, wahai para manusia sama makan dari buah kedua pohon ini. Saya tidak melihat keduanya itu melainkan sebagai benda yang busuk baunya, iaitu bawang merah dan bawang putih. Saya telah melihat Rasulullah s.a.w. apabila beliau menyuruh ia datang dan selanjutnya diperintah keluar ke Baqi'. Maka barangsiapa yang memakan keduanya, hendaklah mematikan dulu baunya dengan jalan direbus."
(Riwayat Muslim)

Keterangan:

Baqi' ialah tempat pemakaman kaum Muslimin di Madinah, Maksudnya disuruh pergi ke Baqi' ialah untuk mempersangatkan ketidaksukaan beliau s.a.w. pada bau kedua buah tersebut kalau ada di masjid, kemudian supaya menghilangkan bau itu di sana dengan berkumur serta menggosok gigi dan sebagainya.





Bab 310 Makruhnya Bertengkar Dalam Masjid, Mengeraskan Suara Di Dalamnya, Menanyakan Apa-apa Yang Hilang, Jual Beli Persewaan Dan Lain-lain Hal Yang Termasuk Muamalat

1693. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa mendengar seseorang yang menanyakan mencari sesuatu benda yang hilang dalam masjid, maka hendaklah ia mengucapkan: "Semoga Allah tidak mengembalikan apa-apa yang hilang itu kepadamu, sebab sesungguhnya masjid itu tidaklah didirikan untuk keperluan itu."
(Riwayat Muslim)

1694. Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau engkau semua melihat seseorang menjual atau membeli yakni berjual beli dalam masjid, maka katakanlah: "Semoga Allah tidak memberikan keuntungan pada daganganmu." Juga jikalau engkau semua melihat ada orang yang menanyakan  mencari sesuatu yang hilang, maka katakanlah: "Semoga Allah tidak mengembalikan sesuatu yang hilang itu padamu."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

1695. Daripada Buraidah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki menanyakan sesuatu yang hilang  di masjid, lalu ia berkata: 

Yang Bermaksud : "Siapakah yang dapat menunjukkan kepada saya unta merah yang menjadi miliknya? Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Semoga engkau tidak dapat menemukannya lagi. Hanyasanya masjid itu didirikan untuk keperluan sebabnya ia didirikan." Yakni untuk ibadat dan keperluan Iain-Iain yang berhubungan dengan keagamaan. 
(Riwayat Muslim)

1696. Daripada 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya lelaki r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang dari berjual beli di dalam masjid dan kalau sesuatu yang hilang itu ditanyakan yakni dicari dengan menanya-nanyakan kepada orang lain di dalamnya, juga kalau sesuatu sya'ir diucapkan di dalamnya pula", tetapi kalau sya'ir itu mengandung isi puji-pujian kepada Nabi s.a.w.untuk ketauhidan dan yang berisikan ilmu pengetahuan yang dituntut oleh agama, maka tidak ada salahnya. 
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud danTermidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

1697. Daripada as-Saib bin Yazid as-Shahabi r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya berada di masjid, lalu saya dilempar kerikil oleh seseorang, kemudian saya melihatnya, tiba-tiba yang melempar itu adalah Umar bin al-Khaththab r.a. la berkata: "Pergilah dan datanglah kepadaku dengan membawa dua orang itu." Saya lalu dating kepadanya dengan dua orang tersebut, Umar lalu bertanya: "Dari manakah anda berdua ini datang?" Keduanya menjawab: "Dari Thaif." Lalu Umar berkata lagi: "Andaikata anda berdua dari penduduk negeri ini yakni Madinah, nescaya anda berdua akan saya sakiti, sebab anda berdua memperkeraskan suara dalam masjidnya Rasulullah s.a.w."

(Riwayat Bukhari)




Bab 309 Larangan Berludah Dalam Masjid Dan Perintah Menghilangkannya jikalau Menemukan Ludah itu Dan Pula Perintah Membersihkan Masjid Dari Segala Kotoran

1690 Daripada Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Berludah di masjid adalah suatu kesalahan, sedang dendanya kesalahan tadi ialah menimbun ludah tersebut." 
(Muttafaq alaih)

Maksudnya menimbun ludah ialah apabila lantai masjid itu berupa tanah, pasir dan yang semacam itu, maka wajiblah Ia menutupinya di bawah tanah tersebut.

