Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 2 Mac 2013

Bab 23 Memerintah Kepada Kebaikan Dan Melarang Dari Kemungkaran.

Allah Taala berfirman:

"Hendaklah ada di antara engkau semua itu suatu umat(golongan) yang mengajak kepada kebaikan, memerintah dengan kebagusan serta melarang dari kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang berbahagia."
(ali-lmran: 104)

Allah Taala berfirman lagi:

"Adalah engkau sekalian itu sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk seluruh manusia, kerana engkau semua memerintah dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran."
(ali-lmran: 110)

Allah Taala juga berfirman:

"Berikanlah pengampunan, perintahlah dengan kebaikan dan janganlah menghiraukan pada orang-orang yang bodoh."
(al-A'raf: 199)

Allah Taala berfirman pula:

"Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu, setengahnya adalah kekasih setengahnya, kerana mereka memerintah dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran."
(at-Taubah: 71)

Allah Taala berfirman:

"Orang-orang kafir dari kaum Bani Israil itu terkena laknat dari lidah Nabi Daud dan Isa anak Mariam. Hal itu disebabkan kerana mereka durhaka dan melanggar aturan. Mereka tidak saling larang-melarang kemungkaran yang mereka kerjakan, sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka lakukan itu."
(al-Maidah: 78-79)

Lagi Allah Taala berfirman:

"Dan katakanlah: Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu semua. Maka barangsiapa yang suka, maka baiklah ia beriman dan barangsiapa yang suka maka baiklah ia menjadi kafir". 
(al-Kahf: 29)

Juga Allah Taala berfirman:

"Maka laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu". 
(al-Hijr: 94)

Allah Taala berfirman pula:

"Kami menyelamatkan orang-orang yang melarang dari keburukan dan Kami menetapkan hukuman kepada orang-orang yang menganiaya dengan siksaan yang pedih dengan sebab mereka berbuat kefasikan". 
(al-A'raf: 165)
Ayat-ayat dalam bab ini amat banyak sekali serta dapat dimaklumi. Adapun Hadis-hadisnya ialah:

185. Pertama: Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa di antara engkau semua melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mengubahnya itu dengan tangannya, jikalau tidak dapat dengan atau kekuasaannya, maka dengan lisannya dengan jalan menasihati orang yang melakukan kemungkaran tadi dan jikalau tidak dapat juga dengan lisannya, maka dengan hatinya maksudnya hatinya mengingkari serta tidak menyetujui perbuatan itu. Yang sedemikian itu yakni dengan hati saja adalah selemah-lemahnya keimanan". 
(Riwayat Muslim)

Keterangan:

Kemungkaran itu jangan didiamkan saja maharajalela. Bila kuasa harus diperingatkan dengan perbuatan agar terhenti kemungkaran tadi seketika itu juga. Bila tidak sanggup, maka dengan Iisan (dengan nasihat peringatan atau perkataan yang sopan-santun), sekalipun ini agak lambat perubahannya. Tetapi kalau masih juga tidak sanggup, maka cukuplah bahawa hati kita tidak ikut-ikut menyetujui adanya kemungkaran itu. Hanya saja yang terakhir ini adalah suatu tanda bahawa iman kita sangat lemah sekali. Kerana dengan hati itu hanya bermanfaat untuk diri kita sendiri, sedang dengan perbuatan atau nasihat itu dapat bermanfaat untuk kita dan masyarakat umum, hingga kemungkaran itu tidak terus menjadi-jadi.

186. Kedua: Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang nabipun yang diutus oleh Allah sebelumku Muhammad s.a.w., melainkan ia mempunyai beberapa orang hawari(penolong atau pengikut setia) dari kalangan umatnya, juga beberapa sahabat, yang mengambil teladan dengan sunnahnya serta mentaati perintahnya. Selanjutnya sesudah mereka ini akan menggantilah beberapa orang pengganti yang suka mengatakan apa yang tidak mereka lakukan, bahkan juga melakukan apa yang mereka tidak diperintahkan. Maka barangsiapa yang berjuang melawan mereka itu yakni para penyeleweng dari ajaran-ajaran nabi yang sebenarnya ini dengan tangan atau kekuasaannya, maka ia adalah seorang mukmin, barangsiapa yang berjuang melawan mereka dengan lisannya, iapun seorang mukmin dan barangsiapa yang berjuang melawan mereka dengan hatinya, juga seorang mukmin, tetapi jikalau semua itu tidak dengan tangan, Iisan dan hati, maka tiada keimanan sama sekali sekalipun hanya sebiji sawi". 
(Riwayat Muslim)

