Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 5 April 2014

P 115 : TIGA HAL

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita berjaya :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.


TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.






P 114 : ORANG YANG DIKAGUMI OLEH RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW mengagumi seseorang mukmin yang bila ia memperoleh kebaikan (nikmat) ia memuji Allah SWT dan bersyukur. Bila ia di timpa musibah, ia juga memuji Allah SWT dan ia bersabar.."
(HR. Ahmad)
Subhanallah.. 
Semoga Allah SWT menuntun kita menjadi hambaNya yang selalu bersyukur akan nikmat dan bersabar dengan ujian..

Aamiin ya Rabbal'alamiin..




P 113 : HINDARKAN MAKSIAT DAN DERHAKA

Hindarkan maksiat dan derhaka, kerana maksiat menghapuskan pahala sujudmu dan mengeluarkanmu daripada ketenteraman. Maksiat adalah kenikmatan sesaat yang membuahkan penderitaan seribu tahun.

(Al-Fawaid, Imam Ibn Qayyim Al-Jawziyyah)




P 112 : KALAU TAK SOLAT

Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

- USTAZ AZHAR IDRUS




P 111 : MAHU SYURGA ATAU HANYUT DEK RIAK

Contoh-contoh status riak:

~ Alhamdulillah! siang tadi dapat hantar sedekah beras rumah anak yatim

~ Ngantuknyaaa..qiamulail malam tadi

~ Dah nak khatam Quran ni, seminggu mengaji

~ Esok nak hantar telekung sulam Bukit Tinggi ke Masjid 

~ Target nak khatam tiga kali dalam sebulan

~ Syukur saya dapat buat banyak sedekah,  In Sya Allah

Dan macam-macam style lagi ada seolah-olah dipukul canang satu dunia.. 
"Lihatlah daku, Pandanglah aku!!.. " Diri seronok menayang, bangga bercerita, bahagia dijulang.
Hakikatnya, riak adalah berkehendakkan pujian manusia. Bukan kerana Allah lagi... Mereka seperti ini tergolong perbuatan orang munafik serta tergolong syirik kecil.. Astaghfirullah Hal Adzim~

Sabda Rasulullah saw,


"Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah, peliharalah harta kamu dengan berzakat, dan hindarilah bala dengan berdoa.”





P 110 : SERIBU KEBAJIKAN SEHARI

Rasulullah saw. pernah bersabda,

"Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan."
(HR. Muslim)




P 109 : BERSYUKURLAH DENGAN PEMBERIAN ALLAH SWT

Bersyukurlah dengan sekecil-kecil pemberian dari Allah, itu akan membuatkan hati kamu gembira, dan barangsiapa yang bersyukur akan yang kecil maka Allah akan tambah nikmat yang besar kepada dia.

Teringat kata Sayyidina Ali ra - Nikmat itu ialah seperti binatang yang liar, tambahlah ia dengan syukur.




P 108 : PINTU-PINTU MASUKNYA SYAITAN KEPADA MANUSIA

1. Al jahlu (kebodohan)
2. Al ghadhab (marah)
3. Hubbud dunya (gila dunia)
4. Thulul amal (panjang angan-angan)
5. Al hirshu (tamak)
6. Al bukhlu (pelit)
7. Al kibru (sombong)
8. Hubbul madhu (gila pujian)
9. Ar riyaau (pamer)
10. Al 'ujubu (bangga diri)
11. Al jaza'u wal hala'u (panik dan galau)
12. Ittiba'ul hawa (menuruti nafsu)
13. Su udz dzon (prasangka buruk)
14. Ihtiqorul muslim (merendahkan orang islam)
15. Ihtiqorudz dzunub (meremehkan dosa)
16. Al amnu min makrillah (merasa aman dari ancaman ALLAH)
17. Al qunuth min rahmatillah (pesimis dari rahmat ALLAH)

Sebarkan Kepada sahabat-sahabat kita yang lain.
Mudah mudahan dikurniakan Pahala oleh ALLAH Subhana Wataala. In Sya Allah

Ya ALLAH jauhkan kami, sahabat-sahabat kami dan keluarga kami dari sifat-sifat buruk ini. Aamiin.




