Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 30 Mei 2020

V 81 : ALLAH SWT TIDAK MENGAMPUNI DOSA SYIRIK


Di antara bahaya kesyirikan yang membuatnya menjadi perkara paling berbahaya bagi setiap manusia, adalah bahawa orang yang meninggal dunia dalam keadaan membawa dosa selain syirik maka boleh jadi Allah SWT adzab atau boleh jadi Allah SWT ampuni. Adapun dosa syirik, maka tidak Allah SWT ampuni. Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” 
(QS. An Nisa: 48)

Syaikh Abdul Aziz bin Baz berkata tentang ayat ini:

وقد دلت هذه الآية الكريمة على أن جميع الذنوب التي دون الشرك تحت مشيئة الله سبحانه، وهذا هو قول أهل السنة والجماعة، خلافا للخوارج والمعتزلة ومن سلك مسلكهما من أهل البدع

“Ayat yang mulia ini menunjukkan bahawa seluruh dosa selain syirik itu di bawah kehendak Allah SWT. Ini adalah keyakinan Ahlussunnah wal Jama’ah. Berbeza dengan keyakinan Khawarij dan orang-orang yang mengikuti manhaj Khawarij dari kalangan ahlul bid’ah.” 
(Majmu’ Fatawa Mutanawwi’ah, 10/70)

Allah SWT juga berfirman:

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

“Sesungguhnya orang yang berbuat syirik terhadap Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” 
(QS. Al Maidah: 72)

Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan ayat ini:

أي فقد أوجب له النار وحرم عليه الجنة كما قال تعالى ” إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء”

“Maksudnya, Allah SWT wajibkan mereka (orang yang berbuat syirik) masuk neraka dan Allah SWT haramkan mereka masuk syurga. Sebagaimana Allah SWT juga berfirman (yang ertinya): Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya.” 
(Tafsir Ibnu Katsir)

Sebagaimana juga dijelaskan dalam hadits dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

الظلمُ ثلاثةٌ ، فظُلمٌ لا يغفرُهُ اللهُ ، وظلمٌ يغفرُهُ ، وظلمٌ لا يتركُهُ ، فأمّا الظلمُ الذي لا يغفرُهُ اللهُ فالشِّركُ ، قال اللهُ : إِنَّ الْشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ ، وأمّا الظلمُ الذي يغفرُهُ اللَّهُ فَظُلْمُ العبادِ أنفسُهمْ فيما بينهُمْ وبينَ ربِّهمْ ، وأمّا الظلمُ الّذي لا يتركُهُ اللهُ فظُلمُ العبادِ بعضُهمْ بعضًا حتى يَدِينَ لبعضِهِمْ من بعضٍ

“Kezaliman ada tiga: kezaliman yang tidak Allah ampuni, kezaliman yang Allah ampuni dan kezaliman yang tidak mungkin dibiarkan oleh Allah.
Adapun kezaliman yang tidak Allah ampuni, itu adalah kesyirikan. Allah berfirman: kesyirikan adalah kezaliman yang paling fatal.
Adapun kezaliman yang Allah ampuni adalah kezaliman seorang hamba pada dirinya sendiri, antara ia dengan Allah.
Adapun kezaliman yang tidak mungkin dibiarkan oleh Allah adalah kezaliman hamba pada orang lain sampai kezaliman tersebut terbayar.” 
(HR. Abu Daud Ath Thayalisi [2223], Abu Nu’aim dalam Al Hilyah [6/ 309], dihasankan Al Albani dalam Shahih Al Jami’ no. 3961)

Allah SWT Ampuni Pelaku Kesyirikan Yang Bertaubat
Ayat-ayat dan hadits di atas adalah mengenai orang yang mati dalam keadaan belum bertaubat dari kesyirikan. Maka mereka wajib diazab di neraka. Adapun orang yang sudah bertaubat dari kesyirikan, tetap Allah SWT ampuni. Allah SWT berfirman:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
(QS. Az Zumar: 53)

Sebagaimana dalam hadits daripada Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:


مَن مات لا يشركُ باللهِ شيئًا دخل الجنةَ ، ومَن مات يشركُ باللهِ شيئًا دخل النارَ

“Barangsiapa yang mati, tanpa berbuat syirik kepada Allah sedikitpun, ia masuk syurga. Barangsiapa yang mati dalam keadaan membawa dosa syirik, maka ia masuk neraka.” 
(HR. Muslim no. 93)

Hadits ini menunjukkan ancaman neraka itu bagi orang yang mati dalam keadaan membawa dosa syirik. Syaikh As Sa’di menjelaskan surah An Nisa ayat 48 di atas:

وهذه الآية الكريمة في حق غير التائب، وأما التائب، فإنه يغفر له الشرك فما دونه كما قال تعالى: { قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا } أي: لمن تاب إليه وأناب.