187. Ketiga: Dari Abulwalid, iaitu 'Ubadah bin as-Shamit r.a., katanya: 

"Rasulullah s.a.w. membai'at kepada kita semua untuk tetap mendengar(patuh) serta taat, baik dalam keadaan sukar ataupun mudah, juga dalam keadaan lapang dan payah  (tertekan), juga agar kita semua lebih mengutamakan kepentingan orang lain daripada diri sendiri. Selain itu pula supaya kita semua tidak mencabut sesuatu perkara dari orang yang memegangnya, kecuali jikalau engkau semua melihat orang itu masuk dalam kekafiran yang nyata, yang bagimu ada bukti dari Allah dalam perkara kekafirannya tadi. Dibai'at pula agar kita semua berkata dengan hak(kebenaran) di mana saja kita berada, tidak perlu takut untuk mengatakan hak itu akan celaan dari orang yang suka mencela". 
(Muttafaq 'alaih)

188. Keempat: Dari Annu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w. bersabda:

"Perumpamaan orang yang berdiri tegak untuk menentang orang-orang yang melanggar pada had-had Allah yakni apa-apa yang dilarang olehNya dan orang yang menjerumuskan diri di dalam had-had Allah yakni sentiasa melanggar larangan-laranganNya adalah sebagai perumpamaan sesuatu kaum yang bersyarikat yakni bersama-sama ada dalam sebuah kapal, maka yang sebahagian dari mereka itu ada di bahagian atas kapal, sedang sebahagian lainnya ada di bahagian bawah kapal. Orang-orang yang berada di bahagian bawah kapal itu apabila hendak mengambil air, tentu saja melalui orang-orang yang ada di atasnya maksudnya naik ke atas dan oleh sebab hal itu dianggap sukar, maka mereka berkata: "Bagaimanakah andai kata kita membuat lubang saja di bahagian bawah kita ini, suatu lubang itu tentunya tidak mengganggu orang yang ada di atas kita". Maka jika sekiranya orang yang bahagian atas itu membiarkan saja orang yang bahagian bawah menurut kehendaknya, tentulah seluruh isi kapal akan binasa. Tetapi jikalau orang bahagian atas itu mengambil tangan orang yang bahagian bawah melarang mereka dengan kekerasan, tentulah mereka selamat dan selamat pulalah seluruh penumpang kapal itu". 
(Riwayat Bukhari)

189. Kelima: Dari Ummui mukminin iaitu Ummu Salamah yakni Hindun binti Abu Umayyah yakni Hudzaifah radhiallahu 'anha, dari Nabi s.a.w., bahawasanya beliau s.a.w. bersabda:

"Bahawasanya saja nanti itu akan digunakanlah beberapa pemimpin Negara(amir-amir), maka engkau semua akan menyetujui mereka, kerana kelakuan mereka itu sebahagian ada yang sesuai dengan syariat agama, tetapi engkau semuapun akan mengingkari mereka sebab ada pula kelakuan-kelakuan mereka yang melanggar syariat agama. Maka barangsiapa yang benci dengan hatinya, ia terlepaslah dari dosa, juga barangsiapa yang mengingkari, iapun selamat dari siksa akhirat. Tetapi barangsiapa yang redha serta mengikuti pemimpin-pemimpin di atas, itulah yang bermaksiat". Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah tidak perlu kita memerangi mereka itu?" Beliau s.a.w. bersabda: "Jangan, selama mereka masih mendirikan solat bersamamu semua". 
(Riwayat Muslim)
Maknanya ialah bahawa barangsiapa yang membenci kepada pemimpin-pemimpin yang suka melanggar syariat agama itu dengan hatinya, kerana tidak kuasa mengingkari mereka dengan tangan atau lisannya, maka ia telah terlepas dari dosa dan ia telah pula menunaikan tugasnya. Juga barangsiapa yang mengingkari dengan sekadar kekuatannya, iapun selamat dari kemaksiatan ini. Tetapi barangsiapa yang redha dengan kelakuan-kelakuan mereka serta mengikuti jejak mereka, maka itulah orang yang bermaksiat.

