Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 30 November 2013

M 125 : KEHIDUPAN ITU INDAH SEKIRANYA

Kehidupan ini adalah cukup indah sekiranya kita pandai mencorakkan keperibadian diri yang baik, memiliki sifat-sihat mahmudah dalam diri, memiliki jati diri yang tinggi, tidak memandang rendah pada orang lain, menghormati orang lain dan yang paling utama taat pada PenciptaNya.... Allahu Akhbar


M 124 : TUJUH AMALAN YANG PAHALANYA TERUS MENGALIR

Dalam sebuah Riwayat RASULULLAH SHALLALLAHU' ALAIHI WASALLAM bersabda :

"Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang pelakukannya meninggal dunia adalah:
1. Ilmu yang disebar luaskannya (share atau halaman lainnya yang menyebarkan amal kebaikan). Termasuk menyebarkan ilmu dan anda mendapatkan Pahala kerananya.
2. Anak soleh yang ditinggalkan.
3. Mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskan.
4. Masjid atau Mushola yang dibangunnya.
5. Rumah yang dibangunnya untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan.
6. Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak dan lain.
7. Harta yang disedekahkannya.
(HR.Ibnu Majah)

Yaa ALLAH..
Yang Menguasai langit dan bumi, berikanlah kami kekuatan dan kemampuan kepada kami agar boleh mengamalkan ilmuMu.

Aamiin Ya Rabbal'alamin.


M 123 : TIDAK SOLAT

Akan muncul seekor ular yang dihantar dari Neraka yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,
"ALLAH menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan solat Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan solat Zuhur.
Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan solat Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.

Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat. Cuai solat lima waktu di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.

Jibril as: 

Yaa MUHAMMAD..! Orang yang meninggalkan Solat tidak akan mendapat syafaatmu dan ia tidak tergolong dari umatmu.. Tidak boleh diziarahi ketika ia sakit, tidak boleh mengiringi jenazahnya, tidak boleh beri salam padanya, tidak boleh makan minum dengannya, tidak boleh bersahabat dengannya, tidak boleh duduk besertanya, tidak ada Agama baginya, tidak ada kepercayaan baginya, tidak ada baginya Rahmat ALLAH dan ia dikumpulkan bersama dengan orang Munafiqin pada lapisan Neraka yang paling bawah (diazab dengan amat dahsyat..).

Sabda NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, Maksud Hadist: 

“Perjanjian (perbezaan) di antara kita (orang islam) dengan mereka (orang kafir) ialah Solat, dan barangsiapa meninggalkan Solat sesungguhnya ia telah menjadi seorang kafir.”

(Termizi).



M 122 : JAGA DIRI DI DALAM LAMAN SESAWANG (FACEBOOK DLL)

1. Jangan kongsi STATUS yang MENJATUHKAN HARGA DIRI sendiri, apalagi HARGA DIRI orang lain..

2. Berguraulah dalam BATASAN AKHLAK.. menjatuhkan kemuliaan diri sendiri atau orang lain di hadapan khalayak facebook bukan ajaran Islam dan bukan AKHLAK seorang MUSLIM..

3. Jangan tulis atau kongsi benda yang TIADA MANFAAT, kerana seorang MUKMIN itu sentiasa mengejar manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain.. sebaik-baik manusia, orang yang PALING BERMANFAAT pada manusia lain..

4. Jadikan setiap ketikan jari pada keyboard sebagai SAHAM PAHALA dan KEBAIKAN.. mengeratkan SILAHTURAHIM, menyebarkan MESEJ TAZKIRAH, berkongsi khabar umat ISLAM dan sebagainya adalah nilaian IBADAH yang cukup besar..
Sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam :

Barangsiapa yang MENGAJAK (seseorang) kepada petunjuk (KEBAIKAN), maka baginya PAHALA seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.
(HR. Muslim).

SAUDARA-SAUDARIKU,, BERDAKWAHLAH,,!!

