Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 15 Februari 2014

P 11 : ANAK-ANAK ITU REZEKI DARIPADA ALLAH

Anak-anak itu rezeki daripada Allah. Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh Allah.

Sebab itu setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya dan ibubapanya sama-sama "menumpang" rezekinya juga. 






P 10 : TUJUH PERKARA YANG MEMBINASA

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, 

“Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan :
(1) Mempersekutukan Allah
(2) Sihir
(3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya, kecuali kerana alasan yang dibenarkan Allah (seperti qisas)
(4) Memakan harta anak yatim
(5) Memakan riba
(6) Lari dari medan pertempuran
(7) Menuduh wanita mukminah yang baik dan tahu memelihara diri, berbuat jahat (zina).”

- (0069) (Sahih Muslim)




P 09 : MANUSIA IBARAT DAUN

MANUSIA itu ibarat DAUN.. Jika TIDAK GUGUR ke tanah HARI INI, suatu hari nanti PASTI akan gugur..Begitulah insan-insan yang kita SAYANG.. Umpama daun, mereka juga pasti suatu hari nanti akan MENINGGALKAN kita.. Yang KEKAL abadi ialah KASIH dan CINTA ALLAH kepada hambanya.. Yang pasti.. Jika mereka tidak meninggalkan kita, Kita yang akan tinggalkan mereka, kerana itulah fitrah kehidupan. Yang hidup pastikan mati.

Hidup di Dunia Hanya Sementara.




P 08 : SURAH 28 (AL QASASH)

[81]
"Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri." 

[82]
"Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dialah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!" 

[83]
"Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." 

[84]
"Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan." 

[85]
"Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) al Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): "Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata."

[86]
Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah berharap supaya Kitab al Quran ini diturunkan kepadamu, (tetapi ia diturunkan kepadamu) hanyalah sebagai rahmat dari Tuhanmu, oleh itu janganlah engkau menjadi orang-orang kafir. 

[87]
"Dan janganlah mereka (yang ingkar) dapat menghalangmu (daripada menyampaikan dan beramal dengan) ayat-ayat Allah sesudah ia diturunkan kepadamu; dan serulah manusia kepada (agama) Tuhanmu; dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang menyertai orang-orang musyrik." 



[88]
"Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan)."




Jumaat, 14 Februari 2014

P 07 : SABAR

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja.,
Tetapi ia perlu setiap masa dan di mana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian.., 
Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi.., 
Kerana di depan sana ada syurga menanti....


In Sha Allah..,




P 06 : BAHASA ARAB(BAHASA AL QURAN)

Dengan Bahasa Inggeris,

Kita mampu berkomunikasi dengan ramai manusia..
Akan tetapi dengan Bahasa Arab,

Kita dapat menghayati pelbagai ilmu dunia dan akhirat..

Kita dapat menghayati Bahasa kekasih kita Muhammad SAW..

Kita dapat menghayati ayat-ayat al Quran..
Yang paling penting,

Kita dapat menghayati bacaan dalam solat yang kita tuturkan setiap hari..
Hidup ini INDAH..

Kalau kita dapat hayatinya..


Kan?




P 05 : MESTI BACA – UNTUNGNYA PARA ISTERI

Para isteri sekalian tolong baca sampai habis kemudian muhasabah diri sendiri.... Mengapa redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri ?

1. Suamimu dibesarkan olh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah & ibunya.

3.Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anakmu serta kamu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4.Suamimu berusaha menutupi masalahnya di hadapanmu & berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi solusi, padahal boleh saja di saat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar, namun tetap saja masalahmu diutamakan dibandingkan masalah yang dihadapinya sendiri.

5.Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6.Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggungjawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah dituntut ke neraka, kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggungjawabkannya sendiri.

Delapan pintu syurga terbuka bagi anda dan anda boleh masuk dari pintu manapun yang anda suka, cukup dengan dapat "REDHA" dari suamimu, sedang suamimu tidak mendapatkan kemuliaan semacam itu, kerana itu taat sabar padanya.

-ustaz Al-mizi




P04 : YA ALLAH, YANG MAHA PENERIMA TAUBAT

Astaghfirullah rabbal baraya..
Astaghfirullah minal khothoya..
Rabbi zidni ilman nafi'a..
Wawaffiqli amalan maqbula..
Wa habli rizqan wa-sia..
Watub alaina taubatan nasuha..

Maksudnya:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yang meluas,
Terimalah taubat kami dengan taubat nasuha…





P 03 : SATU CIUMAN 500 TAHUN DI NERAKA

Seorang Abdullah bin Umar duduk-duduk di pintu rumahnya. Ia melihat seorang pemuda tampan.
Abdullah lari masuk rumah dan menguncinya.
Beberapa saat kemudian bertanya : “Fitnah itu sudah pergi atau belum!”
Mereka menjawab : “Sudah pergi.” Maka Abdullah keluar dari rumah.
Ada yang bertanya : “Wahai Abdullah, apa yang dilakukan anak itu terhadap kamu! Apa ada sesuatu yang kau dengar dari Rasulullah mengenai dia!
Abdullah ra. Menjawab ; “Memandang mereka itu haram, berbicara atau berkumpul juga haram."
Al Qadli Al Imam rh. Berkata ; “Aku pernah mendengar seorang masyayikh berkata ; “Setiap wanita ada satu syaitan dan syaitan setiap anak remaja terdapat 18 syaitan. “ ada riwayat :“Barangsiapa yang mencium anak remaja dengan syahwat, ALLAH taala akan menyiksa di neraka 500 tahun (Padahal 1 hari di Akhirat = 1000 tahun waktu di Dunia). Dan barangsiapa yang mencium wanita dengan syahwat, seolah-olah ia berzina 70 perawan.
Dan barangsiapa yang berzina dengan perawan, maka ibaratnya sudah berzina dengan 70.000 janda.

ASTAGHFIRULLAH HAL'ADZIM
YA ALLAH,,,,
Ampuni lah Dosa Ku Dan Dosa Setiap Orang yang Mengucap "Aamiin",,,,Jauhkanlah Kami Dari Zina Dan Segala Kemaksiatan.

Aamiin,,,,




P 02 : TEMPOH TAMAT SOLAT ISYAK

Saya ada sedikit kemusykilan tentang tamatnya waktu solat isyak. Ada seorang ustaz di kampung saya mengatakan bahawa solat isyak tamat pada pukul 12.00 malam, kerana solat isyak tersebut adalah solat malam dan selepas pukul 12 tiada malam lagi. Ia jadi waktu pagi. lantas timbul kekeliruan dengan apa yang saya pelajari iaitu waktu isyak adalah panjang sehingga terbitnya fajar sidik.
Mohon diberi pencerahan tentang hal ini. wassalam.

Jawapan 

Para ulama membahagikan waktu solat kepada waktu ikhtiariy (الإختياري) dan waktu al-Idhtiroriy (الإضطراري). Waktu al-Ikhtiyari bagi solat ‘isyak ialah sehingga sebahagian malam. Manakala waktu al-Idhtiroriy pula berlanjutan sehingga terbitnya fajar sidik.

Maksud waktu al-Ikhtiariy: ialah waktu yang dibenarkan solat di dalamnya tanpa makruh, sama ada di awal waktu ikhtiyari ini atau di akhirnya.

Manakala maksud waktu al-Idhtiroriy: ialah waktu yang tidak boleh dilewatkan solat sehingga masuk waktunya melainkan bagi orang-orang yang berada dalam keuzuran seperti orang gila yang normal setelah berlalunya waktu al-Ikhtiyariy, wanita haid, orang yang tertidur, terlupa, orang kafir yang baru memeluk islam atau budak yang baru baligh.

Ini menunjukkan tidak boleh melewatkan solat ‘isyak sehingga habisnya waktu al-Ikhtiyari melainkan bagi orang-orang yang memiliki keuzuran seperti yang disebut di atas.

Perkara ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W.

وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ الْأَوْسَطِ



Maksudnya: “Dan waktu solat ‘isyak ialah sehingga sebahagian malam yang pertengahan.”

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut, maksudnya hadith ini ialah: “waktu menunaikannya dlm waktu al-Ikhtiyariy.” (5/111)
Badan Fatwa Arab Saudi di dalam fatwa mereka menyebut:

ووقت العشاء من غيبوبة الشفق الأحمر إلى نصف الليل ، وهذا وقت الاختيار لها ، ووقت الاضطرار من نصف الليل إلى طلوع الفجر

Maksudnya: “Waktu ‘isyak itu bermula dari luputnya awan merah (habis waktu maghrib) sehingga pertengahan malam, ini adalah waktu al-Ikhtiyar, manakala waktu al-Idhthiror bermula dari sebahagian malam sehingga terbitnya fajar.”
(6/113)

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz menyebut:

فإذا غاب الشفق - وهو : الحمرة في جهة المغرب - انتهى وقت المغرب ، ودخل وقت العشاء إلى نصف الليل ، وما بعد نصف الليل وقت ضرورة لوقت العشاء ، فلا يجوز التأخير لما بعد نصف الليل ولكن ما بين غروب الشفق إلى نصف الليل كله وقت اختياري للعشاء ، فلو صلاها بعد نصف الليل أداها في الوقت ، لكن يأثم ؛ لأنه أخرها إلى وقت الضرورة


Maksudnya: “Apabila telah hilangnya awan merah – iaitu awan merah sebelah barat – tamatlah waktu maghrib dan masuknya waktu ‘isyak sehingga pertengahan malam. Dan apa yang selepas pertengahan malam adalah waktu dhorurah (al-Idhthirar) bagi solat ‘isyak, tidak boleh melewatkan solat ‘isyak sehingga selepas pertengahan malam, antara hilangnya awan merah sehingga pertengahan malam itu adalah waktu al-Ikhtiyariy bagi solat ‘isyak, jika seseorang menunaikan solat ‘isyak selepas pertengahan malam (selepas tamatnya waktu al-Ikhtiyariy) dia telah menunaikan solat itu di dalam waktunya, akan tetapi dia dikira berdosa, kerana melewatkan solat ‘isyak sehingga masuk waktu dharurah.” 
(Fatwa Bin Baz 10/384)
wallahu a'lam

Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak


al-Qayim.net




Khamis, 13 Februari 2014

P 01 : DUNIA RIBA AKHIR ZAMAN & PENGEMBALIAN KEPADA SISTEM MUAMALAT ISLAM

Penyusun : Mohammad Syazwan Bin Maamin

Kandungan 

a. Pendahuluan
b. Sistem Kupon Hari Kantin Sekolah dan Sistem Duit Kertas 
c. Pengenalan kepada Dinar dan Dirham – Matawang Bebas Kezaliman 
d. Siri Memahami Dinar dan Dirham 
    - Memahami Riba dan Kaitan Wang Kertas Dengan Riba 
e. Realiti Duit Kertas dan Kaitannya Dengan Riba 
f. Memahami Kepelbagaian Jenis Riba 
g. Bagaimana Sistem Duit Kertas Memiskinkan Jiwa Manusia 
h. Belenggu Dunia Riba 
i. Insuran dan Takaful 
j. Hidup Tanpa Riba 
   - Riba, Hutang dan Ekonomi Sunnah 
k. Hukum Keperluan (Dharurat) – Kesederhanaan Hidup Dalam Membeli Rumah 
l. Bahaya Sistem Perbankan 
m. Mengembalikan Hidup Mengikut Sunnah Zakat Fitrah Dengan Dirham atau Makanan? 
n. Tindakan Kita Sebagai Muslim 


a. Pendahuluan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan hidayah petunjuk kepada setiap manusia yang Dia kehendaki dan memberikan kefahaman terhadap agamanya, Islam, yang menjadi satu cara hidup yang indah lagi menenangkan jiwa. Segala puji bagi Allah yang membuka kita kepada ilmu dan kefahaman kepada agama. Buku ini saya tujukan khas kepada semua umat Islam terutamanya dan seluruh manusia sejagat bagi kita melihat satu cara hidup sebenar seperti mana yang telah Allah gariskan dan diberikan contoh oleh Nabi dan generasi 3 kurun pertama. Buku ini, saya hanya menyusunnya dari pelbagai sumber, ada sebahagiannya saya ambil dari laman sesawang saya, umaralfateh.wordpress.com dan ada yang lain saya merujuknya dari buku karangan Prof Umar Vadillo, tulisan-tulisan Abbas Firman, dari Syeikh Imran Hossein bagi menambah kefahaman kita terhadap dunia yang penuh dengan tipu daya ini. Juga ada juga rujukan dari tulisan-tulisan penulis lain. Mudah-mudahan penyusunan buku ini dapat membuka kita kepada lembaran baru, hidup kembali kepada Sunnah Nabi. Apa yang saya dapati dari ilmu perubatan yang dapati di Rusia, salah satunya adalah, hampir setiap penyakit yang ada hari ini adalah hasil dari ketidakseimbangan antara fitrah (semulajadi) yang Allah jadikan dengan cara hidup masyarakat pada hari ini dengan fitrah yang ada. Hasilnya pelbagai penyakit masyarakat yang timbul, yang sebelum ini hampir tiada kedengaran penyakit-penyakit pelik. Dan asas yang kita nampak, bagi semua jenis penyakit yang timbul ini, adalah riba yang ditimbulkan oleh sistem yang ada pada hari ini. Seorang pengamal perubatan, setiap kali mendapat rungutan terhadap penyakit yang ada, salah satu perkara penting bagi mengubati penyakit adalah membuang punca kepada penyakit itu sendiri. Dan punca kepada penyakit-penyakit yang ada pada hari ini, adalah RIBA yang telah diundang-undangkan. Mudah-mudahan susunan kecil buku ini Allah bukakan jalan kepada kita untuk membina satu sistem atau kembali kepada sistem nabi – kerajaan berkhalifah, dan kita sedang menuju kepadanya. 

Firman Allah swt yang bermaksud :  

Demi jika sesungguhnya sesuatu penduduk negeri/kampung itu beriman dan bertaqwa akan kami bukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi.”
Surah al-araf – 96

Buat isteri tercinta, Siti Madihah Ahmad Ahsan, terima kasih di atas segala pengorbananmu di atas mahligai keluarga kita selama ini, kehadiran dirimu yang selalu mendatangkan damai dan menghilangkan resah jiwa ini, memberikan sumber inspirasi yang besar terhadap hidupku. Moga Allah mengurniakan kepada kita zuriat penyambung perjuangan para Nabi dalam membina tauhid manusia kepada Allah. Tidak dilupakan sahabat-sahabat perjuangan yang sentiasa hadir menguatkan barisan.


b. Sistem Kupon Hari Kantin Sekolah dan Sistem Duit Kertas

Sistem Kupon Hari Kantin Sekolah dan Sistem Duit Kertas Satu hari, pengetua Sekolah Buluh Bambu mencadangkan di dalam mesyuarat guru-guru yang mereka perlu mencari duit untuk menambah dana sekolah. Ada seorang guru, memberi cadangan yang mereka boleh membuat Hari Kantin. Pengetua bertanya, “Macam mana mekanisma kita mahu membuat untung? Apakah hanya semata-mata kita kerahkan semua guru-guru berniaga dan kita ambil sewa tempat?” “Tidak tuan pengetua. Pada hari kantin ni, kita jual kupon, yang mana, sesiapa yang ada kupon ini sahaja yang boleh membeli pada hari kantin. Jadi, masa hari kantin, kupon-kupon ini akan digunakan, duit kertas kita tidak akan gunakan. Peniaga-peniaga yang ada kupon ini, akan menebus kupon-kupon ini dengan duit kertas.” Jawab Cikgu Awan. “Tapi, macam mana kita boleh dapat untung dari kupon-kupon ini?” “Saya harap cikgu boleh serahkan urusan ini pada saya, saya akan uruskan.” Jadi, bermula hari itu, bermulalah promosi Hari Kantin sekolah Buluh Bambu, setiap murid diwajibkan membeli satu set kupon berharga RM 10. Pada hari kantin, berlakulah apa yang seperti dirancangkan. Hanya orang yang mempunyai kupon boleh membeli, masing-masing membeli apa yang boleh dibeli. Selepas habis waktu Hari Kantin, hampir setiap peniaga mendatangi kaunter pihak sekolah bagi menebus kupon yang ada kepada duit kertas. Setiap satu set kupon diberi RM 10 seperti yang dijanjikan. Selepas dari hari kantin, ada persoalan-persoalan dari murid-murid dari ibubapa mereka, apa yang perlu dibuat dengan kupon-kupon yang ada ini, kupon-kupon yang mereka masih ada tidak boleh dibuat beli di kedai-kedai, dan mereka ingin menukarkannya dengan duit semula dengan pihak sekolah. Cikgu Awan sebagai pengarah projek tersebut, memberikan pengumuman kepada murid-murid pada hari perhimpunan.” Sebenarnya murid-murid yang dikasihi sekalian, kupon-kupon tersebut kamu perlu menggunakan sepenuhnya pada hari kantin yang lepas. Kami pihak sekolah sudah membuat keputusan kupon-kupon tersebut kami tidak akan kembalikan semula selepas tamat hari kantin. Jika kalian mahu menukarkannya juga, ianya bersyarat, setiap satu set kupon yang kamu ada pihak sekolah akan membayar RM 5” Maka, pulanglah murid-murid sekolah Buluh Bambu ke rumah dan memberitakan kepada ibubapa mereka, kecewa dan putus harapanlah mereka terhadap perkara tersebut, kerana, mereka ditipu dan merasa dizalimi. Walaupun begitu mereka tetap menukarkan kupon mereka kepada duit kertas dalam keadaan tertipu dan dianiaya. Sistem Duit Kertas.

Pada tahun 1944, satu sidang mesyuarat dari hampir 44 buah negara termasuk darinya ada Negara dari negara yang majoriti umat Islam. Mereka bersetuju untuk menjadikan US dolar sebagai duit antarabangsa, dan Dolar akan disandarkan kepada satu nilai tetap emas. Sesiapa yang ada Dolar boleh menukarkannya kepada emas, 35 US dolar boleh tukar dengan 31.1gram emas. Maka berlakulah perdagangan dunia seperti yang dimesyuaratkan. Pada 1971, Amerika mengumumkan bahawa US dolar tidak lagi disandarkan kepada emas, dalam masa yang sama, mereka menukarkan kadar tukaran emas , dari 35 US dolar untuk 31.1 gram emas kepada 70 US dolar untuk 31.1 gram emas. Nilai ini ditingkatkan setahun demi setahun. Sehinggalah ianya hampir sampai ke kemuncak, 1400US dolar untuk 31.1 gram emas. Sesiapa yang menyimpan 35 US dolar pada 1970, hari ini tidak cukup membeli satu gram emaspun. Sistem Riba Yang Menjadi Asas Rakyat. Apabila kita membandingkan sistem kupon hari kantin dan sistem duit kertas, ianya sama. Dapatkah kalian melihat penipuan pihak sekolah dan Amerika? Manusia pada awalnya, diberikan satu situasi yang mendamaikan, merancakkan perdagangan, memudahkan orang ramai agar tidak takut membawa wang (sama ada emas atau duit kertas). Kemudian, satu masa mereka baru disedarkan, bahawa mereka hidup di atas ilusi dan mainan kata-kata pihak yang memerintah ( sama ada pihak sekolah atau negara). Jika kita melihat balik hadis-hadis nabi berkaitan emas dan perak, ianya tidak boleh dilengah-lengahkan pemberiannya. Apabila berlaku transaksi melibatkan emas, perak, maka perlu dibayar cash. Melihat kepada duit kertas yang awalnya dikatakan memudahkan orang untuk membuat urusan jualbeli, kemudian duit tersebut boleh dibawa ke bank untuk ditukar kepada emas, maksudnya di sini, emas dilengahkan pemberiannya. Sedangkan, barang yang dibeli sudah ada ditangan, tetapi emasnya diberikan kemudian. Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahawa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit di antara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya. (Kitab Muwatta Imam Malik). Kita melihat, bahawa isu kupon atau resit yang menjadi pengganti emas atau perak ini telah berlaku pada zaman sahabat Nabi, Zaid bin Tsabit yang mana beliau adalah merupakan salah seorang penulis wahyu – al Quran. Nabi tidak akan menugaskan seseorang yang tidak pandai bagi membuat tugasan besar ini. Dan Zaid bin Tsabit mengetahui isi kandungan al Quran sebagaimana sepatutnya, dan beliau tahu intipati dari RIBA.

Kita melihat satu lagi contoh berkenaan dengan sistem kupon, resit, cek ini dari pandangan sahabat Nabi yang Allah beri petunjuk kepada mereka : ’Yahya meriwayatkan kepada saya daripada Malik daripada ‘Abdullah ibn Dinar daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah berkata :

“Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan seimbang, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan seimbang dan, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain dan janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada (fizikal). Jika seseorang meminta kamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembali ke rumahnya, janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’ atas kamu.”

Rama’ ialah riba. Ayat dari … janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada (fizikal). Sistem kupon atau duit kertas secara realiti pada awalnya, emas/duit seseorang itu bukan ada di situ, tetapi ada di suatu tempat lain. Kupon atau kertas itu sebagai bukti, kita punya sesuatu nilai emas/duit yang boleh ditebus. Maka, apabila kita faham realiti ini, maka kita akan sedar, masyarakat terkecil iaitu dari sekolah lagi sudah diasuh untuk hidup di dalam riba, sebelum mereka keluar ke alam realiti. Bagaimanakah mahu dijana akhlak, aqidah, sahsiah, ilmu generasi ini jika dari awal lagi sudah dibelai dan diasuh dengan menjadi musuh Allah, mengisyhtiharkan perang kepada Allah dari kecil lagi. Apabila masyarakat sudah terbiasa dengan riba, dari semua aspek muamalat mereka, maka tiada apalagi yang tinggal melainkan kehancuran yang nyata akan menunggu masyarakat yang terus menerus menggunakan sistem riba. Apabila syarat berurusan untuk membeli emas adalah dengan membayar dahulu, (bank in, cek ),kemudian, emas atau peraknya akan diberi kemudian, menimbulkan satu lagi tanda tanya, bagaimanakah dengan sistem membeli emas dan perak pada hari ini yang menggunakan medium bayar dahulu, terima barang lambat sedikit? Daripada Usama bin Zaid : Nabi bersabda :

“Tiada riba melainkan di dalam nasiah (penangguhan/ menunggu).” 
(Bukhari)

Dalam keadaan ini, kita cuba mengandaikan bahawa duit kertas adalah wang sebenar, maka bolehkah berlaku penangguhan apabila ianya dibuat tukar dengan emas yang diberi kemudian(bayar bank in dahulu, kemudian stok dapat kemudian)? (realiti, duit kertas itu sendiri adalah debu riba yang mencengkam setiap masyarakat kita hari ini). Diriwayatkan bahawa Malik Ibn Aws ibn Al-hadathan berkata ; 

“Aku telah berjalan di pasar sambil berkata ”siapa yang ada dirham untuk ditukar?’ Talhah ibn Ubaydullah, yang mana bersama Umar ibn Al Khattab berkata : “Tunjukkan kami emas kamu, kemudian kamu datang kemudian bila pembantu kami di sini dan kami akan berikan kamu perak kamu.” Umar Ibn Akhattab berkata : “Tidak, demi Allah, kamu akan berikan dia punya perak sekarang atau kamu kembalikan emasnya kembali padanya, kerana Utusan Allah berkata ; “Perak dengan perak adalah riba kecuali ianya ditukar tangan dengan tangan (tunai/cash), emas dengan emas adalah riba kecuali ianya ditukar tangan dengan tangan, gandum dengan gandum adalah riba kecuali ianya ditukar tangan dengan tangan, barli dengan barli adalah riba kecuali tangan dengan tangan, kurma dengan kurma adalah riba kecuali ianya ditukar tangan dengan tangan.” 
Hadis Muslim no. 1586

Apabila Umar sendiri melarang Talhah, yang kedua-duanya pernah hidup bersama Nabi, dari menangguhkan pemberian perak yang telah diberikan emasnya, maka persoalan riba ini adalah isu besar kerana dua orang yang antara manusia yang dijamin syurga, masih tidak sanggup untuk mengambil riba. Atau, sistem pembelian bank in atau bayar dahulu ini kemudian baru diberikan emas atau perak ini adalah sebagai wakil membeli, yang mana duit yang diberikan itu menjadikan kita sebagai wakil membeli, transaksi jual beli sebenar adalah dari pihak pembekal dengan wakil, dan wakil apabila mendapat barang baru memberikannya kepada pelanggan, kerana itu pemberian emas/perak ini tertangguh? Apa yang perlu kita peka, adalah, riba bukanlah jualbeli, melainkan exploitasi yang membuka ruang kepada penipuan, kezaliman, penganiayaan, penindasan dan pelbagai lagi perkara negative yang sedikit demi sedikit ianya merosakkan jiwa masyarakat. Rujuk akhir dari surah al Baqarah.
Saya sedang mencari jawapan terhadap apa yang sedang kita hadapi hari hari. Perjalanan sebagai bakal pengamal perubatan di Malaysia, telah mendapat salah satu ilmu yang mana, hampir setiap penyakit yang ada hari ini, timbul dari ketidakserasian antara fitrah dan amalan yang dilakukan seharian. Saya melihat riba satu isu yang menjadi asas kepada semua yang ada hari ini. Di atas hanyalah satu bahagian dari kepelbagaian jenis riba yang wujud dalam masyarakat kita.

c. Pengenalan kepada Dinar dan Dirham – Mata Wang Bebas Kezaliman

Abu Bakr ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Pesuruh Allah, Moga kesejahteraan da keselamatan sentiasa ke atas baginda, bersabda : 

“Pasti akan tiba satu waktu ke atas manusia di mana tiada lagi makna pada penyimpanan kepada Dinar dan dirham.” 
(Musnad imam Ahmad bin Hanbal)

- Sejarah Dinar dan Dirham. 