Jumaat, 4 April 2014

P 107 : SOLAT MENCEGAH KEMUNGKARAN

Setiap muslim wajib menunaikan solat. Walau di mana kita berada dan berbagai halangan yang kita hadapi solat tetap wajib dilaksanakan. Namun, Islam tidak pernah memberatkan setiap muslim dalam perlaksanaan ibadah. Ini bersesuaian dengan sifat dan ciri-ciri Islam iaitu tetap dan anjal. Tetap dari sudut prinsip kewajipannya dan anjal dari sudut cara pelaksanaannya. Andainya seseorang menghadapi masalah dan halangan seperti sakit, maka solat boleh dilaksanakan mengikut kadar kemampuannya. Jika dia tidak boleh berdiri, maka solat boleh dilakukan secara duduk. Jika tidak mampu untuk duduk, maka ia boleh dilakukan secara baring. Lihatlah betapa Allah bersifat pengasih dan belas terhadap hambaNya.
Benarkah solat boleh mencegah kemungkaran? Mengapakah ada di antara mereka yang menunaikan solat tetapi masih melakukan kemungkaran dan dosa? Persoalan-persoalan ini seringkali bermain di fikiran manusia. Sehinggakan ada di antara mereka yang merasa sangsi dengan keupayaan solat dalam merawat rohani dan fizikal manusia.
Mari kita renungkan... Memang benar ada di antara mereka yang melaksanakan solat tetapi masih tega melakukan kemungkaran. Perkara ini tidak dinafikan. Namun tahukah anda bahawa solat boleh dikategorikan kepada 4. Mari kita lihat solat yang bagaimanakah yang mampu mencegah diri pelakunya dari melakukan kemungkaran.

4 kategori solat :

1.Solat al-Jahilin (solat orang-orang yang jahil )
- Tidak mengetahui fungsi solat
- Tidak menghayati solat
- Tidak mengetahui bacaan solat
- Melaksanakan solat sekadar melepas batuk di tangga

2. Solat al-'Adiyyin ( Solat orang kebanyakan / biasa )
- Melakukan solat sekadar menunaikan kewajipan
- Tidak mencapai tahap khusyuk
- Tidak menghayati fungsi solat

3.Solat al-'Arifin ( Solat orang yang mengetahui )
- Mengetahui rukun solat dan bacaannya
- Mengetahui rukun dan syarat sah solat
- Memahami bacaan dalam solat

4.Solat al-Khasyi'in ( solat orang-orang yang khusyuk)
- Solat ini adalah pada tingkatan tertinggi.
- Mengetahui bacaan solat
- Memahami fungsi solat
- Menghayati pelaksanaan solat sehingga timbulnya ihsan dalam diri
- Jiwa mencapai ketenangan dan kesejahteraan
Solat bagi kategori 1 dan 2 tidak dapat menjamin diri dari melakukan kemungkaran. Solat bagi kategori 3 juga masih belum dapat menghindari kemungkaran kerana individu tersebut masih belum betul-betul khusyuk dan memahami erti solat. Ia sangat bergantung kepada kawalan diri dari melakukan dosa dan maksiat. Manakala solat bagi kategori ke 4 dapat menjamin diri dari melakukan maksiat dan dosa. Individu ini akan merasa takut untuk melakukan kemungkaran kerana takutkan kemurkaan Allah swt.




P 106 : DOA RASULULLAH SAW DI PAGI HARI SETIAP HARI

"Yaa Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya dan petunjuknya.
Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada di dalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya."

p/s: Kerja, kerja juga..Bisnes, bisnes juga..tetapi, doa dan tawakal kita kepadaNya mestilah seiring dengan usaha kita, barulah hidup jadi berkat.




