Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 28 Julai 2012

D 35 EMPAT GOLONGAN TERHALANG DARIPADA MENJADI HAMBA YANG SOLEH

1.  Orang yang takbur atau membesarkan diri.

2.  Orang yang merasa cukup dengan apa yang telah ia ketahui.

3.  Orang Yang Malas.

4.  Orang yang malu tidak kena pada tempatnya.


Amalan dan Petua Ulamak Silam. m/s : 16.


D 34 SEPULUH ADAB BERSAMA GURU

1.  Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

2.  Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri.

3.  Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.

4.  Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa hormat kepadanya.

5.  Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.

6.  Lakukan apa yang paling disegani oleh guru.

7.  Hindari dari menyinggung perasaan guru.

8.  Mendoakan keampunan dan kesejahteraan buat guru.

9.  Selalu menziarahi mereka atau menziarahi makam mereka setelah mereka meninggal dunia.


10.      Mengambil berat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.


D 33 SEPULUH ADAB BERSAMA IBU BAPA

1.  Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syarak.

2.  Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.

3.  Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab.

4.  Segera menjawab panggilan mereka.

5.  Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan).

6.  Mendoakan keampunan bagi mereka.

7.  Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah.

8.  Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia di samping menghadiahkan kepada mereka bacaan ayat Al-Quran, tahlil dan sebagainya.

9.  Memohon kepada Allah SWT, supaya mereka mendapat kesejahteraannya di dunia dan akhirat.

10.  Berbincang dengan mereka setiap masalah yang mereka hadapi dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.


Amalan dan Petua Ulamak Silam. m/s : 22.


D 32 SEPULUH ADAB TERHADAP RASULULLAH SAW

1.   Mencintai Rasulullah SAW.

2.   Beriman dan percaya dengan segala perkara yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW.

3.   Cintakan Keluarga, sahabat dan sekelian umat Baginda SAW.

4.   Memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW.

5.   Memuliakan dan mengamalkan sunnah Baginda SAW.

6.   Sentiasa mengharapkan syafaat Baginda dan bertawassul dengan Baginda SAW.

7.   Mengadakan majlis memperingati Baginda SAW yang dapat membina dan memberi pengajaran kepada kehidupan manusia sejagat.

8.   Menyebut nama Baginda SAW dengan penuh adab dan berselawat kepada Baginda apabila apabila mendengar nama Baginda disebut.

9.   Menziarahi makam Baginda yang berada di Masjid Nabawi Al-Madinah Munawwarah.

10.       Sentiasa memuji Baginda dalam semua keadaan dan berakhlak dengan akhlak Baginda SAW.


Amalan dan Petua Ulamak Silam. m/s :  20.


D 31 MENGAPA UTAMAKAN ISU KEWANGAN?

Oleh :
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman 

Soalan 
Ustaz, Saya ada mendengar yang bahawa ustaz sangat banyak menekankan berkenaan riba dan kepentingan bank Islam, malah ustaz juga dikatakan meminta agar isu ini diberikan perhatian besar di samping isu-isu Islam yang lain, bolehkah ustaz menjelaskan mengapa ustaz berpandangan demikian?
- Anti Riba -

Jawapan :
Terima kasih atas soalan ini. Benar, saya sememangnya berkempen agar umat Islam memerhatikan isu ini dengan lebih serius, tapi setakat ini,  masih di peringkat yang mendukacitakan kerana terlalu ramai para ustaz dan ustazah serta ilmuan Islam agak kurang minat atau tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentangnya. Justeru, bidang ini seperti sunyi tanpa pejuang, sedangkan kesan dari elemen haram dari harta juga adalah amat besar bagi Islam. Menurut pengalaman saya ketika bertemu masyarakat di Malaysia dan Brunei. Terlalu ramai umat Islam yang amat selalu tidak mengambil berat akan isu ini, serta amat terperanjat dengan pendedahan yang dilakukan. Lalu bertimbun-timbunlah soalan yang menghujani saya sehingga tidak cukup tangan untuk menjawabnya.

