Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 15 Februari 2020

V 4 : DOA SESUDAH SOLAT WITIR



اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا دَائِمًا، وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعًا، وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَنَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا، وَنَسْأَلُكَ عَمَلاً صَالِحًا، وَنَسْأَلُكَ دِيْنًا قَيِّمًا، وَنَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ، وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْعَافِيَةِ، وَنَسْأَلُكَ الشُّكْرَ عَلَى الْعَافِيَةِ، وَنَسْأَلُكَ الْغِنَى عَنِ النَّاسِ.
اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا، وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَنَا يَا اَللَّهُ، يَا اَللَّهُ، يَا اَللَّهُ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ، وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

(ALLAAHUMMA INNAA NAS-ALUKA IIMAANAN DAA-IMAN, WANAS-ALUKA QALBAN KHAASYI’AN, WANAS-ALUKA ‘ILMAN NAAFI’AN, WANAS-ALUKA YAQIINAN SHAADIQAN, WANAS-ALUKA ‘AMALAN SHAALIHAN, WANAS-ALUKA DIINAN QAYYIMAN, WANAS-ALUKA KHAIRAN KATSIIRA, WANAS-ALUKAL ‘AFWA WAL’AAFIYATA, WANAS-ALUKA TAMAAMAL ‘AAFIYATI, WANAS-ALUKASY SYUKRA ‘ALAL ‘AAFIYATI, WANAS-ALUKAL GHINAA-A ‘ANIN NAASI, ALLAAHUMMA RABBANAA TAQABBAL MINNAA SHALAATANAA WASHIYAAMANAA WAQIYAAMANAA WATAKHASYSYU ‘ANAA WATADLARRU ‘ANAA WATA ‘ABBUDANAA WATAMMIM TAQSHIIRANAA YAA ALLAHU YAA ALLAAHU YAA ALLAAHU YAA ARHAMAR RAAHIMIIN. WASHALLALLAAHU ‘ALAA KHAIRI KHALQIHII MUHAMMADIN WA’ALAA AALIHII WASHAHBIHII AJMA’IINA WALHAMDU LILLAAHI RABBIL ‘AALAMIIN).


“Yaa Allah, Yaa Tuhan kami, kami memohon kepadaMu (mohon diberi) iman yang langgeng, dan kami mohon kepadaMu hati kami yang khusyuk, dan kami mohon kepadaMu diberi ilmu yang bermanfaat, dan kami mohon ditetapkannya keyakinan yang benar, dan kami mohon (dapat melaksanakan) amal yang soleh dan mohon tetap dalam agama Islam, dan kami mohon diberinya kebaikan yang melimpah-limpah, dan kami mohon memperoleh ampunan dan kesihatan, dan kami mohon kesihatan yang sempurna, dan kami mohon mensyukuri atas kesihatan kami, dan kami mohon kecukupan. Yaa Allah yaa Tuhan kami, terimalah solat kami, puasa kami, rukuk kami, dan khusyuk kami, dan pengabdian kami, dan sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama solat, Yaa Allah, Yaa Allah, Yaa Allah zat yang Maha Pengasih dan Penyayang, semoga Allah memberi kesejahteraan atas sebaik-baik makhlukNya iaitu Nabi Muhammad, atas keluarga dan semua sahabatnya, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”


Redaktur : Babur Rahmah
www.MutiaraPublic.com

V 3 : TATA CARA SOLAT JENAZAH YANG LENGKAP


MutiaraPublic.Com – Solat Jenazah adalah merupakan Solat sunnah yang dikerjakan dengan 4 kali takbir, Solat Jenazah ini dilaksanakan ketika ada seorang muslim yang meninggal dunia. Dan Sebelum Jazad atau Jenazahnya dikebumikan  maka orang muslim yang meninggal dunia tersebut perlu dimandikan, dan perlu disolati terlebih dahulu.

