Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 18 Mac 2020

V 44 : ISTIGHFAR, SEBAB KEMUDAHAN REZEKI DAN TURUNNYA HUJAN

Jangan dikira bahawa dengan ucapan yang sederhana saja, rezeki mudah datang dan hujan mudah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA turunkan. Ucapan yang sederhana tersebut adalah ucapan istighfar. Dengan memohon ampun kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan tinggalkan maksiat, nescaya pintu rezeki akan terbuka dan hujan pun akan diturunkan dengan deras.

Ayat inilah yang boleh diambil pelajaran,

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12)

“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”
(QS. Nuh: 10-12)

Syaikh As Sa’di rahimahullah mengatakan mengenai ayat di atas, “Tinggalkanlah dosa, beristighfarlah pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA atas dosa yang kalian perbuat. Sungguh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu Maha Pengampun. Dosa yang begitu banyak akan dimaafkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Maka hendaklah mereka segera memohon ampun kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA meraih pahala dan hilanglah musibah. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pun akan memberikan kurnia yang disegerakan di dunia dengan istighfar tersebut iaitu akan diturunkan hujan dengan deras dari langit, juga akan dikurniakan harta dan anak yang diharapkan. Begitu pula akan diberi kurnia kebun dan sungai di antara kelazatan dunia.”
(Taisir Al Karimir Rahman, hal. 889).

Itulah faedah istighfar dan meninggalkan dosa atau maksiat.

Terdapat sebuah atsar dari Hasan Al Bashri rahimahullah yang menunjukkan bagaimana faedah istighfar yang luar biasa.

أَنَّ رَجُلًا شَكَى إِلَيْهِ الْجَدْب فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر الْفَقْر فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر جَفَاف بُسْتَانه فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر عَدَم الْوَلَد فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، ثُمَّ تَلَا عَلَيْهِمْ هَذِهِ الْآيَة

“Sesungguhnya seseorang pernah mengadukan kepada Al Hasan tentang musim paceklik yang terjadi. Lalu Al Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”
Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kemiskinannya. Lalu Al Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”
Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kekeringan pada lahan (kebunnya). Lalu Al Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”
Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau kerana sampai waktu itu belum memiliki anak. Lalu Al Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”
Kemudian setelah itu Al Hasan Al Bashri membacakan surah Nuh di atas.
(Riwayat ini disebutkan oleh Al Hafidz Ibnu Hajar di Fathul Bari, 11: 98)

Juga dapat kita lihat dari perkataan sahabat mulia Umar bin Al Khatab berikut.

Daripada Asy Sya’bi, ia berkata, “’Umar bin Al Khatab radhiyallahu ‘anhu suatu saat meminta diturunkannya hujan, namun beliau tidak menambah istighfar hingga beliau kembali, lalu ada yang mengatakan padanya, ”Kami tidak melihatmu meminta hujan.” ‘Umar pun mengatakan, “Aku sebenarnya sudah meminta diturunkannya hujan dari langit.” Kemudian ‘Umar membaca ayat,

اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا, يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا

“Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat.”
Umar pun lantas mengatakan,

وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا

“Wahai kaumku, mintalah ampun kepada Rabb kalian. Kemudian bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia akan menurunkan pada kalian hujan lebat dari langit.”
(HR. Al Baihaqi 3: 352)

Ketika menjelaskan surah Nuh di atas, Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, “Jika kalian meminta ampun (beristigfar) kepada Allah dan mentaatiNya, nescaya kalian akan mendapatkan banyak rezeki, akan diberi keberkahan hujan dari langit, juga kalian akan diberi keberkahan dari tanah dengan ditumbuhkannya berbagai tanaman, dilimpahkannya air susu, dilapangkannya harta, serta dikurniakan anak dan keturunan. Di samping itu, Allah juga akan memberikan pada kalian kebun-kebun dengan berbagai buah yang di tengah-tengahnya akan dialirkan sungai-sungai.”
(Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 7: 388)

Mengenai ayat di atas, Ibnu Katsir juga mengatakan, “Maksud ayat nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, iaitu Allah akan menurunkan hujan dengan ucapan istighfar tersebut. Oleh kerananya, dianjurkan ketika solat istisqa’ (solat minta hujan) untuk membaca surah Nuh ini.” (Idem, 7: 387)
Jadi, dengan istighfar dan meninggalkan dosa, musibah akan terangkat, datang kemudahan rezeki, dan mudah hujan untuk turun.
Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberi taufik untuk terus memperbanyak istighfar.

