Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 10 Mac 2014

P 81 : BERJALAN MENUNTUT ILMU

Daripada Katsir bin Qais Radhiyallahu’anhu, dia berkata : “Ketika aku sedang duduk di sebelah Abu Darda’ di Masjid Damaskus. Tiba-tiba datang seorang lelaki kepadanya, lalu lelaki itu berkata : 

“Wahai Abu Darda’, Aku datang kepada mu dari kota Madinah untuk keperluan sebuah hadits yang sampai kepada ku bahawa engkau pernah meriwayatkannya dari Rasulullah Shallallahu’ala ihi wa sallam. Abu Darda’ berkata : “Apakah kamu datang (sekalian) untuk berdagang?” Dia menjawab : “Tidak” Abu Darda’ berkata lagi : “Apakah kamu datang (sekalian) untuk keperluan selain itu?” Dia (laki-laki itu) menjawab : “Tidak” Abu Darda’ berkata : “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu’ala ihi wa sallam bersabda : 

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya, kerana redha kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya orang menuntut ilmu akan dimintakan ampunan oleh makhluk yang ada di langit dan di bumi hingga ikan yang ada di dalam air. Sesungguhnya keutamaan seorang alim (ulama) dibandingkan seorang ahli ibadah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang. Sesungguhnya para Ulama adalah pewaris para Nabi. Dan Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham. Tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.” 

[Hasan Shahih : Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah rahimahullah dalam Sunan nya hadits no 223, Imam Abu Daud rahimahullah dalam Sunan nya, hadits no 3641. Imam Ibnu Hibban rahimahullah di dalam Shahih nya hadits no 88. Imam At-Tirmidzi rahimahullah di dalam Sunan nya hadits no 2682, Imam Ad-Darimi rahimahullah di dalam sunan nya, hadits no 342, Imam Ahmad rahimahullah di dalam Musnad nya, hadits no 21612 (tahqiq Ahmad Syakir) atau no 21715 (tahqiq Syuaib dkk). Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah, dan dihasankan oleh Syaikh Syu'aib, Syaikh Fawwaz, Syaikh Khalid, Syaikh Hamzah.] 




P 80 : ILMU ITU APA PERANTARANYA

>> Jika ilmu dalam bentuk kata dan tulisan, maka mata perantaranya. 

>> Jika ilmu dalam bentuk suara dan nada, maka telinga perantaranya. 

>> Jika ilmu dalam bentuk rasa dan selera, maka lidah dan mulut perantaranya. 

>> Jika ilmu dalam bentuk aroma dan wewangian, maka hidung perantaranya. 


>> Jika ilmu dalam bentuk suhu dan sentuhan maka kulitlah perantaranya. 





P 79 : KEMAKSIATAN HANYALAH TIPU DAYA

Imam Ibnul Jauzi berkata: “Aku mengingatkan, bahawa maksiatlah yang menyebabkan seseorang dimasukkan ke dalam api neraka. Kemaksiatan memang memberikan kenikmatan di dunia, padahal sebenarnya kemaksiatan hanyalah tipu daya dan tidak ada gunanya. Sungguh menghairankan bagaimana mungkin seseorang yang waras akan menuruti hawa nafsunya dan lebih senang dengan neraka jahanam nantinya?”
(Shaidul Khatir)




P 78 : MENDAPAT KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

Daripada Abu Razin r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Tidakkah aku kabarkan kepadamu beberapa perkara asas yang mana kamu akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat? Hendaklah kamu duduk di dalam majlis-majlis ahli zikir, dan apabila kamu bersunyi diri hendaklah kamu menggerakkan lidah kamu setakat mana yang kamu mampu untuk berzikrullah.”
(HR Baihaqi)




P 77 : LAPAN BAHAGIAN

Daripada Huzaifah r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Islam itu terdiri dari lapan bahagian (yang penting). Islam (iman) satu bahagian, mendirikan solat satu bahagian, membayar zakat satu bahagian, menunaikan Haji satu bahagian, berpuasa satu bahagian, menyeru kepada kebaikan satu bahagian, mencegah daripada kemungkaran satu bahagian dan berjihad di jalan Allah Taala satu bahagian, sesungguhnya gagallah bagi mereka yang tidak ada satu bahagianpun daripadanya.”
(HR Al-Bazzar)




P 76 : HILANGKAN SATU KESUSAHAN ATAU MENYEMBUNYIKAN KESALAHAN

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Jikalau seseorang menghilangkan satu dari kesusahan seseorang di dunia ini, Allah akan menghilangkan satu kesusahan darinya pada hari akhirat. Dan jikalau seseorang menyembunyikan satu kesalahan seorang muslim, Allah SWT akan menyembunyikan kesalahan-kesalahannya di akhirat, Allah SWT akan tetap membantu seorang selagi dia membantu saudaranya.”
(HR Musnad Ahmad)




P 75 : TITIK HITAM DALAM HATI KITA

Sekali Kita Sebut "Astaghfirullahalazim," Allah SWT Akan Hilangkan Satu TITIK HITAM Dalam Hati Kita. SEBARKAN, Biar Semua Orang tahu bahawa Islam Itu Mudah Dan Indah.