Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 25 Ogos 2012

H 35 Tangisan Rasulullah SAW dan Para Sahabat

Apabila seseorang menghadapi kebahagiaan, maka hatinya akan gembira. Dan saat dilanda musibah, banyak orang yang berputus asa lalu berpaling dari kebenaran.
Sebahagian orang menganggap menangis itu adalah sesuatu yang hina, ia merupakan tanda lemahnya seseorang. Bangsa Yahudi selalu marah apabila anaknya menangis kerana dikatakan tidak akan mampu melawan musuh-musuhnya. Orang Jepun akan memarahi anaknya jika mereka menangis kerana dianggap tidak tabah menghadapi hidup. Menangis adalah sesuatu yang hanya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup.

Bagi seorang muslim yang mukmin, menangis merupakan sebuah kelembutan hati dan petanda kepekaan jiwanya terhadap peristiwa yang menimpa dirinya mahupun umatnya.

RASULULLAH SAW menitiskan air matanya ketika anaknya Ibrahim, meninggal. Abu Bakar selalu digelarkan oleh anaknya Aisyah sebagai Rajulun Bakiy (Orang yang selalu menangis).

Beliau sentiasa menangis, dadanya bergolak semasa solat di belakang RASULULLAH SAW kerana mendengar ayat-ayat ALLAH SWT. Abdullah bin Umar pada suatu ketika melewati sebuah rumah yang di dalamnya ada seseorang sedang membaca al Quran. Ketika sampai pada ayat: 

“Hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam.”
(Surah  Al Muthaffifin : ayat  6)

Pada saat itu beliau diam, berdiri tegak dan merasakan dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhan, kemudian beliau menangis.

Lihatlah betapa RASULULLAH SAW dan para sahabatnya benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Lembutnya hati mengantarkan mereka kepada darjat hamba ALLAH yang peka.

Bukankah di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan naungan pada hari di mana tiada naungan kecuali naungan ALLAH SWT, adalah orang yang berdoa kepada Rabbnya dalam kesendirian sambil menitiskan air mata? Tentunya begitu sukar menitiskan air mata sewaktu berdoa jika hati seseorang itu tidak lembut.

Yang biasa dilakukan manusia dalam bersendirian adalah maksiat. Bahkan banyak  manusia yang bermaksiat apabila bersendirian di dalam bilik.  Seorang mukmin sejati akan menangis dalam kesendirian di kala berdoa kepada Tuhannya. Sedar betapa beratnya tugas hidup yang harus dipikulnya di dunia ini.

Di zaman ketika manusia lalai dalam gemerlap dunia, seorang mukmin akan sentiasa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya. Dia akan mudah menitiskan air mata demi melihat kehancuran umatnya. Kesedihannya begitu mendalam.

Kita tidak akan melihat seorang mukmin bersenang-senang dan bersuka-ria ketika jirannya mengalami kesedihan, ditimpa berbagai ujian, cubaan, dan fitnah. Mukmin yang sebenar akan dengan bersedia membantu meringankan segala beban saudaranya. Ketika seorang mukmin tidak mampu menolong dengan tenaga ataupun harta, dia akan berdoa memohon kepada Tuhan semesta alam.

Menangis merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran. 

“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (al Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran al Quran dan kenabian Muhammad).”
(Surah  Al Maidah : ayat 83)

Jaafar bin Abdul Muthalib membacakan surat Maryam ayat ke-16 hingga 22 kepada seorang raja Nasrani yang bijak. Mendengar ayat-ayat ALLAH SWT dibacakan, bercucuranlah air mata raja Habsyah itu. Dia mengakui benarnya kisah Maryam dalam ayat tersebut, dia telah mengenal kebenaran itu dan hatinya yang lembut menyebabkan matanya sembab kemudian menangis. Raja yang rindu akan kebenaran benar-benar merasakannya.

Orang yang keras hatinya, akan sulit menangis apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH SWT. Bahkan ketika datang teguran dari ALLAH SWT sekalipun, dia akan tertawa atau malah berpaling dari kebenaran. Sehebat manapun bentuk penghormatan seorang tokoh munafik Abdullah bin Ubay bin Salul kepada RASULULLAH SAW, sedikitpun tidak berpengaruh pada hatinya. Dia tidak peduli ketika ALLAH SWT mengecam keadaan mereka di akhirat nanti, 

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolongpun bagi mereka.”
(Surah An Nisa’ : ayat 145)

Barangkali di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah di saat membaca al Quran, menangislah ketika berdoa di sepertiga malam terakhir, menangislah kerana melihat keadaan umat yang hancur, atau tangisilah dirimu kerana tidak dapat menangis ketika mendengar ayat-ayat ALLAH SWT.

Semoga dapat melembutkan hati kita. Ingatlah hari ketika manusia banyak menangis dan sedikit tertawa kerana dosa-dosa yang dibuatnya selama di dunia. 

“Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.”
(Surah At Taubah : ayat 82)
Sumber: Jika Hati Kamu Lembut, Menangislah.. | Aku ISLAMhttp://akuislam.com/blog/renungan/jika-hati-kamu-lembut-menangislah/#ixzz1SpdHZMyN



H 34 Racun yang paling berbisa adalah berbangga dengan ibadat sendiri

Abu Bakar Al-Wasiti pernah berkata :

1- Di Jalan ALLAH SWT tidak ada dunia, di jalan dunia ada ALLAH SWT. (amalan dunia yang diniatkan Ikhlas kerana ALLAH SWT).

2- Makin tinggi pengalaman kerohanian, makin tidak berfaedah akal fikiran.

3- Ibadat yang paling berfaedah itu adalah ibadat yang menggunakan masa sepenuhnya untuk di Jalan ALLAH SWT.

4- Orang yang beramal ibadat dengan tujuan mendapat nikmat Syurga adalah orang yang beribadat dengan tujuan memuaskan hawa nafsu bukan beribadat untuk ALLAH SWT.

5- Tidak ada orang yang dapat melawan ALLAH SWT.

6- Buatkan matlamat dunia kerana dunia tiada nilai di sisi ALLAH SWTT.

7- Orang yang mengenal ALLAH SWT tidak ingin berdampingan dan bercakap dengan sesiapa kecuali dengan ALLAH SWT.

8- Tidak ada racun yang lebih berbisa daripada berbangga dengan ibadat sendiri.

9- Amal Ibadat yang dilakukan dengan hati yang Ikhlas lebih berharga daripada amal ibadat yang dilakukan dengan anggota badan.

10- Orang yang bercinta dengan ALLAH SWT badannya sentiasa sihat dan kurus.

11- Makanan terbaik di dalam dunia adalah sentiasa Mengingati ALLAH SWT dalam semua keadaan.
Rujukan:
Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 145-146.




Jumaat, 24 Ogos 2012

H 33 TUJUH Tips penting menghadapi ujian Allah SWT

http://ramstarab.com/ramca/showthread.php?t=17704

Apa–apapun perkara yang menimpa diri kita, In Sya ALLAH akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif. Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat. Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan di dalam media cetak mahupun elektronik. Jika ditakdirkan musibah atau ujian itu menimpa diri kita, apa yang harus kita lakukan untuk  menghadapinya? Bersediakah kita?
Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk menghadapi ujian. Sebenarnya, paling tidak, ada tujuh tips untuk  menghadapi pelbagai ujian kehidupan, iaitu :

·  Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta ALLAH SWT pada hambaNya. ALLAH SWT memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa NABI MUHAMMAD SAW bersabda, 

“Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH menjadi orang yang baik maka dia akan diberiNya cubaan.”
(H.R.Bukhari)

·         Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang ALLAH SWT turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang ALLAH SWT yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: NABI MUHAMMAD SAW bersabda,

“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila ALLAH TAALA itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barangsiapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan ALLAH, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan ALLAH.”
(H.R.Tirmidzi)

·         Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD SAW bersabda: 

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

·         Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa–apapun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa NABI MUHAMMAD SAW bersabda: 

“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”
(H.R.Muslim)

·         Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea–idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). 

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah  94, Alam Nasyrah : ayat 5- 6)

·         Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang ALLAH SWT berikan, kerana ALLAH SWT tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hambaNya. Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah swt tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. 

“Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”
(Surah 2, Al Baqarah  : ayat 286)

·         Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. 

Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”
(Surah 94,  Alam Nasyarh  : ayat 7 – 8)

Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan doamu.”
(Surah 40, Al Mukmin :  ayat 60)

Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian. Apa–apapun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan ALLAH SWT akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan ALLAH SWT.

Sumber: Tips Menghadapi Ujian Hidup | Aku ISLAMhttp://akuislam.com/blog/renungan/tips-menghadapi-ujian-hidup/#ixzz1SpfSKikv



H 32 TIGA Perkara yang amat bernilai di dalam Mizan Allah SWT


وان الذى يوضع فى الميزان:العبد والاعمال والصحف.

Yang berada dalam Mizan Allah SWT adalah :

1- Diri seorang hamba.
Diri seseorang yang gemuk, kasar dan sebagainya tidak bernilai di sisi Allah SWT walau seberat sayap nyamuk.

وهذا ليس له علاقة بضخامة الجسم او نحافته او الطول والقصر

2- Amalan-amalan.
Seperti Solat, puasa, Takutkan Allah SWT, Tawakkal, zakat, haji dan lain-lain.

الصلاة _الصيام_الخشية_التوكل_الزكاة_الحج_الخوف من الله_الرجاء

3- Buku Catatan Amalan.

