Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 10 Januari 2015

R 99 : KELAZATAN IMAN


Daripada Saidina Al-Abbas ibn Abdul Muttalib ra, beliau berkata, bahawasanya: “Saya mendengar RASULULLAH SAW bersabda (yang bermaksud) :

“Seseorang akan merasai kelazatan iman, jika dia meredhai bahawa ALLAH sebagai Rabbnya, dan jika meredhai bahawa Islam ialah agamanya, dan meredhai bahawa MUHAMMAD  ialah seorang Nabi (ALLAH).”

Hadith riyawat Imam Ahmad bin Hanbal ra dalam musnadnya, Imam Muslim ra, dan Imam Ar-Rifa’ie ra dalam buku “Halah Ahl Haqiqah Ma’a Allah.
Telah berkata Imam Ahmad Ar-Rifa’ie dalam buku beliau “Halah Ahl Haqiqah Ma’a ALLAH”: Zauq (perasaan dan kelazatan) tersebut tumbuh dari sifat redha, (adapun redha tersebut) ialah suatu makrifat (ilmu dan pengenalan) tentang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Makrifat (mengenal ALLAH SUBHANAHU WA TAALA) ialah cahaya yang diletakan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di dalam hati seseorang yang dikasihiNya dari kalangan para hambaNya. Tiada satupun perkara yang lebih mulia dan agung dari cahaya tersebut (jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang lain kepada para hambaNya). Hakikat Makrifat (mengenal ALLAH SUBHANAHU WA TAALA) ialah kehidupan hati dengan Tuhan yang Maha Menghidupkan seperti firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Tidakkah jika seseorang itu mati, maka kami hidupkannya…”
(Surah 6  AL AN'AAM : ayat 122)

Imam Ar-Rifa’ie seterusnya berkata lagi :

“Sesiapa yang telah mati nafsunya, maka dunianya akan menjauhinya, dan sesiapa yang mati hatinya, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan jauh darinya.”

Sheikh Ar-Rifa’ie berkata juga:

“Sesiapa yang melihat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (menghalakan pandangan mata hatinya menghadap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA), tidak akan melihat kepada dunia, dan tidak pula melihat kepada akhirat. Mentari hati seseorang Arif (orang yang telahpun mengenal ALLAH SUBHANAHU WA TAALA), lebih bercahaya dari mentari di siang hari…”

Alfaqir yang hina, menambah dengan bantuanNya :
Maksud dari perkataan As-Sheikh, bahawa,

“Sesiapa yang melihat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. ialah seseorang itu mula menghalakan seluruh tujuan hidupnya, seluruh tujuan amal perbuatannya, kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Setiap perkara yang dilakukannya, setiap masa yang digunakannya dari usianya, dan seluruh gerak diamnya, hanya kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, di bawah payungan rahmat ALLAH SWT, di dalam konsep kehambaan yang mutlak kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.”

Ini difahami oleh kaum sufi dengan istilah “At-Tawajjuh”. Hal ini merupakan intipati dari makna firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Katakanlah bahawasanya: solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku hanyalah kerana ALLAH.”

Antara hadith yang turut menjelaskan tentang perkara ini ialah hadith Jibril as, dalam perbahasan ihsan, di mana RASULULLAH SAW menjelaskan bahawa: “Ihsan ialah, kamu menyembah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sepertimana kamu melihatNya. Kalaulah kamu tidak melihatNya sekalipun, sesungguhnya Dia melihat kamu.”

Ramai di kalangan para ulama sufi yang membincangkan hadith ini dari sudut batinnya, di dalam buku-buku mereka dengan perbahasan-perbahasan zauqiyah, namun cukuplah di sini, kita kutip salah satu kefahaman ringkas dan mudah dari hadith ini iaitu, berkenaan dengan musyahadah dan muroqobah.

Musyahadah (penyaksian) ialah suatu keadaan hudur Al-Qalb fi Hadratillah atau kehadiran hati yang sentiasa melihat bahawasanya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA melihatnya. Kehadiran hati tersebut merupakan lawan bagi kelalaian.

Muroqobah (pengawasan) merupakan peringkat di bawah peringkat musyahadah, dan ianya merupakan peringkat asas sebelum sampai kepada peringkat musyahadah. Muroqobah bererti, pengawasan diri dan sentiasa menanamkan dan mengingatkan diri kita, bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sentiasa melihat dan memerhatikan setiap gerak geri kita.

Demikianlah sedikit sebanyak tentang hadith tersebut.
Seterusnya, apabila kita sudah mengakui bahawasanya, seluruh amalan dan kehidupan kita serta kematian kita adalah kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, bererti kita juga telah mengakui bahawa, apa yang sebenarnya dicari oleh kita di dalam kehidupan kita ialah redha daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang mana, kepadaNyalah kita mempersembahkan dan memperbentangkan amalan kita kepadaNya.

Apabila kita dapati bahawa, makna dan tujuan kita hidup di dunia ini tidak lebih daripada untuk “hidup dan mati kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA”, maka tergamakkah kita mempersembahkan dan memperbentangkan amalan-amalan kita kepada selain daripadaNya?

Sudah pasti, apabila makna “hidup dan matiku kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA”, sudah terealisasi dan tersemat erat di dalam jiwa seseorang, sudah tentu dia tidak lagi mengadapkan tujuan kehidupannya untuk mencapai selain dari redha dan rahmat daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Makna “kehidupan dan kematianku kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.” juga membawa pelbagai maksud tauhid yang lain seperti “kehidupan dan kematianku untuk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.”

“Kehidupan dan kematianku dengan kehendak ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.” dan “kehidupan dan kematianku daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA”.
Pernyataan “kehidupan dan kematianku daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.” merupakan pintu untuk mencapai kefahaman-kefahaman yang lain.

Apabila seseorang melihat dalam dirinya sendiri, dia pasti merenung, dari manakah datangnya diriku ini? Kalau dari ibu dan bapa, bererti mereka berkuasa dalam menjadikanku. Tetapi, mereka juga akhirnya mati seperti ibubapa mereka (datuk nenekku), menunjukkan bahawa, mereka juga tidak berkuasa terhadap diri mereka sendiri, bagaimana mungkin pula berkuasa terhadap diriku ini? Akhirnya, pemikirannya yang waras akan serta-merta menunjukkan kepada natijah iaitu, di sana, adanya satu Tuhan yang berkuasa ke atas segala sesuatu, dan dari Dialah kita wujud.

