Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 10 November 2012

J 100 Tiga Ayat Suci al Quran yang memberi rahmat kepada pelaku dosa

Firman Allah swt yang bermaksud : 

135.  “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri[229], mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui.”

136.  “Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan Itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”
[229]  yang dimaksud perbuatan keji (faahisyah) ialah dosa besar yang mana mudaratnya tidak hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain, seperti zina, riba. menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa yang mana mudaratnya hanya menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil.
(Surah 3,  ALI  IMRAN : ayat 135 dan 136)


(قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ
إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ)
الزمر53

53.  “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. dan kamu tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) melainkan kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat kami, mereka Itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami).”

(وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَّحِيمًا)
النساء 110

110.  “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, Kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”




J 99 Enam Kegoncangan Sakaratul Maut

1- Mati datang tiba-tiba.

2- Mati itu terlalu sakit.

3- Melihat wajah Malaikat Maut.

4- Mendengar pujian atau kutukan Malaikat.

5- Dapat melihat tempat tinggal di Akhirat.

6- Menghadapi godaan syaitan.

Mukmin Profesional. M/S:  291  -298.




J 98 : EMPAT PERKARA MEMBINA KESIHATAN JIWA

1- Keberanian – Berani kerana kebebaran dan takut kerana bersalah.

2- Pandai menjaga kesihatan batin.

3- Tahu rahsia dari pengalaman hidup.

4- Adil walaupun pada diri sendiri.

Rujukan:
Feqh Nasihah. /S: 121.


J 97 Kebaikan (PAHALA) Orang yang Mengumpat

Di AKHIRAT kelak, seseorang itu TERKEJUT apabila melihat CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah dilakukannya di DUNIA. Maka, dia bertanya, “Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA.” Maka ALLAH menjawab, “Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI.”
(Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)


(Sanad dan riwayat hadis…)?





J 96 Sepuluh Perkara menyingkap kehidupan harian Rasulullah SAW

1.    Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

2.    Sayidatina ‘Aisyah menceritakan: “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai solat.

3.    Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apapun yang ada untuk sarapan. Yang mentahpun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah. "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, ”Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

4.    Pernah baginda bersabda ;sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.; Prihatin, sabar dan tawaduknya baginda sebagai kepala keluarga.

5.    Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersolat. "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw, "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar ." "Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit." desak Umar penuh cemas.

6.     Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?  Lalu baginda menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

7.    Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

8.    Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fiziknya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

9.  Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?  Jawab baginda dengan lunak. "Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur."

10. Rasulullah s. a. w. bersabda ,  ;
Sampaikan pesanku walau sepotong ayat. 
(Jkt: ak.24.2.05)



Jumaat, 9 November 2012

J 95 Lapan Perkara, asas membina Cinta Sejati

1.“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 32. Katakanlah:Taatilah Allah dan RasulNya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.”
[3. Ali Imran]


2.  “Dan ketahuilah olehmu bahawa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu ‘cinta’ kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
[QS:49. Al Hujuraat] .


3.  “Hadis riwayat Anas ra ia berkata : Nabi SAW bersabda: 

Ada tiga hal yang barangsiapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan RasulNya daripada yang lain, mencintai yang lain kerana Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.”
[HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad] .

4.    Hadis riwayat Anas bin Malik ra ia berkata: Nabi SAW bersabda: 

“Tidak disebut beriman seorang hamba (dalam hadis Abdul Waris, seorang lelaki) sebelum aku lebih dicintainya daripada keluarganya, hartanya dan semua orang.”
[HR. Bukhari, Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darami].

5.  Hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud ra ia berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Pekerjaan manakah yang paling utama. Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi, kemudian apa? Beliau menjawab: Berbakti kepada kedua orang tua. Kembali aku bertanya: Kemudian apa lagi? Beliau menjawab: Berjuang di jalan Allah. Aku tidak bertanya lagi kepada beliau untuk menjaga perasaan beliau."
[HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad, Ad Darami].

6.  Hadis riwayat Anas bin Malik ra ia berkata: Nabi SAW bersabda: 

“Salah satu di antara kalian tidak disebut beriman sebelum ia mencintai saudaranya (atau beliau bersabda: tetangganya) seperti mencintai diri sendiri.”
[HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darami].

