Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 4 April 2020

V 50 : Hasbi Allah Wani'mal Wakil Wani'mal Maula Wani'mannasir.

V 49 : MUTIARA KATA DAN KATA-KATA HIKMAH BERKAITAN SOLAT


1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
(Ustaz Azhar Idrus)

2. Orang yang solat lebih nampak kesalahan diri sendiri daripada kesalahan orang lain.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

3. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak wajib tunaikannya.
(Ustaz Kazim Elias)

4. Penyelesaian kepada krisis keluarga dan masyarakat adalah solat. Jika solat baik, maka keluarga dan masyarakat akan baik.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

5. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? Jaga solat, In shaa Allah bahagia.
(Ustaz Don Daniyal)

6. Utamakan solat dalam segala hal, sesuai dengan seruan As-Solah sebelum seruan Al-Falah pada laungan azan.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

7. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
(Datuk Ismail Kamus)

8. Saf solat berjamaah adalah sebahagian teknik penyatuan dan kekukuhan ummah.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

9. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat.  At least kalau mati, mati dalam solat.
(Ustaz Haslin Baharin) 

10. Sekira seorang itu tahu pahala berganda, nescaya ia tidak akan tinggal solat ketika ia sakit.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi) 

11. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun.
(Al-Habib Ali Zainal)

12. Sesibuk mana pun kita, sekurang-kurangnya zikir setelah solat bacalah Istighfar 3 kali dan Allahumma Antas-Salam…kerana 2 zikir ini datang dalam sebuah Hadits.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

13.  Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.

(Tuan Guru  Syeikh Nuruddin)


14. Orang yang solat awasi Al-Wail dan yang membimbangkannya, sebagaimana pengawasan seorang itu kepada Al-Ghaiy, As-Saqr dan lainnya.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

15. Jagalah solat anda, kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya.
(Sheikh Abdullah Jahaf)

16. Pelihara solat, Allah pelihara kehidupan kita. Abaikan solat, nescaya Allah abaikan kehidupan dunia dan akhirat, kita akan merana.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

17. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
(Ustaz Dasuki Rani)

18.  Orang yang tidak solat, berusaha mengotorkan jiwanya. Orang yang menafikan solat, berusaha memusnahkan jiwa raganya.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

19. Jangan cakap: “Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!” Tapi cakap: “Jom solat, nanti kita masuk syurga ALLAH sama-sama ya. In shaa Allah.
(TG Harun Din)

20. Solat berjamaah syi’ar dan sumber kekuatan generasi berjaya. Ayuh! Tegakkannya seiring Sunnah.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

21. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
(Ustaz Pahrol)

22. Kejayaan seorang Muslim bukan banyak rakaat solatnya, tetapi bergantung kepada khusyuknya.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

23. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah). Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah solat," mereka enggan mengerjakannya. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya).
(Al-Mursalaat 77:47-49)

24. Solat adalah tanda cinta nabi dan Allah kepada umat manusia.

25. Solat adalah hadiah paling indah dalam masa hidup seorang manusia.

26. Sesibuk apapun, tunaikanlah solat kerana kalau tidak, Allah akan penuhi tanganmu dengan kesibukan kerja dan Allah tidak akan menghindarkanmu dari kemelaratan (kesusahan).

27. ‎"Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka Saqar?
Mereka menjawab: Dahulu kami tidak termasuk orang-orang yang melaksanakan solat."
(al Muddatsir: 42-43)

28. "Sesungguhnya Allah SWT menghadapkan seluruh 'wajahnya' kepada hambanya yang sedang solat selama hati hamba itu tidak berpaling."
(HR: Abu Daud, An Nasai, al Hakim)

29. Solat adalah tiang agama. Siapa yang mengamalkannya, sungguh dia telah menegakkan agamanya. Siapa meninggalkannya, sungguh dia telah meruntuhkan agama (dalam dirinya).