Muhammad Abduh Tuasikal, MSc 

Sumber : rumaysho.com





V 43 : JANGAN TERUS MENCARI TAPI MENJADILAH

Sebahagian lelaki berkata, "Betapa sulitnya menemukan wanita solehah di zaman sekarang,” dan sebahagian wanita juga berkata, "Betapa susahnya mencari lelaki soleh saat ini."
Mungkin pernyataan di atas ada benarnya juga walaupun tidak mutlak, akan tetapi yang lebih penting, alangkah baiknya kalau pernyataan tersebut kita tujukan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum diucapkan kepada orang lain.
"Sudah menjadi lelaki solehkah diriku? Sudah menjadi wanita solehahkah diriku?"
Kadang kita terlalu sibuk untuk menilai orang lain sehingga kita lupa menilai diri sendiri. Kita terlalu sibuk mencari seseorang yang menurut kita soleh atau solehah. Kita terlalu sibuk mencari yang baik. Sementara kita sendiri lupa untuk berusaha menjadi yang soleh atau solehah.
Seharusnya, muncul satu pertanyaan, "Sudah pantaskah kita berharap untuk boleh mendapatkan yang soleh atau solehah?" Jawapannya berpulang pada diri kita masing-masing. Jangan bermimpi mendapatkan wanita solehah kalau masih belum mampu menjadi lelaki soleh. Jangan bermimpi mendapatkan lelaki soleh kalau belum mampu menjadi wanita solehah.
Sebuah solusi yang tepat, In Shaa ALLAH. Tak perlu bersusah payah untuk mencari yang soleh atau solehah. Tapi menjadilah soleh atau solehah terlebih dahulu. Kerana apa?
Kerana ALLAH AZZA WA JALLA telah menyiapkan pasangan yang sesuai dengan jati diri kita. Yang sesuai dengan keperibadian kita. Yang sesuai dengan kadar keimanan dan ketakwaan kita.
“Janganlah kamu mencintai seseorang dengan cara yang berlebihan, kerana boleh jadi suatu ketika nanti kau akan malah balik membencinya. Begitu pula dengan benci, janganlah kamu membenci seseorang dengan mendalam, kerana boleh jadi pada suatu hari nanti kamu malah balik mencintainya.”
(Ali bin Abi Thalib ra).

Dok: Pernikahan Alhabib Munzir Musawwa - di Tarim.




V 42 : CAIRAN AJAIB AIR SUSU IBU

Oleh : Harun Yahya

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu.”
(QS. Luqman, 31:14)

