Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 26 Oktober 2023

W 4 : AMALAN ZIKIR ILLALLAH

 Amalkan zikir ini setiap hari 100x. In Shaa Allah


لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ


 La ilaha illallah al malikul haqqul mubin.

(Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Maha Benar lagi Maha Nyata)


Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

 

مَنْ قَالَ لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ فِي كُلِّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَ لَهُ أَمَانًا مِنَ الْفَقْرِ، وَيُؤْمَنُ مِنْ وَحْشَةِ الْقَبْرِ، وَاسْتُجْلِبَ بِهِ الْغِنَى، وَاسْتُقْرِعَ بِهِ بَابُ الْجَنَّةِ 

 

Ertinya: “Barangsiapa membaca 'Laa ilaaha illallah al malikul haqqul mubin' seratus kali dalam sehari, maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari dahsyatnya kubur, dan terbuka untuknya pintu-pintu syurga.” 

(HR. Abu Nu'aim dalam bab Shifah al-Jannah, Al-Khatib Al-Baghdadi di Tarikhnya: 12/358-359).


La ilaha illallah al malikul haqqul mubin. Muhammadur Rasulullah Ash shadiqul Wa‘dil Amin” merupakan kalimat yang tertera di pintu Kaabah. Siapa yang membacanya, akan mendapat pahala yang agung di sisi Allah.

W 3 : SIAPA ULAMA

 Seorang Ulama layak dipanggil sekiranya dia ada ciri-ciri berikut:


1. Aqidahnya adalah Aqidah Rasulullah, para sahabat, ulama Imam 4 Mazhab, Ulama Salafusolleh, Aqidah Ahlul sunnah Waljamaah iaitu Aqidah Asya'irah & Makhturidi'ah.


2. Ilmunya yang bersanad (rujukan daripada guru kepada guru, sehinggalah Ulama salafusolleh, sahabat dan sehingga datang daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam). 

Sumber rujukkan kitab-kitabnya adalah sumber Ulama Mukhtabar (Ahlul Sunnah Waljamaah)


3. Amanah dengan Ilmu, lidahnya tidak lepas daripada Ilmu, amanah dengan ilmunya, yang batil tetap batil, yang Haq tetap Haq. Bila dia tidak tahu menjawab sebarang pertanyaan muridnya dia akan berkata, "Nanti saya akan rujuk semula." Dia tidak sewenang-wenangnya menyampaikan pada umum sekiranya dia was-was atau tidak tahu dengan jawapannya.


4. Akhlaknya, dia sentiasa menyemai akhlak terpuji. Bersikap tawaduk, merendah diri, Menjaga lisannya tidak mengutuk salah orang lain, Tidak mendoakan kecelakaan orang, malah mendoakan kebaikan orang walaupun orang itu mengutuk dan mencacinya. Tidak terlibat dengan duniawi yang menjerumus kepada fitnah mengfitnah, aib mengaibkan, malah menjauhinya daripada terlibat dengan sebarang yang memudaratkan dirinya dan akidahnya. Sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan, malah mengajak umat bersatu, berkasih sayang seperti mana yang dituntut Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.


5. Memuliakan dan mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam wassalllam, dia akan menyemai cinta pada Rasul dengan Mengamalkan Sunnah, dia akan mengajak masyarakat agar bersama memuliakan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam , dengan Sirah-sirah, atau maulid atau qosidah dan sebagainya.

W 2 : DOA

 In Shaa Allah kita baca doa ini sekurang-kurangnya 70 kali sehari. Semoga kita sentiasa dalam redha Allah Subhanahu Wata'ala. 

اللهم اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُورُ)



Allahummagh firli Warhamni  watub 'alayya innaka anta tawwabur rahim atau innaka tawwaabun ghafurr.


Yaa Allah, ampunilah dosaku, kasihanilah aku serta terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Menerima taubat dan Maha Pengasih atau sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Menerima Taubat lagi

Maha Mengampuni."