190. Keenam: Dari Ummul mukminin yakni Ummulhakam, iaitu Zainab binti Jahsy radhiallahu 'anha, bahawasanya Rasulullah s.a.w. masuk dalam rumahnya dengan rasa ketakutan. Beliau s.a.w. mengucapkan: "La ilaha illallah, celaka bagi bangsa Arab, kerana adanya keburukan yang telah dekat. Hari itu telah terbuka tabir Yakjuj dan Makjuj, seperti ini", dan beliau s.a.w. menggulungkan kedua jarinya sebagai bulatan, yakni ibu jari dan jari sebelahnya jari telunjuk. Saya(Zainab) lalu berkata: "Ya Rasulullah, apakah kita akan binasa, sedangkan di kalangan kita masih ada orang-orang yang soleh?" Beliau s.a.w. bersabda: "Ya jikalau keburukan itu telah banyak".
(Muttafaq 'alaih)

Keterangan:
 Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa yang dahulu banyak membuai kerosakan di atas bumi, lalu batas daerah kediaman mereka ilu ditutup dengan cor-coran besi bercampur tembaga, sehingga mereka tidak dapat keluar dari situ, sebab tembok besi bercampur tembaga tadi amat tebal dan licinnya, pula sangat tinggi. Nanti apabila sudah dekat sekali tibanya hari kiamat kedua bangsa itu akan dapat keluar, sebab temboknya pecah-pecah dan hancur. Keluarnya kedua bangsa itu merupakan alamat besar bahawa hari kiamat sudah dekat sekali tibanya. Hadis ini menunjukkan bahawa manakala di dalam suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak keburukan, kemungkaran, kefasikan dan kecurangan, maka kebinasaan dan kerosakan akan merata di daerah itu dan tidak hanya mengenai orang jahat-jahat saja, tetapi orang-orang soleh tidak akan dapat menghindarkan diri dari azab Allah itu, sekalipun jumlah mereka itu cukup banyak. Oleh sebab itu segala macam kemaksiatan dan kemungkaran hendaklah segera dibasmi dan segala keburukan segera dimusnahkan, agar jangan sampai terjadi malapetaka sebagaimana yang diuraikan di atas.

191. Ketujuh: Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: 

"Hindarilah olehmu semua duduk-duduk di jalan-jalanan". Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, kita tidak dapat meninggalkan duduk-duduk kita, sebab kita semua bercakap-cakap di situ". Rasulullah s.a.w. lalu bersabda; "Jikalau engkau semua enggan, melainkan tetap ingin duduk-duduk di situ, maka berikanlah jalan itu haknya". Mereka bertanya: "Apakah haknya jalan itu, ya Rasulullah?" Beliau s.a.w. bersabda: "Iaitu memejamkan mata, menahan diri membuat sesuatu yang berbahaya, menjawab salam, memerintah dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran". 
(Muttafaq 'alaih)

192. Kelapan: Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. melihat seutas cincin pada jari seseorang, kemudian beliau melepaskannya lalu meletakkannya dan bersabda: "Seseorang dari engkau semua sengaja menuju kepada bara api dari neraka, maka ia menjadikannya dalam tangannya". Kemudian setelah Rasulullah s.a.w. pergi, kepada orang yang memiliki cincin itu dikatakan: "Ambillah cincinmu. Manfaatkanlah ia untuk keperluan lain". Orang itu menjawab: "Tidak, demi Allah, saya tidak akan mengambil cincin ini selama-lamanya. Bukankah ia telah diletakkan oleh Rasulullah s.a.w". 
(Riwayat Muslim)

