Dr. Gary Miller merupakan seorang pendakwah yang sangat aktif
dan sangat berpengetahuan tentang kitab Bibble. Dia mempunyai pengetahuan akan
ilmu matematik yang bagus, itulah sebabnya dia suka
berfikiran logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran
untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang boleh dicari untuk dijadikan sebab
untuk mengajak umat Islam untuk menukar keimanan kepada agama Kristian. Beliau
menjangka al-Quran untuk menjadi sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu,
sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Beliau kagum
daripada apa yang dia dijumpai.
Dr. Gary Miller menemukan bahawa al-Quran ini
mempunyai sesuatu apa yang kitab-kitab lain tidak punyai di dunia ini. Beliau
menjangkakan untuk mencari cerita-cerita tentang masa yang sukar Nabi Muhammad
(saw) telah hadapi, seperti kematian Khadijah isteri baginda atau kematian
anak-anak baginda. Walau bagaimanapun, beliau tidak menjumpai apa-apa seperti
itu dan apa yang membuat Dr. Gary lebih keliru adalah bahawa dia menemukan
surah di dalam al-Quran yang dinamakan "Mary" ( Surah Al-Maryam )
yang mengandungi banyak berkenaan dengan Maryam yang tidak ada walaupun di
dalam Kitab yang ditulis oleh orang Kristian atau di dalam Bible. Dia tidak
menjumpai surah dinamakan sempena "Fatimah" (anak nabi) atau
"Aishah" (isteri Rasulullah saw), Beliau juga mendapati bahawa nama
Isa (a.s) juga telah disebut di dalam al-Quran 25 kali manakala nama
"Muhammad" (saw) hanya disebut sebanyak 5 kali sahaja, dan ini
membuat Dr.Gary menjadi lebih keliru. Dia mula membaca al-Quran dengan lebih
teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia
membaca ayat yang Agung ayat ke 82 dalam Surah Al-Nisa'a (Wanita) yang
bermaksud:
“…Patutkah mereka
(bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu
(datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang
banyak di dalamnya…”
( An Nisa : 82 )
Dr Miller berkata tentang ayat ini:
"…Salah satu prinsip saintifik yang
terbaik adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan di dalam teori
sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah al-Quran
meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini
dan ia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan menjumpai kesilapannya di
mana-mana ... “
Beliau juga berkata tentang ayat ini:
"…Tidak ada penulis di
dunia mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia adalah
sifar dari kesilapan, tetapi al Quran, sebaliknya, memberitahu kita semua
bahawa Ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta kita untuk mencuba untuk
mencari dan pasti kita tidak akan menjumpainya…”
Satu lagi ayat yang ditunjukkan untuk masa yang
panjang adalah ayat 30 dalam Surah "Al-Anbiya '(Nabi-nabi):
“..Dan tidakkah
orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan
bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami
pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang
hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
( Al-Anbiya : 30 )
Dia berkata: "Ayat ini merupakan teras utama
penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973 mengenai
teori "Great Explosion". Menurut teori ini, alam semesta adalah hasil
daripada suatu letupan yang besar yang membawa kepada pembentukan alam semesta
yang mempunyai langit dan planet-planet.
Dr Miller berkata: "Sekarang kita sampai
kepada apa yang menakjubkan tentang Nabi Muhammad (SAW) dan ura-ura mengenai
sang syaitan membantunya dalam menghasilkan al Quran, Allah swt berfirman..
“Dan al Quran itu pula
tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi
Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat
melakukannya. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu
yang dibawa oleh Malaikat.”
( Asy-Syu’araa':
210-212 )
“Oleh itu, apabila engkau
membaca al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan
kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.”
( An-Nahl :98)
Tidakkah anda melihat? Adakah ini caranya syaitan
menulis sesebuah kitab? Bagaimana Baginda boleh menulis al Quran kemudian
memberitahu umatnya untuk meminta kepada Tuhan untuk perlindungan dari syaitan
sebelum membaca al Quran? Ini adalah ayat-ayat ajaib dalam kitab yang ajaib!
dan Ia mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang berfikir secara
sambil lewa bahawa Ia adalah dari
syaitan.
Dan di antara cerita-cerita yang membuatkan
kekaguman Dr Miller adalah kisah Nabi (SAW) dengan Abu Lahab. Dr Miller
berkata:
“…Dia (Abu Lahab) yang sangat membenci Islam akan
pergi kepada Nabi di mana sahaja Baginda pergi untuk memalukan baginda. Jika
dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu
sehingga baginda selesai dan kemudian bertanya kepada mereka: Apa yang Muhammad
memberitahu anda? Jika baginda berkata ia putih maka ia adalah hitam dan jika
beliau berkata ia adalah malam maka ia adalah siang. Dia bertujuan untuk
memalsukan semua apa yang Nabi kata dan untuk membuat orang yang curiga kepada
baginda. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan
kepada Nabi, yang dinamakan "Al-Masad." Surah ini menceritakan bahawa
Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, Ia mengatakan bahawa Abu
Lahab tidak akan memeluk agama Islam.
Selama 10 tahun, Abu Lahab boleh berkata:
"Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan
saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya
mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir
mengenai Muhammad ini? Adakah dia( baginda s.a.w )mengatakan kebenaran atau
tidak? Adakah surah ini datang dari Allah?" Tetapi Abu Lahab tidak berbuat
demikian ( memeluk Islam ) walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua
perkara, tetapi tidak dalam perkara ini ( kekafiran Abu Lahab di dalam surah Al
Masad ). Dalam erti kata lain, baginda telah memberi Abu Lahab peluang untuk
membuktikan baginda salah! Tetapi Abu Lahab tidak melakukan apa-apa sepanjang
10 tahun!
Dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga
berpura-pura menjadi seorang Muslim! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang
untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana
ini(al Quran) bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Tuhan yang
Mengetahui apa yang tersembunyi dan Mengetahui bahawa Abu Lahab tidak akan
menjadi seorang Muslim.
“Binasalah kedua-dua
tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang
diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka
yang marak menjulang Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.”
( Al Masad: 1-5 )
Dr Miller berkata tentang ayat yang membuatkan dia
kagum kepada al Quran
“Salah satu keajaiban dalam al-Quran adalah
sesuatu yang mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak
boleh ramalkan dan "Ujian Pemalsuan" digunakan, ujian ini terdiri
daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul.
Sebagai contoh, mari kita lihat apa kata al-Quran mengenai hubungan antara
orang Islam dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh
utama bagi umat Islam dan ini adalah benar. Sehingga kini ,musuh utama umat
Islam adalah orang-orang Yahudi.”
Dr Miller meneruskan:
“Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana
orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan
bergaul dengan orang Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian
berkata: di sini kita bergaul dengan anda sebagai kawan dan al-Quran mengatakan
bahawa kita adalah musuh, al-Quran ini salah! Tetapi ini tidak berlaku pada
1400 tahun! dan ia tidak akan berlaku kerana ini adalah firman dari Tuhan Yang
Esa yang Maha Mengetahui bukannya kata-kata manusia.”
Dr Miller meneruskan:
“Bolehkah anda melihat
bagaimana ayat yang menceritakan akan permusuhan antara orang Islam dan
orang-orang Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?”
“..Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan
dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau
akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang
beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang
Nasrani.” Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta
dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong...."
"...Dan apabila mereka mendengar al-Quran yang
diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka
mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka)
dari kebenaran (al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami
beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci al-Quran), oleh itu tetapkanlah
kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi
Muhammad s.a.w). Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan
kepada kebenaran (al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan
sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga)
bersama-sama orang-orang yang soleh."
Ayat ini menyentuh hati Dr Miller kerana dia
merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia mengetahui kebenaran, dia beriman
dan memeluk agama Islam lalu menjadi tumpuan . Semoga Allah merahmati beliau.
Dr Miller berkata tentang gaya unik al-Quran yang
dia dapati adalah sangat indah. Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik lagi
mengagumkan di dalam al-Quran yang tidak wujud di mana-mana sahaja, kerana
al-Quran memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa anda
sesuatu yang tidak anda ketahui. Sebagai contoh
“Demikianlah dari
berita-berita ghaib yang kami wahyukan kepada engkau (wahai Muhammad), dan
tidaklah engkau beserta mereka seketika mereka membuang undi tentang siapa di antara
mereka yang akan mengasuh Maryam, dan tidak ada engkau didekat mereka seketika
mereka berbantah.”
( Ali-Imran : 44 )
(Kisah Nabi Nuh) itu
adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahikan kepadamu (wahai
Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh
itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di
dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
( Surah Hud: 49 )
(Kisah Nabi Yusuf) yang
demikian ialah dari berita-berita yang ghaib yang Kami wahikan kepadamu (wahai
Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata
mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi), dan semasa mereka
menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya).
(Surah Yusuf: 102 )
Dr Miller meneruskan: "Tidak ada kitab suci lain
yang menggunakan kaedah ini, semua kitab-kitab yang lain terdiri daripada
maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang. Sebagai contoh,
apabila Bible menceritakan kisah-kisah daripada negara-negara purba, Ia
memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin
yang berjuang dalam peperangan itu, dan bahawa orang tertentu mempunyai
beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka. Tetapi buku ini (Bible) sentiasa
memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh
membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku tertentu.”
Dr Garry Miller meneruskan: "Ini adalah bertentangan
dengan al-Quran yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa ia
adalah baru! Dan apa yang menakjubkan adalah orang-orang Mekah pada masa itu
tidak pernah mendengar ayat-ayat ini dan ia menjadi cabaran bahawa isi di dalam
ayat-ayat ini baru dan tidak diketahui oleh Muhammad (SAW) atau oleh
orang-orang cerdik pandai ketika masa itu, dan walaupun demikian, mereka tidak
pernah berkata:
“ Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru,
dan mereka tidak mengatakan: Kita tahu dari mana Muhammad datang dengan
ayat-ayat ini.”
Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku
adalah tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa baginda telah berbohong
kepada mereka kerana mereka meyakini ini ialah sesuatu yang baru, tidak datang
dari minda manusia tetapi dari Allah yang Mengetahui yang ghaib pada masa lalu,
masa kini dan masa depan.
Download Dr Gary Miller (Now Dr Abdul Ahad) work
"The Amazing Quran" dari link ini http://www.thetruecall.com/downloads/AmazingQuran.pdf
Boleh baca dengan lebih lanjut ataupun dengarkan
kuliahnya di..
http://www.discoveringislam.org/dr_gary_miller.htm
* jika berlaku kesilapan dalam pengalihan bahasa
yang membawa kepada kekeliruan, boleh lah terus contact kepada fb ana , happy
reading, May Allah swt bless you all :)