Apabila sudah memahami bahawasanya: “kehidupan dan kematianku dari Dia yang Maha Berkuasa” tersebut, kita juga seterusnya bermuhasabah diri di hadapan ajaran-ajaran agama Islam untuk meningkatkan kefahaman kita tentang diri kita ini.

Apabila kita selami makna dari roh ajaran Islam itu sendiri, kita fahami bahawa, tujuan hidup dan mati kita adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya berdasarkan firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah (kepadaKu).”

Dari kefahaman ini, kita seolah-olah dilintasi oleh hembusan syaitan yang mempersoalkan bahawa: “Mengapa kita perlu beribadah kepadaNya, sedangkan kita diberi kebebasan untuk memilih apa yang kita suka?” Jadi, nafsu turut meronta-ronta untuk tidak tunduk kepada perintah Samawi tersebut, seraya berkata: “Kalau anda ikut agama, untuk beribadah kepadaNya, tentu anda akan keletihan. Pilihlah hala tuju yang menyenangkan anda, dengan tidak patuh kepadaNya.”

Dalam menangkis pelbagai hasutan syaitan dan tipu daya nafsu, anda sudah tentu terfikir tentang suatu hakikat yang lebih besar dari pelbagai tipu daya tersebut. Ia turut tersemat di dalam kata-kata Sheikhuna (guru kami) Sheikh Yusuf Al-Hasani:

“Sesiapa yang keluar ke dunia (lahir ke dunia) bukan kerana pilihan dirinya sendiri, pasti akan keluar dari dunia bukan kerana pilihannya sendiri juga. Oleh yang demikian, di mana pula letaknya kebebasan kehendak kita di antara kedua-duanya (antara kamu hidup bukan kerana pilihanmu dan kamu mati bukan kerana pilihanmu).”

Pernyataan Sidi Yusuf Al-Hasani cuba menjelaskan bahawa :
Kita lahir ke dunia bukan kerana kita yang memilih untuk hidup di dunia ini.
Kita juga akan mati bukan kerana kita yang memilih untuk meninggalkan dunia ini.
Ajal dan usia sememangnya di tangan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Berapa ramai orang yang berkahwin (sebab untuk mendapatkan anak), tetapi tidak mempunyai anak. Berapa ramai yang cuba membunuh diri (sebab untuk menghilangkan nyawa), tetapi tidak berjaya untuk mati.

Ini menunjukkan bahawa, kita sebenarnya (bahkan seluruh kewujudan), sebenarnya bergerak di bawah kehendak, izin dan kekuasaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Oleh yang demikian, walaupun kita diberi kebebasan majazi untuk memilih, ianya tidak terlepas dari kekuasaan dan kehendak ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kerana kita sudah tentu tidak mampu membuat sebarang pemilihan melainkan dengan izin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Dari izin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tersebut, yang merupakan dari kehendakNyalah, kita dapat membuat pemilihan, bahkan kita sendiri dapat saksikan bahawa, bukan semua yang kita mahukan, kita akan mendapatinya.

Realiti ini menunjukkan bahawa, kita yang diberi peluang untuk memilih dengan izin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. ini, tidak akan memilih melainkan untuk taat kepadaNya, dengan keinginan kita sendiri. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA boleh memaksa seluruh manusia taat dan patuh kepadaNya, dengan kehendak dan kekuasaanNya, tetapi dengan ilmu dan Lutf (kelembutan) ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang menyembunyikan hikmah-hikmah di sebalik perbuatanNya, Dia membiarkan seluruh manusia dengan kebebasan memilih, yang merupakan pemberian dariNya, untuk menguji yang manakah di antara mereka yang akan mentaatiNya dengan kerelaan dan yang mana akan mengkufuri nikmat “kebebasan memilih” tersebut dengan kerelaannya juga.

Oleh yang demikian, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjanjikan nikmat syurga kepada para hambaNya yang taat, untuk menzahirkan kasih-sayangNya kepada para hambaNya dan untuk menyembunyikan cintaNya kepada para hambaNya, dari musuh-musuh para kekasihNya.

Demikian juga, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjanjikan siksaan neraka kepada mereka yang ingkar dalam mentaatiNya, untuk menzahirkan kebesaran dan keagunganNya serta memberi peringatan kepada manusia sebelum mereka mati, supaya kembali kepadaNya dengan ketaatan, selagi ada hayat.

Dari sinilah, jika kita memahami bahawa, hidup dan mati kitapun daripadaNya, mengapa tidak kita jadikan seluruh hidup dan mati kita untukNya dan beramal di dalam kehidupan kita semata-mata keranaNya. Pilihan untuk beramal keranaNya dan metaatiNya keranaNya semata-mata merupakan sebaik-baik pilihan, kerana dengan memilih sebaliknya (iaitu untuk menderhakai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA), ia sebenarnya mengundang kepada kebencian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan tidak membawa sebarang kebaikan bagi kita.

Apabila seseorang sudah menghayati bahawa, dirinya hidup dengan izin dan kuasa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dia akan menghayati bahawa, dia juga perlu menjadikan seluruh hidupnya untuk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kerana itulah tujuan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menciptakan dirinya.

Sheikhuna (guru kami) Sidi Yusuf Al-Hasani menegaskan makna ini dengan katanya :

“Tauhid ialah, kamu jadikan diri kamu hanya untuk Dia yang Maha Esa semata-mata.”

Dari sinilah, apabila kamu melakukan sesuatu, kerana diri kamu untuk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka kamu tidak akan melakukan sesuatu melainkan keranaNya, kerana kamu ialah, semata-mata hanya untukNya.

Apabila ia menyerap ke dalam hati seseorang, maka, di sinilah timbulnya ikhlas, di mana, apabila dia melakukan kebaikan, beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, menolong sesama manusia, dan sebagainya, dia tidak akan melakukannya melainkan kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Apabila nilai-nilai kehambaan ini kembang mekar di dalam diri seseorang hamba, maka keharuman “redhanya kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagai Tuhannya.” akan menyelubungi seluruh kehidupannya. Pada ketika itulah, keredhaannya kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagai Tuhannya akan berkembang sehingga dia redha dengan seluruh apa yang diredhai oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan meredhai seluruh ketetapan hukum dan ketentuan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Lahirlah dari perasaan tersebut, keredhaannya kepada Islam sebagai agamanya, dan RASULULLAH SAW sebagai rasul dan kekasih ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Dari sinilah timbulnya benih-benih makrifat yang dimaksudkan di dalam hadith tersebut sebagai “kelazatan iman.” Bukankah kelazatan tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa perkataan? Bukankah sesuatu kelazatan itu tidak dapat diketahui dan difahami melainkan orang yang pernah merasakannya sahaja. Anda tidak akan tahu kelazatan sesuatu makanan melainkan anda sendiri pernah merasakannya. Ketahuilah bahawasanya, kefahaman kita terhadap hakikat sesuatu merupakan makanan rohani kita, dan sebaik-baik makanan rohani ialah, kefahaman kita terhadap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang seterusnya membawa kepada makrifatullah (mengenal ALLAH SUBHANAHU WA TAALA).

