Allah
Taala berfirman:
Yang
bermaksud : "Dan penuhilah perjanjian, kerana
sesungguhnya perjanjian itu akan ditanyakan."
(al-lsra':
34)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
bermaksud : "Dan penuhilah perjanjian terhadap
Allah, jikalau engkau semua menjanjikannya."
(an-
Nahl: 91)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang
bermaksud : "Hai sekalian orang-orang yang beriman,
penuhilah janji-janji itu."
(al-Maidah:
1)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang
bermaksud : "Hai sekalian orang-orang yang beriman,
mengapa engkau semua mengucapkan apa-apa yang tidak engkau semua
kerjakan? Besar sekali dosanya di sisi Allah jikalau engkau semua mengucapkan
apa-apa yang tidak engkau semua kerjakan itu."
(as-Shaf:
2-3)
687. Dari
Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Tandanya orang munafik itu ada tiga, iaitu:
jikalau ia berbicara berdusta, jikalau ia berjanji, ia menyalahi dan jikalau ia
dipercaya, ia mengkhianati."
(Muttafaq
'alaih)
la
menambahkannya dalam riwayat Imam Muslim: "Sekalipun orang itu
berpuasa dan bersolat dan mengaku bahawa dirinya adalah seorang Muslim."
688. Dari
Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w.
bersabda:
Yang bermaksud
: "Ada empat perkara, barangsiapa yang empat perkara itu
semuanya ada di dalam dirinya, maka orang itu adalah seorang munafik yang murni
yakni munafik yang sebenar-benarnya dan barangsiapa yang di dalam dirinya
ada satu perkara dari empat perkara tersebut, maka orang itu memiliki pula satu
macam perkara dari kemunafikan sehingga ia meninggalkannya, iaitu: jikalau
dipercayai ia berkhianat, jikalau berbicara ia berdusta, jikalau berjanji ia
tidak menepati dan jikalau bertengkar maka ia berbuat kecurangan, yakni
tidak melalui jalan yang benar lagi."
(Muttafaq
'alaih)
Keterangan:
Nifaq atau kemunafikan adalah suatu
sifat yang ada di dalam hati manusia dan tidak dapat diketahui oleh orang lain.
Kemunafikan adalah suatu penyakit rohani yang tidak dapat disembuhkan kecuali
oleh orang itu sendiri. Kita dapat mengetahui seseorang itu dihinggapi oleh
penyakit kemunafikan, hanyalah semata-mata dari tanda-tandanya yang lahiriah
belaka.
Apakah
kemunafikan itu? Kemunafikan ialah menunjukkan di luar sebagai seorang Muslim
yang benar-benar keislaman dan keimanannya, tetapi dalam hatinya adalah sebaliknya.
Orang munafik itu hakikatnya adalah orang yang memusuhi Agama Islam,
menghalang-halangi perkembangan dan kemajuan Islam, tidak redha dengan
kepesatan dan keluhuran Islam dan dengan segala daya-upaya hendak mematikan
Agama Islam. Itulah yang terkandung dalam hatinya yang sebenar-benarnya. Hanya
tampaknya saja ia sebagai pemeluk Islam yang setia. Bagi Islam orang munafik
itu adalah sebagai musuh dalam selimut. la menggunting dalam lipatan atau
menikam kawan dari belakang. Besar benar bahayanya kaum munafik itu terhadap
Islam dan kaum Muslimin. Oleh sebab itu Allah swt menjanjikan siksa yang pedih
kepada kaum munafik itu dengan firmannya:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ada di
dalam tingkat terbawah dari neraka."
Oleh
sebab tidak seorangpun yang mengetahui isi hati seseorang, maka oleh Rasulullah
s.a.w. diuraikan tanda-tandanya kemunafikan, iaitu ada empat macam perkara.
Dijelaskan oleh beliau s.a.w. bahawa barangsiapa yang memiliki empat macam
perkara itu keseluruhannya, maka ia benar-benar dapat digolongkan dalam
kelompok kaum munafik yang tulen atau murni, bagaikan emas kemunafikannya sudah
24 karat. Tetapi apabila hanya satu perkara saja yang dimilikinya itu, maka ia
telah dihinggapi satu macam penyakit kemunafikan tersebut.
Adapun empat perkara itu ialah:
1. Jikalau berbicara berdusta.
2. Jikalau berjanji tidak menepati.
3. Jikalau bertengkar atau bertentangan dengan seseorang, lalu berbuat
kejahatan.
4. Jikalau membuat sesuatu perjanjian lalu merosakkan atau
membatalkannya sendiri yakni tidak mematuhi isi perjanjian itu dengan
sebaik-baiknya.
Dalam
Hadis sebelumnya disebutkan bahawa salah satu sifat kemunafikan ialah: Jikalau
dipercaya lalu berkhianat. Penyakit kemunafikan itu tetap berjangkit dalam diri
seseorang selama sifat-sifat buruk di atas (lima macam) tidak ditinggalkan,
sekalipun orang tersebut mengerjakan solat, puasa serta mengaku bahawa dirinya
adalah manusia Muslim.
Amat
sederhana sekali tampaknya sifat-sifat kemunafikan yang banyaknya empat atau
lima macam di atas itu, tetapi bahayanya amat besar sekali. Oleh sebab itu,
selama masih ada satu penyakit kemunafikan itu menghinggapi seseorang, maka
tetap ia dapat dianggap sebagai orang munafik, jikalau penyakitnya itu tidak
dilenyapkan sendiri, sekalipun taraf kemunafikannya masih rendah.
Jadi
kemunafikan seseorang itu dianggap tinggi atau rendah, murni atau tidak, hal
itu tergantung kepada banyaknya sifat kemunafikan yang dimiliki olehnya.
Jelasnya kemunafikannya itu dapat 20%, 40%, 60%, 80% atau 100% yakni tulen dan
murni. Semoga kita semua dihindarkan dari sifat kemunafikan ini selama-lamanya.
689. Dari
Jabir r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda kepada saya:
Yang
bermaksud : "Andaikata harta dari daerah Albahrain itu
benar-benar telah tiba, tentulah saya akan memberimu sekian, sekian dan
sekian." Tetapi harta dari Albahrain itu tidak pernah datang sampai Nabi
s.a.w. wafat. Kemudian setelah harta dari Albahrain itu datang, Abu Bakar r.a.
menyuruh supaya diserukan: "Barangsiapa yang di sisi Rasulullah s.a.w.
mempunyai suatu janji atau hutang, maka hendaklah datang ke tempat kami."
Saya lalu mendatangi Abu Bakar r.a., dan saya berkata: "Sesungguhnya Nabi
s.a.w. pernah bersabda kepada saya demikian, demikian." Abu Bakar r.a.
lalu memberikan kepada saya suatu pemberian, kemudian saya menghitungnya,
tiba-tiba jumlahnya itu ialah lima ratus dirham dan Abu Bakar r.a. berkata:
"Ambillah dua kalinya itu lagi."
(Muttafaq
'alaih)