193. Kesembilan: Dari Abu Said al-Hasan al-Bishri bahawasanya 'Aidz bin 'Amr r.a masuk ke tempat 'Ubaidullah bin Ziad lalu berkata: "Hai anakku, saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Sesungguhnya seburuk-buruk penggembala ialah orang yang tidak belas kasihan  pada gembalanya", maka janganlah engkau termasuk golongan penggembala yang semacam itu". 'Ubaidullah bin Ziad lalu berkata: "Duduklah, kerana hanyasanya engkau itu adalah termasuk antah dari golongan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. maksudnya bukan termasuk sahabat pilihan atau yang utama, 'Aidz bin 'Amr menjawab: "Apakah di kalangan sahabat-sahabat ada yang termasuk golongan antah? Yang termasuk antah ialah orang-orang yang datang sesudah sahabat-sahabat beliau s.a.w. itu atau yang memang bukan sahabat". 
(Riwayat Muslim)

Keterangan:
Huthamah, ertinya manusia yang bersikap keras kepala gembalanya, baik cara menggiringnya ke ladang yakni tempat penggembalaan, dalam cara memberikan makanan dan minuman dan lain-lain lagi, sehingga yang digembalakan itu terdesak-desak antara yang satu dengan yang lain. Juga sering kali ia memukulnya sehingga menyakitkan sekali. Hadis di atas bukan hanya khusus untuk penggembala ternak saja, tetapi juga penggembala rakyat, yakni para penguasa yang memimpin negara, para majikan terhadap kaum buruhnya, komandan terhadap pasukannya, guru terhadap muridnya dan sebagainya. Semua itu diperintahkan oleh agama Islam agar bersikap sebagai kedua orang tua yang amat kasih sayang kepada anaknya.

194. Kesepuluh: Dari Hudzaifah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: 

"Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, nescayalah engkau semua memerintahkan dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran atau kalau tidak, maka hampir-hampir saja Allah akan menurunkan siksa kepadamu semua, kemudian engkau semua berdoa kepadaNya, tetapi tidak akan dikabulkan untukmu semua doa itu". 
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

195. Kesebelas: Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:

"Seutama-utamanya jihad ialah mengucapkan kalimat menuntut keadilan di hadapan seorang sultan pemegang kekuasaan negara yang menyeleweng".
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Keterangan:
Sebabnya berkata adil dan hak (benar) kepada sultan (penguasa negara) yang curang
itu dianggap jihad atau perjuangan yang paling utama, kerana memang jarang sekali yang berani melaksanakan, sebab takut balas dendamnya. Yang dimaksudkan kalimat adil dan hak itu seperti menasihati jikalau sultan atau penguasa itu bertindak sewenang-wenang, menyeleweng dari tuntunan yang benar atau ia sendiri berbuat kemaksiatan dan kemungkaran. Juga termasuk di dalamnya apabila orang bawahan sultan atau penguasa tadi memberikan laporan, ertinya apa yang dilaporkan itu wajiblah menurut kenyataan. Rakyat miskin jangan dilaporkan makmur, umat mengeluh jangan dilaporkan gembira, hasil tanaman rosak jangan dilaporkan memuaskan dan sebagainya.
Jikalau semua itu dilaksanakan baik-baik, maka berertilah bahawa orang yang suka melakukannya tersebut telah menunaikan jihad atau perjuangan yang seutama-utamanya.

196. Kedua belas: Dari Abu Abdillah, iaitu Thariq bin Syihab al-Bajali al-Ahmasi r.a. bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w. dan ia telah meletakkan kakinya pada sanggur di tempat berpijak pada kenderaan unta atau lain-lain yang terbuat dari kulit atau kayu, katanya: "Manakah jihad itu yang lebih utama?" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu mengucapkan kata-kata yang hak di hadapan sultan yang menyeleweng".
Diriwayatkan oleh Nasa'i dengan isnad shahih.

