Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 20 Oktober 2012

J 15 : SEPULUH AKHLAK MULIA WALI ALLAH SWT YANG WAJIB KITA CONTOHI

1- Bersih hati.

2- Ringan tangan  ( Dermawan) dengan wang.

3- Benar lidah.

4- Rendah diri.

5- Sabar dalam penderitaan.

6- Menangis di waktu sendirian.

7- Nasihat sesama makhluk.

8- Kasih sayang sesama orang mukmin.

9- Memikirkan kerosakan dunia.

10- Memerhati dan mengambil iktibar dari segala kejadian.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 908.


J 14 SEPULUH Sahabat Syaitan

1- Raja yang zalim.

2- Mereka kaya yang sombong.

3- Peniaga yang khianat.

4- Pemabuk ( peminum arak ).

5- Tukang adu-domba ( membuat fitnah ).

6- Pelacur ( GRO).

7- Pemakan harta anak yatim.

8- Mereka yang memandang remeh tentang solat.

9- Mereka yang tidak mengeluarkan zakat.

10- Mereka yang panjang angan-angan.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 972-973.


J 13 SEPULUH Perkara yang wajib kita lakukan setiap hari

1- Berzikir kepada Allah SWT ketika bangun daripada tidur.

2- Menutup aurat.

3- Menyempurnakan wuduk.

4- Menunaikan solat tepat pada waktunya.

5- Merasa tenang terhadap janji Allah SWT dalam urusan rezeki.

6- Qanaah ( menerima apa yang ada ).

7-  Tawakkal ( berserah segala urusan kepada Allah SWT ).

8-  Sabar menerima takdir dan hukum Allah SWT.

9- Bersyukur terhadap nikmat Allah SWT.

10- Makan  yang halal.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 901.


J 12 LIMA Soalan yang telah dijawab oleh 700 Ulamak

Syaqiq bin Ibrahim berkata :

Saya telah bertanya pada tujuh ratus orang alim tentang lima masalah, maka mereka semuanya menjawab dengan satu jawapan yang sama,

1- Siapakah orang yang sempurna akal?
Orang yang tidak cinta pada dunia.

2- Siapakah orang yang cerdik?
Orang yang tidak tertipu dengan dunia.

3- Siapakah orang kaya?
Orang yang redha menerima bahagiannya  dari Allah SWT 
( rela menerima hukum takdir  Allah SWT ).

4- Siapakah orang yang mengerti agama?
orang yang tidak minta berlebih-lebihan.

5- Siapakah orang yang bakhil?
Mereka yang tidak mengeluarkan Hak Allah SWT dalam hartanya.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 978-979.


J 11 LIMA Cara terbaik bertafakur kepada Allah SWT

1-  Memikir ayat-ayat dan bukti kebesaran Allah SWT serta  kekuasaan Allah SWT.

2- Memikir tentang nikmat pemberian Allah SWT.

3- Memikir tentang pahala yang telah Allah SWT janjikan.

4- Memikir tentang seksaan dan hukuman Allah SWT.

5- Memikir apa yang diredai oleh Allah SWT dan apa yang dimurkai oleh Allah SWT.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S: 906.




Jumaat, 19 Oktober 2012

J 10 TIGA Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT

1- Jika cuai atau meringankan perintah Allah SWT.

2- Tidak reda dengan hukum pembahagian daripada Allah SWT.

3- Marah kepada Allah SWT apabila permohonannya tidak diterima.


KItab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 979.


J 9 EMPAT Kesyukuran di waktu pagi yang wajib kita syukuri

1- Bersyukur kerana Allah SWT tetap memberi hidayah dan menjadikan kita orang mukmin, In sya Allah.

2- Bersyukur kerana kita dijadikan umat Nabi Muhammad SAW.

3- Bersyukur kerana Allah SWT tidak menjadikan rezeki kita di tangan orang lain.

4- Bersyukur kepada Allah SWT kerana Allah SWT menutup segala keaiban atau kecacatan kita.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 898.


J 8 EMPAT Niat yang wajib disematkan dalam jiwa orang mukmin pada waktu pagi

1- Menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT.

2- Meninggalkan larangan Allah SWT.

3- Menyelesaikan permasalahan dengan mereka yang berniaga atau berurusan dengan kita.

4- Memperbaiki hubungan dengan musuh-musuh kita. (Jika ada).


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 896.


J 7 DUA BELAS Sifat Para Ambia

1- Mereka yakin terhadap janji-janji Allah SWT.

2- Mereka putus harapan dengan makhluk.

3- Permusuhan mereka hanya kepada syaitan.

4- Mereka rajin memperbaiki urusan mereka.

5- Mereka kasih dan sayang kepada makhluk.

6- Mereka sanggup menanggung penderitaan demi kepentingan ummah.

7- Mereka yakin kepada Syurga apabila melakukan amal soleh dan yakin Allah SWT tidak akan mensia-siakan pahala.

8- Mereka tunduk kepada hak (kebenaran).

9- Mereka tidak jemu memberi nasihat kepada musuh.

