Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 1 Februari 2013

Bab 15 Memelihara Kelangsungan Amalan-amalan.


Allah Taala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyuk untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu yakni Al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut yakni enggan menerima kebenaran."
(al-Hadid: 16)

Allah Taala berfirman lagi:

"Kemudian Kami yakni Allah iringkan di belakang mereka dengan beberapa Rasul Kami dan Kami iringkan pula dengan Isa anak Maryam, serta Kami berikan Injil kepadanya. Kami memberikan perasaan kasih sayang dalam hati para pengikutnya. Keruhbaniahan itu mereka ada-adakan saja. Kami tidak mewajibkan demikian itu atas mereka. Yang Kami perintahkan tidak lain kecuali mencari keredhaan Allah, tetapi mereka tidak memelihara itu sebagaimana mestinya yang ditentukan."
(al- Hadid: 27)

Keterangan:
Keruhbaniahan, ertinya hidup dalam klauster bagi para penganut atau pendeta-pendeta
agama Nasrani. Ini bukan berasal dari ajaran Nabiullah Isa a.s. dan itu hanyalah buatan
kepala-kepala agama yang datang sepeninggal beliau. Islam juga tidak membenarkan adanya ruhbaniah.

Allah Taala berfirman pula:

"Janganlah engkau semua itu seperti perempuan yang menguraikan benangnya menjadi lepas kembali setelah dipintal kuat-kuat."
(an-Nahl: 92)

Juga Allah Taala berfirman:

"Dan sembahlah Tuhanmu sehingga datanglah keyakinan dan maksudnya kematian kepadamu."
(al-Hijr: 99)
Adapun Hadis-hadis yang menerangkan bab di atas itu, di antaranya ialah Hadisnya Aisyah: "Mengerjakan agama yang tercinta di sisi Allah ialah yang dikekalkan oleh orangnya yakni tidak bosan-bosan melakukannya sekalipun sederhana".
Hadis ini telah disebutkan dalam uraian sebelum ini (Lihat Hadis nombor 142).
Selain Hadis di atas ialah:

153. Dari Umar al-Khaththab r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang tertidur sehingga kelupaan membacakan hizibnya di waktu malam atau sebahagian dari hizibnya itu, kemudian ia membacanya antara waktu solat fajar dengan zuhur, maka dicatatlah untuknya seolah-olah ia membacanya itu di waktu malam harinya."
(Riwayat Muslim)

154. Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:

"Hai Abdullah, janganlah engkau seperti si Fulan itu. Dulu ia suka bangun bersolat malam, kemudian ia meninggalkan bangun malam itu."
(Muttafaq 'alaih)

155. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

"Rasulullah s.a.w. itu apabila terlambat dari solat malam, baik kerana sakit ataupun lain-lainnya, maka beliau bersolat di waktu siangnya sebanyak dua belas rakaat."

(Riwayat Muslim)















Bab 14 Berlaku Sedang Dalam Beribadat.







Allah Taala berfirman:

"Tidaklah Kami turunkan al Quran itu padamu hai Muhammad agar engkau mendapat celaka."
(Thaha: 1-2)

Allah Taala berfirman lagi:

"Allah menghendaki kemudahan padamu semua dan tidak menghendaki kesukaran untukmu semua."
(al-Baqarah: 185)

142. Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. memasuki rumahnya dan di sisi Aisyah itu ada seorang wanita. Beliau s.a.w. bertanya: "Siapakah ini?" Aisyah menjawab: "Ini adalah si Anu." Aisyah menyebutkan perihal solatnya wanita tadi yang sangat luar biasa tekunnya. Beliau s.a.w. bersabda:
"Jangan demikian, hendaklah engkau semua berbuat sesuai dengan kekuatanmu semua saja. Sebab demi Allah, Allah itu tidak bosan memberi pahala sehingga engkau semua bosan melaksanakan amalan itu. Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orangnya itu yakni tidak perlu banyak-banyak asalkan langsung terus."
(Muttafaq 'alaih)
Mah adalah kata untuk melarang dan mencegah. Maknanya La yamallullahu, ialah Allah tidak bosan, maksudnya bahawa Allah tidak akan memutuskan pahalanya padamu semua atau balasan pada amalan-amalanmu itu ataupun memperlakukan engkau semua sebagai perlakuan orang yang sudah bosan. Hatta tamallu ertinya sehingga engkau semua yang bosan lebih dulu, lalu amalan itu ditinggalkan. Oleh sebab itu seyogyanya engkau semua mengambil amalan itu sekuat tenagamu saja yang sekiranya akan tetap langsung dan kekal melakukannya agar supaya pahalanya serta keutamaannya tetap atas dirimu semua.

143. Dari Anas r.a., katanya: 

“Ada tiga macam orang datang ke rumah isteri-isteri Nabi s.a.w. menanyakan tentang hal bagaimana ibadahnya Nabi s.a.w. Kemudian setelah mereka diberitahu lalu seolah-olah mereka menganggap amat sedikit saja ibadah beliau. s.a.w. itu. Mereka lalu berkata: "Ah, di manakah kita ini maksudnya: Kita ini jauh perbezaannya kalau dibandingkan dari Nabi s.a.w. sedangkan beliau itu telah diampuni segala dosanya yang lampau dan yang kemudian". Seorang dari mereka itu berkata: "Adapun saya ini, maka saya bersolat semalam suntuk selama-lamanya". Yang lainnya berkata: "Adapun saya, maka saya berpuasa sepanjang tahun dan tidak pernah saya berbuka". Yang seorang lagi berkata: "Adapun saya, maka saya menjauhi para wanita, maka sayapun tidak akan kahwin selama-lamanya". Rasulullah s.a.w. kemudian mendatangi mereka lalu bersabda: "Engkau semuakah yang mengatakan demikian, demikian? Wahai, demi Allah, sesungguhnya saya ini adalah orang yang tertakwa di antara engkau semua kepada Allah dan tertakut kepadaNya, tetapi saya juga berpuasa dan juga berbuka, sayapun bersolat tetapi juga tidur, juga saya suka kahwin dengan para wanita. Maka barangsiapa yang enggan pada cara perjalananku, maka ia bukanlah termasuk dalam golonganku". 
(Muttafaq 'alaih)

144. Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: 

"Binasalah orang-orang yang memperdalam-dalamkan". Beliau s.a.w. menyabdakan ini sampai tiga kali banyaknya".
(Riwayat Muslim)
Almutanathtbi'un iaitu orang-orang yang memperdalam-dalamkan serta memperkeraskan sesuatu yang bukan pada tempatnya.

145. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: 

"Agama itu mudah, tidaklah agama itu diperkeraskan oleh seseorang melainkan agama itu akan mengalahkannya yakni orang yang memperkeras-keraskan itu sendiri yang nantinya akan merasa tidak kuat meneruskannya. Maka dari itu, bersikap luruslah engkau semua, lakukanlah yang sederhana saja jikalau tidak kuasa melakukan yang sesempurna-sempurnanya, bergembiralah untuk memperoleh pahala, sekalipun sedikit, juga mohonlah pertolongan dalam melakukan sesuatu amalan itu, baik di waktu pergi pagi-pagi, petang-petang ataupun sebahagian waktu malam".
(Riwayat Bukhari)
Dalam riwayat Imam Bukhari lainnya disebutkan: "Berlaku luruslah, lakukanlah yang sederhana, pergilah di waktu pagi, juga di waktu petang serta sebahagian di waktu malam. Berbuatlah sederhana,tentu engkau semua akan sampai pula pada tujuannya".
Addin itu dirafa'kan kerana merupakan maf'ulnya fi'il yang tidak disebutkan fa'ilnya. Ada pula yang mengatakan bahawa itu harus dinashabkan. Ada yang meriwayatkan dengan lafaz Lan yusyaddad dina ahadun, ertinya tidak seorangpun yang hendak memperkeraskan agama tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w. Illa ghalalabahu, ertinya melainkan agama itu mengalahkannya, yakni bahawa agama tadi mengalahkan orang itu dan dengan sendirinya orang yang memperkeras-keraskan sendiri itu akhirnya akan lemah untuk menghadapi agama tersebut, sebab banyak jalan yang perlu ditempuhnya.
Ghadwah ialah bepergian pada pagi hari dan Rawhah pada petang hari, sedang Adduljah ialah pada akhir malam. Ini semua adalah sebagai kata kiasan atau perumpamaan. Maksudnya ialah: Hendaklah engkau semua memohonkan pertolongan untuk melakukan ketaatan kepada Allah 'Azzawajalla itu dengan melakukan berbagai amalan di waktu engkau semua dalam keadaan bersemangat, serta hati dalam keadaan lapang, sehingga dengan demikian engkau semua akan merasa lazat melakukan ibadah tadi dan tidak akan merasa bosan, juga dengan itu apa yang dimaksudkan sudah pula tercapai. Ini adalah sebagaimana seseorang yang pandai bepergian, ia tentu berangkat dalam keadaan semacam di atas itu dan ia beristirehat, baik dirinya maupun kendaraannya dalam waktu sudah lelah ataupun hati kurang enak. Dengan demikian dapat pula ia mencapai tujuannya tanpa kelelahan sama sekali. Wallahu a'lam.

146. Dari Anas r.a., katanya: 

"Nabi s.a.w. masuk ke dalam masjid, tiba-tiba tampak di situ ada seutas tali yang memanjang antara dua tiang. Beliau s.a.w. bertanya: "Tali  Dua tiang yang dimaksudkan di sini ialah dari beberapa tiang yang ada di masjid. Tujuan utama dalam Hadis ini ialah anjuran yang penting sekali untuk diperhatikan, yakni hendaknya kita melaksanakan agama Islam ini apakah ini?" Orang-orang menjawab: "Ini adalah kepunyaan Zainab, jikalau ia sudah malas lelah bersolat, ia menggantung di situ". Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Lepaskan sajalah. Baiklah seseorang itu melakukan solat di waktu ia sedang bersemangat, maka jikalau ia telah merasa malas, baiklah ia tidur saja". 
(Muttafaq 'alaih)

147. Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jikalau seseorang dari engkau semua mengantuk dan ia sedang bersolat, maka baiklah ia tidur dulu, sehingga hilanglah rasa mengantuknya. Sebab sesungguhnya seseorang dari engkau semua itu jikalau bersolat sedang ia mengantuk, maka ia tidak tahu, barangkali ia memulai memohonkan pengampunan kepada Allah, tetapi ia lalu mencaci maki dirinya sendiri". 
(Muttafaq 'alaih)

148. Dari Abu Abdillah, iaitu Jabir bin Samurah radhiallahu 'anhuma, katanya: 

"Saya pernah bersolat dengan Nabi s.a.w. beberapa solatan, maka keadaan solat beliau s.a.w. itu adalah sedang dan khutbahnyapun sedang pula". 
(Riwayat Muslim)
Ucapan qashdan maksudnya antara panjang dan pendek, yakni sederhana.

149. Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: 

"Nabi s.a.w. mempersaudarakan antara Salman dan Abuddarda' maksudnya keduanya disuruh berjanji untuk berlaku sebagai saudara". Salman pada suatu ketika berziarah ke Abuddarda', ia melihat Ummud Darda' iaitu isteri Abuddarda' mengenakan pakaian yang serba kusut yakni tidak berhias sama sekali, Salman bertanya padanya: "Mengapa saudari berkeadaan sedemikian ini?" Wanita itu menjawab: "Saudaramu iaitu Abuddarda' itu sudah tidak ada hajatnya lagi pada keduniaan maksudnya: Sudah meninggalkan keduniaan, baik terhadap wanita atau lain-lain".
Dalam riwayat Addaraquthni lafaz Fiddunyaa, diganti dengan lafaz Fi nisaid dunyaa, ertinya tidak ada hajatnya lagi pada kaum wanita di dunia ini. Sementara itu dalam riwayat Ibnu Khuzaimah ditambah pula dengan kata-kata Yashuumun nahaar wa yaquumullail, ertinya: Ia berpuasa pada siang harinya dan terus bersolat pada malam harinya". Abuddarda' lalu datang, kemudian ia membuatkan makanan untuk Salman. Setelah selesai Abuddarda' berkata kepada Salman: "Makanlah, kerana saya berpuasa". Salman menjawab: "Saya tidak akan suka makan, sehingga engkaupun suka pula makan". Abuddarda' lalu makan. Setelah malam tiba, Abuddarda' mulai bangun. Salman berkata kepadanya: "Tidurlah!" Ia tidur lagi. Tidak lama kemudian bangun lagi dan Salman berkata pula: "Tidurlah!" Kemudian setelah tiba Akhir malam, Salman lalu berkata pada Abuddarda': "Bangunlah sekarang!" Keduanya terus bersolat. Selanjutnya Salman lalu berkata: "Sesungguhnya untuk Tuhanmu itu ada hak atas dirimu, untuk dirimu sendiri juga ada hak atasmu, untuk keluargamupun ada hak atasmu. Maka berikanlah kepada setiap yang berhak itu akan haknya masing-masing".
Jangan melampaui batas, khususnya dalam peribadatan, seperti solat, puasa dan lain-lain yang termasuk sunnah hukumnya. Jadi kita dilarang mempersangatkan diri sendiri, sehingga membuat kita lelah dan akhirnya malas. Juga terdapat suatu anjuran lain, yakni hendaklah dalam mengerjakannya itu dengan penuh semangat dan bukan seenaknya saja. Abuddarda' paginya mendatangi Nabi s.a.w. kemudian menyebutkan peristiwa semalam itu, lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Salman benar ucapannya". 
(Riwayat Bukhari)