Abulmahasin Arruyani berkata dalam kitabnya yang bernama Albahr:
"Dikatakan bahawa yang dimaksud dengan menimbunnya itu ialah mengeluarkan ludah tersebut dari masjid."
Adapun kalau masjid itu berlantai tegel ataupun pelur semen, kemudian ada orang yang menggosok-gosokkan ludah itu di masjid sebagaimana di atas itu dengan kakinya ataupun Iain-Iain, seperti yang dilakukan oleh sebahagian banyak dari orang-orang yang bodoh, maka yang sedemikian itu bukanlah bererti menimbunnya, tetapi sahkan menambah dengan kesalahan yang lain, lagi makin memperbanyak kotoran itu di masjid. Oleh sebab itu orang yang sudah terlanjur melakukan semacam itu, hendaklah mengusapnya dengan bajunya, tangannya ataupun Iain-Iain atau membasuhnya yakni mencucinya dengan air.

1691. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasulullah s.a.w. melihat hingus atau ludah atau kahak di dinding Kaabah, lalu beliau s.a.w. menggaruknya."
(Muttafaq 'alaih)

1692. Daripada Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya masjid-masjid ini tidak patut untuk melakukan sesuatu dari kencing ini dan tidak patut pula untuk membuang kotoran. Hanyasanya masjid itu adalah untuk berzikir kepada Allah Taala dan membaca Al-Quran." Atau semacam di atas itulah yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. 

(Riwayat Muslim)




Jumaat, 12 Julai 2013

Bab 308 Makruhnya Menaiki Jalalah iaitu Unta Jantan atau Betina Yang Makan Kotoran. Jikalau la Sudah Makan Makanan Biasa Bukan Kotoran Yang Suci Lalu Dagingnya Menjadi Enak Dimakan, Maka Hilanglah Kemakruhannya

1689. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. melarang dari unta jalalah  yakni yang makan kotoran kalau ia dinaiki."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih












Bab 307 Makruhnya Menggantungkan Loceng Pada Unta Atau Binatang Lain-lain Dan Makruhnya Membawa Anjing Dan Lonceng Dalam Bepergian

1687. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Malaikat tidak akan mengawani sekelompok orang-orang yang bepergian yang di kalangan mereka itu ada anjing atau locengnya."
(Riwayat Muslim)

1688. Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Loceng itu adalah termasuk golongan seruling-serulingnya syaitan."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih menurut syarat Imam Muslim.








Bab 306 Haramnya Memelihara Anjing Kecuali Untuk Berburu, Menjaga Ternak Atau Ladang Tanaman

1685. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang menyimpan yakni memelihara anjing, kecuali anjing untuk berburu atau menjaga ternak atau ladang tanaman, maka berkuranglah pahala orang itu dalam setiap harinya sebanyak dua qirath." 
(Muttafaq 'alaih) 

Dalam riwayat lain disebutkan: "Berkurang seqirath."

1686. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang memelihara anjing, maka dari amalannya itu dalam setiap harinya berkurang seqirath, kecuali anjing untuk menjaga ladang tanaman atau untuk menjaga ternak."
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:



Yang Bermaksud : "Barangsiapa memelihara anjing yang bukan anjing berburu, bukan pula untuk menjaga ternak dan tidak untuk menjaga tanah maksudnya ladang tanaman, maka orang itu berkuranglah pahalanya setiap hari sebanyak seqirath."




Bab 305 Haramnya Menggambar Binatang Di Hamparan, Batu, Baju, Wang Dirham, Wang Dinar, Guling Bantal Dan Iain-lain, juga Haramnya Menggunakan Gambar Tadi Diletakkan Di Dinding Atap, Tabir, Sorban, Baju Dan Sebagainya Serta Perintah Merosakkan Gambar Itu

1675. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang membuat gambar-gambar ini yakni apa-apa yang mempunyai ruh, akan disiksa pada hari kiamat. Kepada mereka itu dikatakan: "Hidupkanlah apa yang engkau ciptakan itu." 
(Muttafaq 'alaih)

1676. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. datang dari bepergian dan saya telah memberikan tutup dalam rumahku dengan tabir yang tipis sekali, di situ ada beberapa gambar boneka. Setelah Rasulullah s.a.w. melihatnya lalu berubahlah warna wajahnya, kemudian berkata:
"Hai Aisyah, sesangat-sangatnya manusia dalam hal siksanya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang-orang yang menyamai dengan apa-apa yang diciptakan oleh Allah."
Aisyah radhiallahu 'anha berkata: "Tabir itu lalu kami potong-potong kemudian kami jadikan sebuah atau dua buah bantal daripadanya." 
(Muttafaq 'alaih)

Alqiram dengan kasrahnya qaf, ertinya ialah tabir, sedang Assahwah ialah ruangan yang ada di muka rumah. Ada pula yang mengatakan bahawa ertinya ialah jalan di rumah yang membuka langsung di dinding.

