Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 12 November 2017

S 20 TAUBAT MENYIMPAN SERIBU SATU ANUGERAH

Ketika cahaya Allah SWT mula meredup dalam hati seseorang hamba, tarikan maksiat menjadi lebih kuat. Tiba-tiba, dosa menjadi lebih mudah dilakukan daripada taat dalam ibadah. Kerana itu, biarlah istighfar menjadi rutin yang mesti terus mengalir menyiram hati yang mulai gersang.'

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga.”

(QS. At-Tahrim: 8)

S 19 PENGERTIAN SOLAT JAMAK

Solat Jamak adalah mengerjakan solat fardhu dengan cara mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu (dua solat fardhu dikerjakan dalam satu waktu).

Solat jamak ini juga boleh dilakukan oleh orang yang melakukan perjalanan jauh (musafir) dengan syarat-syarat yang telah disebutkan pada solat qashar di atas. Solat fardhu yang boleh dijamak adalah:
Solat zuhur dengan asar.
Solat maghrib dengan isyak.
Sedangkan Solat fardhu yang tidak boleh dijamak adalah:
Solat subuh.
Solat asar dengan solat maghrib.

Dalam pelaksanaannya, shalat jamak dibagi menjadi 2, iaitu jamak taqdim dan jamak takhir.

S 18 KALAU KITA INGIN MASUK SYURGA DENGAN CARA PALING CEPAT, CUBALAH MENUNTUT ILMU AGAMA

Kembali pada hadits daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ.

“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(HR. Muslim, no. 2699)

Makna Allah SWT akan mudahkan baginya jalan menuju syurga, ada empat makna sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Rajab Al-Hambali:

Pertama: Dengan menempuh jalan mencari ilmu, Allah SWT akan memudahkannya masuk syurga.

Kedua: Menuntut ilmu adalah sebab seseorang mendapatkan hidayah. Hidayah inilah yang menghantarkan seseorang pada syurga.

Ketiga: Menuntut suatu ilmu akan menghantarkan pada ilmu lainnya yang dengan ilmu tersebut akan menghantarkan kepada syurga.

Sebagaimana kata sebahagian ulama kala suatu ilmu diamalkan,

مَنْ عَمِلَ بِمَا عَلِمَ أَوْرَثَهُ اللهُ عِلْمَ مَا لَمْ يَعْلَمْ.


“Siapa yang mengamalkan suatu ilmu yang telah ia pelajari, maka Allah akan mewarisinya ilmu yang tidak ia ketahui.”

Sebagaimana kata ulama lainnya,

ثَوَابُ الحَسَنَةِ الحَسَنَةُ بَعْدَهَا.

“Balasan dari kebaikan adalah kebaikan selanjutnya.”

Begitu juga dalam ayat disebutkan,

وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى.

“Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk.”
(QS. Maryam: 76)

Juga pada firman Allah SWT,

وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآَتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ.

“Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketakwaannya.”
(QS. Muhammad: 17)

Keempat: Dengan ilmu, Allah SWT akan memudahkan jalan yang nyata menuju syurga iaitu saat melewati shirath (sesuatu yang terbentang di atas neraka menuju syurga).

Sampai-sampai Ibnu Rajab simpulkan, menuntut ilmu adalah jalan paling ringkas menuju syurga.
(Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 297-298)

Semoga dengan ilmu agama, kita dimudahkan untuk masuk syurga.


Penyusun: Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal

S 17 BEZA BERZIKIR DENGAN TIDAK

Nabi SAW bersabda :

“Contoh perbezaan antara orang yg berzikir pada Tuhan dengan yang tidak berzikir itu bagaikan perbezaan antara orang yang hidup dan orang yang mati.”

(Bukhari dan Muslim)

S 16 TIGA AMALAN DENGAN PAHALA TANPA BATAS

Tahukah anda bahawa untuk tiga amalan di bawah ini Allah azza wa jalla tidak menetapkan kadar pahala yang tetap bagi pelakunya. Mengapa?

Karena ketiganya merupakan amalan yang agung di sisi Allah SWT dan bagi pelakunya ada pahala tanpa batas.

