Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 21 Disember 2013

N 147 : JERITAN TANGISAN IBLIS

Dalam Kitab Al Jami' Liahkam al Quran karya Imam Al Qurthubi dijelaskan bahawa ada tiga hal yang bboleh menyebabkan iblis menangis dengan sekeras-kerasnya.

PERTAMA,
Ketika diturunkannya Surah al Fatihah, yang mana surah ini adalah surah yang paling afdhal di dalam al Quran.
Jadi di manapun dan bila-bilapun surat al Fatihah dibaca, iblis laknatullah akan menjerit dan menangis.

KEDUA,
Kelahiran Nabi Muhammad SAW, makhluk yang paling mulia sejagat raya, kerana
berkat bimbingan Beliau, orang yang sudah memiliki dosa setumpuk gunung boleh terhapus dosanya hanya dengan mengucapkan syahadat saja.
Sebagai contoh saja, pada zaman Rasulullah SAW ada orang yang tua renta kisaran berumur 100 tahun lebih mengadu kepada Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah, apakah agamamu boleh menghapuskan dosa-dosa yang telah aku perbuat, yang mana dosaku setumpuk gunung, berzina, mabuk, berjudi dan sebagainya dan kalau dikumpulkan akan melebihi dosa orang yang paling banyak dosanya di muka bumi ini, "kata orang tua itu.

"Boleh," jawab Rasulullah SAW.

"Lalu apa yang harus aku lakukan?" tanya orang tua itu.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Ucapkanlah Syahadat."

Kemudian orang tua itu pergi menuju rumahnya.

Selang 3 hari kemudian terdengar kabar kalau orang tua itu meninggal dunia dan Rasulullah SAW pun bersabda, "Orang tersebut termasuk golongan orang yang masuk syurga."


KETIGA,.
Ucapan salam ternyata ucapan salam dari seorang mukmin pada mukmin lainnya boleh membuat iblis menangis dengan kerasnya.

Hal ini seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra, Ibnu Abbas berkata, "Sesungguhnya iblis yang terkutuk itu akan menangis pada saat seorang mukmin bersalam dan dia (iblis) berkata, "Aduh, celakanya, kedua mukmin itu tidak akan berpisah melainkan akan diampuni dosa-dosanya."

Rasulullah SAW sendiri sangat menekankan ucapan salam bagi seorang mukmin sebelum perkataan lain diucapkan. Dalam hadits, Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Hadits lainnya ada yang mengatakan. Rasulullah SAW bersabda,

"Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang banyak."

Itulah 3 hal yang boleh membuat iblis menangis dengan keras.

Sungguh sangatlah beruntung kita ini dengan lahirnya Nabi Muhammad SAW.

Semoga ALLAH melindungi kita semua dari godaan dan gangguan syaitan, serta menetapakn kita di atas jalanNya yang lurus sampai kita bertemu denganNya kelak.

Dan semoga selawat dan salam selalu tercurah kepada Nabi Muhammad, kepada keluarganya, isteri-isterinya, sahabat-sahabatnya serta yang mengikuti mereka dengan ihsan sampai hari kiamat.

Aamiin


N 146 : TUJUH AMALAN YANG PAHALANYA TERUS MENGALIR

Dalam sebuah Riwayat Rasulullah Shallallahu'Alaihi Wasallam bersabda :

"Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia adalah:

1. Ilmu yang disebar luaskannya (share atau halaman lainnya yang menyebarkan amal kebaikan). Termasuk menyebarkan ilmu dan Anda mendapatkan Pahala kerananya.
2. Anak soleh yang ditinggalkan.
3. Mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskan.
4. Masjid atau Mushola yang dibangunnya.
5. Rumah yang dibangunnya untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan.
6. Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak dan lain."
7. Harta yang disedekahkannya.”
(HR. Ibnu Majah).

Ya Allah..
Yang Menguasai langit dan bumi, berikanlah kami kekuatan dan kemampuan kepada kami agar boleh mengamalkan ilmu.
Aamiin Ya Robbal'alamin.


