Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 11 Januari 2020

U 109 : SEORANG MUSLIM

Saat marah, istighfar.
Saat gembira, alhamdulillah.
Saat sedih, selawat dan zikrullah.
Saat sunyi, asmaul husna.
Nescaya, tenang hati.



U 108 : 3 JENIS PERNIAGAAN YANG DIJAMIN ALLAH TIDAK AKAN RUGI

1. Membaca Al-Quran.
2. Mendirikan Solat.
3. Sedekah.



U 107 : KEIKHLASAN

Ikhlas itu umpama semut hitam berjalan di atas batu hitam di malam yang sangat gelap, ia tak boleh dilihat tapi wujud.
Begitu juga amalan kita, biar orang tak nampak janji kita ikhlas kerana Allah SWT bukan kerana manusia.



U 106 : TEGUR DIRI SENDIRI

Tulislah sesuatu untuk menegur diri sendiri, bukan untuk menghina orang lain.
Kita ini banyak dosa, jangan menghitung dosa orang lain sehingga terlupa dosa sendiri. 



U 105 : MEMOHON MAAF KESALAHAN

Minta maaf ada dua:
1) dengan Allah SWT
2) dengan manusia
Kalau Allah SWT maafkan tapi orang lain tak maafkan (jika kita tak pergi minta maaf) takut ia akan menyekat kita untuk ke syurga.



U 104 : TAKUT

Bila kita takut kepada harimau, kita akan lari jauh daripadanya.
Berbeza dengan Allah SWT.
Semakin kita takut kepada Allah SWT, semakin kita kena dekat kepadaNya.



U 103 : DINASIHATI

"Kadang tulisan ini bukan untuk menasihati orang lain, tetapi untuk menasihati diri sendiri. Kerana diri sendirilah yang lebih penting untuk dinasihati."
- Habib Umar Bin Muhammad



U 102 : PENYAKIT AKHIR ZAMAN

Nabi sudah lama pesan, 6 penyakit akan menimpa umat akhir zaman!
1. Terlalu banyak bersukaria.
2. Terlalu mewah.
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin.
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia.
5. Saling memarahi.
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain.



U 101 : YOK! SOLAT

Kalau tak solat, Cuba mula solat.
Kalau dah solat,Cuba solat awal.
Kalau dah solat awal, Cuba solat berjemaah.




U 100 : TUTUP AIB

Ingat ni,
Selagi kamu menjaga aib saudara kamu yang lain, Allah SWT akan tutup aib kamu.



Khamis, 9 Januari 2020

U 98 : UBAT

Aku teringat satu sharing Ustaz aku,
"Ubat rindu ialah sunat hajat, ubat cinta ialah sunat tahajjud, ubat dosa ialah sunat taubat, ubat penyakit ialah selawat."

U 97 : YANG ROSAKKAN HATI

3 perkara yang merosakkan hati tanpa kita sedar:
1. Riak (meninggalkan kebaikan kerana manusia)
2. Ujub (merasakan diri paling bagus)
3. Takbur (cakap besar).


U 96 : BERSYUKURLAH

Sentiasalah bersyukur, kerana sekali Allah tarik nikmat. Kita akan rasa betapa terseksanya.


U 95 : NAK JUMPA ORANG BAIK

"Macam mana nak jumpa orang baik?"
"Carilah Allah dulu. Kemudian Allah akan aturkan kamu bertemu orang yang baik-baik."



U 94 : SOLATLAH NAK

Sujud tu indah....Berbisik pada bumi tetapi didengari hingga langit.


U 93 : BERTAMBAH MUDAH SEGALA URUSAN

Setiap kali berbuat baik kepada ibubapa, makin bertambah mudah urusan dalam kehidupanmu.


U 92 : MASA SANGAT BERHARGA

Jangan Menunggu hari yang terbaik untuk melangkah kerana setiap hari sangatlah berharga.


U 91 : DOSA TERHALANG DOA

Dosa itu menghalangi doa.
Sebagaimana awan hitam yang menghalangi mentari untuk memancarkan sinarnya.


U 90 : SIAPA YANG DISAYANGI?

Hidup terasa kosong itu bila mana kita jauh daripada Allah.
Kita lupa bahawa hamba itu kena selalu dekat dengan Penciptanya.
Apabila kita dekat dengan Allah, baru kita akan disayangi oleh Allah. Hidup pun terasa tenang dan bahagia.


U 89 : JANGAN PERNAH TINGGALKAN SOLAT

Kerana terdapat jutaan manusia di dalam kubur ingin dihidupkan kembali, hanya untuk bersujud kepada Allah.


U 88 : TUNTUTLAH ILMU KE JALAN ALLAH SWT

Tuntutlah ilmu selagi mampu kerana Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya,
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga.”

Sanadnya?



U 87 : MENGHORMATI SEMUA ORANG

Setiap individu mempunyai kefahaman dan pendapat masing-masing, apa yang penting kita saling menghormati buah fikiran satu sama lain.



U 86 : KITA ADALAH INSAN

Jangan lupa istighfar, kita semua pendosa.
Jangan lupa solat, kita semua hamba.
Jangan lupa mati, kita semua bakal jenazah.



U 85 : DOA TERJAGA DARI TIDUR

Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”
Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan.



U 84 : 4 SEBAB HARI JUMAAT BEGITU PENTING BAGI SESEORANG ISLAM

Pertama: Hari Jumaat sebagai hari terbaik dan bersejarah.
Kedua: Jumaat adalah hari raya mingguan umat Islam
Ketiga: Pada hari Jumaat doa kita lebih mustajab.
Keempat: Dosa-dosa kecil kita diampuni pada hari Jumaat.
"Jangan memperkecil dosa kecil. Kerana gunung yang besar juga terbina dari butir pasir yang kecil."
- Habib Umar Bin Hafidz