Keterangan:

Dengan berdasarkan Hadis di atas, maka syariat Agama Islam memerintahkan kepada
kaum Musiimin agar antara seorang dengan yang lainnya bersikap sebagaimana orang-orang yang bersaudara dan semata-mata bukan kerana ini atau itu, tetapi hanya untuk
mengharapkan keredhaan Tuhan, juga memerintahkan agar saling kunjung-mengunjungi kerana Allah, demikian pula bermalam di rumah saudara seagamanya kerana Allah pula. Di samping itu syariat membolehkan seseorang lelaki bercakap-cakap dengan wanita lain yang bukan mahramnya yakni ajnabiyah, bila mana betul-betul ada keperluan yang penting untuk berbuat sedemikian itu. Selain itu dalam Hadis itu pula terdapat anjuran yang sungguh-sungguh agar antara seorang muslim dengan muslim lainnya, hendaknya gemar nasihat-menasihati dengan cara yang baik, mengingatkan siapa yang lupa dan lalai melaksanakan perintah Allah dan ada pula anjuran untuk gemar mengerjakan solat malam (shalatuilail) dan lain-lain lagi.

150. Dari Abu Muhammad, iaitu Abdullah bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya:

"Nabi s.a.w. diberitahu bahawasanya saya berkata: Demi Allah, nescayalah saya akan berpuasa pada pagi hari dan berdiri bersolat di waktu malam maksudnya setiap hari, siangnya berpuasa dan malamnya bersolat sunnah, selama hidupku". Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Apakah engkau yang berkata sedemikian itu?" Saya menjawab kepadanya: "Sungguh saya berkata demikian itu, bi-abi anta wa ummi, ya Rasulullah". Beliau.bersabda: "Sesungguhnya engkau tidak kuat melaksanakan itu, maka dari itu berpuasalah, berbukalah, tidurlah dan juga berdirilah(bersolat malam). Dalam sebulan itu berpuasalah tiga hari, sebab sesungguhnya kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Jadi tiga hari sebulan itu sama dengan berpuasa setahun penuh". Saya berkata: "Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu". Beliau s.a.w, bersabda: "Kalau begitu berpuasalah sehari dan berbukalah dua hari". Saya berkata lagi: "Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu". Beliau s.a.w. bersabda: "Kalau begitu berpuasalah sehari dan berbukalah sehari pula. Yang sedemikian itu adalah puasanya Nabi Daud a.s. dan inilah sesedang-sedangnya berpuasa". Dalam riwayat lain disebutkan: "Yang sedemikian itu adalah seutama-utamanya berpuasa". Saya berkata pula: "Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu". Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Tidak ada yang lebih utama daripada puasa seperti Nabi Daud a.s. itu". Sebenamya andaikata saya menerima saja tiga hari yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. (pertama kali) itu adalah lebih kucintai daripada seluruh keluarga dan hartaku".
Dalam riwayat lain disebutkan demikian:
Nabi s.a.w. bersabda: "Bukankah saya telah diberitahu bahawasanya engkau berpuasa
pada siang hari dan bersolat sunnah setiap malamnya?" Saya menjawab: "Benar, ya Rasulullah". Beliau lalu bersabda: "Jangan mengerjakan seperti itu. Berpuasalah dan berbukalah, tidurlah dan bangunlah, kerana sesungguhnya untuk tubuhmu itu ada hak atas dirimu, kedua matamu pun ada haknya atas dirimu, isterimu juga ada hak atasmu, untuk tamumu pun ada hak atasmu. Sebenamya sudah cukuplah jikalau untuk setiap bulan itu engkau berpuasa sebanyak tiga hari saja, sebab sesungguhnya setiap kebaikan itu diberi pahala dengan sepuluh kali lipatnya. Jadi berpuasa tiga hari setiap bulan itu sama halnya dengan berpuasa setahun penuh". Saya maksudnya Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash mengeras-ngeraskan sendiri lalu diperkeraskanlah atas diriku. Saya berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya masih mempunyai kekuatan untuk lebih dari itu". Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kalau begitu berpuasalah seperti puasanya Nabiullah Daud dan jangan engkau tambahkan lagi dari itu yakni sehari berpuasa dan sehari berbuka". Saya bertanya: "Bagaimanakah berpuasanya Daud a.s.?" Beliau s.a.w. bersabda: "Ia berpuasa setengah tahun". Abdullah, setelah tuanya berkata: "Alangkah baiknya jikalau dahulu saya terima saja keringanan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w." Dalam riwayat lain lagi disebutkan: Nabi s.a.w. bersabda: "Bukankah saya telah diberitahu bahawasanya engkau berpuasa setahun penuh dan mengkhatamkan bacaan Al-Quran sekali setiap malam?" Saya menjawab: "Benar demikian ya Rasulullah dan saya tidak menghendaki dengan amalan yang sedemikian itu melainkan mengharapkan kebaikan belaka". Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Berpuasalah seperti puasanya Nabiullah Daud a.s., sebab sesungguhnya ia adalah setaat-taat manusia perihal ibadatnya. Selain itu khatamkanlah bacaan Al-Quran itu sekali dalam setiap bulan". Saya berkata: "Ya Nabiullah, saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu". Beliau s.a.w. bersabda: "Kalau begitu khatamkanlah itu sekali setiap dua puluh hari". Saya berkata: "Ya Nabiullah, sebenarnya saya masih kuat yang lebih utama dari itu". Beliau s.a.w. bersabda: "Kalau begitu khatamkanlah itu sekali dalam setiap sepuluh hari". Saya berkata: "Ya Nabiullah, saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu". Beliau s.a.w. bersabda: "Kalau begitu, khatamkan sajalah Al-Quran itu sekali dalam seminggu dan jangan ditambah lagi beratnya amalan tadi lebih dari itu". jadi saya memperberatkan diri sendiri lalu diperberatkanlah amalan itu atas diriku. Nabi pada saat itu bersabda: "Sesungguhnya engkau tidak tahu, barangkali engkau akan diberi usia yang panjang". Maka jadilah saya sampai pada usia tua sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. Setelah saya berusia tua, saya ingin sekali kalau dahulunya saya menerima saja keringanan yang diberikan oleh Nabiullah s.a.w. 
Dalam riwayat lain disebutkan: "Sesungguhnya untuk anakmupun ada hak atas dirimu".
Juga dalam riwayat lain disebutkan: "Tidak dibenarkanlah seseorang yang berpuasa terus sepanjang tahun". Ini disabdakan oleh beliau s.a.w. sampai tiga kali. 
Selain itu dalam riwayat lain disebutkan demikian: "Puasa yang amat tercinta di sisi Allah adalah puasanya Nabi Daud, sedang solat yang amat tercinta di sisi Allah juga solatnya Nabi Daud. Ia tidur separuh malam, lalu bangun untuk bersolat malam  sepertiga malam, kemudian tidur lagi seperenam malam. Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. Ia tidak akan lari jikalau menemui berhadapan dengan musuhnya”.
Ada pula riwayat lain yang menyebutkan demikian: "Ia berkata: Ayahku mengahwinkan saya dengan seorang wanita yang memiliki keturunan baik. Ayah membuat janji dengan menantunya wanita itu yakni isteri anaknya, untuk menanyakan pada wanita perihal keadaan suaminya. Setelah ditanya, isterinya itu berkata: Sebaik-baik lelaki ialah suamiku itu, ia tidak pernah menginjak hamparan kita dan tidak pernah memeriksa tabir kita maksudnya tidak pernah berkumpul untuk menyetubuhi isterinya sejak kita datang padanya". Setelah peristiwa itu berjalan lama, maka ayahnya memberitahukan hal tersebut kepada Nabi s.a.w., lalu beliau bersabda kepada ayahnya: "Pertemukanlah saya dengan lelaki itu". Saya menemui Nabi s.a.w. sesudah diadukan oleh ayahku itu, beliau s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah caranya engkau berpuasa?" Saya menjawab: "Saya berpuasa tiap hari". Beliau s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah caranya engkau mengkhatamkan Al-Quran?" Saya menjawab: "Setiap malam saya khatamkan sekali". Seterusnya orang itu menyebutkan sebagaimana cerita yang sebelumnya. Ia menghabiskan sebagian bacaan Al-Quran itu atas isterinya sebanyak sepertujuh bahagian, yang dibacanya itu dirampungkannya di waktu siang agar lebih ringan untuk apa yang akan dibacanya di waktu malamnya. Jikalau ia hendak memperkuatkan dirinya, ia berbuka selama beberapa hari dan dihitunglah jumlah hari berbukanya itu kemudian berpuasa sebanyak hari di atas itu pula. Sebabnya ia melakukan demikian, kerana ia tidak senang kalau meninggalkan sesuatu sejak ia berpisah dengan Nabi s.a.w.”. Semua riwayat di atas adalah shahih, sebahagian besar dari shahih Bukhari dan shahih Muslim dan hanya sedikit saja yang tertera dalam salah satu kedua kitab shahih itu yakni Bukhari dan Muslim saja.