Pada permulaan sejarah bangsa muslim, kita menggunakan dinar dan dirham dalam urusan muamalat. Dinar dan dirham yang digunakan dibuat oleh orang-orang Parsi. Syiling pertama yang didatakan milik kepada muslim adalah salinan dirham perak kerajaan Sassanid Yezdigird III, dibuat pada zaman khalifah Usman, Moga Redha Allah ke atas beliau. Syiling ini berbeza dari yang asal yang mana terdapat ukiran berbahasa arab pada sekeliling syiling dengan ukiran yang biasa dibaca. “Dengan Nama Allah.’’ Sejak itu, penulisan berbahasa Arab “Dengan Nama Allah’’ dan ayat dari al Quran menjadi kebiasaan dalam pembuatan syiling-syiling oleh bangsa Muslim. Diketahui umum bahawa setiap pembuatan syiling-syiling ini berada di bawah satu standard yang dinamakan Standard Khalifah Umar, yang mana berat 10 syiling dirham bersamaam dengan 7 Dinar(Misqal). Pada tahun 75 hijriah (695) masihi, Khalifah Abdalmalik mengarahkan AlHajjaj untuk membentuk dirham pertama, seterusnya menyediakan standard Umar al Khattab secara formal. Pada tahun berikutnya, beliau mengarahkan agar semua negeri muslim perlu untuk mencetak wang dirham. Arahan itu juga meminta agar ditulis kalimah “ Allah itu unik, dan Allah itu kekal abadi.” Beliau mengarahkan agar membuang semua bentuk-bentuk fizikal manusia dan binatang dari syiling-syiling dan digantikan dengan ayat-ayat dan tulisan-tulisan. Arahan ini seterusnya dibawa merentas seluruh sejarah bangsa Muslim. Dirham dan Dinar adalah berbentuk bulat dan tulisan diukir dalam membentuk bulatan. Kebiasaanya, pada satu bahagian diukir tahlil (la ilaha illallah) dan tahmid (Alhamdulillah). Dan pada satu bahagian lagi diukir nama Pemerintah dan tahun. Kemudiannya, ianya menjadi kebiasaan untuk memperkenalkan Nabi yang tersayang, Selawat dan salam ke atas baginda, dan kadang-kadang ayat-ayat al Quran.

Syiling emas dan perak kekal sebagai mata wang rasmi sehinggalah kejatuhan khalifah. Bermula dari itu, muncul perlabagi matawang kertas yang dibuat di setiap negeri selepas dari zaman kolonialisasi negeri-negeri yang dahulunya di bawah Negara Islam. Allah menyatakan di dalam al Quran,

“Dan dari kalangan Ahli-ahli kitab, ada di kalangan mereka jika kamu mengamanahkan mereka dengan perbendaharaan (qintar), mereka akan mengembalikannya semula kepada kamu. Dan dari kalangan mereka, jika kamu mengamanahkan dengan satu dinar mereka tidak akan mengembalikannya semula kepada kamu melainkan jika kamu mendesak mereka dengan desakan yang hebat.” 
3:75.

Qadi Abu Bakr ibn Alarabi, ulama tersohor dalam Undang-undang al Quran menukilkan di dalam bukunya yang termasyhur ‘’ahkam al Quran’’ berkaitan ayat ini. ‘’Kebaikan yang boleh diambil dari ayat ini adalah larangan dari mempercayai golongan ahli kitab dengan benda-benda berharga.” Qadi Abu Bakar berkata ; “Persoalan berkaitan kepercayaan hak milik telahpun digubalkan di dalam al Quran.” Ini bermaksud bahawa pertimbangan ayat tersebut adalah sahih dengan penuh kepentingan. Mempercayakan kekayaan kepada yang bukan seagama dilarang sama sekali, tambahan mengambil rakan dalam perniagaan yang berlainan daripada Dar al Islam (Negara Islam – di mana kita menguasai mereka) adalah dilarang sama sekali kerana kemungkinan ditipu atau mereka menyalahgunakan kekayaan itu kepada urusniaga yang dilarang. Sejak wang kertas menjadi janji pembayaran, mungkinkah ia dibenarkan untuk mempercayai emiten, sementara mereka memegang bayaran (milik kita) di luar bidang kuasa kita? Sejarah juga berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas telah menjadi alat kekal dalam menipu umat Muslim. Selain itu, undang-undang Islam juga tidak membenarkan penggunaan janji bayaran sebagai media pertukaran. Mengetahui permulaan sejarah wang kertas sebagai janji pembayaran emas memungkinkan kita memahami bagaimana wang kertas adalah hutang dijadikan sebagai matawang. Kemudian apabila wang kertas dijadikan secara penuh bebas dari emas pada 1971 oleh Richard Nixon, maka wang kertas menjadi sepenuhnya penipuan terancang dalam menipu bangsa muslim bagi mengutip barang-barang berharga dari bumi muslim seperti minyak, gas asli, emas, berlian, makanan dan digantikan atau dibayar hanya dengan kertas yang boleh dicetak tanpa apa-apa sandaran. APAKAH ITU DINAR DAN DIRHAM? Menurut undang-undang Islam, dinar mempunyai berat bersih 22k emas yang bersamaan dengan 4.25 gram. Dirham pula mempunyai berat bersih 3.0 gram perak tulin. Umar Ibn al Khattab membentuk hubungan serasi yang dikenali antara mereka berdasarkan pada berat mereka iaitu “”7 dinar seharusnya bersamaan dengan 10 dirham.” Pendedahan yang dilakukan membawa banyak penilaian bersama, contohnya, zakat, perkahwinan, hudud dan lain-lain. Oleh itu, pendedahan tersebut haruslah mempunyai realiti dan ukuran yang khusus untuk penilaian zakat dan lain-lain, di mana ia boleh didasarkan bukan sahaja pada syiling yang lain. Ketahuilah bahawa adanya konsensus (ijma) semenjak permulaan Islam dan zaman usia sahabat dan pengikutnya, bahawa dinar syariat adalah sama beratnya dengan 10 berat / 7 mitqals (unit ukuran dinar) emas. Berat satu mitqal emas adalah bersamaan dengan 72 butir gandum sehingga dirham yang 7/10 itu 50 dua perlima butir. Segala ukuran yang jitu ditetapkan oleh konsessus Ïbnu Khaldun AL Muqaddimah. 

- CARA-CARA DINAR DIGUNAKAN.

1- Diar Islam boleh digunakan untuk penabungan/penyimpanan kerana mereka mempunyai nilai yang tersendiri.
2- Digunakan untuk membayar zakat dan wang hantaran/mas kahwin seperti yang diperlukan dalam undang-undang Islam.
3 - Digunakan dalam urus niaga jual beli sejak mereka merupakan media pertukaran yang sah. Dirham sedia sebagai mahar/mas kahwin Pembayaran Zakat Dengan Dinar Dan Dirham. 

Rukun Islam ada 5; tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya, solat 5 waktu, membayar zakat, menunaikan haji, dan berpuasa pada bulan Ramadan. Zakat tidak boleh dibayar dengan perjanjian (wang kertas sebagai janji diganti dengan emas) dan hanya boleh dibayar dengan barang dagangan yang nyata yang juga dinamakan ‘Ain’ di dalam bahasa Arab. Tidak boleh dibayar dengan perjanjian atau perhutangan yang dipanggil ‘Dayn-hutang’. Sejak permulaan zaman, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Yang terpenting, zakat tidak pernah sama sekali dibayar menggunakan wang kertas sewaktu zaman pemerintahan Ottoman sehinggalah kejatuhan zaman pemerintahan kekhalifahan. Shaikh Muhammad Alish (1802-1881) seorang Mufti yang hebat pernah berkata bahawa jika mahu membayar zakat dengan menggunakan wang kertas, hanya nilainya sebagai kertas itu sahaja yang boleh diterima. Oleh kerana itu, nilai nominal/nombor tidak relevan sebagai bayaran zakat. “Jika zakat itu wajib dengan mempertimbangkan substansi sebagai barang dagangan, maka nisab tidak akan ditetapkan sesuai dengan nilai tetapi menurut bahan dan kuantiti, seperti halnya dengan perak, emas, biji-bijian atau buah-buahan. Sejak substansinya (kertas) adalah tidak relevan dalam nilai berhubung dengan zakat, maka harus diperlakukan sebagai tembaga, besi atau bahan sejenis yang lain. “Fatwa Shaikh Alish Pembayaran Zakat dijelaskan secara sempurna dan ditetapkan dalam Perundangan Islam. Selama berabad-abad ketika Hukum Islam dilaksanakan oleh seorang Khalifah atau seorang Amir, zakat dikumpul dalam bentuk emas dan perak. Ketika wang kertas yang pertama kali diperkenalkan, pada abad terakhir oleh kuasa kolonial, ulama tradisional menolaknya sebagai bertentangan dengan undang-undang Islam. Menurut mereka wang kertas harus diperlakukan sebagai fulus atau lebih rendah dari mata wang, pada dasarnya hanya sebagai perubahan kecil. Hal ini, misalnya, tidak dibenarkan untuk membuat qirad dengan fulus. Di antara ulama tersebut,menonjol sarjana terkenal dari kalangan magrebi, Syaikh Muhammad Alish (1802-1881) yang merupakan seorang Syeikh dari para Syeikh dari fiqh Maliki di Universiti Al-Azhar di Mesir. Beliau menyatakan di dalam fatwanya; “Apa pertimbangan anda berkaitannya dengan kertas dengan cap dari Sultan yang beredar seperti dinar dan dirham? Adakah itu wajib membayar zakat seolah-olah itu adalah mata wang emas atau perak, atau barang dagangan, atau tidak?” Saya menjawab: “Segala puji tertentu bagi Allah dan berkat dan damai ke atas kami Ya Muhammad, pesuruh Allah.” “Zakat tidak dibayar sebegitu, kerana zakat adalah terhad pada ternakan, beberapa jenis biji-bijian dan buah-buahan, emas dan perak, dan nilai dari barang putaran. Apa yang dikatakan pada awalnya tidak termasuk dalam kategori ini. “Anda akan menemukan penjelasan di mana perbandingan dengan syiling tembaga atau fulus dengan cap dari Sultan yang beredar, tidak dibayar zakat kerana tidak termasuk dalam salah satu kategori yang dinyatakan. Dikatakan dalam “Mudawwana”: “Mereka yang mempunyai fulus yang melebihi dari setahun dengan nilai sebanyak 200 dirham tidak perlu membayar zakat kecuali digunakan sebagai barang putaran. Kemudian, harus diperlakukan seolah-olah itu adalah sebuah barang dagangan. “Dalam “At-Tiraz”, selepas dikatakan bahawa Abu Hanifah dan Asy-Syafi’i wajib membayar zakat untuk fulus tersebut, [dinyatakan bahawa] kerana keduanya menegaskan bahawa bayaran zakat adalah dari nilai, dan mengingatkan yang Syafi’i mempunyai dua pendapat yang kontradiktif/bertentangan tentang subjek ini, pendapat yang utama adalah bahawa tidak ada kewajipan untuk membayar zakat untuk fulus kerana tidak ada perbezaan tentang fakta bahawa yang penting berhubung dengan fulus tidak beratnya atau kuantiti, tetapi hanya nilai yang diberikan. Jika zakat itu wajib dengan mempertimbangkan substansi sebagai barang dagangan, maka nisab tidak akan ditetapkan sesuai dengan nilai tetapi menurut bahan dan kuantiti, seperti halnya dengan perak, emas, biji-bijian atau buah-buahan. Oleh kerana bahan kertas adalah tidak relevan dalam nilai berhubung dengan zakat, maka harus diperlakukan sebagai tembaga, besi atau bahan sejenis lain. Dan Allah SWT, yang maha bijak dan mengetahui. Dan semoga Allah memberkati dan mendamaikan Nabi Muhammad SAW bersama dengan ahli keluarganya.(Diterjemahkan dari “Al Fath Al Ali Al Maliki” ms.164-165). Fatwa ini menganggapkan bahawa wang kertas akan fulus, kerana hanya mewakili wang dan tidak mempunyai nilai sebagai barang dagangan. Hal ini berikutan bahawa kerana zakat tidak boleh dibayar dengan fulus/wang kertas, yang tidak memiliki nilai sebagai barang dagangan, tidak dapat dibayar dalam wang kertas, yang nilai sebagai berat kertas adalah kosong. Atas dasar ini, menjadi jelas keperluan mendesak untuk memulihkan penggunaan Dinar dan Dirham sebagai bayaran zakat. Jika berjuta-juta Muslim yang sekarangnya membayar zakat melalui wang kertas akanmenggunakan dinar dan dirham, mereka akan memutarkan berjuta-juta syiling emas dan perak ke dalam arus utama kegiatan komersial seharian masyarakat kita. Tindakan tunggal ini akan menjadi tindakan politik yang paling penting pada abad ini, membuka jalan ke arah penegakan mata wang halal dan melepaskan diri dari sistem kewangan riba. Mengembalikan semula pembayaran zakat di dalam bentuk emas dan perak atau dinar dan dirham adalah perkara penting dalam menaikkan semula Islam dan ummah.

d. Siri Memahami Dinar dan Dirham

- Memahami Riba dan Kaitan Wang Kertas Dengan Riba. 

Pengenalan yang ringkas ini moga–moga dapat memberi gambaran isu riba dalam shariat Islam. Memahami Riba merupakan asas terpenting dalam kehidupan seorang muslim, kerana isu ini adalah isu besar, jika kita tidak mengetahuinya, bermakna kita cuba meletakkan diri kita dalam mengisyhtiharkan Perang kepada Allah. Walaupun isu ini sangat penting tetapi tidak diketahui secara betul oleh majoriti umat Islam. Kebanyakan orang mengenali riba hanya sebagai bunga(interest). Sedangkan realitinya riba adalah lebih kompleks. Silap faham ini bukan sahaja kerana silap kiraan tetapi hasil dari pembelajaran dan doktrin palsu yang membawa kepada kejatuhan kuasa politik ummah yakni Khilafah Islamiah dan proses Islamisasi atas pembaharuan yang datang berikutnya. Riba sangat jauh bertentangan dengan jualbeli. Melalui riba, satu pihak akan menindas satu pihak yang lain, sedangkan jual beli memberikan dua-dua pihak keuntungan. Sebagai permulaan, bagi memahami realiti riba, kita perlu mengetahui takrifan bagi kedua-duanya, mari kita lihat maksud al-bai’ (jualbeli) dan riba dalam jualbeli. Dari Kitab Fathul Muin : Albai’(jual beli) Dari segi bahasa ‘jualbeli’ ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut syarak ialah menukar harta dengan harta pada wajah tertentu. Riba dari segi bahasa bermaksud “lebihan” dalam bahasa Arab. Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi, di dalam Tafsir “Ahkamul Quran” mendefinasikan riba sebagai: setiap lebihan antara nilai barang yang diberi dan nilai yang diterima. Lebihan ini merujuk kepada dua perkara :
1] setiap lebihan, manfaat hasil dari penambahan yang tidak ketentuan dalam timbangan dan ukuran.
2] setiap lebihan, manfaat dari ketidaktentuan yang datang dari penangguhan. 

Jualbeli riba ( Bai’ ribawi) : Jualbeli riba hanya terjadi pada dua hal :
1) Makanan : seperti gandum, sya’ir, kurma, anggur, garam, beras, jagung, 
2) Nuqud : Emas dan Perak : Walaupun dalam bentuk bahan seperti perhiasan emas dan perak. Dinar dirham.
Dua aspek ini membawa ulamak kita mengkategorikan riba kepada dua jenis. Ibn Rushd berkata: “Fuqahak bersependapat bahawa riba di dalam jualbeli(perniagaan) ada dua jenis : penangguhan ( nasi’ah ) dan lebihan yang ditetapkan (tafadul).” Dengan maksud, ada dua jenis riba:

1] Riba al-Fadl (lebihan dalam penambahan)
2] Riba al-Nasiah (lebihan melalui penangguhan)

Riba al-fadl merujuk kepada kuantiti/bilangan/berat.
Riba al-nasiah merujuk kepada masa yakni penangguhan.

1 Riba Al-Fadl 

Riba al-fadl sangat mudah untuk difahami. Dalam pinjaman, riba al-fadl adalah interest/bunga yang dikenakan sebagai lebihan atas pokok. Tetapi secara umumnya ia bermaksud satu pihak meminta penambahan dari nilai yang diberi. Satu pihak memberi sesuatu dengan nilai 100 bagi pertukaran sesuatu yang bernilai 110. Ini termasuk juga yang dilarang apabila dua transaksi jual-beli (aqad) dihubungi dengan satu transaksi (aqad) – dikenali sebagai dua jual-beli dalam satu, di mana satu pihak dikehendaki menjual sesuatu pada satu harga dan menjual semula dengan tempoh tertentu dengan harga yang lebih rendah kepada penjual yang mula tadi. Sebenarnya, ini adalah dalih bagi mendapatkan pinjaman dengan bunga/interest atas nama jualbeli. Tidak ada sesiapa pun yang perlukan alas an atau dalih untuk mendapatkan pinjaman terus dari Bank hari ini tetapi Perbankan Islam telah kembali kepada muslihat ini bagi memperdayakan pelanggan mereka dengan menyelewengkan makna “murabaha.” Contoh dua jualbeli dalam satu :Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar bahawa Rasullullah s.a.w. melarang dua jualbeli dalam satu jual beli. Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar bahawa seorang lelaki berkata kepada yang lain, “Belilah unta ini bagi saya segera supaya saya boleh membeli dia daripada anda secara berhutang.” Abdullah ibn Umar telah ditanya tentang yang itu dan dia tidak bersetuju dan melarangnya. Dalam kes sekarang, Kita meminta Bank membeli rumah untuk kita dari kontraktor secara tunai( satu harga) dan kita akan membeli semula rumah tersebut dengan hutang (satu harga yang lain ) dari bank. Ada dua harga yang berlaku di sini. Bank hanya akan membeli rumah secara tunai jika kita membelinya semula dengan hutang pada harga yang lain. Jika tidak, jualbeli tidak akan berlaku. Apakah perbezaan antara contoh hadis dan yang sedang dibuat oleh bank-bank yang melabelkan mereka bank Islam atau cawangan islam? Sesungguhnya, berjayalah mereka yang dapat melihat bagaimana orang Islam dilibatkan dalam transaksi riba dan berusaha meninggalkannya. Contoh Riba al Fadhl : Penukaran emas dengan emas atau perak dengan perak. Kitab Al Muwatta’ Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said berkata, “Rasullulah s.a.w , mengarahkan dua Saad untuk menjual becana/bekas yang diperbuat dari salah satu emas atau perak daripada harta rampasan. Mereka sama ada menjual masing-masing tiga unit-unit berat untuk empat unit berat duit syiling atau masing-masing empat unit-unit berat untuk tiga unit berat duit syiling. Rasullulah s.a.w, berkata kepada mereka, ‘Kamu telah mengambil riba, jadi kembalikan ia.’ “Penukaran ini melibatkan berat yang tidak sama. Antara becana atau bekas yang diperbuat dengan emas dan perak. Menjualnya dengan tidak setimpal dari segi berat syiling dinar dan dirham adalah riba. Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Humayd ibn Qays al-Makki yang Mujahid berkata, “Saya berada bersama Abdullah ibn Umar, dan seorang tukang datang kepadanya dan berkata, ‘Abu Abd ar-Rahman – Saya membentuk emas perhiasan dan kemudian menjual lebih daripada beratnya. Saya mengambil satu jumlah bersamaan kerja tangan saya.’ Abdullah melarang dia melakukan yang demikian, jadi tukang itu mengulangi soalan kepadanya, dan Abdullah terus melarangnya sehingga dia datang ke pintu masjid atau kepada binatang tunggangannya. Kemudian Abdullah ibn Umar berkata, ‘Satu dinar untuk satu dinar, dan satu dirham untuk satu dirham. Tidak boleh menambah antara mereka. Ini merupakan perintah dari Nabi kita untuk kami dan nasihat kami untuk anda.’ “Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar daripada datuknya, Malik ibn Abi Amir yang Uthman ibn Affan menyatakan, ” Rasullulah s.a.w berkata kepada saya, ‘Jangan kamu jual satu dinar untuk dua dinar atau satu dirham untuk dua dirham.” Apa yang kita faham dari hadis Saidina Uthman bahawa tukaran emas dengan emas dan perak dengan mestilah seimbang. Maknanya bukan menukar 1 dinar syiling emas dengan 1 dinar syiling emas. 1 dinar ialah 1 mithqal iaitu berat emas 4.25 gram tidak kira dalam apa bentuk sekalipun tukarannya mesti sama berat. Sebab itulah syiling dinar emas mesti dalam bentuk emas 916 kerana barang kemas majoritinya adalah emas 916. Jika 2 dinar emas 999 ditukar dengan barang kemas 916 yang beratnya 8.5 gram, walaupun sama timbangan beratnya dalam tukaran, kualitinya tidak sama maka akan berlaku riba di situ. Imam Malik berkata, “Tiada salah dalam membeli emas dengan perak atau perak dengan emas tanpa berukuran jika ianya bukan dalam bentuk syiling atau barang kemas yang telah diperbuat. Syiling dirham dan dinar yang boleh dikira tidak sepatutnya dibeli tanpa pengiraan sehingga mereka dikenali dan terjumlah. Untuk meninggalkan jumlah dan membeli mereka secara rambang akan menjadi jual beli mengagak-agak (spekulatif). Itu bukan sebahagian daripada urus niaga muamalat bagi umat Islam. Apa–apa bahan dari emas dan perak dalam bentuk bukan syiling dan barang kemas, tidak ada salahnya dalam membeli benda-benda sebegitu tanpa berukuran. Untuk membeli mereka tanpa berukuran adalah seperti membeli gandum, kurma kering, dan barang makanan yang lain, yang dijual tanpa berukuran, walaupun benda-benda seperti mereka adalah diukur “Benda yang jelas perlu dihitung dalam tukaran ialah syiling dirham perak dengan syiling dinar emas. Ini bagi menjelaskan rate tukaran antara syiling dirham dan syiling dinar. Ini boleh merujuk kepada zakat ke atas syiling dirham dan perak. Kitab Muwatta’ Imam Malik berkata, jika seorang lelaki telah memiliki seratus dan enam puluh dirham dan kadar pertukaran dalam di kotanya ialah lapan dirham untuk satu dinar, beliau tidak perlu membayar apa-apa zakat. Zakat hanya untuk dibayar jika sampai dua puluh dinar emas atau dua ratus dirham. Contoh yang melibatkan bahan makanan (ingat bahawa jualbeli yang melibatkan makanan yang boleh menjerumuskan kepada riba adalah makanan asasi masyarakat seperti. gandum, sya’ir, kurma, anggur, garam, beras, jagung, dll) : Abu Said alKhudri meriwayatkan bahawa Bilal telah membawa kepada Nabi beberapa kurma Barni (jenis kurma) dan apabila beliau (Bilal) ditanya oleh baginda (Nabi) dari manakah beliau mendapatkannya, Beliau menjawab ” Aku mempunyai kurma yang mempunyai kualiti yang rendah, kemudian aku menukarkan dua Sa’ (bekas) daripadanya untuk satu Sa’ (bekas) yang ini. Nabi menjawab : Ah, inilah intipati riba. Intipati dari riba. Jangan kamu lakukan demikian, tapi jika kamu mahukan, jualkan kurma dalam transaksi yang berasingan kemudian kamu beli dengan apa yang kamu dapatkan (dari jual beli kurma tadi). Lebih mudah jika kita menggunakan contoh beras, kerana beras adalah makanan asasi masyarakat nusantara. Umar adalah tokey beras basmati. Ali adalah tokey beras Siam. Jika Umar mahu menukarkan beras Basmati dengan beras Siam, maka syaratnya adalah satu kilogram beras Basmati Umar ditukar dengan Satu Kilogram beras Siam Ali. Jika Umar mempunyai beras basmati, dan Umar mahukan beras Siam untuk dimakan, maka Umar tidak boleh menjualkan satu kilogram beras Basmati untuk mendapatkan dua kilogram beras Siam dari Ali. Ini adalah riba. Walaupun kita tahu bahawa beras Basmati adalah beras kualiti tinggi, dan beras Siam sedikit rendah kualitinya, tetapi inilah syarat jika kita mahu menukarkan makanan yang sama. Iaitu sama berat. Jika Umar masih mahukan beras Siam dari satu kilogram beras Basmati kepada dua kilogram beras Siam, Umar perlu menjual satu kilogram beras Basmati yang ada ditangannya dan mendapatkan dinar (emas) atau dirham (perak) atau barangan lain, kemudian dari barangan yang beliau dapatkan itu, beliau boleh membeli beras Siam yang diinginkannya.

2 – Riba An-Nasiah

Memahami Riba al-nasiah adalah lebih halus dan teliti. Lebihan pada masa secara tidak adil yang ditambah dalam transaksi adalah penangguhan yang tidak adil. Imam Malik berkata, “Tidak elok pertukaran dalam dua untuk satu daripada satu jenis dengan tertangguh. Tiada merosakkan tukaran dalam mengambil dua daripada satu jenis untuk satu daripada satu jenis lagi dengan tertangguh, jika keduanya dengan jelas berbeza jenis. Jika kedua-duanya menyerupai satu sama lain tetapi nama mereka adalah berlainan, seperti plumbum biasa dan plumbum hitam, loyang biasa dan loyang kuning, saya tidak bersetuju mengambil dua daripada satu jenis untuk satu daripada yang lain secara bertangguh.” Ada ulamak memperincikan riba kepada riba al yad. Iaitu keadaan di mana salah satu penjual atau pembeli meninggalkan majlis aqad sebelum berlaku serah terima. Ini merujuk kepada pemilikan(‘ayn) dan bukan pemilikan/hutang(dayn) sebagai alat pembayaran(emas, perak dan makanan yang digunakan sebagai wang). ‘Ayn ialah barang yang nyata dan selalu dirujuk sebagai tunai(fizikal). Dayn adalah nota janji untuk membayar atau suatu hutang atau apa barang di mana penghantaran atau pembayaran ditangguh. Menukar(safr) dayn dengan ‘ayn samalah seperti Riba al-nasiah. Menukar dayn dengan dayn juga dilarang. Di dalam penukaran hanya ‘ayn dengan ’ayn diizinkan. Banyak hadis yang menyokong isu ini. Riwayat Imam Malik : Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar bahawa al-Qasim ibn Muhammadberkata, “Umar ibn al-Khattab berkata, `Dinar untuk dinar dan dirham untuk dirham dan sa’ untuk sa’. Suatu yang akan diambil kemudian tidak boleh dijual dengan sesuatu yang ada di tangan.” Yahya meriwayatkan padaku daripada Malik bahawa Abu’z-Zinad mendengar Sa’id al-Musayyab berkata, “Riba terdapat hanya dalam emas dan perak atau apapun yang ditimbang dan diukur oleh makanan dan minuman.” Riba al-nasiah merujuk terutamanya kepada penggunaan dayn dalam petukaran(sarf) barang yang sama jenis. Tetapi larangan ini dilanjutkan dalam jualbeli secara am di mana dayn sebagai matawang sudah melewati batasan kontrak peribadi kepada alat pertukaran(sebagai wang) yang menggantikan ‘ayn. Imam Malik, r.a., menunjukkan perkara ini di dalam ‘Al-Muwatta’: Yahya meriwayatkan padaku daripada Malik bahawa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit di antara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya. Zayd ibn Thabit khususnya menyebut riba, resit(dayn) di mana penduduk berjualbeli sebelum menerima barang.’ Emas, perak atau makanan boleh digunakan sebagai bayaran, tetapi kamu tidak boleh menggunakan nota janji pembayaran. Di dalamnya ada penangguhan sebagai tambahan yang tidak dibenarkan. Sekiranya kamu memiliki dayn, kamu haruslah mengambil barang tersebut (‘ayn) dan barulah kamu boleh bertransaksi. Dayn tidak boleh digunakan sebagai matawang. Secara umumnya, peraturannya ialah kamu tidak boleh menjual sesuatu ada di situ dengan suatu yang tiada. Amalan ini dipanggil Rama’ dan ini adalah Riba. Imam Malik menyambung : Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari ‘Abdullah ibn Dinar dari ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah berkata, 

“Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan seimbang, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan seimbang dan, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain dan janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada (fizikal). Jika seseorang meminta kamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembali ke rumahnya, janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’ atas kamu.”

