Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 27 September 2020

V 92 : MENCARI KEREDHAAN ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA

1. Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam sholat apabila kita mengejar masa. 

Rasulullah  ﷺ bersabda: "Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga." 

(Hadis Riwayat Ahmad). 

Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, In Shaa Allah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

2. Berselawat Kepada Rasulullah ﷺ

Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah   kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya. "Barangsiapa yang bersolawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda."

(Hadis Riwayat Muslim)


‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Di dalam masa satu minit, kita boleh bersolawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

3. Beristighfar Memohon Keampunan

Setiap kali kita beristighfar, Allah Subhanahu Wata'ala akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. 

Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad ﷺ: "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." 

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad). 

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek (أستغفر الله العظيم)

“Astaghfirullah hal adzhim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

4. Bertanya Khabar Keluarga

Dengan wujudnya perbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau WA sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang. Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim.

Sabda Nabi Muhammad ﷺ: "Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim." 

(Hadis Riwayat Bukhari)

5. Lafaz Tasbih

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih yaitu:

‎– سبحان الله و بحمده – 

‎– سبحان الله العظيم – 

"Subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim." (Hadis Riwayat Muslim). Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

6. Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Allah Subhanahu Wata'ala.

Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad ﷺ juga ada bersabda: "Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga."

‎لا حول ولا قوة إلا بالله

(Hadis Riwayat Bukhari)

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

7. Mendoakan Orang Lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, In Shaa Allah, Allah Subhanahu Wata'ala juga akan memberikan doa yang sama buat kita. Rasulullah bersabda ﷺ : "Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya." 

(Hadis Riwayat al-Thabarani)

8. Sebarkan Kebaikan

Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahalanya.

Moga bermanfaat

FB majlis ilmu




V 91 : ISTIQAMAH MENJAGA LISAN



عن أَبي سَعيدٍ الخُدْرِيِّ  عن النَّبيّ ﷺ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ اْلأََعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُوْلُ : اِتَّقِ اللهَ فِيْنَا فَإِنَّمَـا نَحْنُ بِكَ فَإِنِ اسْتَقَمْتَ  اِسْتَقَمْنَا  وَإِنِ اعْوَجَجْتَ  اِعْوَجَجْنَا


Daripada Abu Said al-Hudari daripada Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda: “Jika anak keturunan Adam berada di pagi hari, seluruh organ tubuh tunduk kepada lidah dengan berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah Azza wa Jalla pada kami, kerana kami bersamamu. Jika engkau istiqâmah, kami juga istiqâmah. Jika engkau menyimpang, kami juga menyimpang.” 

(HR Tirmidzi No: 2407). Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Lidah boleh menjadi penyebab seseorang menjadi soleh juga kufur.

2.  Semua anggota tubuh manusia akan tunduk dan mengikuti amalan lidahnya. 

3.  Jika lisannya (termasuk tulisan) istiqâmah dalam ketaatan atau tidak mengucapkan perkataan yang mendatangkan dosa dan murka Allah Subhanahu Wata'ala,  maka seluruh anggota seseorang itu akan mengikuti amal ketaatan hingga ia selamat di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.

4.  Lisan yang tidak dijaga malah menjadi kebiasaan mengumpat dan memfitnah, maka seluruh anggota lain akan mengikuti  perbuatan itu berterusan dan akan menyeret tuannya ke neraka.

5.  Setiap yang diucap mahupun ditulis sama ada yang baik mahupun yang buruk akan dicatat oleh Malaikat dan akan dihisab. Firman Allah Subhanahu Wata'ala:


مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ ١٨

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

[Qâf/50:18]

Ayuh jaga lidah dan istiqamah dengan amal baik agar anggota  lain juga menjadi baik.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera


V 90 : DOA HARIAN

.بِبِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


‎اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ  يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغَىْ لِجَلاَلِ وِجْهِكَ الكَرِيمِ  وَعَظِيْمِ سُلْطَانِك   اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ


Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, 

Wahai Tuhan Kami, Di Pagi Ini, 

Engkau Ampunkanlah Dosa Dosa Kami, 

Dosa Dosa Keluarga Kami, 

Dosa Dosa Kedua Ibu Bapa Kami, 

Dosa Dosa Kedua Ibu Bapa Mertua Kami, 

Dosa Dosa Sahabat Sahabat Kami, 

Dosa Dosa  Muslimin Dan Muslimat yang hidup mahupun yang telah mati.

Yaa Allah, Permudahkanlah Segala Urusan Duniawi Dan Ukhrawi Kami.

Yaa Allah, Kurniakanlah Kami Kesihatan Yang baik, 

Rezeki Yang Berterusan Dan Berkat 

Serta Kebahagiaan Dan Anugerahkan

Kasih Sayang Kepada Kami Dan Keluarga.

Yaa Allah, Jadikanlah Kami Semua Orang-Orang Yang Beriman, 

TAAT Dan PATUH Dengan SuruhanMU Dan Jauhkanlah Dari Segala LaranganMU.

Yaa Allah, Berilkanlah Kami Kekuatan Dalam Istiqomah Serta Meningkatkanlah Ibadah Sepanjang Hayat Kami, Dalam Mengsyukuri Nikmat Yang Engkau Berikan Kepada Kami.

Yaa Allah, Engkau Permudahkanlah 

Segala Urusan Sahabat Sahabat Kami

Yang Sedang diuji Dengan Ujian Cubaan Dan Dugaan. Berikanlah Ketabahan Untuk Kami Semua Menghadapi Apa Saja Ujian Cubaan Dan Dugaaan darimu. 

Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam, Para Sahabat Sahabat 

Serta Ahli Keluarga Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

EngKau Kabulkanlah Segala Permintaan Kami, Hamba HambaMU Yang Lemah Ini.

Yaa Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun.


‎رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


‎وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْوَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ

~ Yaa Allah jangan Engkau bolak balikkan hati kami... ~

Tetapkan hati kami dalam meraih cintaMu. Setinggi mana amalan yang dilakukan menjadi sia-sia, Tanpa rahmat dan belasMu.

Yaa Rahim, satukan hati-hati umat Muhammad SAW ini dalam menegakkan ISLAM.

Yaa Rahman, jauhkan hati-hati kami dari penyakit "Wahn" (Cintakan Dunia Takutkan Mati).

Yaa Allah, jadikan kami tergolong dari golongan hambaMu yang memperjuangkan Islam, jauhi kami dari menjadi fitnah kepada Islam.

Jadikan kami hambaMu yang Izzah dengan Islam, tidak malu berpakaian Islam, tidak merasa ketinggalan dalam kemodenan. Jauhi kami dari berkiblatkan barat dengan mengikut cara berpakaian mereka, pemikiran mereka yang jauh dari Pencipta, makanan mereka yang merosakkan, keseronokan yang melalaikan hati.

Yaa Ghafur, ampuni dosa kami, dosa keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa rakan taulan kami, dan dosa seluruh umat Islam.

Yaa Allah…Yaa Rahman…Yaa Rahim…

Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu yaa Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Yaa Fattahu Yaa 'alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu. Yaa Allah.. takdirkanlah yang baik-baik untuk kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami yaa Allah…

Yaa Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik, supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Yaa Allah.. ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Yaa Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru yaa Allah... ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu yaa Allah…

Yaa Allah…Yaa Rahman..Yaa Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami... kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu yaa Allah... yaa Rahman... pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezki kepada keluarga kami... kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu yaa Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu yaa Allah…..

Yaa Allah…. Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh… Golongkanlah mereka dlm golongan orang-orang yang Engkau redhai… Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU.. maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik… dalam keampunan dan rahmatMu Yaa Allah…

Yaa Allah Yaa Azizz…

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram… Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab… Kau jauhkanlah kami sifat ujub, riak, takbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Yaa Rashid…Yaa Rahman…Yaa Rahim..

Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Yaa Allah… Agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Mengasihi…

Yaa Allah Yaa Malikal Mulk…

Yaa Razak..Yaa Fattahu Yaa 'Alim…

Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu.. sebaliknya,  janganlah kau jadikan kami daripads golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Yaa Allah….

Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.

Yaa Allah Yaa Zal Jalali Wal Ikram…

Yaa Allah.. Jadikanlah kami seorang yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kami miliki, agar jadi modal untuk berubudiyah kepadaMu. 

Yaa Allah sedarkanlah bahawa hidup hanyalah masa yang dipinjamkan dan ada amanah yang dipertanggungjawabkan.

Yaa Allah, kami... 

1. Bersyukur atas nikmat nafas yang masih Engkau pernafaskan. 

2. Bersyukur atas keluarga yang Engkau anugerahkan.

3. Bersyukur atas setiap pekerjaan yang telah Engkau galaskan. 

4. Bersyukur atas kesihatan yang masih baik hingga saat ini. 

5. Bersyukur atas rahmat serta nikmat kesedaran dan kefahaman yang Engkau berikan. 

6. Bersyukur kerana dapat bersyukur walau masih ada lompang, agar Engkau pelihara kami dari sifat sombong dengan apa yang telah Engkau berikan.

7. Bersyukur atas apa yang telah Engkau perjalankan dalam hidup selama ini.  

Yaa Allah, jadikan kami sentiasa sedarkan bahawa semuanya bukan milik kami, semuanya milik Engkau Yaa Allah..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... 

Terima kasih yaa Allah, terima kasih yaa Allah, terima kasih yaa Allah....

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

        

اَللّٰهُمَ صَلِّى عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.

 

  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ    

ٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Alhamdulillah kami bersyukur dan berterima kasih kepadaMu Yaa Allah  di atas nikmat kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami, kebahagiaan kami, keselamatan kami, kesejahteraan kami, kesihatan kami, yang telah Engkau limpahkan kepada kami.         

Yaa Allah, janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepadaMu Yaa Allah.

Yaa Allah, berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.

Yaa Allah, jadikanlah hari ini penuh semangat buat kami, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Yaa Allah, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat denganMu Yaa Allah.

Yaa Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Yaa Allah, permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat. 

Yaa Allah, tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami sentiasa teguh.

Yaa Allah, kami berdoa Yaa Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Yaa Allah, kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah.

Yaa Allah, terimalah semua amal ibadah kami dan mudah-mudahan ia dapat menerangi kubur kami.

Yaa Allah, perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Yaa Allah, tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut. 

Yaa Allah, peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaranMu agar kami tidak disiksa di padang mashyarMu Yaa Allah.

Yaa Allah, sesungguhnya Engkaulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Yaa Allah,  janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Yaa Allah, Yaa Rahman, berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Yaa Allah Ya Rahman, tunjukkan kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan rezekikan kepada kami untuk kami melakukannya. Yaa Allah Yaa Aziz, tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezekikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya.

Yaa Allah Yaa Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan hidup kami, dosa anak-anak kami, dosa kaum keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, pemimpin-pemimpin kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yang masih ada hidup atau telah meninggal dunia.  

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

                                                        

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