Adapun Hukum Solat Jenazah ini adalah Fardhu Kifayah atau kewajipan yang ditunjuk-kan bagi orang banyak (umat islam), akan tetapi apabila sebahagian dari kita umat islam sudah melaksanakan Solat Jenazah tersebut maka gugurlah kewajipan bagi yang lainnya.

Adapun Syarat-syarat Solat Jenazah :

1.    Solat Jenazah Sama Halnya dengan solat lainnya, iaitu : haruslah menutup Aurat, Suci dari najis/ Hadas besar dan kecil, suci Badan mahupun Pakaian, dan tempatnya harus menghadap kiblat.
2.    Sebelum Melakukan solat Jenazah, Mayat sudah dimandikan dan dikafani.
3.    Letak Jenazah atau Mayat sebelah kiblat orang yang menyolatinya, terkecuali kalau solat dikerjakan di atas kubur atau Solat Ghaib.

Berikut ini Rukun dan Tata Cara Solat Jenazah Yang Benar dan Lengkap :

Solat jenazah tidak dengan rukuk dan sujud serta tidak dengan azan dan iqamat, adapun caranya sebagai berikut :

1Niat, menyengaja melakukan solat atas mayat dengan empat takbir, menghadap kiblat kerana Allah. adapun

Lafaz Niat Solat Jenazah Untuk Lelaki :

اُصَلِّى عَلَى هَذَاالْمَيِّتِ اَرْبَعَ تَكْبِرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

USHOLLI  ‘ALAA  HAADZALMAYYITI  ARBA’A  TAKBIRAATIN  FARDHOL  KIFAAYATI MA’MUUMAN-LILLAAHI TA’AALA.

Saya niat (mengerjakan) solat atas mayat lelaki ini empat kali takbir fardhu kifayah kerana menjadi makmum kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Shalat Jenazah Untuk Perempuan :

اُصَلِّى عَلَى هَذِهِ الْمَيِّتَةِ اَرْبَعَ تَكْبِرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

USHOLLI ‘ALAA HAADZIHIL MAYYITATI ARBA’A TAKBIRAATIN  FARDHOL  KIFAAYATI MA’MUUMAN  LILLAAHI  TA’AALA.

Saya niat solat atas mayat perempuan ini empat kali takbir fardhu kifayah kerana menjadi makmum kerana Allah Taala.

Keterangan : Lafaz niat di atas merupakan bacaan niat ketika kita solat jenazah menjadi makmum. Namun apabila kita menjadi imam, maka lafadz atau bacaan “MA’MUUMAN” diganti dengan lafadz “IMAAMAN.” 

2.  Setelah membaca Niat dilanjutkan dengan Takbiratul Ihram, Yakni setelah mengucapkan “Allahu Akbar”, sambil meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas perut (Sedakep/ Sandekep), kemudian membaca surah Al-Fatihah (tidak membaca surah yang lain). Setelah membaca Fatihah terus takbir membaca “Allahu Akbar.”

3. Setelah Takbir Kedua, Dilanjutkan membaca Selawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Sebagai berikut :

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد

ALLAHUMMA SHALLI ‘ALAA MUHAMMAD

“Yaa Allah, berilah Selawat atas Nabi Muhammad.”

Untuk lebih sempurna/ Lengkap bacalah selawat berikut :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

ALLAHUMMA SALLI `ALA MUHAMMADIN WA`ALA ALI MUHAMMAD, KAMA SALLAYTA `ALA IBRAHIMA WA’ALI IBRAHIM, INNAKA HAMIDUN MAJID, WABARIK `ALA MUHAMMADIN WA`ALA ALI MUHAMMAD, KAMA BARAKTA `ALA IBRAHIMA WA’ALI IBRAHIM, INNAKA HAMIDUN MAJID

“Yaa Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.”