1. Memaafkan.

Allah SWT berfirman:

ﻓَﻤَﻦْ ﻋَﻔَﺎ ﻭَﺃَﺻْﻠَﺢَ ﻓَﺄَﺟْﺮُﻩُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪِ

"Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya berada di atas (tanggungan) Allah.”
(asy-Syura: 40)

2. Bersabar

Allah SWT berfirman:

ﺇﻧﻤﺎ ﻳﻮﻓﻰ ﺍﻟﺼﺎﺑﺮﻭﻥ ﺃﺟﺮﻫﻢ ﺑﻐﻴﺮ ﺣﺴﺎﺏ

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."
(QS Az Zumar : 10)

3. Puasa

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

ﻛُﻞُّ ﻋَﻤَﻞِ ﺍﺑْﻦِ ﺁﺩَﻡَ ﻳُﻀَﺎﻋَﻒُ ﺍﻟْﺤَﺴَﻨَﺔُ ﻋَﺸْﺮُ ﺃَﻣْﺜَﺎﻟِﻬَﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺳَﺒْﻌِﻤِﺎﺋَﺔِ ﺿِﻌْﻒٍ ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪُ
ﻋَﺰَّ ﻭَﺟَﻞَّ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﺼَّﻮْﻡَ ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﻟِﻰ ﻭَﺃَﻧَﺎ ﺃَﺟْﺰِﻯ ﺑِﻪِ ﻳَﺪَﻉُ ﺷَﻬْﻮَﺗَﻪُ ﻭَﻃَﻌَﺎﻣَﻪُ ﻣِﻦْ ﺃَﺟْﻠِﻰ ﻟِﻠﺼَّﺎﺋِﻢِ
ﻓَﺮْﺣَﺘَﺎﻥِ ﻓَﺮْﺣَﺔٌ ﻋِﻨْﺪَ ﻓِﻄْﺮِﻩِ ﻭَﻓَﺮْﺣَﺔٌ ﻋِﻨْﺪَ ﻟِﻘَﺎﺀِ ﺭَﺑِّﻪِ . ﻭَﻟَﺨُﻠُﻮﻑُ ﻓِﻴﻪِ ﺃَﻃْﻴَﺐُ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ
ﺭِﻳﺢِ ﺍﻟْﻤِﺴْﻚِ

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah SWT berfirman (yang ertinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”
(HR. Muslim no. 1151)


Semoga Allah azza wa jalla memberi kita taufik agar boleh mengamalkan ketiga amal mulia di atas.

S 15 ORANG YANG PANDAI

Rasulullah SAW bersabda,

"Orang yang pandai ialah orang yang mampu mengendalikan nafsunya dan beramal untuk kepentingan hidupnya sesudah mati."
(HR. Termizi, Imam Ahmad,& Ibnu madjah).

Ia akan merasa cukup dengan apa yang telah mampu diraihnya secara halal.
Ia pandai memilih dan memilah (yang halal dan haram) untuk dimasukkan ke dalam perutnya dan keluarganya dan untuk disedekahkan kepada yang memerlukan, sehingga mendatangkan berkah.

ALLAH SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik(halal') yang ALLAH berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika kamu hanya menyembah kepadaNYA.”
(Qs.2:172)

“Sesungguhnya ALLAH itu Maha baik dan hanya menerima yang baik-baik.”

(HR. MUSLIM dan Termizi).

S 14 BULIR IBRAH DAN HIKMAH

Kisah nyata

Saya mengenal seseorang, beliau adalah pedagang. Beliau masih mengontrak di rumah petak. Tiada banyak kepunyaannya. Cuma motor satu, dan isi kontrakan seadanya. Tidak ada yang istimewa lagi mewah di dalamnya.
Pandangan saya cuma satu tertuju pada celengan(tabung) agak besar di atas almarinya. Ketika ditanya, tabungan itu untuk apa? Nabung berapa? Sudah dapat berapa? Dia hanya menjawab.

“Saya ingin bangun masjid di kampung saya, Mas. Saya menabung sekian Mas, biar cepat, nanti kalau wangnya sudah cukup, saya boleh beli tanah, kalau sudah terkumpul lagi, saya belikan bahan bangunan, kalau sudah terkumpul lagi, saya bayar tukang untuk membangunkan masjid tersebut.”

Saya tertonjok, “Apa yang sudah saya infaqkan selama ini?”
Dulu, saya selalu berharap buku tabungan saya boleh saya penuhi dengan wang untuk diri saya, isteri saya, anak-anak saya. Rumah saya, saya bangun dan terus bangun, saya belikan mobil sebanyak-banyaknya untuk memenuhi garasi rumah saya, saya belikan emas, kontrakan, tanah, untuk pelaburan, agar anak cucu saya kelak tak hidup susah.
Saya tak berfikir, bahawa ada hak orang lain di dalam harta saya. Saya pun tak berfikir, kelak ketika saya tiada, itu akan menjadi rebutan anak cucu saya. Yang saya bawa apa? Dan saya meninggalkan anak cucu saya suatu perkara yang menyebabkan banyaknya manusia berada di neraka juga.

Benarlah apa yang Nabi Muhammad shallaallahu alaihi wasallam sabdakan, bahawa dunia ini tak lebih baik dari bangkai anak kambing. Dan setiap yang menginginkannya, akan selalu merasa haus dan haus. Hanya segelintir orang yang mampu memaknai hakikat ia hidup.
Saya iri dengan dia.