Allah SWT akan menghisab semua amalan dengan 99 catatan berserta para saksi.





Khamis, 23 Ogos 2012

H 31 LIMA BELAS Perkara Melepaskan Anda Daripada Azab Neraka

منجيــــــــــــــات عــــــــــذاب القبـــــــــــــر

1- تجنب ما يوجب
عذاب القبر

1-Menjauhkan 25 perkara yang mewajibkan anda menerima azab Allah SWT

2- محاسبة النفس كل يوم قبل النوم

2- Muhasabah diri setiap hari sebelum tidur malam.

3- تلاوة سورة الملك كل يوم قبل النوم

3- Membaca surah Al-Mulk sebelum tidur.

4- البر بالوالدين

4- Berbuat baik kepada ibu bapa.

5-ذكر الله
5- Sentiasa ingat dan berzikir kepada Allah SWT.

6- صوم رمضان
6- Berpuasa di bulan Ramadhan ( Puasa Zahir dan Batin )

7- الإسراع بالغسل من الجنابة

7- Bersegera mandi junub ( mengangkat hadas besar ).

8- الحج و العمرة

8- Menunaikan haji dan umrah ( Mabrur ).

8- الصدقة

8- Bersedekah.

9- صلة الرحم

9- Menjaga hubungan silatur rahim.

10- الأمر بالمعروف و النهى عن المنكر

10-Menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.

11- حسن الخلق مع الناس

11- Berbakti kepada manusia dengan Akhlak Mulia.

12- الخوف من الله

12- Takut kepada Allah SWT ( Tidak melakukan dosa kecil atau dosa besar walaupun
sekali selepas bertaubat ).

13- من كان له افراط ( الاطفال الصغار المتوفيين )

13- Mereka yang kematian anak kecil sebelum baligh.

14- الرجاء فى الله

14- Mereka yang sentiasa menaruh harapan kepada Allah SWT dalam semua perkara kebaikan.

15- دمعة أقفرتها عيناك فى صلاة أو غير صلاة

15- Titisan air mata yang keluar semasa solat atau di luar solat kerana takutkan Allah SWT.





H 30 EMPAT Amalan Rohani menjamin kebahagiaan dunia dan Akhirat

إذا أردت الجنة………… فالزم الصلاة
إذا أردت السعادة……… فالزم القرآن
إذا أردت الغني …………فالزم الاستغفار
إذا أردت المحبه……….. فالزم الابتسامة

1- Jika kamu inginkan Syurga sentiasalah menunaikan solat.

2- Jika kamu inginkan kebahagiaan sentiasalah membaca al Quran.

3- Jika kamu inginkan kekayaan sentiasalah beristighfar.

4- Jika  kamu inginkan kasih sayang sentiasalah mengukir senyuman.
Rujukan:
http://www.konoz.com/vb/t14819.html




Isnin, 20 Ogos 2012

H 29 Terima Kasih Ya Allah

Keajaiban Syukur

ALLAH SWT mengabarkan bahawa orang-orang yang bersyukur adalah orang yang bahagia di antara hamba-hambaNya dalam menghadapi ujian ALLAH SWT.

وَكَذَلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لِيَقُولُوا أَهَؤُلَاءِ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَيْنِنَا أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِالشَّاكِرِينَ

“Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang yang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: “Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh ALLAH kepada mereka?” (ALLAH berfirman): “Tidakkah ALLAH lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?”
(Surah Al An’am : ayat 53)

Tambahan nikmat, adalah dengan bersyukur.
Tambahan nikmat ini tiada terbatas sebagaimana tak terbatasnya rasa syukur kepadaNya.


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
(Surah  Ibrahim : ayat 7)

Bertambahnya nikmat ada bersama syukur akan tetap berlaku untuk selama-lamanya. Kerananya dikatakan, “Saat engkau melihat keadaanmu tidak bertambah baik maka mulailah bersyukur.”

وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

“Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada ALLAH), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya ALLAH Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
(Surah  Luqman : ayat 12)

وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

“Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.”
(Surah An Naml : ayat 40)

Orang yang beribadah digolongkan kepada orang yang telah bersyukur. ALLAH SWT juga mengabarkan bahawa orang yang beribadah kepadaNya adalah hamba-hambaNya yang bersyukur. Sedangkan orang yang tidak bersyukur tidak masuk dalam golongan orang yang beribadah kepadaNya. ALLAH Subhanahu wa Taala berfirman:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah.
(Surah 2, Al Baqarah : ayat 172)

وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ

“Dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu.”
(Surah Az Zumar : ayat 7)

Wasiat pertama yang ALLAH SWT sampaikan kepada manusia setelah dia berakal adalah bersyukur kepada ALLAH SWT dan kepada kedua orang tua.