197. Ketiga belas: Dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya pertama kali cela yang mengenai kaum Bani Israil ialah bahawasanya ada seorang lelaki yang bertemu dengari lelaki lainnya, kemudian orang tadi berkata kepada kawannya: "Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah apa yang engkau kerjakan, sebab hal itu tidak halal untukmu". Kemudian orang itu menemui kawannya pada esok harinya, sedang kawannya itu masih mengerjakan sebagaimana keadaannya kelmarin, tetapi perbuatannya yang sedemikian itu tidak menyebabkan ia enggan untuk tetap menjadi kawannya makan, minum dan duduk bersama. Ketika kaum Bani Israil sudah sama melakukan yang seperti tadi, Allah lalu memukulkan(membencikan) hati setengah mereka kepada setengahnya, kemudian beliau mengucapkan ayat  yang ertinya: "Orang-orang kafir dari kaum Bani Israil itu dilaknat atas lisannya Daud dan Isa anak Maryam. Yang sedemikian itu disebabkan mereka durhaka dan melanggar peraturan (78). Mereka tidak saling larang-melarang pada kemungkaran yang mereka kerjakan, alangkah buruknya apa yang mereka lakukan itu (79). Engkau melihat kebanyakan mereka itu mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin, sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kirimkan lebih dulu untuk diri mereka 16, sehingga firmanNya: "Kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik"(al-Maidah: 78-81). Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim yakni menghentikan kezalimannya serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya.
Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan membencikan hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati(mengutuk)  engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka yakni Bani Israil".
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam 'Abu Daud.
Adapun lafaznya Imam Termidzi ialah:
Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Ketika kaum Bani Israil sudah terjerumus dalam berbagai kemaksiatan, lalu alim ulama mereka itupun melarang mereka, tetapi mereka tidak menghentikan perbuatan mereka itu. Kemudian alim ulama tadi mengawani mereka dalam duduk, makan dan minumnya sebagai menyetujui kemungkaran yang dilakukan itu. Kerana itu Allah lalu memukulkan (membencikan) hati setengah mereka terhadap setengahnya serta melaknat mereka atas lidahnya Nabi Daud dan Isa anak Mariam. Yang sedemikian itu adalah kerana mereka telah melanggar aturan". Kemudian Rasulullah s.a.w. duduk dan sebelum itu beliau s.a.w. bersandar, lalu meneruskan sabdanya: "Jangan demikian. Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya. Laknat itu pasti datang, sehingga engkau semua mengembalikan orang-orang yang berbuat kemungkaran itu kepada kebenaran yang sesungguh-sungguhnya".

198. Keempatbelas: Dari Abu Bakar as-Shiddiq r.a. katanya: 

"Hai sekalian manusia, sesungguhnya engkau semua tentu membaca ayat ini yang ertinya: "Hai sekalian orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri, tidaklah akan berbuat bahaya kepadamu semua orang yang sesat itu, jikalau engkau telah memperoleh petunjuk". 
(al-Maidah: 105), tetapi sesungguhnya saya juga mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:  16 Sampai kata-kata "diri mereka" itu belum selesai ayat 80 dari surah al-Maidah. Lanjutan ialah: Allah memurkai mereka dan mereka pasti kekal dalam siksaan (80). Jikalau mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi dan apa-apa yang diwahyukan padanya, tentulah mereka tidak mengambil orang-orang kafir itu menjadi pemimpin. Tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik (kurang sempurna akalnya)" (81).

"Sesungguhnya para manusia itu apabila melihat orang yang zalim, lalu tidak mengambil atas kedua tangannya tidak menghentikan perbuatannya 17, maka hampir saja Allah akan meratakan terhadap seluruh manusia tadi dengan menurunkan siksaNya".
Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Daud, Termidzi dan Nasa'i dengan isnad-isnad yang shahih.
17 Yakni mencegahnya dari penganiayaan yang dilakukan baik dengan tangan atau kekuasaan, dengan lisan atau nasihat ataupun dengan mengingkari dalam hati, maka dengan cepat atau lambat, Allah akan menurunkan siksanya. Siksa itu akan dijatuhkan kepada orang yang zalim, sebab kezalimannya, juga kepada orang-orang lain yang tidak ikut melakukan kezaliman, sebab mereka berdiam saja, padahal dapat mencegah

atau kuasa menghentikan perilaku si zalim tadi, tetapi berhubung pertimbangan ini atau itu, ia enggan melarangnya, misalnya kerana takut hilang kedudukannya dan lain-lain.