4. Setelah Takbir Ke Tiga, Kemudian dilanjutkan membaca Doa berikut ini :

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

ALLAAHUMMAGHFIR LA-HU (HAA) WARHAM-HU (HAA) WA’AFI-HI (HAA) WA’FU ‘AN-HU (HAA),

“Yaa Allah! Ampunilah dia (mayat) berilah rahmat kepadanya, dan sejahterakanlah dia, dan maafkanlah dia”
Atau Versi Lengkapnya, berikut :

اللّهمّ اغْفِرْ لَهُ (هَا) وَارْحَمْهُ (هَا) وَعَافِيْهِ (هَا) وَاعْفُ عَنْهُ (هَا) وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ (هَا) وَوَسِّعْ مَدْخََلَهُ (هَا) وَاَغْسِلْهُ (هَا) بِالْمَآءِ وَالثّلْجِ والْبَرَدِ وَنَقِّهِ (هَا) مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثّّوْبُ الْاَبْيَضُ مِنَ الدّنَسِ و اَبْدِلْهُ (هَا) دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ (هَا) وَ اَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ (هَا) وَزَوْجٍا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ (هَا) وَقِهِ فِتْنَةَ القَبْرِ وعَذَابَ النارِ

ALLAAHUMMAGHFIR LA-HU (HAA) WARHAM-HU (HAA) WA’AFI-HI (HAA) WA’FU ‘AN-HU (HAA), WA AKRIM NUZUULA-HU (HAA), WAWASSI’ MADKHOLA-HU (HAA), WAGHSIL-HU (HAA) BIL MAA-I WATS TSALJI WAL-BARADI, WANAQQI-HI (HAA) MINAL KHATHAYAAYAA KAMAA YUNAQQATS TSAUBUL ABYAD-HU (HAA) MINAL DANASI, WA ABDIL-HU (HAA) DAARAN KHAIRAN MIN DAARI-HI (HAA), WA AHLAN KHAIRAN MIN AHLI-HI (HAA), WA ZAUJAN KHAIRAN MIN ZAU-JI-HI (HAA), WAQI-HI-(HAA) FITNATAL QABRI WA’ADZABAN NAARI.

“Yaa Allah! Ampunilah dia (mayat) berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Syurga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau isteri di Syurga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Syurga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.”

Keterangan : Jika Mayit Perempuan Lafadz HU/HI menjadi HA dan seterusnya.

5. Selesai Takbir Keempat, maka membaca doa, berikut :

اللهُمّ لاتَحرِمْنا أَجْرَهُ ولاتَفْتِنّا بَعدَهُ

ALLAAHUMMA LAA TAHRIMNAA AJRA-HU (HA), WALAA TAFTINNAA BA’DA-HU (HA)

“Yas Allah, janganlah Engkau haramkan Kami dari pahalanya, dan janganlah Engkau beri fitnah pada kami setelah kematiannya.”

Atau Versi Lengkapnya, berikut :

اللّهُمّ لاَ تَحْررِمْنَا اَجْرَهُ (هَا) وَ لاَ تََفْْتِنّاََ بَعْدَهُ (هَا) وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ (هَا) وَلِإِخْوانِناََ اّلَذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِالْإِيْمَانِ وَ لاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِناَ غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوا رَبّنَا إِنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

ALLAHUMMA LAA TAHRIMNAA AJRO-HU (HAA) WALAA TAFTINAA BA’DA-HU (HAA) WAGFIR LANAA WA LA-HU (HAA) WA LI IKHWANINA LADZINA SABAQUUNA BIL IMAANI WA LA TAJ’AL FI QULUUBINA GILLAL LILLADZINA AMANUU ROBBANA INNAKA ROUUFUR ROHIIM.
“Yaa Allah, janganlah Engkau haramkan Kami dari pahalanya, dan janganlah Engkau beri fitnah pada kami setelah kematiannya serta ampunilah kami dan dia, dan juga bagi saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian terhadap orang-orang yang beriman (berada) dalam hati kami. Wahai Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”

Keterangan : Jika Mayat Perempuan Lafaz HU/HI menjadi HA dan seterusnya.

6. Kemudian (Selesai ) Memberi salam sambil memalingkan muka ke kanan dan ke kiri dengan ucapan salam, sebagai berikut :

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH

“Keselamatan dan Rahmat Allah Semoga tetap kepada Kamu sekalian.”
  
