Ahmad
Firdaus Azis
"Ya ALLAH! Sesungguhnya kami memohon akan
Dikau keredhaan Engkau dan Syurga, dan kami berlindung dengan Engkau dari kemurkaan
Engkau dan api Neraka."
• Syurga dan Neraka adalah makhluk yang diciptakan ALLAH SWT. Kita semua akan Berada di antara 2 tempat tersebut kelak. Kita semua akan dibangkitkan di Akhirat Kelak dan dihisab setiap gerak kerja yang dilakukan masing-masing. Firman ALLAH SWT :
فَحَاسَبْنَاهَا حِسَابًا
شَدِيدًا
Maka Kami hitung amal Mereka satu Persatu
dengan hitungan yang Keras Rapi.
(Surah 65 ATH THALAAQ : 8)
• Setiap perbuatan yang dikerjakan sentiasa Dirakam dan Akan Dibentangkan di Akhirat kelak. Firman ALLAH SWT :
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ
عَنْ الْيَمِينِ وَعَنْ الشِّمَالِ قَعِيدٌ، مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ
رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan
menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu
duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada
sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan
ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
(Surah 50 QAAF : 17,18)
Firman
ALLAH SWT :
وَقَالَ قَرِينُهُ هَذَا
مَا لَدَيَّ عَتِيدٌ
Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada
bersama-samanya: "Inilah (Kitab catatan iman dan amal) orang yang terletak
dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)."
(Surah 50 QAAF : 23)
• Oleh itu janganlah kita menganggap kehidupan Akan Berakhir dengan kematian di Dunia, bahkan akan bersambung di Akhirat. Kehidupan yang kekal selama-lamanya. Sama-samalah Persiapkan Bekalan untuk ke sana...
(Kita semua akan dibangkitkan, dihimpun beramai-ramai bermula dari Nabi
Adam as, dibicara di mahkamah ALLAH SWT, akan disoal setiap amal perbuatan yang
dilakukan, di hitung amal masing-masing, setiap orang akan meniti titian sirat,
dan akhirnya ditentukan Syurga atau Neraka).
Bila kita persoalkan Syurga atau Neraka yang diinginkan? Sudah tentu Jawapannya adalah Syurga. Tetapi sekadar mana Kesungguhan kita untuk meraih SyurgaNya dan Kewaspadaan kita untuk menjauhi Azab NerakaNya? Adakah semudah jawapan yang ditanya sahaja, tanpa memerlukan Keimanan, Ketaqwaan pada ALLAH SWT? Fikir-fikirkanlah...
Di sini akan dinyatakan sebahagian Dalil-Dalil berkaitan keadaan Penghuni NERAKA. Mudahan dengan sedikit pengetahuan ini dapat melahirkan rasa takut, bimbang dan seterusnya meninggalkan apa-apa Perbuatan yang dilarang oleh Agama.
• ALLAH SWT telah mengingatkan kepada Hamba-hambanya supaya Memelihara Diri mereka serta Keluarga dari bahaya siksaan Api Neraka. Firman ALLAH SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
عَلَيْهَا مَلاَئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ لاَ يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ
مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah
diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia
dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang
keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada ALLAH dalam segala
yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan.
(Surah 66 AT TAHRIM : 6)
• Menunjukkan siksaan Neraka tersebut amat Dahsyat, yang tidak tertanggung oleh sesiapapun yang Merasainya. Firman ALLAH SWT :
إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُوصَدَةٌ
فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat
atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang
panjang.
(Surah 104 AL HUMAZAH : 8,9)
Pelbagai Jenis azab yang Berbeza dirasai. Di antaranya:
1. Api Neraka Membakar Muka Mereka.
Firman
ALLAH SWT :
تَلْفَحُ وُجُوهَهُمْ النَّارُ
وَهُمْ فِيهَا كَالِحُونَ
Api
neraka itu membakar Muka Mereka, dan tinggallah mereka di situ dengan Muka yang
Hodoh Cacat.
(Surah 23 AL
MUKMINUUN : 104)
2. Kulit Menjadi Masak.
Firman
ALLAH SWT :
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ
جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar
kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka.
Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang
lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya
ALLAH adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah 4 AN NISAA' : 56)
3. Dihancurkan Apa yang ada di dalam Perut dan Pukulan Dengan Besi.
Firman
ALLAH SWT :
هَذَانِ خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا
فِي رَبِّهِمْ فَالَّذِينَ كَفَرُوا قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِنْ نَارٍ يُصَبُّ مِنْ
فَوْقِ رُءُوسِهِمُ، يُصْهَرُ بِهِ مَا فِي بُطُونِهِمْ وَالْجُلُودُ، وَلَهُمْ مَقَامِعُ
مِنْ حَدِيدٍ
Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang
berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan
disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala
mereka air panas yang menggelegak. Yang dengannya Dihancurkan apa yang ada
dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka. Dan mereka pula disediakan
batang-batang besi untuk menyeksa mereka.
(Surah 22 AL HAJJ : 19,20,21)
4. Diseret Ke Neraka Dengan Muka Mereka.
Firman
ALLAH SWT :
إِنَّ الْمُجْرِمِينَ فِي
ضَلاَلٍ وَسُعُرٍ ، يَوْمَ
يُسْحَبُونَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ ذُوقُوا مَسَّ سَقَرَ
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa
berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada
dalam) api neraka. Semasa mereka diseret di dalam neraka (dengan tertiarap)
atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): rasalah kamu bakaran api
neraka.
