Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - MAHA PENGAMPUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - MAHA PENGAMPUN. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mac 2020

V 44 : ISTIGHFAR, SEBAB KEMUDAHAN REZEKI DAN TURUNNYA HUJAN

Jangan dikira bahawa dengan ucapan yang sederhana saja, rezeki mudah datang dan hujan mudah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA turunkan. Ucapan yang sederhana tersebut adalah ucapan istighfar. Dengan memohon ampun kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan tinggalkan maksiat, nescaya pintu rezeki akan terbuka dan hujan pun akan diturunkan dengan deras.

Ayat inilah yang boleh diambil pelajaran,

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12)

“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”
(QS. Nuh: 10-12)

Syaikh As Sa’di rahimahullah mengatakan mengenai ayat di atas, “Tinggalkanlah dosa, beristighfarlah pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA atas dosa yang kalian perbuat. Sungguh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu Maha Pengampun. Dosa yang begitu banyak akan dimaafkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Maka hendaklah mereka segera memohon ampun kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA meraih pahala dan hilanglah musibah. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pun akan memberikan kurnia yang disegerakan di dunia dengan istighfar tersebut iaitu akan diturunkan hujan dengan deras dari langit, juga akan dikurniakan harta dan anak yang diharapkan. Begitu pula akan diberi kurnia kebun dan sungai di antara kelazatan dunia.”
(Taisir Al Karimir Rahman, hal. 889).

Itulah faedah istighfar dan meninggalkan dosa atau maksiat.

Terdapat sebuah atsar dari Hasan Al Bashri rahimahullah yang menunjukkan bagaimana faedah istighfar yang luar biasa.

أَنَّ رَجُلًا شَكَى إِلَيْهِ الْجَدْب فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر الْفَقْر فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر جَفَاف بُسْتَانه فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر عَدَم الْوَلَد فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، ثُمَّ تَلَا عَلَيْهِمْ هَذِهِ الْآيَة

“Sesungguhnya seseorang pernah mengadukan kepada Al Hasan tentang musim paceklik yang terjadi. Lalu Al Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”
Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kemiskinannya. Lalu Al Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”
Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kekeringan pada lahan (kebunnya). Lalu Al Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”
Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau kerana sampai waktu itu belum memiliki anak. Lalu Al Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”
Kemudian setelah itu Al Hasan Al Bashri membacakan surah Nuh di atas.
(Riwayat ini disebutkan oleh Al Hafidz Ibnu Hajar di Fathul Bari, 11: 98)

Juga dapat kita lihat dari perkataan sahabat mulia Umar bin Al Khatab berikut.

Daripada Asy Sya’bi, ia berkata, “’Umar bin Al Khatab radhiyallahu ‘anhu suatu saat meminta diturunkannya hujan, namun beliau tidak menambah istighfar hingga beliau kembali, lalu ada yang mengatakan padanya, ”Kami tidak melihatmu meminta hujan.” ‘Umar pun mengatakan, “Aku sebenarnya sudah meminta diturunkannya hujan dari langit.” Kemudian ‘Umar membaca ayat,

اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا, يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا

“Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat.”
Umar pun lantas mengatakan,

وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا

“Wahai kaumku, mintalah ampun kepada Rabb kalian. Kemudian bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia akan menurunkan pada kalian hujan lebat dari langit.”
(HR. Al Baihaqi 3: 352)

Ketika menjelaskan surah Nuh di atas, Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, “Jika kalian meminta ampun (beristigfar) kepada Allah dan mentaatiNya, nescaya kalian akan mendapatkan banyak rezeki, akan diberi keberkahan hujan dari langit, juga kalian akan diberi keberkahan dari tanah dengan ditumbuhkannya berbagai tanaman, dilimpahkannya air susu, dilapangkannya harta, serta dikurniakan anak dan keturunan. Di samping itu, Allah juga akan memberikan pada kalian kebun-kebun dengan berbagai buah yang di tengah-tengahnya akan dialirkan sungai-sungai.”
(Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 7: 388)

Mengenai ayat di atas, Ibnu Katsir juga mengatakan, “Maksud ayat nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, iaitu Allah akan menurunkan hujan dengan ucapan istighfar tersebut. Oleh kerananya, dianjurkan ketika solat istisqa’ (solat minta hujan) untuk membaca surah Nuh ini.” (Idem, 7: 387)
Jadi, dengan istighfar dan meninggalkan dosa, musibah akan terangkat, datang kemudahan rezeki, dan mudah hujan untuk turun.
Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberi taufik untuk terus memperbanyak istighfar.