Air susu ibu (ASI) adalah sebuah cairan tanpa tanding ciptaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk memenuhi keperluan gizi bayi dan melindunginya dalam melawan kemungkinan serangan penyakit. Keseimbangan zat-zat gizi dalam air susu ibu berada pada tingkat terbaik dan air susunya memiliki bentuk paling baik bagi tubuh bayi yang masih muda. Pada saat yang sama, ASI juga sangat kaya akan sari-sari makanan yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf.1 Makanan-makanan tiruan untuk bayi yang diramu menggunakan tekhnologi masa kini tidak mampu menandingi keunggulan makanan ajaib ini.
Daftar manfaat ASI bagi bayi selalu bertambah setiap hari. Penelitian menunjukkan, bayi yang diberi ASI secara khusus terlindung dari serangan penyakit sistem pernafasan dan pencernaan. Hal itu disebabkan zat-zat kekebalan tubuh di dalam ASI memberikan perlindungan langsung melawan serangan penyakit. Sifat lain dari ASI yang juga memberikan perlindungan terhadap penyakit adalah penyediaan lingkungan yang ramah bagi bakteria ”menguntungkan” yang disebut ”flora normal”. Keberadaan bakteria ini menghambat perkembangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan lagi, telah dibuktikan pula bahawa terdapat unsur-unsur di dalam ASI yang dapat membentuk sistem kekebalan melawan penyakit-penyakit menular dan membantunya agar bekerja dengan benar.
Kerana telah diramu secara istimewa, ASI merupakan makanan yang paling mudah dicerna bayi. Meskipun sangat kaya akan zat gizi, ASI sangat mudah dicerna sistem pencernaan bayi yang masih rentan. Kerana itulah bayi mengeluarkan lebih sedikit energi dalam mencerna ASI, sehingga ia dapat menggunakan energi selebihnya untuk kegiatan tubuh lainnya, pertumbuhan dan perkembahan organ.
Air susu ibu yang memiliki bayi prematur mengandung lebih banyak zat lemak, protein, natrium, klorida, dan besi untuk memenuhi keperluan bayi. Bahkan telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi berkembang lebih baik pada bayi-bayi prematur yang diberi ASI dan mereka memperlihatkan kecakapan yang lebih baik dalam ujian kecerdasan. Selain itu, mereka juga mempunyai banyak sekali kelebihan lainnya.
Salah satu hal yang menyebabkan ASI sangat diperlukan bagi perkembangan bayi yang baru lahir adalah kandungan minyak omega-3 asam linoleat alfa. Selain sebagai zat penting bagi otak dan retina manusia, minyak tersebut juga sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Omega-3 secara khusus sangat penting selama masa kehamilan dan pada tahap-tahap awal usia bayi yang dengannya otak dan sarafnya berkembang secara nomal. Para ilmuwan secara khusus menekankan pentingnya ASI sebagai penyedia alami dan sempurna dari omega-3.
Selanjutnya, penelitian yang dilakukan para ilmuwan Universiti Bristol mengungkap bahawa di antara manfaat ASI jangka panjang adalah nampak baiknya terhadap tekanan darah, yang dengannya tingkat bahaya serangan jantung dapat dikurangi. Kelompok peneliti tersebut menyimpulkan bahawa perlindungan yang diberikan ASI disebabkan oleh kandungan zat gizinya. Menurut hasil penelitian itu, yang diterbitkan dalam jurnal kedoktoran Circulation, bayi yang diberi ASI berkemungkinan lebih kecil mengidap penyakit jantung. Telah diungkap bahawa keberadaan asam-asam lemak tak jenuh berantai panjang (yang mencegah pengerasan pembuluh arteri), serta fakta bahawa bayi yang diberi ASI menelan sedikit natrium (yang berkaitan erat dengan tekanan darah) yang dengannya tidak mengalami penambahan berat badan berlebihan, merupakan beberapa di antara manfaat ASI bagi jantung.
Selain itu, kelompok penelitian yang dipimpin Dr. Lisa Martin, dari Pusat Kedokteran Rumah Sakit Anak Cincinnati di Amerika Serikat, menemukan kandungan tinggi hormon protein yang dikenal sebagai adiponectin di dalam ASI. Kadar Adiponectin yang tinggi di dalam darah berhubungan dengan rendahnya risiko serangan jantung. Kadar adiponectin yang rendah dijumpai pada orang yang kegemukan dan yang memiliki risiko besar terkena serangan jantung. Oleh kerana itu telah diketahui bahawa risiko terjadinya kelebihan berat badan pada bayi yang diberi ASI berkurang dengan adanya hormon ini. Lebih dari itu, mereka juga menemukan keberadaan hormon lain yang disebut leptin di dalam ASI yang memiliki peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai sebagai molekul penyampai pesan kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Jadi, menurut pernyataan Dr. Martin, hormon-hormon yang didapatkan semasa bayi melalui ASI mengurangi risiko penyakit-penyakit seperti kelebihan berat badan, diabetes jenis 2 dan kekebalan terhadap insulin, dan penyakit pada pembuluh nadi utama jantung.