Begitulah seperti kata-kata Sheikhuna Sisi Yusuf Al-Hasani :

“Rezeki rohani ialah rezeki yang paling istimewa. Ketahuilah bahawasanya, rezeki rohani ialah kefahaman kita mengenai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.”

Oleh yang demikian, tiada suatu nikmatpun yang diberikan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada seseorang hambaNya, melebihi kenikmatan takkala mengenali diriNya. Ini kerana, makrifatullah (mengenal ALLAH SUBHANAHU WA TAALA) ialah nikmat yang paling tinggi nilainya bagi seseorang hamba, kerana ia merupakan roh sesuatu kehambaan seseorang kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Diriwayatkan bahawasanya, Yahya bin Mu’az r.a. (m 258H) pernah berkata:

“Makrifat ialah kehampiran hati dengan yang Maha Dekat (ALLAH SUBHANAHU WA TAALA), kewaspadaan roh di sisi Kekasihnya (ALLAH SUBHANAHU WA TAALA), dan menyendirikan hatinya dari selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan menjadikan ia hanya untuk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang Maha Pemerintah lagi Maha Menjawab segala permintaan.”

Dari makna inilah, kita dapati bahawa, seseorang yang sudah mengenali ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, sudah mengenali kehinaan diri di hadapan keagunganNya, dan sudah mengenali kehinaan dunia di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, sudah tentu tidak lagi memalingkan dirinya kepada dunia yang lebih hina dari dirinya, dan sebaliknya memalingkan seluruh tujuan kehidupannya untuk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Maka, pada ketika itu, dunia sedikitpun tidak mampu lagi untuk menggodanya, dengan perhiasan-perhiasan dan kecantikannya, kerana di matanya (hamba tersebut), hanya ada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang Maha Agung lagi Maha Cantik.

Jadi, sesiapa yang jujur dalam mengharapkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, sudah pasti tidak akan memalingkan dirinya dengan mengadap dan mengemis di hadapan dunia yang fana’ ini, seperi kata Imam Ja’far bin As-Sodiq r.a. (m 148H).


Imam Al-Rifa’ie ra berkata :

Makrifah itu seperti pohon yang mempunyai tiga ranting utama.
Ranting Pertama: Tauhid
Ranting Kedua: Tajrid
Ranting Ketiga: Tafrid

Tauhid ialah pengakuan kita bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Ia merupakan langkah melenyapkan seteru ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dari diri kita.
Tajrid pula ialah berkaitan dengan keikhlasan kita kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dengan memotong segala asbab. Dalam erti kata yang lain, tidak memandang dan bergantung kepada asbab (sebab-sebab) tetapi bergantung harap kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA semata-mata.
Adapun Tafrid ialah memutuskan seluruh keterpautan hati secara keseluruhannya dan hanya melihat dan berpaut kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pada setiap keadaan. Ia merupakan suatu yang amat tinggi. Tafrid juga bermakna, berhubungan dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tanpa sebuah perjalanan, tanpa sesuatupun hatta tanpa selain dariNya. Ini lebih menjurus kepada perbahasan Al-Fana’ dan Al-Baqo’ dalam istilah kaum sufi.

Imam Ar-Rifa’ie seterusnya menjelaskan bahawa :

“Jalan untuk mencapainya (makrifat) ada lima iaitu :

Pertama : Takut kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam keadaan sendirian ataupun di khalayak awam.

Kedua : Ketaatan mutlak dalam kehambaan (kepatuhan dengan melaksanakan syariat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA)

Ketiga :  Memutuskan sebarang keterpautan hati melainkan hanya berpaut kepadaNya dan menghadapNya secara keseluruhan.

Keempat :  Ikhlas dalam perkataan, perbuatan dan niat.

Kelima :  Berwaspada dan berjaga dalam setiap lintasan dan setiap pergerakan.

Kesimpulan dari perbincangan berkisar tentang hadith yang mulia tersebut, sesungguhnya makrifatullah itu merupakan suatu kalazatan yang dirasai oleh hati seseorang hamba ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kelazatan tersebut sebenarnya merupakan natijah dari kejujuran nilai-nilai kehambaan seseorang kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam menunaikan perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan redha terhadap segala apa yang datang dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menganugerahkan kepada kita sifat redha tersebut supaya dengannya, kita terbang menuju redhaNya di laman kemurahan dan rahmatNya.

Aamiin…

R 98 : SEPULUH PERKARA MENJADIKAN AMAL IBADAT ANDA SEPERTI DEBU DI SISI ALLAH SWT

Hati-Hati 10 Hal Pembatal Syahadat

السلام عليكم
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Untuk semua saudara-saudariku :

Maaf, saya tak kafirkan banyak orang tapi saya cuma ingatkan saja sesama insan agar “Hati-Hati” 10 Hal Pembatal Syahadat…
Kenapa saya angkat tulisan ni? Kerana banyak orang di luar sana yang kata al Quran sudah tak sesuai zaman & 35% ayatnya perlu kena tukar ayat baru yang sesuai dengan zaman ni… Lagi banyak orang kata Semua Agama Benar, Semua Agama Baik, Semua Agama Bagus, Semua Agama Sama… Benarkah semua agama sama? Benarkah ajaran Tuhan itu 3 tapi 1 itu benar?

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah mewajibkan bagi seluruh hambanya untuk masuk ke dalam Islam dan berpegang teguh dengan ajaranNya dan menjauhi segala sesuatu yang menyimpang darinya. Ia juga telah mengutus MUHAMMAD untuk berdakwah terhadap hal tersebut, dan juga telah mengabarkan bahawa barangsiapa yang mengikutinya maka dia telah mendapatkan hidayah, namun barangsiapa yang menolak dakwahnya maka ia telah tersesat. Dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah memperingatkan dalam banyak ayat-ayat al Quran tentang hal-hal yang menyebabkan segala jenis kesyirikan, kemurtadan dan kekafiran.

