Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 26 Februari 2014

P 45 : TANDA KEBAHAGIAAN DAN KEBAIKAN

Ibnu Qayyum R.A berkata:-

"Di antara tanda kebahagiaan dan kebaikan, tatkala ilmu seorang hamba bertambah, bertambah pulalah sikap tawaduk (rendah hati) dan kasih sayang yang dimilikinya.
Setiap kali bertambah amalnya, bertambah pula rasa takut dan waspada di dalam dirinya.
Tatkala bertambah umurnya, berkuranglah ketamakkannya terhadap dunia.
Tiap kali hartanya bertambah, sedekahnya pun bertambah.

Setiap kali kedudukan dan martabatnya bertambah tinggi, semakin bertambah rapatnya dengan manusia, dirinya akan semakin memperhatikan keinginan mereka dan sentiasa merendahkan diri di hadapan orang lain."



P 44 : PELIHARA JANGGUT

Pelihara janggut adalah sunnah Rasulullah SAW - dapat pahala kalau pelihara janggut dan cukur/ nipiskan misai – In Sya Allah dapat pahala 24 jam sehari, setiap hari, 7 hari seminggu, sampai ajal..selagi janggut ada.



P 43 : PENDENGKI DAPAT LIMA HUKUMAN

Pendengki Itu akan mendapat Lima Hukuman sebelum kedengkiannya sampai kepada orang yang ia dengkikan...

1. Kegelisahan tak berkesudahan
2. Tersiksa tak mendapatkan apa-apa
3. Tercela tak dapat dipuji
4. Mendapat murka Allah
5. Pintu-pintu kebaikan tertutup di wajahnya

Sebagaimana yang telah disebutkan di dalam sebuah hadist " pendengki itu adalah Musuh nikmat-nikmat ku. dengki adalah salah satu perbuatan dosa besar yang mendapat Murka Daripada zat yang maha mengetahui perkara Ghaib


P 42 : TANDA ORANG YANG MENCINTAI RASUL SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

1. Mengikuti dan mengamalkan sunnahnya.
2. Sering menyebut namanya.
3. Merindukan perjumpaan dengannya.
4. Mengagungkan (ta'zhim) ketika mendengar namanya.
5. Mencintai (kerana Allah) orang yang dicintainya.
6. Membenci (kerana Allah) orang yang dibencinya.
7. Mencintai al Quran.
8. Menyayangi umatnya.
9. Zuhud terhadap dunia.
Semakin banyak tanda cinta pada diri seseorang, menunjukkan semakin besar cintanya kepada Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

MUHASABAH DIRI... Jom! Berselawat ~



Selasa, 25 Februari 2014

P 41 : KENAPA DR. MAURICE BUCAILLE MEMELUK ISLAM SELEPAS BEDAH MUMIA FIRAUN?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”.
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
(Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Quran, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al Quran. “Al Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al Quran benar-benar kalam Allah!




P 40 : RAKYAT SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Peribahasa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga sesuai untuk situasi rakyat yang semakin terhimpit dengan kesan kenaikan yang bakal dialami pada 2014, kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman kerajaan yang bakal menaikkan kadar tol di 13 lebuh raya terlibat susulan perjanjian konsesi yang menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
“Apabila mendengar kenaikan tol ini, saya tidak terkata lagi. Baharu sahaja rakyat dikhabarkan kenaikan tarif elektrik, gula, minyak, ini tol pula.
“Kita rakyat susah mahu faham dengan tindakan kerajaan kerana setiap kali yang diumumkan syarikat konsesi mendapat keuntungan berganda, kerajaan juga mendapat pulangan baik, tapi rakyat yang susah akhirnya dengan kadar tol dinaikkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Kata beliau, jika kerajaan mahu menaikkan harga tol, namun tahap prestasi jalan dan ciri-ciri keselamatan masih ditahap yang sama, pastinya amat tidak bermakna bagi rakyat.
“Kalau sepanjang jalan di lebuhraya dengan kelajuan 110km, contohnya hanya sejam sahaja boleh sampai ke Melaka dari Kuala Lumpur, mungkin rakyat tidak akan berkira.
“Tapi kalau bayar tol, jalan tetap sesak dan ciri keselamatan tidak diendahkan apa guna bayar tol yang mahal-mahal,” ujarnya.
Dalam pada itu, katanya jika sekalipun kenaikan kadar tol tidak dapat dielakkan, kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi supaya tidak berlaku perjanjian berat sebelah.
“Ini penting, kerajaan perlu semak kembali perjanjian itu supaya tidak berlaku tindakan kurang cerdik daripada pihak mereka semasa menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi.
“Kita tidak mahu berlaku berat sebelah, mungkin masa tandatangan itu, diambil kira jumlah kereta yang lalu hanya berapa dan sekarang pula sudah berapa jumlah kereta yang melalui lebuh raya itu,” kata beliau.
Sehubungan itu, kerajaan disaran lebih bijak menguruskan ekonomi dengan mengutamakan rakyat supaya tidak terkesan berikutan penarikan subsidi dan kenaikan harga barangan.