N 145 : AMALAN DI MALAM JUMAAT & HARI JUMAAT

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Perbanyaklah selawat kepadaku pada pada hari Jumaat dan malam Jumaat, barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali nescaya ALLAH berselawat kepadanya sepuluh kali."
(HR. Al Baihaqi,shahih).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR.An Nasa’i dan Baihaqi, shahih).
Subhanallah.


N 144 : APA YANG TENTUKAN NASIB KITA

"Saat detik-detik kematian itu manusia akan melihat malaikat dan akan mendengar kalimat yang sangat menentukan nasibnya dari malaikat yang turun kepadanya atas perintah ALLAH. Dan bila ia seorang mukmin ia akan mendengar : "Wahai Jiwa yang baik, keluarlah menuju ampunan ALLAH dan keredhaanNya."
( HR.Ahmad )

"Dan bila ia seorang kafir ia akan mendengar : Wahai Jiwa yang keji, keluarlah menuju kemurkaan ALLAH dan kemarahanNya."
( HR.Ahmad )

Ya ALLAH,.
Matikanlah kami dalam keadaan Khusnul Khotimah.
Aamiin

N 143 : TELINGA BERDENGING

Isi kandungan bagi tajuk ini dibuang. Dibimbangi mengelirukan umat Islam kerana tiada hadis shahih. Terima kasih atas teguran yang telah diberikan... Bersama-samalah kita berusaha untuk mencari ilmu...Ilmu yang diredhai Allah swt. Semoga Allah swt memberkati kita semua... Apa-apapun carilah ilmu daripada para ulama dan pakar-pakar agama. Saya cuma berkongsi ilmu dengan saudara saudari sekelian. Segala kelemahan dan kekhilafan adalah daripada diri saya sendiri... Mohon maaf... Ampunkanlah dosa kami Ya Allah.. Tiada tempat kami memohon keampunan atas dosa-dosa kami,  selain kepadaMu jua Ya Allah.

SUBHANALLAH
Alangkah baiknya kita sentiasa mengingat akan kebesaran ALLAH SWT, dan sentiasa memberi salam penghormatan kepada Baginda Rasulullah SAW dengan Selawat yang mudah-mudahan ALLAH memberikan kita kemuliaan dan kehormatan baik di dunia, mahupun di akhirat.

Aamiin.

N 142 : KETIKA KITA MENGELUH

Ketika kita mengeluh : “Ah, tak mungkin kot...” اَللّهُ menjawab : “Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi,” maka jadilah."
Ketika kita mengeluh : “Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ” اَللّه menjawab : “AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan.”
Ketika kita mengeluh : “serabutnyaa ... ” اَللّهُ menjawab : “Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang.”

Ketika kita mengeluh : “aku sedih sangat... ” اَللّهُ menjawab : “La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita. 

N 141 : AWASI DIRI DAN KELUARGA KITA

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhanpun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunanpun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS!!!

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,  ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, Solat makin hari makin liat. Apabila solat jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat. Yang lelaki, budak-budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat!  Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindiri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Catatan : Kiamat termasuk kiamat kecil = MATI



N 140 : MANA TAHU..

••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah...


N 139 : KEBURUKAN ITU DAPAT DIPADAMKAN DENGAN KEBAIKAN

Hati kita boleh berkarat seperti karatnya besi, ia tidak dapat dipadamkan dengan menambah keburukan yang lain. Tetapi keburukan itu dapat dipadamkan dengan kebaikan, sesungguhnya yang kotor itu tidak akan menyucikan yang kotor. 
Nak bersihkan hati banyakkanlah membaca al Quran dan mengingati mati. Jika hati menjadi hitam atau karat kerana maksiat, maka melakukan KEBAIKAN adalah cara yang terbaik untuk memadamkannya. TAUBAT sudah semestinya salah satu daripada jalannya. ISTIQAMAH pula pasti menjadi tongkatnya.