Oleh : Ustadz. Ahmad Hasan
Redaktur : Ning Silviana Sholeha
www.MutiaraPublic.com

V 2 : MASUK ISLAM SETELAH TEMUKAN MUKJIZAT SUNGAI DI BAWAH LAUT


Fakta Baru bahawa telah ditemukan sungai yang mengalir di bawah laut, sebagaimana yang telah disebutkannya dalam Al Quran. Jauh sebelum manusia kenal/ mengetahui teknologi  yang canggih dan menemukan (menjumpai) fakta perihal Sungai Mengalir Di Bawah Laut tersebut, Subhanallah… ternyata Alquran sudah membahas fenomena keajaiban itu semenjak 14 abad silam.
Terkait dengan temuan sungai di bawah kedalaman laut ini, ada cerita yang sangat menarik terhadap seorang ahli oceanografer dan Jacques-Yves Cousteau (ahli peselam terbaik dari Prancis).
Pada saat itu, kala ingin melaksanakan eksplorasi didasar bawah laut, seketika ia menjumpai beberapa kerumunan mata air tawar yang tidak bercampur dengan air laut. Seolah-olah ada dinding pemisah atau tembok atau seolah-olah ada tabir yang memisahkan keduanya tersebut.
Keajaiban langka itu mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya antara air laut dari air tawar yang ada di tengah lautan tersebut. Bertahun-tahun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawaban atau hasil tanggapan yang sangat menggimbarakan tentang Keajaiban gansal/ ganjil tersebut.
Kemudian, suatu hari ia bertemu dengan seorang Guru besar Muslim, selanjutnya ia menuturkan keajaiban itu kepada Sang Guru Besar Muslim. Guru besar itu terkenang/ teringat dimana yang dimaksudkan dalam kitab suci Al Quran (surah Ar-Rahman ayat 19-20) tentang bertemunya dua lautan.

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing,” 
(Surah Ar-Rahman ayat 19-20)

…Terpesonalah Jacques-Yves Cousteau mendengar ayat-ayat Al Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam… 

Al Quran ini sangat mustahil jika disusun atau bahkan dibuat oleh Muhammad yang hidup pada abad ke 7 itu, di mana suatu zaman saat itu belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.
Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Jacques-Yves Cousteau pun berkata bahawa Al Quran ini memang benar-benar firman Allah, yang seluruh kandungannya benar-benar terpercaya.
Ketika mendengar ayat-ayat Al Quran itu, Jacques-Yves Cousteau (ahli peselam terbaik dari Prancis),  kagum dan dari kekagumannya dengan Ayat Suci Al-Quran tersebut, dan akhirnya dia pun memeluk agama Islam dan menjadi Mualaf (Red, VOA islam).

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” 
(Q.S Al Furqan:53)

Sumber: Buku elektronik (ebook): Bukti Kebenaran Al Quran, oleh Abdullah M. Al-Rehaili, Tajidu Press, Yogyakarta, 2003. Judul Asli: This is The Truth, Newly Discovered Scientific Focts Revealed in the Quran & Authentic Hadeeth.