Rama’ ialah riba. Rama’ adalah amalan biasa dalam pasar kita sekarang ini. Matawang dayn(wang kertas, resit) telah mengantikan matawang ‘ayn (dinar,dirham). Inilah yang dimaksud oleh Umar ibn al-Khattab apabila dia berkata saya bimbang Rama’ ke atas kamu. Jualbeli dengan penangguhan tidak terhad atas logam sahaja tetapi termasuk makanan. Kata Malik“ Rasullulah s.a.w melarang makanan dijual sebelum makanan tersebut diserah. Oleh itu apa yang dilarang di dalam riba al-nasiah ialah penambahan palsu yang tidak sepatutnya ada dalam transaksi secara fitrah. Apakah yang dimaksud dengan palsu dan fitrah di sini?
Maksudnya setiap transaksi mempunyai keadaan masa dan harga. Pinjaman melibatkan penangguhan tetapi bukannya lebihan kuantiti. Seorang memberikan sejumlah wang, selepas jangka masa waktu tertentu wang tersebut dipulangkan tanpa sebarang tambahan. Tambahan masa adalah halal tetapi tambahan kuantiti apabila dipulangkan adalah haram. Ini adalah riba. Pertukaran(as-sarf) tidak boleh melibatkan penangguhan dan tambahan kuantiti. Apabila seorang memberi wang, yang sama diberikan tanpa penangguhan. Penangguhan tidak dibenarkan dalam pertukaran. Jika kamu mahu melambatkan pembayaran, kamu harus jadikan ia sebagai pinjaman, kamu tidak boleh menjadikan pinjaman sebagai sesuatu yang tersembunyi di sebalik pertukaran yang ditangguhkan. Pertukaran yang ditangguh dipanggil riba al-nasiah. Sewaan melibatkan penangguhan dan penambahan dan ianya halal. Apabila kamu menyewa sebuah rumah, kamu telah memgambil rumah tersebut untuk tempoh waktu tertentu(penambahan) dan sebagai balasannya kamu membayar sewa(penambahan). Penambahan ini dalam masa dan kuantiti dibolehkan dan halal. Tetapi kamu hanya boleh menyewakan barang yang hanya boleh disewa. Kereta, rumah atau kuda. Wang atau makanan tidak boleh disewa, untuk berpura–pura wang boleh disewa akan merosakkan transaksi jualbeli dan menjadikannya riba. Setiap transaksi melibatkan keadaan yang berkaitan dengan benda itu sendiri. Kita tidak boleh mengambil syarat untuk suatu benda dan dikaitkan dengan syarat pada benda yang lain tanpa merosakkan transaksi tersebut. Dengan menambah syarat atau lebihan akan berlaku riba. Oleh kerana dayn itu sendiri adalah penangguhan, penggunaan dayn hanya dihadkan penggunaannya secara individu dan dilarang digunakan sebagai medium untuk pembayaran. Dayn adalah halal, menggunakannya sebagai matawang adalah haram. Dayn adalah kontrak persendirian antara dua individu dan akan terus menjadi kontrak dalam skop persendirian. Perpindahan dayn dari seorang ke seorang yang lain boleh dijalankan, secara Islamnya dengan menyelesaikan dayn yang pertama dan membuat dayn yang baru. Dayn tidak boleh diedarkan di luar batas kontrak individunya dan bebas merata. Pemiliknya mesti mengambil barang sebagaimana yang tertera pada dayn dan melupuskan dayn tersebut. Dayn tidak boleh digunakan sebagai alat tukaran dan digunakan sebagai medium pembayaran, oleh itu dayn tidak boleh digunakan untuk membayar zakat. Hadis yang terkenal yang menyebut tentang “tangan dengan tangan” dan “seimbang” merujuk pada riba. Emas dengan emas, seimbang dan tangan dengan tangan merujuk kepada perseimbangan dalam traksaksi. Satu aspek merujuk kepada keseimbangan dalam kuantiti jika berlaku ketidakseimbangan menjadi riba al-fadl dan satu lagi merujuk kepada kesegeraan (tanpa penangguhan) dan jika berlaku penangguhan dirujuk sebagai riba al–nasiah. Ini akan menghalang keadaan di mana emas yang tidak ada(dayn) ditukar dengan emas yang ada(dayn). Ini sangat relevan kerana cara beginilah orang Islam ditipu dengan emas mereka dengan cara menukar dengan kertas janji palsu emas(bentuk asal wang kertas). Kedua–dua riba al–nasiah dan riba al–fadl dilarang dalam al Quran, malah riba dalam al Quran dan Sunnah adalah sama. Sunnah adalah amalan hidup sebagai penafsiran dari al Quran. Riba yang dikenali sebagai riba al Jahiliyah mengandungi kedua–duanya riba al-nasiah dan riba al-fadl. Dalam transaksi ini, pembayaran ditangguh(nasiah) ditukar dengan penambahan(fadl), tetapi riba al–nasiah melibatkan lebih dari hanya riba al–jahilliyah. Memahami riba al-nasiah adalah asas kepada pemahaman tentang kedudukan kita ke atas duit kertas.

e. Realiti Duit Kertas dan Kaitannya Dengan Riba

Selepas kita memahami isu asas riba, maka kita akan melihat bagaimanakah riba ini menjadi asas kepada sistem ekonomi semasa. Dalam kita memahami isu riba, ia tidak lari dari kita memahami mengapa riba menjadi asas kepada sistem ekonomi pada hari ini. Kepelbagaian ideologi ciptaan manusia pada zaman ini bagi menggantikan cara hidup Islam menunjukkan bahawa ideologi-ideologi ini tidak lain melainkan menjadikan Tuhan hanya sebagai satu bahagian dari kehidupan bukan dalam semua cara hidup. Salah satu ideologi yang terus subur pada hari ini adalah KAPITALISME. Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih. Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam. Hukum kapitalis tetap sama. Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank. Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum. Sebelum kemunculan bank iaitu di zaman kapitalisma kaum pedagang, emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas. Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu iaitu emas dan perak. Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah. Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas/resit jumlah emas yang tersimpan. Kertas/resit ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan. Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini dating kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas. Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah. Keyakinan yang bertambah ini menjadikan saudagar-saudagar menggunakan resit/kertas ini dalam urusan jualbeli di atas keyakinannya bahawa kertas-kertas/resit-resit itu adalah bernilai sama dengan emas yang disimpan.
Sebagai contoh penggunaan resit ini seperti berikut. Pak Ali simpan 10 gram emas di Tuan Kedai Emas, dan Tuan Kedai Emas menulis di atas satu kertas bahawa kertas/resit ini mewakili 10 gram emas yang disimpan. Maka Pak Ali pergi ke kedai Pak Abu, ingin membeli barang (contoh kurma atau apa sahaja barang) tetapi Pak Ali tiada emas di tangan, hanya ada sekeping kertas bertulis, mewakili Nilai 10 gram emas. Pak Ali memberikan kertas tersebut kepada Pak Abu, dan Pak Abu menyerahkan satu guni beras kepada Pak Ali. Jika kita ingat pengertian RIBA, riba terjadi apabila berlaku dalam urus niaga yang berkaitan emas/perak atau makanan. Maka setelah urusan jualbeli tersebut, Pak Abu perlu pergi ke kedai emas untuk menukarkan kertas/resit kepada nilai emas yang disimpan. Di sini berlaku penangguhan yang dilakukan oleh Pak Ali terhadap emas miliknya. Yang sepatutnya Pak Ali perlu membayar dengar emas, tetapi Pak Ali menangguhkan pembayaran dengan menjanjikan sekeping kertas yang boleh ditebus dengan nilai emas yang tertulis di atasnya. Ini adalah RIBA yang jelas. Dari sinilah masyarakat dikaburi dan hidup di atas sistem riba, tidak terkecuali umat Islam. Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah. Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh Kasap. Ertinya, ada seratus keeping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda. Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai. Inilah asal-usul duit kertas atau bank note. Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan dating serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan. Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal. Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rahsia, konon untuk menjagakestabilan suasana perniagaan.
 Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan. Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai. Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi. Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice. Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan. Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun. Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank!! Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu. Contoh: Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang. Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata! Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit. Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan.Ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan. Bank memungut bunga dan riba yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga. Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini. Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran. Amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus. Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan. Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit, maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap! Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008. Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka. Permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank. Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untukmengeluarkan duit mereka. Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap.Inilah yang sedang berlaku sekarang. Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik bank ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan. Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus. Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka. Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan dibank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung. Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrupt tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup. Sejarah Duit Kertas Zaman Moden Kita perlu ingat semula bagaimana sistem duit kertas ini mula melebar di kalangan negara umat Islam dan mengapa umat Islam berterusan dilihat hidup dalam kehinaan. Pada tahun 1944, satu perjanjian di Bretton Woods yang diwakili oleh sejumlah 44 buah Negara bersetuju menjadikan Dollar Amerika (USD) sebagai matawang antarabangsa menggantikan emas, dan setiap satu USD mewakil 1gram emas yang disimpan di dalam bank di Amerika atau dengan kata lain, setiap satu auns (34 @ 35 gram emas ) bernilai 35 USD. Setiap negara yang mempunyai USD dalam simpanan negara mereka, maka negara tersebut boleh membawa duit USD di negara tersebut ke Amerika, dan boleh ditukarkan dengan emas yang ada. Syarat ini hanya sah untuk kerajaan, jika rakyat perseorangan ingin menukar USD dengan emas, ini tidak dibenarkan sama sekali. Maka kita melihat, satu sistem kufar, sistem yang mengisyhtiharkan Perang Terang-terang dengan Allah, mula beroperasi. Emas yang sepatutnya diniagakan secara tunai/cash tidak lagi dibuat demikian, melainkan ianya ditangguhkan dalam urusan jualbeli. Penjual yang sepatutnya mendapat emas, sebaliknya hanya mendapat kertas dan perlu mengambil sendiri emas yang sepatutnya dia dapat dari satu tempat lain. Mari kita rujuk salah satu hadis yang berkaitan : Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahawa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al- Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit di antara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya. Kemudian, pada tahun 1971, Amerika mengishtiharkan bahawa US dollar tidak lagi disandarkan dengan nilaian emas, setiap negara yang mempunyai USD tidak lagi boleh menukarkan USD dengan emas. Maka di sini, kita melihat satu perjanjian yang dibuat dahulu telah dimungkiri, sebilangan besar manusia/negara yang terlibat dalam perjanjian ini telah bulat-bulat ditipu. Maka nilai USD yang ada pada tangan mereka sekarang tiada apa-apa nilai melainkan kertas. Bermula tahun 1971, nilai kertas terhadap emas semakin meningkat. Sehingga pada hari ini, satu auns (35 gram) bernilai 1280 USD berbanding satu auns pada sebelum 1971 nilainya 35 USD. Jika seseorang pada tahun 1970 contohnya, dibayar gaji oleh majikannya bergaji RM 900 ringgit(1USD = RM 3), maka kita akan dapati nilai emas yang boleh didapati adalah lebih kurang 8.5 auns. Pada hari ini, seorang amah yang dibayar RM 900, pada hari ini, hanya boleh mendapat sekitar 0.2 atau satu perlima (1/5) auns. Lihatlah bagaimana manusia dimiskinkan, dan ditipu. Nilaian kerja setiap manusia setiap hari dikurangkan sedangkan bebanan kerja yang dihadapi setiap hari ditambah. Isu Wang kertas boleh disimpulkan dalam 4 perkara tetapi hanya 3 yang akan dijelaskan di sini. 

1- Isu Riba dan Hutang. 

Ini isu yang sangat jelas apabila kita sudah memahami asas kepada timbulnya wang kertas. Emas dan Perak tidak boleh diniagakan/dijual beli secara bertangguh. Maka penangguhan yang dibuat dalam urus niaga emas dan perak menjadikan urusan jualbeli tersebut menjadi urusan riba, bukan urusan jualbeli. Kedua-dua pihak yang terlibat, penjual dan pembeli, secara terang mengishtiharkan Perang terhadap Allah dan Rasul. Selain isu riba, isu hutang juga dikaitkan dengan wang kertas. Apabila seseorang memberikan kertas 10 USD bererti ada nilai sebanyak 10 gram emas di dalam bank. Bila dia menjadikan kertas 10 USD itu untuk urus niaga, maka 10 USD itu boleh dikatakan sebagai hutang sebanyak 10 gram emas dari pembeli kepada penjual. Maka urus niaga ini tidak sah. Bahkan apabila kertas ini bertukar-tukar tangan. Hutang dijadikan bahan niaga. Ini sesuatu yang jelas melanggar hukum Allah. Kerana hutang, ianya perlu dicatat dan mempunyai saksi, sedangkan urusan perpindahan hutang(kertas) dengan hutang (kertas) ini tidak dicatat langsung semua aturan Allah.

2 – Isu menjadikan ahli kitab sebagai pemegang amanah

Emas yang kita ada disimpan pada seorang pemegang amanah (bank atau siapa-siapa). Apakah kata-kata Allah, Pencipta Kita terhadap perkara ini?

“Di antara Ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: "tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi[206]. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui.”
[206]. Yang mereka maksud dengan orang-orang ummi dalam ayat ini adalah orang Arab.
(ali imran : 75) 

Dari ayat ini, Allah menjelaskan dari ahli kitab itu, tidak amanah apabila emas kita disimpan dengan mereka. Berkenaan ayat ini, seorang ulama memberikan penjelasan, Qadi Abu Bakr ibn Al-Arabi di dalam bukunya Ahkamul Quran(hukum-hukum Quran).” Ia adalah dilarang bagi seseorang muslim untuk memberikan amanah kepada orang kafir di luar Dar Al-Islam(Tanah air/Negara Islam), iaitu “kecuali engkau selalu menuntutnya” yang membawa erti ianya di bawah kuasa seorang Muslim yang mempunyai autoriti untuk memaksanya. Penerangan terhadap keterangan ini ada di dalam ayat itu sendiri. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi.” Yang boleh kita jelaskan, bahawa mereka akan dengan sendiri memungkiri perjanjian yang awal. Disebabkan perkara ini dibuktikan oleh sejarah, maka kita merumuskan bahawa ianya satu perkara yang sangat penting bagi seorang muslim memahaminya.

3- Kehilangan Nilai Wang Kertas

Jika kita masih ingat, harga seekor kambing pada awal 1990an, ianya hanya sekitar harga RM 100, tetapi, kini harga seekor kambing bernilai sekitar RM600-700 seekor. Jika kita menyimpan RM 100 dari awal 1990an, maka jika menggunakannya pada waktu kini, kita tidak berjaya membeli satu bahagian kambing pun. Begitu juga dengan barangan lain, dan barangan yang paling ketara adalah emas. Proses kehilangan nilai duit kertas ini adalah perompakan secara besar-besaran. Perompakan atau penipuan, dua-dua kita boleh istilahkan kepada sistem kehilangan nilai duit kertas. Seorang Muslim apatah lagi mukmin, tidak boleh meletakkan dirinya di dalam kebinasaan. Apatah lagi, meletakkan dirinya sendiri dalam situasi sentiasa ditipu dan dianiaya. Bukankah Nabi pernah menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh terjatuh ke dalam lubangy ang sama kali ke dua? (betulkan saya tentang hadis ini) Ingatlah bahawa suatu ketika dahulu peristiwa atau keadaan yang ada pada zaman ini, sudah berlaku ketika zaman nabi Syu’aib. Antara yang didakwahkan oleh Nabi Syuaib adalah larangan terhadap perangai atau sifat dari kalangan masyarakat yang suka menyebabkan kerugian dan kehilangan nilai harta manusia. Firman Allah swt yang bermaksud :

“Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.” 
( al-a’raf : 85) 

“Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.” 
(al-a’raf : 86)

Kisah Nabi Syuaib adalah peringatan jelas dari Allah, bahawa antara punca kerosakan bumi adalah penipuan dalam timbangan, dan sifat suka menghilangkan/merugikan nilai dari dari harta manusia. Sikap yang ditunjukkan oleh kaum Nabi Syuaib adalah penentangan yang nyata, maka kalian cuba bacakan apakah nasib kaum yang terang-terang memepertahankan sistem itu. Nasib kita pada hari ini, jika tidak mahu terus berada di dalam kerosakan dan termasuk golongan yang akan dihapuskan Allah, maka berwaspadalah terhadap sistem ekonomi yang ada pada hari ini, fatwa-fatwa ulama berkenaan sistem duit kertas perlu dinilai semula, bahkan ditolak secara terus kerana ianya bertentangan dengan peringatan Allah agar kita menjauhinya. Fatwa sebilangan kecil ulama di Malaysia yang menghalalkan ASB adalah sangat diragukan dengan alasan ianya untuk maslahah umat Islam, sedangkan kaitan ASB dengan riba sangat jelas, sedangkan Allah menghendaki agamaNYA terus lurus, tetapi mereka yang digelar ulama ini, mengambil pendekatan menjauhkan manusia dari agama Allah dan menjadikan agama Allah yang lurus menjadi bengkok. 

- Kesimpulan Akhir Dari Wang Kertas

Disebabkan majoriti umat Islam dan negara Umat Islam menggunakan duit kertas, maka kita melihat kehinaan yang menimpa sebilangan besar umat Islam disebabkan kita dengan sendiri Mengistiharkan Perang terhadap Allah, dan kita meninggalkan suruhannya dan mengikut telunjuk manusia-manusia yang tidak beriman kepada Allah dalam urusan kehidupan kita. Jika kita memahami isu duit kertas, maka dari isu ini akan timbul isu perbankan termasuk perbankan islam, takaful, saham, ASB. Jika ada yang mempersoalkan bahawa Ulama sudah berfatwa, maka jawapan pada persoalan ini adalah, ulama bukan Tuhan yang memberikan HUKUM. Kesilapan terbesar umat Islam pada zaman ini apabila seorang yang dikatakan ilmuwan Islam mengeluarkan fatwanya berkaitan duit kertas, Dr Yusuf Al Qaradawi dari Fatwa Muasirah beliau : 

“WANG KERTAS TELAH MENJADI WANG YANG DIGUNAKAN SELURUH DUNIA. BAGAIMANAKAH INGIN MEMBATALKAN HUKUM RIBA PADANYA SEDANGKAN SEMUA MANUSIA BERMUAMALAT DENGANNYA TIDAK LAGI DENGAN EMAS DAN PERAK? SESIAPA YANG MEMILIKINYA DIANGGAP KAYA WALAUPUN TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS DAN PERAK. DENGAN WANG INI, LELAKI MENJADIKAN MAHAR, DIGUNA DALAM JUALBELI, SEWA DAN MEMBAYAR DIAT. SEMUA MUAMALAT MELALUI WANG KERTAS SUDAH MENCAPAI TAHAP EMAS DAN PERAK.”

Jika seorang yang dikatakan ulama tidak memahami realiti sebenar duit kertas, maka bagaimanakah umat ini ingin dibawa keluar dari kehinaan? Mereka hanya manusia sama seperti kita, dan keterangan ini saya tidak mengatakan tidak perlu orang yang berautoriti untuk mengulas sesuatu isu, tetapi yang HALAL telah jelas dan yang HARAM telah jelas, mengapakah hukum-hukum yang jelas ini ingin disamar-samarkan isunya? Ingatlah satu kisah dari al Quran yang mana ramai manusia menyuruh Allah agar ditimpakan azab yang berkali ganda kepada golongan yang membawa mereka kepada neraka. Allah berfirman ysng bermaksud:

“Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan.” 
(al-a-araf : 39)

Apakah kita mahu mengikut sikap ahli neraka yang menunjukkan yang ianya kesalahan orang lain apabila kita termasuk dalam kalangan yang tersilap/salah? Rugilah jika kita tidak memahami isu ini dengan jelas. Semoga Allah menunjukkan kepada kita jalan kepada kebaikan dan menjadikan kita cenderung kepada kebaikan dan memberikan kita kekuatan untuk beramal. Membeli dengan Dirham di Saba Islamic. 

f. Memahami Kepelbagaian Jenis Riba

Sebagai seorang muslim, apabila kita mengucapkan ”tiada tuhan selain ALLAH” maka ini bererti setiap saat kehidupan kita adalah berpandukan kepada petunjuk Allah dan kita menggantungkan diri kita sepenuhnya kepada petunjuk dan jalan yang Allah berikan dalam kita meniti kehidupan ini. Bila mana kita membacakan dan merujuk ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada kita melalui Nabi Muhammad saw, iaitu al Quran, maka kita perlu melihat intipati dari ayat pertama diturunkan sehinggalah ayat yang terakhir. Ayat pertama Allah menyuruh kita membaca, dan antara ayat terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, adalah berkaitan RIBA. Antara kesimpulan awal dari sirah penurunan ayat al Quran, dari banyak-banyak pengajaran yang boleh kita dapati, bahawa ayat terakhir yang Allah suruh adalah meninggalkan terus saki baki dari Riba, kerana dari permulaan turunnya al Quran, Allah telah menceritakan secara detail satu persatu mengenai riba. Ketika al Quran telah mengkategorikan apakah itu riba (lebihan) maka, baki penerangan riba adalah tertakhluk kepada Nabi Muhammad saw untuk memperincikan dan menerangkan kepelbagaian bentuk riba. Antara yang disarankan nabi kita berkaitan riba adalah dari hadis yang diriwayatkan daripada Jabir :

Rasulullah melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan(membayar) riba, seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : “Mereka semuanya sama bersalah.” 
(Muslim)

Satu kenyataan yang sama oleh baginda Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifa Nabi melaknat wanita yang membuat tatu dan seorang yang ditatu, dan seorang yang menggunakan riba dan seseorang yang memberikannya. Dan baginda melarang mengambil harga anjing dan wang yang diperolehi dari pelacuran (perzinaan) dan melaknat pembuat-pembuat gambar. 
(Bukhari).

Maka, setiap kali seorang muslim menulis sesuatu cek atau mengeluarkan duit untuk membayar ansuran pinjaman riba(pinjaman dengan bunga/lebihan) yang mana dia telah mengambilnya dari bank untuk membayar rumah atau kereta atau lain-lain, maka dia patut sedar dan tahu bahawa dia telah mengikat dirinya dengan riba dan Nabi Muhammad telah melaknatnya!! Jika dia mati tanpa melaksanakan taubat dan tanpa sesuatu perkara yang membolehkannya lari dari riba tersebut, maka dia akan mengakhiri hidupnya di akhirat di dalam api neraka!! 