1677. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Semua tukang gambar yang mempunyai ruh itu dalam neraka, untuknya diciptakan seorang bagi setiap gambar yang digambar olehnya, lalu orang itu menyiksanya di neraka Jahanam."
Ibnu Abbas berkata: "Jikalau engkau dengan pasti harus membuatnya yakni perlu sekali membuat gambar-gambar itu, maka buat sajalah gambar pohon atau sesuatu yang tidak ada ruhnya.”
(Muttafaq 'alaih)

1678. Daripada Ibnu Abbas r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang menggambar sesuatu gambar apa-apa yang mempunyai ruh di dunia, maka ia akan dipaksa untuk meniupkan ruh di dalam apa yang digambarkannya itu esok pada hari kiamat, tetapi ia tidak dapat meniupkan ruh di situ." 
(Muttafaq 'alaih)

1679. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya sesangat-sangat manusia perihal siksanya pada hari kiamat ialah para tukang gambar apa-apa yang mempunyai ruh." 
(Muttafaq 'alaih)

1680. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Allah Taala berfirman: "Siapa orang yang lebih menganiaya daripada seseorang yang mencuba-cuba menciptakan sebagaimana yang Aku menciptakannya. Baiklah mereka itu membuat seekor semut kecil atau baiklah membuat sebuah biji atau baiklah mereka itu menciptakan sebiji sya'ir."
(Muttafaq 'alaih)

1681. Daripada Abu Thalhah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Malaikat tidak akan masuk dalam rumah yang di dalamnya ada anjingnya atau ada gambar apa-apa yang mempunyai ruh."
(Muttafaq 'alaih)

1682. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang Bermaksud : "Jibril berjanji kepada Rasulullah s.a.w. akan datang padanya, lalu terlambat sekali kedatangannya itu, sehingga dirasakan amat berat yakni kecewa sekali atas diri Rasulullah s.a.w. itu. Beliau s.a.w. kemudian keluar lalu ditemui oleh Jibril. Nabi s.a.w. mengadukan hal itu kepadanya, lalu Jibril berkata: "Sesungguhnya kita tidak akan memasuki sesuatu rumah yang di dalamnya ada anjing atau ada gambarnya sesuatu yang mempunyai ruh." 
(Riwayat Bukhari) 

Ratsa, ertinya terlambat, dengan tsa' bertitik tiga.

1683. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Jibril 'alaihissalam berjanji kepada Rasulullah s.a.w. akan datang padanya di sesuatu saat yang ditentukan, lalu saat itupun tibalah tetapi Jibril belum juga mendatanginya."
Aisyah radhiallahu 'anha berkata: "Nabi s.a.w. pada waktu itu membawa tongkat di tangannya, lalu diletakkanlah tongkat itu dari tangannya sambil bersabda: "Allah dan Rasul-rasulNya tidak akan menyalahi janjinya." Selanjutnya beliau s.a.w. menoleh, tiba-tiba ada seekor anak anjing di bawah tempat tidurnya. Beliau s.a.w. bertanya: "Bila anjing ini masuk?" Saya berkata: "Demi Allah, saya tidak mengetahui bila masuknya". Beliau s.a.w. menyuruh mengambil anak anjing tadi lalu dikeluarkan dari rumah. Kemudian datanglah Jibril 'alaihis-salam. Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Tuan telah berjanji pada saya lalu saya duduk menantikan Tuan sedang Tuan tidak datang-datang, apakah sebabnya?" Jibril berkata: "Saya dihalang-halangi oleh anjing yang ada di rumah anda tadi itu. Sesungguhnya kita para malaikat ini tidak akan masuk dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau ada gambar sesuatu yang mempunyai ruh." 
(Riwayat Muslim)

1684. Dari Abul Hayyaj, iaitu Hayyan bin Husain, katanya: Ali r.a. berkata kepada saya: 

Yang Bermaksud : "Tidakkah engkau suka kalau saya perintah sebagaimana yang saya diperintah oleh Rasulullah s.a.w.? Iaitu janganlah engkau membiarkan sesuatu gambar dari apa-apa yang mempunyai jiwa melainkan engkau rosakkan gambar itu, juga janganlah engkau membiarkan sebuah kubur yang menonjol ke atas, melainkan engkau ratakanlah ia  sampai serendah tanah Iain-lain."