P 105 : 99 NAMA-NAMA ALLAH

1 al-Rahman ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ Maha Pengasih
2 al-Rahim ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ Maha Penyayang
3 al-Malik ﺍﻟﻤﻠﻚ Maha Merajai/Memerintah
4 al-Quddus ﺍﻟﻘﺪﻭﺱ Maha Suci
5 al-Salam ﺍﻟﺴﻼﻡ Maha Memberi Kesejahteraan
6 al-Mukmin ﺍﻟﻤﺆﻣﻦ Yang Memberi Keamanan
7 al-Muhaimin ﺍﻟﻤﻬﻴﻤﻦ Maha Pemelihara
8 al-Aziz ﺍﻟﻌﺰﻳﺰ Maha Gagah
9 al-Jabbar ﺍﻟﺠﺒﺎﺭ Maha Perkasa
10 al-Mutakabbir ﺍﻟﻤﺘﻜﺒﺮ Maha Megah, Yang
Memiliki Kebesaran
11 al-Khaliq ﺍﻟﺨﺎﻟﻖ Maha Pencipta
12 al-Barik ﺍﻟﺒﺎﺭﺉ Yang Melepaskan (Membuat,
Membentuk, Menyeimbangkan)
13 al-Musawwir ﺍﻟﻤﺼﻮﺭ Yang Membentuk Rupa
(makhluknya)
14 al-Ghaffar ﺍﻟﻐﻔﺎﺭ Maha Pengampun
15 al-Qahhar ﺍﻟﻘﻬﺎﺭ Yang Memaksa
16 al-Wahhab ﺍﻟﻮﻫﺎﺏ Maha Pemberi Kurnia
17 al-Razzaq ﺍﻟﺮﺯﺍﻕ Maha Pemberi Rejeki
18 al-Fattah ﺍﻟﻔﺘﺎﺡ Maha Pembuka Rahmat
19 al-Alim ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20 al-Qabid ﺍﻟﻘﺎﺑﺾ Yang Menyempitkan
(makhluknya)
21 al-Basit ﺍﻟﺒﺎﺳﻂ Yang Melapangkan
(makhluknya)
22 al-Khafid ﺍﻟﺨﺎﻓﺾ Yang Merendahkan
(makhluknya)
23 al-Rafik ﺍﻟﺮﺍﻓﻊ Yang Meninggikan (makhluknya)
24 al-Muiz ﺍﻟﻤﻌﺰ Yang Memuliakan (makhluknya)
25 al-Muzil ﺍﻟﻤﺬﻝ Yang Menghinakan (makhluknya)
26 al-Samik ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ Maha Mendengar
27 al-Basir ﺍﻟﺒﺼﻴﺮ Maha Melihat
28 al-Hakam ﺍﻟﺤﻜﻢ Maha Menetapkan
29 al-Adl ﺍﻟﻌﺪﻝ Maha Adil
30 al-Latif ﺍﻟﻠﻄﻴﻒ Maha Lembut
31 al-Khabir ﺍﻟﺨﺒﻴﺮ Maha Mengetahui Rahasia
32 al-Halim ﺍﻟﺤﻠﻴﻢ Maha Penyantun
33 al-Azim ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ Maha Agung
34 al-Ghafur ﺍﻟﻐﻔﻮﺭ Maha Pengampun
35 al-Syakur ﺍﻟﺸﻜﻮﺭ Maha Pembalas Budi
(Menghargai)
36 al-Ali ﺍﻟﻌﻠﻰ Maha Tinggi
37 al-Kabir ﺍﻟﻜﺒﻴﺮ Maha Besar
38 al-Hafiz ﺍﻟﺤﻔﻴﻆ Maha Menjaga
39 al-Muqit ﺍﻟﻤﻘﻴﺖ Maha Pemberi Kecukupan
40 al-Hasib ﺍﻟﺤﺴﻴﺐ Maha Membuat Perhitungan
41 al-Jalil ﺍﻟﺠﻠﻴﻞ Maha Mulia
42 al-Karim ﺍﻟﻜﺮﻳﻢ Maha Pemurah
43 al-Raqib ﺍﻟﺮﻗﻴﺐ Maha Mengawasi
44 al-Mujib ﺍﻟﻤﺠﻴﺐ Maha Mengabulkan
45 al-Wasik ﺍﻟﻮﺍﺳﻊ Maha Luas
46 al-Hakim ﺍﻟﺤﻜﻴﻢ Maka Bijaksana
47 al-Wadud ﺍﻟﻮﺩﻭﺩ Maha Pencinta
48 al-Majid ﺍﻟﻤﺠﻴﺪ Maha Mulia
49 al-Bais ﺍﻟﺒﺎﻋﺚ Maha Membangkitkan
50 al-Syahid ﺍﻟﺸﻬﻴﺪ Maha Menyaksikan
51 al-Haq ﺍﻟﺤﻖ Maha Benar
52 al-Wakil ﺍﻟﻮﻛﻴﻞ Maha Memelihara
53 al-Qawi ﺍﻟﻘﻮﻯ Maha Kuat
54 al-Matin ﺍﻟﻤﺘﻴﻦ Maha Teguh
55 al-Wali ﺍﻟﻮﻟﻰ Maha Melindungi
56 al-Hamid ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ Maha Terpuji
57 al Muhsi ﺍﻟﻤﺤﺼﻰ Maha Menghitung
58 al-Mubdik ﺍﻟﻤﺒﺪﺉ Maha Memulai
59 al-Muid ﺍﻟﻤﻌﻴﺪ Maha Mengembalikan Kehidupan
60 al-Muhyi ﺍﻟﻤﺤﻴﻰ Maha Menghidupkan
61 al-Mumit ﺍﻟﻤﻤﻴﺖ Maha Mematikan
62 al-Hai ﺍﻟﺤﻲ Maha Hidup
63 al-Qayyum ﺍﻟﻘﻴﻮﻡ Maha Mandiri
64 al-Wajid ﺍﻟﻮﺍﺟﺪ Maha Penemu
65 al-Majid ﺍﻟﻤﺎﺟﺪ Maha Mulia
66 al-Wahid ﺍﻟﻮﺍﺣﺪ Maha Esa
67 al-Ahad ﺍﻻﺣﺪ Maha Esa
68 al-Samad ﺍﻟﺼﻤﺪ Tempat Meminta
69 al-Qadir ﺍﻟﻘﺎﺩﺭ Maha Menentukan, Maha
Menyeimbangkan
70 al-Muqtadir ﺍﻟﻤﻘﺘﺪﺭ Maha Berkuasa
71 al-Muqaddim ﺍﻟﻤﻘﺪﻡ Maha Mendahulukan
72 al-Muakhir ﺍﻟﻤﺆﺧﺮ Maha Mengakhirkan
73 al-Awwal ﺍﻷﻭﻝ Maha Awal
74 al-Akhir ﺍﻷﺧﺮ Maha Akhir
75 al-Zahir ﺍﻟﻈﺎﻫﺮ Maha Nyata
76 al-Batin ﺍﻟﺒﺎﻃﻦ Maha Ghaib
77 al-Wali ﺍﻟﻮﺍﻟﻲ Maha Memerintah
78 al-Mutaali ﺍﻟﻤﺘﻌﺎﻟﻲ Maha Tinggi
79 al-Bar ﺍﻟﺒﺮ Maha Penderma
80 al-Tawwab ﺍﻟﺘﻮﺍﺏ Maha Penerima Taubat
81 al-Muntaqim ﺍﻟﻤﻨﺘﻘﻢ Maha Penyiksa
82 al-Afu ﺍﻟﻌﻔﻮ Maha Pemaaf
83 al-Rauf ﺍﻟﺮﺅﻭﻑ Maha Pengasih
84 Malik al-Mulk ﻣﺎﻟﻚ ﺍﻟﻤﻠﻚ Penguasa Kerajaan
(Semesta)
85 Zu al-Jalal wa al-Ikram ﺫﻭ ﺍﻟﺠﻼﻝ ﻭ ﺍﻹﻛﺮﺍﻡ
Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86 al-Muqsit ﺍﻟﻤﻘﺴﻂ Maha Adil 87 al-Jamik ﺍﻟﺠﺎﻣﻊ
Maha Mengumpulkan
88 al-Ghani ﺍﻟﻐﻨﻰ Maha Berkecukupan
89 al-Mughni ﺍﻟﻤﻐﻨﻰ Maha Memberi Kekayaan
90 al-Manik ﺍﻟﻤﺎﻧﻊ Maha Mencegah
91 al-Dar ﺍﻟﻀﺎﺭ Maha Memberi Derita
92 al-Nafik ﺍﻟﻨﺎﻓﻊ Maha Memberi Manfaat
93 al-Nur ﺍﻟﻨﻮﺭ Maha Bercahaya (Menerangi,
Memberi Cahaya)
94 al-Hadi ﺍﻟﻬﺎﺩﺉ Maha Pemberi Petunjuk 95 al-
Badik ﺍﻟﺒﺪﻳﻊ Maha Pencipta
96 al-Baqi ﺍﻟﺒﺎﻗﻲ Maha Kekal
97 al-Waris ﺍﻟﻮﺍﺭﺙ Maha Pewaris
98 al-Rasyid ﺍﻟﺮﺷﻴﺪ Maha Pandai
99 al-Sabur ﺍﻟﺼﺒﻮﺭ Maha Sabar