Oleh : Suparto
Redaktur : Aminatul Jannah
www.MutiaraPublic.com

V 1 : KISAH PEROMPAK MASUK ISLAM SETELAH MEROMPAK KEDAI MUSLIM AMERIKA


Sebuah kisah nyata yang terjadi di negara Amerika. Muhammad Sohail adalah seorang pemilik kedai yang pada waktu itu lagi menjaga kedainya, Muhammad Sohail masuk dalam topik utama pemberitaan di berbagai suratkabar atau media masa, dan elektronik. Perihal pertemuannya dengan seorang perompak yang bersenjatakan pemukul “baseball“, seketika ketika Perompak itu masuk ke dalam kedainya. Yang menarik dari kisah kejadian ini adalah sang perompak itu akhirnya masuk Islam/ menjadi mualaf.
Muhammad Sohail, yang berusia 48 tahun, kala itu akan bersiap-siap untuk menutup kedainya. Tepat pada waktu tengah malam tersebut, terlihat dalam kamera pengawas/ CCTV ada seorang lelaki yang kekar yang datang menghampirinya sambil memegang tongkat pemukul baseball dan seorang itu dengan nada keras meminta Muhammad Sohail agar menyerahkan sejumlah wang di kasirnya.
Sejenak Muhammad Sohail merunduk terdiam, dan beliau pun tidak mahu tunduk kepada perompak tersebut, kemudian Muhammad Sohail dengan cepat langsung mengambil senapang “shotgun” yang kebetulan oleh Muhammad Sohail disimpan tepat di bawah laci kasir kedainya. Lelaki bertopeng (Perompak) tersebut kaget, setelah berfikir merasa kalah dalam hal senjata, lelaki bertopeng itupun langsung ciut/ kehilangan nyali, seketika itu juga dia menangis memohon ampun dan menjatuhkan tongkat pemukulnya ke tanah.
Sang Perompak itupun mengatakan bahawa dirinya terpaksa merompak kerana keterbatasan ekonomi, semata-mata untuk memenuhi keperluan keluarganya yang tengah dilanda kelaparan.
“Tolong.. tolong… jangan panggil polis, tolong jangan tembak saya. Saya betul-betul tidak punya wang, saya melakukan ini kerana saya tidak ada makanan di rumah saya pak,” tutur Sang perompak tersebut sambil menangis tersedu-sedu seperti anak kecil.
Bukan seperti layaknya kebanyakan warga kulit putih Amerika lainnya, di mana pada kasus seperti itu mereka boro-boro langsung memanggil kepolisian untuk memenjarakannya (ngasih pelajaran). Beza dengan Muhammad sohail sang pemilik kedai itu malah justeru langsung mengulurkan wang tunai sebanyak $40 dan juga memberikan sebungkus roti, Akan tetapi dengan satu syarat, lelaki tersebut harus berjanji bahawa dirinya tidak akan pernah merompak lagi.
Setelah Muhammad Sohail itu memberikan wang dan sebungkus roti, beliau pun berkata, “Pulanglah ke rumahmu wahai saudaraku…, dan kembalilah kepada keluargamu…!” Terlihat ketika Sang Perompak itu menerima wang $40 dan sebungkus Roti tersebut, ia nampak sangat terkesima dengan kebaikan dan kedermawanan pemilik kedai itu. Perompak itu pun tercengan sejenak, dan Alhamdulillah secara tidak disangka-sangka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memebirikan Rahmat, Taufiq, dan Hidayah kepada Sang Perompak itu, ia mengatakan kepada Muhammad Sohail (Pemilik kedai) bahawa dia dengan berbesar hati ikhlas dari hati nurani, ingin sekali menjadi seorang Muslim seperti Muhammad Sohail.
Serentak Pemilik kedai pun dengan rasa takjubnya bertanya kepada Sang Perempak itu ; “Apakah Engkau serius dengan apa yang engkau ucapkan itu?”
Sang perompak itupun menjawab dengan sangat yakin ; “Ya. Saya ingin sekali menjadi seorang muslim yang baik hati sepertimu!”
“Alhamdulillah.. Alhamdulillah, Allahuakbar…” ucap Muhammad Sohail, sang pemilik kedai itu.
Muhammad Sohail pun kemudian membimbing perompak untuk ikut mengucapkan dua kalimat syahadat di mana seperti yang dia ucapkan sambil ia mengangkat sebelah tangannya, Lalu kemudian Muhammad Sohail pun berjabat tangan, merangkul dan memeluk sang perompak itu. mereka menangis bahagia, terharu dengan skenario ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang kerana RahmatNya sang Perompak masuk Islam.
Pemilik kedai itu pun melanjutkan. “Tunggulah di sini wahai saudaraku, tunggu sebentar ya, saya akan ke belakang mencarikan sesuatu untukmu dan keluargamu, mungkin ada susu di belakang yang boleh engkau bawa pulang.” Namun ketika pemilik kedai kembali, sang perompak itu sudah meninggalkan kedai tersebut.
Akhirnya setelah beberapa bulan kemudian, sang perompak itu mengirimkan surat kepada Muhammad Sohail, yang mana dalam suratnya itu berisi wang $40 Dollar, yang bermaksud untuk mengembalikan wang yang sudah ia kasih pada saat dirinya merompak kedainya.
Surat yang diberi nama/ judul: “You Change My Life.” yang bermakna bahawa Muhammad Sohail itu telah mengubah hidupnya. Namun sampai saat ini Muhammad Sohail merasa tak pernah mengenal dan tak pernah tahu siapa lelaki yang telah merompaknya pada waktu itu.

