Tuhid Ilahi
merupakan perhatian utama dakwah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Sebaliknya syirik atau kemusyrikan adalah hal utama yang diperangi oleh RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Tauhid dan Syirik (kemusyrikan) adalah dua hal
yang tidak dapat bersatu itulah pesan yang harus kita camkan sebagai pengikut RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Bagaimana kenyataannya sekarang? Ada baiknya
kita merenungkan tulisan berikut:
Titik pusat agama, tempat segala masalah
berputar di sekitarnya, atau akar pohon Islam yang baginya semua akidah dan
amal perbuatan lainnya merupakan dahan-dahannya, adalah Iman kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Semua akidah adalah untuk mendukungnya, dan semua amal perbuatan
adalah untuk menguatkannya. Di antara rukun-rukun keimanan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang terbesamya adalah iman kepada Tauhid. RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM semenjak beliau
mendakwahkan risalat hingga akhir hayat beliau, terus menerus mengumandangkan
ajaran laa ilaaha Illallah yakni,
tiada yang layak disembah kecuali ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Beliau menanggung segala macam penderitaan, namun beliau tidak
henti-hentinya mengemukakan ajaran ini. Sehingga, pada saat beliau meninggal
dunia pun, andaikata âda sesuatu yang difikirkan oleh beliau, sesuatu itu tak
lain melainkan kekuatiran menghilangnya dari dunia ini ajaran yang telah
ditegakkan oleh beliau dengan memberikan banyak pengorbanan.
Hati seorang muslim akan meleleh dan jantungnya
akan remuk redam apabila ia membaca di dalam buku-buku hadis dan sejarah,
betapa keadaan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tatkala beliau menanggung derita sakit yang mengantar
beliau ke gerbang maut, yang kerana kehebatan penderitaan itu jisim beliau
mengeluarkan air keringat dan penyakit beliau kian mempengaruhi
saraf-saraf beliau yang sehalus-halusnya, dan kegelisahan serta keresahan
beliau kian memuncak ketika beliau memikirkan dengan rasa khuatir bahawa
jangan-jangan orang-orang sepeninggal beliau akan melalaikan ajaran ini dan
orang-orang akan dihinggapi lagi kemusyrikan. Dan, pada saat ketika beliau
berada dalam keadaan menderita pun, beliau melupakan diri peribadi beliau
sendiri dan dari kekhuatiran memikirkan nasib umat, beliau membolak-balikkan
badan beliau dari kanan ke kiri dan dari kiri ke kanan seraya berucap,
"ALLAH melaknat umat Yahudi dan umat Kristian,
kerana mereka telah menjadikan kuburan nabi-nabi mereka masjid-masjid."
(Bukhari, Bab Mardhun-Nabi)
Yang dimaksudkan oleh beliau
sebagai peringatan untuk berwaspada agar sepeninggal beliau jangan sampai
orang-orang mukmin menyembah beliau juga, kerana perbuatan itu bertentangan
dengan ajaran yang sentiasa diajarkan beliau sepanjang hidup beliau, dan jangan
melupakan ajaran Tauhid llahi.
Kegelisahan beliau waktu sakit menjelang wafat
dan kecintaan beliau terhadap Tauhid llahi merupakan suatu peristiwa yang amat
mengharukan, sehingga setiap orang yang mencintai beliau, kerana terbawa
oleh pengaruh peristiwa yang memilukan itu, tidak akan sekali-kali menghampiri
kemusyrikan.
Namun demikian, kita menyaksikan bahawa di
antara orang orang yang menyebut diri mereka orang-orang Islam, kebanyakan dari
mereka dengan terang-terangan berbuat hal-hal yang bertentangan dengan ajaran
Islam ini. Siapakah di antara orang-orang Islam yang hidup seribu tiga ratus
tahun yang lalu menyangka bahawa pada suatu ketika kelak orang-orang yang
memikul panji laa ilaaha illallah akan
bersujud kepada kuburan-kuburan? Siapakah menyangka bahawa mereka akan bersembahyang
dengan menghadapkan muka ke arah tempat-tempat orang-orang suci mereka dan
mereka mempercayai manusia-manusia yang mengetahui ghaib? Siapakah menyangka
bahawa mereka akan menganggap para wali memiliki kekuasaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan memohon kepada orang-orang mati supaya maksud-maksud mereka
terkabul? Siapakah menyangka bahawa mereka akan mempersembahkan sesajen-sesajen
di atas kuburan-kuburan? Adapun tentang orang-orang keramat, mereka
berkeyakinan bahawa apa pun yang diinginkan orang orang keramat itu akan
dikabulkan oleh ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan menyangka bahawa wujud mereka itu
hadir di mana-mana. Mereka memberikan korbanan yang dialamatkan kepada
orang-orang lain selain ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Kemudian, paling celaka lagi, mereka
mengatakan bahawa semua ajaran itu merupakan ajaran al Quran Suci
dan ajaran junjungan kita RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Akan tetapi, dari timur sampai barat dan dari utara
sampai selatan, di tempat-tempat orang-orang Islam tinggal, semua hal yang
disebutkan di atas tengah dilakukan; dan sebahagian besar orang-orang Islam
melakukan paling tidak satu di antara hal-hal tersebut di atas.
