AL WAAHID ( الواحد )
ALLAH Yaa Waahid Yang Maha Tunggal Yang
Esa pada Dzat dan sifat-sifatNYA, juga tindakan serta keadilanNYA. Semua selain
ALLAH adalah makhluk ciptaanNYA. ALLAH memperlihatkan tanda sifat-sifatNYA
dalam diri manusia agar manusia dapat mengenal ALLAH dan mempertingkatkan iman.
Mendekati dan bersama ALLAH Al Waahid
membuatkan kita tidak memerlukan yang lain, akan melahirkan peribadi yang teguh
dan berdikari, mempunyai prinsip hidup yang kukuh dan tidak pernah goyang. Semangat
Al Waahid yang dialirkan ALLAH akan melahirkan pergantungan dan pengharapan
yang total kepada ALLAH kerana keesaanNYA.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Wahid Yang Maha Tunggal,
Yang Maha Satu, tidak berbilang-bilang. Pelbagai jenis makhluk datang dari
pencipta yang Satu, Yaa Khaliq Yaa Waahid. Pelbagai jenis peristiwa hidup
diagendakan oleh Pengatur agenda yang Satu, Yaa Baari' Yaa Waahid. Pelbagai
jenis penyakit datang dari pencipta penyakit Yang Satu, Yaa Rahim Yaa Waahid.
Pelbagai jenis nikmat datang dari pemberi nikmat yang tunggal Yaa Rahman Yaa
Rahim Yaa Wahab Yaa Karim Yaa Wahid. Pelbagai galaksi, planet, matahari,
bintang-bintang datang dari satu pencipta yang Maha Tunggal Yaa Wahid Yaa
Khaliq.
Pelbagai jenis manusia, rupa, warna,
bahasa, budaya datang dari pencipta yang Satu yang Maha Bijaksana, Yaa Waahid Yaa
‘Alim Yaa Hakim Yaa Rashid. Pelbagai jenis produk, perkhidmatan, algoritm,
metodologi, pendekatan, teori datang dari sumber yang Tunggal dan Satu, Allah Yaa
Waahid Yaa ‘Alim Yaa Hakim Yaa Rashid. Pelbagai jenis masalah masyarakat pada
hari ini berlaku dan ditakdirkan dari Allah Yaa Waahid, satu-satunya kuasa yang
mampu mencipta masalah dan menyelesaikan masalah. Semua amalan dan dosa akan
kembali untuk perhitungan dan hisab oleh Tuhan yang Satu, Yaa Waahid Yaa Muhsyi
Yaa Hasib Yaa Hakam Yaa ‘Adl.
Seluruh roh-roh manusia sentiasa merindui
Tuhan yang satu-satunya pemilik cinta, Yaa Waahid Yaa Wadud. Satu-satunya jalan
yang benar hanya ada pada Yaa Waahid Yaa Haq. Yaa Allah, buangkanlah pelbagai
kebergantungan (berhala) dalam hati kami ini, pelbagai kecintaan, pelbagai
keresahan dan masukkan hanya cintaMu sahaja, sehingga tiada lain melainkan
cintaMu Yaa Wadud agar kami dapat menjadi abdi hanya kepadaMu Allah Yaa Waahid Yaa
Ahad.