10- Mereka tidak menghimpunkan harta malah mereka sentiasa membantu golongan  fakir dan miskin.

11- Mereka sentiasa berwuduk.

12- Mereka tidak terlalu bergembira apabila mendapat sesuatu dan mereka tidak bersedih apabila tidak mendapat habuan dunia.


Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S : 980.


J 6 LIMA Keampunan buat isteri yang solehah

Umar ra  berkata : "Kami memaafkan padanya kerana beberapa hak yang harus aku tanggung,

1- Kerana dia menjadi dinding bagiku dari api neraka, sehingga hatiku tenang dan jauh dari perkara yang haram.

2- Dia menjadi penjaga rumahku dan hartaku  jika aku keluar.

3- Dia bertanggungjawab menjaga kebersihan rumahku.

4- Dia menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anakku.

5- Dia bertanggungjawab dalam urusan makan minumku."


KItab Tanbihul Ghafilin . Jilid 1 & 2 . M/S : 804.


Khamis, 18 Oktober 2012

J 5 LAPAN Perkara mendatangkan pahala tanpa beribadat


1- Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.

2- Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.

3- Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.

4- Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.

5- Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.

6- Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.

7- Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.

8- Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ), maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.


J 4 ENAM Perkara yang Rasulullah SAW paling takuti

1- Pemerintah yang terdiri daripada pemuda-pemuda.

2- Ramainya polis.

3- Banyaknya rasuah dalam hukum.

4- Putus hubungan keluarga.

5- Meremehkan amanah perjanjian.

6- Pemuda-pemuda yang menjadikan al-Quran sebagai seruling nyanyian, ditempatkan di muka majlis bukan kerana lebih pandai akan kefahaman agamanya tetapi hanya supaya melagukan al-Quran.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 824.

Nota :
No. 6,  kini telah nyata berlaku dan memang ramai orang memperdagangkan Al-Quran serta bakat yang ada untuk tujuan perniagaan. Terlalu ramai ustaz yang memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran  semasa nasyid.

Kini zaman menjadikan ilmu agama sebagai barang dagangan sama ada melalui media eletronik atau media cetak sehingga ramai ustaz telah menjadi orang ternama dan kaya hanya bermodalkan al-Quran dan al-Hadis.

SubhanAllah, Sejarah para sahabat amat nyata dan benar mereka berjuang dan mati tanpa pangkat serta kemewahan lalu tubuh mereka mendapat pakaian dari Syurga, makanan mereka dihidangkan oleh bidadari, nama mereka dipuji oleh Allah SWT dan Para Malaikat.

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita daripada pujukan dan rayuan hawa nafsu yang telah dihiasi oleh iblis dengan jenama agama.
Semoga Allah SWT menunjukkan kepada kita Jalan Para Nabi-nabi  as dan Para Sahabat ra.


Amin Yaa Rabbal Alamin.


J 3 EMPAT Fadhilat daripada Allah SWT untuk mereka yang sakit

1- Diangkat baginya pencatat Qalam.

2- Diberi padanya pahala apa yang biasa dilakukannya ketika masih sihat.

3- Tiap-tiap dosa dikeluarkan dari ruas persendiannya.

4- Jika mati diampunkan baginya dan jika lanjut usia juga diampunkan baginya.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 828.


J 2 TIGA Perkara yang menjadi Perbendaharaan segala Kebaikan

1- Menyembunyikan sakit.

2- Menyembunyikan sedekah.

3- Menyembunyikan musibah bala.

Nota:
Jangan zahirkan kedukaan anda kepada manusia apabila menerima ujian dan dugaan Allah SWT.  Allah SWT  sentiasa memerhati tindak-tanduk kita setelah Allah SWT menurunkan ujian dan cubaan tersebut. Allah SWT akan menilai apakah kita termasuk dalam golongan yang sentiasa menyalahkan Allah SWT apabila diuji atau golongan yang sentiasa Taat dan Ingat kepada Allah SWT dalam semua keadaan.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 830.
































J 1 EMPAT Perkara memulakan kembali amal

1- Orang yang sakit apabila sembuh.

2- Orang yang baru memeluk agama Islam.

3- Orang yang kembali dari solat Jumaat dengan hati dan iman yang Ikhlas.

4- Orang yang baru kembali dari menunaikan fadhu haji melalui usaha yang halal.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 830.


Rabu, 17 Oktober 2012

I 150 : EMPAT KERANGKA YANG MAMPU MENEGAKKAN ISLAM


1- Yakin.

2- Adil.

3- Sabar.

4- Jihad.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 716.


I 149 LIMA Sifat mulia usahawan Islam


1- Lidah yang suci dari dusta dan sumpah.

2- Hati yang bersih dari menipu, khianat dan hasad dengki.

3- Jiwa yang menjaga solat Jumaat dan Jamaah.

4- Menuntut Ilmu.

5- Mengutamakan Allah SWT melebihi segala-galanya.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 697.


I 148 DUA PULUH TIGA Kelebihan mereka yang mendapat Ilmu Allah SWT


1- Belajar ilmu mendapat pahala.

