Oleh: Syaikh
Ihsan bin Muhammad bin Ayis al-Utaibi
Alhamdulillah tamat
himpunan 100 hadis palsu dan dhaif yang dikumpul Syaikh Ihsan al-Utaibi.
Hadis-hadis palsu dan lemah bukanlah setakat 100 ini sahaja, masih terdapat
banyak lagi yang berlegar-legar digunakan/disampaikan di luar sana. Maka
seharusnya kita lebih bijak dan berhati-hati setiap kali berinteraksi dengan
hadis-hadis Nabi. Mempelajari serba sedikit ilmu hadis tidaklah merugikan malah
in sya ALLAH memberikan manfaat yang tidak ternilai selain 'mendekatkan' kita
dengan NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM.
Disediakan oleh: Syaikh Ihsan bin Muhammad bin Ayis al-Utaibi (anak murid Syaikh Nasr al-Din al-Albani)
فهذه (100) حديث من الأحاديث الضعيفة والموضوعة وهي منتشرة بين الخطباء والوعاظ ، وفي الصحيح ما يغني المسلم عن الأخذ بالضعيف
Ini adalah 100 buah
hadis Dha'if dan Maudhu' yang tersebar luas di kalangan
khatib/penceramah/pendakwah. Hadis shahih sudah memadai tanpa perlu mengambil
hadis Dha'if.
Kerana masalah font Arab tidak dapat disusun dengan baik di forum ni maka saya akan post terjemahannya sahaja. Untuk melihat matan Arab lawati Code:
http://www.assiraj.bizland.com/library/Uta...n_Hadith100.htm
1.
Hadis-hadis berikut hanya akan disertakan
dengan statusnya sahaja (palsu atau lemah) komentar panjang lebar tentang punca
kelemahan hadis-hadis berikut tidak disertakan, sekiranya berminat semak kitab-kitab
yang dinyatakan sebagai rujukan.
2.
Kita berterima kasih kepada ustaz Zain y.s dan
sahabat-sahabat daripada al-Ahkam.net kerana menterjemahkan hadis-hadis ini.
3.
Apabila disebut nama kitab Silsilah al-Dhaifah
ianya adalah kitab Silsilah al-Ahadis al-Dhaifah wa al-Maudhuat
4.
Dhaif = lemah
Maudhu'
= palsu
1.
Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat
mencegah fahsya' dan munkar, tidak akan bertambah daripada ALLAH melainkan
semakin jauh dariNya.
Komen Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan. rujuk Mizan al-I'tidal 3/293. Silsilah al-Dhaifah 2/985. Takhrij al-Ihya' 1/143
Komen Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan. rujuk Mizan al-I'tidal 3/293. Silsilah al-Dhaifah 2/985. Takhrij al-Ihya' 1/143
2.
Bercakap di dalam
masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan
rumput.
Komen Albani: Tiada asalnya. rujuk Tabaqat Syafi'iyah 4/145. Takhrij al-Ihya' 1/136
3.
Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan
hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati
keesokan harinya.
Komen Albani: Tidak sah daripada NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 8
Komen Albani: Tidak sah daripada NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 8
4.
Aku adalah datuk kepada
setiap orang yang bertaqwa.
Komen
Albani: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 9
5.
Sesungguhnya aku
dibangkitkan sebagai guru.
Komen
Albani: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 11. Takhrij al-Ihya' 1/143
6.
ALLAH telah mewahyukan
kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadaKu dan
sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu.
Komen
Albani: Maudhu'. rujuk al-Fawaid al-Majmu'at no. 712. Silsilah al-Dhaifah - no.
12
7.
Berhati-hatilah kamu terhadap Khadra'
ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak.
Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang tumbuh di suasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat).
Komen Albani: Terlalu dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 42/2. Silsilah al-Dhaifah - no. 14

8.
Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik
mereka maka baiklah manusia. Iaitu umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz
lain, umara' dan ulama'.