7.  Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: 

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam.”
[HR. Bukhari ; Muslim ; Ahmad]

8.  Hadis riwayat Abu Hurairah ra ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: 

“Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memanggil Jibril dan berkata sesungguhnya Aku mencintai si fulan maka cintailah dia! Jibrilpun mencintainya. Kemudian dia (jibril) menyeru kepada para penghuni langit: Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia! Para penghuni langitpun mencintainya. Kemudian diapun diterima di bumi, dan apabila Allah membenci seorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku membenci si fulan, maka bencilah pula dia! Jibrilpun membencinya. Kemudian dia menyeru para penghuni langit: Sesungguhnya Allah membenci si fulan, maka bencilah kepadanya. Para penghuni langitpun membencinya. Kemudian kebencianpun merambat ke bumi.”
[HR. Bukhari ; Muslim ; Tirmidzi ; Ahmad ; Malik].

Rujukan:
http://www.slideshare.net/cyn_t_a/cinta-yang-sesungguhnya-presentation





J 94 Tujuh Amalan membentuk Insan Bertakwa

Amalan untuk menjaga dan memelihara ketakwaan:

1. Qiyamullail, bangun malam untuk melaksanakan solat tahajud 11 rakaat atau kalau tidak sanggup cukup 9, 7, 5, atau 3 rakaat.

2. Membaca al Quran, minima sehari 10 ayat atau sehari satu ayat  beserta terjemahan kemudian memahami terjemahan ayat-ayat yang dibaca.

3. Puasa sunat. Seperti puasa hari Isnin dan Khamis.

4. Iktikaf, boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Ketika kita mempunyai banyak masa maka masuklah ke dalam masjid, cukup setengah jam sahaja, dengan berdoa kepada Allah SWT  : “Ya Allah, saya telah melakukan dosa ampunilah dosa yang telah saya lakukan.” Sentiasa mengakui segala dosa dan kesalahan yang telah dilalukan.

5. Bersedekah, berusaha untuk melakukan sedekah.

6. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT tanpa mengira masalah yang dihadapi sama ada kecil atau besar.

7. Berhubung Silaturahmi kerana mereka yang sentiasa membina hubungan Silatul Rahim berdasarkan iman, Allah SWT menjanjikan Syurga untuknya.’

Rujukan :
http://www.slideshare.net/dedetharianto/taqwa-11094234


J 93 Sepuluh Tanda-Tanda Ikhlas

1- Takut kepada kemasyhuran - takut terselit syirik khafi.

2- Curiga terhadap diri sendiri - bimbang tidak mampu menunaikan kewajipan.

3- Beramal di tempat yang sunyi.

4- Tidak mencari pujian dan tidak tertipu dengannya.

5- Tidak kikir memuji mereka yang berhak dipuji. (bukan membodek bos).

6- Sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadat - pangkat dan pujian tidak memberi kesan dalam menunaikan ibadat.

7- Mengadakan perayaan dengan mengharap redha ALLAH SWT bukan redha manusia.

8- Suka dan benci kerana ALLAH SWT.

9- Sabar di atas jauhnya perjalan menuju ALLAH SWT.

10- Gembira dalam melakukan ibadat tanpa perasaan disaingi atau dipaksa.

Rujukan :
Energi Ikhlas- Dr Yusuf Al-Qardhawi
http://www.slideshare.net/muslimsendai/energi-ikhlas-agar-bahagia-dunia-dan-akhirat


J 92 Rahsia Ikhlas tidak diketahui oleh Para Malaikat

Al-Junaidi, tokoh sufi berkata :

“Ikhlas adalah rahsia Allah dan seorang hamba. Rahsia ini tidak diketahui oleh malaikat sehingga ia tidak dapat mencatatnya, dan tidak pula diketahui oleh syaitan sehingga ia tidak dapat merosaknya, serta tidak pula diketahui oleh hawa nafsu sehingga ia tidak boleh menyelewengkannya”

Hadits Qudsi yang dikemukakan oleh imam Al-Qusyairi, Allah berfirman,

“Ikhlas itu merupakan salah satu rahsiaKu yang Aku curahkan di dalam hati orang yang aku cintai di antara hamba-hambaKu.”