Benar, saya amat kurang puashati terhadap kesedaran masyarakat terhadap isu halal haram di dalam urusan kewangan dan perbankan. Perlu diingat, dalam Islam, kesedaran dengan membeli barangan yang bertanda halal sahaja, adalah sangat tidak mencukupi; ia tidak berguna jika barangan halal itu dibeli dengan duit yang haram, samada hasil riba, pelaburan yang haram atau harta curi, rasuah dan pecah amanah serta lain-lain.

Secara ringkas dan mudah, berikut adalah dalil-dalil yang menunjukkan betapa besarnya dosa riba. Ramai yang sering marah-marah dengan rasuah, kronisme, amalan bidaah, tahlil, kenduri arwah, makanan tiada logo halal, makanan yang terdapat unsur bangkai dan babi dan lain-lain isu. Benar, saya amat menyokong dan hargai sumbangan tidak ternilai mereka itu. Bagaimanapun, rasa terkilan apabila hampir tiada atau amat kurang perbincangan bersungguh dan jelas dari pelbagai pihak yang berkelayakan tadi dan ilmuan Islam lain khususnya bagi menerangkan dan menyelamatkan umat Islam dari ‘virus' Riba yang amat berbahaya dengan lebih luas dan serius.

Pandangan Islam Tentang Riba

Imam An-Nawawi rh berkata : "Telah Ijma' seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi."
(Rujuk Al-Majmu', 9/391 )

Di sini, saya sertakan beberapa nas al Quran dan al Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba yang menjadi sebab mengapa saya menumpukan masa yang lebih bagi menyelematkan masyarakat Islam darinya.

a) Pemakan dan Pemberi Riba Perangi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.

Ia berdasarkan Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada ALLAH dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan ALLAH dan RasulNya" 
(Al-Baqarah : 278)

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan ‘saki baki' riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya. Ayat ini menyebut ‘saki baki', menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan jelas tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara seratus peratus.

Maaf saya katakan, saya kenal ramai rakan-rakan dari kalangan individu yang berpendidikan agama, pejuang sunnah yang tulen serta sentiasa menapis hadis-hadis dan riwayat, pejuang Islam yang ingin menegakkan sebuah Negara kebajikan Islam, pejuang sunnah yang kerap keluar berdakwah di jalan ALLAH beberapa hari dan bulan, pejuang keadilan bagi rakyat dan pelbagai pejuang lagi. Bagaimanapun, saya sedikit sedih kerana ada di kalangan mereka yang tidak endah terlibat dengan pinjaman kereta riba, rumah riba, kad kredit riba, simpanan wang riba, insuran riba, pinjaman pelajaran univeristinya juga Riba.

Malah yang lebih menyedihkan, terdapat juga yang menjadi peguam atau mempunyai firma guaman sendiri, lalu mendrafkan dokumen-dokumen undang-undang bagi produk-produk Riba di Bank konvensional dan pelabagai lagi. Bukankah NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda :

"Dilaknati pemakan riba, penulis riba dan yang menjadi saksinya." 
(Riwayat al-Bukhari dan Ibn Majah)

Termasuk juga mereka yang dilaknati adalah mereka yang menjadi penjamin bagi setiap pinjaman riba (yang termasuk dari kalangan saksi riba).
Saya sering terfikir, bagaimanakah sunnah dapat ditegakkan, Negara Islam tulen dapat dibangunkan, masyarakat soleh dapat diasaskan dengan hidup di kelilingi ‘virus' Riba ini. Sedangkan zahir ayat di atas tadi membayangkan peperangan itu berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi setiap individu dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.

Ibn Abbas ra di riwayatkan berkata :

Ertinya : "Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA." 
(Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : "Inilah ayat di dalam Al Quran yang paling menakutkan." 
(Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :

Ertinya : "Telahku membuka lembaran-lembaran Kitab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan Sunnah NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan tidakku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya." 
(Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364)

Berkata Imam Qatadah rh : " ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka berada." 
(at-Tabari, 3/72 )

b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman :
Ertinya : "ALLAH menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedekah." 
( Al-Baqarah : 276 )

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut dari pemiliknya kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa dosa, sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), selain itu, harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, lalu hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti dirompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma'rifat, Beirut, 1982 , 1/224).