Para ulama telah menerangkan dan membahas hukum seorang muslim yang murtad dari agamanya dapat disebabkan oleh berbagai macam sebab yang membatalkan keislamannya, yang menyebabkan darah dan hartanya menjadi halal dan Ia dinyatakan keluar dari Islam. Namun yang lebih berbahaya dan sering terjadi adalah 10 hal yang dapat membatalkan keislaman yang disebutkan oleh Syeik Muhammad Bin Abdul Wahab serta ulama lainnya. Dan saya akan menjelaskan secara singkat akan hal ini, agar kita berhati-hati dan mengingatkan orang lain dengn harapan agar kita selamat dari hal-hal tersebut.

1. Syirik dalam beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Sesungguhnya ALLAH tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa selain dari syirik itu bagi siapa yang di kehendakiNya.”
(Surah 4  AN NISAA' : 116).

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) ALLAH, maka pasti ALLAH mengharamkan padanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seseorang penolongpun.”
(Surah 5  AL MAA'IDAH : 72).

Termasuk dalam perkara ini iaitu berdoa kepada orang yang sudah mati dan minta bantuan kepada mereka atau bernazar dan memberi sesaji baik berupa makanan, minuman, haiwan korban, bunga dan lainnya.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di mana seseorang berdoa dan meminta syafaat serta bertawakal kepada sesuatu tersebut, orang yang berbuat hal seperti ini telah kafir secara ijmak.

Contoh: Meminta tolong melalui perantara jin, meminta doa melalui Nabi, meminta ampun melalui Nabi Isa atau Siti Maryam/bunda Maria, meminta perlindungan melalui malaikat, meminta berkah melalui Santo Kristian dan sejenis. Semua doa, ampun, permintaan, Harus & Hanya ditujukan bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA saja.

3. Siapa yang tidak mengafirkan orang-orang musrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan ajaran mereka. Maka orang yang berkeyakinan seperti ini juga telah kafir.
Mereka telah membetulkan ajaran agama lain yang salah yang bermakna merekapun mengakui ajaran agama yang salah. Ertinya mereka mengakui bahawa ada Tuhan selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu benar.

4. Siapa yang meyakini bahawa petunjuk selain RASULULLAH SAW lebih sempurna dari petunjuk beliau, atau meyakini bahawa hukum selain hukum beliau lebih baik dari selain hukumnya, seperti orang-orang yang lebih mengutamakan hukum thagut/demokrasi/komunis/hukum lainnya dari hukum ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka orang yang berkeyakinan seperti ini juga telah kafir.

Ertinya mereka tidak meyakini Hukum ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang banyak ditulis dalam al Quran. Bila tak yakin ayat al Quran, maknanya mereka ragu akan al Quran.

Ragu akan al Quran = Gugur imannya pada Kitab-kitab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Ragu al Quran = Ragu akan perkataan Nabi, menganggap NABI MUHAMMAD SAW berbohong masalah ayat al Quran… maknanya, gugur imannya pada para Nabi.

Ragu al Quran = Ragu akan perkataan Malaikat Jibril, menganggap Malaikat Jibril berbohong masalah ayat al Quran… maknanya, gugur imannya pada para Malaikat.

Ragu al Quran = Ragu akan firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, menganggap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak sempurna & berbohong masalah ayat al Quran… maknanya, gugur imannya pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Rukun Iman dalam Islam ada 6 :
Bila dalam kenyataan kehidupan & perbuatan keseharian kita tak percaya pada al Quran, maknanya 4 dari 6 Rukun Islam kita telah BATAL!!!

Iman kepada Kitab-Kitab                —> Batal
Iman kepada Para Nabi                  —-> Batal
Iman kepada Malaikat                     —> Batal
Iman kepada ALLAH SWT           —-> Batal

Cuma tersisa dua Iman Islam, iaitu :
Iman kepada Hari Akhir & Iman kepada Qadak & Qadar

5. Siapa yang membenci sebahagian dari ajaran RASULULLAH SAW, meskipun ia tetap mengamalkannya, maka ia telah kafir. Berdasarkan firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud,

“Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan ALLAH (al Quran) lalu ALLAH menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka.”

Mengapa NABI MUHAMMAD SAW bersabda bahawa banyak penghuni neraka ialah wanita?

Kali ini, saya ada 2 jawapan untuk sementara :
- Kerana in sya ALLAH kelak jumlah wanita : lelaki = 50:1
- Kerana banyak wanita tak guna jilbab/tudung
- Kerana banyak wanita membenci poligami di Kitab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

Sesiapa yang berkata baik lahir mahupun batin jika poligami itu tak betul, poligami itu salah, maka maknanya :

ia telah menyalahkan al Quran.

ia telah menyalahkan Kitab-Kitab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kerana Poligamipun terdapat dalam Taurat, Zabur & Injil.

Ia telah menyalahkan NABI MUHAMMAD SAW & para nabi lain kerana Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yakub, Nabi lainpun memiliki isteri lebih dari 1.

Ia telah memfitnah NABI MUHAMMAD SAW berkata bohong tentang Ayat yang membatasi poligami 4 isteri saja.

Ia telah menghujat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan mengatakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berdusta tentang ayat poligami.
Oleh itu, insyaflah wahai saudara-saudariku, mari, perbaharui syahadat kita dengan solat 5 waktu, kerana NABI MUHAMMAD SAW bersabda :

“Alhamdulillah kerana ALLAH telah menjadikan umatku sering mengucapkan syahadat.”

Hal lain yang perlu diketahui bahawa membatasi kelahiran dengan kondom, suntik, atau medik lainnya ialah salah satu cara mereka para Kristian agar perkembangan umat Islam terhambat, sementara mereka banyak-banyak berkembang biak sebanyak-banyaknya.

6. Siapa yang memperolok-olok salah satu ajaran yang dibawa oleh RASULULLAH SAW atau memperolok-olok pahala dan siksaan yang diperoleh maka ia juga kafir. Dan dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA,

“Katakanlah wahai (MUHAMMAD),  ‘Apakah dengan ALLAH, ayat-ayatNya dan RasulNya kalian selalu berolok-olok?’ Tidak usah kalian minta maaf, kerana kalian kafir sesudah beriman.”
(Surah 9  AT TAUBAH : 65-66)

Bila ada seorang yang mengakui Islam tapi dia bergurau dengan al Quran & berkata : “Begitu pun dah kecoh, saya kan cuma bergurau senda ajer.” maka silakan lihat Firman-firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di bawah ini :

“Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahanam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan rasul-rasulKu sebagai olok-olok.”
(Surah 18  AL KAHFI : 106)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.”
(Surah 45   AL JAATSIYAH :9)