Bab 22 Nasihat.


Allah Taala berfirman:

"Hanyasanya sekalian orang yang beriman itu adalah sebagai saudara-saudara."
(al-Hujurat: 10)

Allah Taala berfirman sebagai pemberitahuan tentang keadaan Nuh a.s.:

"Dan saya memberikan nasihat kepadamu semua."
(al-A'raf: 62)

Dan tentang Hud a.s. firmanNya:

"Dan saya adalah penasihat untukmu semua yang terpercaya." 
(al-A'raf: 68)
Adapun Hadis-hadisnya ialah:

182. Pertama: Dari Abu Ruqayah iaitu Tamin bin Aus ad-Dari r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Agama itu adalah merupakan nasihat". Kita semua bertanya: "Untuk siapa?" Beliau s.a.w. menjawab: "Bagi Allah, bagi kitabNya, bagi rasulNya, bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin serta bagi segenap umumnya umat Islam."
(Riwayat Muslim)

Keterangan:
Sendi pokok dan tiang utama dalam Agama Islam adalah nasihat. Kata "nasihat" itu meliputi seluruh makna dan pengertian yang tujuannya adalah untuk mendapatkan kebahagiaan bagi orang yang dinasihati. Dalam Hadis di atas dijelaskan intisari dan pengertian nasihat itu, yakni: Bagi Allah swt yakni dengan iman pada Allah swt dan nampaknya tanda-tanda kemuliaan Allah swt, bagi kitab Allah swt yakni dengan mengenang-ngenangkan erti-ertinya serta mengamalkan, apa saja yang tercantum di dalamnya. Bila ini sudah diamalkan, maka orang itu telah dinasihati oleh jiwanya sendiri. Bagi Rasul Allah yakni dengan mengikuti segala perintah-perintahnya serta tunduk dan menjauhi larangan-larangannya. Bagi pemimpin-pemimpin Islam yakni dengan meminta nasihat-nasihat dan fatwa-fatwa mereka yang mengenai hukum-hukum agama yang semuanya itu tentu diambil dari pokok-pokoknya yakni Al Quran dan Hadis, dan bagi segenap umat Islam yakni memimpin mereka ini pada jalan yang benar serta diredhai Allah swt, juga menunjukkan kepada mereka ini mana-mana yang baik (benar) dan mana-mana yang buruk (salah).

183. Kedua: Dari jarir bin Abdullah r.a., katanya: 

"Saya membaiat kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendirikan solat, memberikan zakat dan memberi nasihat kepada setiap orang Islam."
(Muttafaq 'alaih)


184. Ketiga: Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: 

"Tidak sempurnalah keimanan seseorang itu sehingga ia mencintai kepada saudaranya sesama musliminnya perihal apa-apa yang ia mencintai untuk dirinya sendiri."
(Muttafaq 'alaih)

Keterangan:
Saudara yang dimaksud di sini, kalau menurut uraian Ibnul 'Imaad ialah bukan hanya sesama Islam saja, tetapi umum, sehingga orang kafirpun masuk di dalamnya, yakni harus kita cintai sebagaimana kita mencintai diri kita sendiri. Cinta kepada saudara yang kafir ialah dengan menginsafkan dan agar segera masuk Islam supaya selamat dirinya, di dunia dan akhirat. Kerana itu disunnahkan mendoakan orang kafir itu agar mendapat petunjuk.

Adapun cinta pada saudara yang muslim ialah dengan terus-menerus ikut mengusahakan agar ia sentiasa tetap dalam keIslamannya. Salah seorang sahabat Nabi s.a.w. yakni Sayidina Anas r.a. itu pernah menjadi khadam Rasulullah s.a.w. Mula-mulanya ialah, pada suatu ketika ibunya datang pada beliau s.a.w. sewaktu beliau baru datang di Madinah. Ibunya berkata: "Wahai Rasulullah, ambillah dia (Anas) sebagai khadam yang akan melayani Tuan". Nabi s.a.w. lalu menerimanya. Usia Anas saat itu kira-kira 9 atau 10 tahun. Anas berkata: "Aku melayani Rasulullah s.a.w. selama 9 atau 10 tahun. Selama masa yang sekian itu belum pernah beliau berkata pada saya: "Mengapa engkau kerjakan ini?" atau: "Mengapa tidak engkau lakukan itu?" Tetapi beliau selalu bersabda: "Allah yang menakdirkan, apa yang dikehendaki olehNya, pasti akan dilakukan dan yang ditakdirkan pasti terjadi!"