“Rasanya di setiap lebuhraya ada papan iklan yang pastinya mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Ini belum lagi termasuk dengan gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna, pastinya mendapat keuntungan,” katanya.




P 39 : DERMAKAN RM 1 SEHARI

Tak cukup duit?
Banyak hutang?
Kos hidup makin tinggi?
Saya ada satu CABARAN untuk kalian untuk keluar dari masalah hutang serta tidak cukup duit setiap bulan.
Keluarkan DERMA RM 1 setiap hari, selama 30 hari.
Sama ada menderma RM 1 pada 1 tabung / orang yang berlainan setiap hari.
Atau, masukkan RM 1 terlebih dahulu dalam tabung khas setiap pagi. Pada hari ke-30 dermakan kesemuanya.
Sila lakukan SEKARANG juga!
Jika masih belum murah rezeki, teruskan untuk 30 hari seterusnya.

p.s. Sila kongsikan cabaran ini untuk membantu rakan-rakan kalian yang mahu keluar dari beban hutang.




P 38 : WANITA BERPURDAH

Soalan: Wanita-wanita berpurdah itu SEMPURNA ke? Jawapannya tidak...apabila dia sudah berpurdah, itu bukan maksudnya dia sudah Sempurna. Dia masih manusia biasa yang kadang-kadang terbuat silap dalam sedar atau tidak sedar. Tetapi apabila dia sudah berpurdah, dia sebaik-baiknya mengelak dari membuat kesilapan-kesilapan yang "membatalkan" tujuan asal purdah itu. Maksudnya, dia eloklah faham dengan konsep hijab, konsep bukan mahram dan beberapa benda lain yang berkaitan dengan tujuan Purdah itu. Namun jika anda melihat dia membuat silap dalam hal-hal sebegini, cubalah bersangka baik bahawa mungkin dia masih belum faham konsep-konsep itu secara menyeluruh. Contohnya, seorang Muslimah mungkin mendapat hidayah memakai niqab pada usia 16 tahun. Seawal usia itu dia sudah nampak kebaikan niqab kepada dirinya. Namun, itu tidak bermakna dia sudah faham dengan konsep "hijaab" secara menyeluruh. Konsep hijab adalah sangat mendalam, adakalanya wanita-wanita yang sudah berkahwinpun belum dapat memahaminya dengan sempurna. Justeru, niqabis itu membuat benda-benda yang TIDAK sepatutnya dibuat oleh seorang yang berpurdah (contohnya berinteraksi bebas dengan lelaki ajnabi) itu mungkin kerana dia belum faham sepenuhnya konsep-konsep asas di atas walaupun dia suka dengan niqab. Adakalanya juga, seseorang niqabi itu terbuat kesilapan yang tidak disedarinya sehinggalah rakan tolong mengingatkan. Kesimpulan: Berpurdah bukan bermakna seorang Muslimah itu telah mencapai kesempurnaan, malah selepas berpurdah pun dia masih bekerja keras untuk memperbaiki dirinya 




P 37 : CUKUP ALLAH SEBAGAI SAKSI DAN PENJAMIN

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu: 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan: 

Ada seorang lelaki dari Bani Israil yang hendak meminjam wang sebanyak 1,000 dinar kepada sebahagian Bani Israil yang lain. 

Orang yang akan meminjamkan wang berkata: 

“Datangkan kepadaku beberapa saksi untuk menjadi saksi.” 

Lalu orang yang meminjam berkata:

“Cukup hanya Allah Subhanahu wa taala sebagai saksi,” 

Orang yang akan memberi pinjaman berkata lagi:

“Datangkan kepadaku seseorang sebagai penjamin.” 

Orang yang akan meminjam wang berkata:

“Cukup hanya Allah Subhanahu wa Taala sebagai penjamin.” 

Lalu orang yang akan meminjamkan wang berkata:

“Engkau benar.” 

Pada waktu yang telah ditentukan, Bani Israil tersebut ingin membayar hutang kepada sahabatnya. 