Fakta tentang "Makanan Paling Segar" [ASI]
Full hygiene may not be established in water or foodstuffs other than mother’s milk.
Fakta tentang ASI tidak berhenti hanya sampai di sini. Peranan penting yang dimainkannya terhadap kesihatan bayi berubah seiring dengan tahapan-tahapan yang dilalui bayi dan jenis zat-zat makanan yang diperlukan pada tahapan tertentu. Kandungan ASI berubah guna memenuhi keperluan yang sangat khusus ini. ASI, yang selalu siap setiap saat dan selalu berada pada suhu yang paling sesuai, memainkan peranan utama dalam perkembangan otak kerana gula dan lemak yang dikandungnya. Di samping itu, unsur-unsur seperti kalsium yang dimilikinya berperanan besar dalam perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun disebut sebagai susu, cairan ajaib ini sebenarnya sebahagian besarnya tersusun atas air. Ini adalah ciri terpenting, sebab selain makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Keadaan yang benar-benar bersih dan sihat mungkin tidak boleh  dimunculkan pada air atau bahan makanan, selain pada ASI. Namun ASI – sedikitnya 90% adalah air – memenuhi keperluan bayi akan air dalam cara yang paling bersih dan sihat.
ASI dan Kecerdasan
Penelitian ilmiah menunjukkan bahawa perkembangan kemampuan otak pada bayi yang diberi ASI lebih baik daripada bayi lain. Penelitian pembandingan terhadap bayi yang diberi ASI dengan bayi yang diberi susu buatan pabrik oleh James W. Anderson – seorang ahli dari Universiti Kentucky – membuktikan bahawa IQ [tingkat kecerdasan] bayi yang diberi ASI lebih tinggi 5 angka daripada bayi lainnya. Berdasarkan hasil penelitian ini ditetapkan bahawa ASI yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi kecerdasan bayi dan anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat pada IQ.
Apakah ASI Dapat Memerangi Kanser?
Berdasarkan hasil seluruh penelitian yang telah dilakukan, terbukti bahawa ASI, yang dibahas dalam ratusan tulisan yang telah terbit, melindungi bayi terhadap kanser. Hal ini telah diketahui, walaupun secara fakta mekanismenya belum sepenuhnya difahami. Ketika sebuah protein ASI membunuh sel-sel tumor yang telah ditumbuhkan di dalam laboratorium tanpa merosak sel yang sihat mana pun, para peneliti menyatakan bahawa sebuah potensi besar telah muncul. Catharina Svanborg, Profesor imunologi klinis di Universiti Lund, Swedia, memimpin kelompok penelitian yang menemukan rahsia mengagumkan ASI ini. Kelompok yang berpusat di Universiti Lund ini menjelaskan kemampuan ASI dalam memberikan perlindungan melawan beragam jenis kanser sebagai penemuan yang ajaib.
Awalnya, para peneliti memberi perlakuan pada sel-sel selaput lendir usus yang diambil dari bayi yang baru lahir dengan ASI. Mereka mengamati bahawa gangguan yang disebabkan oleh bakteria Pneumococcus dan dikenal sebagai pneumonia berhasil dengan mudah dihentikan oleh ASI. Terlebih lagi, bayi yang diberi ASI mengalami jauh lebih sedikit gangguan pendengaran dibandingkan bayi yang diberi susu formula dan menderita jauh lebih sedikit infeksi saluran pernafasan. Pasca serangkaian penelitian, diperlihatkan bahawa ASI juga memberikan perlindungan melawan kanser. Setelah menunjukkan bahawa penyakit kanser getah bening yang teramati pada masa kanak-kanak ternyata sembilan kali lebih sering menjangkiti anak-anak yang diberi susu formula, mereka menyedari hasil yang sama berlaku pula untuk jenis-jenis kanser lainnya. Menurut hasil penelitian tersebut, ASI secara tepat menemukan keberadaan sel-sel kanser dan kemudian membunuhnya. Adalah zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam ASI, yang mengenali keberadaan se-sel kanser dan membunuhnya. Alpha-lac dihasilkan oleh sebuah protein yang membantu pembuatan gula laktosa di dalam susu.