Rujukan :
http://www.slideshare.net/muslimsendai/energi-ikhlas-agar-bahagia-dunia-dan-akhirat


J 91 Dua Puluh Satu Adab berbicara-Amalan Mereka Yang Dekat Dengan Allah SWT

1. Orang yang berakal akan mempertimbangkan dengan baik setiap langkah yang akan diambilnya. Tidak ada satu pekerjaan yang dilakukan dengan sia-sia atau kerana kebiasaan belaka. Semua amalnya dilandas dengan niat niat baik, khususnya saat berbicara, kerana dalam ucapan / percakapan tersimpan perbagai rahsia yang menakjubkan dan hikmah mengagumkan yang harus diperhatikan oleh mereka yang mempunyai akal. Keterangan: “Sesiapa yang tidak dapat berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan akan sia-sia disebabkan ucapan dan percakapan mengandungi rahsia yang sangat menakjubkan dan hikmah yang terkeluar sangat mengagumkan yang harus diperhatikan oleh mereka dengan sebaik-baiknya. Sekiranya sesiapa tidak dapat memperhatikannya bererti dia tidak mempunyai akal yang boleh menangkap rahsia dan hikmah tersebut”.

2. Seorang manusia harusnya berfikir dahulu sebelum berbicara dan meletakkan lidah di balik(di belakang) hatinya. Tidak boleh sepatah katapun diucapkan tanpa dilandaskan ilmu pengetahuan dan akal yang sihat tanpa campur tangan oleh hawa dan nafsu.

3. Harus berbicara dengan halus (sedikit) dan tidak banyak meskipun baik, kerana ucapanyang baik akan menjadi buruk bila selalu terlalu banyak cakap.

4. Jangan berbicara dengan tak tentu pasal dan berteriak teriak (suara yang tinggi).

5. Hendaklah mengetahui bila harus berhenti bicara ketika nafsunya masih menyuruhnya dan berhenti sebelum orang lain tidak mahu mendengarkan.

6. Hendaknya tidak bercerita sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat seperti menceritakan peristiwa yang telah terjadi tanpa ada tujuan yang benar.

7. Jauhilah berkumpul bersama-sama orang yang lalai atau orang orang yang berakal lemah yang menghabiskan waktunya mencerita kejadian yang sudah berlalu tanpa tujuan yang benar.

8. Hendaklah bercakap bila perlu sahaja, kerana itulah dikatakan bahawa menolong orang yang bersalah adalah melakukan dua kesalahan.

9. Menceritakan peristiwa yang lalu hanya menyia-yiakan umur.

10. Jauhilah diri dari berbicara dan mendengar ucapan ucapan yang dapat membangkitkan nafsu dan menjemput timbulnya keburukan, kerana nafsu sangat cepat mempelajari dan dapat merasakan keadaan nafsu orang lain.

11. Berhati-hati bila mengucapkan sesuatu yang pada zahirnya baik tapi muncul dari nafsunya yang bergejolak dan buruk maka ucapannya akan menggerakkan dan membangkitkan keburukan nafsu orang lain.

12. Pada masa hendak berbicara perhatikan nafsu kamu dan nafsu orang lain supaya tercapai kebaikan dan ketenangan bukan keburukan.

13. Pengaruh ucapan pada pendengar tergantung pada jiwa pembicara kalau ucapan tersebut muncul dari jiwa yang kuat maka akan memberikan kesan yang kuat. Dan jika muncul dari jiwa yang lemah maka akan memberikan kesan yang lemah.

14. Berbicaralah dengan teman-teman kamu dengan lemah-lembut dan menyenangkan hatinya dan tidak membuatnya marah.

15. Bergaulah dengan manusia dengan sopan-santun.

16. Jauhilah pertentangan dan pertengkaran dengan segenap tenaga baik secara zahir atau batin. Jika engkau tidak mampu menghindarinya secara batiniah maka hindarilah secara zahiriah.

17. Sayidina Ali ra berkata: “Biasakanlah diri kamu untuk berniat baik dan bertujuan baik nescaya kamu akan selamat dunia dan akhirat”.

18. Perbaikilah akhlak engkau nescaya engkau akan mendapat petunjuk dalam setiap urusan perbuatan engkau.

19. Ilmu diperoleh dengan belajar sedang hilm (sabar) diperolehi dengan latihan bersabar.

20. Jagalah ucapan engkau daripada mengucapkan kata-kata buruk atau menceritakan(menyampaikan) cerita yang buruk kepada seseorang kerana kelak engkau akan terkena kesalahannya dan akan mendapat dosa paling banyak.