30. Solat adalah penglipur lara, pengubat duka dan pelepas dahaga keputusasaan.

31. Dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.

32. Ketenangan diri dapat diperolehi ketika kamu sungguh-sungguh mengerjakan solat.

33. Solat yang sah dan mampu mencegah keburukan hanya ada di dalam solat yang khusyuk.

34. "Yaa Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku, orang yang tetap melaksanakan solat. Yaa Tuhan kami, perkenankanlah doaku."
(Ibrahim: 40)

35. "Siapa yang yang solat berjemaah, Allah mencatat pulang perginya sepuluh kebaikan, dihapus darinya sepuluh keburukan dan diangkat sepuluh darjatnya."
(Hadis)

36. "Seutama-utama solat, selepas solat fardhu adalah solat sunat di waktu malam."
(HR: Muslim)

37. "Siapa yang berwuduk dengan sempurna, kemudian solat hajat 2 rakaat dengan sempurna maka Allah tunaikan apa yang ia pinta dengan cepat atau lambat."
(HR: Ahmad)

38. "Wahai anak Adam, jangan sesekali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada permulaan siang (dhuha) nescaya Aku akan cukupkan keperluanmu pada akhir harinya."
(HR: al Hakim, Thabrani)




Isnin, 30 Mac 2020

V 48 : PENGAJARAN KISAH LOCKDOWN NABI YUNUS AS

Terima kasih atas perkongsian ini. Saya petik daripada whatsap oleh Dr Aman Rashidi Hussain. Moga menjadi pelajaran bagi kita semua.
Nabi Yunus as terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Mari kita belajar dari kisah Nabi Yunus as ketika beliau sempat di'LOCKDOWN' oleh Allah SWT di dalam perut ikan, sehingga wajar bila tubuh Nabi Yunus as saat itu menjadi sangat lemah, tanpa makanan, minuman, tanpa teman bicara dan kemungkinan besar sesak nafas sebab kekurangan oksigen.
Nabi Yunus as bukan di'LOCKDOWN' di dalam sebuah kota atau negara, tapi beliau di'LOCKDOWN, di dalam perut ikan paus, di dalam kegelapan, dan tentunya di dalam lautan. Nabi Yunus as benar-benar sendirian tanpa ada seorang pun manusia yang mampu menolongnya, sehingga bingung kerana tidak ada gambaran solusi sedikit pun. Terputus segala hubungan, terpisah dan keseorangan dan benar-benar telah Allah SWT 'LOCKDOWN' secara fizikal dan logiknya.
Untungnya Nabi Yunus AS segera menginsafi diri, sedar diri kenapa Allah SWT sampai menghukumnya dengan 'LOCKDOWN' beliau di dalam perut ikan paus. Kalau kecerdasan PQ dan IQ sudah tak berdaya untuk mencari dan menemukan solusi, maka kita harus berusaha menggunakan kecerdasan EQ, SQ, dan RQ, dan itulah yang dilakukan oleh Nabi Yunus as.
Mari kita perhalusi dan menghayati perjalanan dan proses Nabi Yunus as sebelum, semasa dan hingga berhasil keluar dari 'LOCKDOWN' yang ada.
1. Bermula dari kemarahan Nabi Yunus as kepada kaumnya yang sukar diajak untuk beriman kepada Allah SWT.
2. Nabi Yunus as mengancam kaumnya akan diberikan azab apabila tidak beriman juga.
3. Nabi Yunus as pergi meninggalkan dari kaumnya dalam keadaan marah, pergi naik kapal yang berpenumpang penuh.
4. Diperjalanan terjadi badai, dan kapal harus mengurangi jumlah penumpang, dan Nabi Yunus as terpilih menjadi yang harus dibuang dari kapal.
5. Setelah dibuang ke laut, Nabi Yunus as lalu ditelan oleh ikan paus.
6. Nabi Yunus as akhirnya sedar diri bahawa dia sudah berbuat salah kerana tidak bersabar tapi malah marah dan menyalahkan kaumnya.