Berkah Tanpa Tara Ini Adalah Kurniaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
Ciri menakjubkan lain dari ASI adalah fakta bahawa ASI sangat bermanfaat bagi bayi apabila disusui selama dua tahun. Pengetahuan penting ini, hanya baru ditemukan oleh ilmu pengetahuan, telah diwahyukan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA empat belas abad silam di dalam ayatNya:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."
(QS, Al Baqarah, 2:233)

Sang ibu bukanlah yang memutuskan untuk membuat ASI, sumber zat makanan terbaik bagi bayi yang lemah yang memerlukan makanan di dalam tubuhnya. Sang ibu bukan pula yang menentukan beragam kadar gizi yang dikandung ASI. Allah Yang Maha Kuasalah, yang mengetahui keperluan setiap makhluk hidup dan memperlihatkan kasih sayang kepadanya, yang menciptakan ASI untuk bayi di dalam tubuh sang ibu.




Selasa, 17 Mac 2020

V 41 : BERDUSTA SAAT BERCANDA

Banyak orang yang dengan sesuka hatinya bercanda, tak segan berdusta dengan alasan bercanda. Padahal berdusta dalam bercanda ini tidak dibolehkan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda:

ﺃَﻧَﺎ ﺯَﻋِﻴﻢٌ ﺑِﺒَﻴْﺖ ﻓِﻲ ﺭَﺑَﺾِ ﺍﻟْﺠَﻨّّﺔِ ﻟِﻤَﻦْ ﺗَﺮَﻙَ ﺍﻟْﻤِﺮَﺍﺀَ ﻭَﺇِﻥْ ﻛََﺎﻥَ ﻣُﺤﻘًّﺎ ﻭَﺑِﺒَﻴْﺖٍ ﻓِﻲ ﻭَﺳَﻂ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻟِﻤَﻦْ ﺗَﺮَﻙَ ﺍﻟْﻜَﺬِ ﺏَ ﻭَﺇِﻥْ ﻛَﺎﻥَ ﻣَﺎﺯِ ﺣًﺎ ﻭَﺑِﺒَﻴﺖِ ﻓِﻲ ﺃَﻏﻠَﻰ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻟِﻤَﻦْ ﺣَﺴَّﻦَ ﺧُﻠُﻘَﻪُ

“Aku menjamin dengan sebuah istana di bahagian tepi syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun ia berada di pihak yang benar, sebuah istana di bahagian tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meski ia sedang bercanda, dan istana di bahagian atas syurga bagi seorang yang memperbaiki akhlaknya.”

Demikianlah yang dilakukan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salam, beliau tetap berkata jujur meskipun sedang bercanda. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda:

ﺇِﻧِّﻲ ﻷَﻣْﺰَﺡُ ﻭَﻻَ ﺃَﻗُﻮْﻝُ ﺇِﻻَّ ﺣَﻘًﺎ

“Sesungguhnya aku juga bercanda, namun aku tidak mengatakan kecuali yang benar.”
[11]

Oleh kerana itu, tidak boleh berdusta ketika bercanda. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salam telah memberikan ancaman terhadap orang yang berdusta untuk membuat orang lain tertawa dengan sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa salam:

ﻭَﻳْﻞٌ ﻟﻠَّﺬِﻱ ﻳُﺤَﺪِّ ﺙُ ﻓَﻴَﻜْﺬِﺏُ ﻟِﻴُﻀْﺨِﻚَ ﺑِﻪِ ﺍﻟْﻘَﻮْﻡَ ﻭﻳْﻞٌ ﻟَﻪُ ﻭَﻳْﻞٌ ﻟَﻪُ

“Celakalah seseorang yang berbicara dusta untuk membuat orang tertawa, celakalah ia, celakalah ia.”
[12]

Apalagi bila dalam candanya itu ia menyebut aib dan rahsia orang lain, atau mencela dan mengejek orang lain.
Diriwayatkan oleh ath-Thabrâni dalam al-Kabir (XII/13443). Lihat Shahîh al-Jâmi’ (2494). [12]. Diriwayatkan oleh Ahmad (V/5), Abu Daud (4990), at-Tirmidzi (2315). Lihat Shahîh al-Jâmi’ (7126).