Coretan Sahabat FB

S 13 TAUHID SYARAT DITERIMA AMAL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Amal soleh apapun, baik itu solat, shaum, zakat, haji, infaq, birrul walidain (berbakti kepada orang tua) dan sebagainya tidak mungkin diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan tidak ada pahalanya bila tidak dilandasi tauhid yang bersih dari syirik.
Berapapun banyaknya amal kebaikan yang dilakukan seseorang tetap tidak mungkin ada ertinya bila pelakunya tidak kufur kepada thaghut, sedangkan seseorang tidak dikatakan beriman kepada Allah SWT apabila dia tidak kufur kepada thaghut.

Kufur kepada thaghut serta iman kepada Allah SWT adalah dua hal yang dengannya orang boleh dikatakan mukmin dan dengannya amalan boleh diterima, Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Siapa yang melakukan amal soleh, baik lelaki atau perempuan sedang dia itu mukmin, maka Kami akan berikan kepadanya penghidupan yang baik serta Kami akan memberikan kepadanya balasan dengan balasan yang lebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.”
(QS. An Nahl [16]: 97)

Dalam ayat ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala menetapkan pahala amal soleh hanya bagi orang mukmin, sedang orang yang suka membuat tumbal, sesajen, meminta kepada orang yang sudah mati atau mengusung sekulerisme, liberalisme, demokrasi atau nasionalisme dan falsafah sistem syirik lainnya, dia bukanlah orang mukmin, tetapi dia musyrik, kerana tidak kufur kepada thaghut, sehingga solat, shaum, zakat dan ibadah lainnya yang dia lakukan tidaklah sah dan tidak ada pahalanya.
Juga Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلا يُجْزَى إِلا مِثْلَهَا وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Siapa yang melakukan amal soleh, baik lelaki atau perempuan sedangkan dia mukmin, maka mereka masuk syurga seraya mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa perhitungan.”
(QS. Ghafir/Al Mukmin[40]: 40)

Di dalam ayat ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala menetapkan pahala masuk syurga bagi orang yang beramal soleh dengan syarat bahawa dia mukmin, sedangkan para pendukung Pancasila, Demokrasi, dan Undang Undang Dasar buatan tidaklah dikatakan mukmin, kerana tidak kufur kepada thaghut, tapi justeru dia adalah hamba thaghut.
Juga dalam firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا

“Dan siapa yang melakukan amalan-amalan soleh baik lelaki atau perempuan, sedang dia itu mukmin, maka mereka masuk syurga dan mereka tidak dizalimi barang sedikitpun.”
(QS. An Nisaa’ [4]: 124)

Dalam ayat ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala menetapkan pahala syurga bagi orang yang beramal soleh, dengan syarat dia mukmin, sedangkan aparat thaghut, hamba demokrasi, hamba Pancasila, Undang Undang Dasar buatan dan Pemerintah kafir, maka mereka itu bukan mukmin, kerana tidak kafir terhadap thaghut, bahkan mereka menjadi pelindung dan benteng thaghut.
Juga firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلا يَخَافُ ظُلْمًا وَلا هَضْمًا

“Dan siapa yang melakukan amal-amal soleh sedang dia itu mukmin, maka dia tidak takut dizalimi dan tidak pula takut akan dikurangi.”
(QS. Thaha [20]: 112)

Ini berbeda dengan orang musyrik dan kafir, dia tidak dapat apapun dari amal soleh yang dia kerjakan.
Juga firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلا كُفْرَانَ لِسَعْيِهِ وَإِنَّا لَهُ كَاتِبُونَ

“Dan siapa yang melakukan amal soleh, sedang dia itu mukmin, maka tidak ada pengingkaran terhadap amalannya dan sesungguhnya Kami tuliskan bagi dia apa yang dia lakukan.”
(QS. Al Anbiya [21]: 94)

Sedangkan para penguasa sistem syirik dan para pejabatnya serta para anggota parlimennya bukanlah orang mukmin tetapi mereka adalah thaghut.
Semua ayat mengisyaratkan iman untuk diterimanya amal soleh, sedangkan para penyembah kuburan atau batu atau pohon keramat atau pengusung demokrasi atau hukum buatan manusia atau falsafah syirik (seperti Pancasila, dan Undang Undang Dasar buatan) atau aparat keamanan penguasa thaghut bukanlah orang yang kafir terhadap thaghut.
Jadi, ke manakah amalan-amalan yang mereka lakukan? Maka jawapannya; hilang, sirna lagi sia-sia, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Sungguh, bila kamu berbuat syirik maka hapuslah amalanmu, dan sungguh kamu tergolong orang-orang yang rugi.”
(QS. Az Zumar [39]: 65)