- Kepelbagaian Bentuk Riba

Nabi Muhammad telah mengishtiharkan bahawa di sana ada 73 jenis atau bentuk riba : Abu Hurairah meriwayatkan Pesuruh Allah bersabda :

“Riba mempunyai 73 bahagian, yang paling ringan (dosanya) adalah bersamaan dengan seorang lelaki mengahwini ibunya sendiri (yang mana ini adalah bahasa yang lembut yang digunakan nabi dalam menggambarkan perzinaan/kelakuan kelamin antara seorang lelaki dan ibunya sendiri).”
(Sunan, Ibn Majah)

Baginda tidak mengklasifikasikan semua 73 tersebut. Faktanya, baginda hanya menghuraikan sebahagian dari jenis-jenis dan bentuk dari riba. Implikasinya, bahawasanya, mungkin di sana ada jenis-jenis riba yang wujud di atas dunia ini yang tidak diceritakan secara terperinci oleh baginda nabi sollallahu alaihi wasallam tetapi dikenali oleh masyarakat yang bermuamalat di dalamnya sebagai RIBA. Sebagai contoh suatu hadis berkaitan riba yang dirujuk dari Abdullah Bin Salaam, seorang bekas rabbi Yahudi terkemuka yang hidup pada zaman Nabi yang memeluk Islam, menghuraikan bentuk riba seperti berikut : Abu Burdah ibn Abi Musa berkata : “Aku telah datang ke Madinah dan telah bertemu dengan Abdullah ibn Salaam (Rabbi yahudi yang telah memeluk Islam) yang mana beliau berkata : Kamu (sekarang) hidup di negara yang mana riba adalah berleluasa, jika seseorang berhutang kepada kamu sesuatu dan memberikan kamu seberkas jerami, atau seberkas barli atau seikat jerami, jangan kamu menerimanya kerana ia adalah Riba.” 
(Bukhari)

Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah bersabda :

“Jika kamu memberikan kepada seorang lelaki pinjaman dan dia menjemput kamu makan, Janganlah makannya, kerana ia adalah RIBA! Tetapi bila dia menjemput kamu sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh makan. Dan sekali lagi baginda bersabda : jika kamu memberikan seseorang lelaki pinjaman dan dia menjemput kamu menunggang di atas binatangnya, jangan kamu mengambilnya kerana itu adalah RIBA! Tetapi jika dia menawarkan kamu menunggang di atas binatangnya, sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh menerimanya.” 
(Sunan Albayhaqi) 

Anas bin Malik juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : 

“Jika seorang lelaki memberikan pinjaman pada seseorang, dia tidak sepatutnya menerima hadiah (dia tidak boleh terima hadiah dari penghutang dalam keadaan hutangnya masih tidak dilangsaikan, tetapi dia boleh bila pinjaman tersebut sudah dibayar kepadanya).”
(Bukhari)

Fadalah ibn Ubayd berkata bahawa Pesuruh Allah bersabda : 

“Keuntungan(imbuhan/kelebihan/manfaat) yang didapati sesuatau pinjaman adalah satu dari kepelbagaian aspek dari RIBA.”
(Sunan Al-bayhaqi)

Sungguh, Umar mengeluh di atas fakta bahawa Nabi pergi tanpa menceritakan secara spesifik kesemua jenis-jenis riba yang wujud : Ibn Umar meriwayatkan : Umar telah memberikan khutbah di atas mimbar Nabi dengan berkata : … Aku mengharapkan Pesuruh Allah (rasulullah) tidak meninggalkan kita sebelum beliau memberikan kita keputusan yang jelas berkaitan 3 perkara, berapa banyak seorang datuk boleh mewarisi (cucunya), pusaka dari al-kalala (seorang yang mati yang tiada dari warisnya dari kalangan ayah atau anak lelaki) dan kepelbagaian jenis dari riba.” 
(bukhari)
Bakinya terletak kepada ulama atau pakar-pakar ilmuan bagi menafsirkan dan menyimpulkan dari hakikat dan analogi bagi meletakkan kepelbagaian jenis riba yang tidak ditentukan oleh nabi dan yang mana dari jenis yang masih tidak wujud di atas dunia ini pada zaman nabi tetapi sekarang ianya telah muncul, khususnya pada zaman kejahatan ini di mana menyaksikan pelepasan bangsa yaajuj dan maajuj dan al-Masih Dajjal yang kita boleh melihat sistem yang dibuatnya. Muhammad Asad menjangkakan suatu peranan yang kreatif bagi ilmuwan Islam bagi pendefinasian subjek ini. Beliau memerhatikan : … bila mana al Quran secara jelas mengutuk konsep dan pengamalan riba secara terang dan tidak samar serta muktamad, setiap generasi muslim berdebat dengan cabaran yang memberikan dimensi baru dan suatu bentuk makna ekonomi baru, yang mana, untuk memahami lebih jelas maksud perkataan ini, mungkin boleh dirujuk sebagai usury. Di bawah adalah sebahagian dari bentuk (jenis) riba yang diberitakan Nabi dan sebahagiannya diakui oleh ahli ekonomi barat yang ianya adalah dari jenis riba :

1 – Transaksi kredit / hutang (bai Muajjal).

Di sana ada beberapa transaksi hutang di mana ianya dilarang oleh Nabi kerana ianya melibatkan riba. Usama bin Zaid meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : “Hutang melibatkan riba. Di dalam versi yang lain : baginda bersabda : Tiada riba apabila pembayaran dibuat pada tika itu juga (cash / tunai / tangan dengan tangan ). Contoh transaksi hutang (kredit) yang diberitakan, adalah seorang yang berdagang binatang untuk binatang yang lain : Samara b. Jundub meriwayatkan bahawa Nabi melarang menjual binatang-binatang untuk binatang-binatang bila pembayarannya dibuat pada tarikh yang dilewatkan(ditangguhkan pembayaran/pemberian binatang yang ingin ditukar/dijual) (Tirmidhi, Abu Daud , Nasai , Ibn Majah , dan Darimi)

Sebab kepada larangan muncul kerana ianya menimbulkan elemen ketidakpasti di mana kematian, sebagai contoh boleh berlaku kepada binatang, atau ianya boleh jatuh sakit dll. Kejadian demikian boleh membawa kepada percanggahan dan perselisihan faham, serta konflik di antara dua pihak yang berjanji secara hutang. Kredit (hutang) juga sesuatu yang dilarang kerana jika pembayaran dibuat pada waktu yang dilewatkan, seorang boleh jadi tidak boleh membuat bayaran dan ini boleh membawa kepada akibat yang serius. Di Amerika latin, pemilik kawasan pertanian yang berkulit putih dengan sengaja menggalakkan petani India untuk mengambil hutang, dan bila mereka tidak boleh membayar pada waktunya, mereka perlu bekerja atau usaha mereka. Begitulah yang terjadi pada ekonomi pertanian di Amerika latin yang dibina tidak ubah dari bentuk perhambaan. Satu dari kenyataan yang berkuasa yang pernah didengar di New York adalah datang daripada Tracy Riggs, seorang Afrika di Amerika yang menghuni penjara Morristown di negeri New Jersey. Credit (hutang), beliau berkata, adalah satu dari jalan belakang kepada perhambaan. Sistem riba ini membina satu keadaan di mana ianya akan dengan sendiri menjana dan mempertahankan alat-alat kelengkapannya dalam bentuk kewajaran seseorang itu boleh hutang. Seseorang itu boleh jadi mempunyai kredit yang baik atau buruk. Sistem ini memaksa setiap individu untuk berjuang bagi mendirikan dan mengekalkan rekod kredit yang baik. Ia membuatnya dengan menghukum mereka yang mempunyai kredit buruk. Jika seseorang tidak pernah meminjam wang dengan bunga, serta tidak mempunyai rekod kredit, dia akan dilihat dengan pandangan yang menjijikkan. 

Nota bagi Bai Muajjal : Bai muajjal adalah trasaksi secara kredit (hutang). Sesuatu bahan itu dibayar secara hutang, dengan harga bahan itu dibayar pada waktu yang dilewatkan (ditangguhkan). Tetapi ini tidak selalu mengandungi riba. Nabi sendiri membeli / membayar makanan dari bijiran secara kredit. (lihat hadis di bawah) tetapi ianya bukan riba! Ianya penting untuk kita mencatatkan bahawa hutang ini (bai muajjal) adalah sangat berbeza dengan situasi transaksi kredit yang ada pada hari ini disebabkan perkara-perkara berikut :

i – Tiada berlaku kenaikan harga dalam mengambil kira hutang (kredit). Pembaca perlu sedar bahawa segala janji gadai untuk pembayaran kereta atau rumah, pada hari ini, adalah ianya mempunyai peningkatan pada harga jika seseorang membayarnya secara kredit (hutang). Ini adalahriba!! Berbanding sistem perbankan hari ini termasuk bank Islam yang memanipulasi perkataan-perkataan yang ada kaitan dengan riba kepada perkataan jualbeli. Dengan alasan mereka membeli dahulu sesebuah rumah atau kereta kemudian mereka menjualnya kepada pembeli, dan mereka mengatakan ini jualbeli. Keadaan yang bank Islam lakukan ini adalah dua jualbeli dalam satu. Mari kita lihat apa pandangan sahabat Nabi yang pernah hidup dengan Nabi berkaitan perkara ini. Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar bahawa seorang lelaki berkata kepada yang lain. “Belilah unta ini bagi saya segera supaya saya boleh membeli dia daripada anda secara berhutang.’’ Abdullah bin Umar telah ditanya tentang itu dan dia tidak bersetuju dan melarangnya. (Muwatta Imam Malik)
Sahabat Nabi merupakan antara bintang-bintang di langit, yang mana setiap seorang dari memberikan petunjuk kepada kita bagaimana sebenarnya kehidupan ini. 

ii – Hutang tersebut dilindungi dan diikat melalui gadaian, harga bahan yang dibayar secara kredit dijamin harganya melalui bahan yang digadai. Jika pada keadaan di mana pembeli bahan(secara hutang) meninggal dunia sebelum hutang itu ditebus, maka dia akan meninggal tanpa hutang, kerana bahan yang digadai itu akan dijual dalam proses untuk mendapatkan semula harga asal bahan ketika ia dijual.

iii – bahan-bahan yang dibayar secara kredit itu diakui sebagai bukan bahan yang mempunyai kemungkinan akan berlaku komplikasi dan konflik(seperti buah manga yang masih lagi belum bersedia untuk dituai). Sebagai akibatnya, di sana tiada yang dikatakan riba di dalam traksaksi kredit ini (bai muajjal). Maka kita melihat Nabi sendiri meletakkan dirinya di dalam transaksi kredit dicampur gadaian : Aisah (isteri nabi, ibu kepada orang-orang beriman) berkata bahawa Pesuruh Allah telah membeli makanan berbentuk bijiran daripada seorang yahudi di atas asas penangguhan bayaran dan perisai baginda dijadikan gadaian. (Bukhari, Muslim) 
Beliau berkata bahawa ketika Pesuruh Allah wafat, baju besi baginda digadai kepada Yahudi untuk 30 sa’ dari barli (sa’ adalah sukatan bagi berat). 

- Kredit melibatkan hutang. 

Seseorang muslim sepatutnya tidak cuba masuk ke dalam hutang di mana dia tidak mempunyai dan memiliki cara untuk menunaikannya, lainlah ianya untuk suatu keperluan yang sangat penting(untuk perkara yang melibatkan keperluan biologi yang asas). Hutang yang tidak terjamin adalah sesuatu yang perlu ditakuti. Keduanya, hutang sepatutnya tidak ditinggalkan dalam keadaan yang tidak jelas jangka waktunya ianya akan ditunaikan. Jika seorang yang berhutang tidak boleh membayar hutangnya, pemiutang didesak untuk menerima apa sahaja bayaran dari penghutang dan menghapuskan bakinya. Sebagai pilihan, hutang tersebut perlu dihapuskan selepas satu waktu yang munasabah atau yang boleh dibuat runding. Sebagai contoh, Taurat memerintahkan jangka masa 7 tahun sebagai waktu penghapusan hutang. Perincian Taurat di mana secara terpujinya menuntut supaya : Setiap tujuh tahun kamu perlu mengamalkan penghapusan hutang-hutang. Ini perlulah menjadi sifat pelepasan dari hutang – setiap pemberi hutang perlulah menghapuskan hutangnya yang sepatutnya dia tuntut daripada jirannya, dia tidak sepatutnya menagih ( secara paksa menuntut penghutang untuk membayar hutangnya, sehingga ke satu tahap menyakitkan hati) jirannya atau saudara mara lelaki (pengikut yahudi), untuk Tuhanlah sesuatu yang dihapuskan itu (hutang). (deuteronomy – 15 : 1)2 – Peningkatan kepada harga bahan dengan mengambil kira kepada penangguhan(kelewatan) bayaran. Transaksi kredit ini dikenali sebagai riba al–nasiah. Dari Usama bin Zaid : Nabi bersabda : “Tiada riba melainkan di dalam nasiah (penangguhan/menunggu).
(Bukhari)

Bagaimana hukum membeli dengan internet atau kita diminta memasukkan dahulu ke dalam akaun seseorang, dan barangnya akan dihantar kemudian. Apakah hukumnya? Bukankah ini melibatkan penangguhan? Barang dibayar dahulu, dan barang yang dibeli dihantar kemudian, bukankah ini suatu penangguhan? Pembaca-pembaca perlu menilai sendiri berdasarkan neraca yang Allah telah berikan kepada kita, iaitu iman, saya mengajak kita semua berfikir transaksi yang terjadi kepada kita pada hari ini, pada dunia yang sedang kita duduki ini. Ini adalah satu bentuk riba yang paling biasa di Mekah. Pada dasarnya, jika kamu perlu menunggu untuk mendapatkan wang kamu, kamu adalah layak untuk mendapatkan jumlah tambahan. Seorang penghutang diberikan waktu yang panjang kerana dia tidak berupaya membayar hutangnya dalam jangka waktu yang ditetapkan. Jumlah hutangnya dinaikkan disebabkan dipanjangkan waktu(masa). Jika sesuatu modal itu boleh bertambah dengan bertambahnya masa, maka wang boleh, secara sendiri menjana lebih banyak wang. Tiada usaha yang diperlukan. Tetapi al Quran mengajar kita bahawa cara sedemikian adalah mustahil. (rujuk al Quran surah 53 : ayat 39 ) Wang tidak boleh bertambah tanpa usaha. Apabila undang-undang membolehkan wang dipinjamkan dengan bunga, maka ia mengiktiraf bahawa masa sama dengan wang, maka pemberi pinjaman boleh hidup di atas titik peluh orang yang meminjam seperti mana seorang bapa ayam hidup di atas titik peluh pelacur-pelacur(penzina-penzina). Jika bentuk riba sebegini menembusi sistem ekonomi, maka golongan pemangsa elit boleh hidup di atas titik peluh orang ramai. Wang, di dalam sistem ekonomi tersebut, disamakan dengan kekuasaan. Wang menjadi RAJA! Dan nilai kerja manusia akan secara berterusan menyusut sehingga pekerja-pekerja akan mendapati dirinya adalah hidup di atas belas kasihan golongan pemodal. Inilah yang berlaku pada dunia pada hari ini! Kelaparan mencipta satu peluang kepada golongan pemodal untuk memerintah pekerja-pekerja, sama juga seperti golongan aristokrat yang diberi mandat oleh golongan raja. Semua manusia dirantaikan ke bawah untuk bekerja keras disebabkan kemiskinan lebih teruk dibandingkan ketika mereka dirantaikan oleh perhambaan dan sistem abdi. Secara dasar, harga yang meningkat disebabkan hutang telah mengambil fungsi ke semua system ekonomi moden hari ini. Mungkin akan bertanya pandangan kita terhadap pertambahan wang disebabkan oleh masa adalah disebabkan persepsi mereka bahawa nilai sesuatu harta benda dan bahan itu juga sentiasa meningkat disebabkan masa. Faktanya, peningkatan harga sesuatu bahan, melalui inflasi, tidak menunjukkan kepada peningkatan terhadap nilai. Bahkan, dalam suatu keadaan, harga yang tinggi boleh menutup kepada nilai yang rendah. Harga meningkat disebabkan inflasi, menunjukkan bahawa nilai wang kertas itu sendiri menyusut. Penyusutan nilai wang kertas itu sendiri adalah bentuk riba, di mana sesiapa yang mempunyai kekayaan dalam bentuk wang kertas akan dengan sendirinya akan kehilangan sebahagian daripada kekayaannya.

- Murabaha ( Menjual Di Atas Keuntungan/Faedah)

Bank Islam seluruh dunia berusaha untuk mengatasi serta melangkau definisi riba melalui proses jahat kejuruteraan kewangan. Hampir keseluruhan alternatif riba yang diwar-warkan yang mereka tawarkan kepada masyarakat muslim umum yang mudah tertipu, tidak lebih dari jenis riba yang telah disalah pandu. Sebagai contoh, mereka menggunakan mekanisma pembiayaan/kewangan yang mana secara silapnya ianya dirujuk sebagai murabah. Pihak bank akan membayar sesuatu bahan secara tunai kemudian menjualnya secara hutang/kredit pada harga yang lebih tinggi dari yang pihaknya beli. Pihak bank memberikan alasan bahawa apabila sudah ada persetujuan/perjanjian pada harga yang baru di antara pembeli dan penjual maka transaksi ini halal. Jika pihak bank membayar kereta untuk RM20,000 secara tunai, dan kemudian menjualnya pada harga RM30,000 tunai pada pasaran yang sama di mana ianya dibeli, transaksi yang berlaku diragui kesahihannya kerana harga pasaran secara jelas dilanggar. Sungguh, mengapa seseorang perlu membayar RM30,000 tunai untuk sebuah kereta jika harga pasaran adalah RM20,000? Jika pembeli tidak sedar akan harga pasaran adalah RM20,000, dan penjual mengexploitasi kejahilan pembeli terhadap harga pasaran, maka transaksi yang berlaku adalah jelas riba kerana ia adalah satu bentuk penipuan(pengkaburan). Anas ibn Malik berkata bahawa Pesuruh Allah bersabda :

“Menipu seorang mustarsal(seseorang yang tidak tahu akan harga pasaran) adalah riba.
(Baihaqi)

Sebagai contoh, Amber ingin pergi ke pasar ingin membeli kain batik. Dalam perjalanan, bertemu dengan Samsuri. Samsuri menawarkan kepadanya sehelai kain batik berharga 4 dirham. Dan Amber membelinya tanpa mengetahui harga sebenar pasaran. Amber masih meneruskan perjalanannya ke pasar dan di pasar beliau melihat kain batik dari jenis yang sama, hanya berharga 1 dirham. Contoh lain. Jika pembeli membayar kereta pada harga RM30,000 walaupun secara jelas bahawa dia sedar terhadap harga pasaran, ini menunjukkan bahawa wujudnya sesuatu yang tersembunyi pada transaksi tersebut. Boleh jadi, pembeli tersebut, sebagai contoh, mempunyai mental yang tidak seimbang(tidak betul). Ini akan memberi penunjuk bahawa transaksi tersebut tidak sah! Pada keadaan yang lain, pihak bank membeli kereta pada harga RM20,000 tunai di pasaran, dan kemudian menjualnya pada pasaran yang sama pada harga RM30,000 secara hutang (kredit), maka di sana akan berlaku suatu pembuktian di atas peningkatan harga selain dari faktor masa(hutang). Transaksi tersebut menjadikan wang bertambah disebabkan pertambahan masa, atau wang membiakkan wang di atas masa yang berlalu! Ini tidak ada beza dari bentuk riba al-nasiah pada waktu Nabi Muhammad. Faktanya, ini merupakan satu contoh riba yang jelas! Bagi muslim yang disalah bimbing yang mana mereka berdegil untuk berpaut pada murabaha yang salah ini patut takut pada Allah, Yang maha Tinggi, dan berhenti untuk terus membimbing masyarakat muslim pada jalan yang salah. Mereka patut takut pada hukuman dua kali ganda dimana ianya menanti mereka yang membimbing orang lain pada jalan yang salah. Firman Allah swt yang bermaksud :

“Wahai Tuhan kami, mereka ini telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat ganda dari neraka.” 
(Quran – 7 : 38)

Hujah bahawa transaksi tersebut tidak mengandungi riba disebabkan di sana ada elemen risiko padanya adalah tidak benar dan tanpa apa-apa sesuatu yang hakiki. Pihak yang menjual di atas asas hutang (kredit) kebiasaannya akan berusaha dan berikhtiar untuk menghilangkan risiko seboleh yang mungkin sehingga hilang kemungkinan untuk berlakunya kerugian. Dan kebiasaannya, transaksi sebegini akan memerlukan gadaian di mana penjual akan dapat memulihkan semula wang yang diberikan hutang olehnya pada waktu pembeli gagal memenuhi kewajipannya dalam memenuhi tuntutan kontrak hutang. Jika berlakunya kemenangan ke atas gerakan Islam di Malaysia atau di kawasan Asia Tenggara, sebagai contoh, perlu dengan serta merta mengharamkan pinjaman wang dengan bunga dan along-along, bahkan perlu untuk menutup segala jalan bagi wang untuk dilaburkan pada pelaburan yang bebas dari risiko dan pelaburan di mana akan menyebabkan pusat mendapat keuntungan tanpa satu usaha dari pemilik di pihak pusat. Kita perlu faham, bahawa perniagaan melibatkan risiko, ada untung dan rugi. Riba sebaliknya, hanya ada keuntungan, tiada kerugian dari pihaknya. Riba adalah satu cara mengexploitasi titik peluh manusia.

Mempunyai seseorang yang secara muslihat untuk membida sesuatu harga pada lelongan, maka ianya telah menyebabkan kerosakan pada pasaran bebas dan adil, ini adalah satu bentuk dari riba yang dikenali sebagai gharar. Dari Abdullah ibn Abi Awfa : Nabi bersabda : “Seorang najish(seseorang yang berkhidmat sebagai agen untuk membida harga pada majlis lelongan) adalah dikutuk (dilaknat) sebagai pengambil riba. Apakah di ebay atau pusat-pusat lelongan terlibat dalam perkara ini?

Menggunakan penipuan (gharar) sebagai satu teknik pemasaran, dengan begini ianya telahmejejaskan pasaran bebas. Abdullah bin Abu Aufa berkata : “Seorang lelaki memaparkan beberapa makanan di pasar dan memberikan sumpah palsu bahawa beliau ditawarkan sedemikian (harga) untuk semua walaupun dia tidak ditawarkan dengan harga sedemikian. Kemudian turun ayat dari Allah : 

“Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji(nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih.” 
(ali Imran : 77) 

Ibn Abu Aufa menambah : “Manusia (yang dihuraikan di atas) adalah khianat/tidak jujur, pengguna kepada riba.” 
(Bukhari)

Anas ibn Malik berkata bahawa pesuruh Allah bersabda : 

“Menipu seorang mustarsal (seseorang yang tidak perasan tentang harga pasaran) adalah riba.” 
(baihaqi)

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah telah datang kepada satu timbunan bijiran dan bila baginda memasukkan tangannya ke dalamnya, baginda merasakan kelembapan pada tangannya, maka baginda bertanya kepada pemilik bijiran bagaimanakah ia datang. Bahawa diberitahu yang hujan telah turun ke atasnya, baginda berkata : Mengapa engkau tidak meletakkan yang lembab itu di bahagian atas yang dengannya manusia boleh melihatnya? Dia yang menipu tidak ada kena mengena dengan aku.” 
(Muslim) 

Wathila b. Al-Aqsa berkata bahawa beliau mendengar Pesuruh Allah berkata : 

“Jika seseorang yang menjual suatu bahan yang cacat/rosak tanpa memberikan perhatian terhadapnya (ketika menjualnya), dia akan kekal di bawah kemurkaan Allah atau para Malaikat akan berterusan melaknatnya.” 
(Ibn Majah)

Pembaca akan dengan mudahnya mengesan penipuan dan pencurian di dalam penggantian wang sebenar kepada wang palsu (wang kertas) di seluruh dunia. Di dalam wang sebenar, nilai wang itu sendiri terletak di dalam wang itu sendiri, sebagai contoh duit syiling emas. Bila mana wang sebenar digantikan oleh wang kertas palsu, maka kita melihat nilai wang kertas itu (semua jenis wang kertas) berterusan hilang nilai. Dan di sana manusia ditarik nilai kekayaan mereka melalui penipuan. Ini adalah riba!!

Mari lihat lihat apa kata al Quran –

“Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barangnya dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya.” 
(7 : 85) 

”Wahai kaumku cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hal-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan.” 
( 11 : 85) 

“Dan janganlah kamu merugikan(kurangkan) manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu maharajalela di muka bumi dengan membuat kerosakan.” 
(26 : 183)

Kanser penipuan di dalam perdagangan tidak wujud di dalam Dar al-Islam. Pasar-pasar kerajaan Empayar kerajaan Islam Usmaniyyah, sebagai contoh, adalah dikawal oleh polis-polis (pegawai-pegawai pasar) dan majistret yang mana mereka secara tetap bertindak sebagai hakim dalam kes-kes penipuan atau pemalsuan di dalam transaksi jualbeli (dagangan) dan memberikan hukuman secara tunai (di waktu tersebut). Pasaran bebas dan adil akan dikembalikan semula di dunia ini, jika dan apabila gerakan Islam berjaya dana melakukan revolusi dalam mengembalikan dar al-islam. 

Menyorokkan bekalan dengan maksud mengambil kesempatan di atas kekurangan yang berlaku di dalam pasaran, sehingga menjejaskan pasaran bebas. Ma’mar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah berkata : 

“Jika seseorang menyimpan barangan sehingga harganya meningkat, dia adalah seorang pendosa (berbuat dosa).” 
(Muslim) 

Umar meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : 

“Orang yang membawa barangan untuk dijual akan dirahmati (disayangi) dengan nasib yang baik tetapi orang yang menyimpannya sehingga harga meningkat adalah dilaknat.” 
(Ibn Majah, Darimi)

Penyimpanan (sorokan) menghasilkan keuntungan secara tidak adil. Ini adalah riba!

Monopoli kebiasaannya difahami sebagai pengawalan ke atas pasaran sehingga menyebabkan kepada kebebasan untuk menetapkan harga. Situasi sedemikian akan menyebab akan harga ditetapkan mengikut kepada rancangan golongan pemonopoli berbanding kepada pasaran bebas. Demikian itu, sama seperti sorokan. Kekayaan dihisap dari sebilangan besar manusia melalui penipuan. Ini adalah Riba!! Jika perancangan musuh ketat kita hanya sekadar untuk menipu kekayaan kita, maka itu sudah cukup buruk. Tetapi perancangan monopoli ini lebih teruk dari itu. Perancangan musuh adalah untuk memperoleh kuasa melalui pemonopolian terhadap pasaran. Kuasa ini kemudian akan digunakan untuk mendirikan satu tekanan terhadap sejumlah besar manusia sehingga ke peringkat dipergunakan seperti hamba, secara khususnya terhadap ummah Nabi Muhammad saw.

Kehilangan nilai duit kertas dan penetapan harga pada kadar duit kertas memastikan barangan dapat diperolehi secara murah dan nilai titik peluh manusia dibayar tidak sesuai dengan kadar yang dikerjakan, inilah sistem perhambaan zaman moden, perhambaan yang dikembalikan semula oleh sistem kafir yang diikuti oleh umat islam. (Bagi mengetahui bagaimana duit kertas hilang nilai, bandingkan harga 1 gram emas zaman 1990an dan harga sekarang)

Jualan di atas keadaan penangguhan bayaran tetapi di atas penambahan pada harga. Hutang yang ada dijual kepada pihak ketiga secara tunai pada harga di mana membolehkan kedua pihak menikmati dan berkongsi kenaikan yang berlaku pada bayaran yang ditangguh. Sebagai contoh A meminjam dari B sebanyak RM100, dengan pembayaran balik sebanyak RM12 selama 10 bulan. Dalam tempoh itu, B tiada duit, maka B mencari C dan menjual hutang A kepada C, dan mereka akan berkongsi keuntungan di atas peningkatan atau bayaran balik A setiap bulan. Keuntungan RM20 itu dibahagi kepada B dan C.