P 104 : TUNTUTAN ILMU

Jika kamu bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk kamu MENIMBA ILMU.
Jika kamu bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk kamu BERKONGSI ILMU.
Jika kamu bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk kamu MENYAMPAIKAN ILMU.
Jika kamu bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu kamu TUMPANG SEKAKI.

Jika kamu bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk kamu DIAM & BERLALU PERGI....




P 103 : KEISTIMEWAAN PENGEMBUMIAN UMAT ISLAM

“Alhamdulillah, kos pengebumian kita tidaklah semahal itu. Setahu saya lebih kurang RM850 sahaja. Itu dah masuk semua sekali, dengan van jenazah sekali. Murah kan” saya menambah.
“Ya, murah je. Dan alhamdulillah, taman perumahan kita ni semuanya ditanggung oleh pihak surau tanpa keluarga waris perlu bayar apa-apa” sahabat saya yang merupakan AJK surau memberikan penjelasan tentang kaedah pengurusan jenazah di taman perumahan kami.
“Alhamdulillah. Itulah antara yang cantiknya Islam ni. Cara pengebumian orang Islam ni boleh jadi pintu hidayah kepada orang bukan Islam untuk masuk Islam. Mudah dan tidak menyusahkan waris” saya membalas sambil menyegerakan langkah kerana jenazah sudah mahu diangkat ke liang lahad. Tidak mahu ketinggalan untuk turut sama mengangkat jenazah.
Sedang talkin dibacakan oleh imam di perkuburan, saya merenung kembali kata-kata saya kepada sahabat saya tadi. Sungguh, memang cara pengebumian umat Islam boleh menjadi jalan hidayah kepada orang yang bukan Islam untuk tertarik dengan Islam. Cara pengebumiannya ringkas dan sederhana sifatnya. Dan kos pengurusannya tidak sehingga membebankan pihak waris.

Perlukah ini semua selepas mati?
Saya teringat akan dua kisah yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu tentang bagaimana dua orang yang beragama Kristian yang masuk Islam disebabkan oleh tertarik dengan cara pengebumian orang Islam yang cukup sederhana dan ringkas sifatnya.