2- Mencari ilmu adalah ibadah.

3- Mengingati ilmu menyamai tasbih dan beribadat malam.

4- Menyelidik ilmu menyamai jihad.

5- Mengajar ilmu menyamai sedekah.

6- Memberi ilmu mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meninggikan martabat di dalam Syurga.

7- Menjadi sahabat ketika kesunyian.

8- Menunjuk jalan kepada kesenangan.

9- Penolong ketika menghadapi kesukaran.

10- Memberi keindahan di tengah sahabat-sahabat.

11- Senjata dalam menghadapi musuh.

12- Meninggikan martabat sesuatu kaum.

13- Menjadikan insan pilihan Para Malaikat.

14- Mendapat doa dari semua makhluk di bumi dan di laut.

15- Dapat menghidup hati yang mati.

16- Menjadi pelita kepada kegelapan.

17- Memberi kekuatan kepada yang lemah.

18- Meninggikan darjat di dunia dan Akhirat.

19- Memerhati ilmu menyamai puasa.

20- Menyambung hubungan Silatul Rahim.

21-Dapat membezakan yang halal dan yang haram.

22- Orang yang mendapat ilmu daripada Allah SWT akan bahagia dalam hidup.

23- Orang yang tidak mendapat ilmu daripada Allah SWT kehidupannya akan celaka dan rugi.

Intisari  daripada  Kitab Tanbihul Ghafilin . Jilid 1 & 2 . M/S : 656.



I 147 : SEPULUH PERKARA MEMBINA AKHLAK MULIA


Ali ra telah berkata “Akhlak mulia terdapat pada 10 perkara :

1- Memiliki akal yang sempurna.

2- Taat dalam menjalankan ajaran Allah SWT.

3- Memiliki Ilmu.

4- Memiliki sifat himi ( santun ).

5- Memiliki sifat pemurah.

6- Memiliki manfaat.

7- Suka  berbuat baik.

8- Bersikap sabar.

9- Banyak bersyukur kepada Allah SWT.

10- Lemah lembut dalam tindak tanduknya.”


Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 199.


I 146 EMPAT Perkara mengundang kekecewaan dalam kehidupan

1- Jika seseorang kencing sambil berdiri.

2- Seseorang yang tergesa-gesa mengusap dahinya sebelum selesai solat.

3- Seseorang yang mendengar azan lalu tidak mengikuti suara muazzin.

4- Seseorang mendengar nama Rasulullah SAW disebut lalu dia tidak  membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.


Kitab Tanbihul Ghafilin . Jilid 1 & 2. M/S : 624.


Selasa, 16 Oktober 2012

I 145 TIGA Ciri mereka yang menzalimi diri sendiri

1- Mengumpul apa yang tidak berguna untuk dirinya sendiri.

2- Bertambah-tambah dosanya sehingga  membinasakan dirinya sendiri.

3- Meninggalkan amal soleh yang dapat menyelamatkan dirinya.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 955.


I 144 TIGA Ciri mereka yang menipu diri sendiri

1- Memuaskan hawa nafsu dan beranggapan dirinya selamat daripada azab seksaan Allah SWT.

2- Menunda-nundakan saat bertaubat kepada Allah SWT dan panjang angan-angan.

3- Mengharap pahala dan ihsan daripada Allah SWT tanpa beramal soleh.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 955.


I 143 TIGA Ciri mereka yang mengharap pertemuan dengan Allah SW

1- Hatinya digunakan untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT.

2- Lidahnya sentiasa berzikir kepada Allah SWT.

3- Badannya sentiasa melakukan amal soleh.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 955.


I 142 EMPAT Perkara mengundang hikmah daripada Allah SWT

1- Badan yang bebas daripada kesibukan dunia.

2- Perut yang kosong daripada makanan.

3- Tangan yang kosong daripada kekayaan dunia.

4- Memerhati dan memikirkan akibat dunia.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 908



I 141 TIGA Sikap yang menghancurkan ibadat seseorang

1- Orang yang sibuk dengan kesalahan orang lain.

2- Orang yang sombong atau bangga diri.

3- Orang riak dalam amal perbuatannya.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 953.


Ahad, 14 Oktober 2012

I 140 TIGA Sikap melahirkan Kecintaan dalam jiwa manusia

1- Orang yang berbudi baik.

2- Orang yang Ikhlas dalam amal perbuatannya.

3- Orang yang tawadduk ( merendah diri ).


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 954.


I 139 TIGA Perkara yang tak perlu kita fikirkan

1- Jangan kamu fikirkan tentang kemiskinan kerana akan menyebabkan kamu risau dan menambahkan kerakusan.

2- Jangan kamu fikirkan tentang kezaliman orang lain terhadap dirimu kerana akan menambahkan kekerasan hatimu dan kedengkianmu serta akan berlanjutan kemarahanmu.

3- Jangan kamu berfikir untuk kekal di dunia kerana akan menggalakkan kamu menghimpunkan harta dunia dan menunda amal ibadatmu serta melalaikan Akhirat.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2.  M/S : 907.