Muhammad Abduh Tuasikal, MSc 

Sumber : rumaysho.com





Jumaat, 7 Mac 2014

P 70 : ALLAH MAHA PENGAMPUN

Bila Tangan Luka Terkena Pisau Ketika Bekerja Di Dapur, Allah Ampunkan Dosa Kecil..

Bila Kena Attack Migrain Berdenyut-Denyut Di Kepala, Allah Ampunkan Dosa Kecil Kita..
Bila Demam Datang Tiba-Tiba, Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kecil Kita Lagi..

Bila Difitnah Oleh Musuh, Allah Sedang Menguji Kita..

Bila Datangnya Ujian-Ujian Yang Menganggu Kesihatan, Allah Mengampunkan Dosa Kita Dan Itu Petanda Dia Masih Sayangkan Kita.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.




Jumaat, 14 Februari 2014

P04 : YA ALLAH, YANG MAHA PENERIMA TAUBAT

Astaghfirullah rabbal baraya..
Astaghfirullah minal khothoya..
Rabbi zidni ilman nafi'a..
Wawaffiqli amalan maqbula..
Wa habli rizqan wa-sia..
Watub alaina taubatan nasuha..

Maksudnya:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yang meluas,
Terimalah taubat kami dengan taubat nasuha…





Isnin, 13 Januari 2014

O 32 : ALLAH SWT MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG

Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan daripadaKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepadaKu dengan dosa hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.”
(Riwayat al-Tirmizi dinilai Hasan oleh al-Bani)




Sabtu, 21 Disember 2013

N 139 : KEBURUKAN ITU DAPAT DIPADAMKAN DENGAN KEBAIKAN

Hati kita boleh berkarat seperti karatnya besi, ia tidak dapat dipadamkan dengan menambah keburukan yang lain. Tetapi keburukan itu dapat dipadamkan dengan kebaikan, sesungguhnya yang kotor itu tidak akan menyucikan yang kotor. 
Nak bersihkan hati banyakkanlah membaca al Quran dan mengingati mati. Jika hati menjadi hitam atau karat kerana maksiat, maka melakukan KEBAIKAN adalah cara yang terbaik untuk memadamkannya. TAUBAT sudah semestinya salah satu daripada jalannya. ISTIQAMAH pula pasti menjadi tongkatnya.


Isnin, 13 Ogos 2012

G 36 LAPAN Khazanah Pengampunan Allah SWT yang amat luas


بـسـم الله الـرحـمـن الـرحـيـم
:-
1- آمين خلف الأمام :- عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلي الله عليه وسلم قال :” إذا أمن الإمام فامنو فإنه من وافق تأمينه تأمين الملائكة : غفر له ما تقدم من ذنبه ” ..رواه البخاري ومسلم .

1- Sesiapa mengaminkan imam semasa solat berjamaah berserta pengaminan para Malaikat, Allah SWT akan mengampun segala dosa yang telah dilakukan.

2- قول اللهم لك الحمد بعد الرفع من الركوع :- عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلي الله عليه وسلم قال :” إذا قال الإمام سمع الله لمن حمده ، فقولوا : اللهم لك الحمد فإنه من وافق قوله قول الملائكة ، غفر له ماتقدم من
ذنبه ” رواه البخاري ومسلم

2- Sesipa membaca    اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ    semasa imam membaca  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهْ  Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang terdahulu.

3- الدعاء الوارد بعد الفراغ من الطعام :- عن أنس قال : ” قال رسول الله صلي الله عليه وسلم :” من أكل طعاماً فقال
:
اَلْحَمْدُلِلهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلَ مِنِي وَلَا قُوَّةَ
غفر له ما تقدم من ذنبه ” .. رواه الترمذي وابن ماجة ..

