AMALAN-AMALAN
Segala puji bagi ALLAH SWT yang
menjadikan Bulan Ramadan lebih baik dari pada bulan-bulan lainnya dengan
menurunkan al Quran dan mewajibkan puasa bagi kaum muslimin sebagai salah satu
pondasi Islam. selawat dan salam tercurah kepada NABI MUHAMMAD SAW yang telah
menyampaikan kepada kita tentang ibadah-ibadah di Bulan Ramadan dan memberikan
contoh kepada kita bagaimana sebaiknya menghidupkan bulan bulan yang penuh
berkah ini.
Daripada Abu Hurairah ra, ia
berkata, ‘RASULULLAH SAW memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan
bersabda:
قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ, شَهْرٌ مُبَارَكٌ, كَتَبَ اللهُ
عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ, فِيْهِ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةُ وَتُغْلَقُ فِيْهِ
أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ. فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ
مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. مَنْ ُحُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.
“Telah datang kepadamu Bulan Ramadan, bulan
yang diberkahi. ALLAH SWT mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada
bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan
diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan,
barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa.”
(HR. Ahmad dan an-Nasa`i)
Berikut ini adalah amalan-amalan
yang dianjurkan di Bulan Ramadan:
1.
Puasa: ALLAH SWT memerintahkan
berpuasa di Bulan Ramadan sebagai salah satu rukun Islam.
Firman ALLAH SWT :
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ
مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa.
(Surah 2,
AL BAQARAH : ayat 183)
RASULULLAH SAW bersabda:
بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ
إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيْتَاءِ
الزَّكَاةُ وَصَوْمِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ الْحَرَامِ.
“Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu
bersaksi bahawa tidak tuhan yang berhak disembah selain ALLAH dan MUHAMMAD adalah
rasul ALLAH, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadan, dan pergi ke
Baitul Haram.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Puasa di Bulan Ramadan merupakan
penghapus dosa-dosa yang terdahulu apabila dilaksanakan dengan ikhlas
berdasarkan iman dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH SWT, sebagaimana RASULULLAH
SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ
مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana
iman dan mengharap pahala dari ALLAH, nescaya diampuni dosa-dosanya telah lalu.”
Muttafaqun ‘alaih.
1.
Membaca al Quran: Membaca al Quran
sangat dianjurkan bagi setiap muslim di setiap waktu dan kesempatan. RASULULLAH
SAW bersabda:
2.
اِقْرَؤُوْا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ
الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِهِ.
“Bacalah al Quran, sesungguhnya ia datang
pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi ahlinya (iaitu, orang yang
membaca, mempelajari dan mengamalkannya).
HR. Muslim.
Dan membaca al Quran lebih
dianjurkan lagi pada Bulan Ramadan, kerana pada bulan itulah diturunkan al Quran.
Firman ALLAH SWT :
شَهْرُ
رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ
الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) Bulan
Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza
(antara yang hak dan yang bathil).
(Surah 2,
al Baqarah : ayat 185)
RASULULLAH SAW selalu memperbanyak
membaca al Quran di hari-hari Ramadan, seperti diceritakan dalam hadits ‘Aisyah
radhiyallahu ‘anha, ia berkata:
وَلاَ أَعْلَمُ نَبِيَّ الله ِقَرَأَ الْقُرْآنَ كُلَّهُ فِى
لَيْلَةٍ, وَلاَ قَامَ لَيْلَةً حَتَّى يُصْبِحَ وَلاَ صَامَ شَهْرًا كَامِلاً
غَيْرَ رَمَضَانَ.
“Saya tidak pernah mengetahui RASULULLAH
SAW membaca al Quran semuanya, sembahyang sepanjang malam, dan puasa sebulan
penuh selain di Bulan Ramadan.”
HR. Ahmad.
Dalam hadits Ibnu Abbas ra yang
diriwayatkan al-Bukhari, disebutkan bahawa RASULULLAH SAW melakukan tadarus al Quran
bersama Jibril as di setiap Bulan Ramadan.
1.
Menghidupkan malam-malam Bulan Ramadan
dengan solat Tarawih berjamaah: Solat Tarawih disyariatkan berdasarkan hadits
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata: “Sesungguhnya RASULULLAH SAW keluar
pada waktu tengah malam, lalu beliau solat di masjid, dan solatlah beberapa
orang bersama beliau. Di pagi hari, orang-orang memperbincangkannya.