Rabu, 27 Februari 2013

Bab 21 Tolong-menolong Dalam Kebaikan Dan Ketakwaan.

Allah Taala berfirman:

"Dan tolong-menolong engkau semua atas kebaikan dan ketakwaan."
(al-Maidah: 2)

Allah Taala juga berfirman:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh, juga suka saling pesan-memesan dengan kebenaran serta saling pesan-memesan dengan kesabaran."
(al-'Ashr: 1-3)
Saling pesan-memesan dengan kebenaran, yakni tetap dalam ketaatan, keimanan dan keislaman, sedang pesan-memesan dengan kesabaran, yakni sabar untuk melakukan berbakti kepada Tuhan, melaksanakan perintah-perintahNya, juga sabar meninggalkan kemaksiatan, kemungkaran serta menjauhi larangan-laranganNya.
Imam as-Syafi'i rahimahullah mengucapkan suatu uraian yang maksudnya ialah bahawasanya seluruh manusia atau sebahagian besar dari mereka itu terlalai untuk memikirkan isi kandungan surat ini.

178. Dari Abdur Rahman bin Zaid bin Khalid al-Juhani r.a., katanya: "Nabiullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang memberikan persiapan(bekal) untuk seseorang yang berperang fisabilillah, maka dianggaplah ia sebagai orang yang benar-benar ikut berperang yakni sama pahalanya dengan orang yang ikut berperang itu. Dan barangsiapa yang meninggalkan kepada keluarga orang yang berperang fisabilillah berupa suatu kebaikan apa-apa yang diperlukan untuk kehidupan keluarganya itu, maka dianggap pulalah ia sebagai orang yang benar-benar ikut berperang."
(Muttafaq 'alaih)

179. Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengirimkan suatu pasukan sebagai utusan untuk memerangi Bani Lihyan dari suku Hudzail, lalu beliau bersabda: 

"Hendaklah dari setiap dua orang berangkat salah seorang saja dari keduanya itu maksudnya setiap golongan supaya mengirim jumlah separuhnya, sedang separuhnya yang tidak ikut berangkat adalah yang menjamin kehidupan keluarga dari orang yang ikut berangkat berperang itu, dan pahalanya adalah antara keduanya ertinya pahalanya sama antara yang berangkat dengan yang menjamin keluarga yang berangkat tadi."
(Riwayat Muslim)

180. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bertemu dengan sekelompok orang yang berkenderaan di Rawha' sebuah tempat di dekat Madinah, lalu beliau bertanya "Siapakah kaum ini?" Mereka menjawab: "Kita kaum Muslimin". Kemudian mereka bertanya: "Siapakah Tuan?" Beliau menjawab: "Saya Rasulullah". Kemudian ada seorang wanita yang mengangkat seorang anak kecil di hadapan beliau lalu bertanya: "Adakah anak ini perlu beribadat haji?" Beliau menjawab: "Ya dan untukmu wanita itu juga ada pahalanya."
(Riwayat Muslim)

181. Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau s.a.w. bersabda: 

"Juru simpan yang Muslim dan dapat dipercaya yang dapat melangsungkan apa yang diperintahkan padanya, kemudian memberikan harta yang disimpannya dengan lengkap dan cukup, juga memberikannya itu dengan hati yang baik tidak kesal atau iri hati pada orang yang diberi, selanjutnya menyampaikan harta itu kepada apa yang diperintah padanya, maka dicatatlah ia(juru simpan tersebut) sebagai salah seorang dari dua orang yang bersedekah(juru simpan dan pemiliknya)." 
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan: "Yang memberikan untuk apa saja yang ia diperintahkan". Para ulama lafaz almutashaddiqain dengan fathah qaf serta nun kasrah, kerana tatsniyah atau sebaliknya kasrahnya qaf serta fathahnya nun, kerana jamak. Keduanya shahih.