Kemudian dia menuju ke laut mencari sebuah kapal yang boleh dia tumpangi dan membawanya ke negeri seberang untuk membayar hutang tersebut. 

Namun dia tidak menemukan sebuah kapalpun yang berlayar, dikeranakan cuaca buruk dan gelombang yang besar. 

Lalu dia mengambil sepotong kayu dan melubanginya, lantas meletakkan wang sejumlah seribu dinar di dalamnya. 

Setelah itu dia mengaitkan antara ujung kayu yang satu dengan ujung kayu yang lain hingga rata. 

Ia membawa kayu itu ke laut. Kemudian dia berkata: 

“Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku telah meminjam wang dari fulan sebanyak seribu dinar. Dia memintaku mendatangkan seseorang sebagai penjamin, aku mengatakan kepadanya, `Cukup hanya Allah yang menjadi penjaminku.’ Diapun redha dengan semua ini demi Engkau. Si fulan juga memintaku untuk mendatangkan seseorang sebagai saksi, lalu aku berkata kepadanya, ‘Cukup hanya Allah sebagai saksi.’ Diapun redha dengan semua itu demi Engkau. Aku sudah berusaha untuk mendapatkan sebuah kapal untuk aku hantarkan kepadanya wang yang telah dia pinjamkan kepadaku, tetapi aku tidak mendapatkan kapal tersebut, sekarang aku menyerahkan semuanya kepadaMu.” 

Setelah itu dia melemparkan potongan kayu tersebut ke lautan. Lalu dia memandang ke tengah laut untuk mencari seseorang yang berlayar yang boleh menghantarkannya ke negeri seberang. 

Sementara itu, lelaki yang meminjamkan wangnya kepada Bani Israil tersebut keluar untuk mencari kayu bakar di tengah lautan, seketika ia mendapatkan potongan kayu yang berisi uang tersebut. 

la pun membawa potongan kayu itu  yang ia anggap sebagai kayu bakar  untuk diberikan kepada keluarganya. 

Ketika ia membelah kayu itu, ia mendapatkan dinar di dalam kayu itu. 

Pada saat yang bersamaan orang yang meminjam wang datang dengan membawa wang sebesar 1,000 dinar, seraya berkata: 

“Demi Allah aku masih mencari kendaraan untuk membayar piutangmu, namun aku tidak mendapatkan kendaraan itu sebelum ini.” 

Orang yang meminjamkan wang itu berkata: 

“Apakah kamu mengirimkan sesuatu untukku?” 

“Bukankah aku telah mengatakan bahawa sebelum kedatanganku saat ini, aku tidak mendapatkan tumpangan?” jawab orang yang meminjam.

Orang yang meminjamkan berkata:

“Sesungguhnya Allah telah membayarkan hutangmu melalui sesuatu yang engkau kirim dalam potongan kayu. Kerana itu, bawalah kembali wang dinar yang engkau bawa itu.“
[HR. Imam Ahmad (11/348-349), Ibnu Haban (6453), Abu Sa’id An-Nagasy dalam kitab Funuun Al-Ajaa’ib (76).] 

Disadur dari buku yang berjudul “Wujudkan Impian Anda Dengan Doa,” Syaikh Majdi Muhammad asy-Syahawi.

SubhanALLAH..!!

Allah Maha Berkehendak atas segala sesuatu, semoga tulisan singkat ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci.

Aamiin yaa Rabbal'alamin..





P 36 : AGAMA ITU ADALAH NASIHAT

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda, "Agama itu adalah nasihat." Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya."

(Riwayat Muslim)




P 35 : UMUR MANUSIA

Berapakah Umur Anda Sekarang? Cuba baca hadith ini mungkin anda tergolong dari kalangan mereka.

Daripada Anas bin Malik, dia berkata: Jika seorang muslim telah berusia empat puluh tahun, Allah menyelamatkannya dari segala bentuk musibah, baik penyakit gila mahupun kusta. Jika berusia lima puluh tahun, Allah mempermudah hisabnya. Jika berusia enam puluh tahun, Allah menganugerahinya kecintaan untuk bertaubat. Jika ia berumur tujuh puluh tahun, Allah mencintainya dan dia juga dicintai penduduk langit. Jika berumur lapan puluh tahun, Allah menerima amal kebajikannya dan dihapuskan kejahatan-kejahatannya. Jika berumur sembilan puluh tahun, Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang, ia dipanggil tahanan Allah di muka bumi, dan ia diperbolehkan memberi syafaat untuk keluarganya.