Ayat yang mulia ini bicara tentang orang yang belum bertaubat. Adapun orang yang sudah bertaubat dari kesyirikan, maka Allah SWT ampuni dosa syiriknya dan dosa lainnya. Sebagaimana firman Allah SWT (yang ertinya):

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Az Zumar: 53)

Iaitu bagi orang yang bertaubat dan berinabah.” 
(Tafsir As Sa’di)

Sebagaimana para sahabat Nabi ridhwanullah ‘alaihim  ‘ajma’in, dahulu mereka berada dalam kesyirikan di masa jahiliyah. Namun mereka telah menerima Islam dan bertaubat dari kesyirikan, kemudian menjadi orang-orang yang Allah SWT redhai. Allah SWT berfirman tentang para sahabat Nabi:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” 
(QS. At Taubah: 100)

Menunjukkan bahawa orang yang bertaubat dari kesyirikan sebelum ajalnya, akan Allah SWT ampuni dosanya, bahkan menjadi orang yang lebih mulia.

Pelaku Kesyirikan Ada Dua Macam
Berdasarkan hadits Jabir di atas, orang yang mati dalam keadaan membawa dosa syirik, wajib masuk neraka. Namun keadaan mereka dirinci. Jika kesyirikan yang mereka lakukan adalah syirik ashghar maka mereka akan dikeluarkan dari neraka, kerana syirik ashghar tidaklah menafikan tauhid secara total. Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin mengatakan:

كل عمل قولي أو فعلي أطلق عليه الشارع وصف الشرك لكنه لا ينافي التوحيد منافاة مطلقة

“Syirik ashghar adalah setiap amalan, baik berupa perkataan atau perbuatan, yang disebut sebagai kesyirikan oleh syariat, atau disifati dengan kesyirikan, namun tidak menafikan tauhid secara total.” 
(Syarah Kasyfusy Syubuhat dan Al Ushul As Sittah, hal. 115)

Sedangkan Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

يَخْرُجُ مِن النارِ مَن قال: لا إلهَ إلا اللهُ ، وفي قلبِه وزنُ شعيرةٍ مِن خيرٍ ، ويَخْرُجُ مِن النارِ مَن قال: لا إله إلا الله ، وفي قلبِه وزنُ بُرَّةٍ مِن خيرٍ ، ويَخْرُجُ مِن النارِ مَن قال: لا إلهَ إلا اللهُ ، وفي قلبِه وزنِ ذرَّةٍ مِن خيرٍ

“Akan dikeluarkan dari neraka orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dan di dalam hatinya ada sebiji gandum kebaikan, akan dikeluarkan dari neraka orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dan di dalam hatinya ada sebiji burr kebaikan, akan dikeluarkan dari neraka orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dan di dalam hatinya ada sebiji sawi kebaikan.” 
(HR. Bukhari no. 44)

Maka orang yang mati dalam keadaan membawa dosa syirik, wajib diazab di neraka sebagaimana ditunjukkan oleh ayat-ayat dan hadits-hadits. Namun jika kesyirikan yang ia lakukan adalah syirik ashghar, mereka tidak kekal di neraka. Adapun jika syirik akbar –wal ‘iyyadzu billah– maka mereka kekal di neraka. Syaikh Muhammad bin Abdil Aziz Al Qar’awi rahimahullah menjelaskan:

من مات على الشرك دخل النار فإن كان شركا أكبر خلد فيها و إن كان شركا أصغر عذب ما شاء الله له أن يعذب ثم يخرج

“Orang yang mati membawa dosa syirik maka ia masuk neraka. Jika syiriknya syirik akbar maka ia kekal di neraka, jika syiriknya syirik asghar maka ia diazab sesuai kehendak Allah SWT kemudian ia dikeluarkan dari neraka.” 
(Al Jadid Syarah Kitab At Tauhid, 59)




V 80 : SYIRIK DALAM ISLAM – HUKUM, JENIS DAN BAHAYANYA


Syirik merupakan perbuatan yang paling dibenci oleh Allah SWT kerana orang yang berbuat syirik bererti mensejajarkan Allah SWT dengan hal lain. Dengan kata lain, orang yang syirik tidak mengakui keEsaan Allah SWT, sehingga dalam hidupnya ia bergantung pada apa selain Allah Yang Maha Esa. Syirik juga bererti menyamakan Allah SMT dengan hal-hal lain.