151. Dari Abu Rib'i yaitu Hanzhalah bin Arrabi' al-Usayyidi al-Katib, salah seorang di antara jurutulisnya Rasulullah s.a.w..katanya: 

"Abu Bakar bertemu denganku, lalu ia berkata: Bagaimanakah keadaanmu hai Hanzhalah". Saya menjawab: "Hanzhalah takut pada dirinya sendiri kalau sampai menjadi seorang munafik". Abu Bakar berkata lagi: "Subhanallah sebagai tanda kehairanan, apakah yang kau ucapkan itu?" Saya menjawab: "Semula kita berada di sisi Rasulullah s.a.w. Beliau mengingat-ingatkan kepada kita perihal syurga dan neraka, seolah-olah keduanya itu benar-benar dapat dilihat(tampak) di mata. Tetapi setelah kita keluar dari sisi Rasulullah s.a.w., kita masih juga bermain-main dengan isteri-isteri, anak-anak dan mengurus berbagai harta untuk kehidupan kita di dunia ini, sehingga dengan demikian, banyak yang kita lupakan  tentang hal syurga dan neraka tadi". Abu Bakar lalu berkata: "Demi Allah, sesungguhnya kami sendiripun pernah mengalami seperti yang kau alami itu". Selanjutnya saya dan Abu Bakar berangkat bersama sampai masuk ke tempat Rasulullah s.a.w. lalu saya berkata: "Hanzhalah takut pada dirinya sendiri kalau sampai menjadi seorang munafik, ya Rasulullah". Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: "Mengapa demikian?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah kita semula ada di sisi Tuan dan Tuan mengingat-ingatkan kepada kita perihal neraka dan syurga seolah-olah keduanya itu dapat dilihat oleh mata. Tetapi setelah kita keluar dari sisi Tuan, kitapun masih juga bermain-main dengan isteri-isteri, anak-anak serta mengurus pula berbagai harta, sehingga kerana itu, banyak yang kita lupakan tentang keduanya tadi". Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Zat yang jiwaku ada didalam genggaman kekuasaanNya, jikalau engkau semua tetap sebagaimana hal keadaanmu di sisiku dan juga sentiasa berzikir(ingat kepada Allah), nescayalah malaikat-malaikat itu menjabat tanganmu semua, baik ketika engkau ada di hamparanmu sedang tidur, juga ketika ada di jalananmu sedang berjalan-jalan. Tetapi, hai Hanzhalah, sesaat dan sesaat  maksudnya sesaat untuk melakukan peribadatan kepada Allah dan sesaat lagi untuk mengurus segala sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupannya, mencari sandang pangan dan lain-lain". Ini disabdakan beliau s.a.w. tiga kali.
(Riwayat Muslim)
  
152. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: 

"Pada suatu ketika Nabi s.a.w. berkhutbah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang berdiri lalu beliau bertanya kepadanya tentang nama dan perlunya berdiri. "Orang-orang(para sahabat) sama berkata: "Dia adalah Abu Israil bernazar hendak berdiri di terik matahari, tidak akan duduk-duduk, tidak akan bernaung, tidak akan berbicara dan tetap akan berpuasa". Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Perintahkan padanya, supaya ia suka berbicara, bernaung, duduk-duduk dan juga supaya ia meneruskan puasanya". 
(Riwayat Bukhari)

Khamis, 31 Januari 2013

Bab 13 Menerangkan Banyaknya Jalan-jalan Kebaikan.



