959. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Jikalau engkau semua bepergian
melalui tempat yang subur, maka berikanlah pada unta itu akan haknya dari bumi
yakni berikanlah ia kesempatan makan secukupnya. Tetapi jikalau engkau semua
bepergian melalui tempat yang tandus, maka percepatkanlah binatang-binatang itu
untuk segera dapat sampai di tempat tujuannya sebelum kehabisan sumsumnya yakni
sebelum kehabisan tenaga kerana sukarnya perjalanan. Jikalau engkau semua
bermalam di jalanan, maka jauhilah menempati tempat lalu lintas, sebab
tempat-tempat itu memang untuk jalannya segala macam binatang dan juga tempat
tinggalnya binatang-binatang yang merayap di waktu malam."
(Riwayat
Muslim)
Makna A'thul
ibila hazhzhaha minal ardhi ialah belas kasihani unta itu dalam
perjalanannya supaya dapat pula sambil makan-makan di kala melakukan
perjalanannya. Sabdanya niqyaha, dengan kasrahnya nun dan sukunnya qaf
dan dengan ya' mutsannat di bawah titik dua di bawah ertinya ialah sumsum.
Adapun maksudnya ialah: "Percepatkanlah berjalan dengan binatang itu
sehingga segera sampai di tempat yang dituju sebelum lenyap Sumsumnya yakni
sebelum kehabisan tenaga kerana sukarnya perjalanan yang ditempuh. Adapun Atta'ris
ertinya ialah turun mengjnap di waktu malam.
960. Daripada Abu Qatadah r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu apabila
bepergian lalu menginap di waktu malam, beliau s.a.w. berbaring pada sebelah
kanan tubuhnya dan jikalau tidur sebelum hampir waktu subuh, maka beliau s.a.w.
menegakkan lengan tangan dan meletakkan kepalanya di atas tapak tangannya itu."
(Riwayat
Muslim)
Para alim
ulama berkata: "Hanyasanya
beliau s.a.w. itu menegakkan lengan tangannya tadi agar supaya tidak tenggelam
dalam tidurnya yakni terlampau nyenyak sehingga akan terlambat bangun untuk solat
subuh melewati waktunya atau melewati permulaan waktunya."
961. Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Hendaklah engkau semua bepergian di
waktu malam, sebab sesungguhnya bumi itu dilipat di waktu malam itu."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan. Adduljah ialah berjalan di waktu
malam.
962. Daripada Abu Tsa'labah r.a., katanya: "Orang-orang itu apabila turun di suatu
ternpat berhenti, mereka suka berpisah-pisah di lereng-lereng dan
lembah-lembah. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya berpisah-pisahmu di
lereng-lereng dan lembah-lembah ini, hanyasanya itu adalah dari cara yang
dilakukan syaitan. Maka tidak lagi sesudah itu mereka turun berhenti di sesuatu
tempat melainkan yang sebahagian berkumpul dengan sebahagian yang lain.”
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan.
963. Daripada Sahl bin 'Amr, ada yang mengatakan Sahl bin ar-Rabi' 'Amral-Anshari yang
terkenal dengan nama Ibnul Hanzaliyah. la adalah golongan orang-orang yang ikut
menyertai Bai'atur Ridhwan r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. berjalan
melalui seekor unta yang punggungnya telah menempel dengan perutnya yakni sudah
lelah dan tampak lapar serta kurus sekali, lalu beliau s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Takutlah engkau semua kepada Allah
dalam memelihara binatang-binatang yang bisu ini. Naikilah ia dengan baik-baik
dan makanlah ia dengan baik-baik pula."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
964. Daripada Abu Ja'far iaitu Abdullah bin Ja'far radhiallahu 'anhuma, katanya:
Yang Bermaksud : "Saya dinaikan oleh Rasulullah s.a.w.
di belakangnya di atas punggung seekor binatang kenderaan pada suatu hari dan
beliau memberitahukan sesuatu pembicaraan kepada saya secara rahsia yang tidak
akan saya beritahukan kepada siapapun juga di antara seluruh manusia ini.
Sesuatu yang paling disenangi oleh Rasulullah s.a.w. untuk dijadikan sebagai
tabirnya di waktu membuang hajatnya ialah sesuatu yang tinggi tanah ataupun
pasir juga kumpulan pohon kurma yang rimbun. ]adi semacam dinding yang terdiri
dari pohon-pohon kurma."
Diriwayatkan
oleh Imam Muslim demikian ini secara ikhtisar.
Al-Barqani
menambahkan di situ, dengan isnad Imam Muslim sebagaimana yang di belakang ini
sesudah ucapannya kumpulan pohon-pohon kurma: "Lalu beliau s.a.w. memasuki
dinding milik seorang lelaki dari golongan sahabat Anshar, tiba-tiba di situ
ada seekor unta. Setelah Rasulullah s.a.w, melihatnya, maka unta itupun meringik
atau merintih dan kedua matanya melelehkan airmata. la lalu didatangi oleh Nabi
s.a.w. kemudian diusaplah puncak punggungnya yakni punuknya dan pula tengkuknya
yang dekat telinganya, selanjutnya unta itupun berdiamlah. Setelah itu beliau
s.a.w. bertanya:
"Siapakah
yang memiliki unta ini? Siapakah yang mempunyai unta ini?" Lalu
datanglah seorang pemuda dari golongan sahabat Anshar dan ia berkata: "Ini
adalah kepunyaan saya, ya Rasulullah." Beliau
s.a.w. lalu bersabda: "Tidakkah engkau takut kepada Allah
dalam memelihara binatang ini yang telah diserahkan oleh Allah untuk menjadi
milikmu. Unta itu mengadu kepada saya bahawa engkau membiarkannya ia lapar dan
membuat ia amat lelah."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud sebagaimana riwayatnya al-Barqani.
Ucapannya:
dzifrahu, dengan kasrahnya dzal mu'jamah dan Sukunnya fa', ini
adalah lafaz mufrad muannats. Ahlullughah berkata: Adzdzifra ialah
tempat yang berpeluh dari unta yang terletak di belakang telinga. Adapun tud-ibuhu
ertinya ialah engkau membuatnya sangat lelah.
965. Daripada Anas r.a., katanya: "Kita semua apabila turun di suatu tempat
pemberhentian, maka kita tidak akan bertasbih dulu maksudnya tidak melakukan solat
sunnah dulu sehingga kita lepaskan
beban-beban itu dari punggung unta".
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad menurut syaratnya Imam Muslim.
Ucapannya:
Ia nusabbihu ertinya ialah kita tidak bersolat sunnah dulu, sedang
maksudnya ialah bahawa sekalipun kita gemar sekali melakukan solat, namun
demikian kita tidak akan mendahulukan melakukannya sebelum menurunkan
beban-beban itu dari punggung binatang serta mengistirehatkannya.