Transaksi yang melibatkan spekulasi. Transaksi ini adalah di mana seseorang membeli barangan atau stok, dengan mengharapkan harga barangan akan meningkat. Apabila ia terjadi, maka dia akan menjualnya pada harga yang membunuh. Sebagai alternatif, seseorang menjual barangan atau stok, menjangkakan harga akan turun. Apabila ini berlaku, seseorang akan membeli kembali dan membuat sesuatu pada tahap membunuh. Keuntungan ini adalah tidak adil. Tiada usaha atau kerja yang digunakan. Ini, secara kasarnya, adalah perjudian! Tapi, pemangsa elit dari kalangan anasir-anasir penjahat sistem kewangan, yang menjadi pakar dalam transaksi pasaran spekulasi, memberi kesan kepada transaksi pada asas informasi dari pihak dalaman, iaitu seseorang itu mendapat informasi rahsia yang di sana nanti akan berlaku kenaikan atau kejatuhan harga dan menuai durian runtuh. Sekarang ini, di sana lebih dari sekadar transaksi spekulasi. Ianya juga melibatkan penipuan dalam dagangan yang mudah dikenali sebagai kepalsuan. Spekulasi transaksi adalah haram kerana ianya melibatkan bentuk kelicikan berjudi. Di sana tiada usaha yang produktif di dalam spekulasitransaksi. Ianya menakjubkan bahawa dunia ekonomi kapitalis pada hari ini menyaksikan fenomena di mana 60% daripada semua perindahan kewangan yang berlaku adalah untuk spekulasi transaksi. Dalam lain perkataan, sebahagian besar dari modal dalam dunia ekonomi adalah dipertaruhkan di dalam kekalutan yang menggila dalam mencari keuntungan. Bahkan, dari kalangan masyarakat muslim juga di dalam penyakit pertaruhan dan perjudian. Spekulasi transaksi adalah berasas kepada hak istimewa dari maklumat dalaman adalah riba yang jelas. Apabila perdagangan dan industri didirikan di atas dasar spekulasi, dan apabila pakar-pakar riba mendapat jalan untuk maklumat dalaman, keputusannya adalah apa-apa yang keluar dari tanah melalui industri (titik peluh) akan terlucut dari tangan dan jatuh kepada spekulasi, dan ini meletakkannya ditangan cerdik pandai pakar-pakar riba yang berwajah syaitan. Kekayaan yang dikumpulkan dari beberapa generasi yang bekerja keras akan jatuh ke tangan mereka di dalam satu hari melalui spekulasi transaksi yang berasaskan maklumat dalam dan manipulasi sistem pasaran.

Pilihan. Kadang-kadang spekulasi transaksi boleh menyebabkan kekecewaan. Harga yang sepatutnya dijangka naik tetapi ianya tidak berlaku. Para spekulasi tidak mahu duit mereka diletakkan pada transaksi yang akan menyebabkan kekecewaan. Jadi, apa yang mereka lakukan, adalah membeli daripada pemilik barangan dengan pilihan untuk membayar barangan tersebut pada waktu tertentu pada harga yang dipersetujui bersama. Dia akan membayar yuran yang tidak boleh ditebus bagi membayar pilihan ini (pilihan yang dibuat dikenakan bayaran). Jika harga naik di dalam jangka waktu pilihannya, dia akan melaksanakan pilihannya, bayar harga-harga barangan dan serta merta menjualnya pada kadar keuntungan. Jika harganya tidak meningkat, dia dengan mudahnya tidak akan melaksanakan pilihannya. Dia hanya akan kehilangan bayaran terhadap yuran yang dikenakan terhadap pilihannya tadi. Di dalam pasaran bebas dan adil, naik turun harga akan ditentukan sendiri oleh Allah yang Maha Tinggi! Dia akan menggunakannya (naik turun harga) untuk membahagikan kekayaan sesame manusia. Pilihan-pilihan mengandungi cara untuk melepasi hak istimewa Allah ini dalam menetapkan harga. Ini adalah haram.

Skim piramid. Dalam 25 tahun terakhir ini telah menyaksikan timbulnya pelbagai skim-skim jahat baru yang benar-benar merupakan kejahatan dalam gerakan untuk mengexploitasi sifat tamak manusia dengan niat untuk merompak dari mereka kekayaan mereka. Banyak orang, suci dan mudah tertipu atau tamak, hilang wang mereka di dalam skim seperti skim piramid. Syarikat kewangan didirikan di mana ia menawarkan pelabur-pelabur kewangan pengembalian semula pelaburan mereka pada kadar yang cukup tinggi jika dibandingkan dengan deposit tetap di dalam bank. Syarikat kewangan akan menggunakan deposit yang telah dilaburkan dengannya untuk tujuan membayar dividen yang tinggi yang telah dijanjikan kepada pelabur-pelabur. Apabila kata-kata mula tersebar bahawa syarikat tersebut membayar dividen yang tinggi, sifat tamak akan memasuki salur darah masyarakat umum, dan mereka berduyun-duyun melabur simpanan mereka. Apabila satu jumlah pelaburan tunai yang cukup besar telah dirasakan cukup oleh syarikat, yang mana telah mencapai tahap piramidnya, dengan mudah ianya akan menggulung tikarnya ( sama ada akan menghilangkan diri atau mengishtiharkan bankrap) dan para pelabur telah dirompak duit mereka). Ini juga merupakan riba. Dan ini secara jujurnya telah berlaku di Albania, negara yang majoritinya penduduk Muslim.

Loteri. Kita sekarang hidup pada tahun di mana kerajaan-kerajaan seluruh dunia menggunakan loteri negera atau loteri kebangsaan sebagai cara untuk mendapatkan duit dari masyarakat. Cara yang digunakan di dalam skim yang dinamakan loteri ini sama seperti skim piramid, iaitu untuk mempergunakan ketamakan dan khayalan minda manusia. Masyarakat akan mengalirkan wang mereka apabila loteri meningkatkan saiz hadiah wang tunainya. Khayalan akan terpukul apabila beberapa golongan miskin atau pertengahan memenangi hadiah loteri dan tiba-tiba menjadi tersangat kaya. Sekarang, setiap orang yang membeli tiket loteri akan berkhayal bahawa dia akan memenangi loteri tersebut dan akan tiba-tiba menjadi kaya raya. (Jenis-jenis loteri ini tidak semestinya disebut loteri, di negara kita, pelbagai cara dibuat untuk menarik golongan awam menyertai sesuatu kuiz atau apa sahaja yang memerlukan mereka mengeluarkan sejumlah kecil duit sahaja, tetapi diberitakan bahawa jika semakin besar kita keluarkan duit, semakin mudah kita akan memenangi kuiz atau apa sahaja yang diberi nama pada perkara tersebut. Gerakkan minda untuk memahami perkara ini, pasti kita akan bejumpa dengan seribu satu cara mereka). Faktanya, apa yang berlaku adalah, negara/kerajaan, yang menyusun loteri ini, telah menipu sejumlah besar dari manusia sejumlah bayaran melalui cara kantung penipuan. Ianya dikatakan penipuan kerana hanya sejumlah kecil sahaja duit yang diterima (dari masyarakat) ,dibayar/dijadikan(oleh syarikat) sebagai hadiah wang tunai. Kerajaan kebiasaannya akan berusaha untuk memberikan satu gambaran bahawa syarikat loteri ini memberikan kepada manusia perkara yang dilihat sebagai kebajikan rakyat dengan mengeluarkan sejumlah besar wang untuk projek-projek besar seperti membina sekolah-sekolah, atau yang terlibat dengan pendidikan anak-anak. Tetapi, intipatinya mengandungi usaha bagi memberikan kesamaran ke atas sifat pemangsa syarikat-syarikat loteri ini. Di sana, ada pelbagai jenis riba di dalam dunia pada hari ini yang sudah diketahui dan dikenali oleh ahli-ahli perniagaan.

Kebanyakannya mengandungi bentuk-bentuk baru riba. Masyarakat muslim perlu menjadikan diri mereka berwaspada pada kepelbagaian bentuk riba ini, dan mesti menggunakan segala kudrat bagi mengelakkan dari dosa riba ini.

g. Bagaimana Sistem Duit Kertas Memiskinkan Jiwa Manusia

Apabila kita bercakap persoalan duit kertas, kita perlu melihat apakah asalan atau asas kepada duit kertas, dari situ kita akan berkembang kepada apa yang ada pada hari ini. Tanpa asas, kita tidak akan berjaya melihat situasi yang berlaku .Harta Sebenar Pada awalnya, duit kertas adalah sebagai hutang seseorang kepada seseorang dalam bentuk emas atau perak. Memandangkan pedagang-pedagang semakin selesa menggunakan kertas yang ringan berbanding emas dan perak, maka kertas-kertas yang ada disandarkan kepada suatu nilai tetap emas di dalam bank. Pada tahun 1971, ketika Amerika memungkiri perjanjian Bretton Woods, nilai harga 1 gram emas pada waktu tersebut adalah RM2(RM2/g). Ketika ini, seseorang yang bergaji RM50, gajinya jika dinilaikan dalam bentuk emas, adalah bernilai 25 gram emas. Nilai emas yang ada kebiasaannya mengikut nisbah wang kertas terhadap berat emas tertentu di dalam Bank Negara. Saban tahun, bank mencipta duit melalui percetakan duit kertas itu sendiri, kadar tambahan(interest) bayar balik pinjaman, fractional bank reserve di mana setiap RM100, bank boleh mencipta RM900 di atas angin. Perlu diketahui bahawa kadar Interest ini hanyalah tertera di dalam bentuk digital di dalam komputer-komputer, ianya langsung tidak dicetak dalam bentuk wang kertas. Alhasil, bank meminjamkan RM1,000,000 kepada 10 orang dengan kadar 3% setiap tahun, maka seseorang perlu mencari lebihan RM30,000 dalam keadaan, duit kertas sendiri tidak cukup di dalam pasaran kerana hanya 1 juta sahaja yang dicetak, bakinya di dalam bentuk digital. Apabila kita nampak keadaan ini, salah seorang dari 10 orang tersebut akan terbelenggu dalam hutang kerana duit kertas tidak mencukupi dan sememangnya sistem ini dicipta untuk menjadikan seseorang terjerat kepada suatu keadaan di mana dia akan sentiasa resah, malu terhadap pihak yang memberi hutang dan kepada masyarakat kerana hutang tidak terlangsai. Alhasil dari sikap-sikap yang timbul menyebabkan seseorang akan lebih senang untuk menyendiri selesai sahaja dari kerja. Kerja yang banyak dengan hasil yang tidak seberapa dengan bebanan hutang yang ada, menyebabkan seseorang tidak boleh untuk berfikir perkara lain. Alhasil jika kita melihat kepada rangka besar, apabila sejumlah besar masyarakat hidup di dalam keadaan berhutang, akan melahirkan dan membina satu masyarakat yang hanya berfikir kepentingan masing-masing, tidak suka bergaul, menyebabkan sikap gotong royong, bantu membantu semakin hari semakin terhakis. Inilah yang terjadi di negara-negara barat. Negara-negara yang mengamalkan sistem pinjaman dengan kadar bunga (RIBA) yang tinggi sememangnya akan menghasilkan masyarakat lebih kepada memikirkan pada kantung poket sendiri, semangat kejiranan yang hampir pupus. Penyakit ini telah merebak ke negara-negara umat Islam. Bank-bank diberi istilah plastik dengan nama Bank Islam atau cawangan Islam, yang mana ianya menarik ramai masyarakat muslim yang jahil tentang hukum hakam untuk tertarik dengannya. Masyarakat itu asalnya bersatu di atas sikap mengambil berat antara satu sama lain, dan apabila dalam perspektif Islam yang sentiasa menyuruh kita menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan, maka di atas sikap ini, mudahnya Islam itu untuk disebarkan. Dan yang menjadi pemusnah kepada sikap semula jadi masyarakat ini, adalah RIBA atau bunga atau interest yang dikenakan, kerana ianya memisahkan seseorang dari kehidupan bermasyarakat dan ini menyebabkan hubungan antara satu sama lain semakin jauh, menyebabkan seseorang itu semakin jauh dari seruan kepada kebaikan dan pencegahan kemungkaran. Riba apabila difahami dari pandangan Tuhan, ianya adalah suatu yang sangat besar akibatnya. Ianya menjauhkan seseorang manusia dari persekitarannya, dari masyarakatnya, dan yang terlebih penting dari Tuhannya.   

- Meningkatnya Harga Emas. 

Pada 1994, harga satu gram emas adalah sekitar RM 25/g dan pada waktu ini, gaji seseorang yang bernilai RM2,000, masih boleh membeli 80 gram emas. Selepas kejatuhan nilai matawang ringgit negara dan kejatuhan ekonomi, nilai 1 gram emas meningkat berbanding kertas RM 36/g. Kini seseorang yang bergaji RM2,000 sebulan nisbahnya kepada emas hanyalah 57 gram yang diperoleh. Apabila kita bergerak merentasi masa lagi, iaitu pada tahun ini, 2010, harga 1 gram emas adalah bernilai RM 151 bagi setiap satu gram emas. Maka kita mendapati, bahawa setiap seorang yang bergaji RM2,000 pada hari ini, hasilnya dalam bentuk emas hanya sekitar 13 gram emas. Apabila kita mahu memahami ini dalam konteks sebuah kerajaan, kerajaan perlu membelanjakan bagi setiap pekerja kakitangan awam yang ketika 2001 berjumlah hampir 900,000 orang, yang mana jika semuanya mendapat RM2,000 sebulan, maka kerajaan perlu membelanjakan 50,000,000gram atau 50 tan emas setiap bulan. Pada hari ini, jumlah kakitangan awam sekitar 1.2 juta, jika semuanya bergaji RM2,000, maka kerajaan hanya mengeluarkan 11,920,529 gram atau 11.9 tan emas sahaja sebulan bagi menampung gaji pekerja perkhidmatan awam. Zimbabwe - Contoh jika kita masih terus di bawah belenggu kertas. Apabila kita melihat kepada situasi ini, kita akan memahami, bahawa keuntungan dalam menggunakan duit kertas ini, hanyalah berpihak kepada kerajaan. Kerajaan yang menggunakan duit kertas, adalah kerajaan yang zalim, kerajaan yang menggigit, kerana mereka menipu masyarakat ramai terhadap nilai matawang kertas. Pihak kerajaan saban tahun mengeluarkan semakin sedikit belanja, berbanding kebanyakan rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan harga barang, inflasi, minyak, cukai, tol, kenderaan, rumah yang semuanya ini hampir tidak berbaloi dengan gaji yang semakin kecil. Dan sistem duit kertas ini boleh terus wujud selagi mana adanya pokok-pokok di hutan berbanding emas dan perak. Kerajaan sebegini menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk meruntuhkannya.

Apabila barangan semakin naik, dengan nilai hutang setiap orang telah mengikat dengan pihak bank yang bernilai sekitar 25 tahun waktu bekerja, maka masyarakat telah ditarik dari mereka isu tentang memilih kepimpinan, isu penipuan manipulasi duit kertas dengan emas (emas adalah harta/kekayaan zahir sebenar), dan rakyat terpaksa bekerja dan terus bekerja untuk membayar hutang-hutang ini. Inilah salah satu konsep yang diamalkan sebuah negara atau sistem kufur, sistem kerajaan yang jauh dari petunjuk Allah, yang mana ianya dibantu oleh sejahat-jahat makhluk di atas muka bumi Allah yang memberikan sistem kufur ini nafas dan terus hidup serta membenarkan penjenamaan bank kepada nama Islam : 

“Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.”

“Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.” 
(HR al-Baihaqi)

- Mencerahkan Masa Hadapan 

Pengembalian kita kepada sistem matawang yang berasaskan emas dan perak tidak lain adalah disebabkan keinginan kita mencari keredhaan Allah dengan mengikut perintahnya dan aturan-aturannya serta membuaknya nafsu kita untuk melarikan diri dari bahang api nerakanya yang akan meliputi manusia yang tumbuh dari barang yang haram dan keinginan kita yang kuat untuk sebuah taman dari taman-taman yang indah di akhirat sebagai ganjaran kesungguhan kita mengikuti perintah Allah. Kefahaman kita terhadap duit kertas yang dicetak dan diletakkan nilai ini tidak lain adalah kezaliman yang memaksa manusia menggunakannya sebagai medium pertukaran, sedangkan asas kepada perniagaan adalah ” tijaratan an tarodim minkum’‘ – perniagaan yang saling meredhai, tiada paksaan ke atas manusia. 
(surah wanita (Annisa’) – ayat 29)

Ayat selepasnya, ayat menyatakan dosa ini adalah di atas sebab kezaliman dan menganiaya, adalah terlebih layak baginya apa yang dinamakan Nar – api yang menyala-nyala. Dan ayat 31 menjanjikan apabila kita meninggalkan dosa-dosa yang dilarang, kita akan diberikan keampunan terhadap dosa-dosa yang lalu. Meninggalkan sistem ekonomi duit kertas adalah di atas dasar kerana ianya sistem yang Zalim dan larangan Terus dari Allah, serta kita tidak mahu merasai azab siksaan Allah, dan kita mahu mengejar keampunan dan keredhaan Allah. Secara Sejarahnya, bila manusia menggunakan dinar emas dan dirham perak, mereka telah berjaya. Inilah sistem kewangan islam di mana wang dijadikan sebagai medium pertukaran, dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan bahan dagangan yang dipinjam dan dibayar di atas kadar bunga/interest dan juga agama melarang sebarang penambahan yang tidak adil di dalam transaksi awam walaupun seikat jerami, di dalam zaman yang lalu inilah, riba tidak wujud, dan di sana tiada yang dinamakan inflasi. Selama 14 abad, dari permulaan Islam kejatuhan empayar kerajaan Islam, 1 dirham perak boleh cukup membeli seekor ayam dan satu dinar emas cukup membeli seekor kambing. Dan ianya benar jika kita nilaikan semula pada hari ini. Apakah kita termasuk golongan yang ingin mengejar keredhaan Allah?Tepuk dada, tanya iman di jiwa.

h. Belenggu Dunia Riba

Apa yang akan dijelaskan di bawah ini untuk membuka tabir kita mengenai apa itu riba yang saat ini menjadi umum dan dianggap remeh oleh masyarakat muslim hari ini, kerana ternyata riba bukanlah sekadar bunga tetapi itu sudah menjadi cara hidup kita semua yang tentunya tidak akan membawa berkah. Kemudahan kredit itu semacam mandate. Suntikan pertama hebat rasanya tetapi ketagihan itu lambat-laun membunuh penikmatnya. (lihat penjelasan apa itu riba pada artikel-artikel yang lalu). Sejurus selepas membuka pintu kepada riba, mengalirlah wang melimpahi seluruh masyarakat dunia sehingga warga-warganya lemas mencuba untuk meraih bertahan pada dahan rapuh yang membawa maut kepada sesiapa yang menaruh harapan padanya. Apabila ini berlaku, pertama dengan tekanan yang halus, dan kemudian menjadi tarikan kuat dari semua arah, menolak dan menghela manusia supaya memusatkan tenaga, masa dan usaha mereka kepada menumpuk lebih banyak wang kertas. Riba memahkotakan wang kertas sebagai satu-satunya tujuan hidup manusia di dunia ini, yakni hidup ini semata-mata untuk mencari wang, dan pada masa yang sama memandang rendah akhlak yang baik, malah mencemuhnya. Akhlak yang baik mustahil untuk dijualbeli. Masyarakat yang menghalalkan amalan riba berleluasa dan bermaharajalela di dalamnya, sebenarnya tidak berakhlak sama sekali walaupun masyarakat itu menyeru anggotanya bersifat cermat, rajin bekerja, bersih, cakap dan amanah. Sifat-sifat terpuji tersebut menjadi tercemar kerana ia dipergunakan untuk mendaulatkan hidup yang bercampur-baur dengan riba. Sebenarnya masyarakat yang merelakan riba berputar di dalamnya, telah membuang nilai-nilai mulia dan menggantikannya dengan cara hidup yang didorong ketamakan, mementingkan diri sendiri dan menunjuk-nunjuk, yang berpuncak dengan kesombongan membesar-besarkan dan menunjuk-menunjukan diri kerana kayanya diri dengan wang. Dirangsang keyakinan yang ditanam oleh berita umum dan propaganda negara, orang yang memiliki wang percaya mereka boleh membeli apa saja yang dikehendakinya, asalkan mereka ada wang. Tetapi apa yang terbeli tidak pernah mencukupi kerana orang itu tidak tahu bersyukur, berpuas hati dan berlapang dada. Banyaklah wang riba dibelanjakan untuk mengiklankan hidup berpura-pura penuh dengan khayalan demi meyakinkan masyarakat yang dikurniakan ‘kekuatan membeli’ bahawa kalau ada wang, semua yang diinginkan boleh dimiliki dan dinikmati. Penonjolan semua ini perlu untuk melupakan orang dari kenyataan pahit bahawa hidup bertuhankan wang itu, kosong, sekaligus mengalihkan perhatian mereka kepada satu arah saja, iaitu ke arah kancah memiliki kekayaan wang. Propaganda ini melalaikan mereka dari bencana yang melingkupi mereka, resah-gelisah dan kekecewaan tujuan hidup yang satu-satu keinginannya adalah mengaut wang ringgit. Masyarakat yang mengamalkan riba melakukan tekanan yang kuat ke atas anggota-anggotanya. Tekanan dan desakan untuk mendapatkan banyak lagi, berbelanja lebih lagi, menghendaki lebih lagi. Tekanan yang mengundang kehampaan demi kehampaan ini menular di dalam masyarakat kini. Tekanan ini tidak akan reda sehingga tidak ada waktu yang terluang untuk kita fikirkan ke mana arah dan tujuan hidup ini, kecuali untuk terus-menerus memenuhi nafsu tanpa batas , membelanjakan tanpa kesudahan. Malah hari ini, tidak ada perbezaan di antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam, cuma perbuatan maksiat itu dikerjakan secara sembunyi-sembunyi. Orang Islam mahupun orang bukan Islam mengejar lambang-lambang kebendaan yang sama seperti kenderaan, kad kredit, hidup berfoya-foya dan seterusnya. Dan seperti masyarakat Barat dan bukan Islam, masyarakat Islam juga dilanda krisis kemasyarakatan yang sama dengan meningkatnya kes perceraian, pelacuran perzinaan yang tidak berkesudahan, penyiksaan kanak-kanak, ketergantungan pada ubat-ubatan, kejahatan ‘baju berkolar putih’ dan penyakit-penyakit sosial lain yang menimpa negara maju dan masyarakat industri. Namun masyarakat Islam dan ‘dunia ketiga’ masih tergila-gilakan industri, pembangunan kebendaan, kemajuan kebendaan dan peningkatan taraf hidup, walaupun gejala-gejala buruk masyarakat industri yang bertuhankan teknologi terpampang sebagai pengajaran. Dibakar oleh dorongan hendak memperoleh, mendapatkan dan memiliki lebih banyak lagi, peniagaan-peniagaan Islam sanggup bersabahat dan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam seperti dengan negara yang terang-terangan memusuhi dan membunuh umat Islam seperti Israel, bank kafir dan sebagainya. Dan atas nama pembangunan dan kemajuan, kampung dan ladang ditukar menjadi padang bermain golf, hutan dilanyak menjadi padang jarak padang tekukur, sungai diracuni bahan industri, kilang-kilang mengambil-alih bengkel-bengkel, kedai-kedai kecil lenyap ditelan oleh supermarket-supermarket besar, laut kekeringan ikan dan seterusnya. Terlalu panjang untuk diceritakankan kerakusan untuk memperolehi, mendapatkan dan memiliki lebih banyak lagi. 

- Riba Yang Sudah Menjadi Amalan 

Sesungguhnya suara yang menentang riba sudah dipadamkan sama sekali, hingga banyak orang tidak tahu apa itu riba, bagaimana perilakunya, siapa yang mendapat keuntungan darinya dan siapa pula yang merana dan menderita kerananya. Selanjutnya, seisi bumi ini kini dijerat kemas oleh talihutang yang dibebani bayaran bunga yang berlipat ganda, yakni kelebihan atau tambahan dalam pembayaran hutang. Allah subhana wa taala telah mengeluarkan perintah supaya kita tidak memakan harta orang lain dengan tipu daya, kezaliman, yakni melakukan riba. Namun sekarang ini, usaha mengeluarkan pinjaman kredit sebagai suatu sarana merompak harta masyarakat sudah menjadi amalan dan meluas, sehingga makin hari makin ramai orang yang terlibat secara aktif dalam mengusahakan insurans, saham dan kewangan riba. Melayu Baru berlumba-lumba menyertainya. Majalah United States Bankers’ Association (Persatuan Perbankan Amerika Syarikat) dalam terbitan bulan Ogos 1924 memaparkan hubungan undang-undang dengan politik wang, dan cita-cita besar syarikat bank sedunia. “Capital must protect itself in every possible way, both by combination and legislation. Debtsmust be collected, mortgages foreclosed as rapidly as possible. When, through process of lawthe common people lose their homes, they will become more docile and more easily governedthrough the strong arm of government applied by a central power of wealth under leadingfinanciers.“These truths are well known among our principal men who are now engaged in forming animperialism to govern the world. By dividing the voter through the political party system wecan get them to expend their energies in fighting for questions of no importance. It is thus bydiscreet action we can secure for ourselves that which has been so well planned and sosuccessfully accomplished.” (Modal harus dilindungi melalui pelbagai cara yang boleh, baik melalui penggabungan dan system perundangan. Hutang-hutang harus dikumpul/ditagih, jaminan-gadai hendaklah dirampas secepat mungkin. Apabila, setelah menempuh proses undang-undang. orang awam akan kehilangan rumah mereka.  Mereka akan lebih mudah dikendalikan dan patuh melalui tangan pemerintah dan dilaksanakan oleh sebuah pusat kuasa kekayaan di bawah bimbingan ahli-ahli kewangan utama. Hakikat ini jelas difahami oleh orang-orang terpenting kita, yang kini sibuk membangun sebuah imperialisme untuk menguasai dunia ini. Dengan memecah-belah para pemilih melalui sistem parti politik, kita boleh membuat masyarakat mensia-siakan tenaga mereka dengan persoalan-persoalan yang tidak penting. Dengan tindakan sebijaksana ini, kita pasti berhasil mencapai apa-apa yang telah dirancang dan dijalankan dengan baik). Sungguh menakjubkan! Inilah sistem kewangan riba yang telah diizinkan dan dibuka jalannya oleh ‘para wakil rakyat’ atau ‘ulama kontemporari’ untuk merompak rakyat jelata. Perompakan ini pula disahkan dan dilindungi oleh undang-undang negara dan sistem kekuasaan yang diluluskan oleh ‘wakil-wakil rakyat’ tersebut dan dihalalkan oleh ‘ulama-ulama kontemporari’ yang takut disebut jumud dan ketinggalan zaman kerana tidak mahu menerima sistem duit kertas dan perbankan. “The few who can understand the system will either be so interested in its profits, or sodependent on its favours, that there will be no opposition from that class, while on the otherhand, the great body of people mentally incapable of comprehending the tremendousadvantage that capital derives from the system, will bear its burdens without complaint andperhaps without even suspecting that the system is inimical to their interest.” (Segelintir yang memahami sistem kewangan ini, akan begitu terpesona pada keuntungannya, atau terlalu bergantung kepada kemudahannya, sehingga kita tidak memperoleh suatu penentangan dari kelas ini. Sementara bagi khalayak yang tidak memiliki kemampuan untuk memahami untung besar yang boleh dperolehi, hasil modal dari sistem ini, akan menanggung bebannya tanpa mengeluh bahkan tidak menyangka bahawa sistem ini melumatkan diri mereka sendiri). Demikianlah isi sepucuk surat Rothschild BrosLondon kepada sebuah firma bank di New York tanggal 25 Jun 1896, mengenai kehebatan muslihat canggih dan licik yang telah direncanakan oleh persatuan bank sedunia untuk memperdayakan dan menghancurkan manusia. Apakah kita begitu buta sehingga tak dapat melihat tipudaya kepercayaan ini? Tidaklah kita dapat melihat bagaimana kita diperhamba dan dinodai oleh ketamakan bank? Kacau-bilau apa lagi yang akan dikhayalkan dan dijajakan oleh ‘wakil-wakil rakyat’ untuk terus membenarkan bank mengaut keuntungan hasil peluh dan tangisan umat Islam sambil menyesatkan serta menyelewengkan kita. Bermula dengan wang kertas, kita diseru supaya menjadikan masyarakat kita sebuah masyarakat berwang atau berduit yang akan beralih pula kepada masyarakat tanpa wang tunai (peningkatan penggunaan kad kredit/kad debit dll).
Perkembangan ini dikatakan peningkatan dan kemajuan yakni jangan sampai kita ketinggalan di belakang masyarakat Jepun dan Korea, yang diilhami oleh falsafah Dunia Barat. Jika demikian, Wawasan Dunia Timur pun sebenarnya secara bengkang-bengkok memandang dan berkiblat ke Barat juga adanya. Dalam masyarakat tanpa wang tunai, kad kredit saja yang dipakai dan ini bermakna pelbagai urusan kewangan hanya menjadi pertukaran butir-butir angka di balik kaca sistem komputer. Maka tidaklah menghairankan kenapa sesetengah bank sudah pun secara bertahap menggantikan pekerja-pekerja mereka dengan komputer. Urusan bank sudah sampai tahapan kelap-kelip dan penggantian digit-digit di dalam kaca komputer sahaja.