Itu lebih bermanfaat dari pada posting status yang mengelirukan atau mengupload gambar yang tidak bermanfaat...!!!
~Jaizan Hadi El-Pasitanji



M 121 : LIMA ORANG YANG AKAN DILINDUNGI ALLAH DARI CUACA YANG PANAS PADA PADANG MASHAR

1. Orang yang sering solat.
2. Orang yang sering mengaji.
3. Orang yang jauh dari kemaksiatan.
4. Orang yang sering bersedekah.
5. Orang yang menangis kerana dosanya.


Semoga kita termasuk orang yang tergolong dalam hal tersebut. Aamiin

Jumaat, 29 November 2013

M 120 : PERINGATAN BUAT DIRI & BERSAMA

Sebenarnya... semua WANITA Islam tahu menutup AURAT itu WAJIB...
Sebenarnya... semua LELAKI Islam tahu BATASAN auratnya juga...
Sebenarnya... semua org tahu KIAMAT itu akan tiba...
Sebenarnya... semua org tahu tentang DOSA & PAHALA...
Sebenarnya... semua orang tahu kalau PEMBALASAN itu PASTI ada..
Sebenarnya... semua orang tau NERAKA dan SYURGA itu wujud...
Sebenarnya... semua orang TAKUT bila bicara tentangnya..
Sebenarnya... semua orang tahu...


*Cuma... RAMAI ORANG BUAT TAK TAHU......


M 119 : BERHIJRAH

Berhijrah kerana kawan – Jangan!
Berhijrah kerana ikut-ikutan – Jangan!
Berhijrah kerana suka akan seseorang – Jangan!
Berhijrah kerana mahukan publisiti – Jangan!
Berhijrah kerana mahukan perhatian – Jangan!
Berhijrah kerana orang suruh – Jangan!


p/s : Saya mahu awak berubah kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kerana hati memerlukan alasan yang kukuh dan kekal untuk terus bertahan dan percaya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sahaja yang Maha Kekal tidak pada makhluk-makhluk ciptaanNya.


M 118 : LIMA SITUASI YANG MEMBUAT ANDA BERSYUKUR DAN TERSENYUM

1-Senyumlah ketika anda bersama keluarga kerana masih ramai yang tidak memiliki keluarga..

2-Senyumlah apabila anda pergi bekerja kerana masih ramai mereka yang belum memilki pekerjaan…

3-Senyumlah ketika anda sihat kerana mereka yang sakit sanggup membayar dengan bayaran yang mahal untuk mendapat nikmat kesihatan…

4-Senyumlah kerana anda masih hidup kerana berapa ramai mereka yang telah mati bercita-cita untuk hidup kembali untuk melakukan amal soleh.

5-Senyumlah dengan apa yang anda miliki kerana berapa ramai mereka yang bercita-cita untuk menjadi seperti anda.



Khamis, 28 November 2013

M 117 : NAFKAH TANGGUNGJAWAB SUAMI

Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW maksudnya;

Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezeki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya.
(Hadis Sahih Riwayat Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah r.a).

Menurut ulama; maksud rezeki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami. (Mirqaat al-Mafatih, Syeikh ‘Ali al-Qari (5/1772). Mir’aat al-Mafatih, al-Mubarakfuri (9/25).)

Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak.”
(Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi (8/184).)

Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya;

Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah.
(Hadis Riwayat Bukhari; 1466. Muslim; 1000).

Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda maksudnya;

Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.
(as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA).

Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.(Fatawa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (2686).) Wallahu a’lam.
-Ustaz Abu Basyer-


M 116 : KISAH SYAITAN MENOLONG SEORANG PEMUDA KE MASJID

Kisah ini bermula apabila seorang pemuda bangun pada awal pagi untuk solat Subuh di masjid.
Dia berpakaian, berwuduk dan berjalan menuju ke masjid. 
Di pertengahan jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah. 
Di rumah, dia berganti baju, berwuduk dan berjalan menuju ke masjid.
Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama. 
Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. 
Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwuduk dan berjalan menuju ke masjid.
Di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. 
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan lelaki tersebut menjawab "Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda." 
Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid.
Apabila mereka sampai di masjid, pemuda tersebut bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya. 
Lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali tetapi jawapannya sama.
Pemuda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat Subuh bersama?
Lalu lelaki itu menjawab...
"Aku adalah IBLIS..." 
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.
Iblis kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, 
Allah memaafkan SEMUA DOSAMU. 
Saya membuatkan kamu jatuh kali kedua dan itupun tidak membuatkan kamu berubah fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan kembali untuk ke masjid.
Kerana hal itu, Allah memaafkan DOSA-DOSA SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU.
Saya bimbang jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk kampungmu jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..."
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini.
Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, 
maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