(Surah 54 AL QAMAR : 47,48)
5. Diliputi oleh Api Neraka.
Firman
ALLAH SWT :
وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ
بِالْكَافِرِينَ
Dan sesungguhnya azab jahanam meliputi
orang-orang yang kafir.
(Surah 9 AT TAUBAH : 49)
6. Makanan mereka adalah Zaqqum dan
Ghislin.
Firman
ALLAH SWT :
إِنَّ شَجَرَةَ الزَّقُّومِ،
طَعَامُ الأَثِيمِ، كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ، كَغَلْيِ الْحَمِيمِ
(Ingatlah), sesungguhnya pokok zaqqum.
(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (Makanan ini
pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut. Seperti mendidihnya air
yang meluap-luap panasnya.
(Surah 44 AD DUKHAAN : 43,44,45,46)
Firman
ALLAH SWT :
أَذَلِكَ خَيْرٌ نُزُلاً
أَمْ شَجَرَةُ الزَّقُّومِ، إِنَّا جَعَلْنَاهَا فِتْنَةً لِلظَّالِمِينَ، إِنَّهَا
شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ، طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ،
فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ
Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan
yang termaklum itu atau pokok zaqqum? Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum
itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka
di akhirat). Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang
marak menjulang; Buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan; [Maka sudah tentu
mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi
perut darinya.
(Surah 37 AS SAFFAT : 62,63,64,65,66)
7. Minuman mereka adalah Air Mendidih, Nanah, Air Danur.
Firman
ALLAH SWT :
وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا
فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ
Dan diberi minum dari air yang menggelegak
sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?
(Surah 47 MUHAMMAD : 15)
Firman
ALLAH SWT :
وَلاَ طَعَامٌ إِلاَّ مِنْ
غِسْلِينٍ
Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan
dari air danur.
(Surah 69 AL HAAQQAH : 36)
Firman
ALLAH SWT :
مِنْ وَرَائِهِ جَهَنَّمُ
وَيُسْقَى مِنْ مَاءٍ صَدِيدٍ، يَتَجَرَّعُهُ وَلاَ يَكَادُ يُسِيغُهُ وَيَأْتِيهِ
الْمَوْتُ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ وَمَا هُوَ بِمَيِّتٍ وَمِنْ وَرَائِهِ عَذَابٌ غَلِيظٌ
Di belakangnya disediakan neraka Jahanam,
dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka).
Ia meminumnya dengan terpaksa dan
hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia
didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati
(supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa
yang lebih berat.
(Surah 14 IBRAHIM : 16,17)
• Inilah sebahagian Dalil-Dalil yang menerangkan Berkaitan Azab siksaan Neraka kelak. Moga ia memberi pengajaran pada kita Semua. Siksaan yang cukup Dahsyat di sana, Penyesalan di sana sudah tiada gunanya. Harta, Pangkat, Kedudukan, Keluarga dan segalanya sudah tidak dapat dimanfaat lagi di sana. Firman ALLAH SWT :
فَلَيْسَ لَهُ الْيَوْمَ
هَاهُنَا حَمِيمٌ
Maka
pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta
sahabat handai (yang dapat menolongnya).
(Surah 69 AL HAAQQAH : 35)
• Justeru
itu, marilah Sama-sama kita memuhasabah Diri masing-masing, Adakah kita semua
sudah melaksanakan tuntutan Agama dalam kehidupan seharian. Menjaga
batasan-batasanNya, Halal, Haram pada setiap sudut aspek Kehidupan. Kalau Diri
sudah terjaga, lihat pula pada Keluarga & Anak-anak. Seterusnya saling
mengingatkan pada Sanak-saudara, teman-teman serta masyakarat lainnya.
• Tidak dapat tidak Kita Perlu mengambil berat soal Perkara Agama. Tentang di mana Halal dan Haram dan semua Aspek Agama yang Wajib diketahui oleh tiap individu yang bergelar Muslim.
• Islam bukan Agama yang sempit, susah zalim dan sebagainya. Bahkan Islam datang sebagai Rahmat, Penyelamat bagi sekalian Manusia. Yang mencorakkan Kehidupan dengan nilai-nilai, cara-cara yang Murni, berbeza dengan Kehidupan Barat yang tiada Tamadun. Tiada Halal Haram dalam kehidupan mereka, hanyalah Mencari Dunia semata-mata. Tak diendahkan Perkara Akhirat.
• Akhirya, Sama-samalah kita saling sentiasa Peringatkan Diri, Keluarga dan Masyarakat supaya tidak terus leka, hanyut dengan segala permainan Dunia ini. Kita Pohon pada ALLAH SWT agar diistiqamah Diri dalam mentaati segala perintahNya. Diberi kekuatan Iman dalam menghadapi Ujian yang semakin hari semakin mencabar ini.
• NABI MUHAMMAD SAW mengingatkan supaya kita Berlindung dari 4 perkara dan Disuruh membacanya setiap kali selepas Tahiyyat Akhir.
أللهم إنا نعوذبك من عذاب
جهنم ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات ومن شر المسيح الدجال
Sabda NABI MUHAMMAD SAW :
إذا فرغ أحدكم من التشهد
فليتعوذ بالله من أربع. من عذاب جهنم ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات ومن شر
المسيح الدجال
Apabila kamu selesai membaca tasyahhud
akhir maka berlindunglah kamu dari 4 perkara. Daripada azab api neraka, azab
siksaan kubur, segala fitnah kehidupan dan kematian dan kejahatan fitnah
dajjal.
(Hr Bukhari Muslim)
http://sawadhanas.blogspot.com/