- Kredit Menjual Hutang

Kelap-kelip inilah yang dipinjamkan kepada negara-negara Islam dan ‘dunia ketiga’ yang ketagihan hutang, sehinggakan ‘dunia ketiga’ memberikan jaminan tanah, kekayaan, hasil bumi dan apa saja yang bernilai untuk mendapatkan pinjaman wang atas angin itu. Kemudahan kredit itu semacam mandate yakni suntikan pertama hebat rasanya tetapi ketagihan itu lambat-laun membunuh penikmatnya. Pinjaman ini kemudian menjadi beban hutang negara yang ditanggung oleh rakyat negara itu dan untuk menunaikan hutang yang tidak terbayar itu, dalam keadaan hutang tidak dikurangkan, hasilbumi diceduk, ikan di sungai dan di laut ditangkap sehingga pupus. Akhirnya negara itu miskin keseluruhan, tercemar alam sekitarnya, celaka masyarakatnya. ‘Dunia pertama’ juga tidak terlepas dari lilitan hutang riba. Hutang rumahtangga masyarakat di Britain pada tahun 80an mencapai 34 juta pound sterling. Ini adalah hutang yang ditanggung oleh orang ramai yang membeli barang dengan kredit tetapi belum membayarnya. Jika jaminan peribadi dan pinjaman bank dihitung juga, jumlahnya amat menakjubkan iaitu 207 juta pound sterling. Ini tidak termasuk pinjaman perusahaan atau pinjaman negara atau jenis kredit yang lain. Sebagai perbandingan, hutang Inggeris adalah dua kali ganda jumlah hutang Brazil, salah sebuah negara yang menanggung hutang paling besar di muka bumi ini. Menurut laporan New York Times, hutang pengguna kad kredit dan kredit pembelian kenderaan melampaui US$10 juta sebulan. Sementara pada Mac, 1994 hutang para pemegang kad Visa adalah US$240 juta. Seorang pemegang kad kredit berkata: “My salary is no longer keeping pace with the cost of living. And when you have a cash flow problem, the credit card is the only option.” (Gaji saya sudah tidak dapat memenuhi kos sara hidup. Dan apabila kamu menghadapi masalah kewangan, menggunakan kad kredit adalah satu-satunya jalan keluar). Dalam ungkapan lain, peningkatan kredit ini berasal dari perbuatan penggunaan dan pemegang kad kredit meminjam lagi untuk membayar hutang mereka. Ia memberi gambaran seolah-olah kemudahan kewangan riba tidak ada habisnya, sampai ke akhir hayat kita akan terus membayar balik hutang riba. Dorongan untuk memiliki barang-barang mewah seperti kenderaan, mesin basuh, televisyen, video dan sebagainya, cukup kuat; ditambah pula kuatnya iklan-iklan di bahan cetak surat khabar dan TV, yang memanipulasi dan menipu. Tekanan ini mengalahkan akal fikiran sekaligus melucuti kebebasan memilihnya. Kepada sebahagian besar pengguna, bayaran secara ansur-ansur (sewa-beli) adalah satu-satunya cara membeli barang-barang mewah tersebut. Atau dengan kata-kata lain,mendapatkan barang-barang itu melalui kredit atau hutang. Yang pada akhirnya mereka boleh membeli apa sahaja barangan, melebihi barangan yang boleh mereka beli jika dibayar dengan tunai. Oleh itu, sewa-beli atau membeli secara ansuran, memberikan bayaran lebihan atau tambahan untuk barang yang dibelinya. Lebihan tambahan itu adalah riba. Bagi bank, pengedar dan penjualnya, lebih menguntungkan jika masyarakat membeli barang-barang secara ansuran kerana mereka menyedari bahawa mereka boleh membuat lebih banyak wang dengan menawarkan layanan pembayaran ansuran dari menjual barang itu sendiri. Apabila seseorang pengguna membeli dengan kredit, dia mengadai-janjikan pendapatannya untuk suatu jangka waktu yang tidak tetap. Ini disebut meminjam ke masa depan. Dan dalam hal hutang-hutang tertentu, misalnya hutang negara, hutang akan ditanggung dan dibayar oleh generasi mendatang. Kerananya lebih mudah membuat wang dari wang, dari pada menjual barang itu sendiri. Dalam banyak hal, barang dan jasa yang ditawarkan sudah menjadi cara menjual hutang. Bagi pengguna, membeli secara ansuran adalah sama dengan mendapatkan kemudahan kredit. Penggunaan kad kredit melebarkan lagi lingkaran hutang berpusing di dalam masyarakat. 

- Hutang Negara Dan Hutang Rakyat

Hutang negara memberikan kekuasaan kepada syarikat perbankan sedunia bukan saja untuk campur-tangan dalam kegiatan ekonomi sebuah negara, juga malahan menentukan dasar-dasar negara itu. Hutang negara mengikat seluruh rakyat sebuah negara itu kerana rakyat dipajak untuk memungut wang guna membayar balik hutang tersebut. Ini menjadi mudah kerana rakyat mentaati undang-undang yang memeras mereka. Dengan tidak sedar, mereka sudah diperhamba oleh perbankan sedunia. Sebenarnya apa yang dipanggil beban hutang negara itu adalah wang atas angin yakni angka-angka dongengan semata-mata, tetapi angka-angka hutang inilah yang memindahkan kedaulatan dan kekayaan sebuah negara itu kepada kumpulan perbankan sedunia. Malah, negara-negara yang dianggap kuasa besar sekalipun meminjam wang dari bank untuk mengendalikan beban hutang negara, atau membiayai kembali (refinance) hutang itu atau ’mengimbangi’ defisit belanja negara. Begitulah teknik sistem bank. Ini memuntahkan cerita kosong konsep ‘kedaulatan negara’ sebagaimana slogan yang kononnya ‘rakyat itu berdaulat’ terbukti hanyalah omongan kosong semata-mata. Di samping itu, wang atas angin yang bertrilliun itu perlu mendatangkan keuntungan atau pengembalian yang lumayan. Ini hanya boleh terjadi dengan memberi pinjaman kepada perniagaan-perniagaan raksasa atau kepada projek-projek yang memerlukan belanja yang besar. Projek yang bernilai berjuta-juta, yang dahulunya tidak terbayang, kini menjadi lumrah. Oleh itu, pinjaman bank mengutamakan kelompok-kelompok perniagaan yang menguasai pemasaran dan pengeluaran seperti supermarket, perusahaan (koperasi) dan sebagainya, sekaligus membunuh perdagangan kecil-kecilan atau pedagang kecil. Keadaan ini memaksa pedagang-pedagang kecil lari mendapatkan kemudahan bank untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka atau bergabung untuk menjadi perniagaan besar sehingga memudahkan mereka mendapatkan pinjaman bank. Perniagaan ini pula didesak meningkatkan produktiviti atau pengeluaran untuk membayar balik pinjaman bank, dan untuk berbuat demikian mereka terpaksa bersatu dalam teknologi tinggi seperti peralatan berat, computer dan seumpamanya. Dengan kata-kata lain, teknologi tinggi mendapat keutamaan untuk kemudahan pinjaman sementara teknologi tradisional dan ‘lebih sihat’ kepada alam sekitar akan berkubur atau terhapus. Sekiranya, teknologi tradisional ini mendapat perhatian kumpulan perbankan sedunia, ini adalah kerana ia menguntungkan dan melebarkankan penguasaannya. Malah gergasi-gergasi perniagaan seperti syarikat antarabangsa yang dahulunya bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar, kini turut serta dalam usaha-usaha untuk membersihkannya pula. Ini adalah kerana banyak wang yang boleh dibuat dari kerja-kerja ini. Sampailah sudah masanya kita harus menyedari, dan bangun dari mimpi, dan berhenti merangkak kepada bank. Kita tidak perlu bank untuk mencari nafkah, membina rumah, mendirikan masjid, membuka tempat orang ramai dan kerja-kerja kemasyarakatan lainnya. Alangkah memalukan dan hinanya apabila kita terpaksa pergi meminjam wang dari bank, sebuah lembaga yang tidak menghasilkan daya guna apapun dan tidak juga memanfaatkan manusia sejagat, bahkan membawa bencana kehidupan di dunia ini. Kerananya dalam masyarakat berkabilah dan tradisional, barang-barang dan jasa ditukarkan(bartera) dalam keadaan yang mencukupi keperluan masyarakat itu. Dalam amalan gotong-royong, hampir-hampir tidak ada atau sedikit sekali pertukarannya melibatkan wang. Institusi kredit moden dan ekonomi tunai (cash economy) seperti dalam tanaman makanan ruji bukan saja mencemarkan bumi melalui penggunaan bahan-bahan kimia malah menjerat peladang dalam lubang hutang. Apabila dia tidak dapat membayar balik hutangnya kepada bank, tanah yang dijaminkannya untuk membeli baja dan mesin tergadai kepada bank sebenarnya yang ditanggung disebabkan kita memperhambakan diri kepada bank adalah dibayar kembali oleh Tuhan melalui tekanan jiwa, rasa resah-gelisah dalam kehidupan dan penyakit social seperti rasuah, suami-isteri yang bercerai berai, anak yang ketagihan dadah, anak menderhaka ibu ayah, keretakan rumahtangga, perceraian dan pelbagai ragam penyakit masyarakat yang ingkar pada larangan Allah Yang Maha Perkasa. Inilah penyakit riba yang perlu segera kita tinggalkan. Setelah kita mengerti penjelasan ini lalu langkah nyata apa yang harus segera kita lakukan untuk memerangi (meninggalkan) sistem riba ini? Jalan keluar awal adalah dengan secepatnya memindahkan harta dengan mulai menyimpan dinar dan dirham yang boleh dibeli dan dapatkan dipelbagai jaringan syarikat yang semakin hari semakin banyak berkembang di negara Malaysia dan Indonesia dan mencuba menggunakannya di mana-mana sahaja dalam proses menyedarkan masyarakat terhadap riba yang membelenggu kehidupan kita. Termasuk beberapa di bawah (saya sekadar memberikan sedikit solusi terhadap perkara yang membelenggu masyarakat kita, yang terpulang kepada kita yang Allah berikan akal fikiran untuk menyelamatkan agama dan keluarga kita dari api neraka).


i.  Insuran dan Takaful

Tatkala kita melihat isu sebenar bagaimana takaful dan insurans muncul, kita tidak dapat lari dari bagaimana ianya ditimbulkan. Ketika Yahudi sudah berputus asa terhadap umat perkataan yang jelas terhadap riba dan judi yang melibatkan umat Islam, mereka mencipta istilah-istilah yang dapat mengaburi umat Islam bagi jatuh ke dalam lubang mereka. Ketika Allah sudah mengharamkan Riba, mereka mencipta Bank-bank dengan perkataan interest/bunga, yang apabila kebanyakan manusia mendengar perkataan bunga/interest, merekaa kan tertambat hati, berbanding mendengar riba yang secara terus kita akan berhati-hati. Kemudian, apabila mereka melihat umat islam sudah melarikan diri dari judi, mereka memperkenalkan sistem insuran, yang sedikit demi sedikit mereka yang dikatakan ulama menjadikannya takaful. Di dalam insurans atau takaful, jika rumah kamu terbakar, atau kenderaan kamu rosak akibat kemalangan, atau kamu ditimpa kemalangan atau kamu meninggal, kamu akan diberikan duit, tapi jika rumah kamu tidak terbakar, kenderaan kamu tidak rosak, kamu tidak berlaku kemalangan, atau kamu masih kekal hidup sihat, maka selagi itu kamu perlu sentiasa memberikan duit kepada syarikat insurans/takaful. Dengan kata lain, kita sedang bertaruh dengan syarikat insuran/takaful tentang peristiwa akan datang (perkara yang ghaib). Kalau kita terkena musibah, bererti pihak syarikat kalah, maka mereka perlu membayar kekalahan mereka. Kalau kita tidak terkena musibah, bererti pihak syarikat menang, dan kita harus membayarnya secara teratur. Bukankah ini suatu bentuk perjudian? Tukarlah apa sahaja istilahnya, ianya sesuatu yang nyata apabila kita memahami maksud perjudian, tilik nasib. Sungguh Yahudi dan Nasrani tidak pernah lena untuk menjadikan umat Islam jatuh ke lubang mereka dan mengikut agama mereka. Seorang rakan saya yang keluarganya terlibat dalam syarikat insurans : ”Kau nak tahu pokwe, takaful ni, minta maaf la aku cakap, dia sama je dengan insurans, hanya nama ditukar untuk menarik umat Islam masuk dalam dia. Semua sama je” Kesimpulan Apabila kita memahami dua isu ini, ada dua perkara yang kita boleh lakukan.

1- Hindari terus dari terlibat dari keduanya.

2 – Berkaitan KWSP, jika tiada kekuatan untuk mengeluarkannya, atau lari dari bekerja dengan kerajaan, maka suatu perkara yang wajib dilakukan adalah menukar pemerintah yang sedia ada yang jelas bertuhankan DUNIA bukan bertuhankan Allah.

Ingat, penukaran kerajaan yang ada hanya ada dua cara iaitu dengan pilihanraya atau jalan raya, peti undi atau senjata api. Bahaya Para Pembohong Membawa Ajaran Yang Belum Pernah Didengar. Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, :

“Akan keluar dajjal dan penipu di kalangan umatku. Mereka akan berkata sesuatu yang baru di mana kamu dan bapa-bapa kamu belum pernah mendengarnya. Awasilah mereka dan jagalah diri kamu daripada disesatkan oleh mereka.” 
[Musnad Ahmad, 20/349]

j. Hidup Tanpa Riba

- Riba, Hutang dan Ekonomi Sunnah

Ketika kita sudah dapat membaca serba sedikit sistem dunia pada hari ini, maka mendapati bahawa satu jalan yang dilihat hanya melalui jalan ini akan menyebabkan masyarakat muslim boleh lari dari keracunan memeluk saki baki riba pada hari ini, dan menyelamatkan sisa-sisa dari iman kita, adalah melalui tindakan revolusi untuk memenangi dan mengawal sebuah kawasan bagi membina sebuah kerajaan Islam, yang sehingga hari ini, tiada satu pun negeri yang diduduki umat Islam yang tidak ada penyakit riba dari memasuki kawasannya. Apabila kita merasakan membina sebuah kerajaan Islam masih jauh dari impian setiap muslim, maka perkara pertama dari seorang muslim perlu lakukan adalah menyelamatkan diri dan keluarganya dari belenggu riba itu sendiri. Di sini, kita akan membincangkan bagaimana membina ekonomi sunnah terhadap diri dan keluarga kita. 

- Memahami Sistem Yang Dibawa Oleh Hutang

Sehingga terbentuknya kerajaan Islam yang sebenar, di sana perlunya suatu keperluan menyusun strategi yang efektif bagi mengurangkan dan meminimumkan bahaya riba dari terus merebak. Di sana, apabila kita membuka lembaran kitab-kitab Ulama Islam dan buku-buku hadis, kita akan melihat ekonomi sunnah yang boleh dipraktikkan bagi mencapai matlamat ini. Masyarakat muslim perlulah diberikan peringatan dan dididik agar menjauhkan diri mereka dari memasuki ruang hutang kecuali di dalam kes-kes yang menjadi keperluan yang sangat mendesak. Jika sudah berada di dalam hutang, kita perlu mencari usaha sehabis mungkin untuk mengeluarkan diri kita dari belenggu hutang tersebut. Di sinilah kita akan mengetahui asas kepada berkembangnya sistem riba ini, dan dari pengetahuan asas ini akan menjadi dinding kita dari terus berada dalam penyakit riba yang telah merebak kepada masyarakat muslim kita pada hari ini. Asas dari berkembangnya sistem riba ini adalah, meminjam atau membeli barangan melalui campurtangan pihak perbankan dan apa-apa institusi kewangan. Pengetahuan kita selama ini, bank memberikan pinjaman dengan kadar bunga tertentu, perkara yang sama dilakukan oleh along-along lintah duit cepat. Manakala pengetahuan kita selama ini, bahawa bank islam tidak melakukan urusan pinjaman wang tetapi menjual barangan yang telah dipersetujui akan dibeli oleh pembeli dengan syarat ianya mesti melebihi harga yang dibeli oleh pihak bank Islam. Apa yang terjadi sebenarnya, bank Islam bukanlah menjual di atas satu sistem jualbeli yang sebenar, melainkan memanipulasi hukum-hukum Islam dan diberi wajah baru yang dikatakan syariah compliant. Sedangkan, syariah compliant bukan bahasa yang ada di dalam Islam, ianya hanyalah satu perkataan yang baru dicipta bagi mengelakkan ianya disebut halal, yang mana, intipati sebenar perkataan syariah compliant adalah satu penipuan yang nyata terhadap bangsa Muslim. Di dalam proses mengembalikan sistem ekonomi sunnah terutama mengenai hutang, kita perlu memasang strategi bagi menentang riba. Strategi ini termasuklah melebar luaskan pendidikan terhadap bahaya hutang dan riba terhadap masyarakat. Pendidikan masyarakat muslim terhadap hutang, tidak lari dari merujuk kepada hadis-hadis nabi yang kita boleh melihat bagaimana ianya relevan pada situasi semasa. Hadis-hadis ini diulang-ulang di dalam khutbah jumaat, dimasukkan dalam silibus pendidikan anak-anak muslim di sekolah-sekolah, disebar luaskan melalui pelbagai bentuk media elektronik, ditampal di papan-papan kenyataan seluruh masjid-masjid. Aisyah telah berkata : bahawa Pesuruh Allah berdoa ketika mengerjakan solat, dan menyebut : Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari dosa dan dari berada di dalam hutang. Seseorang telah bertanya baginda : “Berapakah kekerapan, wahai Pesuruh Allah, engkau memohon perlindungan dari berada dalam hutang?” Baginda menjawab : “Apabila seorang lelaki berada di dalam hutang, dia akan berkata dan mengatakan yang tipu (tidak benar), dan dia berjanji dan memungkiri janji yang dibuat.” 
(riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad, seorang Utusan Tuhan Allah, memohon perlindungan pada Allah, Yang maha Kaya, dari beban hutang, dan sebagai akibatnya, hutang dikenali sebagai salah satu punca kejahatan. Hutang bukan semata-mata merosakkan individu, bahkan ianya merosakkan sesuatu bangsa dan negara. Kita melihat, seluruh tamadun Islam pada hari ini telah dimusnahkan melalui bebanan hutang. Dan semua ini, kita mesti meletakkan satu penghinaan kita terhadap dari mana berasalnya ianya dicipta, kepada seluruh elit-elit yang memegang tampuk sistem ekonomi yang berasas dari universiti-universiti sekular barat, yang mana mereka inilah yang banyak memberikan nasihat dan mengetuai pengkhianatan terhadap seluruh masyarakat Muslim dunia, juga kepada seluruh tamadun manusia. Ada sebahagian dari kalangan ilmuwan Islam yang secara tidak sedar, dan tidak faham terhadap institusi perbankan ini, secara tidak langsung memberikan saham mereka terhadap kemusnahan sistem masyarakat melalui keterlibatan mereka dalam menasihati sistem perbankan Islam. Bank Islam bukan semata-mata adik-beradik kepada sistem perbankan konvensional, bahkan mereka adik-beradik kembar, jasad yang sama tetapi wajah asing-asing. Perkembangan sistem perbankan Islam lebih mempercepatkan kemusnahan masyarakat muslim khasnya dari sudut keluarga, akhlak, dan cara hidup (agama). Apa yang ditawarkan oleh sistem perbankan islam bukanlah kesederhanaan Islam, bahkan suatu kehidupan yang berlebihan yang berasas kepada hutang yang tidak perlu, yang lebih kepada menjerut leher-leher bangsa muslim, yang menghisap seluruh darah bangsa muslim kepada suatu yang dinamakan HAMBA HUTANG. Perbankan Islam menyebabkan bangsa Muslim tidak nampak perhambaan yang disertakan sekali ketika seseorang menyatakan persetujuan terhadap perjanjian yang dibuat. Apabila kita melihat mengapa seorang hamba yang berusaha untuk merdeka diberikan salah satu bahagian dari zakat, adalah kerana perhambaan itu menyebabkan seseorang terikat dengan tuannya yang boleh jadi menyuruhnya melakukan sesuatu yang dilarang Allah, serta menjerumuskan dirinya kepada kebinasaan di akhirat, maka kita akan memahami mengapa hutang yang dibawa Bank Islam ini adalah satu bentuk perhambaan yang lebih merosakkan bangsa Muslim.
Apakah yang Islam tawarkan sebagai suatu petunjuk dalam menangani masalah hutang? Salamah meriwayatkan :
“Satu jenazah telah dibawa kepada Nabi agar baginda melakukan solat jenazah ke atasnya. Baginda bertanya : “Adakah dia berada di dalam hutang?” Mereka menjawab : “Tidak. Maka baginda melakukan solat ke atasnya (jenazah). Jenazah lain dibawa kepada baginda dan baginda bertanya : “Apakah dia di dalam hutang? Mereka menjawab : Ya. Baginda berkata : Kamu lakukan solat ke atas kawan kamu. Abu Qatadah berkata : Aku akan membayar hutangnya wahai Utusan Allah. Kemudian, baginda melakukan solat jenazah ke atasnya. 
(riwayat Bukhari) 

Abu Hurairah Berkata : Utusan Allah bersabda : 

“Seandainya aku mempunyai emas sebesar bukit uhud, aku tidak akan merasa senang kalau emas itu masih ada padaku selama 3 hari, selain dari apa yang dipersiapkan untuk membayar hutang.” 
(Riwayat Bukhari)

Hadis ini menunjukkan satu ekonomi sunnah, di mana ianya membenci penimbunan harta kekayaan, bahkan seruan untuk membelanjakannya, sehinggakan Nabi akan membelanjakan emas sebesar bukit dalam masa tiga hari. Apabila kekayaan (harta) dibelanjakan, ianya disuntik ke dalam ekonomi dan seterusnya mengukuhkan ekonomi. Membelanjakan harta akan memberi kesan, melalui jalan ini, sunnah hidup Nabi terhadap suatu cara hidup kesederhanaan dan jimat cermat dapat dikekalkan! Maka perbelanjaan itu adalah diarahkan lebih kepada produktiviti berbanding kepada penggunaan/perbelanjaan diri sendiri. Perbelanjaan juga boleh merujuk kepada derma, sedekah, kerja amal. Abu Hurairah berkata : Utusan Allah bersabda :

“Ia adalah satu perbuatan zalim (tidak adil) apabila seseorang yang punya harta (untuk membayar hutannya) menangguh-nangguh (pembayaran hutangnya).” 
(riwayat Bukhari)

Hadis ini secara jelas menuntut bahawa sesiapa yang mempunyai harta agar membayarnya terlebih dahulu, termasuklah mereka yang ingin pergi haji, perlu membayar hutangnya terlebih dahulu, didahulukan membayar hutang berbanding menunaikan haji. Jika dengan sebab membayar hutang itu, tidak dapat menyebabkan dia menunaikan haji, itu terlebih baik berbanding menunaikan haji tanpa mendahulukan pembayaran hutang. Al-Sharud meriwayatkan bahawa Nabi bersabda :

“Menangguhkan bayaran hutang bagi seseorang yang mempunyai cara untuk membayarnya membolehkan dia untuk dimalukan dan diberikan hukuman ke atasnya.” Ibn al-Mubarak berkata bahawa ”dimalukan” bermaksud boleh berkata dengannya secara keras atau kasar , dan ”hukuman” bermaksud dia boleh dipenjarakan kerananya. 
(riwayat Abu Daud, Nasa’i) 