Ada 2 pilihan untuk Anda: 
1. Biarkan di wall , catatan atau fikiran Anda tanpa bermanfaat untuk orang lain. 
2. Anda SHARE pada semua kenalan anda.

Rasulullah SAW bersabda,

Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.


M 115 : KISAH NABI IDRIS DENGAN MALAIKAT IZRAIL

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan rakaat dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar diperkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu ke rumah Nabi Idris.

"Assalamu'alaikum, ya Nabi Allah." Salam Malaikat Izrail, 

"Wa'alaikum salam wa rahmatullah." Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahawa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail. 

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun ditolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap." Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.

"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita." Pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

"Subhanallah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita." Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram."

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan? Fikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya?" tanya Nabi Idris a.s.

Aku Malaikat Izrail." Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku?" selidik Nabi Idris a.s serius.

"Tidak." Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.
"Atas izin Allah, aku sekadar berziarah kepadamu." Jawab Malaikat Izrail.

"Aku punya keinginan kepadamu." Tutur Nabi Idris a.s

"Apa itu? katakanlah!" Jawab Malaikat Izrail.

"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepadaNya dan meningkatkan amal ibadahku." Pinta Nabi Idris a.s.
Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya," tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.

"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku?" Tanya Malaikat Izrail.

"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti." Jawab Nabi Idris a.s.

"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu." Kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita?

Bersediakah kita untuk menghadapinya?


M 114 : PENGARUH TAUHID DALAM KEHIDUPAN PERIBADI DAN MASYARAKAT

Penulis: Al Ustaz Dzul – Akmal.Lc

Mereka menjadikan para wali tersebut sebagai wasilah (perantara) antara mereka dengan Allah Tabaaraka wa Taala. Ini merupakan salah satu bentuk kesyirikan yang telah dilakukan oleh kafir Quraisy dahulu. Misalnya kuburan di Hadhramaut (Yaman) yang paling banyak dikunjungi oleh masyarakat, pada umumnya banyak kalangan menduga itu adalah kuburan Nabi Hud, akan tetapi sanadnya zhulumat (penuh dengan kegelapan) (***), dari Indonesia ribuan yang berangkat ke sana untuk mengambil berkah, menyampaikan hajat-hajat mereka kepadanya, inaa lillah wa ina ilaihi roji’uun ini adalah kesyirikan yang sangat besar! Pelakunya akan kekal di neraka kalau dia tidak bertaubat sebelum meninggal.
Sesungguhnya Allah menciptakan segenap alam agar mereka beribadah kepadaNya, mengutus para rasul `Alaihimussalaam untuk menyeru semua manusia agar mentauhidkanNya, al Quraanul Karim dibanyak surat menekankan tentang erti pentingnya tauhid menjelaskan bahaya syirik atas peribadi dan masyarakat, al Quran dan as Sunnah menerangkan kepada kita pengaruh yang baik sekali atas tauhid tersebut, di mana tauhid itu jika diamalkan oleh seseorang baik peribadi mahupun masyarakat di dalam kehidupan serta diwujudkan secara hakiki (murni), nescaya akan menghasilkan buah yang sangat manis di antaranya adalah: “Membentuk keperibadian yang kukuh, ia membuat hidup dan pengalaman seorang ahli tauhid begitu istimewa, tujuan hidupnya jelas, tidak beribadah kecuali hanya satu (ilaah)* saja. KepadaNya ia menghadap, baik dalam bersendirian atau di tengah keramaian orang, ia berdoa dalam keadaan sempit mahupun lapang.”