Amalan-amalan yang banyak itu hilang sia-sia dengan satu kali saja berbuat syirik, maka apa gerangan apabila orang tersebut terus-menerus berjalan di atas kemusyrikan, padahal ayat ini ancaman kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang tidak mungkin berbuat syirik. Dan begitu juga para nabi semuanya diancam dengan ancaman yang sama. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Dan bila mereka berbuat syirik, maka lenyaplah dari mereka apa yang pernah mereka amalkan.”
(QS. Al An’am [6]: 88)

Ya, lenyap bagaikan debu yang disapu angin taufan, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

مَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ أَعْمَالُهُمْ كَرَمَادٍ اشْتَدَّتْ بِهِ الرِّيحُ فِي يَوْمٍ عَاصِفٍ

“Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka (orang-orang musyrik/ kafir) adalah bagaikan debu yang diterpa oleh angin kencang di hari yang penuh badai.”
(QS. Ibrahim [14]: 18)

Dalam ayat ini Allah SWT serupakan amalan orang-orang kafir dengan debu, dan kekafiran/kemusyrikan diserupakan dengan angin taufan. Apa jadinya bila debu diterpa angin taufan? Tentu lenyaplah debu itu.
Allah juga mengibaratkan amalan orang kafir itu dengan fatamorgana:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ

“Dan orang-orang kafir amalan mereka itu bagaikan fatamorgana di tanah lapang, yang dikira air oleh orang yang dahaga, sehingga tatkala dia mendatanginya ternyata dia tidak mendapatkan apa-apa, justeru dia mendapatkan (ketetapan) Allah di sana kemudian Dia menyempurnakan penghitunganNya.”
(QS. An Nur [24]: 39)

Orang yang musyrik di saat dia melakukan solat, zakat, shaum, dan sebagainya, mengira bahawa di sisi Allah SWT pahalanya banyak, tapi ternyata saat dibangkitkan dia tidak mendapatkan apa-apa melainkan azab!
Dalam ayat lain amalan-amalan mereka itu bagaikan debu yang bertaburan:

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

“Dan Kami hadapkan apa yang telah mereka kerjakan berupa amalan, kemudian Kami jadikannya debu yang bertaburan.”
(QS. Al Furqan [25]: 23)

Sungguh… sangatlah dia merugi sebagaimana dalam ayat lain:

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأخْسَرِينَ أَعْمَالا (١٠٣) الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

“Katakanlah, “Apakah kalian mahu kami beritahukan kepada kalian tentang orang-orang yang paling rugi amalannya, iaitu orang-orang yang sia-sia amalannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka mengira bahawa mereka melakukan perbuatan baik?”
(QS. Al Kahfi [18]: 103-104)

Ya, memang mereka rugi kerana mereka lelah, penat, letih, berusaha keras, serta berjuang untuk amal kebaikan, tapi ternyata tidak mendapat apa-apa kerana tidak bertauhid. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ (٣) تَصْلَى نَارًا حَامِيَةً

“Dia beramal lagi lelah, dia masuk neraka yang sangat panas.”
(QS. Al Ghasyyiah [88]: 3-4).

Ini (tauhid) adalah syarat paling mendasar yang jarang diperhatikan oleh banyak orang. Masih ada dua syarat lagi yang berkaitan dengan satuan amalan, iaitu ikhlas dan mutaba’ah. Dan berikut ini adalah penjelasan ringkasnya:


1. Ikhlas

Orang yang melakukan amal soleh akan tetapi tidak ikhlas, namun justeru dia ingin dilihat orang atau ingin didengar orang, maka amalan-amalan itu tidak diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagaimana firmanNya:

فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Siapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia beramal soleh dan tidak menyekutukan sesuatupun dalam ibadah kepada Tuhannya.”
(QS. Al Kahfi [18]: 110)

Ayat ini berkenaan dengan ikhlas, jadi orang yang saat melakukan amal soleh dan dia bertujuan kepada yang lain di samping kepada Allah SWT, maka ia itu tidak ikhlas.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam hadits qudsiy: “Bahawa Allah SWT berfirman: “Aku adalah yang paling tidak perlu akan sekutu, siapa yang melakukan amalan di mana dia menyekutukan yang lain bersamaKu dalam amalan itu, maka Aku tinggalkan dia dengan penyekutuannya.”
(HR. Muslim)

2. Mutaba’ah (sesuai dengan tuntunan Rasul)

Amal ibadah meskipun dilakukan dengan ikhlas akan tetapi jika tidak sesuai dengan tuntunan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka pasti ditolak.
Beliau Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang melakukan amalan yang tidak ada dasarnya dari kami, maka itu tertolak.”
(HR. Muslim)

Beliau Shalallahu‘alaihi wa sallam juga bersabda: “Jauhilah hal-hal yang diada-adakan kerana setiap yang diada-adakan adalah bidaah, dan setiap bidaah itu sesat.”
(HR. At Tirmidzi)

Sedikit amal tapi di atas sunnah adalah lebih baik daripada banyak amal dalam bidaah. Ibnu Mas’ud radliyallahu ‘anhu berkata: “Ikutilah (tuntunan Rasulullah) dan jangan mengada-ada yang baru.”