Hukum Syirik
Syirik jelas adalah perbuatan dosa besar, terutama jika sampai keluar daripada agama Islam sehingga jelas bahawa hukumnya adalah haram. Merupakan dosa besar jika seseorang berbuat syirik terhadap Allah SWT. Jika seseorang benar-benar memiliki iman yang kuat, tidak mungkin ia berbuat sehina itu dengan menyekutukan Allah SWT dengan apapun. Sungguh orang yang syirik adalah mereka yang sudah sangat tersesat dan tak mendapatkan petunjuk.
Orang yang berbuat syirik adalah benar-benar sudah buta mata hatinya. Padahal, Allah SWT memiliki tiga (3) kekhususan yang tidak boleh disetarakan, disejajarkan, ataupun dibandingkan dengan makhluk, benda, serta apapun yang ada di seluruh jagat raya ini. Tiga kekhususan tersebut adalah;

Kekhususan dalam Rububiyyah Allah

Allah SWT adalah pencipta dari seluruh yang ada di jagat raya, yang memberikan rezeki, menghidupkan dan mematikan makhluk. Allah SWT adalah satu-satunya yang mengatur seluruh alam semesta.

Kekhususan dalam Uluhiyyah Allah
Satu-satunya tujuan kita beribadah adalah hanya kepada Allah SWT. Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yang berhak dan wajib kita sembah. Tiada ada yang lain selain Allah SWT, Tuhan semesta alam. Oleh sebab itu, segala bentuk ibadah yang kita lakukan baik itu solat wajib lima waktu, puasa, zakat, solat sunat, sedekah, zikir, doa, dan lain sebagainya hanya boleh kita tujukan ke hadrat Allah SWT saja.

Kekhususan dalam Asma’ dan Sifat Allah
Ada 99 Asma’ Allah dan 20 sifat wajib yang harus kita ketahui, serta bahawasanya kesemua sifat itu tidaklah boleh kita persamakan dengan makhluk atau benda apapun di jagat raya ini.

Jenis – Jenis Syirik

1. Syirik Akbar
Hakikat daripada syirik akbar adalah menjadikan selain daripada Allah SWT sebagai tujuannya dalam beribadah, misalnya; memohon dan bernazar sesuatu kepada selain Allah SWT, takut kepada kuburan, jin, atau syaitan serta percaya bahawa semua itu boleh memberi bahaya. Syirik ini menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam sehingga jika ia mati dalam keadaan demikian maka akan kekal di dalam neraka.
Syirik ini menjadi penyebab keluarnya seseorang dari agama Islam, dan orang yang bersangkutan jika mati dalam keadaan demikian, akan kekal di dalam neraka. Macam-macam syirik akbar:

a. Syirik saat berdoa
Yakni orang yang meminta, memohon, dan memanjatkan hajatnya dalam doa dengan tujuan kepada selain Allah SWT. Padahal tiada yang kuasa mengabulkan semua doa kecuali Allah SWT. Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Dan orang-orang yang kamu seru selain Allah tiada mempunyai apa-apa meskipun setipis kulit ari. Jika kamu meminta kepada mereka, mereka tiada mendengar seruanmu, dan kalau mereka mendengar mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu.” 
(Q. S. Faathir : 13-14)

b. Syirik dalam sifat Allah SWT
Salah satu sifat wajib pada zat Allah SWT adalah Allah Maha Mengetahui. Segala sesuatu yang ada di jagat raya, baik yang kecil mahupun besar, terlihat mahupun tak nampak, Allah SWT mengetahui kesemuanya. Ketika seseorang percaya bahawa peramal boleh melihat masa depan dan ia mempercayainya, maka itu adalah syirik.
Sama halnya kita seseorang mempercayai bahawa Nabi dan Rasul mengetahui perkara-perkara ghaib yang tidak boleh diketahui oleh manusia seperti halnya Allah SWT. Padahal, sudah jelas ditegaskan bahawa sifat wajib Allah SWT bererti hanya Allah SWT yang memilikinya. Tidak pada Nabi, mahupun Rasul.

