Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 20 Julai 2013

Bab 339 Makruhnya Solat di Muka Makanan, Sedang Hatinya Ingin Padanya atau Bersolat Dengan Menahan Dua Kotoran iaitu Ingin Kencing atau Membuang Air Besar























Makruhnya Solat di Muka Makanan, Sedang Hatinya Ingin Padanya atau Bersolat Dengan Menahan Dua Kotoran iaitu Ingin Kencing atau Membuang Air Besar :

1750. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:

Yang Bermaksud : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurnalah solatnya seseorang di muka makanan dan tidak sempurna pula solatnya di waktu ia menahan dua macam kotoran,"  yakni ada keinginan akan kencing atau berak dan termasuk pula ingin kentut.
(Riwayat Muslim)






Bab 338 Makruhnya Meletakkan Tangan Di Atas Khashirah, Yakni Rusuk Sebelah Atas Pangkal Paha Ketika Solat

























Makruhnya Meletakkan Tangan Di Atas Khashirah, Yakni Rusuk Sebelah Atas Pangkal Paha Ketika Solat :

1749. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang meletakkan khashr dalam solat  iaitu meletakkan tangan di atas rusuk sebelah atas dari pangkal paha.
(Muttafaq 'alaih)






Bab 337 Haram Makmum Mengangkat Kepalanya Dari Rukuk Atau Sujud Sebelum Imam

























Haram Makmum Mengangkat Kepalanya Dari Rukuk Atau Sujud Sebelum Imam :

1748. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Adakah seseorang di antara kamu itu tidak takut apabila ia mengangkat kepalanya sebelum imam, lalu Allah akan mengganti kepalanya menjadi bentuk kepala keldai atau bentuknya sama sekali dijadikan oleh Allah dalam bentuk keldai."

(Muttafaq 'alaih)






























Jumaat, 19 Julai 2013

Bab 336 Haramnya Seorang Isteri Mengerjakan Puasa Sunnah Di Waktu Suaminya Ada Di Rumah, Melainkan Dengan Izin Suaminya Itu

























Haramnya Seorang Isteri Mengerjakan Puasa Sunnah Di Waktu Suaminya Ada Di Rumah, Melainkan Dengan Izin Suaminya Itu :

1747. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tidak halallah bagi seseorang isteri kalau ia berpuasa, sedangkan suaminya menyaksikan, yakni ada di rumah  melainkan dengan izin suaminya tersebut. Juga tidaklah dianggap sudah mendapat izin kalau ia dalam rumah suaminya itu, kecuali izin suaminya sendiri."
(Muttafaq 'alaih)





Bab 335 Haramnya Seseorang Isteri Menolak Untuk Diajak Ke Tempat Tidur Suaminya, Jikalau Suami Itu Mengajaknya, Sedangkan Isterinya Itu Tidak Mempunyai Uzur Yang Dibenarkan Oleh Syarak


























Haramnya Seseorang Isteri Menolak Untuk Diajak Ke Tempat Tidur Suaminya, Jikalau Suami Itu Mengajaknya, Sedangkan Isterinya Itu Tidak Mempunyai Uzur Yang Dibenarkan Oleh Syarak :

1746. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidurnya, lalu isterinya itu menolak, kemudian suami itu bermalam dalam keadaan marah, maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu paginya."
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan:

"Sampai isterinya itu kembali suka mengikuti kemahuan suaminya."































Khamis, 18 Julai 2013

Bab 334 Makruhnya Bercakap-cakap Sehabis Solat Isyak Yang Akhir



























Makruhnya Bercakap-cakap Sehabis Solat Isyak Yang Akhir :

Yang dimaksudkan dengan bercakap-cakap sebagaimana di atas itu ialah bercakap-cakap yang sifatnya mubah dalam selain waktu sehabis solat Isyak itu, yakni yang mengerjakan atau meninggalkannya sama saja ertinya tidak berpahala dan juga tidak berdosa. Adapun percakapan yang diharamkan atau yang dimakruhkan dalam selain waktu itu, maka jikalau dalam waktu ini yakni sehabis solat Isyak menjadi lebih-lebih lagi haram dan makruhnya. Tetapi percakapan yang mengenai soal-soal kebaikan semacam ingat mengingatkan perihal ilmu pengetahuan  keagamaan atau cerita-cerita mengenai orang-orang yang soleh, tentang budi pekerti luhur ataupun berbicara dengan tamu atau beserta orang yang hendak menyelesaikan keperluannya dan Iain-Iain sebagainya, maka sama sekali tidak ada kemakruhannya, bahkan dapat menjadi disunnahkan. Demikian pula bercakap-cakap kerana ada sesuatu keuzuran yakni kepentingan dan sesuatu yang datang mendadak, juga tidak dimakruhkan. Sudah jelaslah Hadis-hadis yang shahih dalam menguraikan soal-soal sebagaimana yang saya sebutkan di atas.

1743. Daripada Abu Barzah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu tidak suka tidur sebelum melakukan solat Isyak dan juga tidak suka bercakap-cakap sehabis melakukan solat Isyak itu.
(Muttafaq 'alaih)

1744. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersolat Isyak pada akhir hayatnya, lalu setelah bersalam beliau s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Adakah engkau semua mengetahui malam harimu ini. Sesungguhnya pada pangkal seratus tahun lagi tidak seorangpun yang tertinggal dari golongan orang yang ada di atas permukaan bumi pada hari ini yakni di kalangan para sahabat dan manusia yang Iain-Iain."
(Muttafaq 'alaih)

Keterangan:
Apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. di atas adalah menjadi kenyataan ketika wafatnya sahabat beliau s.a.w. yang terakhir iaitu Abuththufail yakni 'Amir bin Wailah. la wafat pada tahun110 H yaitu pangkal seratus tahun dari ketika beliau s.a.w. menyabdakan Hadis di atas. Hadis di atas menunjukkan bolehnya bercakap-cakap sehabis solat Isya', kerana berhubungan dengan mempelajari ilmu pengetahuan.

1745. Daripada Anas r.a. bahawasanya para sahabat sama menantikan Nabi s.a.w. untuk solat Isyak, lalu beliau s.a.w. datang kepada mereka hampir-hampir di pertengahan malam, kemudian bersolatlah beliau bersama mereka yakni solat Isyak itu. Anas r.a. berkata: "Selanjutnya beliau berkhutbah yakni memberi penerangan kepada kita, sabdanya:
"Ingat, bahawasanya para manusia yang Iain-Iain sudah sama bersolat kemudian tidur, sedangkan engkau semua tetap dianggap seperti dalam bersolat, selama engkau semua menantikan dikerjakannya solat itu."
(Riwayat Bukhari)












Bab 333 Makruhnya Ucapan: ''Sesuatu Yang Allah Menghendaki Dan Si Fulan Itu Juga Menghendaki."


























Makruhnya Ucapan: ''Sesuatu Yang Allah Menghendaki Dan Si Fulan Itu Juga Menghendaki."

1742. Daripada Hudzaifah bin al-Yaman r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua mengucapkan: "Sesuatu yang di-kehendaki oleh Allah dan juga dikehendaki oleh si Fulan," tetapi ucapkanlah: "Sesuatu yang dikehendaki oleh Allah, kemudian si Fulan itupun berkehendak demikian."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.