[Musnad Ahmad 5369]




P 34 : DEKATLAH PADA ALLAH SWT

Ketika wajah lelah memikiirkan dunia, maka BERWUDUKLAH,

Ketika tangan letih menggapai cita-cita, maka BERTAKBIRLAH,

Ketika diri tidak kuasa memikul amanah, maka BERSUJUDLAH.

Ikhlaskan semua dan mendekatlah kepada ALLAH,

agar TUNDUK di saat yang lain angkuh,

agar TEGUH di saat yang lain runtuh,

agar TEGAR saat yang lain rapuh

dan SABAR di saat yang lain mengeluh.




P 33 : KISAH AKHLAK HASAN BIN ALI R.A.(CUCU RASULULLAH)

Selawat dan Salam teratur pada Baginda Rasulullahi Shallallahu 'Alaihi Wasallam beserta keluarga, sahabat dan seluruh pengikutnya (umat) sampai akhir zaman.
Akhlak adalah cerminan diri, di mana pada hakikatNya adalah kunci dari keperibadian yang beriringan dalam jalan penghambaan pada Allah.
Sedikit kisah tentang Hasan bin Ali ra. Hasan adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai oleh umat Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullah saw, Hasan ibarat permata, kerana memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji.
Dikisahkan pada suatu hari, Hassan sedang duduk di muka pintu rumahnya. Tiba-tiba datang seorang pemuda Badwi. Ia (pemuda itu) lalu mencacinya dan juga kedua ibu bapanya.
Anehnya, Hasan hanya mendengar tanpa sedikitpun berubah wajahnya atau membalas kata-katanya itu.
Hasan berkata kepada orang itu:
"Wahai Badwi, apakah kamu lapar atau haus? Atau adakah sesuatu yang merisaukan hatimu?"
Si Badwi tidak mempedulikan perkataan Hasan. la terus memaki Hasan. Akhirnya, Hasan menyuruh pembantu rumahnya membawa bungkusan yang berisi wang perak. Bungkusan itu lalu diberikan kepada Badwi sambil berkata:
"Wahai Badwi, maafkanlah saya. Ini saja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikannya darimu."
Sikap Hasan itu akhirnya melembutkan hati Badwi. la menangis terisak-isak dan sujud di kaki Hasan sambil berkata:
"Wahai cucu Baginda Rasulullah saw, maafkanlah aku berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja melakukan ini untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda Rasul yang aku kasihi. Sekarang aku yakinlah bahawa engkau mempunyai budi pekerti yang sangat mulia."
SubhanALLAH..!!
Betapa keburukan akan tunduk bersimpuh pada kebaikan, sebagaimana api padam oleh air.
Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa-Taala mengkurniai kebaikan dan bagusnya Akhlak pada hati kita dan segenap diri ini, agar dapat kita gunakan pada kehidupan dunia yang sangat singkat ini.
Semoga ada manfaatnya dari tulisan ini, sebagai pengingat juga pembelajaran diri, dan semoga Allah Subhanahu WaTaala membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci.
Aamiin yaa Rabbal'alamin..

Barakallahu lakum fii khoirin. Subhanakallahuma wabihamdika, asyhadu allaa ilaa ha illaa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.




P 32 : BILIK MANDI RUMAH IBLIS

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah seperti halnya Allah memberikan tempat tinggal kepada anak adam untuk berada di bumi.

KATA IBLIS...

"Ya Allah, Adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal!"

ALLAH SWT berfirman,

"Tempat tinggalmu adalah bilik mandi atau tandas.
(HR. Bukhari)

Dari situlah kemudian Iblis pun menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi atau tandas. Godaan iblis macam-macam dan aneka warna, contohnya menggoda manusia supaya: 

1. Berlama-lama di dalam bilik mandi.
 
2. Bernyanyi atau berkata-kata.
 
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (awa ipod dgrkan muzik).
 
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri.
 
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung di dalam bilik mandi.

6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika hendak masuk atau keluar dari bilik mandi.
 
7. Mengambil wuduk sambil telanjang.
 
8. Mencoret-coret dinding bilik mandi.
 
9. Merencanakan kejahatan.

Maka, hati-hatilah sewaktu dalam bilik mandi atau tandas.
Dan tips yang baik adalah mandi, buang air dll sewajarnya saja,, lebih cepat lebih baik..



