Allah Taala berfirman:
"Orang-orang yang beriman itu berkata: "Ya Tuhan kita,
kurniakanlah kepada kita, isteri-isteri dan keturunan kita menjadi cahaya
mata(menggembirakan hati) dan jadikanlah kita pemimpin bagi orang-orang yang
bertakwa."
(al-Furqan:
74)
Allah
Taala berfirman pula:
"Kami menjadikan mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi
petunjuk(umat manusia) dengan perintah Kami."
(al-Anbiya':
73)
172. Dari
Abu 'Amr iaitu Jarir bin Abdullah r.a., katanya:
"Kita pernah berada di sisi Rasulullah s.a.w. pada tengah siang
hari. Kemudian datanglah kepada beliau itu suatu kaum yang telanjang,
mengenakan pakaian bulu harimau bergaris-garis lurik-lurik atau mengenakan baju
kurung, sambil menyandang pedang, umumnya mereka itu dari suku Mudhar,
atau memang semuanya dari Mudhar, maka berubahlah wajah Rasulullah s.a.w.
kerana melihat mereka yang dalam keadaan miskin itu. Kemudian beliau
masuk rumahnya, lalu keluar lagi, terus menyuruh Bilal untuk berazan.
Selanjutnya Bilal berazan dan beriqamat lalu bersolat, kemudian beliau
berkhutbah. Beliau s.a.w. mengucapkan ayat yang ertinya: "Hai sekalian
manusia, bertakwalah engkau semua kepada Tuhanmu yang menjadikan engkau semua
dari satu diri yakni Adam", sampai ke akhir ayat iaitu yang ertinya:
"Sesungguhnya Allah itu Maha Penjaga bagimu semua". (an-Nisa': 1).
Beliau membacakan pula ayat yang dalam surat al-Hasyr yang ertinya: "Hai
sekalian orang-orang yang beriman, bertakwalah engkau semua kepada Allah dan
hendaklah seseorang itu memeriksa apa yang akan dikirimkannya untuk hari
esoknya". Di saat itu ada orang yang bersedekah dengan dinarnya, dengan
dirhamnya, dengan bajunya, dengan sha' gandumnya, juga dengan sha' kurmanya,
sampai-sampai beliau bersabda: "Sekalipun hanya dengan potongan kurma juga
baik". Selanjutnya ada pula orang dari kaum Anshar yang datang dengan
suatu wadah yang tapak tangannya hampir-hampir tidak kuasa mengangkatnya,
bahkan sudah tidak kuat. Selanjutnya beruntun-runtunlah para manusia itu
memberikan sedekahnya masing-masing, sehingga saya dapat melihat ada dua
tompokkan dari makanan dan pakaian, sampai-sampai saya melihat pula wajah
Rasulullah s.a.w. berseri-seri, seolah-olah wajah beliau itu bercahaya bersih
sekali. Kemudian beliau bersabda: "Barangsiapa yang memulai membuat sunnah
dalam Islam berupa amalan yang baik, maka ia memperoleh pahalanya diri sendiri
dan juga pahala orang yang mengerjakan itu sesudah sepeninggalnya tanpa
dikurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka yang mencontohnya itu. Dan
barangsiapa yang memulai membuat sunnah dalam Islam berupa amalan yang buruk,
maka ia memperoleh dosanya diri sendiri dan juga dosa orang yang mengerjakan
itu sesudahnya sepeninggalnya tanpa dikurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka
yang mencontohnya itu".
(Riwayat
Muslim)
Sabda
Nabi s.a.w. Mujtabin nimar, iaitu dengan jim dan sesudah alif
ada ba' bertitik satu. Annimar adalah jama'nya Namirah (Jadi
Namirah itu mufrad), artinya pakaian dari bulu yang bergaris-garis (bagaikan
macan lurik), sedang makna Mujtabiha ialah me-ngenakannya
sesudah melubangi di bahagian kepala orang-orang yang memakainya. Ini berasal
dari kata Aljaub, ertinya memotong, sebagaimana firman Allah
Taala: "Dan kaum Tsamud yang memahat dan memotong (menembus)
batu-batu besar di lembah (tanah rendah)". Sabda beliau
s.a.w. Tama'-'ara, dengan 'ain muhmaiah, ertinya berubah (wajah serta
sikapnya). Adapun kata Rawi (yang meriwayatkan Hadis ini): Ra-aitu
kaumaini, boleh difathahkan kafnya dan boleh pula didhammahkan,
ertinya "Saya melihat dua buah tompokkan atau dua buah gundukan".
Sabda Nabi s.a.w.: Ka-annabu mudzhabah, itu dengan menggunakan
dzal mu'jamah dan fathahnya ha' serta ba' muwahhadah. Demikianlah yang dikatakan
oleh al-Qadhi 'lyadh dan lain-lain. Tetapi sebahagian alim-ulama ada yang
menulisnya lalu diucapkan Mud-hanah dengan menggunakan dal
muhmaiah dan dhammahnya ha' serta nun. Demikian ini yang dibenarkan oleh
al-Humaidi. Tetapi yang shahih serta masyhur ialah yang pertama. Adapun ertinya
menurut kedua macam itu sama saja yakni bersih serta bercahaya.
173. Dari
Ibnu Mas'ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Tiada seseorangpun yang dibunuh secara penganiayaan, melainkan
atas anak Adam manusia yang pertama melakukannya itu mempunyai tanggungan
dari darahnya semua jiwa yang terbunuh secara penganiayaan, sebab sesungguhnya
ia adalah pertama-tama orang yang memulai membuat sunnah membunuh yang
dimaksudkan ialah Qabil putera Nabiullah Adam a.s. yang membunuh saudaranya
yakni Habil".
(Muttafaq
'alaih)