Melihat kesedihan dan kepiluan hati RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menyelamatkan makam keramat beliau dari bidaah-bidaah itu. Akan
tetapi di makam-makam para wali Islam lainnya dewasa ini, upacara-upacara
berbau kemusyrikan berlangsung tak kurang ramainya daripada di kuil-kuil
orang-orang Hindu. Andaikata RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM datang pada masa ini dan menyaksikan apa yang sedang
berlangsung, nescaya beliau tidak akan menyangka bahawa orang-orang ini umat
Islam, bahkan beliau akan menyangka mereka itu pengikut-pengikut suatu agama
musyrik lain.
Mungkin ada orang yang mengatakan bahawa semua
khayalan itu digandrungi oleh orang-orang bodoh dan para ulama memandang jijik
semua khayalan itu. Akan tetapi, sesungguhnya keadaan suatu bangsa dinilai dari
bahagian terbesar bilangan perorangan bangsa itu. Apabila kebanyakan
orang-orang Islam adalah penganut khayalan-khayalan itu, maka kita harus
mengambil ketetapan bahawa keadaan orang-orang Islam, ditilik dari segi
ketauhidan, telah jatuh. Mereka telah melupakan sendi kalimah laa ilaaha illallah,
jiwa Islam.
Akan tetapi ini pun tidak benar kalau dikatakan
bahawa orang-orang awam saja yang mempercayai akidah-akidah itu. Mereka yang
dikeramatkan oleh orang-orang kebanyakan dan para kyai pun
menyetujui khayalan-khayalan orang- orang kebanyakan itu.
Dan apabila sebahagian dari antara mereka tidak menyetujui dengan sepenuh
hati, maka paling kurang keadaan mereka pun demikian rosaknya,
sehingga mereka tidak dapat secara terbuka melawan khayalan-khayalan
orang-orang kebanyakan. Hal demikian itu pun merupakan suatu gejala bahawa
keimanan telah rosak.
Sebahagian dari aliran-aliran Islam menyatakan
bahawa mereka sama sekali jauh dari kemusyrikan dan mereka marah terhadap
orang-orang lain yang kerana praktik-praktik kemusyrikan mereka itu — telah
merugikan Islam. Akan tetapi ajaibnya ialah mereka sendiri pun menjadi mangsa
musibah kemusyrikan. Yang memperbezakan dari orang lain hanya kenyataan bahawa
mereka ini tidak menyekutukan tiap orang dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA hanya saja menganggap orang-orang Islam selebihnya, meyakini bahAwa
Nabi Isa as masih hidup di langit. Mereka ini berpendapat bahawa junjungan kita
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, Nabi yang
termulia dari antara sekalian nabi, terkubur di dalam tanah, sedangkan Nabi Isa
as (Almasih) masih hidup di langit semenjak dua ribu tahun yang lalu —naudzubîllah min dzalik. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak mendatangkan maut kepada beliau. Mereka membaca dengan jelas di
dalam al Quran bahawa orang orang suci yang diseru oleh manusia, selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA semuanya telah mati, tidak hidup; dan mereka tidak mengetahui bila
beliau akan dibangkitkan. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berfirman,
أَمْوَاتٌ غَيْرُ أَحْيَاءٍ ۖ وَمَا
يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
"Mereka itu mati, tak hidup. Dan mereka tidak mengetahui
bila akan dibangkitkan."
(Surah 16 AN NAHL : 21)
Kemudian mereka menyaksikan, orang-orang Kristian
telah menjadikan Nabi Isa as sebagai objek sembahan selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kendati demikian mereka tidak melepaskan kepercayaan tentang hidupnya
Almasih as, lagi tidak malu-malu mengatakan akan hal diri mereka sendiri
sebagai orang-orang bertauhid. Demikian pula, benar orang-orang ini dengan
lantang menentang kemusyrikan, namun daripada itu mereka meyakini bahawa Nabi
Isa Almasih as pernah menghidupkan orang-orang mati. Padahal, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman bahawa Dia pun tidak menghidupkan kernbali orang mati di
dunia ini, sebagaimana Dia berfirman,
وَحَرَامٌ عَلَىٰ قَرْيَةٍ
أَهْلَكْنَاهَا أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
"Dan sungguh tidak mungkin atas penduduk
suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahawasanya mereka tidak akan
kembali."