Sabda NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM daripada Ibn Mas'ud r.a :-

Ertinya : "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa." 
( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )

Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas ra :

Ertinya : "Tidak diterima dari pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya." 
(Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362  ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

c)          Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri

Dosa individu terlibat dengan Riba juga adalah seperti berzina dengan ibu bapa sendiri, saya kira, hadith di bawah sudah tidak perlu huraian lagi lantaran kejelasannya.

NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :

Ertinya : "Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya." 
(Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

d)           Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :

Ertinya : "Satu dirham Riba  yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali."
(Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan shahih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

Hadis ini bukanlah untuk merendahkan dosa zina, tetapi ia memfokuskan kepada besarnya dosa riba. Justeru, saya amat mengharapkan umat Islam membuka mata mereka kepada isu ini. Ramai juga bertanya saya tentang pelaburan FOREX melalui internet yang menawarkan pulangan sebanyak 100 % atau 200 %. Perlu saya didedahkan di sini, semuanya adalah Riba, dan FOREX ini tidak mematuhi disiplin pertukaran wang menurut Islam, maka Riba berlaku dengan amat serius. Sekali lagi, saya kerap dimaklumkan bahawa ramai umat Islam terlibat dalam pelaburan sepeti ini.

e)         Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar

Ia berdasarkan hadith NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM :

Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil)."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Demikianlah dengan ringkas bagi saya menggambarkan betapa besarnya dosa yang terlibat dengan riba ini. Justeru, segeralah mempelajarinya apa itu riba dengan serta merta. Boleh layari http://www.zaharuddin.com/ bagi mendapatkan serba sedikit jawapannya.




D 30 MEKAH AKAN MENGGANTI PENENTUAN WAKTU GREENWICH

Mekah (voa-islam)
http://www.voa-islam.com

Kerajaan Saudi Arabia memulai projek besar untuk mengganti pewaktuan Greenwich dengan pewaktuan Mekah supaya kota suci tersebut menjadi kiblat dan waktu bagi lebih dari satu milyar Muslim di dunia.

Kerajaan Saudi berusaha untuk melaksanakan tujuan ini melalui pemasangan jam khusus di atas menara termasuk yang terbesar di dunia yang bersebelahan dengan tanah suci Mekkah yang bertujuan menjadikan pewaktuan kota suci tersebut sebagai rujukan dunia dalam menghadapi Grenwich.

Mohamad Alorkubi,Wakil Presiden dan General Manager Hotel” Burj Sa’ah Mekah Palace” yang menghadap ke Masjidil Haram” mengatakan “Bahagian pertama dari hotel akan dibuka pada akhir Jun depan dan penyempurnaan jam tersebut akan dirilis pada akhir Julai, sebelum bulan suci Ramadhan. “

Dia menambahkan dalam konferensi pers di Dubai bahawa “tujuan sebenarnya pewaktuan Mekah demi menghadapi pewaktuan Greenwich.”

Jam ini enam kali lebih besar dari Big Ben:

Menurut Alorkubi panjang struktur beton menara utama jam Mekah adalah 662 meter sedangkan panjang struktur baja, yang di atasnya 155 meter, dengan demikian menjadi  menara beton tertinggi di dunia dan menara kedua tertinggi jika dihitung sekaligus dengan strukturnya.

Menara Jam Mekah akan berisi sebuah muzeum Islam dan observatorium astronomi yang digunakan untuk tujuan ilmiah dan religi, juga akan disiarkan film dokumenter begitu selesai dipasang Jam buatan Jerman tersebut di bahagian atas menara.

Panjang Jam tersebut 45 meter sedangkan lebarnya 43 meter, menurut Alorkubi adalah yang terbesar di dunia kerana enam kali lebih besar dari Big Ben di London, dan akan dihubungkan ke pusat pewaktuan terbesar di dunia, termasuk London, Paris dan New York dan Tokyo.

Alorkubi berkata, “Hal ini memungkinkan kita melihat Jam tersebut dan mengetahui waktu dari jarak 17 kilometer dari menara pada malam hari saat cahaya Jam tersebut berwarna putih dan hijau, demikian juga Jam tersebut dapat dilihat dari jarak 11-12 km selama siang hari ketika cahaya berwarna putih.”