Berbeza dengan seorang musrik yang hatinya terbagi untuk Ilaah selain Allah dan ma`buudaat (yang diibadati selain Allah `Azza wa Jalla) yang banyak suatu saat ia menghadap kepada orang hidup, pada saat lain ia menghadap kepada orang yang mati. Ertinya terkadang ia meminta kepada yang hidup sebagai perantara (wasilah) antara ia dengan Allah Jalla wa `Alaa untuk menyampaikan hajat hajat mereka, seperti tuan guru, kyai, jin, syaitan dan lain sebagainya. Adapun pada yang mati, seperti berziarah kekuburan para wali yang dikeramatkan, sunan sunan, tempat tempat keramat, dan sejenisnya. Ini adalah ciri hati orang yang sudah terpecah pecah akibat kesyirikan demikian pula orang-orang yang aqidahnya tidak lurus, tauhidnya tersesat lagi tidak tepat kepada Allah Subhaana wa Taala, kehidupannya bahkan demikian dan disangsikan, dari sinilah perkataan Nabi Yusuf `Alaihi wa Sallaam kepada orang yang di dalam penjara tersebut, di mana Allah Tabaaraka wa Taala telah mengabadikan di dalam al Quran, Allah berfirman:

ياصابى السجن ءأرباب متفرقون خير أم الله الواحد القهار)). سورة يوسف : 39.))

Ertinya
: “Hai kedua penghuni penjara, manakah yang lebih baik Ilaah-ilaah yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?”
(Yusuf : 39)

Beribadah kepada ilaah yang bermacam-macam merupakan karateristik Yahudi dan Nashara, sebagaimana Allah Tabaaraka wa Taala berfirman:

((اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله والمسيح ابن مريم وما أمروا إلا ليعبدوا إلها واحدا لا إله إلا هو سبحانه عما يشركون)) سورة التوبة:31))

Ertinya : “Mereka telah menjadikan orang orang alim mereka dan rahib rahib mereka sebagai ilah selain Allah, dan (juga mereka mengilahkan) al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh beribadah hanya kepada Allah saja, tidak ada Ilaah yang berhak untuk diibadati selain Dia, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.”
surat at-Taubah :31

Ketika Rasulullahi Shollallahu `Alaihi wa Sallam membaca ayat ini datanglah `Adiy bin Haatim kepada beliau, saat itu di dadanya masih ada salib, berkata `Adiy bin Haatim : “sesungguhnya kami tidak pernah mengibadati mereka,” Rasulullah menanggapi; “Bukankah mereka itu megharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah Subhaana wa Taala lalu kalianpun ikut mengharamkannya? dan bukankah mereka itu menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah `Azza wa Jalla lalu kalianpun ikut menghalalkannya juga?” `Adiy menjawab : “Benar!” maka beliau bersabda : “Itulah `ibadah mereka kepada orang orang yang `alim dan rahib mereka!” Hadist ini diriwayatkan oleh : At-Tirmidzi dan dinyatakan hasan oleh beliau (**). Demikian pula orang orang nashara telah menjadikan Isa bin Maryam sebagai Ilah (di`ibadati oleh mereka selain Allah Tabaaraka wa Taala), di kalangan mereka berpecah belah di dalam memahami tentang Isa bin Maryam, sebahagian mereka mengatakan, `Isa adalah Ilah, sebahagian lain mengatakan, anak Allah, serta trinitas ini merupakan perpecahan yang terjadi didalam tubuh nashara tersebut.

Sedangkan orang mukmin dia hanya beribadah kepada Allah saja, ia mengetahui apa yang diredhai oleh Allah dan yang dimurkaiNya, sehingga ia hanya akan melakukan apa yang membuatNya redha dan hatinya tenteram. Sementara orang-orang musrikin (orang-orang musrik) mengibadahi ilah ilah yang sangat banyak, ibadah mereka ditujukan kadang kadang kepada jin, syaitan, kuburan kuburan para wali atau orang sholeh, kyai, dukun dukun dan lain sebagainya. Demikianlah tujuan mereka dalam beribadah, maka akibat dari yang demikian tauhid mereka tidak benar. Terkadang ma`buud selain Allah Jalla wa `Alaa tersebut menginginkannya kekanan, sedangkan lainnya kekiri, seseorang itu akan menjadi terombang ambing di antara peribadatan selain Allah Taala itu, dia tidak memiliki prinsip dan ketetapan sedikitpun. Dan keadaan ini sesuai dengan apa yang digambarkan oleh Allah di dalam surat Toha ayat: 124-126. Allah berfirman :