V 40 : BETAPA DAHSYATNYA MAKANAN HARAM


Kisah dari Syeikh Abdullah Al-Madaniyah
Ada seorang pemuda tawaf 1000 kali, pemuda ini tidak mencolok di mata orang awam, tapi di mata Syekh Abdullah sangatlah mencolok, setiap hari pemuda ini diperhatikan oleh Syekh Abdullah sembari menghitung dan Subhanallah ... tawafnya pemuda ini 1000 kali.
Lalu Syekh Abdullah mendekati pemuda ini dan berkenalan, kemudian mengajak pemuda ini ke rumah.
Pemuda ini seorang yang alim, tak ada yang curiga, ia selalu berhusnuzhzhon kepada Syekh Abdullah.
Syekh Abdullah pun menguji pemuda ini dengan makanan berperkara syubahat, pemuda ini pun menyantap makanan yang diberikan Syekh Abdullah, esok harinya pemuda ini tawaf, apa yang pemuda ini dapatkan? Ternyata pemuda tersebut tak mampu tawaf 1000 kali melainkan hanya dapat 150 kali saja.
Syekh Abdullah kembali mengajak pemuda ini ke rumahnya​, beliau kembali menguji pemuda tersebut dengan memberikan makanan perkara perkara haram, pemuda tersebut tak merasa curiga, hanya akhlaknya merosot jauh, ia lebih suka marah-marah, solat pun tak tepat waktu, pemuda ini pun mencuba tawaf.
Tapi apa yang pemuda ini dapat? Ia tak mampu tawaf 150 kali, ia hanya mampu tawaf 3 kali dan itupun sambil malas-malasan.
Syekh Abdullah pun mendekati pemuda ini, kali ini bukan menguji pemuda tersebut, melainkan mengubati pemuda tersebut dengan memberikan makanan perkara halal, dan Subhanallah, pemuda ini kembali tawaf dan mampu melakukan tawaf 200 kali, dan seterusnya volume tawafnya selalu bertambah hingga 1000 kali ketika Syekh Abdullah memberikan makanan perkara halal.
Akhirnya Syekh Abdullah berkata kepada pemuda tersebut, "Wahai hamba yang soleh, maafkan aku, sesungguhnya aku ingin mengujimu kerana rasa kagumku kepadamu yang mampu tawaf 1000 kali."
Tak disangka pemuda ini seorang wali, ia menjawab perkataan Syekh Abdullah yang tersimpan di hati beliau, pemuda itu berkata, "Aku tahu engkau mengujiku dengan makanan yang engkau berikan, DEMI ALLAH ayahku tidak pernah memberikan kepadaku rezeki dari perkara syubahat (samar-samar atau tidak jelas halal haram).
Syekh Abdullah pun tersenyum, wahai pemuda, "Kau bukan orang biasa, apakah hanya aku yang boleh melihatmu?"
Pemuda itu berkata, "Ia, hanya engkau yang boleh melihat tawafku, kerana ketika aku tawaf waktu seakan-akan berhenti, orang-orang baru 1 kali tawaf, sedangkan aku sudah melakukan 100 kali tawaf.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين .

Ingatlah...  Rezeki yang tidak jelas asal usulnya yang masuk ke perut atau yang kita pakai, dapat mempengaruhi kualiti ibadah kita, tubuh kita akan menjadi malas dan akhlak kita pun dipastikan akan merosot.

Share daripada Habib Ja'far Al-Hamid

Semoga bermanfaat ...
Smg Allah mudahkan Rizqi kita berkat orang soleh amiiin
Copas daripada alwi Alqodrie.