Komen Albani: Maudhu'. rujuk Takhrij al-Ihya' 1/6. Silsilah al-Dhaifah - no. 16
Komen Albani: Maudhu'. rujuk Takhrij al-Ihya' 1/6. Silsilah al-Dhaifah - no. 16
9.
Bertawassullah dengan
kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di sisi ALLAH adalah
agung.
Komen al-Albani: Tiada asalnya. rujuk
Iqtidha ' al-Sirat al-Mustaqim 2/415.
Silsilah al-Dhaifah - no. 22
10.
Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan
mengucapkan: Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang
memohon kepadaMu dan aku memohon dengan hak perjalanan ini………… ALLAH akan
mengadap wajahnya dan seribu malaikat akan memohon keampunan untuknya.
Komen al-Albani: Dhaif. al-Busairi mengatakan: Sanadnya musalsal tetapi lemah. Silsilah al-Dhaifah - no. 24
Komen al-Albani: Dhaif. al-Busairi mengatakan: Sanadnya musalsal tetapi lemah. Silsilah al-Dhaifah - no. 24
11.
Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari
kiamat.
Komen Ibn Hajar: Aku tidak mengenalinya. lihat al-Maqasid al-Hasanah ms.208. Tazkirat al-Maudhuat-no 68.al-Asrar al-Marfu`ah fi al-Khabar al-Maudhuah ms. 195
Komen Ibn Hajar: Aku tidak mengenalinya. lihat al-Maqasid al-Hasanah ms.208. Tazkirat al-Maudhuat-no 68.al-Asrar al-Marfu`ah fi al-Khabar al-Maudhuah ms. 195
12. Sesiapa yang
tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan
dirinya sendiri.
Komen
Albani: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no.39.Dhaif al Jami’ al Shaghir –
hadis no. 5861. Majma’ al Zawaaid - no.8254. al-Maudhuat 3/69.La'ali al-Masnu'ah
2/279. Tartib al-Maudhu'at no. 839
13. Barangsiapa
yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri
dariku.
Komen
Albani: Maudhu'. rujuk al-Shaghani di dalam al-Maudhuat - no. 53. Silsilah
al-Dhaifah - no. 44
14. Barangsiapa
yang berhaji ke Baitullah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnya dia telah
memalingkan diri dariku.
Komen
al-Zahabi, al-Shaghani & al-Syaukani: Maudhu'. rujuk Tartib al-Maudhu'at -
no.600, al-Maudhuat - no.52. al-Fawaid al-Majmuah - no. 326
15. Barangsiapa
yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah-olah
menziarahiku semasa aku hidup.
Komen
Ibn Taimiyyah: Dhaif. rujuk al-Qaidah al-Jalilah 4/5250
Komentar Albani: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 47
Komentar Albani: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 47
16.
Ikhtilaf (perbezaan pendapat) di kalangan
umatku adalah rahmat.
Komen Albani: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 11. al-Asrar al-Marfu`ah - no.506
Komen Albani: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 11. al-Asrar al-Marfu`ah - no.506
17. Para
sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana-mana yang kamu ikuti
pasti akan mendapat petunjuk.
Komen
Albani: Maudhu'. Silsilah al-Dhaifah - no. 66
18. Barangsiapa
yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya.
Dinilai
Maudhu' di dalam al-Asrar al-Marfu'ah - no.506 & Tazkirah al-Maudhu'at -
no. 11.
19.
Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku.
Komen Ibn Taimiyah: Tiada isnad yang thabit. rujuk Ahaddis al-Qashas - no.78. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.1020.Tazkirah al-Maudhu'at - no. 87
Komen Ibn Taimiyah: Tiada isnad yang thabit. rujuk Ahaddis al-Qashas - no.78. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.1020.Tazkirah al-Maudhu'at - no. 87
20.
Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang
alim. Dan orang-orang alim semuanya binasa kecuali orang-orang yang beramal.
Dan orang-orang beramal semuanya tenggelam kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan
orang-orang yang ikhlas semuanya dalam bahaya yang besar.