((ومن أعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنك ونحشره يوم القيامة أعمى. قال رب لما حشرتني أعمى وقد كنت بصيرا. قال كذلك أتتك آياتنا فنسيتها وكذلك اليوم تنسى)). سورة طه : 124-126.

Ertinya “Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sangat sempit, dan Kami akan membangkitkannya pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta.” Berkata dia : “Ya Rabku, kenapa Engkau menghimpunkan saya dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya di dunia adalah seorang yang melihat?” Allah berkata : “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu juga pada hari ini kamu dilupakan.”
Surat Toohaa : 124-126.

Maka dari itu, sebahagian besar kaum muslimin yang tidak memiliki prinsip dan ketetapan tauhid mereka berbondong-bondong berziarah kekuburan kuburan para wali yang dikeramatkan, meminta (berdoa) kepada mereka supaya hajat mereka dikabulkan oleh Allah Taala. Mereka menjadikan para wali tersebut sebagai wasilah (perantara) antara mereka dengan Allah Tabaaraka wa Taala. Ini merupakan salah satu bentuk kesyirikan yang telah dilakukan oleh kafir Quraisy dahulu. Misalnya kuburan di Hadhramaut (Yaman) yang paling banyak dikunjungi oleh masyaraka, pada umumnya banyak kalangan menduga itu adalah kuburan Nabi Hud, akan tetapi sanadnya zhulumat (penuh dengan kegelapan) (***), ribuan yang berangkat ke sana untuk mengambil berkah, menyampaikan hajat-hajat mereka kepadanya, inaa lillah wa ina ilaihi roji’uun ini adalah kesyirikan yang sangat besar! Pelakunya akan kekal di neraka kalau dia tidak bertaubat sebelum meninggal.
Tauhid sumber keamanan manusia, sebab tauhid memenuhi hati para ahlinya dengan keamanan dan ketenangan, tidak ada rasa takut kecuali kepada Allah Subhaana wa Taala saja, semua rasa takut yang diarahkan kepada selain Allah Taala dikategorikan kesyirikan, kecuali takut fitrah (tabiat/instink)nya manusia, seperti takut kepada api, tenggelam, gelap, binatang buas, akan tetapi kalau takut tabiat/instink itu membawa kepada meninggalkan wajib (perintahNya) serta terjerumus kepada yang haram maka hukumnya juga haram.(****).
Tauhid menutup rapat celah celah kekhuatiran terhadap rezeki, jiwa dan keluarga, sehingga seorang yang bertauhid tadi jalurnya lurus, tidak ada rasa takut, sebab ketaatan tidak boleh mengurangi rezeki seseorang. Al Imam as Sa’ady telah menjelaskan bahawa ketaatan itu tidak menahan rezeki atau mengurangi rezeki seseorang, jadi belajar ilmu al Quran dan as Sunnah, dakwah kepada jalan Allah, tidak akan menyebabkan berkurang rezekinya, bahkan Allah SWT, akan menundukkan hati orang lain untuk membantu kehidupannya begitu janji Allah dan RasulNya kepada umat, yang mempelajari Kalamullahi, al Quran dan as Sunnah.
Sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu `anhuma :

تكفل الله لمن قرأ القرآن وعمل بما فيه أن لا يضل في الدنيا، ولا يشقى في الآخرة”

Ertinya : “Allah Tabaaraka wa Taala akan menjamin bagi siapapun yang membaca al Quran dan mengamalkannya, dia tidak akan sesat di dunia dan tidak akan celaka di akhirat.”
Kemudian beliau membaca perkataan Allah `Azza wa Jalla:

((فإما يأتينكم مني هدى فمن اتبع هداى فلا يضل ولا يشقى)). طه:123.