3-Sesiapa membaca doa selepas makan di atas Allah SWT akan mengampuni segala dosa yang telah dilakukan.


4- التسبيح دبر الصلاة “33″ والتحميد “33″ ، والتكبير ” 33 ” وتمام المائة : لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو علي كل شئ قدير
..

4-Sesiapa bertasbih 33 kali, bertahmid 33kali dan bertakbir 33 kali dan membaca

لاَ إِلَهَ إِلَّا الله وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهْ ، لَهُ الْمُلْكُ ، لَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَي كُلِّ شَـْئٍ قَدِيرْ

akan diampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan.

:- عن أبي هريرة رضي الله عنه قال رسول الله صلي الله عليه وسلم :” من سبح الله دبر كل صلاة ثلاثاً و ثلاثين فتلك تسع وتسعون وقال تمام المائة : لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك ، له الحمد وهو علي كل شئ قدير : غفرت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر ” .. رواه مسلم ..
5
- سبحان الله وبحمده فى يوم مائة مرة :- عن أبي هريرة رضي الله عنه:- أن النبي صلي الله عليه وسلم قال :” من قال سبحان الله وبحمده مائة مرة حطت خطياه وإن كانت مثل زبد البحر “..رواه البخاري ومسلم ..
سُبْحَانَ اللهُ  وَبِحَـمْـدِهِ

5-Sesiapa membaca doa di atas sebanyak 100 kali sehari akan diampunkan dosanya walau sebanyak buih dilautan.

6- الوضوء :- عن أبي هريرة أن رسول الله صلي الله عليه وسلم قال :” إذا توضأ العبد المسلم أو المؤمن فغسل وجهه خرج من وجهه كل خطيئة نظر إليها بعينه مع الماء أو مع آخر قطر الماء فإذا غسل يديه خرجت كل خطيئة كان بطشتها يداه مع الماء أو مع آخر قطر الماء ، فإذا غسل رجليه خرجت كل خطيئة كان مشتها رجلاه مع الماء أو مع آخر قطر الماء حتي يخرج نقيا من
الذنوب ” … رواه مسلم
..

6- Sesiapa membasuh mukanya semasa berwuduk nescaya gugurlah segala dosa yang dipandang semasa titisan air terakhir, sesiapa membasuh tangannya maka gugurlah segala dosa bersama titisan terkahir air yang jatuh dari sikunya, sesiapa membasuh kedua kaki, nescaya gugurlah segala dosa dari setiap langkah perjalannya bersama titisan air terakhir.

- وفى حديث عمرو بن عبسه :” ….فإن هو قام فصلي فحمد الله وأثني عليه ومجده بالذي هو له أهل وفرغ قلبه لله إلا إنصرف من خطيئته كهيئة يوم ولدته أمه ” … رواه مسلم ..
7- الذكر الوارد عند سماع المؤذن :- عن سعد بن أبي وقاس رضي الله عنه عن رسول الله صلي الله عليه وسلم أنه قال :” من قال حين يسمع المؤذن : أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمداً عبده ورسوله ، رضيت بالله رباً وبمحمداً رسولاً وبالإسلام ديناً غفر له ذنبه “..رواه مسلم ..

7- Sesiapa membaca doa di bawah semasa mendengar azan, nescaya diampunkan segala dosa yang telah dilakukannya.

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ، رَضِيْتُ بِاللهِ رَباًّ وَبِمُحَمَّداً رَسُولاً وبالْإِسْلاَمِ دِيْناً
8- مجالس الذكر :- عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلي الله عليه وسلم :” ما من قوم إجتمعوا يذكرون الله لا يريدون بذلك إلا وجهه إلا وناداهم منادٍ من السماء أن قوموا مغفوراً لكم قد بدلت سيئاتكم حسنات ” … رواه أحمد

8- Sesiapa menghadiri majlis yang dianjurkan demi mengharap keredaan wajah Allah SWT, nescaya para Malaikat di langit akan memohon keampunan daripada Allah SWT kepada mereka dan segala kejahatan akan ditukar menjadi pahala.

