Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 24 April 2020

V 66 : JADUAL KEHIDUPAN HARIAN


Disusun oleh Ustaz Ismail Kamus

1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pg) - mandi dan ambil wuduk
2. Solat sunat wuduk.
3. Solat sunat taubat.
4. Solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. Solat sunat hajat (minta allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta).
6. Solat sunat witir 3 rakaat.
7. Istighfar 100x
8. Tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x
10. Tasbih 40x
11. Solat sunat fajar.
12. Solat subuh.
13. Baca yaassin lepas subuh.
14. Solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat zohor.
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
16.solat asar
- solat sunat sebelum
17. Solat maghrib
- solat sunat selepas
18. Solat isyak
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- al-quran
- surah al-mulk
- surah sajjadah
- surah al-waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
[Ustaz Ismail Kamus]


V 65 : UMPAMA BINATANG TERNAK

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya yakni ayat-ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (al-Quran atau bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (al Quran, ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf 7: 179)
  
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka itu hanyalah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi.”
(Al-Furqan 25: 44)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sebaliknya orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
(Muhammad 47: 12)

Yaa Allah, lindungi kami dari segala perbuatan keji lagi tercela… Ampunilah segala dosa-dosa kami Yaa Allah….


V 64 : KEMBALIKAN SEMUA URUSAN KEPADA ALLAH SWT

Dalam hidup, kita hendaknya selalu mengembalikan semua urusan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA.
Setiap urusan, libatkan ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA dalam menjalaninya.
Dengan menghadirkan ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA, maka In Shaa Allah, segala urusan kita akan berjalan dengan lancar.
Oleh kerana itu, berdoalah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA dengan sungguh-sungguh supaya urusan kita mendapat pertolongan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA.
Berikut ini ada sebuah doa bermanfaat untuk meminta kemudahan urusan dan kelancaran dalam berbicara (ucapan).
Doa ini yang dibaca oleh Nabi Musa ‘alaihissalam ketika akan menghadapi Fir’aun.
Doa ini disebutkan dalam Al Qur’anul Karim:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي




V 63 : JUM KITA JADIKAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDAN DAKWAH

Buat masa sekarang ini, kita dapati media sosial khasnya buat masyarakat di Malaysia, telah menjadikan tempat ini untuk menyebarkan fitnah, mengadu dumba, mengata, mencela, menghina, mengutuk, menceritakan aib orang lain dan sebagainya. Sebagai seorang muslim, kita tahu perbuatan tersebut adalah perbuatan yang buruk lagi berdosa. Memang kita boleh bertaubat tetapi kita perlu ingat, selagi orang yang kita burukan, tanpa permohonan maaf secara terus dengan orang yang kita burukan, kesalahan itu tetap tidak terampun. Kalau kita jumpa secara teruspun,kalau beliau tidak mengampunkan, kesalahan itu tetap kita bawa masuk ke kubur.  Allahu Rabbi... Apatah lagi ramai yang membacanya. Andai kata kita turut sama memburuk-burukan orang itu, kita pun mendapat tempiasnya. Apatah lagi kalau kita share pulak kepada orang lain. Bertambah-tambahlah dosa yang kita buat. Ibadah kita dah la sedikit, ditambah pula dengan perbuatan yang tak berakhlak ini. Jum! Kita berubah. Sudah masanya untuk kita berhijrah dari segala perbuatan tak bermoral ini.

Akhir Zaman, Zaman Fitnah. Semoga kita tidak terkait dan menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga mereka yang memburuk-burukan orang lain di laman sosial ini berubah. Kita hanya mampu berdoa. Jadilah kita seorang muslim yang sebenar-benar muslim. Jum! Kita jadikan media sosial tempat kita menyebarkan ilmu kebaikan dan sebagai media berdakwah. Semoga ramai lagi yang bukan Islam tersedar akan kealpaan mereka sebab Islam adalah Agama Fitrah dan kita sebagai seorang muslim sepatutnya menyebarkannya kepada yang bukan Islam. In Shaa Allah.

V 62 : TAHU, BILA MATI


Taubatlah, jangan tangguh. Sebab kematian datang bila-bila masa saja. Orang yang berani tangguh taubat adalah orang yang sudah tahu bila dia akan mati.
Persoalannya, kita tahu ke bila kita akan jadi mayat?
Renungkanlah.


V 61 : SELESA DI ALAM KUBUR

Baru-baru ini saya ada mendengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, di dunia ini, jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur.

Amalkan 3 perkara ini:

1. Baca Al Quran sebelum subuh
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Al Quran yang dibaca sebelum subuh. Al Quran akan jadi peguambela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Al Quran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat
Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?

Saudara/saudari/adik kakak,
Saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, kita tengah menunggu giliran. Ramai sudah kaum kerabat, saudara mara, jiran tetangga, rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita yang telah meninggalkan kita. Telah ke alam yang kekal abadi. Alam Barzah. Giliran kita ke berapa? Kita tidak tahu. Adakah giliran yang ke 1 juta atau tinggal beberapa sahaja lagi. Tunggu giliran. Malaikat maut semakin menghampiri kita, hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa.
Tapi tulah, dah bersediakah kita?


Selasa, 21 April 2020

V 60 : SEDIH BILA MEDIA SOSIAL JADI TEMPAT MENGHUKUM

Kebaikan yang kita buat walaupun sedikit, hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Nak harapkan ibadah kita yang sikit tu, tak pasti Allah SWT terima atau tidak. Takutlah bila ibadah yang kita lakukan, tidak diterima oleh Allah SWT, walau sedikitpun. Hanya seperti debu beterbangan nilainya, kerana ada perasaan ujub (bangga) dalam diri... Ditambah dengan banyak perasangka buruk kepada orang lain. Semoga kita lebih berfikiran positif. Jadikanlah media sosial ini untuk kebaikan manusia sejagat, bukan nak cari siapa yang benar dan siapa yang salah. Yok! berfikiran positif.
Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.