Komen Al-Saghani: Maudhu'. rujuk al-Maudhuat al-Saghani - no.200.al-Fawaid al-Majmu'ah - no.771. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 200
Komen Al-Saghani: Maudhu'. rujuk al-Maudhuat al-Saghani - no.200.al-Fawaid al-Majmu'ah - no.771. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 200
21. Bekas mulut
orang beriman adalah ubat.
Status:
Tiada asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu`ah - no.217. Silsilah al-Dhaifah - no.
66.
22. Apabila kamu
melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, maka kamu
datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situ ada
khalifah ALLAH, al-Mahdi.
Status:
Dhaif. rujuk al-Maudhuat Ibn al-Jauzi 39/2. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 233
23. Orang yang
bertaubat adalah kekasih ALLAH.
Status:
Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 95
24.
Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar
aku membimbing.
Status: Tiada asalnya. Silsilah al-Dhaifah - no. 101
Status: Tiada asalnya. Silsilah al-Dhaifah - no. 101
25.
Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah
mereka terjaga.
Status: Tiada asalnya. al-Asrar al-Marfu`ah - no.555. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.766. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 200
Status: Tiada asalnya. al-Asrar al-Marfu`ah - no.555. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.766. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 200
26. Barangsiapa
yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu adalah
benar.
Status:
Maudhu'. rujuk al-La’ali al-Masnu`ah 2/286. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.669
27. Berkahwinlah
dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy.
Status:
Maudhu'. Tartib al-Maudhuat - no.694. al-Maudhuat al-Saghani - no.97
28.
Sembahyang perlu diulang apabila ada darah
sekadar satu dirham.
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu`ah - no.138. al-Maudhuat Ibn al-Jauzi 76/2
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu`ah - no.138. al-Maudhuat Ibn al-Jauzi 76/2
29. Orang yang
pemurah itu hampir dengan ALLAH, hampir dengan syurga dan jauh dari neraka.
Orang bakhil itu jauh dari ALLAH, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan
hampir dengan neraka. Orang jahil yang pemurah itu lebih dicintai ALLAH
daripada seorang ahli ibadah yang bakhil.
Status:
terlalu dha'if. rujuk Tartib al-Maudhuat - no. 564. al-La’ali al-Masnu`ah 2/91.
30. Aku
berbangsa Arab, al Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah Bahasa
Arab.
Rujuk
Tazkirat al-Maudhu'at - no.112. Maqasad al-Hasanah - no.31.
31. Setiap
sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al Quran adalah Yasiin. Barangsiapa
yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al Quran sebanyak 10 kali.
Status:
Maudhu'. rujuk al-Ilal Ibn Abi Hatim 2/55. Silsilah al-Dhaifah - no. 169
32.
Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah
selama 60 tahun.
Status: Dha'if. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 723. Tartib al-Maudhu'at - no.964
Status: Dha'if. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 723. Tartib al-Maudhu'at - no.964
33. Tiada
sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di
masjid.
Status:
Dhaif. rujuk Dhaif al-Daruqutni - no. 362. al-La’ali al-Masnu`ah 16/2.
34. Hajar
al-Aswad adalah tangan kanan ALLAH di mukabumi ini yang berjabat dengan
hamba-hambaNya.
Status:
Maudhu'. rujuk Tarikh Baghdad 6/328. Silsilah al-Dhaifah - no. 223
35. Berpuasalah,
nescaya kamu akan sihat.
Status:
Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 3/87. Tazkirah al-Maudhuat - no.70. al-Maudhuat
al-Saghani - no.72
36. Jibril as
telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah. Sepuluh dari
sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh
dari sini ke sana.
Status:
Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 2/232. al-Maqasid al-Hasanah - no. 170
37.
Kalau tidak kerana engkau (MUHAMMAD), nescaya
tidak aku jadikan dunia.
Status: Maudhu'. al-Lu'lu' al-Marsu' - no.454. Tartib Maudhuat - no.196. Silsilah al-Dhaifah - no. 282
Status: Maudhu'. al-Lu'lu' al-Marsu' - no.454. Tartib Maudhuat - no.196. Silsilah al-Dhaifah - no. 282
38. Barangsiapa
yang membaca surah al Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan ditimpa
kefakiran selama-lamanya.