Ertinya : “Maka jika datang kepadamu petunjuk daripadaKu, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.”
Thoohaa:123. Lihat kitab : “Syarhul `Aqiidatut Thohaawiyyah”, hal. 67.

Dan ini semakna dengan apa yang telah disebutkan dalam satu hadist dari jalan `Utsman bin Affan :

وعن عثمان بن رضي الله قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((خيركم من تعلم القرآن وعلمه)) رواه البخاري (5027).

Ertinya : Berkata Rasulullahi Shollallahu `alaihi wa Sallam : “Sebaik baik kalian adalah yang mempelajari al Quran dan mengajarkannya.”
Diriwayatkan oleh al Imam al Bukhaariy (5027).

Syaikh Salim Al-Hilali dalam kitab “Bahjatun Nazhiriin” (1/163 no. hadist 84), mengatakan dari fiqh hadist ini adalah : “Barangsiapa yang menghabiskan `umurnya untuk menuntut `ilmu dan mendalami hukum hukum Din, guna memelihara syariat Allah, maka Allah Jalla wa `Alaa akan menundukkan hati hati orang lain untuk membantu kehidupannya guna mencukupi hajatnya.” Akan tetapi jika bukan Ahlut Tauhid kehidupannya dipenuhi dengan rasa takut, gelisah, oleh kerana itu Ahlut Tauhid terbentengi dirinya dari rasa takut kepada jin, manusia, kematian dan selainnya dari rasa takut yang tertanam didalam peribadinya dan jiwa manusia tersebut, seseorang mukmin yang meng Esakan Allah Taala hanya takut kepada Allah saja kerana ahlut Tauhid ia merasa aman, tenteram dan tidak tertimpa kegelisahan yang ketika itu manusia takut.

Di mana hal itu telah dijelaskan oleh Allah dalam al Quran :

((الذين آمنوا ولم يلبسوا إيمانهم بظلم أولئك لهم الأمن وهم مهتدون)). الأنعام:82.

Ertinya : “Orang-orang beriman itu tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik) mereka itulah orang orang yang mendapat petunjuk.”
Al-Ana’am : 82

Keamanan ini terpancar dari jiwa raganya, bukan kerana sebab penjaga penjaga keamanan polisi atau pihak keamanan lain, dan keamanan dimaksud keamanan dunia, adapun keamanan akhirat maka lebih besar dan lebih abadi mereka rasakan. Yang demikian itu mereka peroleh, sebab mereka mengEsakan Allah Taala, mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah Azza wa Jalla, dan tidak mencampurkan adukkan tauhid (`ibadah) mereka dengan kesyirikan, kerana mereka tahu syirik adalah kezaliman yang besar.
Tauhid sumber kekuatan jiwa, kerana tauhid memberikan kekuatan jiwa kepada pemiliknya, sebab jiwanya penuh harap kepada Allah saja, percaya dan tawakal kepada Nya, redha atas (ketentuan)Nya, sabar atas musibahnya serta sama sekali tidak mengarap sesuatu kepada makhluk, ia hanya menghadap dan meminta kepadaNya, jiwanya kukuh seperti gunung, bila datang musibah ia segera mengharap kepada Allah Azza wa Jalla agar dibebaskan darinya, dia tidak meminta kepada orang orang mati, syiar dan semboyan adalah sabda Rasulullah Shollallahu `alaihi wa Sallam:

(…….. إذا سألت فاسأل الله, وإذا استعنت فاستعن بالله)). رواه الترمذي (2516).

Ertinya : “Apabila kamu meminta mintalah kepada Allah, dan apabila kamu minta tolong minta tolonglah kepadaNya.”
Dirawayatkan oleh at Tirmidziy (2516). Dan firman Allah :

((وإن يمسسك الله بضر فلا كاشف له إلا هو وإن يمسسك بخير فهو على كل شىء قدير)). الأنعام :17.