Jadi, dalam urusan ibadah, antum harus bertanya pada diri sendiri: “Apa landasan atau dalil yang engkau jadikan dasar? Kerana siapa engkau beramal?” Apabila tidak mengetahui dasarnya maka tinggalkanlah amalan itu kerana hal itu lebih selamat bagi kita.

S 12 MOGA KITA BOLEH MASUK SYURGA DARI PINTU INI

- Pintu Sedekah, Solat, Jihad, Arroyan, Al Ayman, Pemaaf Atau Haji, Taubat, Reda, Ilmu


حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ قَالَ حَدَّثَنِي مَعْنٌ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا قَالَ نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ


Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al Mundzir berkata, telah menceritakan kepada saya Ma'an berkata, telah menceritakan kepada saya Malik daripada Ibnu Syihab daripada Humaid bin 'Abdur Rahman daripada Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Barangsiapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai 'Abdullah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barangsiapa dari kalangan ahlu solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barangsiapa dari kalangan ahlu jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barangsiapa dari kalangan ahlu shiyam (puasa) dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barangsiapa dari kalangan ahlu sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah." Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radliallahu 'anhu: "Demi bapa dan ibuku (sebagai tebusan) untukmu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku, jika seseorang dipanggil di antara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?" Beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk di antara mereka."
(HR BUKHARI – 1764)


حَدَّثَنَا صَدَقَةُ بْنُ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ قَالَ حَدَّثَنِي عُمَيْرُ بْنُ هَانِئٍ قَالَ حَدَّثَنِي جُنَادَةُ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ عَنْ عُبَادَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ شَهِدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنْ الْعَمَلِ
قَالَ الْوَلِيدُ حَدَّثَنِي ابْنُ جَابِرٍ عَنْ عُمَيْرٍ عَنْ جُنَادَةَ وَزَادَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةِ أَيَّهَا شَاءَ


Telah bercerita kepada kami Shadaqah bin Al Fadlal telah bercerita kepada kami Al Walid dari Al Awza'iy berkata telah bercerita kepadaku 'Umair bin Hani' berkata telah bercerita kepadaku Junadah bin Abu Umayyah daripada 'Ubadah radliallahu 'anhu daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Barangsiapa yang bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang berhak kecuali Allah satu-satunya dengan tidak menyekutukanNya dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya dan (bersaksi) bahawa 'Isa adalah hamba Allah, utusanNya dan firmanNya yang Allah berikan kepada Maryam dan ruh dariNya, dan syurga adalah haq (benar adanya), dan neraka adalah haq, maka Allah akan memasukkan orang itu ke dalam syurga betapapun keadaan amalnya." Al Walid berkata, telah bercerita kapadaku Ibnu Jabir daripada 'Umair daripada Junadah dengan menambahkan: "Maka akan dimasukkan ke dalam syurga lewat salah satu dari ke lapan pintu syurga yang mana saja yang dia mahu."
(HR BUKHARI – 3180)