Allah Taala berfirman:

"Dan apa saja yang engkau semua lakukan dari kebaikan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahuinya."
(al-Baqarah: 215)

Allah Taala berfirman lagi:

"Dan apa saja yang engkau semua lakukan dari kebaikan, pasti Allah Maha Mengetahuinya."
(al-Baqarah: 197)

Allah Taala berfirman pula:

"Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat timbangan debu, maka Ia akan mengetahuinya di akhirat nanti memperoleh balasannya."
(az-Zalzalah: 7)

Juga Allah Taala berfirman:
"Barangsiapa yang melakukan amal soleh, maka perbuatannya Itu akan menguntungkan dirinya sendiri."
(al-Jatsiyah: 15)
Ayat-ayat yang berhubungan dengan bab ini amat banyak sekali. Adapun Hadis-hadis yang menguraikan bab ini juga amat banyak sekali dan tidak dapat diringkaskan keseluruhannya. Maka itu akan kami sebutkan sebagian daripada Hadis-hadis tersebut:

117. Pertama: Dari Abu Zar, iaitu Jundub bin Junadah r.a., katanya: 

"Saya berkata: Ya Rasulullah, amalan manakah yang lebih utama banyak fadhilahnya?" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu beriman kepada Allah dan berjihad untuk membela agamaNya". Saya bertanya lagi: "Hambasahaya manakah yang lebih utama?" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu yang dipandang terindah bagi pemiliknya serta yang termahal harganya." Saya bertanya pula: "Jikalau saya tidak dapat mengerjakan itu yakni berjihad fisabilillah ataupun memerdekakan hambasahaya yang mahal harganya, maka apakah yang dapat saya lakukan?" Beliau s.a.w. bersabda: "Berilah pertolongan kepada seseorang pekerja(shani') atau engkau mengerjakan sesuatu kepada seseorang yang kurang pandai bekerja akhraq". Saya berkata pula: "Ya Rasulullah, bukankah Tuan telah mengetahui, jikalau saya ini lemah sekali dalam sebagian pekerjaan?" Beliau s.a.w. bersabda: "Tahanlah keburukanmu, jangan sampai mengenai orang banyak, amalan sedemikian itupun merupakan sedekah daripadamu untuk dirimu sendiri yakni tidak mengganggu orang lain."
(Muttafaq 'alaih)
Lafaz Shani'  yang ertinya pekerja dengan menggunakan shad muhmalah, itulah yang masyhur. Tetapi ada riwayat lain yang menyebutkan bahawa kalimat itu berbunyi dha-i',
yakni dengan mu'jamah dhad, maka ertinya ini ralah orang yang mempunyai banyak apa-apa yang hilang, misalnya kerana kefakirannya ataupun kerana kekurangan keluarga-keluarganya dan lain-lain lagi. Adapun akhraq itu ertinya ialah orang yang tidak dapat memperbaguskan apa-apa yang sedang diusahakan untuk mengerjakannya.

118. Kedua: Dari Abu Zar r.a. juga bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu setiap paginya hendaklah memberikan sedekahnya, maka tiap setasbihan(bacaan Subhanallah)  adalah sedekah, tiap setahmidan(bacaan Alhamdulillah) adalah sedekah, tiap setahlilan (bacaan La ilaha illallah) adalah sedekah, tiap setakbiran(bacaan AllahuAkbar) adalah sedekah, memerintah pada kebaikan adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat dicukupi (diimbangi pahalanya) oleh dua rakaat yang seseorang itu bersolat dengannya di waktu dhuha antara sedikit setelah terbitnya matahari sampai matahari di tengah-tengah atau istiwak."
(Riwayat Muslim)

119. Ketiga: Dari Abu Zar juga, katanya: "Nabi s.a.w. bersabda: 

"Ditunjukkanlah padaku amalan-amalan umatku, yang baik dan yang buruk. Maka saya mengetahuinya dalam golongan amalan-amalan yang baik adalah menyingkirkan sesuatu yang berbahaya dari jalan, sedang dari golongan amalan-amalan yang buruk ialah dahak(kahak) yang dilakukan di dalam masjid dan tidak ditanam."
(Riwayat Muslim)

120. Keempat: Dari Abu Zar pula, bahawasanya orang-orang sama berkata: 

"Ya Rasulullah, orang-orang yang kaya raya sama pergi dengan membawa pahala yang banyak kerana banyak pula amalannya. Mereka itu bersolat sebagaimana kita juga bersolat, mereka berpuasa sebagaimana kita juga berpuasa, tambahan lagi mereka dapat bersedekah dengan kelebihan harta-harta mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bukankah Allah telah menjadikan untukmu semua sesuatu yang dapat engkau semua Gunakan sebagai sedekah. Sesungguhnya datam setiap tasbih adalah merupakan sedekah, setiap takbir merupakan sedekah, setiap tahmid merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, memerintahkan kebaikan juga sedekah, melarang kemungkaran itupun sedekah pula dan bahkan dalam bersetubuhnya seseorang dari engkau semua itupun sedekah". Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah apakah seseorang dari kita yang mendatangi syahwatnya itu juga memperoleh pahala?" Beliau s.a.w. bersabda: "Adakah engkau semua mengerti, bagaimana jikalau syahwat itu diletakkannya dalam sesuatu yang haram, adakah orang itu memperoleh dosa? Maka demikian itu pulalah jikalau ia meletakkan syahwatnya itu dalam hal yang dihalalkan, iapun memperoleh pahala."
(Riwayat Muslim)
Ad-dutsuur, dengan tsa' yang bertitik tiga buah, ertinya harta benda yang melimpah ruah, mufradnya berbunyi Ditsrun.

Keterangan:

Yang menghadap Nabi s.a.w. ini adalah dari golongan kaum Muhajirin (orang-orang yang sama berpindah mengikuti Nabi s.a.w. dari Mekah ke Madinah) yang fakir-fakir.
Jadi alasannya mereka mengadu kerana merasa kurang pahalanya kalau dibanding dengan orang-orang yang kaya-kaya itu, sebab merasa tidak dapat bersedekah kerana miskinnya. Setasbih, yakni sekali membaca tasbih (Subhanallah). Takbir iaitu membaca Allahu Akbar. Tahmid yakni bacaan Alhamdulillah dan Tahlil iaitu La ilaha illallah. Dalam kemaluan isteripun ada sedekahnya yakni bersetubuh itupun ada pahalanya seperti pahala sedekah.
Menyampaikan syahwat dalam keharaman yakni melacur atau berzina.