Penelitian ilmiah: Mekah adalah pusat bumi:

Sebelumnya,sebuah studi baru, berjudul “Bukti bahawa Mekah adalah pusat bumi” menuntut penggunaan pewaktuan Mekah sebagai ganti dari pewaktuan “Greenwich.”
Studi yang disusun di Mesir oleh Dewan Islam Dunia untuk Dakwah Islam dan Kemanusiaan,menegaskan pentingnya menggunakan bujur khusus di Mekah dan Madinah, dalam perhitungan waktu dunia, bukan garis yang melewati Greenwich di London.

Direktur Jenderal Dewan tersebut, Dr Yahya Waziri: Penelitian ini berdasarkan pada fakta dan penelitian ilmiah yang menegaskan bahawa Mekah merupakan pusat dari bahagian daratan di permukaan bumi.
Hanya “Mekah” saja yang dapat mewujudkan pengukuran ini:

Tujuan dari penelitian ini, adalah untuk menetapkan Mekah sebagai pusat dari daratan, melalui pengukuran akurat yang menentukan jarak yang benar antara Mekah dan titik-titik tertentu yang dipilih di perbatasan benua di dunia yang terdahulu, iaitu “Asia, Afrika dan Eropah”, dan yang baru “Amerika, Australia dan lapisan es Antartika “.

Waziri menambahkan bahawa studi ilmiah terbaru yang dilakukan dengan cara pengukuran tepat akurat, dengan foto satelit, serta menggunakan perangkat lunak yang dikenal dapat dipertanggungjawabkan  hasilnya dalam penelitian ilmiah, terbukti bahawa Mekah berada di tengah daratan dunia, dan hal itu jelas melihat posisi Mekah di tengah empat lingkaran yang melewati daratan tujuh benua di dunia, serta pusat-pusat geografis bagi benua Dunia Baru.

Waziri menekankan bahawa Mekah adalah satu-satunya tempat di dunia, yang dapat mewujudkan pengukuran dan hasil akurat tersebut, dengan menambahkan bahawa Mekah menempati satu-satunya tempat yang spesial yang tidak dapat disaingi oleh tempat atau kota manapun di dunia.

“Mekah” pusat seluruh alam semesta:

Di sisi lain, Waziri mengatakan pada simposium yang diselenggarakan oleh Asosiasi Lingkungan Arab, mengatakan bahawa studi tersebut menolak untuk menggunakan sistem yang berlaku dan garis Greenwich, dalam perhitungan waktu dunia, dengan menjelaskan bahawa penggunaan ini tidak berdasarkan pada alasan ilmiah yang kuat.
Dia menekankan pentingnya menyebarkan budaya keajaiban ilmiah dalam Al-Quran dan Sunnah, dengan menunjukkan bahawa semua fakta-fakta ilmiah membuktikan bahawa “Mekah adalah pusat dari seluruh alam semesta.”


D 29 DETIK TERAKHIR KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W.




Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan selepas waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji Wida’. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliaupun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan demikian juga apa yang terlarang oleh-Nya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”

Setelah malaikat Jibril pergi maka Rasulullah s.a.w. berangkat ke Madinah. Rasulullah s.a.w. lalu mengumpulkan para sahabat baginda dan menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril. Apabila para sahabat r.a. mendengar hal yang demikian maka merekapun gembira sambil berkata:
“Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna.”

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya. Abu Bakar r.a. pulang ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar r.a. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpullah para sahabat r.a. di depan rumah Abu Bakar r.a. dan bertanya:
“Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna.”

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat r.a. maka Abu Bakar r.a. pun berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Rasulullah menjadi janda.” Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang kejadian yang mereka saksikan itu.

Berkata salah seorang dari para sahabat r.a.,
“Ya Rasulullah, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.