V 39 : DI ANTARA SEBAB AMPUNAN ALLAH SUBHANAHU WA TAALA UNTUK HAMBANYA


Segala puji bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Selawat dan salam untuk Rasulullah. Amma ba’du.

Saudaraku seislam yang saya cintai, semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberikan kepada kita kefahaman dan manfaat dari hadits RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM berikut :

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Saya telah mendengar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda: ALLAH ‘Azza wa Jalla berfirman:

"Wahai anak Adam, selama Engkau berdoa dan berharap kepadaKu, maka akan Aku ampuni engkau berapa pun banyaknya dan besarnya dosamu, dan Aku tidak peduli dengan apa yang ada padamu itu. Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu sebanyak awan di langit kemudian engkau memohon ampunan kepadaKu nescaya akan Aku ampuni semua dosa-dosamu itu. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu dengan dosa dan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikit pun dengan sesuatu nescaya akan Aku berikan untuk ampunanKu sebanyak itu pula.”
(HR. At Tirmidzi rahimahullahu dalam sunannya no. 3885, Maktabah Syamilah. Hadits ini dinilai hasan oleh Syaikh al Albani rahimahullahu dalam Ash Shahihah no. 127, Shahih al Jaami’ no. 4338, Maktabah Syamilah)

Wallahu a’lam
Demikian dapat disampaikan.
Semoga kita termasuk hamba yang mendapatkan ampunan dan keredhaanNya, sungguh ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, aamiin.
Wa shallallahu wa sallama ‘alaa Nabiyyinaa Muhammad


Di antara adab yang harus di miliki seorang ulama adalah 'inshaf' ( menyedari kebenaran dan keadilan datang dari orang lain).

 و من أمثلة الإنصاف :
- " أن امرأة ردت على عمر رضي الله عنه و نَبَّهَتْهُ على الحق و هو في خطبته على ملإٍ من الناس ، فقال : امرأة أصابت و أخطأ رجل .

Ertinya :
Di antara contoh inshaf (menyedari kebenaran dan keadilan) :
- Ada seorang wanita pernah membantah (apa yang disampaikan) Sayyiduna Umar ra. dan mengingatkannya apa yang benar, padahal ketika itu beliau sedang berkhutbah di hadapan orang banyak. Lalu beliau berkata : “Perempuan benar dan lelaki salah (maksudnya perempuan yang mengingatkannya itu benar dan beliau sendiri salah)."

- و سأل رجل عليا كرم الله وجهه فأجاب ، فقال : ليس كذلك يا أمير المؤمنين ، و لكن كذا و كذا ، فقال : أصبت و أخطأت ، { ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ }.

Ertinya :

“Seorang lelaki pernah bertanya kepada Ali krw., lalu beliau memberi jawapan. Kemudian seorang lelaki itu berkata : "Tidak begitu wahai Amirul Mukminin, melainkan begini dan begitu."
Maka berkatalah Ali ra : 

"Engkau benar dan aku salah."
{"dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui"}.

Rujukan :

المنهج السوي شرح أصول طريقة السادة آل باعلوي ص ٢٠٠

Betapa Sayyiduna Umar tidak malu ditegur lalu menerima kebenaran dari seorang wanita di hadapan orang banyak dan Sayyiduna Ali yang Nabi bersabda bahawa Ali adalah pintu kota ilmunya, beliau menerima koreksi dari orang lain.
Lalu siapalah kita dibanding kebesaran dan kemuliaan Sayyiduna Umar dan Sayyiduna Ali, sehingga kita tidak mahu menerima kebenaran atau koreksi atas kesalahan kita dari orang lain.

و الله أعلم بالصواب و علمه أتم

"Jangan mengawasi orang lain. Jangan mengintai geraknya. Jangan membuka aibnya. Jangan menyelidikinya. Sibukkanlah dengan diri kalian sendiri. Perbaiki aib & salahmu kerana kelak kau akan ditanya (ALLAH) tentang dirimu sendiri.”




V 38 : MANUSIA TERBAIK


Penyebutan manusia yang terbaik yang tertera dalam hadits-hadits yang shahih.

