Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 11 September 2020

V88: BERSEGERALAH MEMOHON KEAMPUNAN

 Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ


Maksudnya: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa."
[Surah Ali Imran ayat 133]
Peluang terbesar yang Allah Subhanahu Wata'ala berikan kepada kita untuk meraih ampunan dan redhaNya dengan menabung segala amal kebaikan kita. Peluang ini yang patut kita syukuri dalam hidup kita adalah kerana kita masih diberi peluang hidup di dunia ini. Rebutlah peluang meraih ampunan dan redha Allah Subhanahu Wata'ala.





V 87: GANDAAN PAHALA

 Allah Subhanahu Wata'ala Menggandakan Pahala Kebaikan Meskipun Sekecil Zarah.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا


Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar."
[Surah An-Nisa' ayat 40]


Kita selalu menganggap bahawa sesuatu yang "kecil" sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mendatangkan apa-apa kesan jika melakukannya, baik ia berupa kebaikan ataupun keburukan. Mungkin kita lupa bahawa sesuatu yang besar itu diawali oleh sesuatu yang kecil.
Ada ketikanya amal kebaikan yang kecil, yang hanya dipandang sebelah mata, diberi penghormatan besar dan keselamatan bagi kebaikan manusia. Ada ketikanya pula, amalan yang hebat itu dibangga-banggakan, malah menjadi sebutan dan pujian ramai, tetapi tidak memberi manfaat, bahkan kadang-kadang mengundang fitnah pula.
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu Wata'ala melipatgandakan amalan kebaikan yang dilakukan oleh seorang manusia walaupun kebaikan itu hanyalah sekecil zarah.

-Wan Muhammad Firdaus




V 86: BERKAT HIDUP

 Berkat itu kita akan diperolehi bila kita:

Baik pada ibubapa.
Banyak istighfar.
Taat beribadat pada Allah Subhanahu Wata'ala.
Menghindari dosa.
Mendoa selalu dimurahkan rezeki.
Bersedekah.
Membantu golongan miskin.
Jaga silaturrahim.
Memuliakan tetamu.
Solat Dhuha dan solat sunat.
Bersyukur.
Berdoa.
Tawakal.




V 85: HITUNGLAH DOSA

 "Hitunglah dosa kita selagi nafas masih dikandung badan. Supaya datang keinsafan dan kesedaran.

Menghitung bukan untuk kesombongan dan merasa diri lebih baik dan suci dari orang lain. Namun untuk memperbaiki diri terus menerus agar menjadi hamba sentiasa syukur dan agar sentiasa dalam rendah diri serta tawaduk agar benar ucapan kita bahawa hidup dan mati hanya untuk Allah Subhanahu Wata'ala."




V 84: BERSYUKURLAH

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


Maksudnya: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."
[Surah Ibrahim ayat 7]

Bagaimana melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala?
1) Hendaklah memuji Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ini sepertimana ungkapan Nabi Sulaiman as:


هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ


Maksudnya: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya.”
2) Lakukanlah amalan-amalan sebagai satu bentuk dan tanda kesyukuran. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا


Maksudnya: "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!"
3) Bangun menunaikan solat malam
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah ra, Nabi SAW berdiri solat (malam) sehingga pecah kedua kaki Baginda. Lalu beliau bertanya kepada Baginda SAW: “Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda SAW menjawab:


يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا


Maksudnya: “Wahai Aisyah! Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur.”

Wan Muhammad Firdaus




V 83: ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA MENJAMIN REZEKI SEMUA MAKHLUKNYA

 Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:

وَما مِن دابَّةٍ فِي الأَرضِ إِلّا عَلَى اللَّهِ رِزقُها وَيَعلَمُ مُستَقَرَّها وَمُستَودَعَها ۚ كُلٌّ في كِتابٍ مُبينٍ


Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata.”
[Surah Hud ayat 6]

Allah Subhanahu Wata'ala bukan sahaja menguruskan manusia, tetapi Allah Subhanahu Wata'ala menguruskan semua makhluk yang hidup dan bergerak di alam ini. Perkataan دَابَّةٍ bermaksud ‘yang bergerak’. Sama ada melata di bumi ataupun terbang di langit. Dari sekecil-kecil bakteria hingga kepada sebesar-besar makhluk ciptaanNya.
Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.

Wan Muhammad Firdaus




V 82: BERBUAT DOSA

 Dan berbuat dosalah kamu sekadar kesabaran kamu tinggal di dalam neraka."

Allah Subhanahu Wata'ala mencabar kita. Silakan derhaka atau berbuat maksiat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, tetapi ingat, sekadar kesanggupan kamu menahankan seksa neraka. Cubalah bakar jari telunjuk anda dengan api lilin selama satu minit. Cuba bayangkan pula panasnya api neraka. Bagaimana kalau anda diseksa di neraka selama satu hari, satu minggu, satu bulan atau satu tahun? Kalau begitu fikirlah dahulu sebelum berbuat dosa.