Sebaik Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a., Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka menangis dan bertanya,
“Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali r.a. berkata,
“Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata:
“Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat”.
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka iapun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya, para sahabat yang lain pula menangis sekuat yang mereka mampu. Sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada di langit, cacing-cacing, semua binatang baik yang ada di darat maupun yang ada di laut semua menangis. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat r.a. satu demi satu dan berwasiat pada mereka.

Pada satu hari, baginda s.a.w. menyuruh Bilal r.a. azan untuk mengerjakan solat. Para Muhajirin dan Ansar pun berkumpullah di masjid Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solah dua rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai solat, baginda s.a.w. bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
“Alhamdulillah, wahai para muslimin. Sesungguhnya aku adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang ke jalan Allah dengan izin-Nya. Dan aku ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu, kalau ada sesiapa ada hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi aku sebelum aku dituntut di hari kiamat.”

Rasulullah s.a.w. berkata sebanyak tiga kali, lalu bangunlah seorang lelaki bernama Ukasyah bin Muhshan dan berkata:
“Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah, kalau kamu tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu aku tidak mahu mengemukakan ini.”

Lalu ‘Ukasyah r.a. berkata lagi:
“Sesungguhnya dalam perang Badar aku bersamamu ya Rasulullah. Pada masa itu aku mengikuti unta kamu dari belakang. Setelah dekat, akupun turun menghampiri kamu dengan tujuan supaya aku dapat mencium paha kamu, tetapi kamu telah mengambil tongkat dan memukul unta kamu untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu akupun kamu pukul pada tulang rusukku. Aku hendak tanya sama ada kamu sengaja memukul aku atau hendak memukul unta tersebut.”

Rasulullah s.a.w. berkata:
“Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.,
“Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal r.a. keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah r.a. sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata,
“Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk dibalas [di qishash].”

Setelah Bilal r.a. sampai di rumah Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata:
“Siapakah di pintu?.” Bilal r.a. menjawab:
“Aku Bilal, aku telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk mengambil tongkat baginda”. Kemudian Fatimah r.a. berkata:
“Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal r.a.:
“Wahai Fatimah, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fatimah r.a. lagi:
“Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah?” Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a. Setelah Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal r.a.pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliaupun menyerahkan kepada ‘Ukasyah r.a.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke depan sambil berkata:
“Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata:
“Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata, “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah”. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata,
“Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.” Setelah itu Hasan r.a. dan Husin r.a. bangun dengan berkata:
“Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah, kamu qishashlah kami sama jika kamu ingin menqishash Rasulullah” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata,
“Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w.
“Wahai ‘Ukasyah pukullah aku kalau kamu hendak memukul.”

Kemudian ‘Ukasyah r.a. berkata:
“Ya Rasulullah, anda telah memukul aku sewaktu aku tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w.pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah ‘Ukasyah r.a. melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka iapun mencium beliau dan berkata,
“Aku tebus kamu dengan jiwaku ya Rasulullah, siapakah yang sanggup memukul kamu. Aku melakukan begini adalah sebab aku ingin menyentuh badan kamu yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan badanku. Dan Allah S.W.T. menjaga aku dari neraka dengan kehormatanmu” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata,
“Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaahpun berkata,
“Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah di dalam syurga.”

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Ketika ajal Rasulullah s.a.w. sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah r.a. Kemudian baginda s.a.w. memandang kami sambil berlinangan air mata dan bersabda:
“Marhaban bikum, semoga Allah S.W.T. memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah S.W.T. menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah S.W.T.”

Allah S.W.T. berfirman:
“Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya:
“Bilakah ajal kamu ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah S.W.T., ke Sidratul Muntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arasy.”

Kami bertanya lagi:
“Siapakah yang akan memandikan kamu ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih.”

Kami bertanya:
“Siapakah yang akan mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah s.a.w. pun turut menangis. Kemudian baginda s.a.w. bersabda:
“Tenanglah, semoga Allah S.W.T. mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Izrail berserta bala tenteranya. Kemudian masuklah kamu dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Setelah itu para sahabat r.a. menangis dengan nada yang keras dan berkata,
“Ya Rasulullah kamu adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila kamu sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata,
“Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w.pun bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat r.a. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal r.a.pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. kemudian memberi salam:
“Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi
“Assolah yarhamukallah.” Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.,
“Rasulullah masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal r.a. pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a.pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata:
“Aduh musibah. Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?”