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ أَخْبَرَنَا أَبُو حَيَّانَ التَّيْمِيُّ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ بْنِ عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أُتِيَ بِلَحْمٍ فَرُفِعَ إِلَيْهِ الذِّرَاعُ وَكَانَتْ تُعْجِبُهُ فَنَهَشَ مِنْهَا نَهْشَةً ثُمَّ قَالَ أَنَا سَيِّدُ النَّاسِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَهَلْ تَدْرُونَ مِمَّ ذَلِكَ يَجْمَعُ اللَّهُ النَّاسَ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ يُسْمِعُهُمْ الدَّاعِي وَيَنْفُذُهُمْ الْبَصَرُ وَتَدْنُو الشَّمْسُ فَيَبْلُغُ النَّاسَ مِنْ الْغَمِّ وَالْكَرْبِ مَا لَا يُطِيقُونَ وَلَا يَحْتَمِلُونَ فَيَقُولُ النَّاسُ أَلَا تَرَوْنَ مَا قَدْ بَلَغَكُمْ أَلَا تَنْظُرُونَ مَنْ يَشْفَعُ لَكُمْ إِلَى رَبِّكُمْ فَيَقُولُ بَعْضُ النَّاسِ لِبَعْضٍ عَلَيْكُمْ بِآدَمَ فَيَأْتُونَ آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَام فَيَقُولُونَ لَهُ أَنْتَ أَبُو الْبَشَرِ خَلَقَكَ اللَّهُ بِيَدِهِ وَنَفَخَ فِيكَ مِنْ رُوحِهِ وَأَمَرَ الْمَلَائِكَةَ فَسَجَدُوا لَكَ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلَا تَرَى إِلَى مَا نَحْنُ فِيهِ أَلَا تَرَى إِلَى مَا قَدْ بَلَغَنَا فَيَقُولُ آدَمُ إِنَّ رَبِّي قَدْ غَضِبَ الْيَوْمَ غَضَبًا لَمْ يَغْضَبْ قَبْلَهُ مِثْلَهُ وَلَنْ يَغْضَبَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ وَإِنَّهُ قَدْ نَهَانِي عَنْ الشَّجَرَةِ فَعَصَيْتُهُ نَفْسِي نَفْسِي نَفْسِي اذْهَبُوا إِلَى غَيْرِي اذْهَبُوا إِلَى نُوحٍ فَيَأْتُونَ نُوحًا فَيَقُولُونَ يَا نُوحُ إِنَّكَ أَنْتَ أَوَّلُ الرُّسُلِ إِلَى أَهْلِ الْأَرْضِ وَقَدْ سَمَّاكَ اللَّهُ عَبْدًا شَكُورًا اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلَا تَرَى إِلَى مَا نَحْنُ فِيهِ فَيَقُولُ إِنَّ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ قَدْ غَضِبَ الْيَوْمَ غَضَبًا لَمْ يَغْضَبْ قَبْلَهُ مِثْلَهُ وَلَنْ يَغْضَبَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ وَإِنَّهُ قَدْ كَانَتْ لِي دَعْوَةٌ دَعَوْتُهَا عَلَى قَوْمِي نَفْسِي نَفْسِي نَفْسِي اذْهَبُوا إِلَى غَيْرِي اذْهَبُوا إِلَى إِبْرَاهِيمَ فَيَأْتُونَ إِبْرَاهِيمَ فَيَقُولُونَ يَا إِبْرَاهِيمُ أَنْتَ نَبِيُّ اللَّهِ وَخَلِيلُهُ مِنْ أَهْلِ الْأَرْضِ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلَا تَرَى إِلَى مَا نَحْنُ فِيهِ فَيَقُولُ لَهُمْ إِنَّ رَبِّي قَدْ غَضِبَ الْيَوْمَ غَضَبًا لَمْ يَغْضَبْ قَبْلَهُ مِثْلَهُ وَلَنْ يَغْضَبَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ وَإِنِّي قَدْ كُنْتُ كَذَبْتُ ثَلَاثَ كَذِبَاتٍ فَذَكَرَهُنَّ أَبُو حَيَّانَ فِي الْحَدِيثِ نَفْسِي نَفْسِي نَفْسِي اذْهَبُوا إِلَى غَيْرِي اذْهَبُوا إِلَى مُوسَى فَيَأْتُونَ مُوسَى فَيَقُولُونَ يَا مُوسَى أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ فَضَّلَكَ اللَّهُ بِرِسَالَتِهِ وَبِكَلَامِهِ عَلَى النَّاسِ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلَا تَرَى إِلَى مَا نَحْنُ فِيهِ فَيَقُولُ إِنَّ رَبِّي قَدْ غَضِبَ الْيَوْمَ غَضَبًا لَمْ يَغْضَبْ قَبْلَهُ مِثْلَهُ وَلَنْ يَغْضَبَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ وَإِنِّي قَدْ قَتَلْتُ نَفْسًا لَمْ أُومَرْ بِقَتْلِهَا نَفْسِي نَفْسِي نَفْسِي اذْهَبُوا إِلَى غَيْرِي اذْهَبُوا إِلَى عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ فَيَأْتُونَ عِيسَى فَيَقُولُونَ يَا عِيسَى أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَكَلَّمْتَ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ صَبِيًّا اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلَا تَرَى إِلَى مَا نَحْنُ فِيهِ فَيَقُولُ عِيسَى إِنَّ رَبِّي قَدْ غَضِبَ الْيَوْمَ غَضَبًا لَمْ يَغْضَبْ قَبْلَهُ مِثْلَهُ قَطُّ وَلَنْ يَغْضَبَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ وَلَمْ يَذْكُرْ ذَنْبًا نَفْسِي نَفْسِي نَفْسِي اذْهَبُوا إِلَى غَيْرِي اذْهَبُوا إِلَى مُحَمَّدٍ فَيَأْتُونَ مُحَمَّدًا فَيَقُولُونَ يَا مُحَمَّدُ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ وَخَاتِمُ الْأَنْبِيَاءِ وَقَدْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلَا تَرَى إِلَى مَا نَحْنُ فِيهِ فَأَنْطَلِقُ فَآتِي تَحْتَ الْعَرْشِ فَأَقَعُ سَاجِدًا لِرَبِّي عَزَّ وَجَلَّ ثُمَّ يَفْتَحُ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ مَحَامِدِهِ وَحُسْنِ الثَّنَاءِ عَلَيْهِ شَيْئًا لَمْ يَفْتَحْهُ عَلَى أَحَدٍ قَبْلِي ثُمَّ يُقَالُ يَا مُحَمَّدُ ارْفَعْ رَأْسَكَ سَلْ تُعْطَهْ وَاشْفَعْ تُشَفَّعْ فَأَرْفَعُ رَأْسِي فَأَقُولُ أُمَّتِي يَا رَبِّ أُمَّتِي يَا رَبِّ أُمَّتِي يَا رَبِّ فَيُقَالُ يَا مُحَمَّدُ أَدْخِلْ مِنْ أُمَّتِكَ مَنْ لَا حِسَابَ عَلَيْهِمْ مِنْ الْبَابِ الْأَيْمَنِ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ وَهُمْ شُرَكَاءُ النَّاسِ فِيمَا سِوَى ذَلِكَ مِنْ الْأَبْوَابِ ثُمَّ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الْجَنَّةِ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَحِمْيَرَ أَوْ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muqatil telah mengabarkan kepada kami 'Abdullah telah mengabarkan kepada kami Abu Hayyan At Taimi daripada Abu Zur'ah bin 'Amru bin Jarir daripada Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alahi wa Salam diberi sepotong daging maka beliau pun mengangkat lengannya, dan beliau menyukai daging itu, hingga beliau menggigitnya. Setelah itu beliau bersabda:

"Aku pemimpin manusia pada hari kiamat, tahukah kalian kenapa? Allah akan mengumpulkan semua manusia dari yang pertama hingga yang akhir dalam satu tanah lapang, seorang penyeru akan menyeru mereka, pandangan menembus mereka dan matahari mendekat, duka dan kesusahan manusia sampai pada batas yang tidak mampu mereka pikul. Orang-orang saling berkata satu sama lain: Apa kalian tidak melihat yang telah menimpa kalian, Apakah kalian tidak melihat siapa yang memberi kalian syafaat kepada Rabb kalian. Orang-orang saling berkata satu sama lain: Hendaklah kalian menemui Adam. Mereka menemui Adam lalu berkata: Engkau adalah bapa seluruh manusia, Allah menciptakanmu dengan tanganNya, meniupkan ruhNya padamu dan memerintahkan para malaikat lalu mereka sujud padamu, berilah kami syafaat kepada Rabbmu, apa kau tidak lihat kondisi kami, apa kau tidak melihat yang menimpa kami? Adam berkata kepada mereka: Rabbku saat ini benar-benar marah, Ia tidak pernah marah seperti itu sebelumnya dan tidak akan pernah seperti itu sesudahnya, dulu Ia melarangku mendekati pohon tapi aku durhaka. Oh diriku, Oh diriku, Ohh diriku. Pergilah pada selainku, pergilah ke Nuh. Mereka mendatangi Nuh lalu berkata: Hai Nuh, engkau adalah rasul pertama untuk penduduk bumi, Allah menyebutmu hamba yang sangat bersyukur, berilah kami syafaat kepada Rabbmu, apa kau tidak lihat kondisi kami, apa kau tidak melihat yang menimpa kami? Nuh berkata kepada mereka: Rabbku saat ini benar-benar marah, Ia tidak pernah marah seperti itu sebelumnya dan tidak akan pernah seperti itu sesudahnya, dulu aku pernah berdoa keburukan untuk kaumku, Oh diriku, Oh diriku, Oh diriku, pergilah kepada selainku, pergilah ke Ibrahim. Mereka mendatangi Ibrahim lalu berkata: Wahai Ibrahim, engkau nabi Allah dan kekasihNya dari penduduk bumi, berilah kami syafaat kepada Rabbmu, apa kau tidak lihat kondisi kami, apa kau tidak melihat yang menimpa kami? Ibrahim berkata kepada mereka: Rabbku saat ini benar-benar marah, Ia tidak pernah marah seperti itu sebelumnya dan tidak akan pernah seperti itu sesudahnya, dulu aku pernah bedusta tiga kali -Abu Hayyan menyebut ketiga-tiganya dalam hadits ini- oh diriku, diriku, diriku, pergilah kepada selainku, pergilah ke Musa. Mereka menemui Musa lalu berkata: Wahai Musa, engkau utusan Allah, Allah melebihkanmu dengan risalah dan kalamNya atas seluruh manusia, berilah kami syafaat kepada Rabbmu, apa kau tidak lihat kondisi kami, apa kau tidak melihat yang menimpa kami? Musa berkata kepada mereka: Rabbku saat ini benar-benar marah, Ia tidak pernah marah seperti itu sebelumnya dan tidak akan pernah seperti itu sesudahnya, dulu aku pernah membunuh jiwa padahal aku tidak diperintahkan untuk membunuhnya, oh diriku, diriku, diriku, pergilah kepada selainku, pergilah ke 'Isa. Mereka mendatangi 'Isa lalu berkata: Hai 'Isa, engkau adalah utusan Allah, kalimatNya yang disampaikan ke maryam, ruh dariNya, engkau berbicara pada manusia saat masih berada dalam buaian, berilah kami syafaat kepada Rabbmu, apa kau tidak lihat kondisi kami, apa kau tidak melihat yang menimpa kami? Isa berkata kepada mereka: Rabbku saat ini benar-benar marah, Ia tidak pernah marah seperti itu sebelumnya dan tidak akan pernah seperti itu sesudahnya, namun ia tidak menyebut dosanya, oh diriku, diriku, diriku, pergilah ke selainku, pergilah ke Muhammad. Mereka mendatangi Muhammad lalu berkata: Wahai Muhammad, engkau adalah utusan Allah, penutup para nabi, dosamu yang telah lalu dan yang kemudian telah diampuni, berilah kami syafaat kepada Rabbmu, apa kau tidak lihat kondisi kami. Lalu aku pergi hingga sampai di bawah 'arsy, aku tersungkur sujud pada Rabbku lalu Allah memulai dengan pujian dan sanjungan untukku yang belum pernah disampaikan pada seorang pun sebelumku, kemudian dikatakan: Hai Muhammad, angkatlah kepalamu, mintalah pasti kau diberi, berilah syafaat necaya kau diizinkan untuk memberi syafaat. Maka aku mengangkat kepalaku, aku berkata: Wahai Rabb, umatku, wahai Rabb, ummatku, wahai Rabb, ummatku. Ia berkata: Hai Muhammad, masukkan orang yang tidak dihisab dari umatmu melalui pintu-pintu syurga sebelah kanan dan mereka adalah sekutu semua manusia selain pintu-pintu itu." Setelah itu beliau bersabda: "Demi Zat yang jiwaku berada ditanganNya, jarak antara dua daun pintu-pintu syurga seperti jarak antara Mekah dan Himyar atau seperti jarak antara Mekah dan Bashrah."