N 138 :PERINTAH AHLI KELUARGA BERSOLAT

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda bermaksud: 

“Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana ALLAH akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”

“Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir.” 
(Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda’) 

Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM lagi bermaksud: 

“Barangsiapa bertemu ALLAH sedang ia mencuaikan solat, maka ALLAH sama sekali tidak akan mempedulikannya.” 
(Riwayat Tabarani)

N 137 : BEZA ORANG JAHIL DENGAN ORANG BERILMU

Orang JAHIL akan melenting dan marah bila dilabelkan JAHIL dengan apa yang dia sendiri tunjukkan.. Orang berilmu pula akan senyum dan diam bila dituduh jahil tanda rendah diri, fakir dan kerdil di sisi Allah.

Cintakan Allah~hidup mengikut syariat...
Cintakan Nabi Muhammad~hidup mengikut Sunnah Baginda...
Cintakan Ibu Bapa~jadi anak soleh dan solehah...
Cintakan Sahabat~jadi sahabat sejati...

Cintakan Suami/Isteri~bimbing mereka ke SyurgaNYA

Khamis, 19 Disember 2013

N 136 : SEPULUH AMALAN HARIAN PENYEGAR IMAN

1. ZIKIR PAGI DAN PETANG.

"Dan sebutlah (nama) Rabb-mu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."
(Q.S. Al-A'raf : 205)

2. RUTIN SOLAT DHUHA.

"Pada pagi hari setiap persendian kalian diwajibkan sedekah, setiap ucapan tasbih itu bernilai satu sedekah, setiap kalimat tahmid itu bernilai satu sedekah, satu ucapan tahlil bernilai satu sedekah, satu ucapan takbir bernilai satu sedekah, memerintah yang makruf satu sedekah, mencegah yang mungkar satu sedekah dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat dhuha."
(HR. Muslim)

3. SOLAT BERJAMAAH TEPAT WAKTU.

"Kalau saja manusia tahu pahala panggilan solat dan shaf awal, kemudian mereka tidak boleh mendapatkannya selain harus dengan mengundi, pasti mereka akan mengundi,"
(H.R.Muslim)

4. MENJAGA SOLAT RAWATIB.

"Tidaklah seorang hamba melakukan solat sunnah dengan ikhlas lillahi taala setiap hari sebanyak 12 rakaat, melainkan pasti ALLAH akan membangunkan rumah di jannah."
(H.R.Muslim)

5. MEMBACA AL QURAN.

"Bacalah al Quran kerana sesungguhnya al Quran akan datang sebagai pemberi syafaat bagi sahabatnya (orang yang rajin qira'ah Quran)."
(H.R. Muslim)

6. BERUSAHA DALAM KEADAAN SUCI.


"Sesiapa yang berwuduk dan memperbaguskan wuduknya, kesalahan-kesalahannya akan keluar dari jasadnya, bahkan sampai keluar dari ujung-ujung kukunya."
(H.R.Muslim)

7. SEDEKAH HARIAN.

"Seorang lelaki datang menemui rasulullah shalallahu alaihi wasallam dan bertanya, "Wahai rasulullah, sedekah apa yang paling utama?" Rasulullah shalallahu alaihi wasallam menjawab, "Bersedekahlah saat kau dalam keadaan sihat, kikir, takut miskin dan sedang berharap menjadi kaya, tidak menunda sampai nyawa sampai dikerongkong baru kau berkata, "Aku sedekahkan ini untuk si fulan sebegini," padahal itu sudah menjadi bahagian si fulan(ahli warisnya).”
(H.R. Bukhari)

8. MEMBACA BUKU.

"Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
(Q.S.Az-Zummar)

9. ISTIGHFAR MINIMAL 100X.

"Demi ALLAH,aku selalu beristighfar dan bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari."
(H.R.Muslim)

10. WITIR SEBELUM TIDUR.

"Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata, "Kekasihku (rasulullah shalallahu alaihi wasallam) mewasiatkan padaku agar melaksanakan shaum tiga hari setiap bulan, dua rakaat dhuha dan solat witir sebelum tidur."
(muttafaq alaih)

KUTIPAN DARI BONUS MAJALAH Ar risalah edisi 138

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Sedekah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini.
Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.
Subhanallah...
Semoga Kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah dan semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati Kita yang telah lama terkunci.
Aamiin.