21. Bila engkau di dalam keadaan marah dan emosi tahanlah diri engkau dari berkata kata kerana saat itu nafsu engkau sedang bergolak dan berkobar-kobar untuk menarik engkau sampai tergelincir dalam kesalahan. Hendaklah engkau bersabar sehingga nafsu engkau tenang.
Rujukan:
http://www.slideshare.net/MuhammadFahmi4/rahsia-ilmu-kaum-muqarrabin


Khamis, 8 November 2012

J 90 LIMA Persoalan Membuktikan Allah SWT berhak Ke Atas Manusia

Cuba kita lontarkan persoalan-persoalan berikut ke dalam jiwa-jiwa kita.

1.      Mengapa kita semua tidak mahu mengisi hati-hati ini dengan rasa cinta kepada Allah swt?

2.      Mengapa kita semua tidak mahu mengagungkanNya?

3.      Mengapa kita semua tidak menaruh rasa hormat dan menghargaiNya?

4.      Apa yang telah berlaku ke atas diri kita semua?

5.      Apakah kita telah dilanda ketidaksedaran diri?

Allah swt berfirman :

“Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian.”
(QS Nuh 13 – 14)

Nabi Yunus as telah terperangkap di dalam tiga kegelapan iaitu :

a.       Kegelapan malam yang menakutkan.

b.      Kegelapan lautan yang bergelombang.

c.       Kegelapan perut ikan paus yang menyeramkan.

Kepada siapakah baginda memohon?

Kepada siapakah baginda meminta bantuan?

Kepada siapakah baginda mengadu?

Nabi Yunus hanya ingat kepada Allah Yang Maha Penolong, yang dapat menghilangkan kesusahan dan keadaan yang menakutkan.

Dalam rintihannya dia berdoa :

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
(QS Al Anbiyaa’ : 87)

Ketika Allah mendengar doa Nabi Yunus, maka Dia menolongnya dan menyelamatkannya. Ketika seseorang itu melakukan dosa, jika dia mahu bertaubat dan memohonkan ampun kepada Allah swt, maka Allah swt tidak sampai hati untuk tidak mengampuninya. Allah Maha Pengasih yang kasih sayangNya lebih besar daripada kemarahanNya.

Allah swt berfirman :

“Katakanlah : ‘Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
(QS Az Zumar : 53)

Setiap hamba akan diminta bertanggungjawab dari seluruh amalnya kerana Allah swt akan melihat isi hati setiap orang.
Dialah yang mengawasi gerak-geri orang-orang yang mahu berbuat keji. Allah swt akan menghancurkan orang-orang yang zalim dan dengan keagungannya, Allah swt akan menundukkan para kaisar.
Allah swt adalah satu-satunya zat yg kekal abadi. Maha Suci Allah dari segala kekurangan, Maha Suci Allah dari segala sekutu dan Maha Suci Allah dari segala kesusahan dan segala kesedihan.

Mengapakah kita masih tidak mahu mengakui kekuatan Allah?

Allah swt yang telah mengangkat tujuh lapis langit dan menyempurnakan penciptaannya sehingga menjadi lapisan yang kukuh dan tertutup rapi sehingga tiada celah dan lubang sedikitpun. Langit-langit itu dijadikan indah kerana dihiasi dengan bintang-bintang. Langit-langit tersebut tersusun di atas tanpa tiang. Allah telah mengikatnya sehingga langit-langit tersebut tidak jatuh ke bumi.

Allah itu Maha Pengasih dan Allah Maha Penyabar dan memberikan tempoh untuk taubat bagi orang-orang yang berbuat zalim. Sedangkan orang-orang yang berbuat baik akan diberi pahala sesuai dgn amalnya.

Dialah yang mampu memberikan hukuman kepada orang-orang yang zalim dan Dialah yang berkehendak menerima taubatnya. Jika seseorang itu bertaubat maka Allah akan menghapuskan segala dosanya.

Apabila Allah menghendaki untuk memberikan pahala kepada orang-orang yang baik maka itu akan dilakukannya tanpa hisab, kerana pahala Allah jauh berlipat kali ganda berbanding setitik kebaikan yang dilakukan seorang hamba.