Kisah Pertama

Kisah pertama berlaku kepada seorang paderi Kristian dari Itali. Beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk Islam setelah menonton dengan teliti cara pengebumian Raja Fahd bin Abdul Aziz, iaitu Raja Arab Saudi ketika itu. Cara pengebumian yang sangat sederhana itu telah ditayangkan ke seluruh dunia dan dapat disaksikan oleh ramai orang.

Perkuburan Raja Fahd bin Abdul Aziz

Seingat saya, faktor utama yang membuka pintu hidayah si paderi itu ialah bagaimana Islam bertindak tidak membeza-bezakan antara jenazah si pembesar dengan jenazah orang biasa. Telah ditayangkan bagaimana jenazah Raja Fahd disolatkan bersama-sama dengan jenazah yang lain tanpa upacara yang istimewa khas untuk jenazah Raja Fahd. Malah kain kapan dan kotak keranda serta keseluruhan proses pengebumian sama sahaja tanpa dibezakan darjat raja atau orang biasa. Walaupun sudah bertahun-tahun beliau diajak masuk Islam dan tetap berdegil, namun dengan melihat cara pengebumian yang cukup sederhana ini telah membuatkan beliau pasrah dengan keindahan Islam, seterusnya masuk Islam.

Kisah Kedua
Kisah kedua berlaku kepada seorang nenek di USA. Cucu beliau telahpun memeluk Islam dan menjadi salah seorang yang giat berdakwah di tempat mereka. Puas si cucu ini memujuk neneknya untuk masuk Islam, tetapi tidak berjaya dipujuknya. Pada suatu hari telah berlaku kematian di kalangan orang Islam di tempat mereka. Disebabkan orang Islam yang meninggal dunia itu adalah terdiri barangkali keluarga terdekat atau jiran mereka, maka si nenek pun hadir sama ke upacara pengebumian si muslim yang meninggal dunia itu.
Selepas upacara pengebumian tersebut, nenek itu telah berkata kepada cucunya tadi, “Kalau aku mati nanti, aku mahu kamu kebumikan aku macam itu juga,” beliau merujuk kepada cara pengebumian muslim tersebut. Dengan hidayah dan taufiq dari Allah, maka nenek itupun masuk Islam. Beliau masuk Islam lantaran tertarik dengan cara pengebumian Islam yang sederhana dan menginsafkan. Selang beberapa tahun kemudian, nenek itu meninggal dunia. Dan beliau dikebumikan dengan cara yang beliau mahukan iaitu meninggal dunia sebagai muslim dan dikebumikan dengan cara pengebumian muslim. Kisah ini telah disampaikan oleh cucu beliau yang merupakan seorang pendakwah Islam yang aktif berdakwah di USA.
Itulah dua kisah yang mungkin dapat kita pelajari dan ambil iktibar. Betapa kesederhanaan dan mudahnya Islam ini dapat menambat hati fitrah manusia.
Justeru, amalkanlah Islam mengikut contoh yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam. Jangan menyusah-nyusahkan dengan upacara tambahan dan rekaan. Sungguh, pada kesederhanaanlah, Islam ini dilihat cantik.

By: Blog Sebuah Kehidupan




P 102 : ISLAM TIDAK DIUKUR MELALUI TINGKAH LAKU UMMAH

Di negara-negara Arab khususnya di Timur Tengah yang dihuni bijak pandai agama khasnya ulama-ulama besar, masih menerima-pakai undang-undang dan peraturan manusia yang diistilahkan “man made law”, seolah-olah ia wajar dan tidak bercanggah dengan Islam. Persoalannya mengapa di Malaysia timbul suara yang menuntut undang-undang Islam dilaksanakan?
Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan. Jika Islam hendak diukur dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu. Lihatlah pada orang Islam yang melancong ke merata dunia. Apa yang mereka lakukan? Sikap dan pakaian mereka yang tidak melambangkan budaya Islam yang sebenar.
Oleh kerana itu, apa dilakukan di negeri-negeri umat Islam di Timur Tengah, tidak semestinya melambangkan Islam sebenar. Semua orang tahu sama ada orang Arab atau bukan Arab, tidak boleh menjadi cermin kepada Islam. Kelakuan ramai orang Islam hari ini, kebanyakannya jauh menyimpang daripada tuntutan Islam sebenar.
Demikian juga dengan negara umat Islam sama ada di Timur atau di Barat. Keadaannya sama sahaja. Selagi negara tidak melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya, selama itu negara-negara itu tidak boleh dianggap Negara Islam yang sebenar.
Perlu kita fahami bahawa negara umat Islam suatu ketika dahulu semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w memerintah Madinah. Maka berubahlah negara Madinah, Mekah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.
Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka ditubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabi’en yang digelar Khulafa’ ur-Raashidin, Daulah Umayyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924.
Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam. Pada 1924, berlaku tragedi di mana musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.
Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan, undang-undang Islam diketepikan dan undang undang ciptaan manusia diterima pakai. Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat.
Wilayah umat Islam difaraidkan sesama kuasa Barat, di antara mereka, Indonesia dijajah oleh Belanda, Tanah Melayu dijajah British, demikian juga negara Arab, kebanyakannya jatuh kepada kuasa Barat. Penjajah yang menguasai negara Islam menukar keseluruhan sistem pemerintahan dan undang-undang kepada sistem mereka.
Sejak daripada itu, meskipun negara umat Islam yang dijajah sudah merdeka kini, termasuk negara-negara Arab, pengaruh penjajahan masih menebal. Barat tidak akan memerdekakan sebuah negara umat Islam, melainkan dipastikan dahulu, negara tersebut mesti berkiblat dan berundang-undangkan Barat.
Pelbagai tekanan dan ugutan dilakukan ke atas pemerintah baru negara umat Islam, supaya mereka ditabdir dengan kehendak Barat dengan tidak mcngembalikan pcrundangan Islam asal. Buktinya jelas. Misalnya Algeria yang suatu ketika dahulu dimenangi oleh Parti Penyelamat Islam (FIS) pada pilihan raya umum, tetapi dibatalkan oleh pemerintah yang disokong Barat.
Palestin, di mana Hamas yang menang dalam pilihan raya secara bebas dan demokrasi, tetapi dinafikan Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kuasa memerintah dan ekonomi disekat.
Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikehendaki Allah Taala. Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah menerusi al Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.
Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut (mafhumnya),

“Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al Quran.”

Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al Quran dan as Sunnah, hukum al Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah. Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya. Wallahu a’lam.

Biodata Penulis
Prof. Dato’ Dr. Haron Din merupakan Naib Mursyidul ‘Am Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cemerlang daripada Universiti Darul Ulum Kaherah (1972-1974). Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

Sumber: Tarbawi




P 101 : WABAK AKHIR ZAMAN, HILANGNYA KEYAKINAN TERHADAP SYARIAT ALLAH SWT

Satu perkara yang mendukacitakan berlaku di tengah-tengah masyarakat Islam mutakhir ini ialah hilangnya keyakinan terhadap hukum Allah. Adalah satu perkara yang tidak munasabah dan haram berlaku di kalangan umat Islam bahawa orang-orang yang mengaku Islam, tidak yakin kepada hukum Allah, kerana ia bermakna juga tidak yakin kepada Allah dan tidak yakin kepada Rasulullah s.a.w sebagai pembawa dasar perundangan Ilahi.
Tidak terkumpul di dalam hati orang yang beriman dengan keraguan dan syak terhadap ajaran Islam kerana kesangsian kepada ajaran Islam dan tidak yakin kepada hukum itu adalah perkara yang boleh merosakkan dan membatalkan iman. Firman Allah dalam ayat 65 surah an-Nisa’:

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan daripada apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”

Di tengah-tengah masyarakat Islam hari ini terkeluar kata-kata dan tulisan-tulisan yang berani mencabar hukum Allah, ada yang berani mengatakan hukum Allah itu sudah lapuk, hukum “hudud” yang ada dalam al Quran itu tidak lebih daripada hukum yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab pada zaman dahulu yang dipanjangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka tidak menyedari bahawa kedatangan Rasulullah s.a.w ialah untuk menentang hukum-hukum kabilah yang zalim, mengapa mereka mengatakan al Quran itu ajaran yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab? Ini adalah satu tuduhan jahat terhadap al Quran al Karim dan hukum Islam.
Dan apa yang mendukacitakan, umat Islam yang begitu ramai di dalam negara ini tidak terasa apa-apa orang menghina Islam dan mengejek hukum Islam di hadapan mereka. Di manakah kasih mereka terhadap Islam sehingga tidak ada perasaan cemburu sedikitpun di dalam hati mereka terhadap Allah?
Mereka akan melenting sekiranya harta dan kepunyaan mereka daripada harta benda dunia diganggu-gugat, tetapi mereka tidak melenting sekiranya agama mereka diberikan kedudukan yang tidak selayaknya. Beginilah rendahnya maruah umat Islam hari ini.
Di manakah letaknya kemanisan iman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,

“Tiga perkara yang sesiapa ada padanya, maka dia mempunyai kemanisan iman. Pertama bahawa Allah dan RasulNya terlebih kasih kepadanya daripada yang lain. Kedua dia tidak kasih kepada seseorang melainkan kerana Allah. Ketiga dia benci kalau dicampak di dalam kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam api neraka.”