121. Kelima: Dari Abu Zar lagi, katanya: "Nabi s.a.w. bersabda kepadaku:

"Janganlah engkau menghinakan sesuatu kebaikan sedikitpun, sekalipun hanya dengan jalan engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri". 
(Riwayat Muslim)

122. Keenam: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap ruas tulang dari para manusia itu harus memberikan sedekah setiap harinya yang di situ terbitlah matahari. Berlaku adil antara dua orang itupun sedekah, ucapan yang baik itupun sedekah, dengan setiap langkah yang dijalaninya untuk pergi solat juga sedekah, melemparkan apa-apa yang berbahaya dari jalan itu juga sedekah."
(Muttafaq 'alaih)
Imam Muslim meriwayatkan juga dari riwayat Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Bahawasanya setiap manusia dari Bani Adam itu dijadikan atas tiga ratus enam puluh ruas tulang. Maka barangsiapa yang bertakbir kepada Allah, bertahmid kepada Allah, bertahlil kepada Allah, bertasbih kepada Allah, mohon pengampunan kepada Allah, suka melemparkan batu dari jalan para manusia, ataupun duri ataupun tulang dari jalan orang banyak, atau memerintahkan kebaikan atau melarang kemungkaran, sebanyak tiga ratus enam puluh kali banyaknya, maka sesungguhnya orang itu berpetang-petang pada hari itu dan ia telah menjauhkan dirinya dari neraka."

Keterangan:

Berlaku adil yang dimaksudkan dalam Hadis ini seperti waktu memberi pulusan pada dua orang yang sedang berselisih adalah sebesar-besar pahala dalam erti sedekah ini.
Ingatlah firman Allah:
"Tidak ada kebaikan sama sekali di dalam bisik-bisik mereka itu. Kecuali orang yang menyuruh bersedekah dan kebaikan atau yang mendamaikan antara para manusia. Dan barangsiapa yang suka melakukan sedemikian itu untuk mencari keredhaan Allah, maka padanya oleh Allah diberi pahala yang besar sekali."
Perkataan yang baik itu seperti memberi nasihat, menunjukkan orang yang tersesat jalan dan lain-lain. Menghindarkan bahaya dari jalan misalnya bahaya itu ialah batu, pecahan kaca, paku dan lain-lain agar tidak mengenai kaki orang yang melaluinya.

123. Ketujuh: Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.,sabdanya:

"Barangsiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya sebuah jaminan(nuzul) dalam syurga setiap ia pergi, pagi atau petang hari itu."
(Muttafaq 'alaih)
Nuzul, maksudnya jaminan yang berupa makanan atau rezeki dan apa saja yang dapat
disediakan untuk tamu.

124. Kelapan: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hai kaum muslimat(wanita Islam), janganlah seseorang tetangga itu menghinakan tetangganya, sekalipun yang diberikan oleh tetangganya itu hanya berupa kaki kambing."
(Muttafaq 'alaih)
Imam al-Jauhari berkata: Al-Firsin, ertinya kaki binatang umumnya dipergunakan untuk kaki unta, sebagaimana halnya lafaz At-Hafir dipergunakan untuk menerangkan kaki ternak yang lain-lain. Tetapi adakalanya Al-Firsin itu digunakan sebagai kata isti'arah (pinjaman) untuk menerangkan kaki kambing.

Keterangan:
Hadis ke-24 itu mengandung dua macam pengertian iaitu:
Pertama: Orang yang diberi jangan sekali-kali menghinakan tetangganya yang memberikan sesuatu kepadanya, sekalipun berupa kaki kambing. Uraian inilah yang kami cantumkan di atas dan sesuai pula dengan penafsiran yang dapat kita periksa dalam kitab Dalilul Falihin syarah Riyadhus Shalihin, yang dikarang oleh Syekh 'Alan ash-Shiddiqi asy-Syafi'i al-Makki yang wafat pada tahun 1057 Hijriyah-Rahimahullahu Taala rahmatan wasi'ah yakni dalam jilid kedua halaman 128, diterbitkan oleh "Darul Kitabil 'Arabi", Beirut Libanon.
Jadi yang diberi hendaknya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pemberinya, meskipun apa yang diberikan itu baginya tidak bererti. Sebabnya orang yang diberi itu dilarang menghinakan pemberian orang lain, sekalipun sedikit nilainya, karena pada umumnya orang yang enggan berterima kasih pada pemberian sedikit, ia enggan pula berterima kasih pada pemberian yang banyak.
Dalam sebuah Hadis lain di sebutkan:
"Tidak bersyukur kepada Allah orang yang enggan bersyukur kepada sesama manusia."
Kedua: Dapat pula diberi penafsiran bahawa orang yang mem-beri itu jangan sekali-kali
menghinakan kecilnya pahala yang akan diperolehnya dengan jalan memberikan sedekah atau hadiah yang disampaikan kepada tetangganya, meskipun hanya berupa kaki kambing. Ini sebagai sindiran kerana yang diberikan itu amat sedikitnya, kurang berharga atau tidak bererti.
Jadi memberi itu sekalipun sedikit adalah lebih baik daripada tidak memberi sama sekali. Dalam persoalan pahalanya, Allah Taala berfirman:

"Barangsiapa yang melakukan kebaikan meskipun itu seberat debu (biji sawi atau semut kecil), maka ia akan mengetahuinya (yakni mendapatkan pahalanya)."
Penjelasan ini sesuai dengan catatan yang ditulis oleh Al-Ustadz Ridhwan Muhammad Ridhwan dalam kitab Riyadhus Shalihin yang drterbitkan oleh "Darul Kitabil 'Arabi", Beirut Lebanon. Kedua pendapat di atas itu sama-sama dapat dipakainya, yakni baik bagi pemberi atau yang diberi. Yang memberi jangan menghina kecilnya pahala, sebab yang disedekahkan atau dihadiahkan hanya sedikit sekali, sedang yang diberipun jangan menghina orang yang memberi, sebab sedekah atau hadiah yang disampaikan kepadanya itu hanya sedikit dan kurang berharga, iaitu kaki kambing atau lain-lain yang sifatnya tidak bernilai tinggi atau tidak mahal harganya.

125. Kesembilan: Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: 

"Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih lebihnya ialah antara tiga sampai sembilan cabangnya. Maka yang terutama sekali ialah ucapan La ilaha illallah, sedang yang terendah sekali ialah melemparkan apa-apa yang berbahaya dari jalan. Perasaan malu berbuat keburukan adalah salah satu cabang dari keimanan."
(Muttafaq 'alaih)

126. Kesepuluh: Dari Abu Hurairah r.a. lagi bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Pada suatu ketika ada seorang lelaki berjalan di suatu jalan, ia sangat merasa haus, lalu menemukan sebuah sumur, kemudian turun di dalamnya terus minum. Setelah itu iapun keluarlah. Tiba-tiba ada seekor anjing mengulur-ulurkan lidahnya sambil makan tanah kerana hausnya, Orang itu berkata dalam hati; "Nescayalah anjing ini telah sampai pada kehausan sebagaimana yang telah sampai padaku tadi". lapun turun lagi ke dalam sumur lalu memenuhi sepatu khufnya dengan air, kemudian memegang sepatu itu pada mulutnya, sehingga ia keluar dari sumur tadi, terus memberi minum pada anjing tersebut. Allah berterima kasih pada orang tadi dan memberikan pengampunan padanya". Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah sebenarnya kita juga memperoleh pahala dengan sebab memberi makan minum pada binatang?" Beliau s.a.w. menjawab: "Dalam setiap hati yang basah maksudnya setiap sesuatu yang hidup yang diberi makan minum ada pahalanya."
(Muttafaq 'alaih)
Dalam sebuah riwayat dari Imam Bukhari disebutkan demikian: "Allah lalu berterima kasih pada orang tersebut, kemudian memberikan pengampunan padanya, lalu memasukkannya ke dalam syurga".
Dalam riwayat lain dari Bukhari dan Muslim disebutkan pula: "Pada suatu ketika ada seekor anjing berputar-putar di sekitar sebuah sumur, hampir saja ia terbunuh oleh kehausan, tiba-tiba ada seseorang pezina(perempuan) dari golongan kaum pelacur Bani Israil melihatnya. Wanita itu lalu melepaskan sepatunya kemudian mengambilkan air untuk anjing tadi dan meminumkan air itu padanya, maka dengan perbuatannya itu diampunilah wanita tersebut.

Keterangan:
Hadis di atas mengandung suatu anjuran supaya kita semua berbuat baik terhadap segala macam binatang yang muhtaram atau yang dimuliakan. Yang dimaksudkan binatang muhtaram ialah binatang yang menurut agama Islam tidak boleh dibunuh.

127. Kesebelas: Dari Abu Hurairah r.a. lagi dari Nabi s.a.w. sabdanya:

"Nescayalah saya telah melihat seseorang yang bersuka-ria dalam syurga dengan  sebab memotong sebuah pohon dari tengah jalanan yang pohon itu membuat kesusahan bagi kaum Muslimin."
(Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Muslim yang lain disebutkan demikian: "Pada suatu ketika ada seorang lelaki berjalan melalui sebuah cabang pohon yang melintang di tengah jalanan, kemudian ia berkata: "Demi Allah, nescayalah pohon ini hendak kulenyapkan dari jalanan kaum Muslimin supaya ia tidak membuat kesukaran pada mereka itu". Orang tersebut lalu dimasukkan dalam syurga.
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim pula disebutkan demikian: "Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang berjalan di jalanan. Ia menemukan cabang dari sebuah pohon berduri pada jalanan itu, kemudian cabang berduri itu disingkirkan olehnya. Allah lalu berterima kasih kepada orang tadi dan memberikan pengampunan kepadanya".

128. Kedua belas: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya kemudian mendatangi solat Jumaat, lalu mendengarkan khutbah serta berdiam diri tidak bercakap-cakap sedikitpun, maka diampunilah untuk antara Jumaat itu dengan Jumaat yang berikutnya dan ditambah pula dengan tiga hari lagi. Barangsiapa yang memegang mempermain-mainkan batu kerikil di waktu ada khutbah maka ia telah berbuat kesalahan". 
(Riwayat Muslim)

129. Ketigabelas: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jikalau seseorang hamba muslim ataupun mukmin berwuduk, kemudian ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu setiap kesalahan yang dilihat olehnya dengan menggunakan kedua matanya bersama dengan air atau bersama dengan titisan air yang terakhir. Selanjutnya apabila ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah dari kedua tangannya itu semua kesalahan yang dilakukan oleh kedua tangannya bersama dengan air atau bersama titisan air yang terakhir. Kemudian apabila ia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yang dijalani oleh kedua kakinya itu bersama dengan air atau bersama dengan titisan air yang terakhir, sehingga keluarlah orang tersebut dalam keadaan bersih dari semua dosa".
(Riwayat Muslim)

130. Keempat belas: Dari Abu Hurairah r.a.dari Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Solat lima waktu, dari Jumaat yang satu ke Jumaat yang berikutnya, dari Ramadan yang satu ke Ramadan yang berikutnya itu dapat menjadi penghapus dosa-dosa antara jarak keduanya itu, jikalau dosa-dosa besar dijauhi". 
(Riwayat Muslim)

131. Kelima belas: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sukakah engkau semua saya tunjukkan pada sesuatu amalan yang dengannya itu Allah akan menghapuskan segala macam kesalahan serta mengangkat pula dengannya tadi sampai beberapa darjat?" Para sahabat menjawab; "Baik, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. bersabda:
"Iaitu menyempurnakan wuduk sekalipun menghadapi kesukaran-kesukaran banyaknya, melangkahkan kaki untuk pergi ke masjid serta menantikan solat setelah selesai solat yang satunya. Yang sedemikian itulah yang dinamakan perjuangan".
(Riwayat Muslim)

Keterangan:

Menyempurnakan wuduk sekalipun menghadapi kesukaran, misalnya di saat yang udaranya dingin sekali, sehingga airnyapun menjadi sangat pula dinginnya. Dalam Hadis di atas dijelaskan bahawa sentiasa berthaharah yakni tetap suci dari hadas besar dan kecil, juga solat dan segala sesuatu yang dilakukan ditujukan untuk niat beribadat dan berbakti kepada Tuhan, adalah sama pahalanya dengan berjihad fisabilillah.

132. Keenam belas: Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang bersolat dua solat barad makna sebenarnya dingin, maka ia dapat masuk syurga". 
(Muttafaq 'alaih)
Dua solat barad maknanya ialah solat Subuh dan Asar.

133. Ketujuh belas: Dari Abu Musa al-Asy'ari pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seseorang hamba itu sakit atau bepergian, maka dicatatlah untuknya pahala ketaatan sebagaimana kalau ia mengerjakannya di waktu ia sedang berada di rumah sendiri dan dala keadaan sihat". 
(Riwayat Bukhari)

134. Kelapan belas: Dari Jabir r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap perbuatan baik itu merupakan sedekah". 
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari Juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Hudzaifah r.a.