Ketika NABI MUHAMMAD SAW mengerjakan solat (di malam kedua), banyaklah orang
yang solat di belakang beliau. Di pagi hari berikutnya, orang-orang kembali
memperbincangkannya. Di malam yang ketiga, jumlah jamaah yang di dalam masjid
bertambah banyak, lalu RASULULLAH SAW keluar dan melaksanakan solatnya. Pada
malam keempat, masjid tidak mampu lagi menampung jamaah, sehingga RASULULLAH SAW
hanya keluar untuk melaksanakan solat Subuh. Tatkala selesai solat Subuh,
beliau menghadap kepada jamaah kaum muslimin, kemudian membaca syahadat dan
bersabda, ‘Sesungguhnya kedudukan kalian tidaklah samar bagiku, aku merasa kuatir
ibadah ini diwajibkan kepada kalian, lalu kalian tidak sanggup
melaksanakannya.” RASULULLAH SAW wafat dan kondisinya tetap seperti ini.
(HR. al-Bukhari dan Muslim).
Setelah RASULULLAH SAW wafat,
syariat telah mantap, hilanglah segala kekhuatiran. Disyariatkan solat Tarawih
berjamaah tetap ada kerana telah hilang ‘illat(sebabnya), kerana ‘illat itu
berputar bersama ma’lul, ada dan tiadanya. Di samping itu, Khalifah
Umar ra telah menghidupkan kembali syariat solat Tarawih secara berjamaah dan
hal itu disepakati oleh semua sahabat RASULULLAH SAW pada masa itu.Wallahu
A’lam.
1.
Menghidupkan malam-malam Lailatul
Qadar: lailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari
pada seribu bulan yang tidak ada lailatul qadar dan pendapat paling kuat bahawa
ia terjadi di sepuluh hari terakhir Bulan Ramadan, terlebih lagi pada
malam-malam ganjil, iaitu malam 21, 23,25,27, dan 29. Firman ALLAH SWT:
لَيْلَةُ
الْقَدْرِ خَيْرٌمِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu
bulan.
(Surah AL-QADAR
: ayat 3)
Malam itu adalah pelebur dosa-dosa
di masa lalu, RASULULLAH SAW bersabda:
وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدَرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا
غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
“Dan barangsiapa yang beribadah pada malam
‘Lailatul qadar’ semata-mata kerana iman dan mengharapkan pahala dari ALLAH, nescaya
diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
HR. al-Bukhari.
Menghidupkan Lailatul qadar adalah
dengan memperbanyak solat malam, membaca al Quran, zikir, berdoa, membaca selawat.
Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah berkata, ‘Aku bertanya,
‘Wahai RASULULLAH, jika aku mendapatkan lailatul qadar, maka apa yang aku
ucapkan? Beliau menjawab, ‘Bacalah:
اَللّهُمًَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَفاَعْفُ عَنِّي
Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
Yang suka mengampuni, ampunilah aku.”
Iktikaf di malam-malam Lailatul Qadar: Iktikaf dalam bahasa
adalah berdiam diri atau menahan diri pada suatu tempat, tanpa memisahkan diri.
Sedang dalam istilah syar’i, iktikaf bererti berdiam di masjid untuk beribadah
kepada ALLAH SWT dengan cara tertentu sebagaimana telah diatur oleh syari’at.
Iktikaf merupakan salah satu sunnah
yang tidak pernah ditinggal oleh RASULULLAH SAW, seperti yang diceritakan oleh
Aisyah radhiyallahu ‘anha:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَعْتَكِفُ
الْعَشْرَ اْلأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتىَّ تَوَفَّاهُ اللهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ
أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ.
“Sesungguhnya Nabi saw selalu iktikaf
pada sepuluh hari terakhir dari Bulan Ramadan sampai meninggal dunia, kemudian
isteri-isteri beliau beriktikaf sesudah beliau.”
(Muttafaqun
‘alaih)
Memperbanyak sedekah: RASULULLAH SAW adalah orang yang
paling pemurah, dan beliau saw lebih pemurah lagi di Bulan Ramadan. Hal ini
berdasarkan riwayat Ibnu Abbas ra, ia berkata:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ,
وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِى رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ …
“RASULULLAH SAW adalah manusia
yang paling pemurah, dan beliau lebih pemurah lagi di bulan saat Jibril as menemui
beliau, …
HR. al-Bukhari.
Melaksanakan ibadah umrah: salah satu ibadah yang sangat
dianjurkan di Bulan Ramadan adalah melaksanakan ibadah umrah dan RASULULLAH SAW
menjelaskan bahawa nilai pahalanya sama dengan melaksanakan ibadah haji,
seperti dalam hadits yang berbunyi:
عُمْرَةٌ فِى رَمَضَانَ تَعْدِلُ حَجَّةً
“Umrah
di Bulan Ramadan sama dengan ibadah haji.”