Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 2 September 2014

R 90 : KITA BERTANYA, AL QURAN MENJAWAB

KITA BERTANYA : Kenapa aku diuji?
ALQURAN MENJAWAB :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah 29, AL ANKABUT : ayat 2-3)

KITA BERTANYA : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
AL QURAN MENJAWAB :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah 2,  AL BAQARAH : ayat 216)

KITA BERTANYA : Kenapa aku diuji seberat ini?
AL QURAN MENJAWAB :

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah 2,  AL BAQARAH : ayat 286)

KITA BERTANYA : Haruskah aku terus bersedih?
AL QURAN MENJAWAB :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Surah 3, ALI IMRAN : ayat 139)

KITA BERTANYA : Bagaimana harus aku menghadapi ujian ini?
AL QURAN MENJAWAB :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah  kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah 3,  ALI IMRAN : ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” 
(Surah 2,  AL BAQARAH : ayat  45)

KITA BERTANYA : Apa yang aku dapat dari semua ini?
ALQURAN MENJAWAB :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”
(Surah 9, AT TAUBAH : ayat 111)

KITA BERTANYA : Kepada siapa mesti aku berharap?
AL QURAN MENJAWAB :

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah 9,  AT TAUBAH : ayat 129)

KITA BERKATA : Aku tak tahan diuji sebegini!!!
AL QURAN MENJAWAB :

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Surah 12,  YUSUF : ayat 87)

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas.”

(Surah 39, AZ ZUMAR : ayat 10)

R 89 : KISAH DI SEBALIK SOLAT 5 WAKTU

السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
“Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”
(Surah 2, AL BAQARAH : ayat 237)

Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: ‘Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.’”
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: ‘Silakan bertanya.’
Berkata orang Yahudi: ‘Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’
Sabda Rasullullah S.A.W.:
Solat Zuhur – jika tergelincir ia matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,
Solat Asar – itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Solat Maghrib – itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Solat Isyak – itu ialah solat yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku,
Solat Subuh – adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbitnya, terbit di antara 2 tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.’
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: ‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang solat.
Rasullullah S.A.W bersabda:
‘Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.’
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.’
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: ‘Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
‘Sabda Rasullullah S.A.W. Solat Isya’. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.’
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka berkata: ‘Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?’

Sabda Rasullullah S.A.W.:

‘Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.’
Kata orang Yahudi: ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’

Sabda Rasullullah S.A.W.

‘Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.’

Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.’
Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).’
Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).’

Sumber: http://ummiadam.teratakrindu.net/

Otak manusia seperti orang sedang bersujud. Tak percaya?

R 88 : KUCING DAN ANJING DALAM ISLAM DAN KAJIAN SAINS

السلام عليكم
سْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Untuk semua penggemar kucing, ini ada sedikit info mengenai binatang kesayangan anda – dan aku juga! Dan sedikit info mengenai binatang yang sememangnya diharamkan kepada kita umat Islam untuk pegang. Segala hukum yang telah ditetapkan sememangnya mempunyai sebab-musabab yang tertentu apabila dikaji semula bukan? Seperti juga halnya kucing dan anjing ini. Tetapi mereka yang sememangnya telah sesat dan disesatkan oleh syaitan sentiasa akan membuat sesuatu yang berlawanan dengan apa yang Allah s.w.t tetapkan dan ajaran Rasul. Mereka kata dog is man’s best friend dan lihat sahaja di negara barat dan Eropah khususnya – iaitu negara yang sememangnya kafir – anjing dibelai dan dipelihara dan nilai-nilai ini dipupuk ke dalam anak-anak kecil yang sememangnya tidak berdosa yang akan membawa ke dewasa dan diturunkan pula ke generasi yang lain seterusnya. Negara kita juga tidak kurang hebatnya apabila sudah ada segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam sendiri yang membela anjing sebagai binatang peliharaan mereka. Rosak!
Wallahu ‘alam.

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing. Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia. Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan pelbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Anjing merupakan seekor haiwan yang haram bagi agama Islam yang kita anuti. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui atau untuk mengambil tahu kenapa anjing tidak boleh dipelihara dan disentuh seperti yang termaktub di dalam hukum-hukum ibadat agama Islam.

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud: Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)
Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak. Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti penyakit sama seperti air liur anjing.
Penyakit apa yang dibawa oleh anjing? Penyakit yang paling terkenal dari bawaan anjing ialah penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus rabies yang boleh didapati melalui air liur anjing. Apabila anda menerima kesan gigitan anjing, virus yang masuk melalui air liur anjing tadi akan menyerap masuk menyerang sistem saraf badan kita. Dengan rosaknya sistem saraf, maka badan anda tidak akan berfungsi dengan sebaik-baiknya, terutama dari segi fungsi neuromotor.
Islam tidak mengada-ngadakan hukum kerana anjing sememangnya bahaya dari segi kesihatan. Sebab itu bila anjing disentuh dalam keadaan kulitnya basah, kita wajib membersihkan diri dengan 7 kali basuhan dengan salah satunya ialah menggunakan tanah (samak).
Mengapa samak menggunakan tanah? Sebab hanya menggunakan tanah sahaja terbukti dapat membunuh kuman-kuman rabies yang tidak dapat dihapuskan walaupun dengan air yang mendidih.
Apa yang mengecewakan, terdapat pandangan masyarakat melayu kelas atasan (tidak tahu sama ada tahu akan hukum atau tidak ) membela anjing dan suka-suka hati memegang anjing. Lagi teruk, membiarkan anak-anak mereka dijilat anjing kononnya untuk kemesraan sesama makhluk. Alahai.

Early-stage symptoms of rabies are malaise, headache and fever, progressing to acute pain, violent movements, uncontrolled excitement, depression, and hydrophobia. Finally, the patient may experience periods of mania and lethargy, eventually leading to coma. The primary cause of death is usually respiratory insufficiency. Worldwide, roughly 97% of rabies cases come from dog bites. – wikepedia

97% punca penyakit rabies adalah daripada ANJING, bahaya penyakit ini boleh membawa kepada koma. Tidakkah fakta saintifik ini cukup menggerunkan kita supaya menjauhi anjing? Hanya anjing-anjing yang sudah divaksinkan dapat terlepas dari virus rabies ini, di kebanyakan negara maju, program vaksin rabies dilaksanakan oleh kerajaan mereka, sekurang-kurannya dapatlah juga mencegah penyakit rabies ini, tapi negara kita Malaysia ini ada ke? Jawapannya ..
Tiada!
Marilah kita bersama amalkan doa ajaran nabi saw supaya terlepas dari penyakit yang merbahaya.

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَالْبَرَصِ وَسَيِّئِ الْأَسْقَامِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan: “ALLAHUMMA INNI A’UUDZU BIKA MINAL JUNUUNI WAL JUDZAAMI WAL BARASHI WA SAYYI`IL ASQAAM (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit gila, lepra, kusta dan penyakit yang ganas).” – sunan nasa’i


Sumber: Insan-insan Berdakwah


R 87 : EMPAT MAKNA DI SEBALIK SIFAT SABAR





Sabar di saat musibah dinamakan Iman.
Sabar di ketika makan dinamakan Qanaah( Berpada dengan apa yang ada).
Sabar menyembunyikan sesuatu dinamakan Rahsia.

Sabar di saat bersedekah dinamakan Dermawan atau pemurah.