Seksaan yang dijatuhkan kepada hambaNya merupakan keadilanNya dan ampunan yang diberikan kepada seseorang merupakan rasa kasihan dariNya. Sedangkan kurnia yang dianugerahkan kepada seseorang merupakan keutamaan dariNya.Sungguh Allah Maha Sabar, sekalipun seorang hamba mencercakanNya!
Padahal mereka telah diciptakan dan diberikan rezeki namun mereka mencemuh dan mengejekNya.

Allah swt berfirman dalam hadis Qudsi :

“Anak Adam (manusia) mengumpatKu dan hal itu tidak elok. Anak Adam mencemuhKu dan cemuhan itu tidak elok.”

Allah swt berfirman :

“Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.”
(QS Al Kahfi : 5)

Seluruh makhluk adalah ciptaan Allah yang mana mereka tidak luput dari pemberian rezekiNya. Allah akan sentiasa mengingati orang-orang soleh yang terpilih.
Rasulullah saw bersabda kepada Ubai Bin Ka’ab yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadaku untuk membacakan al Quran kepadamu.”
Ubay berkata : “Allah menyebut namaku di langit yang tinggi?”
Rasulullah saw menjawab : “Ya”.

Maka menangislah Ubay Bin Ka’ab (menangis kerana bahagia).Orang-orang yang beriman itu merupakan pilihan dari Allah kerana Dialah yang telah memilih mereka agar sentiasa beriman kepadanya. Allah sentiasa memberikan pertolongan ke atas mereka yang berjihad fi Sabilillah. Menghiasi hati mereka dengan iman tersebut sehingga Allah mencintai mereka. Allah telah memberikan taufik hidayah kepada kaum muslimin dan menambahnya dengan petunjuk dan ketakwaan. Hati-hati mereka dilapangkan agar terus mahu menerima agama Islam dan Allah akan menerangi hati mereka dengan keimanan serta mengangkat darjat mereka dengan agama yang suci.

Jika mereka berperang, maka mereka akan mati syahid sesuai dengan janji Allah. Maka apabila salah seorang di antara mereka gugur dalam peperangan, Kursi singgahsana Allah telah bergoncang. Di antara orang yang syahid tersebut adalah seorang mujahid yg bernama Saad Bin Mu’adz ra. Dialah yang telah meniupkan roh ke dalam tubuh seseorang sehingga tubuh itu hidup. Dialah yang telah menjadikan lidah dapat bercakap. Dialah yang memberikan petunjuk ke dalam hati seseorang.
Lalu roh itu dicabut semula untuk bertemu dengan Sang Pencipta. Akhirnya ketika roh bertemu dengan Sang Pencipta, dia akan diajak berbicara tanpa penterjemah.
Rasulullah saw bersabda kepada Jabir Bin Abdullah :

“Sesungguhnya Allah berbicara kepada ayahmu tanpa penterjemah.”
Maka dia berkata : ‘Ucapkanlah keinginanmu.’

Golongan syaitan memerangi wali-wali Allah dan melakukan pelbagai tipu daya dan muslihat untuk menyesatkan mereka, mereka datang dari berbagai penjuru tetapi Allah Yang Maha Lembut sentiasa memelihara mereka.

Allah swt berfirman :

“Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja (di antara mu).”
(QS An Nisaa’ : 83)

Akal manusia tidak mampu mengatasi rahsia Ilahi. Akal fikiran manusia kebingungan untuk memahami keajaiban-keajaiban Allah.

Para kekasih Allah diuji dengan musuh-musuhnya. Ujian juga diberikan kepada Qarun sehingga sekelompok orang merasa berat ketika akan memikul kunci-kunci gudang kekayaan Qarun yang cukup banyak. Nabi Musa diuji oleh Allah sehingga dia tidak dapat makan kecuali makan dedaunan.

Allah memberikan harta yang berlimpah ruah kepada Umayyah Bin Khalaf sehingga beliau hidup bergelumang emas dan sutera. Sementara itu Allah menjadikan Rasulullah saw hidup dalam kemiskinan sehingga baginda terpaksa mengikatkan batu pada perutnya untuk menahan rasa lapar.