Status:
Dhaif. ujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 972
39. Barangsiapa
yang penumpuannya bukan kepada ALLAH, maka tiada lagi peliharaan daripada ALLAH.
Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan dari
kalangan mereka.
Status:
Dhaif. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 233. Tazkirah al-Maudhuat - no.69.
40. Sebagaimana
keadaan kamu sekelian, maka seperti keadaan itulah yang diberikan kepada orang
yang memimpin kalian.
Status:
Dhaif. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 624. Tazkirah al-Maudhuat - no.182.
41. Sebagaimana
keadaan kamu sekelian, maka seperti keadaan itulah yang diberikan kepada orang
yang memimpin kalian.
Status:
Dhaif. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 624. Tazkirah al-Maudhuat - no.182.
(nota: Dalam teks asal hadis ini disalin sebanyak dua kali dengan rujukan yang sama. Mengapakah Syaikh Ihsan melakukan begitu? Allah lebih tahu.)
(nota: Dalam teks asal hadis ini disalin sebanyak dua kali dengan rujukan yang sama. Mengapakah Syaikh Ihsan melakukan begitu? Allah lebih tahu.)
42.
Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu
diazankan di telinga kanannya, dan diiqamah di telinga kirinya, maka anak ini
tidak akan diganggu oleh syaitan/jin.
Status: Maudhu'. rujuk al-Mizan al-I'tidal 4/397. Majmu' al-Zawaid dan Takhrij al-Ihya' 2/61
Status: Maudhu'. rujuk al-Mizan al-I'tidal 4/397. Majmu' al-Zawaid dan Takhrij al-Ihya' 2/61
43. Barangsiapa
yang berpegang dengan sunnahku ketika umatku dalam kerosakan, maka baginya
seratus pahala mati syahid.
Status:
Terlalu dhaif. Silsilah al-Dhaifah - no. 326
44. Orang yang
berpegang dengan sunnahku ketika umatku dalam kerosakan, maka dia mendapat
pahala mati syahid.
Status:
Dhaif. Silsilah al-Dhaifah - no. 327
(nota:
Hadis 43 dan 44 mempunyai maksud hampir sama tetapi lafaz matan berbeza.)
45. Aku adalah
anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin Ibrahim
as.)
Status:
Tiada asalnya. rujuk Risalah Lathifah - no.23. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.81.
al-Nukhbah al-Bahiyah - no.43.
46. Melihat al Quran
itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihat kepada Ali bin
Abi Thalib adalah ibadah.
Status:
Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 356
47. Barangsiapa
yang bersembahyang di masjidku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu
sembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta
bebas dari sifat munafik.
Status:
Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 364
48. Sanak
saudara itu lebih utama dilayan dengan baik.
Status:
Tiada asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.51. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.55.
al-Maqasid al-Hasanah - no. 141
49. Orang
terakhir yang akan masuk syurga ialah seorang lelaki dari Juhainah. Dia bernama
Juhainah. Ahli syurga bertanya: Apakah masih ada orang yang sedang diazab? Dia
menjawab: Tiada. Ahli syurga berkata: Berita yang diyakini kebenarannya ialah
yang dibawa oleh Juhainah.
Status:
Maudhu'. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 1429
50.
Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri
dan memujiNya.
Status: Maudhu'. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.192. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.189. al-Nukhbah - no.117
Status: Maudhu'. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.192. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.189. al-Nukhbah - no.117
51. Tuntutlah
ilmu sekalipun ke negeri China.
Status:
Maudhu'. rujuk al-Maudhu'at Ibn Jauzi 1/215. Tartib al-Maudhu'at adz-Zahabi -
no.111. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 852.
52.
Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan
sanggahlah mereka.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Lu'lu' al-Marsu` - no.264. Tazkirat al-Maudhuat - no.128. al-Asrar al-Marfu'ah - no.240.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Lu'lu' al-Marsu` - no.264. Tazkirat al-Maudhuat - no.128. al-Asrar al-Marfu'ah - no.240.
53.
Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan
nama ibu mereka sebagai tabir dari ALLAH ke atas mereka (menutup rahsia anak
zina).
Status: Maudhu'. rujuk La'ali al-Masnu'ah 2/449. al-maudhuat Ibn Jauzi 3/248. Tartib al-Maudhu'at adz-Zahabi - no.1123.
Status: Maudhu'. rujuk La'ali al-Masnu'ah 2/449. al-maudhuat Ibn Jauzi 3/248. Tartib al-Maudhu'at adz-Zahabi - no.1123.
54. Sultan
adalah bayangan ALLAH di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanyaakan
diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat.
Status:
Maudhu'. Tazkirat al-Maudhuat - no.182. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 623.
Silsilah al-Dhaifah - no. 475.
55.
Barangsiapa yang takut azab ALLAH, maka ALLAH
akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Dan, barangsiapa yang tidak
takut kepada ALLAH, maka ALLAH akan menjadikan takut terhadap segala sesuatu.
Status: Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 2/145. Tazkirat al-Maudhuat - no.20. Silsilah al-Dhaifah - no. 485.
Status: Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 2/145. Tazkirat al-Maudhuat - no.20. Silsilah al-Dhaifah - no. 485.
56. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'Ku dan tidak bersabar atas
balaKu, maka hendaklah dia mencari Tuhan selainKu.
Status:
Dhaif. Tazkirat al-Maudhuat - no.189. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 746.
57.
Tidak dinamakan mengumpat apabila membicarakan
perihal orang yang fasiq.
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu'ah - no.390. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if Ibn Qayyim - no. 301.
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu'ah - no.390. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if Ibn Qayyim - no. 301.
58. Apabila mati
salah seorang daripada kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya, maka
hendaklah salah seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya
berkata: Wahai Si Fulan! Wahai Si Fulanah. Kerana dia (si mati) itu akan
mendengarnya. Hendaklah yang bangun itu berkata lagi: Wahai Si Fulan Anak
kepada Si Fulanah. Maka si mati itu akan bangun di dalam keadaan duduk.
Sebutkanlah apa yang telah menyebabkan dia keluar daripada dunia iaitu syahadah
LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH …sehingga akhir.
Status:
Dhaif. Takhrij al-Ihya' 4/420. Zad al-Ma'ad Ibn Qayyim 1/206. Silsilah
al-Dhaifah - no. 599.
59. Tidaklah
sia-sia orang yang melakukan solat istikharah, tidaklah menyesal bagi orang
yang meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yang bersederhana.
Status:
Maudhu'. Silsilah al-Dhaifah - no. 611.
60.
Baginda RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun jika Baginda SAW
dibekam, maka Baginda SAW akan membawa lebihan tersebut – dari rambut, kuku dan
darah yang dibekam – ke tanah perkuburan Baqie’ untuk ditanam.
Status: Maudhu'. rujuk al-'Ilal 2/337. Silsilah al-Dhaifah - no. 713.
Status: Maudhu'. rujuk al-'Ilal 2/337. Silsilah al-Dhaifah - no. 713.
61.
Seorang mukmin yang cerdik itu sentiasa
berhati-hati.
Status: Maudhu'. Kasyful Al-Khafa` wa Muziilu al-Ilbas (karya Imam Al-‘Ajluni) 2/2684. Silsilah al-Dhaifah - no. 760.
Status: Maudhu'. Kasyful Al-Khafa` wa Muziilu al-Ilbas (karya Imam Al-‘Ajluni) 2/2684. Silsilah al-Dhaifah - no. 760.
62.
Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam
bulan yang agung, bulan di mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan,
menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal 1/249. Silsilah al-Dhaifah - no. 871.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal 1/249. Silsilah al-Dhaifah - no. 871.
63. "Wahai
Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" Maka
Jibril menjawab: "Sesungguhnya ALLAH TABARAKA WA TAALA telah memerintahkan
jahannam supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih.