Di mana kemanisan iman? Di mana ketiga-tiga perkara ini di dalam hati umat Islam hari ini? Adakah di dalam hati mereka perasaan kasih kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah s.a.w? Sekiranya mereka kasih kepada Allah dan cinta Rasulullah, sudah tentu mereka kasih kepada hukum Allah dan kasih kepada ajaran yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Ke manakah perginya kasih mereka kerana Allah? Di mana perginya cinta Rasul? Kasih mereka tidak lain kerana kemahsyuran dan penghormatan dunia semata-mata. Ke manakah perginya benci mereka kepada kekufuran? Bahkan mereka berlumba-lumba untuk menuju kepada kekufuran sekiranya kekufuran itu mengenyangkan mereka dan menambahkan keseronokan di dalam hidup mereka.
Adakah mereka tidak sedar dalam perkara seperti ini, Allah telah mewajibkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kepada umat Islam supaya menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.
Allah berfirman menerusi ayat 105 daripada surah an-Nisa’ :

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلاَ تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.”

Manusia hari ini terlalu suka menjadi penolong dan penyokong kepada orang-orang yang khianat kepada hukum Allah. Di manakah kasih mereka kepada Allah dan kepada Rasulullah s.a.w?
Dan Allah menamakan hukum yang lain selain daripada hukumNya adalah jahiliyah sebagaimana yang disebut dalam ayat 50 surah al-Maidah :

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.”

Orang-orang yang yakin ialah orang-orang yang yakin kepada Allah dan Rasulullah s.a.w, iaitu yakin kepada Islam mestilah yakin juga kepada hukum Allah dan tidak yakin kepada yang lain daripada hukum Islam.
Allah juga menamakan hukum yang lain daripada Islam sebagai jahiliyah atau hukum yang menurut hawa nafsu. Dan yakin kepada hukum yang lain bermakna tidak yakin kepada Allah.
Allah menjanjikan kelebihan, kurniaan, pahala dan syurga serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat kepada siapa yang beriman dan beramal soleh. Di antaranya mereka yang menegakkan hukum Allah.
Sementara syaitan pula menjanjikan kemiskinan, kepapaan, kesusahan dan kemunduran kepada siapa yang beramal dengan hukum Allah. Yang mana kamu lebih percaya? Kamu percaya kepada janji Allah atau kepada janji syaitan?
Tepuklah dada kamu dan tanyalah iman yang ada di dalam hati kamu itu. Sekiranya kamu bertanya iman yang sebenar, sudah tentu iman yang sebenar akan menerima hukum Allah.

 

Biodata Penulis

Y.A.B Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau pernah memangku jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah tahun 1969-1973, kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah). Semasa di Timur Tengah, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Qudsi.

Sumber: Tarbawi




P 100 : WASPADA DENGAN MUSLIHAT YAHUDI

PERSELISIHAN antara kaum Yahudi dengan umat Islam bukan perkara yang baharu. Allah SWT telah menegaskan di dalam al Quran bahawa kaum Yahudi itu sama sekali tidak akan senang dengan umat Islam sehingga mereka berjaya mempengaruhi umat Islam supaya mengikut jejak langkah mereka.
Allah swt  berfirman yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.”
(al-Baqarah: 120)

Menurut riwayat al-Tha’labi dari Ibn Abbas, sebab penurunan ayat ini adalah kaum Yahudi dan Nasrani sangat mengharap agar Nabi Muhammad SAW bersolat menghadap ke kiblat penyembahan mereka.
Namun Allah telah memalingkan kiblat baru bagi umat Islam menghadap ke Kaabah di Mekah. Justeru, kaum Yahudi dan Nasrani berkomplot dan berusaha untuk mempengaruhi Nabi supaya menyetujui arah kiblat yang sesuai dengan agama mereka.
Lalu ayat ini diturunkan oleh Allah bagi memberi penegasan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak akan bersetuju dengan Nabi walaupun permintaan mereka ditunaikan.
Kalimah Lan Tardho dalam ayat tersebut yang bermaksud “tidak akan meredhai selama-lamanya” harus menjadi ingatan kepada umat Islam seluruh dunia agar berhati-hati dan berwaspada dengan mainan kotor dan taktik jijik yang sering digunakan oleh kaum Yahudi khususnya dalam misi mereka untuk menghancurkan umat Islam.
Amaran juga diberikan oleh Allah agar umat Islam jangan sesekali taat kepada golongan ini. Sebabnya, mereka sentiasa cuba memesongkan umat Islam dari landasan yang benar.
Selain itu, ahli agama di kalangan mereka juga selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al Quran (rujuk ayat 146 surah al-Baqarah).

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri[97]. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”
[97]. Mengenal Muhammad s.a.w. iaitu mengenal sifat-sifatnya sebagai yang tersebut dalam Taurat dan Injil.

Sejarah juga membuktikan kaum inilah yang menyihir Nabi. dilakukan oleh seorang Yahudi yang bernama Lubayd bin al-A’som daripada Bani Zuraiq.
Begitu juga seorang wanita Yahudi pernah menghidangkan daging kambing beracun dengan tujuan jahat untuk membunuh baginda.
Justeru, sejarah membuktikan bahawa membinasakan dan membunuh manusia bukan perkara yang asing bagi kaum Yahudi sehinggakan Nabi pun sanggup dibunuh oleh mereka, apatah lagi umat Islam yang lain.
Maka, Allah melaknat kaum ini disebabkan sifat-sifat mereka yang jahat dan terkutuk ini, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.”
(al-Maidah: 78).