(HR BUKHARI - 4343)

S 11 JANGAN KATA LETIH UNTUK MENUNAIKAN SOLAT LIMA WAKTU

Melakukan pekerjaan ada kata letih tapi melakukan solat 5 waktu jangan ada kata letih, kerana itu modal utama kita kelak di akhirat. Jika ingin keuntungan dari solat 5 waktu maka kerjakan sunnahnya untuk menutupi kekurangan dari modal utama kita kelak di akhirat.
Berusahalah untuk ibadah lebih awal siapa tahu kita termasuk golongan yang masuk syurga tanpa hisab.

Aamiin ya robbal alamiin

S 10 LUAR BIASA BAGI YANG MEMBACA AL QURAN

Berkata Abdul Malik bin 'Umair:

"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca al Quran.”
"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca al Quran."

Berkata al Imam al Qurthubi:

"Barang siapa yang membaca al Quran, maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun."
Imam Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.
"Perbanyaklah membaca al Quran, jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan dimudahkan setara dengan yang kamu baca."

Berkata Ibnu Sholah:

"Bahawasanya para Malaikat tidak diberi keutamaan untuk membaca al Quran, maka sebab itu mereka selalu bersemangat untuk mendengarkan dari bacaan manusia."

Berkata Abu Zanad:

"Di tengah malam, aku keluar menuju masjid Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam, sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada orang yang membaca al Quran."

Bergantunglah pada al Quran, nescaya kau akan mendapatkan keberkahan.
Allah SWT berfirman: "Ini adalah Kitab yang kami turunkan kepadamu dengan penuh keberkahan agar mereka mahu mentadabburi ayat-ayatnya."

Berkata sebahagian Ahli Tafsir:

"Manakala kita menyibukkan diri dengan al Quran, maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia dan akhirat."


"Mari kita memohon kepada Allah SWT agar memberikan TaufikNya kepada kita semua untuk selalu membaca al Quran dan mengamalkan kandungannya." Aamiiiin Allahumma Aamiin.

S 9 TIGA PERKARA YANG DICINTAI DI DUNIA INI

Rasulullah SAW bertanya kepada Abu dzar Al- Ghifary : “Apa yang kamu cintai di dunia ini?”
Abu Zar menjawab : “Yang saya cintai di dunia ini ada 3 hal :
1.rasa lapar.
2.rasa sakit.
3.kematian.”
Nabi berkata kepada Abu Dzar : “Mengapa?”
Abu Dzar menjawab :

“Saya mencintai rasa lapar agar hatiku menjadi lembut. Saya mencintai rasa sakit agar dosaku berkurang. Saya mencintai kematian agar aku dapat bertemu ROBBku.”

Riwayat hadist dan sanadnya....