Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 14 September 2012

H 140 ENAM Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT

Allah SWT telah menyebut dalam kitab-kitabnya :

1-Sesiapa berpagi-pagi bersusah memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.

2- Sesiapa mengeluh kerana ditimpa mushibah, maka dia mengeluh di atas tindakan  Allah SWT.

3- Sesiapa tidak menghirau daripada mana datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia memasuki neraka.

4- Sesiapa melakukan dosa sambil tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.

5- Sesiapa sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada Akhirat.

6-  Sesiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak di matanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.


Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S : 370.



H 139 EMPAT Keutamaan dan kewajipan untuk orang mukmin

1- Bergaul dengan orang soleh adalah keutamaan, sedangkan mengikuti jejak orang soleh adalah satu kewajipan.

2- Membaca al-Quran adalah keutamaan, sedangkan mengamal kandungan al-Quran adalah satu kewajipan.

3- Menziarahi kubur  itu satu keutamaan, sedangkan menyiapkan bekal untuk kehidupan sesudah mati adalah satu kewajipan.

4- Menziarahi orang sakit adalah satu keutamaan, sedangkan berwasiat di akhir hayat adalah satu kewajipan.


Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 94.


138 EMPAT Nasihat utama Saidina Ali untuk panduan orang mukmin

1- Sesiapa merindui Syurga, maka dia akan bersegera melakukan kebaikan.

2- Sesiapa takut kepada seksaan neraka, maka dia akan berhenti mengikut hawa nafsu.

3- Sesiapa meyakini kedatangan kematian, maka dia tidak akan lena dengan kesenangan duniawi.

4- Sesiapa mengetahui dunia ini adalah cubaan, maka semua musibah yang menimpanya akan terasa ringan.


Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 94.



H 137 EMPAT Perkara yang lebih buruk daripada Neraka Allah SWT

1- Kekal di dalam neraka lebih buruk daripada Neraka.

2-  Cemuhan daripada Para Malaikat yang menyeksa orang kafir di Neraka lebih buruk daripada Neraka.

3- Berjiran dengan syaitan di dalam neraka lebih buruk daripada Neraka.

4- Murka Allah SWT di dalam Neraka lebih buruk daripada Neraka.


Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 108.


H 136 EMPAT Perkara lebih baik daripada Syurga Allah SWT

1- Kekal di dalam Syurga lebih baik daripada Syurga.

2-  Layanan Para Malaikat di dalam Syurga  lebih baik daripada Syurga.

3- Berjiran dengan para Nabi  di dalam Syurga  lebih baik daripada Syurga.

4- Keredaan  Allah SWT di Syurga  lebih baik daripada Syurga.



Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 107.


H 135 EMPAT Nasihat amat berharga daripada Kitab Taurat

Wahab bin Munabbih telah berkata :
Saya telah menemui dalam kitab Taurat empat baris ayat,

1- Sesiapa yang membaca kitab Allah SWT lalu dia menyangka tidak akan diampunkan, maka dia termasuk orang yang mengejek atau meremeh-remehkan ayat-ayat Allah SWT.

2- Sesiapa yang mengeluh kerana musibah yang menimpa padanya, maka dia telah mengeluhkan  Allah SWT.

3- Sesiapa yang bersedih dengan apa yang terlepas atau apa yang tidak dicapainya, maka bererti dia membenci keputusan Allah SWT.

4- Sesiapa tawaduk atau merendahkan diri kepada orang kaya kerana kekayaannya, maka hilanglah 2/3 daripada agamanya.


Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S : 358.


Rabu, 12 September 2012

H 134 EMPAT Perkara yang lebih baik kedudukannya

1- Rasa malu pada lelaki adalah baik, namun rasa malu lebih baik jika ada pada wanita.

2- Adil ada setiap orang adalah baik, namun adil jika ada pada pemerintah adalah lebih baik.

3- Taubat orang tua adalah baik, namun taubat orang muda adalah lebih baik.

4-  Bermurah hati pada orang kaya adalah baik, namun bermurah hati pada kaum fakir miskin adalah lebih baik.


Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 85 & 86.


H 133 TIGA Sebab Nabi Ibrahim bergelar Khalilullah

1- Tiada aku disuruh memilih  dua perkara melainkan saya pilih yang untuk Allah SWT dari yang lain-lainnya.

2- Saya tidak pernah risau terhadap apa dijamin oleh Allah SWT dalam urusan rezeki.

3- Tidak pernah makan di siang hari atau malam melainkan bersama tetamu.


Tanbihul Ghafilin.Jilid 1&2. M/S: 323.



H 132 EMPAT Syarat bekalan amal soleh untuk menuju ke Akhirat

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Abu Zar Al-Ghifari ra : Wahai Abu Zar :

1- Perbaharuilah perahumu kerana lautan itu sangat dalam.

2- Carilah bekalan yang lengkap kerana perjalananmu sangat jauh.

3- Kurangilah beban(dosa) kerana rintangan itu amatlah sukar untuk diatasi.

4- Ikhlaslah dalam beramal kerana yang menilai baik dan buruk adalah Zat Yang Maha Melihat.


Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 83.




H 131 TIGA Penyakit yang membelenggu mereka yang cintakan dunia

1- Kesibukan yang tidak akan terlepas kesukarannya.

2- Angan-angan yang tidak ada hujung pangkalnya.

3- Kerakusan yang tidak mencapai kekayaan atau kecukupannya.


Tanbihul Ghafilin. Jilid 1&2. M/S: 329.


H 130 TIGA PERKARA YANG AMAT ANEH DAN SULIT

Seorang penyair pernah berkata :

“Manusia wajib bertaubat, namun yang meninggalkan dosa itu lebih wajib bertaubat.
Sabar dalam menghadapi musibah itu sulit, namun hilang pahala sabar itu lebih sulit.
Perubahan zaman itu memang sesuatu yang aneh, namun kelalaian manusia itu lebih aneh."


Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam .M/S : 84.


H 129 SEMBILAN Tanda Kebesaran Allah SWT anugerahkan kepada Nabi Musa A.S.

الإسراء 101-111)
“Dan Kami telah memberikan Musa sembilan ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada mereka, dan Firaun berkata kepadanya, “Wahai Musa, aku menyangka kamu orang yang kena sihir.”


Batu yang mengeluarkan air apabila dipukul oleh Nabi Musa A.S.

Bukit terbakar apabila Nabi Musa A.S. bercakap dengan Allah SWT.

( ولقد آتينا موسى تسع آيات بينات فاسأل بنى إسرائيل إذ جاءهم فقال له فرعون إنى لأظنك يا موسى مسحورا )التفسير : 101 – ولو أوتى هؤلاء من الآيات ما اقترحوا لصرفوها عن وجهها، ولم يؤمنوا بها، ولقد آتينا موسى تسع آيات واضحات (1) ومع ذلك كفروا، وقال فرعون: إنى لأظنك مسحورا يا موسى. —–(1) هذه الآيات التسع:1- العصا. 2- اليد البيضاء. 3- الطوفان. 4- الجراد والضفادع والقمل والدم. 5- الجدْب ونقص الثمار. 6- فلق البحر. 7- انبجاس الماء من الحجر. 8- نتق الجبل كأنه ظلة. 9- خطابه لربه.

1- Tongkat.

2- Tangan bercahaya.

3- Ribut Taufan.

4- Tentera Allah SWT daripada belalang, katak, kutu dan darah.
“Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah – ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.” (7:133)

5- Kemarau dan mengurangkan hasil buah-buahan.

6- Membelah laut.

7- Mengeluarkan air dari celah-celah batu.
“Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, ‘Pukullah batu dengan tongkat kamu’; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. ‘Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan.’”
(2:60)

8- Membina dan mengukir rumah daripada bukit-bukit.

9- Bercakap dengan Allah SWT.


Sila rujuk kepada kitab-kitab tafsir untuk maklumat lebih lanjut, apa yang saya lontarkan disini sekadar untuk membuktikan kekuasaan Allah SWT dalam menganugerahkan  perkara-perkara luar biasa pada pandangan mata kasar manusia, sedangkan di sisi Allah SWT semuanya tidak mustahil, malah Wajib berlaku.


Selasa, 11 September 2012

H 128 TIGA Perkara yang sentiasa ditulis oleh orang-orang soleh

Aun bin Abdullah telah berkata : Orang-orang solehin sentiasa menulis surat pada sahabatnya dengan 3 perkara,

1- Sesiapa beramal untuk Akhirat, nescaya Allah SWT akan mencukupkan segala urusan dunianya.

2- Sesiapa memperbaiki niatnya, maka Allah SWT akan memperbaiki zahirnya.

3- Sesiapa memperbaiki hubungan dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan memperbaiki hubungannya sesama manusia.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 736.

H 127 TIGA Sikap membuktikan ketakwaan kepada Allah SWT

1- Baiknya tawakal dalam apa yang belum dicapai.

2- Reda menerima dengan apa yang telah tercapai.

3- Sabar menghadapi dengan apa yang terlepas dari tangannya.



Kitab Tanbhul Ghafilin. Jilid 1 & 2.  M/S : 715.




H 126 LIMA Hikmah dan Keistimewaan Umat Nabi Muhmmad SAW

1- Allah SWT menjadikan mereka lemah supaya tidak sombong.

2- Mereka dijadikan kecil supaya tidak membazir dari segi makanan dan pakaian.

3- Umur mereka dijadikan pendek supaya tidak banyak melakukan dosa.

4- Mereka dijadikan fakir supaya ringan hisab mereka di Akhirat kelak.

5- Mereka dijadikan umat terakhir supaya tidak lama berada dalam kubur.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 785.


Ahad, 9 September 2012

H 125 Lima Belas Rahsia Dalam Kehidupan Anda

1. Paling sedikit lima orang di dunia ini yang kita tidak kenali yang mengasihi kamu dan sanggup berkorban untuk kamu.

2) كما أن هناك 15 آخرين يحبونك لشخصك .. ‏

2. Lima belas orang sentiasa mencintai kamu.

3) السبب الوحيد الذي يجعل أي شخص يكن لك ‏الكراهية ينبع من كونه
عاجزاً عن أن يصبح مثلك .. ‏

3. Di antara sebab orang membenci kita adalah kerana dia tidak mampu menjadi seperti kita.


4) الإبتسامة يمكن أن تجلب السعادة لمن حولك, حتى ‏لو كانوا من غير محبيك .. ‏

4. Senyuman memberi kebahagiaan kepada mereka di sekeliling kita.

5) كل ليلة, وقبل الخلود إلى النوم هناك واحد على ‏الأقل يفكر بك …. ‏

5. Setiap malam sebelum lena, paling sedikit seorang akan mengingati kamu.

6) أنت تعني الكثير لشخص ما…. ‏

6. Kamu lebih mengetahui sesuatu daripada orang lain
7) بسببك أنت هناك شخص واحد على الأقل يتمتع ‏بالحياة … ‏

7. Kamu adalah penyambung kehidupan kepada seseorang.

8) أنت مميز ونادر في شخصك .. ‏
8. Kamu adalah istimewa dan pelik kepada seseorang.

9) شخص ما لا تعلم بوجوده يكن لك كثيرا من الود ..
9. Seseorang yang kamu tidak ketahui kedudukannya telah memberi banyak kasih sayang kepada kamu.
10) عندما ترتكب خطأ كبيراً … طرف أو شئ جيد ‏يستفيد منه …. ‏

11. Ketika kamu melakukan sesuatu  kesalahan, kamu akan dibantu olehnya.

11) عندما تعتقد بأن الدنيا قد أظلمت في وجهك .أنظر ‏حولك وإلى نفسك ..
في المرآة تجد نظارة داكنة السواد مرتكزة على أنفك ‏‏….
12. Ketika kamu berada dalam kegelapan, lihatlah persekitaran kamu dan diri kamu, kamu akan dapati bintik hitam pada hidung kamu.
12)عندما تعتقد أنك سوف لن تحصل على شئ ترغب ‏فيه,فإن الاحتمال
الأقوى أنك لن تحصل عليه. ولكن إن آمنت بنفسك, ‏فربما عاجلاً
أم آجلاً ,ستحصل عليه….
 13. Ketika kamu beranggapan, kamu tidak akan mendapati sesuatu yang kamu sayang padanya, tetapi kamu mempunyai keyakinan pada diri kamu, kamu pasti akan berhasil mendapatnya dalam masa terdekat atau memerlukan tempoh yang agak lama.
13) تذكر دائماً كلمات الإطراء … وتناسى كلمات ‏التجني القاسية…. ‏

14.  Ingatlah perkataan yang menggembirakan dan lupakan perkataan yang menduka citakan.
14) دائما قل للآخرين ماتشعر به من حب ‏تجاههم,علمهم بذلك سيجعلك
تشعر براحة كبيرة….
15. Sebarkan perkataan yang melahirkan kasih sayang terhadap orang lain dan ajarkan mereka perkataan tersebut pasti mereka akan merasai ketenangan.
15) إن كان لديك صديق عظيم, إمنح نفسك فرصة ‏لتخبره بذلك …

16. Jika kamu memiliki kawan yang hebat, berilah peluang kepada dirimu untuk mengetahui kehebatannya.




H 124 Bukti Allah SWT Menyayangi kita

3. dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.

52. Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.”

33. Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun[608]
[608]. Di antara mufassirin mengertikan yastagfiruuna dengan bertaubat dan ada pula yang mengertikan bahawa di antara orang-orang kafir itu ada orang muslim yang minta ampun kepada Allah swt.

10. maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-,

11. nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,

12. dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.

58. Dan (ingatlah), ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke negeri ini (Baitul Maqdis), dan makanlah dari hasil buminya, yang banyak lagi enak di mana yang kamu sukai, dan masukilah pintu gerbangnya sambil bersujud[54], dan katakanlah: “Bebaskanlah kami dari dosa”, nescaya Kami ampuni kesalahan-kesalahanmu, dan kelak Kami akan menambah (pemberian Kami) kepada orang-orang yang berbuat baik”.
[54]. Maksudnya menurut sebahagian ahli tafsir: menundukkan diri.
***************************************************************
Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah SWT bersedia dengan penuh rasa rendah diri kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk mendengar segala rintihan dan permohonan kerana Allah SWT amat menyayangi Orang-Orang Yang Beriman.


H 123 Ayat Al-Quran Yang Menyebabkan syaitan Menangis

Surah Ali Imran. Ayat :135.

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri[229], mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”
[229]. Yang dimaksud perbuatan keji (faahisyah) ialah dosa besar yang mana mudharatnya tidak hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain, seperti zina, riba. Menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa yang mana mudaratnya hanya menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil.

136. "Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal."


Inilah ayat al Quran yang amat ditakuti oleh syaitan, jika kita memahami dan terus beramal dengannya.


H 122 Kanak-Kanak Yang Dapat Melihat Malaikat

Kisah yang sangat memberi keinsafan kepada kita walaupun ianya hanya berlaku pada kanak-kanak kecil.

Ayahnya pernah bekerja di Arab Saudi.

Dia pernah tinggal di Dammam, Arab Saudi selama 10 tahun.

Kanak-kanak perempuan ini mempunyai seorang adik lelaki, Ahmad berumur 8 tahun.

Saya bekerja sebagai Engineer, anak saya bernama Yasmin, sangat cantik, kini berumur 9 tahun.

Saya sentiasa melihatnya membaca Al-Quran, memakai purdah dan sentiasa solat.

Apabila selesai melakukan latihan-latihan sekolah dia terus berada di atas sejadah dan dan mula membaca Al-Quran dengan penuh beradab, saya pernah menyuruhnya pergi bermain dengan kawan-kawan.

Dia berkata kawan saya adalah Al-Quran dan dia(Al-Quran ) adalah  sebaik-baik kawan.

Pada suatu hari perutnya terasa terlalu sakit, saya membawa Yasmin ke klinik.

Maka dia dapat berehat selama 2 hari, peristiwa selalu berulang.

Syarikat yang saya bekerja telah membuka cawangan di Amerika Syarikat.

Saya dan isteri saya berpindah ke Amerika bersama ahmad dan Yasmin. Saya bertugas sebagai manager syarikat.

Saya bergembira beserta dengan keluarga kerana dapat bertugas di Amerika.

Apabila hampir dua bulan Yasmin terasa sakit seperti biasa pada perutnya, saya membawanya ke doktor lalu dibuat pemeriksaan.

Doktor  akan memberi keputusan pemeriksaan selepas seminggu.

Saya merasa tenang apabila doktor tidak memberi apa-apa reaksi tentang pemeriksaannya, lalu kami  sekeluarga melancong ke Orlando.

Kami sekeluarga bergembira di samping Yasmin.

Tiba-tiba telefon saya berdering,

Doktor yang memeriksa Yasmin menalefon saya dan meminta bertemu dengannya besok.

Saya merasa gelisah dengan panggilan tersebut.

Saya akan menemui doktor  tersebut waktu asar besok hari.

Saya rasa takut dan tidak dapat menguruskan percutian dengan baik, walaupun selama 2 hari.

Saya amat gembira melihat Yasmin yang masih cergas, kami sampai di Amerika.

Di samping panggilan dari doktor, saya juga mendapat panggilan dari syarikat agar segera kembali bertugas.

Apabila Yasmin bertemu dengan doktor, doktor bertanya kepada Yasmin, lalu Yasmin menjawab, dia mengalami sedikit  kesakitan dan badan menjadi lemah.

Setelah doktor selesai membuat pemeriksaan, saya bertemu doktor di bilik yang lain.

Doktor bertanya tentang tempoh yang Yasmin mengalami sakit tersebut.

Saya memberitahu hampir satu tahun.

Yasmin mengalami kanser yang bahaya.

Saya menangis dan saya dapat bayangkan dia akan meninggalkan kami.

saya juga mendengar isteri saya turut menangis.

Yasmin berkata: memang saya akan menemui Allah SWT.

Wahai ibuku dan ayahku, sesungguhnya Allah SWT lebih baik daripada ayah dan ibu serta semua manusia.

Adakah pemergian saya menemui Allah SWT menjadikan semua menangis.

Pemergian saya adalah untuk bertemu dengan yang kita kasihi.

Saya menyaran  pada Yamin, agar memulakan rawatan.

Jika kematian adalah satu kepastian, maka tidak perlu rawatan dan ubat yang membazirkan.

Betul wahai Yasmin, kita yang sihatpun akan mati, oleh itu kita perlu makan, berubat dan melancong dan membina masa depan. Jika kita tidak berbuat demikian pasti kehidupan ini akan hancur dan tiada kemajuan di atas muka bumi ini.

Doktor : Ketahuilah Yasmin, jasad manusia memiliki berbagai kemudahan.

Semuanya adalah amanah daripada Allah SWT, jika awak diberi alat permainan, adakah awak akan merosakkannya?

Yasmin : Saya akan bermanfaat dengannya dan menjaganya.

Doktor :  Begitulah juga kemudahan yang telah Allah SWT berikan seperti sistem penghadaman, paru-paru, hati, mata, telinga dan semua pemberian Allah SWT. Kamu mesti menjaganya dengan baik dengan rawatan tanpa dirosak dengan bahan-bahan kimia.

Rawatan yang kami berikan adalah dua matlamat: pertama mengurangkan kesakitan.
Kedua: Memberi kekuatan kepada organ sehingga kamu mampu memberi jawapan kepada Allah SWT bahawa kamu telah menjaga pemberian Allah SWT dengan baik. inilah matlamat dan maksud kami.

Yasmin : Jika demikian, saya sanggup mengambil rawatan sehingga saya mampu berdiri di hadapan Allah SWT, walaupun nikmat pemberian Allah SWT telah rosak.

Masa berlalu selama 2 bulan mengambil rawatan dan ubat.

Apa yang berlaku adalah di sebaliknya, anakku sentiasa mendekati Al-Quran, segala kemuliaan semakin dia hiasi dirinya demi bertemu dengan Allah SWT.

Dia sentiasa menghafaz surah-surah dari Al-Quran. saya bertanya kepadanya, Kenapa kamu membaca menghafaz Al-Quran?
Yasmin: Saya tahu Allah mencintai orang yang mencintai Al-Quran, saya ingin berkata kepada Allah SWT, Daku telah menghafaz sebahagian daripada Al-Quran, kerana Engkau mencintai orang-orang yang menghafaz Al-Quran.

Anakku sentiasa solat kadang-kadang dia solat di atas katilnya.
saya bertanya kepadanya, lalu dia menjawab: saya mendengar dari Rasulullah SAW : Allah memandang dengan pandangan yang sejuk mata memandang kepada orang yang melakukan solat.

Maka saya ingin menjadikan diri saya demikian dengan solat.

Apabila tiba hari pemergiannya, terpancar cahaya dari wajahnya, senyuman terukir di bibirnya, dia mengambil Al-Quran dan membaca surah yasin di saat akhir hayatnya, sehingga dia tidak dapat menyempurkan surah yasin dengan lancar tetapi  anakku telah berjaya membaca surah al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan ayat al-Kursi.

anakku membaca doa di atas dengan sempurna.
Selamat tinggal ayahku dan ibuku, saya melihat melihat di setiap penjuru bilik telah dipenuhi insan-insan berbaju putih, mereka datang kepada saya dan menjemput saya supaya bertemu dengan Allah SWT.
saya melihat anak saya tersenyum walaupun di saat akhir dia memejam mata.

Nota;
Jadikanlah kisah ini sebagai pendorong ke arah mendidik anak supaya menjadi insan Soleh dan Solehah.





H 121 Rahsia-rahsia Kejayaan Perjuangan Rasulullah SAW

1.  Allah SWT sebagai sumber utama.

2.  Allah SWT menyampaikan ilmu kepada Rasulullah SAW.

3.  Dengan ilmu terhasilnya zikir, bacaan dan tafakkur.

4.  Melalui zikir, bacaan dan tafakkur menghasilkan Makrirat.

5.  Apabila telah berhasil Makrifat maka berhasilnya  Ibadat.

6.  Melalui Makrifat berhasilnya Manasik, Muamalat dan Kemakmuran bumi.


7.  Kemakmuran bumi akan menghasilkan Amalan Kebajikan dan Amalan Dengan Penuh Yakin.


H 120 EMPAT BELAS GOLONGAN YANG DICINTAI OLEH ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

Surah Ali  Imran, ayat :31.

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

1. Mereka yang bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Syarat bertaubat:
a- Taubat yang Ikhlas.

b- Menyesal di atas perbuatan yang lalu.

c- Meninggalkan maksiat dengan kadar segera,
d- Bercita-cita tidak akan kembali kepada maksiat dan yang akan datang.
e- Bertaubat sebelum matahari timbul di sebelah barat.
f- Jika dosa ada kaitan dengan manusia, mesti memohon kemaafan daripadanya dan berdoa kebaikan kepada mereka di waktu terlindung dari pandangan manusia.

 2- Mereka yang mengikuti  Sunnah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.

3- Mereka yang berpegang pada agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
4- Mereka yang melakukan kebajikan.
5- Mereka yang merindui pertemuan dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
6- Mereka yang mendekati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan cara solat-solat sunat dan orang yang banyak berdoa atau berzikir.
7- Mereka yang mempelajari Ilmu-Ilmu agama.
8- Mereka yang saling bercinta kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
9- Mereka yang banyak membersih dan berhias diri kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
10- Mereka yang cinta kepada mereka yang memiliki akhlak mulia.

11- Mereka yang mendekati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan perkara-perkara fardhu  dan mengawasi harta mereka.
12- Orang-orang yang bertakwa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
13- Mereka yang sangat bersabar.
14- Mereka yang sentiasa bertawakal kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.




H 119 Sembilan Belas Golongan Yang Akan Mati Dalam Husnul Khatimah

Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya ( Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari Al Quran dan Sunah shahihah, beliau mendapatinya ada 19 tanda, berikut ini ringkasannya:

Sesungghnya Zat Yang Mensyariatkan telah menjadikan beberapa tanda yang jelas untuk menunjukkan husnul khatimah – Allah Taala telah menetapkannya dengan kurnia dan kenikmatanNya – maka siapa saja yang meninggal dengan memiliki salah satu tandanya maka itu merupakan berita gembira:

Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadits yang shahih di antaranya:

قوله: صلى الله عليه وسلم : ( من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة ) .( حسن )

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga”.
( hadits hasan).

Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh  berdasarkan hadits Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu:

عن بريدة بن الخصيب رضي الله عنه :  ( صحيح ) ( أنه كان بخراسان فعاد أخا له وهو مريض فوجده بالموت وإذا هو يعرق جبينه فقال : الله أكبر سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( موت المؤمن بعرق الجبين ) .

Dari Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: ( bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya )
( hadits shahih ).

Ketiga: Mereka yang meninggal pada malam jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ( hadits dengan seluruh jalurnya hasan atau shahih )

لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( ما من مسلم يموت الجمعة أو ليلة الجمعة إلا وقاه الله فتنة القبر ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“tidaklah seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah Melindunginya dari siksa kubur”.

Keempat: meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana firman Allah Taala :

قال الله تعالى : “وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [آل عمران : 169 - 171].

dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka (169) Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka, dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih (170) Mereka memberi kabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak menyia-nyiakan balasan bagi orang-orang beriman
(QS Ali Imran :169-171).