(Surah
21 AL ANBIYAA' : 95)
Yakni, Dia telah memutuskan bahawa orang-orang
yang telah meninggal dunia tidak akan kembali lagi ke dunia.
Demikian pula Dia berfirman,
وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ
يُبْعَثُونَ
"Dan di belakang mereka ada
dinding penghalang hingga hari tatkala mereka akan dibangkitkan lagi."
(Surah
23 AL MUKMINUUN : 100)
Di dalam hadits RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM kita dapati bahawa tatkala ayah Jabir
ra, yakni Abdullah ra sudah syahid, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman kepada Abdullah bahawa beliau boleh meminta apa yang beliau
menghendaki. Atas firman itu beliau mengatakan bahawa beliau hanya ingin
dihidupkan kembali untuk turut bersama-sama RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM berjihad dan sekali lagi mati syahid
pada jalan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA lalu dihidupkan kernbali dan sekali lagi
mati syahid. Atas ujar itu ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berfirman bahawa, seandainya Dia tidak
bersumpah atas nama ZatNya, nescaya Dia akan menghidupkan kembali beliau. Jadi,
kerana Dia telah berjanji bahawa Dia tidak akan berbuat serupa itu, maka Dia
tidak akan melakukannya.
(Tirmidhi, Kitabut Tafsir,
Surah Ali lmran, lbnu Majah, dan Misykat)
Tidak terfikir oleh orang-orang itu, betapa
sesuatu yang tidak dilakukan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sendiri di dunia ini dan sesuatu yang merupakan salah satu di antara
Sifat-sifat khasNya, pernah dikerjakan oleh nabi Isa as, mereka telah
terkelabui oleh perkataan di dalam al Quran yang berbunyi “uhyil mautaa”-
"Aku (Nabi Isa as)
menghidupkan orang yang telah mati."
(Surah 3 ALI
IMRAN : 50)
Akan tetapi tatkala perkataan
yang sama dipergunakan bagi RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dalam al Quran yang berbunyi :
"Hai orang-orang yang
beriman, terimalah seruan ALLAH dan RasulNya apabila ia memanggil kamu kepada
apa yang menghidupkan kamu."
(Surah 8 AL ANFAAL : 24)
Maka perkataan itu, yakni perkataan
menghidupkan, diertikan oleh mereka itu berkaitan dengan kehidupan rohani.
Kalau kata ahya bererti
juga memberi kehidupan rohani, dan jika tiada wujud dapat menghidupkan orang
mati selain ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA, dan bila ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pun tidak menghidupkan kembali di dunia ini orang orang yang sudah
mati, maka mengapa pula mereka tidak mengertikan kata ahya sesuai dengan Kalam llahi, sehingga
tidak menimbulkan syirik?
Demikian pula orang-orang yang
mengaku bertauhid ini meyakini bahawa Nabi Isa as dahulu pernah menciptakan
burung-burung. Padahal mereka membaca di dalam al Quran bahawa selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tiada seorangpun dapat menciptakan sesuatu pun. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,
“Dan orang-orang
yang menyeru selain ALLAH, mereka itu tidak menjadikan sesuatu pun, bahkan
mereka sendiri yang telah diciptakan.”
(Surah 16 AN NAHL : 20)
Kemudian Dia berfirman:
ۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ
خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْ ۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ
كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ
“Atau, apakah
mereka itu menjadikan bagi ALLAH sekutu yang telah menciptakan seperti ciptaanNya,
sehingga kedua jenis ciptaan itu nampak serupa saja bagi mereka? Katakanlah,
'Hanya ALLAHlah Yang telah menciptakan segala sesuatu dan Dialah Yang Maha Esa,
Maha Perkasa.”
(Surah
13 AR RA'D :16)
Demikian pula ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,
إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ
اللَّهِ لَن يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَ
“Sesungguhnya, mereka yang kamu sembah selain ALLAH
tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka itu bergabung untük
maksud itu.”
(Surah
22 AL HAJJ :74)
Sedangkan Nabi Isa as sendiri termasuk di antara
mereka yang diseru selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Pendek kata, kendatipun ada di dalam al Quran tercantum dengan
jelas bahawa tiada seorang pun dapat mencipta sesuatu, selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dan kalau pun ada seseorang yang berbuat serupa itu toh Dia lah
satu-satunya Wujud sembahan, mereka mengertikan ayat,
أَنِّي أَخْلُقُ لَكُم مِّنَ الطِّينِ
كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ فَأَنفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِ ال
"Aku (Nabi Isa as) akan
membuat untuk kemanfaatanmu dari peribadi-peribadi yang mengandung sifat
seperti tanah, sesuatu makhluk dengan cara yang serupa burung mengeram."