Walaupun menjadi kaum yang dilaknat dan terkutuk, mereka masih meneruskan sifat-sifat buruk yang sebati dalam diri mereka. Umat Islam pasti tidak dapat melupakan kezaliman Yahudi ke atas umat Islam dan telah terpahat sebagai satu malapetaka besar kepada dunia dan juga keamanan sejagat iaitu peristiwa Nakhbah Palestin pada 15 Mei 1948.
Tarikh yang malang ini memulakan detik yang paling mendukacitakan umat dunia yang cintakan keamanan kerana pada tanggal ini negara haram Israel ditubuhkan. Bermodalkan penipuan, rampasan, penindasan dan pembunuhan, negara haram Israel berjaya ditubuhkan sekaligus menafikan hak wilayah berdaulat Palestin.
Penubuhan negara haram Israel yang direstui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), British dan konco-konconya ini akhirnya menjadi permulaan kepada penderitaan rakyat Palestin. Rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah air tempat tumpah tumpah darah mereka.
Kampung halaman, ladang-ladang pertanian serta ternakan rakyat Palestin semuanya dimusnahkan. Bumi Palestin serta merta menjadi medan penghapusan etnik terbesar dan dilakukan di depan masyarakat antarabangsa tanpa berselindung lagi.
Rejim zionis tanpa segan silu mencabuli wilayah Palestin, merampas tanah dan juga hasil bumi, menghalau serta membunuh warga Palestin. Air mata ibu-ibu Palestin mencurah-curah mengalir, anak-anak teresak-esak dengan tangisan, anak muda mula bangkit mengorak perjuangan membebaskan Palestin.
Dianggarkan lebih 750,000 rakyat Palestin diusir dari kampung halaman dan dipaksa pindah ke Gaza dan Tebing Barat. Mereka dilonggok di suatu tempat dan disekat dalam semua keadaan.
Khemah-khemah pelarian dibina sebagai penempatan sementara manakala bekalan makanan, ubat-ubatan, bekalan elektrik dan air semuanya dicatu.
Tidak dapat terbayang di akal fikiran manusia yang waras bagaimana penjajahan terbuka, bersistematik dan zalim ini dapat berjalan dengan lancar walaupun PBB masih lagi berkuasa.
Hak dan kedaulatan rakyat Palestin dicabuli mereka di depan mata dunia. Tiada langsung pembelaan dari negara-negara yang melaung-laungkan kebebasan hak asasi manusia dan keamanan dunia.
Negara-negara Arab yang bersempadan dengan Palestin juga tidak berupaya untuk bersuara dan berusaha.
Peristiwa Sabra dan Shatila, pengusiran dan penghapusan etnik secara sistematik, perluasan wilayah penjajahan secara berperingkat dan pembinaan penempatan haram Yahudi merupakan antara siri-siri pencabulan hak asasi manusia yang masih berlangsung sehingga sekarang.
Pelan demi pelan diatur, perjanjian demi perjanjian dimeterai namun penyelesaiannya masih belum berhasil. Sebabnya, Israel sewenang-wenangnya mencabuli setiap ketetapan yang dicapai dan mendabik angkuh dengan bantuan sekutu rapatnya Amerika.
Pencerobohan dan penindasan Israel terhadap umat Palestin pada tahun 1948 merupakan titik tolak kepada keganasan global yang berlaku dewasa ini.
Keganasan yang diasaskan oleh rejim zionis ini berterusan sehingga kini dan memangkin kepada kezaliman, penindasan dan pembunuhan yang ‘dihalalkan’ oleh PBB.
Akhirnya, respons agresif yang terhasil daripada ketidakadilan ini menjadikan dunia ini seolah-olah tidak lagi selamat untuk didiami.
Kezaliman ke atas umat Palestin ini patut menginsafkan kita tentang nilai sebenar erti kemerdekaan. Nilai dan kedaulatan sesebuah negara dapat dirampas dengan mudah sekiranya kita tidak bersedia dan berupaya mempertahankannya.
Pergolakan dalaman, pengkhianatan, pecah amanah, korupsi, penyelewengan dan sebagainya mampu membuahkan bibit-bibit perpecahan, sekaligus membuka ruang campur tangan kuasa asing.
Sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana, tidak mustahil ‘Nakhbah’ Malaysia pula akan menimpa negara kita yang tercinta ini.

Pengajaran daripada Nakhbah Palestin ini harus dihayati dan dicermati oleh setiap rakyat Malaysia. Ia merupakan pengajaran yang sangat penting bagi kita dalam mempertahankan tanah air daripada campur tangan kuasa asing.