Dan jika kamu tanyakan kepada mereka, tentulah mereka akan menjawab,

“Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan ALLAH, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?”
(Surah 9  AT TAUBAH : 65)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul hanyalah sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan; tetapi orang-orang yang kafir membantah dengan yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan yang hak, dan mereka menganggap ayat-ayat kami dan peringatan-peringatan terhadap mereka sebagai olok-olokan.”
(Surah 18  AL KAHFI : 56)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan ALLAH tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan ALLAH itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.”
(Surah 31  LOKMAN : 6)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Yang demikian itu, kerana sesungguhnya kamu menjadikan ayat-ayat ALLAH sebagai olok-olokan dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia, maka pada hari ini mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula mereka diberi kesempatan untuk bertaubat.”
(Surah 45   AL JAATSIYAH : 35)
Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafaat selain daripada ALLAH. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, nescaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.”
(Surah 6  AL AN'AAM : 70)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka.” Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.”
(Surah 7   AL 'ARAAF : 51)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Sesungguhnya al Quran itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang bathil. dan sekali-kali bukanlah dia senda gurau.”
(Surah 86  ATH THAARIQ : 13-14)

7. Perbuatan sihir dengan segala bentuknya. Maka barangsiapa yang melakukan perbuatan ini dan meredhainya, maka ia telah kafir. Sebagaimana firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud,

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir).
Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan,
‘Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kalian kafir.’ Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya.
Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin ALLAH. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat.
Demi, sesungguhnyaa mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab ALLAH) dengan sihir itu, tiadalah keuntungan baginya di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.
(Surah 2  AL BAQARAH : 102)

8. Mendukung dan membantu orang-orang musrik untuk mencelakakan kaum muslimin. Hal ini dilandasi oleh firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud,

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (kalian), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kalian mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”
(Surah 5  AL MAA'IDAH : 51)

9. Orang yang meyakini bahawa ada golongan manusia tertentu yang dibolehkan keluar dari syariah NABI MUHAMMAD SAW. Maka orang yang meyakini hal ini telah kafir, berdasarkan firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :
,

“Di antara ahli kitab ada orang yang jika kalian mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepada kalian dan di antara mereka ada orang yang jika kalian mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepada kalian, kecuali jika kalian selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan, ‘tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi.’ Mereka berkata dusta terhadap ALLAH, padahal mereka mengetahui.”
(Surah 3  ALI  IMRAN : 75)

10. Berpaling dari agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan wujud tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya. Didasarkan pada firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud,

“Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa.”
(Surah 32 AS SAJDAH : 32).

Dan tidak ada perbezaan antara pelaku-pelaku sepuluh hal tersebut di atas, baik ia dalam keadaan main-main, bersungguh-sungguh, atau kerana takut ketika melakukannya - kecuali orang yang dipaksa untuk melakukannya-.

Semuanya adalah bahaya yang sangat besar dan sangat sering terjadi. Maka hendaknya setiap muslim dapat menghindarinya dan selalu mengkuatirkan dirinya dari hal-hal tersebut.
Kita kemudian berlindung kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dari segala sesuatu yang dapat mendatangkan kemurkaan dan azabnya yang sangat pedih. Selawat dan salam semoga selalu terlimpah atas manusia terbaik, NABI MUHAMMAD SAW serta atas para kerabat dan sahabatnya.

Mari, sekali lagi kita perbaharui Syahadat kita. Mari kita sama tegakkan solat 5 waktu berjamaah di masjid. NABI MUHAMMAD SAW tak pernah perintah kita solat 5 waktu seorang saja di rumah masing-masing.
Kita solat seorang saja, maka belum tentu solat kita diterima, tapi bila kita banyak berjamaah sekali, in sya ALLAH diterima semua.
Bila kita tegakkan solat 5 waktu berjamaah, maknanya dalam 1 hari saja kita minima mengucap 9x syahadat secara berjamaah disaksikan & didoakan para Malaikat di masjid/surau.

Rujukan :

http://islamterbuktibenar.net/?pg=articles&article=11139

R 97 : MAKANAN AHLI SYURGA BERDASARKAN AL QURAN DAN AL HADIS

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan mata air-mata air (yang mengalir), serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.”
(Surah 77,  AL MURSALAAT : ayat 41-43)

Penduduk syurga akan mendapat makanan dan minuman tanpa sebarang kesusahan. Rezeki akan datang sedang mereka duduk-duduk saja. Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bermaksud :

“Maka sesiapa yang menerima kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): “Nah! bacalah kamu Kitab amalku ini! “Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!” maka tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, Di dalam syurga yang tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik, (masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu!”
(Surah 69,  AL HAAQQAH : ayat 19-24)

“Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka ALLAH selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan ALLAH dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh ALLAH dengan syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk, Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.”
(Surah 76,  AL INSAAN : ayat 11-14)

Dalam mentafsirkan ayat tersebut, ada ahli tafsir berpendapat bahawa kalau penghuni syurga itu berdiri, maka cabang pohon yang berbuah itu ikut meninggi bersama mereka. Apabila mereka duduk, maka cabang pohon itu ikut turun sehingga mereka dapat memetiknya dengan mudah. Apabila mereka berbaring, maka cabang pohon buah-buahan itu ikut turun setinggi tempat tidur mereka.
Qatadah berkata bahawa tangan-tangan mereka tidak akan terhalang atau terkena duri bila memetik buah-buahan tersebut. Ahli syurga tersebut tidak akan merasa kesukaran untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki, firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA maksudnya :

“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya keadaan golongan kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,”
(Surah 56,  AL WAAQI'AH : ayat 27-33)

Hadith RASULULLAH SAW

Para penghuni syurga itu masing-masing mempunyai pelayan-pelayan yang tidak pernah berubah kerana perjalanan masa. Walaupun telah bertahun-tahun mereka hidup di syurga, mereka tetap muda dan bercahaya seperti mutiara yang bertaburan. Para pelayan itu berjalan-jalan mengelilingi penghuni syurga sambil membawa gelas-gelas perak berisi air, susu, arak atau madu yang berasal dari sungai-sungai yang sangat bersih dalam syurga.

