السلام عليكم
سْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ
ٱلرَّحِيمِ
Untuk
semua penggemar kucing, ini ada sedikit info mengenai binatang kesayangan anda
– dan aku juga! Dan sedikit info mengenai binatang yang sememangnya diharamkan
kepada kita umat Islam untuk pegang. Segala hukum yang telah ditetapkan
sememangnya mempunyai sebab-musabab yang tertentu apabila dikaji semula bukan?
Seperti juga halnya kucing dan anjing ini. Tetapi mereka yang sememangnya telah
sesat dan disesatkan oleh syaitan sentiasa akan membuat sesuatu yang berlawanan
dengan apa yang Allah s.w.t tetapkan dan ajaran Rasul. Mereka kata dog
is man’s best friend dan lihat sahaja di negara barat dan
Eropah khususnya – iaitu negara yang sememangnya kafir – anjing dibelai dan
dipelihara dan nilai-nilai ini dipupuk ke dalam anak-anak kecil yang
sememangnya tidak berdosa yang akan membawa ke dewasa dan diturunkan pula ke
generasi yang lain seterusnya. Negara kita juga tidak kurang hebatnya apabila
sudah ada segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam sendiri yang membela
anjing sebagai binatang peliharaan mereka. Rosak!
Wallahu
‘alam.
Nabi
menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah
diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing. Kenapa
Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada
manusia. Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai
najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk
melawan sel bakteria.
Otot
kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada
permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing,
benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini
sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis
pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan
alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu
mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian
Yang Dijalankan
Telah
dilakukan pelbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan
usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. Pada
bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di
samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil
juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan
lidahnya.
Hasil
yang didapati selepas ujikaji adalah:
1.
Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan
berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
Anjing
merupakan seekor haiwan yang haram bagi agama Islam yang kita anuti. Walau
bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui atau untuk mengambil tahu kenapa
anjing tidak boleh dipelihara dan disentuh seperti yang termaktub di dalam
hukum-hukum ibadat agama Islam.
Sabda
Rasullah S.A.W yang bermaksud: Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada
bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu
dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat
Muslim)
Maksud
hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita,
bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah.
Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman
yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT
berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur
anjing perlu dibasuh dan disamak. Jika air liur anjing pun anda kena
samak. Apatah lagi jika anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika
disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti
penyakit sama seperti air liur anjing.
Penyakit
apa yang dibawa oleh anjing? Penyakit yang paling terkenal dari bawaan anjing
ialah penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus rabies yang boleh
didapati melalui air liur anjing. Apabila anda menerima kesan gigitan anjing,
virus yang masuk melalui air liur anjing tadi akan menyerap masuk menyerang
sistem saraf badan kita. Dengan rosaknya sistem saraf, maka badan anda tidak
akan berfungsi dengan sebaik-baiknya, terutama dari segi fungsi neuromotor.
Islam
tidak mengada-ngadakan hukum kerana anjing sememangnya bahaya dari segi
kesihatan. Sebab itu bila anjing disentuh dalam keadaan kulitnya basah, kita
wajib membersihkan diri dengan 7 kali basuhan dengan salah satunya ialah
menggunakan tanah (samak).
Mengapa
samak menggunakan tanah? Sebab hanya menggunakan tanah sahaja terbukti dapat
membunuh kuman-kuman rabies yang tidak dapat dihapuskan walaupun dengan air
yang mendidih.
Apa
yang mengecewakan, terdapat pandangan masyarakat melayu kelas atasan (tidak
tahu sama ada tahu akan hukum atau tidak ) membela anjing dan suka-suka hati
memegang anjing. Lagi teruk, membiarkan anak-anak mereka dijilat anjing
kononnya untuk kemesraan sesama makhluk. Alahai.
Early-stage symptoms of rabies are malaise, headache and fever, progressing to acute pain, violent movements, uncontrolled excitement, depression, and hydrophobia. Finally, the patient may experience periods of mania and lethargy, eventually leading to coma. The primary cause of death is usually respiratory insufficiency. Worldwide, roughly 97% of rabies cases come from dog bites. – wikepedia
97%
punca penyakit rabies adalah daripada ANJING, bahaya penyakit ini boleh membawa
kepada koma. Tidakkah fakta saintifik ini cukup menggerunkan kita supaya
menjauhi anjing? Hanya anjing-anjing yang sudah divaksinkan dapat terlepas dari
virus rabies ini, di kebanyakan negara maju, program vaksin rabies dilaksanakan
oleh kerajaan mereka, sekurang-kurannya dapatlah juga mencegah penyakit rabies
ini, tapi negara kita Malaysia ini ada ke? Jawapannya ..
Tiada!
Marilah
kita bersama amalkan doa ajaran nabi saw supaya terlepas dari penyakit yang
merbahaya.
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ
الْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَالْبَرَصِ وَسَيِّئِ الْأَسْقَامِ
“Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan: “ALLAHUMMA INNI A’UUDZU BIKA MINAL
JUNUUNI WAL JUDZAAMI WAL BARASHI WA SAYYI`IL ASQAAM (Ya Allah, aku berlindung
kepada-Mu dari penyakit gila, lepra, kusta dan penyakit yang ganas).” – sunan
nasa’i