Bab 20 Memberikan Petunjuk Kepada Kebaikan Dan Mengajak Ke Arah Kebaikan.


Allah Taala berfirman:

"Dan berdakwahlah menuju jalan Tuhanmu."
(al-Haj 76 atau al-Qashash)

Allah Taala berfirman lagi:

"Dan berdakwahlah menuju jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik."
(an-Nahl: 125)

Allah Taala juga berfirman:

"Dan tolong-menolonglah engkau semua atas kebajikan dan ketakwaan."
(al-Maidah: 2)

Allah Taala berfirman pula:

"Hendaklah ada di antara engkau semua itu suatu golongan yang berdakwah menuju kebaikan."
(ali-lmran: 104)

174. Dari Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amral-Anshari al-Badri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu."
(Riwayat Muslim)

175. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dan dari pahala-pahala mereka yang mencontohnya itu, sedang barangsiapa yang mengajak ke arah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka yang mencontohnya itu."
(Riwayat Muslim)

176. Dari Abul Abbas iaitu Sahl bin Sa'ad as-Sa'idi r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda pada hari perang Khaibar: 

"Nescayalah saya akan memberikan bendera ini esok hari kepada seseorang yang Allah akan memberikan kemenangan di atas kedua tangannya. Ia mencintai Allah dan RasulNya dan ia juga dicintai Allah dan RasulNya". Malam harinya orang-orang(para sahabat) sama bercakap-cakap berbisik-bisik, siapa di antara mereka yang akan diberi bendera itu. Setelah pagi hari menjelma, orang-orang sama pergi ke tempat Rasulullah s.a.w. semuanya mengharapkan agar supaya bendera itu diberikan padanya. Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Di manakah Ali bin Abu Thalib?" Kepada beliau dikatakan: "Ya Rasulullah, ia sakit kedua matanya". Beliau bersabda lagi: "Bawalah ia ke mari". Ali didatangkan di hadapan beliau s.a.w. kemudian Rasulullah s.a.w. berludah ke kedua matanya dan mendoakan untuk kesembuhannya, lalu iapun sembuhlah kedua matanya, seolah-olah tidak pernah sakit sebelumnya. Selanjutnya beliau s.a.w. memberikan bendera itu padanya. Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah, apakah saya wajib memerangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita semua yakni masuk Islam?" Beliau s.a.w. menjawab: "Berjalanlah perlahan-lahan(tidak tergesa-gesa), sehingga engkau datang di halaman perkampungan mereka. Kemudian ajaklah mereka itu untuk masuk Islam dan beritahukanlah kepada mereka apa-apa yang wajib atas diri mereka dari hak-haknya Allah Taala yang perlu dipenuhi. Demi Allah, nescayalah jikalau Allah memberikan petunjuk dengan sebab usahamu akan seseorang(satu orang saja), maka hal itu lebih baik bagimu daripada memiliki unta-unta yang merah-merah(kiasan harta yang amat dicintai oleh bangsa Arab)."
(Muttafaq 'alaih)

177. Dari Anas r.a. bahawasanya seorang pemuda dari suku Aslam berkata: 

"Ya Rasulullah, sesungguhnya saya ini ingin mengikuti peperangan, tetapi saya tidak mempunyai sesuatu yang saya gunakan sebagai persiapan bekal". Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Datanglah pada si Fulan itu, sebab ia telah bersiap-siap dengan bekalnya tetapi kemudian sakit". Pemuda itu mendatangi orang tersebut dan berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengucapkan salam padamu", dan pemuda itu berkata lagi: "Berikanlah kepada saya bekal-bekal yang telah Tuan siapkan". Orang tersebut lalu berkata kepada isterinya: "Hai Fulanah, berikanlah pada orang ini apa-apa yang telah saya siapkan untuk bekal dalam perang. Janganlah bekal itu engkau tahan sedikitpun, demi Allah, janganlah bekal itu engkau tahan sedikitpun, supaya engkau memperoleh berkah dalam bekal yang diberikan tadi." 

(Riwayat Muslim)