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya :

“Para penghuni syurga itu makan dan minum, tetapi mereka tidak membuang air besar, tidak membuang hingus dan juga tidak kencing. Makanan mereka keluar berupa misik. Mereka bertasbih dan bertakbir sebagaimana mereka bernafas.”
(Riwayat Muslim)

RASULULLAH SAW pernah ditanya tentang apakah kauthar? Baginda menjawab;

Kauthar adalah sungai kurniaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam syurga. Airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Di situ ada burung yang lehernya seperti leher kambing. Umar berkata; ini benar-benar nikmat!. Baginda bersabda : “Memakannya lebih nikmat dan lebih lazat dari kambing biasa.”
(Riwayat Tarmizi)

R 96 : SAAT PENJAGA ARASY LUPA DENGAN BACAAN TASBIH DAN TAHMIDNYA

Suatu hari RASULULLAH SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”
RASULULLAH SAW meniru zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”

Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!” RASULULLAH SAW yang berada di belakangnya menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!”
Orang itu berasa dirinya diperolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah dilihatnya.

Orang itu berkata, “Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini Orang Badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku, MUHAMMAD RASULULLAH.”
Mendengar kata-kata Orang Badwi itu, RASULULLAH SAW tersenyum lalu berkata: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”
“Belum,” jawab orang itu.
“Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?” tanya RASULULLAH SAW.
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya,” jawab orang Arab Badwi itu.

RASULULLAH SAW pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat.”
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, “Tuan ini NABI MUHAMMAD?” “Ya,” jawab NABI MUHAMMAD SAW.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua kaki RASULULLAH SAW.
Melihat hal itu RASULULLAH SAW menarik tubuh orang Arab Badwi itu seraya berkata, “Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, ALLAH mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, lalu berkata, “Ya MUHAMMAD, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih ALLAH. Ketahuilah bahawa ALLAH akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar.”

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, “Demi keagungan serta kemuliaan ALLAH, jika ALLAH akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hambapun akan membuat perhitungan denganNya.”

Orang Arab Badwi berkata lagi, “Jika ALLAH akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawanNya.”

Mendengar ucapan orang Arab Badwi itu, maka RASULULLAH SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab Badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, “Ya MUHAMMAD, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu, penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa ALLAH tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. ALLAH sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti.”
Betapa sukanya orang Arab Badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.

Rujukan :

http://kisahislami.com/saat-penjaga-arasy-lupa-dengan-bacaan-tasbih-dan-tahmidnya/

R 95 : RASULULLAH SAW MENANGIS APABILA BERCERITA TENTANG NERAKA

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata :   RASULULLAH SAW bersabda:

Ertinya : “Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam.”

Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya dan ketika ditanya, maka dijawabnya:

“Andaikata ALLAH SWT mengancam akan memenjarakan aku di dalam bilik mandi selama seribu tahun. nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sedang kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan selama tiga ribu tahun.”
(satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia)

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata:

“Sesungguhnya di jahanam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala sebesar keldai, maka larilah orang-orang ahli neraka keluar itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari ke dalam neraka.”

Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa RASULULLAH SAW bersabda :

Ertinya : “Bahawa di dalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa pedih bisanya tetap terasa hingga empat puluh tahun. Juga di dalam neraka ada kala sebesar keldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya selama empat puluh tahun.”

Al-a’masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas’ud berkata:

“Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari tujuh puluh bahagian dari api neraka, dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali nescaya kamu tidak dapat mempergunakannya.”

Mujahid berkata:

“Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada ALLAH SWT dari neraka jahanam.” 

RASULULLAH SAW bersabda:

Ertinya : “Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api neraka dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah di telinganya ada api dan giginya berapi dan di bibirnya ada wap api dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata:

“Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun, kemudian dijawabnya: “Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka.” Kemudian mereka berdoa (memanggil) Tuhan: “Ya Tuhan, keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kami yang lalu itu bererti kami zalim.”

Maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab:

Hina dinalah kamu di dalam neraka dan jangan berkata-kata.”

Demi ALLAH setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar (keldai).

Qatadah berkata: “Wahai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, atau kamu merasa akan kuat menghadapinya. Wahai kaumku, taatlah kepada ALLAH SWT itu jauh lebih ringan bagi kamu kerana itu, taatilah sebab ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: “Dahulu ketika kami di dunia, bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu bersabar seribu tahun, dan tetap siksa mereka tidak diringankan sehingga mereka berkata: 

Ajazi’na am sobarna malana min mahish (Yang bermaksud) Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan siksa ini. Lalu minta hujan selama seribu tahun sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama seribu tahun, maka ALLAH SWT  berkata kepada Jibril: “Apakah yang mereka minta?” Jawab Jibril: “Engkau lebih mengetahui, ya ALLAH, mereka minta hujan.” Maka nampak pada mereka awan merah sehingga mereka mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka jengking sebesar keldai, yang menggigit mereka dan terasa pedih gigitan itu selama seribu tahun. Kemudian mereka minta kepada ALLAH SWT  selama seribu tahun untuk diturunkan hujan, maka nampak mereka awan yang hitam, mereka mengira bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher unta, yang menggigit mereka dan gigitan itu terasa pedihnya hingga seribu tahun, dan inilah ertinya: Zidnahum adzaba fauqal adzabi. (Yang bermaksud) Kami tambahkan kepada mereka siksa di atas siksa.

Kerana mereka dahulu telah kafir, tidak percaya dan melanggar tuntutan ALLAH SWT, kerana itulah maka siapa yang ingin selamat dari siksaan ALLAH SWT  harus sabar sementara atas segala penderitaan dunia di dalam mentaati perintah dan menjauhi larangan ALLAH SWT  dan menahan syahwat hawa nafsu sebab syurga neraka diliputi syahwat-syahwat.

Seorang pujangga berkata: “Dalam usia tua itu cukup pengalaman untuk mencegah orang yang tenang dari sifat kekanak-kanakan, apabila telah menyala api dirambutnya (beruban). Saya melihat seorang itu ingin hidup tenang bila dahan pohon telah menguning sesudah hijaunya. Jauhilah kawan yang busuk dan berhati-hatilah, jangan menghubunginya tetapi bila tidak dapat, maka ambil hati-hatinya, dan berkawanlah pada orang yang jujur tetapi jangan suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selama kau tidak membantah kepadanya. Berkawanlah dengan orang bangsawan dan yang berakhlak baik budinya.”