ALLAH SWT berfirman:

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibubapamu, hanya kepadaKu-lah kembalimu.”
(Surah Luqman : ayat 14)

Balasan ALLAH SWT  Bagi Siapa yang Bersyukur :-

“Maka ALLAH nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari kurniaNya, jika Dia menghendaki.”
(QS. Al Taubah: 28)

“Maka Dia menghilangkan bahaya yang kerananya kamu berdoa kepadaNya, jika Dia menghendaki.”
(Surah Al An;am : ayat 41)

“Dia akan mengampuni siapa yang dikehendakiNya.”
(Surah3, Ali Imran: ayat 129)

“Dan ALLAH menerima taubat orang yang dikehendakiNya.”
(Surah Al Taubah : ayat 15)

Adapun syukur, ALLAH SWT telah memutlakkan balasanNya secara total sebagaimana yang disebutkan dalam firmanNya:

وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ

“Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Surah3,  Ali Imran : ayat 145)

“Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Surah 3, Ali Imran: ayat 144)

Syukur adalah sasaran tertinggi Iblis

ALLAH SWT juga mengabarkan bahawa Iblis, menjadikan syukur sebagai sasaran tertinggi dalam menggoda manusia. Dia berusaha menjadikan mereka sebagai orang tidak bersyukur, kerana tahu keagungan kedudukan syukur yang termasuk kedudukan yang paling mulia dan paling tinggi di sisi ALLAH SWT. 

ALLAH SWT berfirman:

ثُمَّ لَآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

“Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”
(Surah Al A’raf : ayat 17)

Ternyata sangat sedikit Manusia yang bersyukur

ALLAH SWT juga mengabarkan bahawa orang-orang yang bersyukur jumlahnya sedikit. 

ALLAH SWT berfirman:

“Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur.”
(Surah Saba’ : ayat 13)

" tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.”
(QS. Al Baqarah: 243, Yusuf: 38, Ghafir: 61).

Bagaimana Syukurnya NABI MUHAMMAD SAW?

Sedangkan keterangan tentang syukurnya NABI MUHAMMAD SAW sangat banyak, laksana lautan luas yang tak bertepi, kerana beliau manusia yang paling kenal dengan ALLAH SWT, paling takut, dan paling bersyukur kepada nikmat-nikmatNya serta paling tinggi kedudukannya di sisi ALLAH SWT. Terdapat dalam Shahih al Bukhari, dari Aisyah radliyallah ‘anha, dia berkata:

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri solat (malam) hingga kedua kaki beliau bengkak.” Lalu Aisyah berkata kepada beliau, “Kenapa engkau lakukan ini, ya Rasulullah, bukankah ALLAH telah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang?” Lalu beliau menjawab:

أَفَلَا أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا

“Tidak bolehkan aku senang menjadi hamba yang bersyukur.”
(HR. Bukhari)

“Tidak bolehkan aku senang menjadi hamba yang bersyukur.” Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Salllam

Semoga ALLAH sentiasa melimpahkan selawat dan salam untuknya sebagimana dia telah mentauhidkan ALLAH dengan sebenarnya, mengenalNya dengan sempurna, berdakwah kepadaNya, dan bersyukur dengan semestinya.
Rujukan:
http://www.lailahaillallah.com/blog/category/motivasi-islami/




H 28 Allah SWT sentiasa di hati orang Mukmin

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.
Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata,“Jangan takut, ALLAH bersama kita.”
Itulah kehebatan Rasulullah saw, ALLAH swt sentiasa di hatinya.

Ketika di ambang maut?
Sewaktu Da’thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, “Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?”

 

Informasi iluvislam.com

Jadilah ‘blogstarz’ dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kuponMY50MERDEKA.

Jawab Rasulullah saw penuh yakin, “ALLAH.”
Mendengar jawapan itu, gementarlah Da’thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… sentiasa ada DIA di hati baginda.

Ketika tiada siapa mengetahui?
Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. “Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?”
“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya,” desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.

“Kalau begitu, di mana ALLAH?” ujar budak itu.
Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH swt. Jelas ada DIA di hatinya.

Ketika kamu tiada jawatan?
Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikitpun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.
Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, “Aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH swt. Ada DIA di hatinya.

Lalu, di mana Dia dihati kita?
Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?
Apakah ALLAH swt sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?
ALLAH swt ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH swt bersemi. Jika cinta ALLAH swt yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH swt akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!

Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);

“Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH swt menjadi tumpuan dalam hidupku?
Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?
Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?
Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.

Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri
Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan,

“Apakah engkau takutkan ALLAH?”

Dia menangis dan menjawab, “Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak…”

Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAHpun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.
Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH swt dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.
Kalau kau tanyakan aku, “Adakah DIA di hatimu?”

Aku hanya mampu menjawab, ”Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA.”

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH swt itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.
Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya… aku yakin… suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.
Dan kita akan terus mengemis kasih…