Setelah Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a.pun memberitahu Abu Bakar r.a. tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. pesankan kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah s.a.w. yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat r.a. dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.;
“Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?.” Siti Fatimah r.a. menjawab:
“Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah tidak ada bersama mereka.” Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas r.a., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w.pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. melihat kepada orang ramai dan berkhutbah:
“Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertakwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Dengan suara terbatas Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Pesanan ringkas itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w. yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar r.a. menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar r.a. dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman r.a. menghela nafas panjang dan Ali r.a. menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah s.a.w. akan meninggalkan kita semua.” Keluh hati semua sahabat r.a. kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat. Tatkala Ali r.a. dan Fadhal r.a. dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar, kalau mampu, seluruh sahabat r.a. yang hadir pasti akan menahan detik-detik dari terus berlalu.
Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah baginda. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah s.a.w. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah s.a.w. sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Kemudian Allah S.W.T. mewahyukan kepada malaikat lzrail, “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaKu.”

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka malaikal lzrailpun turun dengan menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka iapun memberi salam,
“Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah r.a. tidak mengizinkannya masuk,
“Wahai Abdullah (Hamba Allah), maaflah, ayahku sedang sakit,” kata Fatimah r.a. yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian Fatimah r.a. kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata. Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengari oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. bertanya pada Fatimah r.a.,
“Siapakah itu wahai anakku?”

Fatimah r.a. menjawab: “Seorang lelaki memanggil ayahanda, saya katakan kepadanya yang ayahanda dalam keadaan sakit. Ia memanggil dengan suara yang menggetarkan sukma.” Rasulullah s.a.w. lantas berkata;
“Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fatimah r.a.,
“Tidak ayahanda.”

“Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat, yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi. Setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan bermula, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Fatimah r.a. maka Baginda SAWpun berkata:
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan daku.”

Kemudian Rasulullah s.a.w.pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap,
“Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?” Maka berkata malaikat lzrail:
“Kedatangan aku adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau dikau izinkan, kalau dikau tidak izinkan maka aku akan kembali.” Rasulullah s.a.w. bertanya:
“Wahai Malaikulmaut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?
“Aku tinggalkan ia di langit dunia?” Jawab malaikat Izrail. Baru sahaja malaikat Izrail selesai bicara, tiba-tiba malaikat Jibril datang dan duduk di samping Rasulullah s.a.w. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w.:
“Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?” Jibril menjawab: “Ya, wahai kekasih Allah.”

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:
“Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah S.W.T.” Berkata malaikat Jibril,
“Sesungguhnya semua pintu langit telah di buka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu.” Berkata Rasulullah s.a.w.:
“Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.”

Berkata Jibril: “Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum dikau masuk terlebih dahulu, dan Aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.” Berkata Rasulullah s.a.w.:
“Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
“Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku.” Setelah itu malaikat lzrailpun memulai tugasnya. Perlahan roh Rasulullah s.a.w. ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w. bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Apabila roh baginda s.a.w. sampai ke pusat, dengan perlahan Rasulullah s.a.w. mengaduh
“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Fatimah r.a. terpejam, Ali r.a. yang di sampingnya menunduk semakin mendalam dan Jibril mengalihkan pandangannya dari Rasulullah s.a.w. Melihatkan telatah Jibril itu maka Rasulullah s.a.w.pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril berkata:
“Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?”

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w. merintih kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah s.a.w. mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali r.a. segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat r.a. saling berpelukan. Fatimah r.a. menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali r.a. kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w. yang mulai kebiruan. Ali r.a. berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan aku meletakkan telinga, aku dengan Rasulullah berkata:
“Umatku, umatku.” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. wafat pada hari Isnin 13 Rabiul Awal.

Berkata Anas r.a.:
“Ketika aku lalu di depan pintu Aishah, ku dengar dia sedang menangis sambil mengatakan:
“Wahai orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang yang keluar dari dunia dari perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’iir”

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa:
“Malaikat Jibril telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”