Maka sesiapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi bererti ia telah membuang budi itu ke dalam laut. Dan ALLAH SWT  mempunyai syurga yang selebar langit tetapi diliputi dengan kesukaran-kesukaran.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

Ertinya : “ALLAH memanggil Malaikat Jibril dan menyuruhnya melihat syurga dengan segala persiapannya untuk ahlinya, maka ketika kembali berkata Jibril: Demi kemuliaanMu, tiada seorang yang mendengarnya melainkan ia akan masuk ke dalamnya, maka diliputi dengan serba kesukaran, dan menyuruh Jibril kembali melihatnya, maka kembali melihatnya, kemudian ia berkata: Demi kemuliaanMu saya khuatir kalau-kalau tiada seorangpun yang masuk ke dalamnya. Kemudian disuruh melihat neraka dan semua yang disediakan untuk ahlinya, maka kembali Jibril dan berkata: Demi kemuliaanMu tidak akan masuk ke dalamnya orang yang telah mendengarnya, kemudian diliputi dengan kepuasan syahwatnya, dan diperintah supaya kembali melihatnya kemudian setelah dilihatnya kembali, berkatanya: Saya khuatir kalau tiada seorangpun melainkan akan masuk ke dalamnya.”

Juga NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

Ertinya : “Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Maimun bin Nahran berkata: “Ketika turun ayat (yang berbunyi) Wa inna jahannam lamau’iduhum ajma’in (yang bermaksud) Sesungguhnya neraka jahannam itu sebagai ancaman bagi semua mereka. Salman meletakkan tangan di atas kepalanya dan lari keluar selama tiga hari baru ditemuikannya.

Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik r.a. berkata: “Jibril datang kepada NABI MUHAMMAD SAW pada saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh NABI MUHAMMAD SAW :

“Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawab Jibril: “Ya MUHAMMAD, aku datang kepadamu pada saat di mana ALLAH menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui  bahawa neraka jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa ALLAH itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.”
Lalu NABI MUHAMMAD SAW bersabda: “Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahanam.”
Jawabnya: “Ya, ketika ALLAH menjadikan jahanam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi ALLAH yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi ALLAH yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baranya. Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut ALLAH dalam al Quran itu diletakkan di atas bukit nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh. Demi ALLAH yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api. Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan.”

NABI MUHAMMAD SAW bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?”

Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali ganda, maka digiring ke sana musuh-musuh ALLAH SWT  sehingga bila telah sampai ke pintunya disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan ke dalam mulut mereka hingga tembus ke pantat, dan diikat tangan kirinya ke lehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus ke bahunya, dan tiap-tiap manusia itu digandeng dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan ke dalamnya.”

NABI MUHAMMAD SAW bertanya lagi: “Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?”

Jawabnya: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa as serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristian (Nasara) bernama Sa’ie.”

Kemudian Jibril diam segan pada NABI MUHAMMAD SAW sehingga NABI MUHAMMAD SAW bertanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?”

Jawab Jibril: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka NABI MUHAMMAD SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepala NABI MUHAMMAD SAW dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

“Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk neraka?”

Jawab Jibril: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.”

Kemudian NABI MUHAMMAD SAW menangis, Jibril juga menangis, kemudian NABI MUHAMMAD SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat kemudian masuk kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila solat selalu menangis dan minta kepada ALLAH SWT , dan pada hari ketiga datang Abu Bakar r.a. ke rumah NABI MUHAMMAD SAW mengucapkan:

“Assalamu’alaikum ya ahla baiti rahmah. apakah dapat bertemu kepada NABI MUHAMMAD SAW?”  Maka tidak ada yang menjawabnya, sehingga ia menepi untuk menangis, kemudian Umar datang dan berkata:

“Assalamu’alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan RASULULLAH SAW?”  Dan ketika tidak mendapat jawapan diapun menepi dan menangis, kemudian datang Salman Alfarisi dan berdiri di muka pintu sambil mengucapkan:

“Assalamu’alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Junjunganku RASULULLAH SAW?” Dan ketika tidak mendapat jawapan, dia menangis sehingga jatuh dan bangun, sehingga sampai ke rumah Fatimah r.a. dan di muka pintunya ia mengucapkan:

“Assalamu’alaikum hai puteri RASULULLAH SAW.“ Kebetulan pada masa itu Ali r.a. tiada di rumah, lalu bertanya:

“Hai puteri RASULULLAH, sesungguhnya RASULULLAH SAW telah beberapa hari tidak keluar kecuali untuk solat dan tidak berkata apa-apa kepada orang dan juga tidak mengizinkan orang-orang bertemu dengannya.” Maka segeralah Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi sehingga apabila beliau sampai ke depan muka pintu rumah RASULULLAH SAW dan memberi salam sambil berkata:

“Saya Fatimah, ya RASULULLAH.” Sedang RASULULLAH SAW bersujud sambil menangis, lalu RASULULLAH SAW mengangkat kepalanya dan bertanya:

“Mengapakah kesayanganku?” Apabila pintu dibuka maka masuklah Fatimah ke dalam rumah RASULULLAH SAW dan ketika melihat RASULULLAH SAW menangislah ia kerana melihat RASULULLAH SAW pucat dan sembam muka kerana banyak menangis dan sangat sedih, lalu ia bertanya:

“Ya RASULULLAH, apakah yang menimpamu?” Jawab RASULULLAH SAW:

“Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat-sifat neraka jahanam dan menerangkan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahanam itu adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan aku menangis dan berduka cita.” Fatimah bertanya lagi:

“Ya RASULULLAH, bagaimana caranya masuk?” Jawab RASULULLAH SAW :

“Diiring oleh Malaikat ke neraka, tanpa dihitamkan muka juga tidak biru mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka dan tidak digandingkan dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai.” Ditanya Fatimah lagi:

“Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka?” Jawab RASULULLAH SAW:

“Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedangkan yang perempuan ditarik rambutnya, maka beberapa banyak dari orang-orang tua dari umatku yang mengeluh ketika diseret ke neraka: Alangkah tua dan lemahku, demikian juga yang muda mengeluh: Wahai kemudaanku dan bagus rupaku, sedang wanita mengeluh: Wahai alangkah maluku sehingga dibawa Malaikat Malik dan ketika telah dilihat oleh Malaikat Malik lalu bertanya:

“Siapakah mereka itu, maka tidak pernah saya dapatkan orang yang akan tersiksa seperti orang-orang ini, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulut mereka juga tidak tertutup dan tidak juga diikat bersama syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka? Jawab Malaikat:

“Demikianlah kami diperintahkan membawa orang-orang ini kepadamu sedemikian rupa.” Lalu ditanya oleh Malaikat Malik:

“Siapakah wahai orang-orang yang celaka?”