Ertinya : “Jika Allah menimpakan satu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Al An’aam : 17

Tauhid dasar persaudaraan dan persamaan, ahlut Tauhiid tidak dibolehkan menjadikan ilaah ilaah (ma`buud) selain Allah di antara sesama mereka, sifat Ilaahiyah (peng`ubudiahan) hanya milik Allah Azza wa Jalla satu satunya dan semua manusia diwajibkan beribadah kepadaNya saja. Segenap manusia adalah hamba Allah Jalla wa `Alaa, dan yang paling mulia di antara mereka adalah Nabi kita Muhammad Shollallahu ‘alaihi wa Sallam.

TAFSIR
KEUTAMAAN BAGI AHLUL-TAUHID

Allah swt berfirman :

((الذين آمنوا ولم يلبسوا إيمانهم بظلم أولئك لهم الأمن وهم مهتدون)). الأنعام:82.

“Orang-orang beriman itu  tidak mencampur adukan iman mereka dengan kezaliman (Syirik), mereka itulah yang  mendapat keamanan dan mereka mereka itu yang mendapat petunjuk.”
(An-Ana’am : 82).
Makna ayat : ahlut Tauhid mendapatkan keamanan dari segala rasa takut, `azab dari Allah, serta kebinasaan. Petunjuk kepada jalan yang  lurus, maka apabila orang orang beriman itu tidak mencampur adukan iman mereka dengan kezaliman (kesyirikan) secara mutlak, tidak  dan tidak pula dengan kemaksiatan, maka mereka  memperoleh keamanan dan hidayah yang sempurna dari Allah Jalla wa `Alaa, dan jika mereka tidak mencampurkan keimanan mereka dengan kesyirikan, namun mereka masih melakukan kemaksiatan, maka mereka tidak memperoleh keamanan dan hidayah yang sempurna.
Difahami dari ayat yang mulia ini; bahawa mereka yang tidak mentauhidkan (mengikhlashkan peribadatan) kepada Allah Subhaana wa Taala, tidak akan pernah sama sekali mendapatkan keamanan dan hidayah, bahkan kesesatan serta kebinasaan yang mereka peroleh.(diterjemahkan dari kitab tafsir As-Sa’ady hlm. 263 oleh abu zubair aceh).

M 113 : TAUHID, HAK ALLAH TAALA ATAS SEGENAP MANUSIA

Penulis: Al Ustaz Abdul Mu’thi al Maidani

Sesungguhnya tauhid adalah hak ALLAH SWT yang paling wajib untuk ditunaikan oleh manusia. ALLAH SWT tidaklah menciptakan manusia kecuali untuk bertauhid. ALLAH SWT berfirman :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.”
(Surah Ad-Dzaariyaat : ayat 56)

Sebahagian ulama menafsirkan kalimat: “supaya menyembahKu” dengan makna: “supaya mentauhidkanKu”
(Lihat Al-Qoulul Mufiid karya Syaikh Ibnu `Utsaimin jilid 1 hal. 20)

Jika peribadahan kepada ALLAH SWT tidak disertai dengan bertauhid maka tidak akan bermanfaat. Amalan manapun akan tertolak dan batal bila dicampuri oleh syirik. Bahkan boleh menggugurkan seluruh amalan yang lain bila perbuatan syirik yang dilakukan dalam kategori syirik besar. ALLAH SWT berfirman:

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الأمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ

“Seandainya mereka mempersekutukan ALLAH, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.”
(Al-An`aam:88)

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Jika kamu mempersekutukan (ALLAH), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.”
(Az-Zumar: 65)

Dua ayat ini merupakan peringatan ALLAH SWT kepada para nabiNya. Lalu bagaimana dengan yang selain mereka? Tentu setiap amalan yang mereka lakukan adalah sia-sia bila tanpa tauhid dan bersih dari syirik.

Tauhid adalah hak ALLAH SWT sebagai Pencipta, Pemilik dan Pengatur alam semesta ini. Langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di dalam keduanya terwujud kerana penciptaan ALLAH SWT.
ALLAH SWT menciptakan seluruhnya dengan hikmah yang sangat besar dan keadilan. Maka layak bagi ALLAH SWT untuk mendapatkan hak peribadahan dari para makhlukNya tanpa disekutukan dengan sesuatu apapun.
ALLAH SWT telah menciptakan manusia setelah sebelumnya mereka bukan sesuatu yang dapat disebut. Keberadaan mereka di alam ini merupakan kekuasaan ALLAH SWT yang disertai dengan berbagai curahan nikmat dan kurniaNya.
ALLAH SWT telah melimpahkan sekian kenikmatan sejak manusia masih berada di dalam perut ibunya, melewati proses kehidupan di dalam tiga kegelapan.