c. Syirik dalam Kecintaan
Allah SWT itu pencemburu sehingga Ia tidak menyukai jika hambaNya mencintai selain kepadaNya. Baik itu orang tua, saudara, suami, isteri, sahabat, pimpinan, atau siapapun. Janganlah mencintai secara berlebihan selain kepada Allah SWT. Cinta kepada sesama mahkluk ciptaan Allah SWT tidak boleh disetarakan apalagi kurang dibandingkan dengan kecintaan kepada Allah SWT. Adapun firman Allah SWT yang ertinya;

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.”  
(Q. S. Al-Baqarah: 165)

d. Syirik dalam ketaatan
Yakni patuh dan tunduk kepada selain Allah SWT, baik itu ilmuan, ulama, atau siapapun. Tindakan seperti ini sangat mirip dengan perbuatan menyembah berhala. Adapun firman Allah SWT yang ertinya;

“Mereka menjadikan orang-orang alim, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah.” 
(Q. S. At-Taubah: 31)

e. Syirik khauf (takut)
Ketakutan yang dimaksud tentu adalah takut kepada selain Allah SWT misalnya takut pada mayat, kuburan, syaitan, dan menganggap bahawa kesemua itu boleh menyebabkan bahaya atau mudharat pada dirinya. Termasuk juga takut pada seseorang secara berlebihan sampai menyebabkan kelalaian terhadap kewajipannya sendiri. Hal ini biasa terjadi pada seorang yang bekerja dan takut pada atasannya, sampai meninggalkan solatnya.

2. Syirik Ashghar
Merupakan semua perbuatan mahupun ucapan yang oleh syarak dinyatakan sebagai perbuatan syirik namun tidak sampai menyebabkan keluar daripada agama Islam, namun boleh menjadikan sebagai pengantar daripada dosa syirik akbar. Macam-macam syirik asghar:

Zhahir (nyata)
Yakni ketika seseorang mengucap sumpah atas selain kerana Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda yang ertinya;

“Barangsiapa yang bersumpah dengan selain nama Allah, maka ia telah berbuat syirik.”
(H. R. Ahmad, Shahih)

Selain itu, menggunakan benda-benda atau tangkal (jimat) seperti gelang atau kalung yang dipakai dengan niat sebagai penangkal bahaya atau penyakit juga termasuk dalam syirik asghar.

Khafi (tersembunyi)
Syirik jenis ini sumbernya berada di dalam hati seseorang, boleh saja berupa niatan semata atau memang kepercayaan namun tak ditunjukkan oleh perbuatan (hanya di dalam hati), misalnya riak yang tersembunyi dalam hati.

Bahaya dari Perbuatan Syirik

1. Syirik Ashghar
Amal ibadahnya rosak. Sungguh rugi orang yang berbuat syirik kerana sesungguhnya amal ibadah yang telah ia kerjakan menjadi rosak akibat perbuatan syiriknya. Adapun firman Allah SWT yang ertinya;

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi) sebelummu jika kamu berbuat syirik nescaya akan terhapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.”
(Q. S. Az-Zumar : 65 )
Syirik asghar atau boleh juga disebut syirik kecil tetap akan terkena nampak daripada dalil-dalil mengenai perbuatan syirik sehingga orang yang berbuat hanya akan terus menumpuk dosa jika tidak segera bertaubat.
Menjadikan jembatan menuju perbuatan dosa besar yang tak akan termaafkan (syirik akbar).