Kemudian memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahun
sehingga menjadi merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannya
selama seribu tahun sehingga menjadi hitam yang gelap."
Status:
Maudhu'. rujuk al-Haitsami 10/387. Silsilah al-Dhaifah - no. 910.
64. Janganlah
kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada ALLAH. Maka sesungguhnya banyak
bercakap selain dari zikir kepada ALLAH itu mengeraskan hati dan sesungguhnya
sejauh-jauh manusia kepada ALLAH ialah yang keras hatinya.
Status:
Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 920.
65.
Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin
masuk ke saf dan saf itu telah penuh, maka hendaklah ia menarik seorang untuk
bersama dengannya di tepinya.
Status: Dhaif. rujuk al-Talkhis al-Habir Ibn Hajar 2/37. Silsilah al-Dhaifah - no. 921.
Status: Dhaif. rujuk al-Talkhis al-Habir Ibn Hajar 2/37. Silsilah al-Dhaifah - no. 921.
66. Wali abdal
untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketika seorang
mati, maka ALLAH akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain.
Status:
Maudhu'. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.470. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa
Ad-Da`if - no.308.
67. Tidak lebih
Abu Bakar dari kamu dengan banyaknya berpuasa dan solat. Tetapi dengan sesuatu
yang hebat di dalam hatinya.
Status:
Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.452. Al-Manar Al-Munif fi
As-Sahih wa Ad-Da`if - no.246.
68. Tahiyat
Ka'bah adalah tawaf.
Status:
Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.130. al-Lu'lu' al-Marsu' - no.
143.
69.
Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan
solat maka sesungguhnya dia berada di dalam pemerhatian ALLAH. Apabila dia
selesai sembahyang dan berpaling, Tuhan berfirman kepadanya: Wahai anak Adam,
kepada siapa engkau mahu berpaling? Kepada yang mereka yang lebih baik untuk
engkau daripadaKu? Anak Adam, hadapkanlah solat engkau kepadaKu, maka Aku bagi
engkau adalah sebaik-baik yang patut dipalingkan kepadanya.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1024.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1024.
70.
Telah terlintas di dalam hati Musa:
"Adakah ALLAH itu tertidur?" Maka ALLAH mengutus malaikat kepadanya
dan tidak menidurkannya selama tiga hari serta memberikannya dua buah botol.
Botol itu dipegang pada kedua-dua tangannya. Dia diperintahkan supaya menjaga
botol berkenaan. Kemudian dia tertidur. Kedua-dua tangannya hampir berlaga. Diapun
terjaga serta menjauhkan semula jarak kedua tangan yang memegang botol. Lalu
dia kembali mengantuk dan tertidur sehingga berlagalah kedua-dua tangannya. Dan
terpecahlah dua botol itu. RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
bersabda: "ALLAH telah memberi perumpaan kepada Musa, kalaulah ALLAH itu
tertidur sudah pasti langit dan bumi tidak terkendali.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah Ibn Jauzi. Dinilai Munkar di dalamn Silsilah al-Dhaifah - no. 1034.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah Ibn Jauzi. Dinilai Munkar di dalamn Silsilah al-Dhaifah - no. 1034.
71. Pandangan/melihat
itu merupakan satu panahan dari panahan-panahan Iblis. Barangsiapa yang
meninggalkannya kerana takutkan ALLAH, nescaya ALLAH akan memberikannya
keimanan yang dirasakannya amat manis di dalam hatinya.
Status:
Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk al-Targhib wa al-Tarhib al-Munziri 4/106.
Majmu' al-Zawaid 8/63. Talkhis al-Mustadrak adz-Dzahabi 4/314.
72.
Wudhu' hendaklah diulangi apabila darah
mengalir keluar dari hidung.
Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1071.
Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1071.
73.
Iman bukanlah dengan angan-angan dan juga bukan
dengan hias-hiasan tetapi apa yang tetap di dalam hati serta membenarkannya
dengan perbuatan.
Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1098.
Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1098.
74.
Daabbah (binatang melata) akan keluar dengan
tongkat Musa as dan cincin Sulaiman as. Ia berkata ini: "Wahai
mukmin." Dan berkata ini: "Wahai kafir."
Status: Munkar. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1108.
Status: Munkar. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1108.
75. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM keluar bersama Abu Bakar ke gua. Mereka
berdua masuk. Kemudian datang labah-labah membuat sarang di pintu gua.
Status:
Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1129.
76. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah terbau kentut seseorang lalu
bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut, dan berwudhu'lah." Lelaki
(yang kentut) itu malu untuk berdiri. Kemudian RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut dan berwudu'lah. Sesungguhnya ALLAH
tidak malu daripada kebenaran." Lalu Ibnu Abbas berkata: "Wahai RASULULLAH,
apakah tidak boleh kami semua bangun dan berwudhu' semuanya?" RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
menjawab: "Bangunlah kamu sekelian dan berwudhu'lah."
Status:
Bathil. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1132.
77. Apabila
umatku melakukan limabelas perkara ini, bala' bencana akan menimpanya: Apabila
ghanimah/rampasan perang berputar-putar di sekitar orang kaya dan berkedudukan,
apabila amanah menjadi harta rampasan dan apababila zakat sebagai satu denda
(dikeluarkan secara paksaan).
Status:
Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah 2/1421.
78.
Mencintai dunia adalah kepala/pokok segala dosa
kesalahan.
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu'ah 1/163. Tazkirat al-Maudhu'at - no.173.
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu'ah 1/163. Tazkirat al-Maudhu'at - no.173.
79. Mencari yang
halal itu adalah jihad. Dan sesungguhnya ALLAH mencintai seorang mukmin yang
mempunyai pekerjaan.
Status:
Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1301.
80. Setiap
sesuatu itu mempunyai mempelai/pengantin. Mempelai al Quran adalah surah
al-Rahman.
Status:
Munkar. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1350.
81.
Penghulu kepada suatu kaum itu adalah khadam
kepada mereka.
Status: Dhaif. al-Maqasid al-Hasanah - no. 579. Silsilah al-Dhaifah - no. 1502.
Status: Dhaif. al-Maqasid al-Hasanah - no. 579. Silsilah al-Dhaifah - no. 1502.
82.
Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh:
Madu dan al Quran.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1514.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1514.
83.
Umaiyah bin Abi Shalt, syairnya beriman tetapi
hatinya kafir.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1546.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1546.
84.
Kebaikan itu tidak akan punah (tidak putus
pahalanya). Dosa itu tidak akan dilupakan. Tuhan itu tidak akan tidur. Jadilah
sebagaimana yang kamu mahukan sebagaimana yang kamu lakukan maka itulah yang
kamu perolehi.
Status: Dhaif. rujuk al-Lu'lu' al-Marsu' - no. 414.
Status: Dhaif. rujuk al-Lu'lu' al-Marsu' - no. 414.
85.
Kesakitan menghadapi malaikat maut itu lebih
dahsyat dari seribu pukulan pedang.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Tartib al-Maudhuat - no. 1071. al-Maudhuat Ibn Jauzi 3/220.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Tartib al-Maudhuat - no. 1071. al-Maudhuat Ibn Jauzi 3/220.
86.
Bersegeralah beramal sebelum berlaku tujuh
perkara: Adakah kamu menunggu sehingga jatuh sakit yang membinasakan, tua
nyanyuk, atau kekayaan yang menjahanamkan, atau kefaqiran yang melarat, atau
kematian mengejut, atau datang dajjal iaitu sejahat-jahat perkara ghaib yang
ditunggu, atau datangnya kiamat, iaitu perkara yang paling dahsyat sekali.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1666.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1666.
87.
Memberi fatwa dapat menyebabkan diri terjerumus
ke dalam neraka.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1814.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1814.
88. Takutilah
firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengan nur ALLAH.