Abdullah bin Amr meriwayatkan Utusan Allah bersabda : 

“Setiap kesalahan kecuali hutang akan diampunkan kepada seorang yang mati syahid.” 
(Riwayat Muslim) 

Abu Hurairah meriwayatkan, Utusan Allah bersabda : 

“Jiwa seorang mukmin terikat kepada hutangnya sehingga ianya dibayar.” 
(riwayat Shafe’i, Ahmad, Tirmizi)

Hutang merupakan suatu bebanan yang sangat dahsyat sehingga Allah yang maha Tinggi, masuk campur ke dalam urusan orang yang berhutang bahawa mereka akan dibantu : 

“Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan, dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” 
(Surah Lembu : ayat 280) 

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, pengurus-pengurus zakat, pada muallaf yang dpujuk hatinya, untuk(memerdekakan) hamba, orang-orang yang berhutang.” 
(Attaubah : 6o)

Masyarakat kita, pada suatu ketika dahulu, adalah masyarakat yang sangat takut kepada hutang, apabila mereka berhutang, siang dan malam akan diusahakan bersungguh-sungguh agar hutang itu cepat terlangsai. Sikap ini adalah sikap masyarakat dunia sebelum munculnya kehidupan berteraskan hutang. Sikap yang sama ada pada masyarakat Amerika, Perancis, dan Rusia sebelum sempurnanya revolusi yang memusnahkan terus sistem kepercayaan kepada Tuhan kepada sistem tanpa Tuhan, yang tidak mampu untuk mempertahankan sistem nilai. Hari ini, masyarakat dihilangkan ilmu dari mereka tentang bahaya hutang, sehinggakan system perbankan dengan mudah memperniagakan dan memujuk masyarakat untuk hidup dalam keadaan berhutang untuk tempoh yang lama, tidak terkecuali perbankan yang diberi pelekat ”Islam”. Abu Kabsha al-Anmari berkata bahawa beliau mendengar Utusan Allah bersabda : 

“Di sana ada 3 perkara yang mana aku bersumpah ianya akan menjadi benar, dan aku akan memberitahu kamu sesuatu yang lain, maka simpanlah ia di dalam ingatan. Tiga perkara yang aku bersumpah akan menjadi kenyataan adalah :  Seorang harta lelaki tidak akan menjadi kurang disebabkan sedekah, bila seorang lelaki dilakukan kezaliman ke atasnya dan menanggungnya dengan sabar Allah akan memberikannya kehormatan/penghargaan yang lebih besar padanya dan seorang lelaki bila dia membuka pintunya kepada meminta-minta, Allah akan membuka padanya pintu kepapaan/ kemiskinan. Dan perkara yang akan aku beritakan pada kamu yang mana kamu mesti menyimpannya di dalam memori adalah ini. Dunia mempunyai empat jenis manusia, hamba yang mana Allah berikan kekayaan dan pengetahuan di mana dan dia takut Tuhannya dalam hal itu dan mempertahankan ikatan-kaitan dengan itu dan mengiktiraf hak Allah atasnya, yang satu ini berada di kedudukan terbaik. Ada hamba yang Allah memberikan pengetahuan tetapi tidak memberikannya harta, Dia memiliki niat yang tulus dan berkata, “Jika saya punya harta, Saya akan bertindak sebagai seorang itu bertindak.” Dia telah sesuai dengan niatnya, maka pahala keduanya adalah sama. Ada seorang hamba yang Allah menyediakannya harta tetapi tidak dilengkapi dengan pengetahuan, sehingga ia meneruskan sembarangan dengan harta tanpa pengetahuan. Ia tidak takut Tuhan dalam rasa hormat, juga tidak memelihara hubungan kekerabatan dengan itu, tidak mengiktiraf hak Allah atasnya, Orang ini berada pada kedudukan terburuk. Ada seorang budak yang Allah tidak memberikannya sama ada harta mahupun pengetahuan, jadi dia mengatakan, ‘Jika saya punya wang, saya akan bertindak sebagai begitu dan begitu (orang ketiga) bertindak. Dia telah sesuai dengan niatnya, sehingga beban dosa keduanya adalah sama.“
(riwayat Tirmizi)


k. Hukum Keperluan (Dharurat) 

–Kesederhanaan Hidup Dalam Membeli Rumah

Melihat kepada situasi semasa, setiap jualbeli yang ada pada hari ini, yang melibatkan rumah, kereta, tanah, kebanyakannya perlu melibatkan bank. Di sana timbul persoalan bagi sebahagian dari kita, bahawa waktu ini, hukum darurat tidak dapat tidak, perlu diaplikasi, bagi masyarakat muslim. Doktrin yang sentiasa kita dapati bahawa syariah membenarkan kita di dalam situasi yang tertentu, membenarkan kita untuk menggunakan apa yang telah diharamkan Allah. Sebagai contoh, pengharaman memakan babi. Jika seorang muslim benar-benar terdesak sehingga akan menyebabkannya kematian, dan makanan yang hanya ada di waktu itu hanya seekor babi( contoh tengah padang pasir) untuk menyelamatkan nyawanya, maka dia dibenarkan makan babi tersebut, hanya sekadar cukup untuk dia bergerak meneruskan perjalanan dan punya tenaga untuk sampai ke satu tempat lain. Tidak boleh dibuat bekalan. Perintah berkenaan keadaan ini banyak dapat dirujuk di dalam al Quran. Rujuk – surah: ayat 5:4, 6:145, 6:119, 2:173. Hukum keperluan (darurat) apabila melihat kepada situasi pengharaman riba, hanya boleh dipertimbangkan jika masyarakat muslim sudah membuat usaha sehabis mungkin bagi membina kehidupan ekonomi alternatif, dan usaha tersebut telah gagal. Maka di sana, kebolehan untuk masyarakat muslim berurusan dengan pihak perbankan(termasuk perbankan yang dicop Islam) dibolehkan, yang mana kebolehan itu hanya mencakupi perkara-perkara yang menjadi keperluan hidup semata, yang memerlukan kesegeraan dan ianya tidak akan sempurna melainkan perlu terjun kepada transaksi riba. Apakah keperluan yang sangat-sangat mendesak itu? Kebanyakan dari masyarakat muslim kita pada hari ini masuk ke dalam kancah riba adalah bagimembeli rumah yang mereka akan duduki.Ianya suatu yang jelas, yang mana tempat yang mereka duduki itu, adalah suatu tempat perlindungan dalam bentuk rumah, suatu keperluan asas manusia. Tetapi, seorang muslim perlu berhenti sejenak dan berfikir sambil menimbangkan apakah hanya dengan membeli rumah dalam keadaan berhutang berpanjangan dapat memberikan kepuasan mencari tempat perlindungan? Ramai dari kalangan masyarakat kita sendiri, yang boleh hidup di dalam rumah yang disewa, mengapakah kita tidak boleh? Di sini, kita punya fakta yang jelas, tiadanya alasan mahupun dalih untuk seseorang muslim untuk masuk ke dalam riba bagi tujuan membeli rumah bagi menetap, apabila di sana mereka mempunyai pilihan untuk menyewa.Timbul pula bantahan, yang mengatakan bahawa di sana mempunyai rasa selamat lebih tinggi dan lebih selesa tinggal di dalam rumah milik sendiri berbanding di rumah yang disewa. Ini alasan yang kuat. Dan dari alasan inilah di sana dimunculkan alasan keperluan untuk memiliki rumah melalui ekonomi berasaskan riba bagi menyebar luaskan penyakit dan racun riba ke dalam masyarakat Islam.D an fakta yang kita dapati, bahawa ianya lebih sukar dan lebih mahal untuk memiliki rumah melalui pembelian melalui bank cop syariah compliant atau melalui pinjaman beserta bunga berbanding seseorang itu menyewa rumah. Membeli rumah pada masa ini, sama ada melalui bank cop syariah compliant atau bank konvensional, anda akan membayar hampir 30-40% lebih dari harga asal, dan ada sebahagiannya, lebih dari 70% harga asal. Membeli rumah melalui pinjaman bank dan cagaran mempunyai beberapa kerugian jangka pendek dan panjang :

1 – Masyarakat Muslim akan melanggar perintah Allah terhadap larangan terlibat dalam transaksi riba.
2 – Dia akan membayar lebih 40% berbanding jika beliau membayar melalui sewa dan beli melalui syirkah.
3 – Dia akan masuk ke dalam hutang jangka panjang. Sesiapa yang mempelajari ekonomi sunnah berhubung dengan hutang akan memahami bahawa suatu kebodohan dan sesuatu yang amat berbahaya, disamping ianya melanggar ekonomi sunnah, bagi seorang muslim untuk masuk ke dalam hutang jangka panjang.
4 – Mati boleh mengambil tempat bila-bila masa. Seorang muslim yang mati dengan hutang(pinjaman bank adalah hutang), dan tanpa mempunyai apa-apa untuk membayar balik hutang tersebut, akan mati di dalam keadaan di mana Nabi sendiri menolak untuk solat jenazah ke atas mayat seorang yang berhutang.
5 – Seorang muslim yang mati dengan hutang akan memberikan satu bebanan buat keluarganya dengan hutang. Jika jandanya dan anak-anak yatimnya gagal untuk meneruskan pembayaran bulanan, dan ini selalunya terjadi, pihak bank akan menyita hartanya. Apabila ini berlaku, bukan sahaja ahli keluarganya tidak akan mempunyai rumah dalam keadaan mereka sangat memerlukan perlindungan, tetapi juga, lebih teruk, mereka akan ditipu dan diperdaya dengan menjual seluruh isi rumah tersebut.
6 – Seorang muslim yang masuk ke dalam kancah hutang jangka panjang tidak sesekali boleh menunaikan haji dengan keyakinan hajinya akan diterima Allah. Nabi sendiri mengisyhtiharkan bahawa ianya satu tindakan yang zalim, tidak adil, apabila seseorang itu mempunyai cara membayar hutangnya, dia menangguhkan hutangnya dari dibayar, termasuklah menangguhkan bayaran hutang untuk pergi haji. Mungkin kita boleh berikan tekaan, bahawa masyarakat muslim sudah diyakinkan, oleh fatwa orang-orang alim kita yang mungkin terlepas pandang yang mana mereka ini dibayar oleh kerajaan yang tidak mematuhi perintah Allah, bahawa masyarakat muslim boleh menggunakan dalil darurat ,bahawa seorang muslim boleh mengambil pinjaman bank atau belian melalui bank cop syariah compliant bagi membeli rumah. Persoalannya, rumah jenis yang manakah boleh dibeli? Prinsip asasnya, seseorang yang di dalam darurat, hanya boleh mengambil bahagian yang paling minimum dari daging babi yang benar-benar diperlukan untuk badan. Apabila ini kaitkan dengan rumah, maka prinsip asasnya, dia perlu membeli rumah yang paling kecil dan paling murah yang mana ianya cukup semata untuk perlindungan. Apa yang kita lihat hari ini, masyarakat Muslim tidak melakukan sedemikian! Bahkan berlebihan! Mengambil hutang melebihi dari keperluan. Sesuatu yang Nabi dan sahabat-sahabat Nabi tidak pernah ajar. Bagaimana kecil rumah, yang cukup hanya sekadar mencukupi sebagai tempat perlindungan? Al Quran telah menjelaskan kepada kita, bahawa kita mempunyai contoh tauladan yang terbaik pada diri Utusan Allah, Nabi Muhammad, yang peribadinya terlalu unggul untuk dicontohi. Dan rumah yang baginda sediakan untuk isteri-isteri baginda, di mana baginda juga tinggal bersama, adalah sangat kecil. Idea bagaimana kecilnya rumah/bilik baginda melalui riwayat hadis-hadis ini : Dari Aisyah, isteri Nabi katanya ”saya tidur di hadapan Utusan Allah (rasulullah), sedangkan kedua kakiku di tempat kiblatnya. Ketika baginda sujud, dicubitnya aku, lalu kutarik kakiku. Dan apabila baginda berdiri, kulunjurkan kakiku kembali.” Berkata Aisyah menambahkan, ”Ketika itu tak ada lampu dalam rumah.” 
(Bukhari – jilid 1 – hadis 228)

Ada perbezaan rumah Nabi di Madinah juga di Mekah. Bagi rumah di Madinah, bilik Nabi dan Aisyah, adalah di mana Nabi dimakamkan. Tempat yang sama Abu Bakar dan Umar dimakamkan. Tempat masuk bilik nabi dan bentuk rumah Nabi tika di Mekah tempat sambut tetamu. Pengajaran Dari Kisah Umar Ketika masyarakat mula membuka Kufah, mereka kembali kepada tabiat lama. Mereka meminta kebenaran dari Umar selaku Khalifah bagi membina rumah dari reed (rujuk link ini). Kemudian, penduduk Basrah juga meniru dalam pembinaan rumah di tempat mereka. Umar berkata : ”khemah lebih baik bagi kamu, kerana kamu berada dalam negeri perang, tetapi aku tidak mahu menentang permintaan kamu. Apakah itu reeds(sejenis tumbuhan seperti rumput panjang)? Mereka menerangkan kepada beliau tumbuhan tersebut, dan Umar membalas, “Terpulang kepadakamu.” Maka, penduduk di dua bandar ini mula membina rumah dari reeds. Kemudian, berlaku kebakaran di Kufah dan Basra, dan kejadian terburuknya adalah, di mana 80 buah rumah terbakar hangus tanpa meninggalkan apa-apa. Masyarakat terus memperkatakan tentang kejadian tersebut. dan Saad(Gabernor, juga Ketua Turus Perang) menghantar satu kumpulan dari mereka kepada Umar, dan meminta kebenaran bagi membina rumah daripada bata. Mereka datang kepada Umar dengan berita kebakaran dan apa yang terjadi kepada mereka iaitu masyarakat ini tidak pernah melakukan sesuatu tanpa berbincang dengan beliau .Umar berkata, ”Buatlah, tetapi tidak boleh seorangpun dari kamu boleh mempunyai lebih dari 3 buah bilik, dan jangan kamu bersaing dalam membina bangunan mewah. Peganglah sunnah dan kamu akan menang. ”Kemudian mereka kembali ke Kufah dengan pesanan tersebut, dan Umar menulis kepada Utbah dan penduduk Basrah dengan pesanan yang sama. Umar juga memberikan nasihat dan pesanan kepada delegasi, dan meminta mereka secara umum agar mereka tidak membina bangunan mereka lebih tinggi berbanding yang munasabah. Mereka bertanya “Apakah yang munasabah itu?” Umar menjawab, “Ianya yang tidak membawa kamu mendekati pembaziran (berlebihan) dan yang sesuai dengan niat tujuan kamu (sebagai tempat berlindung). Sunnah Nabi dan sahabat-sahabat baginda tiada yang terlebih baik dari mereka untuk kita ikuti. Mereka telah menunjukkan kesederhanaan yang sepatutnya kita ikuti. Rumah Sebagai Tempat Beristirehat Bukan Sebagai Penjara Kedua, masyarakat perlu menjadikan rumah bukan sebagai penjara yang sentiasa membuatkan jiwa berat untuk meninggalkannya. Kita perlu dan boleh untuk berjalan atau mengembara di bumi Allah bila kita merasakan keperluan berbuat demikian tanpa perlu ada rasa sekatan dari rumah yang dibina. Dan, kadang-kadang, seseorang itu perlukan rumah, di mana dia boleh membawanya bersama ketika dia mengembara. Penduduk badwi Arab, masyarakat red indian Amerika, hidup dalam keadaan aman dan tenang di dalam rumah yang dibuat dari kulit-kulit binatang. Dan sangat sedikit dari kalangan mereka yang merungut tentang ruang yang ada terlalu kecil atau rumah sebegini sangat jarang bagi masyarakat yang bertamadun. Mari kita mengingati kembali ayat-ayat Allah, di mana Allah, Tuhan yang Maha Agung, berkata tentang rumah sebagai tempat untuk berehat dan berdiam seketika, dan kemudian meneruskan firmannya berkata tentang rumah yang dibuat dari kulit binatang. “Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah dari kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan (membawanya) di waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan (dijadikannya pula) dari bulu domba, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah dan perhiasan sehingga waktu tertentu.”
(quran : surah lebah : 80)

l . Bahaya Sistem Perbankan

Jika kita melihat kepada situasi semasa dan kita menyusuri titian sejarah, kita akan dapat melihat bahawa sistem riba adalah punca kepada merebaknya penyakit masyarakat.

1 – Runtuhnya kepercayaan kepada jiran Sistem masyarakat sebenarnya berasas kepada sikap saling mempercayai dan saling bantu membantu. Zaman sebelum wujudnya bank, masyarakat akan menyimpan harta mereka pada jiran-jiran mereka yang dipercayai. Siapa tidak kenal seorang lelaki yang digelar Al-Amin ketika Nabi Muhammad masih tidak diberikan wahyu selaku utusan Allah? Sehinggakan sewaktu Nabi ingin berhijrah, Nabi menyuruh Ali untuk tidur di tempat tidurnya bagi mengembalikan semula amanah masyarakat yang banyak disimpan di rumah baginda. Apabila bank dibuka, ianya membuatkan orang ramai berpusu-pusu menyimpan duit di dalam bank. Sikap mempercayai kepada masyarakat kejiranan semakin menghilang, dan kini manusia berurusan dengan pihak bank yang tidak dikenali sebelum ini, hanya dikenali sebagai satu syarikat yang ada duit. Masyarakat diubah mentaliti mereka, bahawa orang yang dipercaya hanyalah manusia berduit yang banyak, dan ini semakin lama semakin merebak di dalam jiwa masyarakat.

2 – Pinjaman dengan bunga, atau memanipulasi sistem jualbeli menjadi sistem riba. Apabila bank memberikan pinjaman atau pembiayaan di atas sistem riba, pinjaman yang diberikan kepada seseorang perlu dibayar lebih dari yang dipinjam. Dalam masa yang sama, pihak bank mencetak lebih banyak duit, dan ini menyebabkan nilai duit kertas yang berputar di dalam masyarakat semakin menyusut nilainya, dan menyebabkan harga barangan meningkat. Dua perkara ini menyebabkan, seorang suami yang dulunya, gajinya cukup untuk menyara satu keluarga, kini duit yang ada, tidak cukup bagi menampung seluruh ahli keluarganya.Ini menyebabkan, suami terpaksa meminta bantuan isterinya untuk bekerja sekali bagi menampung kekurangan yang ada. Kontrak pinjaman, jualbeli yang ada dengan pihak bank selama hampir 10 tahun, atau sehingga 25 tahun, menyebabkan kini suami isteri banyak terfokus pada mencari duit bagi mengekalkan pembayaran bulanan kepada pihak bank. Pihak wanita, perempuan muda, dan isteri kini mempunyai satu persepsi dalam jiwa, bahawa mereka kini sudah tidak boleh bergantung pada lelaki untuk menjadi penjaga mereka kerana suami yang ada hari ini tidak mampu memberikan perlindungan secukupnya kepada keluarga dan memberikan kehidupan yang seadanya kepada mereka jika mereka mendirikan rumahtangga. Ini menyebabkan wanita-wanita, didoktrin bahawa mereka perlu menjadi manusia yang mempunyai gaji yang tinggi, bagi mengekalkan kemahuan mereka dalam rumahtangga. Apabila wanita-wanita mula menunjukkan prestasi dalam pekerjaan, menyebabkan pekerjaan yang dulunya dipegang oleh lelaki, sedikit demi sedikit menggantikan golongan lelaki. Apabila berlaku lambakan pekerja yang sedia bekerja untuk mendapatkan gaji yang ditawarkan, menyebabkan ramai dari mereka yang secara mudah dieksploitasi oleh golongan majikan mereka. Secara kasarnya, kesan jangka panjang dari riba yang dibuat pihak bank menjadikan wanita dijauhkan dari fitrah dan naluri mereka sepanjang tunjang masyarakat dalam sebuah keluarga. Riba yang dihasilkan, menyebabkan masyarakat lebih tergila-gilakan harta.

3 – Runtuhnya sebuah keluarga. Apabila dalam sebuah keluarga, yang mana, suami dan isteri bekerja, dengan masing-masingnya bertemu dengan pelbagai karenah di pejabat, balik dengan seribu satu tekanan kerja, suasana di dalam rumah menjadi tidak sepatutnya. Suami balik sudah letih lewat malam, perlukan rehat secukupnya untuk terus membanting tulang esoknya. Isteri atau dengan kata lain, wanita, yang mana mereka secara nalurinya diberikan 1 akal, 9 emosi, dipaksa berfikir dengan akal yang satu itu untuk menjayakan dan menaikkan prestasi syarikat/pejabat/dll, menyebabkan mereka dipaksa melawan fitrah mereka. Mereka pulang juga dengan masalah yang sama. Balik ke rumah, diam, interaksi di dalam keluarga berkurangan. Jika yang punya anak-anak, peluang mereka bertemu anak-anak, hanya pagi, sebelum mereka ke sekolah. Menyebabkan anak-anak merasakan bahawa ibubapa mereka lebih sayangkan duit dan kerja mereka, ini menjadikan mereka tidak merasakan ada ikatan yang kuat di dalam keluarga. Mereka mencari kasih di luar rumah. Timbullah, isu couple, yang pada mulanya hanya sekadar ingin berkongsi kasih, menjadi lebih teruk kepada perzinaan yang hina. Bagi sebahagian anak-anak yang lain, mula mencari teman yang boleh mengurangkan masalah mereka atau membuatkan mereka lupa dari keluarga mereka, bermula dengan rokok, kemudian candu, kemudian, arak. Ini membarahkan pelbagai lagi penyakit masyarakat yang bermula dari keluarga. Apa yang pasti, mereka yang terlibat dengan institusi riba ini, sedang memperjudikan nilai masyarakat seluruhnya kepada suatu nilai yang tiada Tuhan. Riba yang terhasil ini menghancurkan sebuah institusi keluarga yang dahulunya cukup hanya seorang lelaki bekerja, isteri hanya fokus dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, tidak perlu memikirkan tentang kewangan keluarga. 

- Perhatian Kita

Apa yang boleh kita lakukan? 

Perkara pertama yang perlu kita sedar adalah, riba ini maksudnya, seseorang itu meletakkan dirinya berperang dengan Allah. Jika sebuah kerajaan itu, dia meletakkan riba sebagai salah satu dari polisi kerajaannya, membenarkan amalan riba berleluasa di dalam masyarakat, maka Allah akan membebankan kerajaan itu dengan sesuatu yang tidak pernah diduga. Masalah bunuh diri, tekanan perasaan, membunuh ahli keluarga, rompakan, kecurian yang tidak terbendung, perceraian ahli masyarakat, anak luar nikah, dan senarainya berterusan.

Keduanya, kita perlu sedaya upaya mencari ilmu dan memperkayakan diri kita dengan ilmu mengenai riba, kepelbagaian jenisnya bagi mengelakkan kita termasuk dari mereka yang menerima dan memberi riba, atau terlibat dalam riba. Riba itu 73 jenis, dan jangan membiarkan agama kalian diletakkan pada mereka yang bergelar mufti kerajaan. Ingat, mufti atau ulama kerajaan ini, mereka diberi gaji oleh kerajaan, dan kebanyakan mulut mereka ditutup. Ingat kes bekas mufti Selangor, apabila dengan keras menegur kerajaan tentang isu ratu cantik? Tidak lama selepas itu beliau dipecat. Ini berlaku pada zaman Perdana Menteri ke-4. Dan apabila ulama ditutup mulutnya, kemusnahan adalah pada masyarakat yang membiarkan agama mereka dibolak-balikkan oleh kerajaan. 

Ketiga, sebarkan ilmu mengenai riba kepada kenalan-kenalan terdekat dan masyarakat sekeliling. Media elektronik, papan-papan kenyataan masjid, ceramah-ceramah. Anda lebih mengetahui bagaimana mahu menyebarkan ilmu, sambil berborak dengan rakan-rakan juga kalian boleh lakukan dalam keadaan santai, cukup sekadar peringatan.

m. Mengembalikan Hidup Mengikut Sunnah 

– Zakat Fitrah Dengan Dirham atau Makanan? 

Masalah ini termasuk di antara kajian yang banyak menjadi tema pembahasan di beberapa kalangan dan kelompok yang memiliki semangat dalam dunia Islam. Tidak hairan, jika kemudian pembahasan ini meninggalkan perbezaan pendapat. Sebahagian melarang pembayaran zakat menggunakan wang secara mutlak, sebahagian membolehkan dengan bersyarat, dan sebahagian membolehkan tanpa syarat. Yang menjadi masalah adalah sikap yang dilakukan orang awam. Umumnya pemilihan pendapat yang paling kuat menurut mereka, lebih banyak didasari logik sederhana dan jauh dari ketundukan terhadap dalil. Jauhnya seseorang dari ilmu agama menyebabkan dirinya begitu mudah mengambil keputusan dalam peribadatan yang mereka lakukan. Seringnya orang terjerumus ke dalam qiyas (analogi) padahal sudah ada dalil yang tegas. Tulisan ini bukanlah dalam rangka menghakimi dan memberi kata putus untuk perselisihan pendapat tersebut. Namun, tulisan ini tidak lebih dari sebatas bentuk upaya untuk mewujudkan kecemburuan terhadap sunnah Nabi dan dalam rangka menerapkan firman Allah, yang ertinya:

“Jika kalian berselisih pendapat dalam masalah apapun maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul, jika kalian adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir.”
(Qs. An Nisa’: 59)

Allah menegaskan bahawa siapa saja yang mengaku beriman kepada Allah dan hari kiamat maka setiap ada masalah dia wajib mengembalikan permasalahan tersebut kepada al Quran dan as Sunnah. Siapa yang tidak bersikap demikian bererti ada masalah terhadap imannya kepada Allah dan hari akhir. Pada kajian ini, terlebih dahulu akan disebutkan perselisihan pendapat ulama, kemudian ditarjih(dipilih pendapat yang lebih kuat). Pada kesempatan ini, penulis akan lebih banyak mengambil faedah dari risalah Ahkam Zakat Fitri karya Nida’ Abu Ahmad. 