(Riwayat Muslim)






Bab 304 Larangan Dari Perasaan Akan Mendapat Celaka Kerana Adanya Sesuatu

1671. Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Tidak ada penularan penyakit dan tidak ada sesuatu yang menyebabkan timbulnya kecelakaan. Saya amat takjub dengan faal?" Para sahabat bertanya: "Apakah faal itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu kata-kata yang baik." 
(Muttafaq 'alaih)

1672. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tidak ada penularan penyakit dan tidak ada sesuatu yang menyebabkan timbulnya kecelakaan. Jikalau timbulnya kemalangan itu ada dalam sesuatu benda, maka hal itu ialah dalam perkara rumah, wanita ataupun kuda." 
(Muttafaq 'alaih)

Keterangan:
Rumah dapat dianggap menimbulkan kemalangan kalau ruangan atau halamannya sempit atau tetangganya buruk, wanita dapat dianggap demikian kalau budipekertinya jahat atau mandul, sedang kuda ialah kalau sukar dinaiki.

1673. Daripada Buraidah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. itu tidak pernah merasa akan memperoleh kecelakaan kerana adanya sesuatu”.
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.

1674. Daripada Urwah bin 'Amir r.a., katanya: "Disebut-sebutkanlah persoalan akan timbulnya kemalangan nasib sebab adanya sesuatu di sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Yang terbaik sekali ialah mengucapkan kata-kata yang bagus dan yang sedemikian itu jangan menolak seseorang Muslim yakni jikalau ia bersengaja akan mengerjakan sesuatu yang baik, janganlah sampai diurungkan kerana timbulnya perasaan akan mendapat kemalangan tadi. Jikalau seseorang di antara engkau semua melihat sesuatu yang tidak disenangi, hendaklah mengucapkan yang ertinya: "Ya Allah, tidak ada yang kuasa mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, tidak pula dapat menolak keburukan melainkan Engkau dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolonganMu."

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.




Khamis, 11 Julai 2013

Bab 303 Larangan Mendatangi Ahli Tenung, Ahli Nujum, Ahli Terka, Orang-orang Meramal Dan Sebagainya Dengan Menunjuk Dengan Menggunakan Kerikil, Biji Sya'ir Dan Lain-lain Sebagainya

1665. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Orang-orang sama bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal ahli tenung atau tukang meramal.* Beliau s.a.w. lalu bersabda: 

Yang Bermaksud : "Tidak ada sesuatupun yang hak atau benar daripadanya." Orang-orang berkata lagi: "Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka itu memberitahukan kepada kita akan sesuatu hal yang kadang-kadang lalu menjadi kenyataan yakni seolah-olah benar." Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda: "Itulah sesuatu kalimat hak yakni merupakan kebenaran yang disambar oleh jin, kemudian disampaikan dibisikkan dalam telinga kekasihnya, kemudian dengan sebuah kalimat yang benar itu oleh ahli tenung tadi dicampurkannya dengan seratus macam kedustaan." 
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam Bukhari dari Aisyah radhiallahu 'anha disebutkan bahawasanya Aisyah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya malaikat itu turun ke mega yakni awan, kemudian menyebutkan sesuatu perkara yang sudah diputuskan di langit, lalu syaitan itu memasangkan pendengarannya untuk mencuri isi keputusan tadi, selanjutnya setelah didengarkan baik-baik, iapun lalu menyampaikannya kepada ahli tenung. Seterusnya ahli tenung tadi membuat kedustaan seratus macam banyaknya yang keluar dari hatinya sendiri, di samping satu yang dari syaitan tersebut yang dianggap sebagai kebenaran.”
Sabdanya: fa-yaqurruha dengan fathahnya ya' dan dhammahnya qaf serta ra', ertinya ialah menyampaikannya. Al'anan dengan fathahnya 'ain.
*Kahin yang dapal diertikan tukang tenung, ahli ramal, ahli nujum dan yang semacamnya itu pekerjaannya ialah memberikan kabar perihal keadaan yang akan terjadi di masa yang akan datang. la mengaku bahawa ia dapat mengetahui segala macam rahsia. Di kalangan bangsa Arab ada kahin-kahin itu, di antaranya ada yang mengaku bahawa dirinya adalah pengikut jin yang daripadanya ini dapatlah menerima berita-berita, di antaranya lagi ada yang mengaku dapat mengetahui segala macam persoalan dengan mengemukakan beberapa macam persoalan dan mengemukakan beberapa macam sebab-musabab yang menunjukkan akan kejadian-kejadian yang akan datang itu, yakni dengan mendengar pembicaraan orang yang akan datang itu, yakni dengan mendengar pembicaraan orang yang menanyakannya, kelakuannya atau hal-ehwal keadaannya. Golongan ini mereka khususkan sebutannya dengan gelar 'Arraf ahli terka yang dapat mengetahui berbagai persoalan, misalnya ialah yang mengaku dapat mengetahui barang-barang yang dicuri, tempat barang yang hilang dan sebagainya. Hadis yang menyebutkan: "Barangsiapa yang mendatangi kahin yakni tukang tenung dan sebagainya itu," sudah mengandung pengertian untuk tidak bolehnya mendatangi segala macam ahli kekahinan, penujuman, ramalan, penerkaan dan sebagainya. Intaha.