P 31 : PERTANYAAN MALAIKAT DI DALAM KUBUR

Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
Jawab : Allahu Rabbi. ALLAH Tuhanku.
Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab : Muhammadun Nabiyyi.Muhammad Nabiku
Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab : Al-Islamu dini, Islam agamaku
Tanya : Man Imamuka? Siapa imammu?
Jawab : Al Quran Imami. Al Quran Imamku
Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Kaabah kiblatku
Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani.
Muslimin dan Muslimah saudaraku.
Jawapannya sangat sederhana bukan?
Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?
Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi.
Saat kegelapan menghentak ketakutan.
Saat tubuh menggigil gemetaran.
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong.
Ya, tak akan pernah ada seorangpun yang mampu menolong kita.
Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia.
Astaghfirullahal 'Adzim.
Ampunilah kami Ya ALLAH, kami hanyalah hambaMu yang berlumur dosa dan maksiat.
Sangat hina diri kami ini di hadapanMu, tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirahMu, sementara kami selalu melanggar laranganMu.
Ya ALLAH...
Izinkan kami untuk sentiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmatMu.
Tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahayaMu.Tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus, agar kami tidak sesat dan tersesatkan.
Aamiin Yaa Rabbal'alamin.




Isnin, 24 Februari 2014

P 30 : APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISLAMIK

Sesuatu yang berunsur Islamik itu tidak semestinya sudah cukup Islam.
Sebagai contoh rakyat Jepun. Mereka kaya dengan unsur Islamik dalam pelbagai hal seperti bab kebersihan dan masa, tetapi tidak semestinya mereka Islam.
Namun orang Islam wajib ada unsur Islamik.

(Letih dengan sangkaan masyarakat kita yang merasa sudah cukup Islam hanya dengan unsur "Islamik", lebih-lebih lagi dalam hal fesyen. Tudung singkat, nampak lengan, seluar ketat, tiba-tiba mengaku diri Islamik. Mohon terasa.)


P 29 : SIAPAKAH ULAMA?

Definasi seorang Ulama

Seorang Ulama layak dipanggil sekiranya dia ada ciri-ciri berikut :

1. Aqidahnya adalah Aqidah Rasulullah, para sahabat, ulama Imam 4 Mazhab, Ulama Salafusolleh, Aqidah Ahlul sunnah Waljamaah Iaitu Aqidah Asya'irah & Makhturidi'ah.

2. Ilmunya yang bersanad ( rujukan daripada guru kepada guru, sehinggalah Ulama salafusolleh, sahabat dan sehingga datang daripada Rasulullah Sallallahu^alaihi Was^sallam). 
Sumber rujukkan kitab-kitabnya adalah sumber Ulama Mukhtabar (Ahlul Sunnah Waljamaah)

3. Amanah dengan Ilmu, lidahnya tidak lepas daripada Ilmu, amanah dengan ilmunya, yang batil tetap batil, yang Haq tetap Haq. Bila dia tidak tahu menjawab sebarang pertanyaan muridnya dia akan berkata "nanti saya akan rujuk semula." Dia tidak sewenang-wenangnya menyampaikan pada umum sekiranya dia was-was atau tidak tahu dengan jawapannya.

4. Akhlaknya, dia sentiasa menyemai akhlak terpuji. Bersikap tawaduk, merendah diri, Menjaga lisannya tidak mengutuk salah orang lain, Tidak mendoakan kecelakaan orang, malah mendoakan kebaikan orang walaupun orang itu mengutuk dan mencacinya. Tidak terlibat dengan duniawi yang menjerumus kepada fitnah mengfitnah, aib mengaibkan, malah menjauhinya daripada terlibat dengan sebarang yang memudaratkan dirinya dan akidahnya. Sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan, malah mengajak umat bersatu, berkasih sayang seperti mana yang dituntut Rasulullah Sallallah^ualaihi wassalam.

5. Memuliakan dan mencintai Rasulullah Sallallah^ualaihi wassalllam, dia akan menyemai cinta pada Rasul dengan Mengamalkan Sunnah, dia akan mengajak masyarakat agar bersama memuliakan Rasulullah Sallallahu^alaihi wassallam, dengan Sirah-sirah, atau maulid atau qosidah dan sebagainya.


Ps: ini barulah Ulama yang kita tak boleh lawan sebab inilah Ulama sebenar. ulama pewaris Nabi saw.




P 28 ; BERDOA KETIKA SENANG

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM Bersabda yang bermaksud ;

"Sesiapa yang mahu supaya doanya diterima ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan." 

- Hadis Riwayat Tirmizi