(Surah 3 ALI
IMRAN : 50)
Bertentangan dengan ajaran al Quran
yang muhkam (tegas). Lagi mereka tidak berfikir bahawa sebuah perkataan dapat
dipergunakan dalam berbagai makna. Jadi, hendaknya mengertikan perkataan itu
sesuai dengan bunyi ayat-ayat al Quran Suci lainnya dan
selaras dengan kemuliaan seorang hamba ALLAH. Hendaknya jangan bertentangan
dengan hal-hal yang muhkam (tegas) dan menyalahi kemuliaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Pula hendaknya, sementara menyatakan diri bertauhid, jangan terjerumus
ke dalam lembah kemusyrikan.
Kepercayaan-kepercayaan berbahaya itulah yang
terdapat dewasa ini di kalangan orang-orang Islam — baik dari kaum alim ulama
mahupun dari orang-orang bodoh, baik dari mereka yang taklid mahupun dari
mereka yang tidak takiid, baik dari golongan Ahli Sunah mahupun dari golongan
Syiah. Dan, kerana kehadiran kepercayaan-kepercayaan itu, tiada seorang pun
dapat mengatakan bahawa orang-orang Islam berpijak pada asas laa ilaaha illallah. Tidak syak lagi bahawa
dewasa ini pun kalimah laa ilaaha
illallah diucapkan oieh orang-orang Islam. Akan tetapi, disebabkan
oleh kepercayaan-kepercayaan tersebut di atas, mereka telah begitu menjauhnya
dari mafhumnya tak ubah halnya seperti bangsa-bangsa musyrik lainnya.
Ajaran yang diberikan oleh Hadhrat Mirza Ghulam
Ahmad berkenaan dengan segala kegelapan itu merupakan ajaran yang demikian
saratnya dengan ketauhidan dan padat dengan upaya menegakkan kegagahan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sehingga hati manusia - dengan menerimanya - akan dipenuhi dengan
kecintaan kepada kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA, dan manusia akan benar-benar terpelihara
dari api kemusyrikan. la akan mencapai darjat ketauhidan itu seperti dahulu
pernah dicapai oleh para sahabat di zaman RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM. Beliau berupaya membuktikan kesalahan
semua kepercayaan tersebut di atas berlandaskan pada dalil-dalil dan
menerangkan bahawa ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA itu Esa adanya. Semua perbuatan
itu—seperti memohon kepada seseorang yang sudah mati dan bukan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA agar segala keinginannya terkabul, atau mempersembahkan sesajen di atas
kuburan, atau bersujud kepada seseorang yang masih hidup atau yang sudah mati,
atau menganggap seseorang memiliki kekuasaan seperti Tuhan, atau menganggap
nabi ataupun bukan nabi mengetahui ghaib, atau menyembelih haiwan atau
memberikan sesuatu sebagai sedekah dengan mengalamatkannya kepada seseorang
selain Tuhan guna memperoleh keredaannya, atau meyakini seseorang bahawa apa
pun yang diinginkannya ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA selalu memperkenankan-semua itu adalah
perbuatan syirik. Hendaknya orang mukmin menjauhi hal itu.
Demikian pula beliau membuktikan bahawa Nabi Isa
Almasih as telah wafat, seperti para nabi lainnya, dan telah dikebumikan.
Beliau pernah menghidupkan orang-orang yang mati rohani. Seperti halnya manusia
lainnya dapat mencipta sesuatu, demikian pula beliau dahulu mencipta. Beliau
tidak memiliki kemampuan memberi nyawa kepada sesuatu yang tak bernyawa atau
menghidupkan orang mati, baik tanpa mahupun dengan seizin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Sebab, tidak lazim pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
melimpahkan Sifat-sifat khususNya kepada seorang hamba pun.
KalamNya jelas-jelas membantah adanya Sifat-sifat semacam itu pada wujud Nabi
Isa as atau pun pada seseorang yang lain. Selama orang-orang menganut
kemusyrikan, selama itu mereka akan membuat-buat idea bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah melimpahkan kekuatan-kekuatanNya kepada si Fulan. Seorang pun
tidak adà yang mengatakan bahawa apa yang dijadikan sembahannya itu telah bebas
dari kekuasaan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan ia berkuasa sendiri di muka bumi.
Beliau menghalau kegelapan syirik dengan suatu ajaran yang sesuai atau
mengembalikannya kembali Al Quran dan sesuai dengan akal. Beliaupun menunjukkan
pula kepada orang-orang Islam jalan lurus yang telah semenjak lama ditinggalkan
oleh mereka. Dengan demikian beliau telah melaksanakan tugas yang telah
ditetapkan untuk diemban oleh Almasih yang akan datang kedua kalinya.
(Da'watul Amir” karangan Hazrat Mirza
Bashiruddin Mahmud Ahmad, terj, Sayyid Syah Muhamamd al-Jaelani dan R. Ahmad
Anwar, Jemaat Ahmadiyah Indonesia (Bandung: Guna Bakti Grafika, 1989), cet
ke-1, hal. 175-183)