135. Kesembilanbelas: Dari Jabir r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang muslimpun yang menanam suatu tanaman, melainkan apa saja yang dapat dimakan dari hasil tanamannya itu, maka itu adalah sebagai sedekah baginya, dan apa saja yang tercuri daripadanya, itupun sebagai sedekah baginya. Dan tidak pula dikurangi oleh seseorang lain, melainkan itupun sebagai sedekah baginya".
(Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan: "Maka tidaklah seseorang muslim itu menanam sesuatu tanaman, kemudian dari hasil tanamannya itu dimakan oleh manusia ataupun binatang, ataupun burung, kecuali semuanya itu adalah sebagai sedekah baginya sampai hari kiamat".
Dalam riwayat Imam Muslim yang lain lagi disebutkan: "Tidaklah seseorang muslim itu menanam sesuatu tanaman, tidak pula ia menanam sesuatu tumbuh-tumbuhan, kemudian dari hasil tanamannya itu dimakan oleh manusia, ataupun oleh binatang ataupun oleh apa saja, melainkan itu adalah sebagai sedekah baginya".
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan Hadis-hadis semuanya itu dari riwayat Anas r.a.
136. Keduapuluh: Dari Jabir r.a. lagi, katanya: 

"Bani Salimah salah satu kabilah kaum Anshar yang terkenal radhiallahu 'anhum bermaksud hendak berpindah tempat di dekat masjid. Berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w., kemudian beliau s.a.w. bersabda kepada Bani Salimah itu: "Sesungguhnya saja telah sampai berita kepadaku bahawa engkau semua ingin berpindah ke tempat di dekat masjid?" Mereka menjawab: "Benar, ya Rasulullah, kita berkehendak sedemikian itu". Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Wahai Bani Salimah, tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu pahala melangkahkan kaki dari rumah ke masjid itu pasti dicatat sebanyak yang dijalankan. Jadi tidak perlu berpindah ke dekat masjid. Tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu". 
(Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain disebutkan:
"Sesungguhnya dengan setiap langkah itu ada darjatnya sendiri". 
Imam Bukhari meriwayatkan pula dengan pengertian yang semakna dengan di atas dari riwayat Anas r.a.

137. Kedua puluh satu: Dari Abdulmundzir iaitu Ubaybin Ka'ab r.a. katanya: 

"Ada seseorang yang saya tidak mengetahui ada orang lain yang rumahnya lebih jauh lagi daripada orang itu untuk pergi ke masjid. Orang tadi tidak pernah terluput oleh solat  jemaah. Kemudian kepadanya itu ditanyakan, atau saya sendiri bertanya kepadanya: Alangkah baiknya jikalau engkau membeli seekor keldai yang dapat engkau naiki apabila malam gelap gulita ataupun di waktu siang yang panasnya amat terik". Orang itu menjawab: "Saya tidak senang sekiranya rumahku itu ada di dekat masjid. Sesungguhnya saya ingin sekali kalau perjalananku ke masjid itu dicatat sebagai pahala, demikian juga pulangku jikalau saya pulang ke tempat keluargaku."Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Allah telah mengumpulkan untukmu semua yang kau kehendaki itu yakni keinginanmu untuk memperoleh pahala banyak itu dikabulkan oleh Allah".
Dalam riwayat lain disebutkan:
"Sesungguhnya bagimu adalah pahala apa yang telah engkau amalkan yakni diperhitungkan menurut banyak sedikitnya langkah yang dijalani dari rumah ke masjid itu".
Ar-ramdha' ialah bumi yang terkena panas matahari yang amat terik.

138. Kedua puluh dua: Dari Abu Muhammad iaitu Abdullah bin 'Amr bin Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada empat puluh perkara, setinggi-tingginya (dalam darjatnya) ialah memberikan(manihah) kambing. Tiada seorangpun yang mengerjakan salah satu perkara dari Empat puluh perkara itu, dengan mengharapkan pahalanya dan mempercayai apa yang dijadikan oleh Tuhan melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga". 
(Riwayat Bukhari)
Manihah ialah memberikan kambing betina pada orang lain agar diperah susunya binatang yang diberikan tadi, lalu dimakan yakni diminum, kemudian dikembalikan lagi kepada yang memilikinya, apabila sudah habis susu yang ada di dalam teteknya. Manihah itu dapat berupa kambing dan disebut Manihatul 'ami atau Manihatusy syaati dan dapat pula berupa unta, lalu disebut Manihatun naaqati.

139. Kedua puluh tiga: Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya: Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

"Takutlah pada siksa neraka itu, sekalipun dengan memberikan sedekah potongan kurma".
(Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, disebutkan lagi, dari 'Adi bin Hatim, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorangpun dari engkau semua, melainkan akan diajak berbicara oleh Tuhannya dan antara dia dengan Tuhannya tidak ada seorang tarjumanpun(penyambung kata). Orang itu melihat ke sebelah kanannya, maka tidak ada yang dilihat olehnya kecuali amalan yang telah dilakukannya sebelum itu dari amalan yang baik dan juga dia melihat ke sebelah kirinya, maka tidak ada pula yang dilihat olehnya, kecuali amalan yang dilakukan sebelum itu dari amalan yang buruk. Dia melihat pula antara kedua tangannya, maka tidak ada yang dilihatnya kecuali neraka yang ada di hadapannya. Maka takutlah engkau semua pada siksa neraka, sekalipun dengan bersedekah potongan kurma. Kemudian barangsiapa yang tidak menemukan sesuatu untuk disedekahkan, maka bersedekahlah dengan ucapan yang baik saja".

140. Keduapuluh empat: Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Allah itu nescaya meredhai pada seseorang hamba, jikalau ia makan sesuatu makanan pagi ataupun petang, kemudian mengucapkan puji-pujian kepada Allah atas makanan yang dimakannya itu, ataupun meminum sesuatu minuman, kemudian mengucapkan puji-pujian kepada Allah atas minuman yang diminumnya itu". 
(Riwayat Muslim)
Al-Aktah, dengan difathahkan hamzahnya, ertinya ialah makan siang atau makan malam.

141. Keduapuluh lima: Dari Abu Musa r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: 

"Setiap orang Islam itu harus bersedekah". Abu Musa bertanya: "Tahukah Tuan, bagaimanakah jikalau ia tidak menemukan sesuatu untuk disedekahkan?" Beliau menjawab: "Kalau tidak ada hendaklah ia bekerja dengan kedua tangannya, kemudian ia dapat memberikan kemanfaatan kepada dirinya sendiri, kemudian bersedekah". Ia bertanya lagi: "Tahukah Tuan, bagaimanakah jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian?" Beliau menjawab: "Hendaklah ia memberikan pertolongan kepada orang yang menghajatkan bantuan". Ia bertanya lagi: "Tahukah Tuan, bagaimanakah jikalau ia tidak dapat berbuat demikian?" Beliau menjawab: "Hendaklah ia memerintah dengan kebaikan atau kebagusan". Ia bertanya lagi: "Tahukah Tuan, bagaimanakah jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian." Beliau menjawab: "Hendaklah ia menahan diri dari berbuat kejahatan, maka yang sedemikian itupun sebagai sedekah yang diberikan olehnya".

(Muttafaq 'alaih)