- Perselisihan Ulama 

Terdapat dua pendapat ulama dalam masalah ini. Pertama membolehkan pembayaran zakat fitrah menggunakan mata wang, kedua melarang pembayaran zakat fitrah menggunakan mata wang. Permasalahannya kembali pada status zakat fitrah. Apakah status zakat fitri itu sebagaimana zakat harta ataukah statusnya sebagai zakat badan? Jika statusnya sebagaimana zakat harta maka prosedur pembayarannya sebagaimana zakat harta perdagangan. Pembayaran zakat perdagangan, tidak menggunakan benda yang diperdagangkan. Namun menggunakan wang yang senilai dengan zakat yang dibayarkan. Sebagaimana juga zakat emas dan perak. Pembayarannya tidak harus menggunakan emas atau perak, namun boleh menggunakan mata wang yang senilai. Sebaliknya, jika status zakat fitrah ini sebagaimana zakat badan, maka prosedur pembayarannya mengikuti prosedur pembayaran Kaffarah untuk semua jenis pelanggaran. Di mana sebab adanya Kaffarah ini adalah adanya pelanggaran yang dilakukan oleh badan dan bukan kewajipan kerana harta. Pembayaran Kaffarah harus menggunakan apa yang telah ditetapkan, dan tidak boleh menggunakan selain yang ditetapkan. Jika seseorang membayar Kaffarah dengan selain yang ditetapkan maka kewajipannya untuk membayar Kaffarah belum gugur dan harus diulangi. Misalnya, seseorang melakukan pelanggaran berupa hubungan suami isteri di siang hari bulan Ramadan tanpa alasan yang dibenarkan. Kaffarah untuk pelanggaran ini adalah membebaskan budak, atau puasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan 60 orang fakir miskin, dengan urutan sebagaimana yang disebutkan. Seseorang tidak boleh membayar Kaffarah dengan menyedekahkan wang seharga hamba, kerana tidak menemukan hamba. Demikian pula, tidak boleh berpuasa tiga bulan namun putus-putus (tidak berturut-turut). Juga tidak boleh memberi wang RM50; kepada 60 fakir miskin. Kerana Kaffarah harus dibayarkan sama sebagaimana yang ditetapkan. Di manakah posisi zakat fitrah? Sebagaimana yang dijelaskan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, pendapat yang lebih tepat dalam masalah ini adalah bahawasanya zakat fitrah itu mengikuti prosedur Kaffarah. Kerana zakat fitrah adalah zakat badan dan bukan harta. Di antara dalil yang menunjukkan bahawa zakat fitrah adalah zakat badan dan bukan harta adalah pernyataan Ibn Abbas dan Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma tentang zakat fitrah :

1. Ibn Umar radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah, …. bagi kaum muslimin, hamba mahupun orang merdeka, lelaki mahupun wanita, anak kecil mahupun orang dewasa.” 
(HR. Al Bukhari & Muslim)

2. Ibn Abbas radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah, sebagai penyuci orang yang berpuasa dari perbuatan yang menggugurkan pahala puasa & perbuatan atau ucapan buruk.”
(HR. Abu Daud & dihasankan Syaikh Al Albani)

Dua riwayat ini menunjukkan bahawasanya zakat fitrah statusnya adalah zakat badan dan bukan zakat harta. Berikut adalah beberapa alasannya:

1. Adanya kewajiban zakat bagi anak-anak, budak, dan wanita. Padahal mereka adalah orang-orang yang umumnya tidak memiliki harta. Terutama budak, jasad dan hartanya semuanya adalah milik tuannya. Jika zakat fitrah merupakan kewajipan kerana harta maka tidak mungkin orang yang sama sekali tidak memiliki harta diwajibkan untuk dikeluarkan zakatnya.

2. Salah satu fungsi zakat adalah penyuci orang yang berpuasa dari perbuatan yang menggugurkan pahala puasa & perbuatan atau ucapan jorok. Fungsi ini menunjukkan bahwa zakat fitrah statusnya sebagaimana Kaffarah untuk kekurangan puasa seseorang. Apa konsekuensi hukum jika zakat fitrah statusnya sebagaimana Kaffarah? Ada dua konsekuensi hukum ketika status zakat fitrah itu sebagaimana Kaffarah:

1. Harus dibayarkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan iaitu bahan makanan.
2. Harus diberikan kepada orang yang memerlukan untuk menutupi hajat hidup mereka, iaitu fakir miskin. Sehingga tidak boleh diberikan kepada amil, muallaf, hamba, masjid dan golongan yang lainnya. (lih. Majmu’ Fatawa Syaikhul Islam 25/73).

Sebagai tambahan wacana berikut kami sebutkan perselisihan ulama dalam masalah ini: Pendapat yang membolehkan pembayaran zakat fitrah dengan wang. Ulama yang berpendapat demikian adalah Umar bin Abdul Aziz, Al Hasan Al Bashri, Atha’, AtsTsauri, dan Abu Hanifah. Diriwayatkan dari Al Hasan Al Bashri bahawasanya beliau mengatakan: “Tidak mengapa memberikan zakat f fitrah dengan dirham.”

Diriwayatkan dari Abu Ishaq, beliau mengatakan: “Aku menjumpai mereka (Al Hasan dan Umarbin Abdul Aziz) sementara mereka menunaikan zakat Ramadan (zakat fitrah) dengan beberapa dirham yang senilai bahan makanan.” Diriwayatkan dari Atha’ bin Abi Rabah, bahwasanya beliau menunaikan zakat fitri dengan waraq(dirham dari perak). Pendapat yang melarang pembayaran zakat fitrah dengan wang. Pendapat ini merupakan pendapat yang dipilih oleh majoriti ulama. Mereka mewajibkan pembayaran zakat fitrah menggunakan bahan makanan dan melarang membayar zakat dengan matawang. Di antara ulama yang berpegang pada pendapat ini adalah Imam Malik, Imam As Syafi’i, dan Imam Ahmad. Bahkan Imam Malik & Imam Ahmad secara tegas menganggap tidak sah membayar zakat fitrah mengunakan mata wang. Berikut nukilan perkataan mereka: Perkataan Imam Malik, Imam Malik mengatakan: “Tidak sah seseorang yang membayar zakat fitrah dengan mata wang apapun. Tidak demikian yang diperintahkan Nabi.” 
(Al Mudawwanah Syahnun)

Imam Malik juga mengatakan: “Wajib menunaikan zakat fitrah satu sha’ bahan makanan yang umum di negeri tersebut pada tahun itu(tahun pembayaran zakat fitrah).” 
(Ad Din Al Khas)

Perkataan Imam Asy Syafi’I, Imam Asy Syafi’i mengatakan: “Wajib dalam zakat fitrah dengan satu sha’ dari umumnya bahan makanan di negeri tersebut pada tahun tersebut.” (Ad Din Al Khas)

Perkataan Imam Ahmad Al Khiraqi mengatakan: “Siapa yang menunaikan zakat menggunakan mata wang maka zakatnya tidak sah.” (Al Mughni Ibn Qudamah). Abu Daud mengatakan: “Imam Ahmad ditanya tentang pembayaran zakat mengunakan dirham, beliau menjawab: “Aku khuatir zakatnya tidak diterima, kerana menyelisihi sunnah Rasulullah.”
(Masail Abdullah bin Imam Ahmad, dinukil dalam Al Mughni 2/671).

Daripada Abu Thalib, bahawasanya Imam Ahmad kepadaku: “Tidak boleh memberikan zakat fitrah dengan nilai mata wang.” Kemudian ada orang berkomentar kepada Imam Ahmad: “Ada beberapa orang yang mengatakan bahawa Umar bin Abdul Aziz membayar zakat menggunakan mata wang.” Imam Ahmad marah dengan mengatakan: “Mereka meninggalkan hadis Nabi dan berpendapat dengan perkataan fulan. Padahal Abdullah bin Umar mengatakan: “Rasulullah mewajibkan zakat fitrah satu sha’ kurma, atau satu sha’ gandum.”

Allah juga berfirman: 

“Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul.” Ada beberapa orang yang menolak sunnah dan mengatakan: fulan ini berkata demikian, fulan itu berkata demikian.” 
(Al Mughni Ibn Qudamah 2/671)

Bagi madzhab Imam Ahmad bahawasanya beliau berpendapat tidak sahnya membayar zakat fitrah dengan nilai mata wang. Beberapa perkataan ulama lainnya:- Syaikhul Islam Ibn Taimiyah mengatakan: “Allah mewajibkan pembayaran zakat fitrah dengan bahan makanan sebagaimana Allah mewajibkan pembayaran Kaffarah dengan bahan makanan.”
(Majmu’ Fatawa)- Taqiyuddin Al Husaini As Syafi’i, Penulis kitab Kifayatul Akhyar (kitab fiqh madzhab Syafi’i) mengatakan: 

“Syarat sahnya pembayaran zakat fitrah harus berupa biji (bahan makanan). Tidak sah menggunakan mata wang, tanpa ada perselisihan dalam masalah ini.” 
(Kifayatul Akhyar 1/195)- 

An Nawawi mengatakan: “Ishaq dan Abu Tsaur berpendapat tidak boleh membayar zakat fitri menggunakan wang kecuali dalam keadaan darurat.”
(Al Majmu’)

An Nawawi mengatakan: “Tidak sah membayar zakat fitrah dengan mata wang menurut madzhab kami. Pendapat ini juga yang dipilih oleh Malik, Ahmad dan Ibnul Mundzir.” 
(Al Majmu’)- 

As Syaerazi As Syafi’i mengatakan: “Tidak boleh menggunakan nilai mata wang untuk zakat. Kerana kebenaran adalah milik Allah. Dan Allah telah mengkaitkan zakat sebagaimana yang Ditegaskan (dalam firmannya), maka tidak boleh mengganti hal itu dengan selainnya. Sebagaimana berkorban, ketika Allah kaitkan hal ini dengan binatang ternak maka tidak boleh menggantinya dengan selain binatang ternak.” 
(Al Majmu’)

Ibn Hazm mengatakan: “Tidak boleh menggunakan wang yang senilai (dengan zakat) sama sekali. Juga, tidak boleh mengeluarkan satu sha’ campuran dari beberapa bahan makanan, sebahagian gandum dan sebahagian kurma. Tidak sah membayar dengan nilai mata wang sama sekali. Kerana semua itu tidak diwajibkan (diajarkan) Rasulullah.” 
(Al Muhalla bi Al Atsar 3/860) 

As Syaukani berpendapat tidak bolehnya menggunakan mata wang kecuali jika tidak memungkinkan membayar zakat dengan bahan makanan.” 
(As Sailul Jarar 2/86) 

Di antara ulama abad ini yang mewajibkan membayar dengan bahan makanan adalah Syaikh IbnBaz, Syaikh Ibn Al Utsaimin, Syaikh Abu Bakr Al Jazairi dan yang lainnya. Mereka mengatakan bahawa zakat fitrah tidak boleh dibayarkan dengan selain makanan dan tidak boleh menggantinya dengan mata wang, kecuali dalam keadaan darurat. Kerana tidak terdapat riwayat bahawa Nabi mengganti bahan makanan dengan mata wang. Bahkan tidak dinukil dari seorang pun sahabat bahawa mereka membayar zakat fitrah dengan mata wang.
(Minhajul Muslim 251).

Dalil-dalil masing-masing pihak. Dalil ulama yang membolehkan pembayaran zakat fitrah dengan wang. Dalil riwayat yang disampaikan adalah pendapat Umar bin Abdul Aziz dan Al Hasan Al Bashri. Sebahagian ulama menegaskan bahawa mereka tidak memiliki dalil nash (al Quran, Al Hadis, atau perkataan sahabat) dalam masalah ini. Istihsan(menganggap lebih baik) Mereka menganggap mata wang itu lebih baik dan lebih bermanfaat untuk orang miskin dari pada bahan makanan. Dalil dan alasan ulama yang melarang pembayaran zakat dengan mata wang. Pertama, riwayat-riwayat yang menegaskan bahawa zakat fitrah harus dengan bahan makanan.

1. Daripada Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah, berupa satu sha’ kurma kering atau gandum kering.” 
(HR. AlBukhari & Muslim)

2. “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah, ……sebagai makanan bagi orang miskin.”
(HR. Abu Daud & dihasankan Syaikh Al Albani)

3. Daripada Abu Said Al Khudzri radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan: “Dulu kami menunaikan zakat fitrah dengan satu sha’ bahan makanan, atau satu sha’ gandum, atau satu sha’ kurma, atau satu sha’keju atau stu sha’ anggur kering.” 
(HR. Al Bukhari & Muslim)

4. Abu Sa’id Al Khudzri radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Dulu, di zaman Nabi shallallahu ‘alaihiwa sallam, kami menunaikan zakat fitrah dengan satu sha’ bahan makanan.” Kemudian Abu Sa’id mengatakan: “Dan makanan kami dulu adalah gandum, anggur kering (zabib), keju (Aqith), dan kurma.” 
(HR. Al Bukhari 1439)

5. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menugaskanku untuk menjaga zakat Ramadan (zakat fitrah). Kemudian datanglah seseorang mencuri makanan, lalu aku berhasil menangkapnya….dst.”
(HR. Al Bukhari 2311)

Kedua, alasan para ulama yang melarang pembayaran zakat dengan mata wang.

1. Zakat fitrah adalah ibadah yang telah ditetapkan ketentuannya. Termasuk yang telah ditetapkan dalam masalah zakat fitrah adalah jenis, takaran, waktu pelaksanaan dan tata cara pelaksanaan. Seseorang tidak boleh mengeluarkan zakat fitrah selain jenis yang telah ditetapkan, sebagaimana tidak sah membayar zakat di luar waktu yang ditetapkan. Imam Al Haramain Al Juwaini As Syafi’i mengatakan: “Bagi Madzhab kami, sandaran yang difahami bersama dalam masalah dalil, bahawa zakat termasuk bentuk ibadah kepada Allah. Dan semua yang merupakan bentuk ibadah maka pelaksanaannya adalah mengikuti perintah Allah.” Kemudian beliau membuat permisalan: “Andaikan ada orang yang mengatakan kepada utusannya(wakilnya): “‘Beli pakaian!’ sementara utusan ini tahu bahawa tujuan majikannya adalah berdagang, kemudian utusan ini melihat ada barang yang lebih manfaat bagi majikannya (dari pada pakaian), maka sang utusan ini tidak berhak menyelisihi perintah majikannya. Meskipun dia melihat hal itu lebih manfaat dari pada apa yang diperintahkan. (jika dalam masalah semacam ini saja wajib ditunaikan sebagaimana amanah yang diberikan) maka apa yang Allah wajibkan melalui perintahNya lebih layak untuk diikuti.” Harta yang ada di tangan kita semuanya adalah harta Allah. Posisi manusia hanyalah sebagaimana wakil. Sementara wakil tidak berhak untuk bertindak diluar yang diperintahkan. Jika Allah memerintahkan kita untuk memberikan makanan kepada fakir miskin, namun kita selaku wakil justeru memberikan selain makanan, maka sikap ini termasuk di antara bentuk pelanggaran yang layak untuk mendapatkan hukuman. Dalam masalah ibadah, termasuk zakat, selayaknya kita kembalikan sepenuhnya kepada aturan Allah. Jangan sekali-sekali melibatkan campur tangan akal dalam masalah ibadah. Kerana kewajipan kita adalah taat sepenuhnya. Oleh kerana itu, membayar zakat fitrah dengan wang bererti menyelisihi ajaran Allah dan RasulNya. Dan sebagaimana telah diketahui bersama, menunaikan ibadah yang tidak sesuai dengan tuntutan Allah dan RasulNya adalah ibadah yang tertolak.

2. Di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabat radhiallahu ‘anhum sudah ada mata wang dinar dan dirham. Namun yang beliau praktikkan bersama para sahabat adalah membayarkan zakat fitri menggunakan bahan makanan dan bukan menggunakan dinar atau dirham. Padahal beliau adalah orang yang paling faham akan keperluan umatnya, dan paling kasih sayang terhadap fakir miskin, bahkan paling kasih sayang kepada seluruh umatnya. Allah berfirman tentang beliau, yang ertinya:

“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” 
(Qs. At Taubah: 128)

Siapakah yang lebih memahami cara untuk mewujudkan belas kasihan melebihi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam? Siapakah yang lebih faham tentang keperluan umat yang dicintainya melebihi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam? Sebut saja misalnya, Nabi shallallahu‘alaihi wa sallam tidak tahu perasaan orang lain. Tapi, bukankah Allah maha tahu? Maka sikap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melalui wahyu Allah taala adalah bukti akan kasih sayang dan ilmu Allah kepada hambaNya.

3. Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan beberapa jenis bahan makanan, beliau tidak memberi kesimpulan: “…atau yang senilai dengan itu semua itu…” Jika dibolehkan mengganti bahan makanan dengan wang tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam akan menjelaskannya. Kerana beliau adalah orang yang sangat pemurah terhadap ilmu agama. Tidak mungkin hal itu akan beliau diamkan sementara ini adalah perkara agama yang penting. Dalam masalah ini terdapat satu kaedah fiqh yang patut untuk diperhatikan :‫ 

لسكوت في مقام البيان يفيد الحصر 

“Tidak ada penjelasan (didiamkan) untuk masalah yang harusnya diberi keterangan menunjukkan makna pembatasan.” Kaedah ini disebutkan oleh Shidddiq Hasan Khan dalam Ar Raoudlah An Nadiyah. Berdasarkan kaedah ini, seringkali Ibn Hazm ketika menyebutkan sesuatu yang tidak ada dalilnya, beliau mengutip ayat Allah :

وما كان ربك نسيا 

“Tidaklah Tuhanmu pernah lupa.” 
(Qs. Maryam: 64)

Maka diamnya Allah taala atau diamnya RasulNya shallallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga tidak menyebutkan bolehnya membayar zakat menggunakan wang, tidaklah kerana Allah atau RasulNya itu lupa. Maha Suci Allah dari sifat lupa. Namun ini menunjukkan bahawa hukum tersebut dibatasi dengan apa yang Allah jelaskan. Sedangkan, selain apa yang telah Allah dan RasulNya jelaskan tidak termasuk dalam ajaran yang Allah tetapkan. Oleh kerana itu, jika telah diketahui bahawasanya di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah ada dinar dan dirham, sementara beliau tidak pernah menggunakan mata wang tersebut untuk membayar zakat fitrah beliau, demikian pula, beliau tidak pernah memerintahkan atau mengajarkan para sahabat untuk membayar zakat fitrah dengan mata wang, maka ini menunjukkan tidak bolehnya membayar zakat fitrah menggunakan mata wang. Kerana mata wang untuk pembayaran zakat fitrah tidak pernah dijelaskan oleh Allah dan RasulNya. Dan sekali lagi, Allah dan RasulNya tidaklahlupa.

4. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan beberapa jenis bahan makanan dengan ukuran satu sha’ untuk pembayaran zakat fitrah. Sementara telah difahami bersama bahawa harga masing-masing berbeza. Satu sha’ gandum jelas berbeza harganya dengan satu sha’ kurma. Demikian pula, satu sha’ anggur kering jelas berbeza harganya dengan satu sha’ keju (aqith). Padahal, jenis-jenis bahan makanan itulah yang digunakan oleh sahabat untuk membayar zakat fitrah. Lantas, dengan bahan makanan yang manakah yang benar–benar dijadikan acuan untuk menentukan nilai mata wang? An Nawawi mengatakan: “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan beberapa bahan makanan yang harganya berbeza. Sedangkan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan pembayaran zakat fitrah untuk semua jenis makanan sebanyak satu sha’. Maka ini menunjukkan bahwa yang dijadikan acuan adalah ukuran sha’ bahan makanan dan tidak melihat harganya.”(Syarh Muslim)

Ibnul Qashar mengatakan: “Menggunakan mata wang adalah satu hal yang tidak memiliki alasan. Kerana harga kurma dan harga gandum itu berbeza.” 
(Syarh Shahih Al Bukhari IbnBatthal)

Mari kita perhatikan perkataan Abu Sa’id Al Khudzri radhiallahu ‘anhu: “Dulu, di zaman Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam, kami menunaikan zakat fitrah dengan satu sha’ bahan makanan.”Kemudian Abu Sa’id mengatakan: “Dan makanan kami dulu adalah gandum, anggur kering (zabib),keju (aqith), dan kurma.” 
(HR. Al Bukhari 1439)

Penegasan Abu Sa’id: “Dulu di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam….” menunjukkan hukum dan ajaran yang disampaikan Abu Said statusnya sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana kejadian yang dilakukan para sahabat radhiallahu ‘anhu di zaman Nabi shallallahu‘alaihi wa sallam, lebih-lebih dalam masalah ibadah seperti zakat, dapat dipastikan bahawa hal itu terjadi di bawah pengawasan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan persetujuan beliau. Demikian yang dijelaskan oleh Al Hafidz Ibn Hajar. Kemudian Al Hafidz Ibn Hajar memberikan keterangan untuk perkataan Abu Said Al Khudzri tersebut: “Semua bahan makanan yang disebutkan dalam hadis Abu Said Al Khudzri, ketika cara membayarnya menggunakan ukuran yang sama (iaitu semuanya satu sha’, pen.),sementara harga masing-masing berbeza, ini menunjukkan bahawasanya yang menjadi prosedur zakat adalah membayarkan seukuran tersebut (satu sha’) dari bahan makanan apapun.” 
(Fathul Bari 3/437)

Ringkasnya, tidak mungkin nilai wang untuk pembayaran zakat boleh ditetapkan. Tidak ada yang boleh dijadikan sebagai ukuran standard. Kerana jenis bahan makanan yang ditetapkan Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam bermacam-macam, padahal harganya berbeza-beza, sementara ukurannya sama, iaitu satu sha’. Benarlah apa yang dikatakan Ibnul Qosim Al Maliki: “Masing-masing penduduk negeri mengeluarkan zakatnya menggunakan bahan makanan yang umumnya digunakan. Kurma adalah bahan makanan penduduk madinah, penduduk Mesir tidak mengeluarkan zakat kecuali bur (gandum), sampai harga bur mahal kemudian bahan makanan yang umum mereka pakai menjadi sya’ir (gandum kasar), dan boleh (untuk dijadikan zakat) bagi mereka.” 
(Dinukil oleh Ibnu Batthal dalam Syarh Shahih Al Bukhari, yang diambil dari kitab Al Mudawwanah)

Catatan dan kesimpulan

Jika masih ada sebahagian orang yang belum menerima sepenuhnya zakat fitrah dengan makanan, kerana beralasan bahawa wang itu lebih bermanfaat, maka mari kita analogikan kes zakat fitrah ini dengan kes korban. Apa yang boleh anda bayangkan ketika daging bertimbun di hampir semua daerah. Bahkan sampai ada yang busuk, atau ada yang muntah dan loya ketika melihat daging. Bukankah wang seharga daging lebih mereka perlukan? Lebih-lebih bagi mereka yang tidak makan daging. Akankah kita katakan: “Dibolehkan berkorban dengan wang seharga daging, sebagai keadilan untuk orang yang tidak makan daging?” Orang yang berpendapat demikian boleh kita pastikan adalah orang yang terlalu jauh dari pemahaman agama yang benar. Oleh kerana itu, setelah difahami pembayaran zakat fitrah hanya dengan bahan makanan, maka kita tidak boleh menggantinya dengan mata wang selama bahan makanan masih ada. Kerana terdapat kaedah dalam ilmu fiqh : 

‫ل ينتقل إلى البدل إل عند فقد المبدل عنه 

“Tidak boleh berpindah kepada ‘pengganti’ kecuali jika yang ‘asli’ tidak ada.”Yang “asli” adalah bahan makanan (beras), sedangkan “pengganti” segala sesuatu selain beras.
Semoga bermanfaat…

n. Tindakan Kita Sebagai Muslim

Setelah kita mengetahui asas kepada sistem ekonomi hari ini yang penuh dengan kezaliman, penipuan, penindasan, maka sesuatu perlu dilakukan oleh sebagai sebagai bangsa muslim yang Allah telah bebaskan kita dari sebarang perhambaan sesama manusia.

1 – Jika kita punya duit di dalam bank, keluarkan semuanya dari terus menerus membantu pihak bank membuat sistem riba. Kita sebagai bangsa beriman kepada Allah, perlu menjauhkan diri dari menjadi sekutu bagi musuh Allah.

2 – Duit yang ada di tangan, cuba sedaya upaya, tukarkannya ke dalam bentuk emas dan perak. Sama ada dalam bentuk jongkong, perhiasan ataupun syiling dinar dirham. Emas dan perak adalah penyimpan nilai terbaik sepanjang zaman.1 ekor kambing zaman nabi 1 dinar, kini harganya tidak berubah.

3 – Cuba sedaya mungkin menggunakan dinar dirham dalam urusan perniagaan seharian. Sentiasa bawa dinar dirham di tangan agar ianya memudahkan kita jika terjumpa kedai-kedai yang sudi terima dinar dirham sebagai medium transaksi. Berusaha menjadikan dinar dirham bahagian dari muamalat tempat kita.

4 – Sebarkan ilmu mengenai dinar dirham atau mengenai realiti duit kertas, paling kurang inflasi yang membelenggu kehidupan kita. Emas dan perak tiada inflasi.Gunakan medium yang boleh kita gunakan, jawatan-jawatan yang ada untuk mempengaruhi orang-orang yang bekerja bersama kita, atau yang berurusan dengan kita. Dari sekolah-sekolah, masjid, kediaman, forum dan pelbagai lagi yang kalian rasakan boleh.

5 – Elakkan berhutang. Rumah yang secara pasti selagi tidak berupaya membelinya secara tunai, sewalah. Kereta jika tidak mampu membeli dengan tunai, belilah yang second hand. Ini lebih menyelamatkan diri kita dari terus dibelenggu dari hutang.

6 – Sentiasa berdoa kepada Allah agar membukakan hati keluarga terdekat kita terhadap realiti dunia ini, dan berusaha mengembangkannya dari keluarga kita sehingga masyarakat sekeliling. 

Siap disusun -2:14pagi - Moscow27 November 2010

Rujukan Utama : Al Quran dan Hadis Tafsiran dari :
1 – umaralfateh.wordpress.com
2 – fatwa on banking – Prof Umar Vadillo
3 – islamhariini.wordpress.com
4 – muslim.or.id
5 – Syeikh Imran Hussein – Riba in Moedern World

6 – Dari pelbagai laman-laman lain.