Dalam lain riwayat dikatakan ketika mereka diiring oleh Malaikat Malik selalu memanggil:

“Wa MUHAMMAD.” tetapi setelah melihat muka Malaikat Malik lupa akan nama Rasulullah saw. kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya:

“Siapakah kamu?” Jawab mereka:

“Kami umat yang dituruni al Quran dan kami telah puasa bulan Ramadan.” Lalu Malaikat Malik berkata:

“Al Quran tidak diturunkan kecuali kepada umat RASULULLAH SAW.” Maka ketika itu mereka menjerit:

“Kami umat NABI MUHAMMAD SAW.” Maka Malaikat Malik bertanya:

“Tidakkah telah ada larangan dalam al Quran dari maksiat terhadap ALLAH SUBHA NAHU TAALA.” Dan ketika berada di tepi neraka jahanam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata:

“Ya Malik, diizinkan saya akan menangis.” Maka diizinkan, lalu mereka menangis sampai habis airmata, kemudian menangis lagi dengan darah, sehingga Malaikat Malik berkata:

“Alangkah baiknya menangis ini andaikata terjadi di dunia kerana takut kepada ALLAH SWT, nescaya kamu tidak akan disentuh oleh api neraka pada hari ini, lalu Malaikat Malik berkata kepada Malaikat Zabaniyah:

“Lemparkan mereka ke dalam neraka.” dan bila telah dilempar mereka serentak menjerit:

“La illaha illallah.” maka surutlah api neraka, Malaikat Malik berkata:

“Hai api, sambarlah mereka.” Jawab api:

“Bagaimana aku menyambar mereka, padahal mereka menyebut  La illaha illallah.” Malaikat Malik berkata: “Demikianlah perintah Tuhan Rabbul arsy.” maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai tapak kaki, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke muka. Malaikat Malik berkata:

“Jangan membakar muka mereka kerana kerana mereka telah lama sujud kepada Allah s.w.t., juga jangan membakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadan.” Maka tinggal dalam neraka beberapa lama sambil menyebut:

“Ya Arhamar Rahimin, Ya Hannan, Ya Mannan.” Kemudian bila telah selesai hukuman mereka, maka ALLAH SWT memanggil Jibril dan bertanya:

“Ya Jibril, bagaimanakah keadaan orang-orang yang maksiat dari umat NABI MUHAMMAD SAW?” Jawab Jibril:

“Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui.” Lalu diperintahkan:

“Pergilah kau lihatkan keadaan mereka.” Maka pergilah Jibril as. kepada Malaikat Malik yang sedang duduk di atas mimbar di tengah-tengah jahanam. Ketika Malaikat Malik melihat Jibril segera ia bangun hormat dan berkata:

“Ya Jibril, mengapakah kau datang ke sini?” Jawab Jibril:

“Bagaimanakah keadaan rombongan yang maksiat dari umat RASULULLAH SAW?” Jawab Malaikat Malik:

“Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman.” Jibril berkata:

“Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melihat mereka.” Maka Malaikat Malik menyuruh Malaikat Zabaniah membuka tutup mereka dan ketika mereka melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang menyiksa manusia, lalu mereka bertanya:

“Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?” Jawab Malaikat Malik:

“Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada NABI MUHAMMAD SAW.” Ketika mereka mendengar nama NABI MUHAMMAD SAW maka serentaklah mereka menjerit:

“Ya Jibril, sampaikan salam kami kepada NABI MUHAMMAD SAW dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya serta sampaikan keadaan kami kepadanya.” Maka kembalilah Jibril menghadap kepada ALLAH SWT lalu ditanya:

“Bagaimana kamu melihat umat MUHAMMAD?” Jawab Jibril:

“Ya Tuhan, alangkah buruknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka.” Lalu ALLAH SWT  bertanya lagi:

“Apakah mereka minta apa-apa kepadamu?” Jawab Jibril:

“Ya, mereka minta disampaikan salam mereka kepada NABI MUHAMMAD SAW dan diberitakan kepadanya keadaan mereka.” Maka ALLAH SWT  menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada NABI MUHAMMAD SAW  yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih, mempunyai empat ribu buah pintu dan tiap-tiap pintu terdapat dua daun pintu dari emas, maka berkata Jibril:

Ya MUHAMMAD, saya datang kepadamu dari rombongan orang-orang yang derhaka dari umatmu yang masih tersiksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat buruk dan sangat sempit tempat mereka.” Maka pergilah NABI MUHAMMAD SAW  ke bawah arsy dan bersujud dan memuji ALLAH SWT   dengan ucapan yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun sehingga ALLAH SWT  menyuruh NABI MUHAMMAD SAW :

“Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberikan, dan ajukan syafaatmu pasti akan diterima.” Maka NABI MUHAMMAD SAW  berkata:

“Ya Tuhan, orang-orang yang durhaka dari umatku telah terlaksana pada mereka hukumMu dan balasanMu, maka terimalah syafaatku.” ALLAH SWT  berfirman:

“Aku terima syafaatmu terhadap mereka, maka pergilah ke neraka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap Laa ilaha illallah.” Maka pergilah NABI MUHAMMAD SAW   ke neraka dan ketika dilihat oleh Malaikat Malik, maka segera ia bangkit hormat lalu ditanya:

“Hai Malik, bagaimanakah keadaan umatku yang durhaka?” Jawab Malaikat Malik:

“Alangkah buruknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka.” Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang di dalam neraka itu melihat NABI MUHAMMAD SAW   maka mereka menjerit serentak:

“Ya NABI MUHAMMAD SAW, api neraka telah membakar kulit kami.” Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka ke sungai di muka pintu syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan di sana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis di dahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan oleh ALLAH SWT. Dari neraka kemudiannya mereka masuk ke syurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata:

“Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka.” ALLAH SWT   berfirman:

“Rubama yawaddul ladzina kafaruu lau kanu muslimin.” (Yang bermaksud) “Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang Muslim.”

NABI MUHAMMAD SAW  bersabda:

Ertinya : “Pada hari kiamat kelak akan didatangkan maut itu berupa kambing kibas putih hitam, lalu dipanggil orang-orang syurga dan ditanya: “Apakah kenal maut?” Maka mereka melihat dan mengenalnya, demikian pula ahli neraka ditanya: “Apakah kenal maut?” Mereka melihat dan mengenalnya, kemudian kambing itu disembelih di antara syurga dan neraka, lalu diberitahu: “Hai ahli syurga kini kekal tanpa mati, hai ahli neraka kini kekal tanpa mati.”

Demikianlah ayat: Wa andzirhum yaumal hasrati idz qudhiyal amru (Yang bermaksud) Peringatkanlah mereka akan hari kemenyesalan ketika maut telah dihapuskan.”
Abu Hurairah r.a. berkata: “Janganlah gembira seorang yang lacur dengan suatu nikmat kerana di belakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahanam, tiap-tiap berkurang ditambah pula nyalanya.”

( Sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin )