Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 11 November 2017

S 8 UCAPAN TERIMA KASIH TERBAIK

Ternyata Jazaakallahu Khairan ertinya sangat baik.
Sering kita mendengar kalimat "Jazaakallah Khairon' atau "Jazaakallahu khairan katsiiran" atau "Jazaakallahu Ahsanal Jazaa." 

Apa maksudnya? Apakah ucapan terima kasih?

Bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam :

"Apabila ada seseorang mengucapkan kepada saudaranya 'Jazaakallah,' maka sesungguhnya dia telah sangat menyanjungmu (sangat berterima kasih kepadamu kerana dia menyerahkan kepada Allah untuk membalas kebaikanmu)."

Riwayat Hadist dan Sanadnya....

Jazaakallah adalah kalimat kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan di sisi Allah SWT.

Jazaakallah ertinya : 

1. Semoga Allah SWT menganugerahkan kepadamu syurgaNya.
2. Semoga Allah SWT menganugerahkan padamu kenikmatan melihat wajahNya kelak di syurga.
3. Semoga Allah SWT menyelamatkanmu dari neraka jahanam.
4. Semoga Allah SWT memberikan keselamatan untukmu  di saat huruhara hari kiamat.
5. Semoga Allah SWT melindungimu dari syaitan yang terkutuk.
6. Semoga Allah SWT memberimu rezeki yang penuh barkah.
7. Semoga Allah SWT menjadikan engkau orang yang berbakti kepada orang tuamu.
8. Semoga Allah SWT menjadikan kau selalu mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.

Berkata Umar ibn Khatthab radliyallahu 'anhu: 

"Jika ada yang tahu makna dari 'Jazaakallah', nescaya akan memperbanyak mengucapkannya satu sama lain."

Jazaakallah kita sampaikan kepada yang memberitahukan faedah ini.
Jazaakallah kita sampaikan kepada yang menerima faedah ini.

Dan Jazaakallah juga kita sampaikan kepada yang menyebarluaskannya! 

Rabu, 8 November 2017

S 7 JANGAN KATAKAN KAMU BERIMAN SEBELUM DIUJI

Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Dan antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada ALLAH." Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah ALLAH, dia menganggap gangguan itu seakan-akan seksaan daripada ALLAH. Dan jika datang pertolongan daripada ALLAH, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami berserta dengan kamu (kaum mukmin)." Sesungguhnya bukankah ALLAH lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya ALLAH mengetahui orang yang beriman dan benar-benar mengetahui orang yang munafiq."
(QS Al-Ankabut:10-11).


Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman..." Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka.

S 6 DOA KEPADA ALLAH SWT SEBELUM NYAWA BERCERAI DARI BADAN

Buat peringatan diri sendiri sahaja, agar kita jangan sombong kerana kalau sudah menjelang ajalnya, kita pasti akan memerlukan pertolongan Allah SWT dan minta tolonglah mulai sekarang kepada Allah SWT.

Yang ambil doa ini silakan semoga bermanfaat buat semua sahabat di mana jua berada. Semoga Allah SWT memudahkan kita ketika kita sakaratul maut. Aamin aamin aamin
dibaca setelah habis solat.

ALLAHUMMA HAWWIN 'ALAINA FII SAKARAATIL MAUT, WA BAARIKLANA FIL MAUT, WA FIIMAA BA'DAL MAUT.
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM

ALLAAHUMMA TUB 'ALAINA QABLAL MAUT WARHAMNA 'INDAL MAUT
WALAA TU'ADZDZIBNAA BA'DAL MAUT
YAA KHAALIQAL MAUT WA YAA SAAMI'ASH-SHAUT
IHFAZHNAA MINAL AAFAATI WAL'AAHATI WAL'UQUUBATI BIRAHMATIKA YA AR ARHAMAR RAHIMIIN.


Yaa Allah yaa Tuhan kami, terimalah taubat kami sebelum maut dan semoga engkau limpahkan kepada kami rahmat, kemudahan dan keselamatan ketika sakaratul maut dan tidak menyiksa kami setelah kami mati. Wahai yang menciptakan maut, wahai yang mendengar suara maut, peliharalah kami dari marabahaya dan kejahatan-kejahatan dunia dan akhirat dengan segala rahmatMu yaa Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

S 5 HATI KALA LALAI, MAKA IA BOLEH MENJADI SARANG KEPADA SYAITAN

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

"Barangsiapa yang berpaling daripada zikir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya."
(Az-Zukhruf: 36)


Meninggalkan zikir dan pelajaran ilmu agama akan menyebabkan hati menjadi lubuk kepada syaitan yang akan berterusan menyesatkannya.

S 4 KETIKA KEKUASAAN BUKAN SUATU KEBANGGAAN

Ketika Abu Zar RA meminta jawatan kepada Nabi SAW, dengan penuh kasih sayang baginda SAW mengingatkan, Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah. Sedangkan jawatan itu amanah. Jawatan itu pada Hari Kiamat kelak akan menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya dengan sebenar-benarnya, serta ditunaikan dengan sebaik-baiknya.
[HR Muslim]

Begitulah, Nabi SAW mengajar falsafah jawatan sebagai amanah, tanggungjawab, kewajipan, kehinaan dan penuh penyesalan. Jawatan bukanlah hak, kebanggan dan kemuliaan, baik di dunia mahupun di akhirat. Ketika falsafah ini dipegang dengan erat dan dilaksanakan dengan baik oleh pemegang amanah, maka dia akan selamat. Lama sebelum menerima amanah, dia akan mengukur dirinya, layakkah dia? Jika dia merasa tidak layak, atau ada orang yang lain yang lebih layak, dia tidak akan menerimanya kerana dia tahu ia bukanlah kebanggaan dan kemuliaan.

Umar bin al-Khatthab pun marah ketika beberapa orang sahabat memintanya untuk mencalonkan anak lelakinya, Abdullah bin Umar sebagai Khalifah penggantinya. Celakalah kamu! Tiada seorang pun dari keluargaku yang ingin aku libatkan Cukuplah dari keluarga Umar seorang yang dipertanggungjawabkan terhadap urusan umat Muhammad SAW. Saya telah membanting tulang dan meninggalkan keluargaku, jika selamat dengan kehidupan yang sederhana, tanpa beban dan ganjaran pun rasanya sudah bahagia.
(Ibn al-Athir, al-Kamil fi at-Tarikh, II/219-220).

Begitulah, jika seorang pemimpin memahami falsafah kekuasaannya bukan sebagai satu penghormatan, tetapi kehinaan. Oleh kerana itu, dia tidak akan pernah mengabaikan urusan rakyatnya. Ketika Umar bin al-Khatthab mendengar Uthman bin al-Ash telah membawa satu rombongan menyeberangi lautan, maka beliau berkata, Dia membawa mereka, sedangkan di antara mereka dengan laut itu hanya ada papan? Demi Allah, jika mereka ditimpa musibah, aku akan menuntut diat mereka dari Thaqif. Bagi Umar, tindakan Uthman ini adalah suatu kelalaian kerana membawa rombongan menaiki perahu (kapal) yang tidak sesuai lagi untuk digunakan.

Jangankan nyawa umat Islam, yang disebut oleh Nabi SAW sebagai lebih berharga berbanding hancurnya Kaabah, malah terhadap haiwan yang jatuh terperosok pun Umar takut akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT kelak. Dari Salim bin Abdillah, bahawa Umar pernah memasukkan tangannya ke dubur unta, untuk memeriksanya, seraya berkata, Aku benar-benar amat takut akan dipertanggungjawabkan kelak tentang apa yang menimpamu?
(as-Suyuthi, Tarikh al-Khulafa, hal. 110)

Ketika falsafah jawatan tidak lagi menjadi amanah, tanggungjawab, kewajipan, kehinaan dan penyesalah, malah jawatan telah dijadikan keuntungan, penghormatan dan segudang kemewahan, yang akan terjadi adalah seperti pada hari ini. Orang bodoh lagi lemah yang tidak layak memegang jawatan berebut jawatan. Negara dan rakyat menjadi korban. Darah tumpah di mana-mana. Kekayaan dirampas tanpa sisa.

Oleh: KH Hafidz Abdurrahman