7. Lalu dengan kesedaran itulah Nabi Yunus as bertaubat dengan kalimat "Laa Ilaaha illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin," yang ertinya, "Tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim."
Inilah kalimat taubat Nabi Yunus as ini lalu mengundang Rahman dan Rahimnya Allah SWT, sehingga selamatlah ia dari cengkaman 'LOCKDOWN' Ikan Paus.
Mari kita maknai secara mendalam tentang kalimat taubat ini. Kita berubat dengan Taubat seperti kisah Nabi Yunus ini. Inilah saatnya untuk kita mengambil pengajaran dan hikmah.
1. Laa Ilaaha Illaa Anta.
Ertinya: Tidak ada tuhan kecuali Engkau.
Penyakit: Situasi hari ini ketika kita telah di'LOCKDOWN' masih banyak orang yang bertuhankan wang, harta, jabatan, pengaruh, glamour, like, love, followers, ilmu, khayalan dan sebagainya.
Taubatlah....Yaa Allah, saya sedar sepenuhnya mulai hari ini bahawa hanya Engkau Tuhanku. Aku masih sering menuhankan diri sendiri, mencari pujian dari makhluk, jarang memujiMu dengan tulus, dan aku sering ragu tentang kemampuanMu atas segala sesuatu, tapi malah yakin penuh atas kekuatan makhluk yang lemah. Padahal hanya Engkau yang mampu menggerakan ikan paus yang besar sampai virus corona yang kecil.
2. Subhaanaka
Ertinya : Maha Suci Engkau.
Penyakit : Masih banyak yang menganggap dirinya suci, paling benar, paling hebat. Atau masih banyak yang menganggap Ustaz itu pasti benar, pasti suci, tiada salah, tiada dosa. Aku tidak mahu belajar dari ustaz lainnya, kecuali ustaz yang itu.
Taubatlah: Yaa Allah, hanya Engkau Yang Maha Suci. Apapun yang Engkau lakukan pasti adil dan benar. Tak pernah salah, tak pernah zalim.
3. Innii kuntu minazh zhaalimiin.
Ertinya : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim (lemah dan banyak salah).
Penyakit : Masih banyak orang yang suka menyalahkan takdir Allah SWT, dan menyalahkan orang lain atas nasib buruk yang menimpa dirinya.
Taubat: : Berhentilah menyalahkan orang lain, apalagi menyalahkan Allah SWT, berhentilah berdebat merasa paling hebat, berhentilah menyalahkan pemerintah dan ulama, berhentilah membanding-bandingkan antara kerja kerajaan Malaysia dengan Korea atau Jepun, berhentilah marah-marah kepada orang yang belum mendapat hidayah, berhentilah merasa diri paling benar, berhentilah lari dari kenyataan, dan perbanyaklah memperbaiki diri, muhasabah, pengakuan akan kelemahan, kehambaan yang serba kerdil, diri yang lemah dan penuh dosa dan kesalahan diri.
Di Era saat seperti ini, maka perbanyaklah berzikir dengan doa Nabi Yunus as ini, bukan sekadar dibaca tapi difahami dan dihayati sepenuh hati.
Inilah masa untuk kita BERUBAT DAN BERTAUBAT dengan melalui kalimat Zikir Nabi Yunus as, dengan mental mengurangi cinta kepada dunia sehingga takut mati, tapi justeru menambah cinta kepada Allah SWT sehingga rindu jannahNya Allah SWT yang dipenuhi kegembiraan.
“Laa Ilaaha Illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin..."
bacalah sebanyak-banyaknya, sepenuh perasaan, seyakin-yakinnya, dan setunduk-tunduknya sebaik mungkin kepada Allah SWT.
Jika kita merutinkan zikir ini maka, in Shaa Allah, Allah SWT akan berkenan mengeluarkan kita semua dari cengkraman 'LOCKDOWN PANDEMIK COVID-19' ini.
Aamiinn.