(
 صحيح ) وقال صلى الله عليه وسلم : ( للشهيد عند الله ست خصال :” يغفر له في أول دفعة من دمه، ويرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن الفزع الأكبر، ويحلى حلية الإيمان، ويزوج من الحور العين، ويشفع في سبعين إنسانا من أقاربه )

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

orang yang syahid mendapatkan enam perkara: diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari siksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya”.
(hadits shahih).

Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

لقوله صلى الله عليه وسلم : ( ما تعدون الشهيد فيكم ؟ ) قالوا : يا رسول الله من قتل في سبيل الله فهو شهيد قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل ) . قالو : فمن هم يا رسول الله قال : ( من قتل في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في الطاعون فهو شهيد ومن مات في البطن ( 1 ) فهو شهيد والغريق شهيد ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

apa yang kalian nilai sebagai syahid di antara kalian?) mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku sedikit ). Mereka berkata: lalu siapa mereka Ya Rasulullah? Beliau berkata: ( barangsiapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barangsiapa yang mati di jalan Allah syahid, barangsiapa yang mati kerana wabak taun syahid, barangsiapa yang  mati kerana penyakit perut  syahid, dan orang yang tenggelam syahid”.

Keenam: mati kerana satu wabak penyakit taun, berdasarkan beberapa hadits di antaranya:

( صحيح )ا قوله صلى الله عليه وسلم : ( الطاعون شهادة لكل مسلم ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“wabak taun merupakan kesyahidan bagi setiap muslim”.
( hadits shahih)

Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadits di atas.

Kelapan dan kesembilan: Mereka yang  mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:

( صحيح ) لقوله صلى الله عليه وسلم : ( الشهداء خمسة : المطعون والمبطون والغرق وصاحب الهدم والشهيد في سبيل الله ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah
( hadits shahih).

Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya:

(
 صحيح ) لحديث عبادة بن الصامت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم عاد عبد الله بن رواحة قال : فما تحوز له عن فراشه فقال : أتدري من شهداء أمتي ؟ قالوا : قتل المسلم شهادة قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل قتل المسلم شهادة والطاعون شهادة والمرأة يقتلها ولدها جمعاء شهادة [ يجرها ولدها بسرره  إلى الجنة ] ) .

Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu anhu bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: tahukah kamu siapa syuhada dari umatku? mereka berkata: terbunuhnya seorang muslim adalah syahid. Beliau berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim syahid, mati kerana wabah taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid [ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga]”
( hadits shahih ).

Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadits yang terkait yang paling masyhur:

عن جابر بن عتيك مرفوعا :  ( صحيح ) ( الشهداء سبعة سوى القتل في سبيل الله : المطعون شهيد والغرق شهيد وصاحب ذات الجنب شهيد والمبطون شهيد والحرق شهيد والذي يموت تحت الهدم شهيد والمرأة تموت بجمع شهيدة )

Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’ : “syuhada ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena reruntuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid
(hadits shahih).

Ketiga belas: Mereka yang mati karena sakit  TB berdasarkan hadits:

( حسن ) لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( القتل في سبيل الله شهادة والنفساء شهادة ،والحرق شهادة والغرق شهادة، والسل شهادة ،والبطن شهادة ).

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid
(hadits hasan).

Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadits di antaranya:

( صحيح ) ( من قتل دون ماله ( وفي رواية : من أريد ماله بغير حق فقاتل فقتل ) فهو شهيد).

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya ( dalam riwayat: barangsiapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid
(hadits shahih).

Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya:

(
 صحيح ) لقوله صلى الله عليه وسلم : ( من قتل دون ماله فهو شهيد ومن قتل دون أهله فهو شهيد ومن قتل دون دينه فهو شهيد ومن قتل دون دمه فهو شهيد ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya syahid
( hadits shahih).

Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga diperbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadits dalam hal itu salah satunya:

( صحيح ) ( رباط يوم وليلة خير من صيام شهر وقيامه ،وإن مات جرى عليه عمله الذي كان يعمله وأجري عليه رزقه وأمن الفتان ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah”.
( hadits shahih).

Kelapan belas: mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadits:

لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( صحيح ) ( من قال : لا إله إلا الله ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن صام يوما ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

barangsiapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barangsiapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barangsiapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga”.
( hadits shahih).

Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya:

Rasulullah
 shallallahu alaihi wasallam bersabda:

penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muththalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya
Hadits dikeluarkan oleh Al Hakim dan dishahihkannya dan Al Khatib.

Wallahu A’lam bishowab.