Pada fasa ini tidak ada seorangpun yang boleh menyampaikan makanan serta menjaga kehidupannya melainkan ALLAH SWT. Ibunya sebagai penghubung untuk mendapatkan rezeki dari ALLAH SWT.
Tatkala lahir ke dunia, ALLAH SWT telah mentakdirkan baginya kedua orang tua yang mengasuhnya sampai dewasa dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab.
Itu semua adalah rahmat dan keutamaan ALLAH SWT terhadap segenap makhluk yang dikenal dengan nama manusia. Jika seorang anak manusia lepas dari rahmat dan keutamaan ALLAH SWT walaupun sekejap maka dia akan binasa. Demikian pula jika ALLAH SWT mencegah rahmat dan keutamaanNya dari manusia walaupun sedetik, nescaya mereka tidak akan boleh hidup di dunia ini.
Rahmat dan keutamaan ALLAH SWT yang sedemikian rupa menuntut kita untuk mewujudkan hak ALLAH SWT yang paling besar iaitu beribadah kepadaNya. ALLAH SWT tidak pernah meminta dari kita balasan apapun kecuali hanya beribadah kepadaNya semata.
Peribadahan kepada ALLAH SWT bukanlah sebagai balasan setimpal atas segala limpahan rahmat dan keutamaan ALLAH SWT bagi kita. Sebab perbandingannya tidak seimbang. Dalam setiap hitungan nafas yang kita hembuskan maka di sana ada sekian rahmat dan keutamaan ALLAH SWT yang tak terhingga dan ternilai.
Oleh kerananya nilai ibadah yang kita lakukan kepada ALLAH SWT tenggelam tanpa meninggalkan bilangan di dalam lautan rahmat dan keutamaanNya yang tak terkejar oleh hitungan angka. ALLAH SWT berfirman:


وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”
(Thoha: 132)

Ketika manusia beribadah kepada ALLAH SWT tanpa berbuat syirik maka kemaslahatannya kembali kepada dirinya sendiri. ALLAH SWT akan membalas seluruh amal kebaikan manusia dengan kebaikan yang berlipat ganda dan seluruh amal keburukan mereka dengan yang setimpal.
Peribadahan manusia tidaklah akan menguntungkan ALLAH SWT dan bila mereka tidak beribadah tidak pula akan merugikanNya.
Manusia yang sedar tentang kemaslahatan dirinya akan beribadah kepada ALLAH SWT tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu apapun. Itulah tauhid yang harus dibersihkan dari berbagai noda syirik. Kesyirikan hanya menjanjikan kesengsaraan hidup di alam akhirat.
ALLAH SWT berfirman:

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ


“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.”
(Al-Maaidah: 72)

Sementara mentauhidkan ALLAH SWT dalam beribadah menghantarkan kepada keutamaan yang besar di dunia dan akhirat. ALLAH SWT berfirman:

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الأمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ

“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuri keimanan mereka dengan kezaliman, bagi mereka keamanan dan mereka mendapatkan petunjuk.”
(Al-An`aam: 82)

Kezaliman yang dimaksud dalam ayat ini ialah kesyirikan sebagaimana yang ditafsirkan oleh Rasulullah shollallahu `alaihi wa sallam dalam hadits Ibnu Mas`ud.
(HR. Bukhori)
Sebagai penutup kami mengajak kepada segenap kaum muslimin untuk beramai-ramai menyambut keberuntungan ini. Jangan kita lalai sehingga jatuh ke dalam lubang kebinasaan yang mendatangkan penyesalan di kemudian hari. ALLAH SWT berfirman:


فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَلا ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

“Katakanlah: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat.” Ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.”
(Az-Zumar: 15)