__________________


استغفر الله لي ولوالدي ولمن له حقا علي وللمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الاحياء منهم والاموات 00يارب سخر لي زوجي واهدي اولادي ولا تضرهم وارزقني برهم 00سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم


Isnin, 23 Julai 2012

C 8 TUJUH BELAS Hadis Meyakinkan Kita Pengampunan Allah SWT


1. Sesiapa Bertasbih kepada Allah 33X, Bertahmid 33X, Bertakbir 33X dan mencukupkannya 100X dengan (Kalimah Di atas) selepas Solat akan diampunkan dosanya walau seperti buih di lautan.

2.  Sesiapa bertasbih  100X di waktu pagi dan 100X di waktu petang akan diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

3.   Tidak ada sesiapa di muka bumi yang melafazkan ( seperti lafaz di atas) melainkan diampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.

4.   Sesiapa yang bertasbih selepas solat 100X dan bertahlil 100X  dan bertakbir 100X akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.

5.   Sesiapa yang bertasbih selepas solat 100X  dan bertahlil 100X  dan bertakbir 100X akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.

6 Sesiapa  membaca di atas katil ( Perkataan di atas) akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.

7 sesiapa duduk selepas solat subuh setelah selesai solat Subuh dan menunaikan 2 rakaat solat Dhuha. Tidak akan  diperkatakan  kecuali sesuatu yang baik, akan diampun dosanya, walau sebanyak buih di laut.

8 Sesiapa melafazkan 33X selepas solat Subuh( perkataan di atas ) akan diampunkan dosanya walau seperti buih di lautan.

9 Sesiapa memelihara solat Dhuha diampunkan dosanya awalau sebanyak buih di lautan.

10 Tidak ada lelaki yang membaca ( seperti kalimah di atas ) melainkan diampunkam dosanya walau sebanyak buih di lautan.

11 Sesiapa di antara hamba yang membaca, apabila bangun daripada tidurnya ( Seperti kalimah di atas) melainkan di ampunkan Allah baginya segala dosanya walaupun dosa seperti buih di lautan.

12 Sesiapa membaca di pagi Jumaat sebelum solat Jumaat (Seperti perkataan di atas) tiga kali akan diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

13 Sesiapa membaca di saat berada di atas katilnya ( seperti perkataan di atas ) diampun oleh Allah baginya dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan. walaupun sebanyak bilangan bintang, walaupun sebanyak bilangan pasir, walaupun sebanyak bilangan hari di dunia.

14 Sesiapa membaca ( seperti kalimah di atas) setiap hari seratus kali, Allah menghapuskan dosanya walau seperti  buih di lautan.

15 Sesiapa solat sunat selepas solat Mahgrib, Allah menghapuskan dosanya walaupun dosa sebanyak buih di lautan.

16 Sesungguhnya apabila seseorang muslim bertemu saudaranya dan bersalaman, hilanglah dosanya sepertimana gugurnya daun kering yang ditiup angin pada hari angin kencang. Maka  diampunkan dosa keduanya seperti buih di lautan.

17 Perkataan yang yang dizikirnya sebanyak 100 kali selepas solat dengan sempurna. ( seperti perkataan di atas ) diampunkan dosanya walau seperti buih di lautan.


LIHATLAH KELUASAN RAHMAT ALLAH TERHADAP HAMBANYA YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA, WALAUPUN SEBANYAK MANA DOSA HAMBA-HAMBANYA TETAPI ALLAH TETAP MENGAMPUNKAN MEREKA. TETAPI APA YANG MENJADI MEREKA TERTIPU DENGAN SYAITAN. APABILA MEREKA MENGGUNAKAN HADIS-HADIS DI ATAS UNTUK MENGULANGI DOSA-DOSA MEREKA DAN MENGHIMPUN DOSA MEREKA SEBANYAK BUIH DI LAUTAN LALU MEREKA BERTAUBAT DENGAN SENGAJA DAN MENGULANGI  DOSA DENGAN SENGAJA.  SEBENARNYA MEREKA MENIPU DIRI MEREKA SENDIRI. SUNNAH RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT SERTA IMAM-IMAM SEMUA MAZHAB TIDAK PERNAH BERBUAT DEMIKIAN.