"خيركم من تعلم القرآن وعلمه".

“Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al Quran dan mengabarkannya."
(Bukhari)

"خياركم أحاسنكم أخلاقا".

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik akhlaknya."
(Bukhari)

"خيركم أحسنكم قضاء"

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik ketika membayar hutang."
(Bukhari)

"خيركم من يُرجى خيره ويُؤمٓن شره".

"Sebaik-baik kalian adalah seorang yang diharapkan kebaikannya dan manusia merasa aman dari keburukannya."
(Dishahihkan Al Albani)

"خيركم خيركم لأهله".

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya."
(Dishahihkan Al Albani)

"خياركم في الجاهلية خياركم في الإسلام إذا فقهوا".

"Sebaik-baik kalian di masa jahiliyah adalah manusia yang terbaik di dalam Islam jika ia memiliki pemahaman."
(Dishahihkan Al Albani)

"خيركم من أطعم الطعام، و ردَّ السلام".

"Sebaik-baik kalian adalah yang memberikan makan dan menjawab salam."
(Dishahihkan Al Albani)

"خياركم ألينُكم مناكب في الصلاة".

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling lembut bahu-bahunya ketika solat."
(Dishahihkan Al Albani)

iaitu: lemah lembut di dalam pengaturan shaf.

" خياركم الذين إذا رُؤوا ذُكِرَ اللهُ ".

"Sebaik-baik kalian adalah yang jika ia bermimpi maka segera mengingat ALLAH."
(Dishahihkan Al Albani)

"خير الناس من طال عمره وحسن عمله".

"Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya."
(Dishahihkan Al Albani)

"خير الناس أنفعهم للناس".

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat untuk manusia."
(Dishahihkan Al Albani)

"خير الأصحاب عند الله خيركم لصاحبه ، وخير الجيران عند الله خيركم لجاره ".

"Sebaik-baik teman di sisi ALLAH adalah yang paling baik terhadap temannya, dan sebaik-baik tetangga di sisi ALLAH adalah yang paling baik terhadap tetangganya."
(Dishahihkan Al Albani)




V 37 : WASPADALAH

Pernahkah terdetik di hatimu…
Tatkala dikau melihat saudara-saudara kita diseksa…
Anak-anak muslim disembelih.
Masjid-masjid dibom.
Al Aqsha diinjak-injak.
Pernahkah dikau mengatakan kepada dirimu, bila kiranya aku dapat membantu mereka?
Bila kiranya aku dapat mengendong anak-anak yang dibantai dan menyelamatkan yang lainnya!
Bila kiranya aku dapat bergabung memerdekakan Aqsha dari tangan-tangan Yahudi.
Bila kiranya aku berangkat berjihad dan berperang menegakkan agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda,

من مات ولم يغزو أو يحدث نفسه بالغزو مات على شعبة من نفاق

“Siapa saja yang meninggal dunia dan dia belum pernah berperang, atau meniatkan dirinya untuk berperang, bererti dia meninggal di atas salah satu cabang kemunafikan.”
(HR Muslim)

Bila perasaan itu ada dirimu, maka jagalah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu, amal dan iman sehingga tatkala ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengizinkan niatmu untuk terlaksana, kau sudah siap. Tak perlu kau banyak cakap, tapi tegakkanlah agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang benar pada dirimu.
Ajarkan pada keluargamu dan beramallah. Kitapun di negeri kita tidak aman dari makar-makar zionis segala petaka yang menimpa umat itu disebabkan kita telah meninggalkan agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kesyirikan dibiarkan, kemasiatan merajalela, maka mana mungkin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan menyelamatkan kita.

Tetapi, kalau ternyata kau tidak pernah simpati dan peduli dengan apa yang terjadi dan tidak pernah ada keinginan untuk berjuang di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kau sibuk dengan urusan perutmu saja jangan-jangan apa yang disampaikan Nabi itu telah menimpamu.

Ust Syafiq Riza Basalamah