Berikut isi lengkap surat yang di berikan Perampok itu (dalam bahasa Inggeris) :

You Change My Life
First of All I would like to say That I am sorry At the time I had no money no food on my table No Job , and nothing for my family. I know that is was wrong, but I had know choice. I needed to feed My family. When You had That gun to my head I was 100% that I was going to die. That was the only reason why I ask you to be one a musilim. Because you spared my life, I decieded to become a True muslim. Sense then my life has change. Now I have a new child And good joob Make a good money Staying out of trouble and taking care of my familey you gave me forty dollars, and a loaf of bread. Here is fifty dollars Thank you for sparing my life because of of that you change my life.

Di akhir surat, mantan perompak tersebut mengakhiri dengan kalimat tulisan ; “Your Muslim Brother“(dari Saudara Sasama muslim Anda). “Subhanallah Walhadulillah… Sang mantan perompak itu ternyata sudah benar-benar menjadi Muslim.” Ungkap Muhammad Sohail.

Semoga Artikel perihal Kisah Inspirasi ini boleh menambah Keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. Aaamiiin.

Oleh : Suparto
Redaktur : Aminatul Jannah
MutiaraPublic.Com

Jumaat, 14 Februari 2020

U 200 : TIGA TETAMU


Suatu ketika, ada seorang wanita yang kembali pulang ke rumah dari perjalanannya keluar rumah, dan ia melihat ada 3 orang lelaki berjanggut yang duduk di halaman depan. Wanita itu tidak mengenal mereka semua.

Wanita itu berkata dengan senyumnya yang khas: “Aku tidak mengenal Anda, tapi aku yakin Anda semua pasti orang baik-baik yang sedang lapar. Mari masuk ke dalam, aku pasti punya sesuatu untuk mengganjal perut.”

Lelaki berjanggut itu lalu balik bertanya, “Apakah suamimu sudah pulang?”

Wanita itu menjawab, “Belum, dia sedang keluar.”

“Oh kalau begitu, kami tak ingin masuk. Kami akan menunggu sampai suamimu kembali,” kata lelaki itu.

Di waktu senja, saat keluarga itu berkumpul, sang isteri menceritakan semua kejadian tadi. Sang suami, awalnya bingung dengan kejadian ini, lalu ia berkata pada isterinya, “Sampaikan pada mereka, aku telah kembali, dan mereka semua boleh masuk untuk menikmati makan malam ini.”

Wanita itu kemudian keluar dan mengundang mereka untuk masuk ke dalam.

“Maaf, kami semua tak boleh masuk bersama-sama,” kata lelaki itu hampir bersamaan.

“Lho, kenapa? Tanya wanita itu kerana merasa hairan.

Salah seseorang pria itu berkata, “Nama dia Kekayaan,” katanya sambil menunjuk seorang lelaki berjanggut di sebelahnya, “Sedangkan yang ini bernama Kesuksesan,” sambil memegang bahu lelaki berjanggut lainnya.

“Sedangkan aku sendiri bernama Kasih-Sayang.
Sekarang, cuba tanya kepada suamimu, siapa di antara kami yang boleh masuk ke rumahmu.”

Wanita itu kembali masuk ke dalam, dan memberitahu pesan lelaki di luar. Suaminya pun merasa hairan. “Ohho…menyenangkan sekali. Baiklah, kalau begitu, cuba kamu ajak si Kekayaan masuk ke dalam. Aku ingin rumah ini penuh dengan Kekayaan.”

