Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 17 Ogos 2012

H 20 DUA PULUH Jenis hati termaktub di dalam Al-Quran

القلبُ السَّلِيْمْ : 1
وهو مخلص لله وخالٍ من الكفر والنفاق والرذيلة .
{ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّـهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ }
﴿الشعراء: ٨٩﴾

89.  Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih,

القلبُ المُنِيْبْ : 2
وهو دائم الرجوع والتوبة إلى الله مقبل على طاعته .
{ مَّنْ خَشِيَ الرَّحْمَـٰنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ }
﴿ق: ٣٣﴾

33.  (iaitu) orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah sedang dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat,

القلبُ المُخْبِتْ : 3
الخاضع المطمئن الساكن .
{ فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ }
﴿الحج: ٥٤﴾

54.  Dan agar orang-orang yang Telah diberi ilmu, meyakini bahAwasanya Al Quran Itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

القلبُ الوجِلْ : 4
وهو الذي يخاف الله عز وجل ألاَّ يقبل منه العمل
وألاَّ يُنَجَّى من عذاب ربِّه.
{ وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ
إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ }
المؤمنون: ٦٠

60.  Dan orang-orang yang memberikan apa yang Telah mereka berikan dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) Sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka[1008],
[1008]  Maksudnya: Kerana tahu bahawa mereka akan kembali kepada Tuhan untuk dihisab, Maka mereka khuatir kalau-kalau pemberian-pemberian (sedekah-sedekah) yang mereka berikan dan amal ibadah yang mereka kerjakan itu tidak diterima Tuhan.

القلبُ التَّقِّيْ : 5
الذي يعظِّم شعائِر الله .
{ ذَٰلِكَ وهو وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّـهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ }
﴿الحج: ٣٢﴾

32.  Demikianlah (perintah Allah). dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah[990], Maka Sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.
[990]  Syiar Allah swt ialah: segala amalan yang dilakukan dalam rangka ibadat haji dan tempat-tempat mengerjakannya.

القلبُ المَهْدِي : 6
الرَّاضي بقضاء الله والتَّسليم بأمره .
{ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ }
﴿التغابن: ١١﴾

11.  Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.


القلبُ المُطْمَئِنْ : 7
يسكن بتوحيد الله وذكره
{ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ }
الرعد: ٢٨

28.  (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

القلبُ الحَيَّ : 8
قَلْب يَعْقِل مَا قَدْ سَمِعَ مِنْ الْأَحَادِيث
الَّتِي ضَرَبَ اللَّه بِهَا مَنْ عَصَاهُ مِنْ الْأُمَم .
{ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُ قَلْبٌ }
﴿ق: ٣٧﴾

37.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.

القلبُ المَرِيْضْ : 9
وهو الذي أصابه مرض مثل الشك أو النفاق
وفيه فجور ومرض في الشهوة الحرام .
{ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ }
﴿الأحزاب: ٣٢﴾

32.  Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk[1213] dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya[1214] dan ucapkanlah perkataan yang baik,
[1213]  yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.
[1214]  yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina.

القلبُ الأَعْمَى : 10
وهو الذي لا يبصر ولا يدرك الحق والإعتبار
{ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ }
﴿الحج: ٤٦﴾

46.  Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

القلبُ اللَّاهِي : 11
غافل عن 
القرآن الكريم ، مشغول بأباطيل
الدنيا وشهواتها ، لا يعقل ما فيه .
{ لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ }
﴿الأنبياء: ٣﴾

3.  (lagi) hati mereka dalam keadaan lalai dan mereka yang zalim itu merahsiakan pembicaraan mereka: “Orang Ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu, Maka apakah kamu menerima sihir itu[951], padahal kamu menyaksikannya?”
[951]  yang mereka maksud dengan sihir di sini ialah ayat-ayat Al Quran.

القلبُ الآثِمْ : 12
وهو الذي يكتم شهادة الحق .
{ وَلاَ تَكْتُمُواْ الشَّهَادَةَ وَمَن يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ }
﴿البقرة: ٢٨٣﴾

283.  Jika kamu dalam perjalanan (dan bermu’amalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, Maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang[180] (oleh yang berpiutang). akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. dan barangsiapa yang menyembunyikannya, Maka Sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[180]  barang tanggungan (borg) itu diadakan bila satu sama lain tidak percaya mempercayai.


القلبُ المُتَكَبِّرْ : 13
مستكبر عن توحيد الله وطاعته،جبار بكثرة
ظلمه وعدوانه
{ قلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ }
﴿غافر: ٣٥﴾
[35]

“(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!”

القلبُ الغَلِيْظْ : 14
وهو الذي نُزعت منه الرأفة والرَّحمة
{ وَلَوْ كُنتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ }
﴿آل عمران: ١٥٩﴾

159.  Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.
[246]  Maksudnya: urusan peperangan dan hal-hal duniawiyah lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lainnya.

القلبُ المَخْتُومْ : 15
فلم يسمع الهدى ولم يعقله .
{ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ }
﴿الجاثية: ٢٣﴾

23.  Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
[1384]  maksudnya Tuhan membiarkan orang itu sesat, Kerana Allah Telah mengetahui bahawa dia tidak menerima petunjuk-petunjuk yang diberikan kepadanya.

القلبُ القَاسِيْ : 16
لا يلين للإيمان ولا يؤثِّرُ فيه زجر وأعرض
عن ذكر الله .
{ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً }
﴿المائدة: ١٣﴾

13.  (tetapi) Kerana mereka melanggar janjinya, kami kutuki mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membatu. mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya[407], dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka Telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), Maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
[407]  Maksudnya: merubah erti kata-kata, tempat atau menambah dan mengurangi.

القلبُ الغَافِلْ : 17
غافلا عن ذكرنا ، وآثَرَ هواه على طاعة مولاه .
{ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا }
﴿الكهف: ٢٨﴾

28.  Dan Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya Telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.

الْقَلْبُ الأَغْلَفْ : 18
قلب مُغَطَّى لا يَنْفُذ إليها قول
الرَّسُول صلى الله عليه وسلم .
{ وَقَالُواْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ }
﴿البقرة: ٨٨﴾

88.  Dan mereka berkata: “Hati kami tertutup”. tetapi Sebenarnya Allah Telah mengutuk mereka Kerana keingkaran mereka; Maka sedikit sekali mereka yang beriman.

القلبُ الزَّائِغْ : 19
مائل عن الحقِّ
{ فأَمَّا الَّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ }
آل عمران:7

7.  Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat[183], Itulah pokok-pokok isi Al Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat[184]. adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah  dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.” dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.
[183]  Ayat yang muhkamaat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas Maksudnya, dapat difahami dengan mudah.
[184]  termasuk dalam pengertian ayat-ayat mutasyaabihaat: ayat-ayat yang mengandung beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan erti mana yang dimaksud kecuali sesudah diselidiki secara mendalam; atau ayat-ayat yang pengertiannya Hanya Allah yang mengetahui seperti ayat-ayat yang berhubungan dengan yang ghaib-ghaib misalnya ayat-ayat yang mengenai hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain.

القلبُ المُرِيْبْ: 20
شاكٍ متحيِّر .
{وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ }
﴿التوبة:
45

45.  Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari Kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, Kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya.

Rujukan :
http://www.konoz.com/vb/t19480.html







H 19 BAGAIMANA ANDA MENGETAHUI ALLAH SWT TELAH MENCINTAI ANDA?

كيف تعلم ان الله يحبك ..؟؟
كيف تعلم ان الله يحبك ..؟؟

Bagaimana anda tahu Allah SWT menCintai anda ?

إن أعطاك الله الدين والهدى.. فاعلم أن الله يحبك!..

Sesungguhnya Allah SWT kurniakan kepada anda Agama dan Hidayah, maka ketahuilah Allah SWT telah  menCintai anda.

إن أعطاك الله المشقّات والمصاعب والمشاكل.. فاعلم أن الله يحبك، ويريد سماع صوتك في الدعاء!..

Allah SWT memberi kepada anda kesusahan, bala bencana dan berbagai permasalahan. Ketahuilah Allah SWT ingin mendengar suara rintihan dan doa anda kepadaNya.

وإن أعطاك الله القليل.. فاعلم إن الله يحبك، وأنه سيعطيك الأكثر في الآخرة!..

Jika Allah SWT hanya memberi sedikit sahaja di atas permintaan anda di dunia. Ketahuilah Allah SWT telah MenCintai anda dan akan memberi selebihnya di Akhirat kelak.

وإن أعطاك الله الرضا.. فاعلم أن الله يحبك، وأنه أعطاك أجمل نعمة!..

Jika Allah SWT telah meredhai dan memberi segala permintaan anda, ketahuilah Allah SWT menCintai anda kerana Dia telah memberi kepada anda yang paling cantik dan terbaik.

وإن أعطاك الله الصبر.. فاعلم أن الله يحبك، وأنك من الفائزين!..

Jika Allah SWT telah memberi kepada anda kesabaran, ketahuilah anda telah diCintai oleh Allah SWT kerana telah menjadikan anda seorang yang berjaya.

وإن أعطاك الله الإخلاص.. فاعلم أن الله يحبك، فكون مخلصا له!..

Jika Allah SWT telah memberi keIkhlasan kepada anda, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana anda telah berjaya menjadi orang yang Ikhlas.

وإن أعطاك الله الهم.. فاعلم أن الله يحبك، وينتظر منك الحمد والشكر!..

Jika Allah SWT telah memberi kepada anda Ilham, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda dan Allah SWT telah bersedia menunggu kedatangan anda dengan segala Kepujian dan Kesyukuran di Akhirat kelak.

وإن أعطاك الله الحزن.. فاعلم أن الله يحبك، وأنه يخـتبر إيمانك!..

Jika Allah SWT menguji anda dengan kedukaan, ketahuilah Allah SWT menCintai anda kerana Allah SWT telah menguji anda dengan penuh keimanan.

وإن أعطاك الله المال.. فاعلم أن الله يحبك، ولا تبخل على الفقير!..

Jika Allah SWT memberi kepada anda harta, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda dan Janganlah anda kedekut dengan golongan fakir.

وإن أعطاك الله الفقر.. فاعلم أن الله يحبك، وأعطاك ما هو أغلى من المال!..

Jika Allah SWT menguji anda dengan kefakiran, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana Allah SWT telah memberi kepada anda sesuatu yang lebih mahal daripada harta.

وإن أعطاك الله لسانا وقلبا.. فاعلم أن الله يحبك، ويريدك أن تستخدمهم في الخير والإخلاص!..

Jika Allah SWT telah memberi kepada anda Lidah dan Hati, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana Allah SWT ingin melihat anda menggunakan keduanya dijalan kebaikan dengan penuh keIkhlasan.

وإن أعطاك الله الصلاة والصوم والقرآن والقيام.. فاعلم أن الله يحبك، فلا تكن مهملا واعمل بهم!..

Jika Allah SWT memberi kepada anda Solat, Puasa, Al-Quran dan Bangun Malam atau berjaga malam untuk beribadat kepadaNya, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana dengan perkara tersebut anda dapat beramal dengannya dalam semua keadaan dan zaman.

وإن أعطاك الله الإسلام.. فاعلم أن الله يحبك!..

Jika Allah SWT memberi kepada anda Islam, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda.

إن الله يحبك.. كيف لا تحبه؟!..

Sesungguhnya Allah SWT telah menCintai anda, Kenapa anda tidak mencintai Allah SWT?

إن الله أعطاك الكثير.. فكيف لا تعطيه حبك؟!..

Sesungguhnya Allah SWT telah terlalu banyak memberi kepada anda, Kenapa anda tidak memberi “Cinta Anda” kepada Allah SWT ?

الله يحب عباده ولا ينساهم.. سبحان الله!..

Allah SWT  sentiasa menCintai HambaNya dan Allah SWT tidak pernah melupai semua hambaNya… Subhanallah.

لا تكن أعمى وأوجد حبّ الله في قلبك.. واعلم أن الله يحبك، وأحن عليك من أي إنسان!..

Jangan kamu menjadi mereka yang buta, berikanlah sebaik-baik Cinta di hati anda kepada Allah SWT, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda. Jangan anda menjadikan diri anda, di antara manusia yang akan dinasakan oleh Allah SWT.

Rujukan :
http://al7amdulilah.skyrock.com/1.html



H 18 CINTA KEPADA ALLAH SWT MENJADIKAN KITA MELUPAI SEGALA-GALANYA

Abu Otman Al-Hairi berkata :

1- Memang keadaan cinta membuat kita melupakan segala-galanya kecuali apa yang kita cintai.

2- Kebahagiaan dunia ini merampas kebahagiaan di Akhirat.

3- Jangan mengharap sesuatu daripada sesiapapun melainkan dengan ALLAH SWT.

4- Dunia yang menjauhkan kita daripada ALLAH SWT, lebih baik kita buangkan.
Rujukan :
Kitan Tazkiyah Awliya’. m/s : 124.



H 17 Jauhi majlis orang kaya seperti mana bangkai tidak bernyawa

Abu Muhammad Ruwaiyim berkata :

1- ALLAH SWT  berfirman di dalam al Quran bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepadaNya, bukan untuk yang lain.

2- Tanda orang yang hampir dengan ALLAH SWT  adalah merasa tidak bahagia apabila memandang selain daripada ALLAH SWT.

3- Meninggalkan perkara haram di dunia adalah Zuhud yang paling tinggi.

4- ALLAH SWT  berfirman semakin kaya seseorang itu semakin jauhlah dirinya dengan ALLAH SWT.

5- Wali ALLAH SWT  yang menghormati orang kaya, akan hilanglah 1/3 daripada kesufiannya.

6- Jauhkanlah diri kamu daripada majlis orang-orang kaya sebagaimana kamu menjauhkan diri daripada bangkai yang tidak bernyawa.

7- Mereka yang mencari perlindungan dengan selain daripada ALLAH SWT, dia akan menderita ditangan orang tersebut.

8- Dunia ini sentiasa menghalang kita daripada mencapai kebahagiaan di Akhirat.

9- Apabila keseorangan, menangislah kepada ALLAH SWT  sambil berdoa kepadaNya agar hati kita menjadi bersih.
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 127.



H 16 Hadis tentang kepentingan Istiqamah (berterusan) dalam beribadat

Istiqamah menurut bahasa ertinya tetap teguh, terus menerus, konsisten atau teguh pendirian. Umar al-Khattab menjelaskan tentang istiqamah dengan berkata:
“Istiqomah itu tetap menurut perintah mengikuti perintah dan menjauhi larangan serta tidak menyimpang daripadanya”

Daripada Aisyah r.ha., RASULULLAH SAW bersabda:

“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya ALLAH tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling ALLAH sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menurut keterangan daripada Syarah Sahih Muslim:

“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada ALLAH secara berterusan.”

Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah.

“Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)

Kaitan Istiqamah dengan Niat.

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانت
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْه

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar RASULULLAH SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada ALLAH dan RasulNya, maka hijrahnya kepada ALLAH dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : قل آمنت بالله ثم استقم

Daripada Abu `Amru atau digelar juga Abu `Amrah Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:

"Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada ALLAH. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah."
(Riwayat Muslim)

Cara-cara memupuk sikap Istiqamah.
Terdapat beberapa faktor lain yang dapat menjana sikap istiqamah dalam beribadat:

1.  Ilmu yang mantap tentang ibadah tersebut.
2.  Bersahabat dengan orang yang istiqamah
3.  Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah
4.  Mujahadah melawan nafsu
5.  Doa memohon pertolongan ALLAH SWT
Rujukan :
http://murabbiy.com/?p=1878



H 15 Hutang - Dosa yang tidak diampun oleh Allah SWT

ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.
Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman ALLAH SWT  yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada ALLAH (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
(Surah 57, al Hadid : ayat 18)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan.”
(Surah 5, al Maidah : ayat 2)

Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

Mengapakah anda berhutang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

l-Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2-Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3-Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4-Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
5-Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini, jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharurat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud:

“Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang.
 
l-Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2-Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3-Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4-Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

Sabda Rasulullah saw:

“Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya.”

RASULULLAH SAW pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya :

“Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas..”

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda RASULULLAH SAW :

“Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi ALLAH ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan ALLAH pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

Sabda RASULULLAH SAW bermaksud:

“Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.”
(Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai’ dan Ibn. Majah)

RASULULLAH SAW sendiri tidak akan menyolatkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada RASULULLAH SAW satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.

Jika si mati mempunyai hutang, RASULULLAH SAW menyuruh sahabatnya menyolatkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. –
Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya
terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.



H 14 Apabila Allah SWT menguji diri kita

Pernahkah anda semua menghadapi masalah dalam kehidupan? Sudah tentu anda pernah mengalaminya bukan? Tidak ada seorangpun di antara manusia yang tidak pernah menghadapi masalah dalam hidup kerana satu-satunya tempat yang pasti manusia tidak akan menemui masalah dalam hidup ialah ketika di syurga kelak.

Masalah merupakan sahabat anda semua. Ia sering menemani kita di mana sahaja kita berada ketika di dunia. Sejak kita lahir di dunia, bayi berumur seminitpun akan menghadapi masalah di dalam hidupnya sebagaimana ibu yang melahirkannya dalam keadaan yang sangat sakit. Bayi pertama sekali pasti akan menangis ketika dilahirkan ke dunia kerana bayi tersebut menghadapi masalah ketidakselesaan untuk bertemu ke dunia baru. Begitu juga dengan anda semua. Setiap daripada anda mempunyai masalah yang tersendiri, cuma yang membezakannya ialah jenis masalah yang dihadapi.

Percayakah kita, bayi yang tadi dilahirkan pasti menemui masalah yang seterusnya? Cuba kita ingat ketika zaman bayi kita dahulu, bayi merasa lapar dan dahaga, malahan tidak mampu untuk bergerak mencari makanan untuk dirinya sendiri. Kemudian berlaku proses pembesaran dan perkembangan bayi di mana bayi yang pada mulanya tidak mampu bergerak akhirnya mula untuk belajar meniarap, merangkak dan berjalan. Tapi, ketika dalam proses perkembangan tersebut, jatuh ketika berjalan, luka ketika merangkak dan sebagainya semuanya dikira sebagai masalah yang dihadapi oleh bayi. Ayat mudah, semuanya adalah masalah.

Ketika menuju ke alam persekolahan, anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran dan cara komunikasi dengan guru dan rakan-rakan. Perubahan demi perubahan hidup berlalu yang akhirnya membentuk perubahan besar dalam usia anak-anak baik dari segi fizikal, emosi dan sosial.

Sejak kecil lagi, setiap daripada anak Adam diberikan tanggungjawab iaitu tanggungjawab ke atas dirinya sediri. Kematangan diperlukan sejak dari kecil lagi walhal pada ketika itu, diri anak-anak masih menganggap dirinya sebagai kanak-kanak. Ketika umur meningkat dan terus meningkat, masalah dan dugaan hidup tidak pernah sepi, bahkan ia semakin bertambah mengikut angka usia kita. Manusia yang semakin dewasa dituntut untuk berkahwin, bekerja untuk mencari rezeki, mendidik anak-anak, menjaga kebajikan keluarga dan sebagainya. Ketika usia semakin tua pula, masalah sentiasa berjalan bersalaman dengan kita. Malah, di usia tua pula, kekuatan yang ada menjadi semakin lemah. Wajah yang dahulunya hensem dan cantik beransur-ansur berkedut. Anggota tubuh menjadi lemah dan pelbagai sakit datang menghinggapi badan. Walau di akhir usia sekalipun, masalah tetap menemani kita. Bahkan, ketika telah meninggal dunia sekalipun, masalah setia menemani kita di liang lahad. Pada ketika itulah, diri kita akan dihisab, semua amalan akan dihitung oleh ALLAH SWT. Sekiranya selamat, kita akan diberikan syurga dan bebas daripada masalah tetapi, jika ia sebaliknya, masalah azab seksaan mengiringi kita sehingga kita dimasukkan semula ke dalam syurga yang indah.
Hanya di syurga sahaja, diri anak Adam akan bebas daripada masalah.

Kadang-kadang, dugaan itu terlalu berat untuk dipikul dan datang tanpa diduga. Begitulah lumrah kehidupan. Diri kita merasakan seolah-olah kita tidak mampu untuk menanggungnya yang membawa kepada putus asa dan penderitaan yang berpanjangan. Kita merasakan hidup ini sudah berakhir walau pada hakikatnya, roh masih di dalam jasad.

Ketika kita didatangi kehilangan orang yang tersayang mahupun harta yang tersayang, kita terus berduka dan menangis sehingga bertahun-tahun lamanya. Kita menyimpan perasaan yang berbaur kesuraman hidup di hati kita.
Begitulah lumrah kehidupan, tetapi ALLAH SWT tidak pernah mengajar hambaNya sebegitu rupa. Malah, ALLAH SWT memberi kita bimbingan untuk terus kukuh di dalam kehidupan.

Yesterday is history, today is a gift, tomorrow is  mistery.

Sepatutnya, anda tahu apakah itu erti kehidupan manusia yang sebenar.

Anda mungkin masih tidak mampu mengerti ayat di atas. Tetapi saya ada 1 persoalan untuk anda semua. Adakah anda pasti, orang yang miskin tidak berharta pada ketika ini tidak mungkin untuk dilimpahi dengan kekayaan pada masa hadapan nanti? Bagaimana untuk mengetahui erti kehidupan yang sebenar?

Caranya ialah dengan berpandukan al Quran dan hadis. Terdapat pelbagai sebutan untuk kehidupan di dunia ini. Percayalah, tiada siapa yang lebih berkuasa dan lebih mengetahui selain Allah Yang Maha Mengetahui. Allah swt menyebutkan di dalam al Quran bahawa pada kehidupan ini, Dia akan menguji manusia, berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa. Dan ALLAH SWT memberikan khabar berita gembira bagi orang-orang yang bersabar.

Firman ALLAH SWT  yang bermaksud :

“Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar”.
(Surah 8, an Anfaal : ayat 28)

Kekayaan dan kesenangan hidup di dunia juga merupakan ujian buat hamba-hambaNya. Semua itu merupakan kesenangan hidup di dunia yang boleh jadi hanya menjadikan seseorang itu rugi di akhirat.

“Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari sefi emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang terbaik.” 
(Surah 3, Ali imran : ayat 14)

Saudara sekelian, mungkin di pandangan mata kita, kekayaan itu yang membuat kita lebih bahagia, tetapi percayalah, boleh jadi ujian kesenangan memberi impak yang lebih besar pada diri seseorang daripada ujian berupa musibah.
Sedar atau tidak, manusia sering kali akan mengingati pada ALLAH SWT ketika ditimpa kesusahan tetapi sering kali manusia lupa mengingatiNya ketika kesenangan menemaninya. Pada saat ditimpa keperitan dia akan berpaling kepada ALLAH SWT tapi ketika mendapat nikmat dia mengatakan semua itu kerana usahanya sendiri tanpa ada bantuan.

“Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami memberikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata, "sesungguhnya aku diberi nikmati itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian tetapi kebanyakkan mereka itu tidak mengetahui.” 
(Surah 39, Az Zumar : ayat 49)
Rujukan :
http://www.sharemotivasi.com/2010/09/apabila-tuhan-menguji-diri-kita-siri-1.html