N 135 : JANGAN MALAS

Memasrahkan satu hal pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang selayaknya hal tersebut dapat kita selesaikan adalah suatu kesalahan, berikhtiar sebelum menyerahkan urusan pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah kewajipan tiap-tiap hamba.
Ada suatu riwayat di zaman RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Seorang sahabat datang ke masjid dengan mengendari unta. Begitu turun ia langsung ke masjid tanpa mengingat untanya. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM lalu menegur: “Kenapa untamu tidak diikat?” Sahabat itu lalu menjawab: “Saya pasrahkan kepada ALLAH.” Lalu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menjawab: “Ikatlah, baru kemudian pasrah kepada ALLAH.”

Mudah-mudahan ada hikmah yang boleh kita ambil dari tulisan singkat ini. Kebenaran datangnya daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, meluruskan kebatilan adalah tugas kita bersama.
Salawat dan salam serta Kemuliaan teruntuk RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, salam berkah dan rahmat semoga tertuju pada keluarga, sahabat dan seluruh umat pengikut beliau hingga akhir zaman.

ﻭَﺇِﺫْ ﺗَﺄَﺫَّﻥَ ﺭَﺑُّﻜُﻢْ ﻟَﺌِﻦْ ﺷَﻜَﺮْﺗُﻢْ ﻷﺯِﻳﺪَﻧَّﻜُﻢْ ﻭَﻟَﺌِﻦْ ﻛَﻔَﺮْﺗُﻢْ ﺇِﻥَّ ﻋَﺬَﺍﺑِﻲ ﻟَﺸَﺪِﻳﺪٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: 

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."
(Surah 14  IBRAHIM : 7)

N 134 : INGIN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR

Daripada Al-faqih menegaskan bahawa jika ingin selamat dari siksa kubur, maka lakukan enam perkara dan lenyapkanlah enam perkara:

Solat lima waktu
Banyak sedekah
Selalu membaca al Quran
Banyak bertasbih/zikir
Banyak Solat Tahajud
Jangan Pernah Putus Silaturahimi.

Sedangkan empat perkara yang mendatangkan siksa kubur iaitu :

Jika berkata ia Dusta, meski dalam hal bercanda
Jika berjanji ia Khianat,
Adu Domba,
Menyisakan air kencing (tidak dibersihkan secara benar-benar).

Rasulullah Muhammad ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ bersabda:

"Bersihkanlah air kencingmu sebersih-bersihnya kerana kebanyakan siksa kubur akibat air kencing yang tersisa meskipun sudah dibersihkan.”
(HR.Muslim)

Rasulullah Muhammad ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ bersabda:

”Empat perkara yang di benci ALLAH, iaitu:

1. Main-main ketika solat.
2. Bergurau di tengah tengah baca al Quran.
3. Berkata Keji Ketika Puasa dan
4. Tertawa-tawa di kuburan.”

Mari Aminkan doa bersama agar mustajab

Ya ALLAH Lindungilah kami dari :

Siksa kubur
Godaan syaitan saat Sakaratul Maut
Su'ul Khotimah
Aamiin Yaa'Robbal'alamiin.


Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri),"
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)





N 133 : ZIKIR PENENANG HATI - HASBI RABBI

Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung

Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hati ku kecuali Allah

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA

Haqqul Laillahhaillallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah..



N 132 : ANTARA MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN KETIKA SOLAT SUBUH

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni. Zzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah.
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.
Syaitan - Ahh, takyahlah. Dah lapar ini! Mmm.. Sedapnyaaaa.

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah! Takda style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh! Awal lagi. Hmm, aahh. Suruh si X, punchkanlah.

Manusia - Azan sudah kedengaran.
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.
Syaitan - Baru pukul berapa? Relakslah. Awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.. Takleh tengok ini, berdosa!
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat & Mengetahui!
Syaitan - Perggghh! Best tu. Rugi oh kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri fikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah susah, pandai pandailah.

Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya sekali. Rugilah. (kalau sempatlah)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, takda sesiapa yang tahu. Jomlah!

Manusia - Uh.. Letihnya hari ni. Tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia & akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) & kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu.


N 131 : PETUA UNTUK AWET MUDA CARA ISLAM

Petua 1 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah Surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.


Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.