1666. Daripada Shafiyah binti Ubaid dari salah seorang isteri Nabi s.a.w. radhiallahu 'anha dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang mendatangi juru terka, lalu menanyakan sesuatu hal kepadanya, kemudian membenarkannya yakni mempercayainya, maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari".
(Riwayat Muslim)

1667. Daripada Qabishah bin al-Mukhariq r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Peramalan dengan garis-garis, penengokan peruntungan atau nasib serta pembentakan burung untuk melihat untung rugi, semuanya adalah dari perbuatan sihir  atau pertenungan."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan. la berkata: Aththarqu ertinya membentak, maksudnya ialah menjentak burung dengan pengertian bahawa ia akan memperoleh keuntungan atau kecelakaan dengan melihat ke arah mana terbangnya burung itu. Jikalau terbang ke kanan, maka merasa dirinya akan memperoleh keuntungan, sedang jikalau ke kiri, maka dirinya akan mendapatkan celaka."
Abu Daud berkata lagi: Al'iyafah ialah tulisan yakni peramalan dengan menggunakan atau melihat garis-garis.
Al-Jauhari berkata dalam kitab Ashshahab: Aljibtu adalah kalimat yang dimutlakkan pada berhala, tukang tenung, ahli sihir dan sebagainya.

1668. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang mencari satu macam ilmu pengetahuan dari golongan ilmu penujuman, maka berertilah ia telah mencari suatu cabang dari ilmu sihir. Bertambah ilmu sihirnya itu sebanyak tambahnya dalam ilmu penujuman tadi."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan shahih.

1669. Daripada Mu'awiyah bin al-Hakam r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya ini baru saja meninggalkan kejahiliyahan dan Allah telah mendatangkan Agama Islam. Di antara kita banyak orang yang mendatangi ahli tenung itu, bagaimanakah itu kedudukannya?" Beliau s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau mendatangi ahli tenung itu." Saya berkata lagi: "Di antara kita ada pula orang yang merasa akan mendapat nasib buruk." Beliau s.a.w. bersabda: "Hal itu adalah sesuatu yang mereka dapatkan dalam hati mereka sendiri, maka tentulah tidak dapat menghalang-halangi mereka yakni hal itu tidak akan memberikan bekas apapun kepada mereka, baik kemanfaatan atau kemudharatan." Saya berkata pula: "Di antara kita ada pula orang-orang yang meramalkan nasibnya dengan menggunakan garis-garis." Beliau s.a.w. bersabda: "Dahulu ada seorang Nabi dari golongan para Nabi, ia membuat ramalan dengan garis, maka barangsiapa yang bersesuaian dengan garis itu, ialah yang memperoleh nasibnya." 
(Riwayat Muslim)

1670. Daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang dari harga anjing yakni menggunakan wang dari hasil penjualan anjing, juga dari upah hasil perzinaan serta dari pembayaran yang diperoleh tukang tenung dukun juru terka kerana penenungannya." 
(Muttafaq 'alaih)
Dalam bab ini termasuk pulalah Hadis-hadis yang telah diuraikan dalam bab sebelumnya.