Status:
Dhaif. rujuk al-Maudhuat al-Saghani - no. 74.
89.
Dunia adalah rumah bagi yang tiada rumah, harta
bagi yang tiada berharta. Yang menghimpun dunia ini ialah orang-orang yang
tidak berakal.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Tazkirat al-Maudhuat - no. 174.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Tazkirat al-Maudhuat - no. 174.
90.
Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air.
Status: Tiada Asalnya: rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 2096.
Status: Tiada Asalnya: rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 2096.
91. Sesungguhnya
hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Dan penghilangnya adalah
istighfar.
Status:
Maudhu'. rujuk rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 2242.
92.
Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad
yang lebih besar.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no. 221. Tazkirat al-Maudhuat - no. 191.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no. 221. Tazkirat al-Maudhuat - no. 191.
93. Barangsiapa
yang berbuka satu hari di bulan Ramadhan bukan sebab rukhsah dibenarkan oleh ALLAH,
maka ia tidak dapat di-qadha'kan sekalipun dia berpuasa seumur hidup.
Status:
Dhaif. rujuk al-Targhib wa al-Tarhib 2/74.
94.
Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga
dalam keadaan merangkak.
Status: Maudhu'. rujuk Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if - no. 306. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 1184.
Status: Maudhu'. rujuk Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if - no. 306. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 1184.
95.
Perkara halal yang paling dimurkai ALLAH ialah
talaq.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah 2/1056.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah 2/1056.
96. Apabila RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sampai di Madinah, maka wanita,
kanak-kanak dan hamba mengucapkan: "Thala'al badru 'alaina...wajaba
al-syukru 'alaina...ayyuhal mab'utsufina...min tsaniyyaati al-wada'...mada'a
Lillahi da'...ji'ta bilamril mutho' "
Status:
Dhaif. Tazkirat al-Maudhuat - no. 196.
97. Jauhilah
hasad. Maka sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar
kayu.
Status:
Dhaif. Mukhtasar Sunan Abi Daud al-Munziri 7/226.
98. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah berfirman: Aku adalah ALLAH,
Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Raja Segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di
dalam tanganKu. Sesungguhnya apabila hambaKu mentaatiKu, Aku akan menukar hati
raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai
(rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan
dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka
dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin
yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya
Aku dapat melindungimu daripada kekejaman mereka.
Status:
Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 602.
99. Azan dan
iqamah di telinga bayi yang baru lahir.
Status:
Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Bayan al-Wahm al-Qathan 4/594. al-Majruhin
Ibn Hibban 2/128. Silsilah al-Dhaifah 1/494.
100.
Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap
orang yang bijaksana. Maka apabila dia menemuinya, dia lebih berhak
memilikinya.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah Ibn Jauzi 1/96.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah Ibn Jauzi 1/96.
Alhamdulillah tamat
himpunan 100 hadis palsu dan dhaif yang dikumpul Syaikh Ihsan al-Utaibi.
Hadis-hadis palsu dan lemah bukanlah setakat 100 ini sahaja, masih terdapat
banyak lagi yang berlegar-legar digunakan/disampaikan di luar sana. Maka
seharusnya kita lebih bijak dan berhati-hati setiap kali berinteraksi dengan
hadis-hadis Nabi. Mempelajari serba sedikit ilmu hadis tidaklah merugikan malah
in sya ALLAH memberikan manfaat yang tidak ternilai selain 'mendekatkan' kita
dengan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Sebahagian mungkin tertanya apakah terdapat syarat dalam menyampaikan/mengamalkan hadis dhaif? Sekalipun lebih selamat beramal dengan hadis yang diyakini thabit daripada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, di bawah ini saya sertakan juga syarat-syarat yang ditetapkan al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani sekiranya hendak menggunakan/beramal dengan hadis dhaif sebagai tambahan ilmu. Yang baik daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan sebarang kekurangan adalah natijah kelemahan saya sebagai makhluk yang tidak sempurna. Jika terlihat sebarang kesilapan sila beritahu agar boleh diperbetulkan.