Isterinya tak setuju dengan pilihan itu. Ia bertanya, “Sayangku, kenapa kita tak mengundang si Kesuksesan saja? Sebab sepertinya kita perlu dia untuk membantu keberhasilan panen ladang pertanian kita.”

Ternyata, anak mereka mendengarkan percakapan itu. Ia pun ikut mengusulkan siapa yang akan masuk ke dalam rumah. “Bukankah lebih baik jika kita mengajak si Kasih-sayang yang masuk ke dalam? Rumah kita ini akan nyaman dan penuh dengan kehangatan Kasih-sayang.”

Suami-isteri itu setuju dengan pilihan buah hati mereka. “Baiklah, ajak masuk si Kasih-sayang ini ke dalam. Dan malam ini, Si Kasih-sayang menjadi teman santap malam kita.”

Wanita itu kembali ke luar, dan bertanya kepada 3 lelaki itu. “Siapa di antara Anda yang bernama Kasih-sayang? Ayo, silakan masuk, Anda menjadi tamu kita malam ini.”

Si Kasih-sayang berdiri, dan berjalan menuju beranda rumah. Ohho.. ternyata, kedua lelaki berjanggut lainnya pun ikut serta. Kerana merasa ganjil, wanita itu bertanya kepada si Kekayaan dan si Kesuksesan.

“Aku hanya mengundang si Kasih-sayang yang masuk ke dalam, tapi kenapa kamu ikut juga?”

Kedua lelaki yang ditanya itu menjawab bersamaan. “Kalau Anda mengundang si Kekayaan, atau si Kesuksesan, maka yang lainnya akan tinggal di luar. Namun, kerana anda mengundang si Kasih-sayang, maka, ke manapun Kasih sayang pergi, kami akan ikut selalu bersamanya. Di mana ada Kasih-sayang, maka kekayaan dan Kesuksesan juga akan ikut serta. Sebab, ketahuilah, sebenarnya kami berdua ini buta. Dan hanya si Kasih-sayang yang boleh melihat. Hanya dia yang boleh menunjukkan kita pada jalan kebaikan, kepada jalan yang lurus. Maka, kami perlu bimbingannya saat berjalan. Saat kami menjalani hidup ini.”

Posted by Naufal Habibullah

U 199 : SIKITKAN KETAWA DAN BANYAKKAN MENANGIS


Para sufi menuliskan, bila selama empat puluh hari seseorang tidak menangis, maka ketahuilah bahawa kalbunya telah keras. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman: 

“Sedikitlah tertawa dan banyaklah menangis.”

Namun yang nampak justeru kebalikannya, yakni orang-orang banyak tertawa. Sekarang lihatlah bagaimana keadaan zaman sekarang? Hal itu tidak bererti bahawa manusia setiap saat harus mencucurkan air matanya terus menerus, melainkan seseorang yang kalbunya sedang menangis dari dalam, dia itulah yang sebenarnya menangis. Manusia hendaknya menutup pintu dan masuk ke dalam lalu sibuk memanjatkan doa dengan khusyuk dan merendahkan hati, serta menjatuhkan diri dengan serendah-rendahnya di hadapan singgasana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, supaya dia jangan termasuk di dalam apa yang dimaksudkan oleh ayat itu tadi.

Jadi jika disemak setiap hari maka akan diketahui bahawa timbangan tertawa dan bercanda adalah lebih berat, sedangkan menangis sangat sedikit. Bahkan di kebanyakan orang tidak ada sama sekali. Sekarang lihatlah betapa kehidupan berjalan dengan penuh kelalaian dan betapa sulitnya jalan keimanan, seolah-olah di satu sedih telah mati dan sebenarnya memang itulah yang dinamakan iman.

Semoga boleh menjadi renungan bagi kita semua.

"Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan."
(Surah 9,  AT TAUBAH (Pengampunan) : 82)
Posted by Naufal Habibullah