2. Syirik Akbar
Merupakan perkara pertama yang diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang ertinya;

“Katakanlah: Rabbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” 
(Q.S. Al-Araaf : 33)

Merupakan sebuah tindakan zalim yang teramat besar yang menghancurkan seluruh amal ibadah. Allah SWT berfirman yang ertinya; 

“Sesungguhnya syirik itu kezaliman yang besar.” 
(Q. S. Luqman : 13)

Merupakan dosa besar yang tak terampuni oleh Allah SWT sehingga apabila meninggal dalam keadaan syirik besar, maka ia akan diharamkan untuk masuk syurga. Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah, maka pasti Allah mengharamkan jannah (syurga) baginya dan tempatnya adalah neraka, dan tidak ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.” 
(Q. S. Al-Maidah : 72)

Orang yang berbuat syirik akbar akan kekal di neraka sesuai dengan firman Allah SWT yang ertinya;

“Sesungguhnya orang kafir, yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka jahannam, mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk.” 
(Q. S. Al-Bayyinah: 6)

Yang melakukan perbuatan syirik akbar merupakan orang-orang yang termasuk ke dalam golongan yang kotor akidahnya. Allah SWT berfirman yang ertinya; 

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.” 
(Q. S. At-Taubah : 28)




V 79 : JENIS-JENIS SYIRIK


Soalan: Apakah jenis-jenis syirik dan adakah semuanya dikira membawa kekufuran?

Jawapan:
Menurut al-Zabidi, syirik dari sudut bahasa bererti kufur. (Lihat Taj al-‘Arus, 7/148). Kata Ibn Faris (Mu’jam Maqayis al-Lughah, 3/265), “Huruf syin (ش), ra (ر), dan kaf (ك) adalah akar kata yang memiliki dua makna asal iaitu:
  1. Penyertaan/perbandingan dan lawan bagi bersendirian.
  2. Perpanjangan dan kelurusan
Dari makna yang pertama diambil kata syarikah iaitu sesuatu yang ada (dimiliki) oleh dua orang, tidak khusus bagi salah satunya. Dikatakan pula (شاركت فلانا في الشيء) apabila aku telah menjadi sekutu baginya. Dan dikatakan (أشركت فلانا) apabila aku menjadikannya sebagai sekutu bagimu.
Dari sudut istilah, Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di menyebut: Syirik adalah menjadikan bagi Allah SWT sekutu yang mana dia berdoa kepadanya sebagai dia berdoa kepada Allah SWT, atau takut kepadanya, atau mengharap kepadanya, atau dia mencintainya sebagaimana kecintaan kepada Allah SWT, atau dia melakukan kepadanya satu jenis daripada jenis-jenis ibadah. (Lihat al-Qaul al-Sadid fi Maqasid al-Tauhid, m. 24)

Dosa Syirik
Syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir. Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam.

Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”
(Surah al-Nisa’: 48)

Ibn Kathir berkata: “Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik iaitu ketika seorang hamba bertemu Allah SWT dalam keadaan berbuat syirik.” 
(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 3/129).

Menurut Ibn al-Jauzi, Allah SWT tidak akan mengampuni orang yang musyrik yang mati dalam kesyirikan.
(Lihat Zad al-Masir, 2/103).

Ini bermaksud, jika dia meninggal dunia dalam keadaan sempat bertaubat, maka dia akan selamat daripada azab neraka.

Rasulullah SAW bersabda,
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ

“Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)

Jenis-Jenis Syirik
Perbuatan syirik itu ada bermacam-macam jenis dan tidak semuanya mengeluarkan pelakunya dari agama Islam dan ada yang tidak. Walaupun kesemuanya dikira dosa besar, tahapnya tidak semuanya sama.
Imam al-Sanusi dalam al-Muqaddimat membahagikan syirik kepada enam jenis:
  1. Syirik istiqlal: Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Majusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu.
  2. Syirik tab’id: Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah Triniti agama Kristian.
  3. Syirik taqrib: Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah SWT dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  4. Syirik taqlid: Beribadah kepada Allah SWT kerana mengikut orang lain.
  5. Syirik asbab: Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan bukan Allah SWT yang mengenyangkannya.
  6. Syirik aghrad: Beramal kerana selain daripada Allah SWT.

Bagi no. 1 – 4, seseorang itu dikira kufur secara ijmak. Bagi no. 6, ianya dikira maksiat dan tidak kufur secara ijmak. Adapun bagi no. 5, ia memerlukan perincian. Jika ianya disandarkan kepada sebab tertentu semata-mata, maka dia dikira kufur secara ijmak. Jika dia meyakini bahawa ianya memberi kesan melalui daya yang dijadikan oleh Allah kepada makhluk, dia dikira fasik dan ahli bid’ah.
Semoga penjelasan ini memberikan kita kefahaman tentang syirik dan lebih berhati-hati dalam tingkah laku kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang mensyirikkan Allah SWT.