Allah memberikan petunjuk kepada Bilal yang merupakan seorang hamba abdi yang berbangsa Habsyi dan Allah menyesatkan Abu Lahab yang merupakan seorang yang dipandang mulia dan terhormat di kalangan suku Quraish. Allah memberikan petunjuk kepada Nabi Lut as dan menyesatkan isterinya. Allah memilih Ibrahim as menjadi kekasihNya dan menjadikan ayah Nabi Ibrahim sebagai orang yang celaka. Allah menyesatkan Firaun dan memberikan petunjuk kepada isterinya. Allah memilih Nabi Nuh as sebagai kekasihNya dan Allah murka kepada anak Nabi Nuh as.

Allah swt berfirman :

“Dia tidak ditanya tentang apa yg diperbuatNya dan merekalah yang akan ditanya.”
(QS Al Anbiya’ : 23)

“Bacalah” adalah kalimat pertama yang diajarkan oleh Allah kepada Rasulullah saw. Alam semesta adalah sebuah buku yang boleh dibaca dan semua yang ada di alam semesta adalah ibarat huruf-hurufnya.

Sedangkan kekuasaan Allah adalah ibarat penanya dan orang yang membaca adalah seorang yang buta huruf dan tajuk yang dibaca adalah :

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan Melainkan Allah.”

Maha Suci Allah yg telah menunjukkan diriNya kepada kita.
Para sahabat Nabi bertanya :
Adakah Allah itu dekat sehingga boleh diminta pertolongan atau jauh sehingga boleh dipanggil?
Maka turunlah ayat berikut :

“Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu.”
 (QS Al Baqarah : 186)

Pengakuan Allah :

“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku.”
(QS Taha : 14)

Sifat Allah :

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.”
(QS As Syuraa : 11)

Ketinggian dan Keagungan Allah :

“(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas `Arasy.”
(Taha, ayat 5)

Urusan Allah :

“Setiap waktu Dia dalam kesibukan.”
(QS Ar Rahman : 29)

Para musuh Allah bermesyuarat dan mempersiapkan gerakan untuk menghancurkan agama Allah, maka Allah swt berfirman :

“Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu.”
(QS Al Anfaal : 30).

Mereka tertawa dan meremehkan orang-orang mukmin dan orang-orang soleh, maka Allah swt berfirman :


“Allah akan membalas penghinaan mereka.”
(At Taubah : 79)

Akhirnya marilah kita sama-sama merasai kewajipan mengagungkan Allah swt di setiap keadaan dan situasi di samping kita perlu juga mengetahui hak-hak Allah ke atas kita supaya kita akan merasa redha dengan apa sahaja yg berlaku kepada diri kita kerana di sana ada hikmah yang tersirat yang mungkin tidak dapat diselami oleh akal fikiran kita yang terbatas ini.


Kadang-kadang kita tidak boleh hanya melihat sesuatu berdasarkan keadaan zahiriahnya sahaja tetapi lebih daripada itu perlu mempunyai mata hati (Basyirah) untuk menilai setiap perkara yang menimpa kita atau situasi yang berlaku di depan mata kita. Walau apapun yang berlaku di dunia ini, akhirnya pembalasan yang sebenarnya menunggu kita di akhirat.
Mungkin orang yang menipu berjaya dengan tipuannya di dunia tetapi ingat bahawa semua tipudaya itu tidak akan terlepas dari pandangan Allah swt dan Allah swt akan menghitung dan menghisab amalan-amalan kita sehingga tiada seorangpun dizalimi dan setiap kezaliman yang berlaku akan dibalas oleh Allah swt dengan seadil-adilnya. Inilah hakikat keyakinan dan keimanan kita kepada Hari Kiamat iaitu Hari Perhitungan dan Pembalasan terhadap segala amalan-amalan yang dikerjakan manusia di dunia.

Kiamat kecil bermula dengan kematian kita yang merupakan pintu pertama yang perlu kita tempuh menuju Alam Barzakh dan seterusnya Alam Mahsyar di mana sidang mahkamah yang sebenarnya akan berlaku sehingga ditentukan sama ada kita akan masuk Syurga atau Neraka. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami keyakinan terhadap hari pembalasan sehingga kami merasa takut untuk melakukan kezaliman walau sekecil manapun dan isikanlah hati kami dengan perasaan sentiasa mengagungkan Engkau dalam setiap gerakerja kami. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa Lagi Maha Bijaksana.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Aqidah
http://tinta-perjalananku.blogspot.com/2012/03/hak-allah-ke-atas-manusia.html